Operasi otak adalah bersamaan dengan
jumlah kuasa bagi sebiji mentol 10 watt
Otak manusia menggunakan
lebih kurang 200 kilokalori
sehari yang bersamaan
dengan 10 watt kuasa.
Sebagai perbandingan yang
lebih jelas, 10 watt itu adalah
bersamaan dengan 1/10
daripada kuasa yang
digunakan oleh sebiji mentol
dengan kekuatan 100 watt.
Badan bersalin kulit setiap 7 tahun
Adakah anda sedar,
sebanyak 25, 000, 000 sel
anda telah mati sebaik
sahaja anda habis
membaca ayat ini!.
Jangan bimbang, dalam
masa yang sama juga,
badan terus menghasilkan
300 billion sel pada setiap
hari bagi menggantikan
sel yang rosak dan
musnah. Perkara ini akan
berterusan sehingga
semua sel telah digantikan
dengan lengkap selama 7
tahun.
Impuls saraf bergerak selaju 250km sejam
Impuls atau isyarat saraf bergerak dengan sangat laju, iaitu
sehingga 250 km sejam. Ini adalah bersamaan dengan
kelajuan kereta Formula 1. Walaubagaimanapun, kelajuan ini
juga bergantung kepada sesetengah saraf. Sebagai
contohnya, jari yang terbakar akan cepat menghantar isyarat
kepada otak terus kepada jari tersebut supaya menjauhi api
dalam masa sekelip mata.
Jumlah sel lebih banyak berbanding
bintang di galaksi
Seluruh badan kita terdiri daripada 75
trillion sel. Setiap satu sel pula adalah
bersamaan dengan sebuah kota yang
lengkap dengan segala kemudahan dan
peraturannya masing-masing. Jika nak
dibandingkan pula dengan kewujudan
400 billion bintang di galaksi, sudah
tentu sel dalam tubuh kita lebih jauh
mendahului dengan cemerlang sekali.
100, 000 batu panjang salur darah
manusia
Jika disambungkan kesemua salur darah
yang ada pada seorang kanak-kanak kecil,
anda akan dapat sehingga 60, 000 batu
panjangnya. Lebih menakjubkan lagi bagi
orang dewasa pula, panjangnya boleh
mencecah sehingga 100 000 batu. Jika
dililit pada bumi pula, salur darah
tersebut akan dapat membuat lebih
daripada 4 lilitan!
Terima kasih !