The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU BMMB1104

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 927-1-shahmi, 2023-02-22 03:32:26

PB1_SHAHMI(0059)_BMC_Seloka Pak Kaduk

KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU BMMB1104

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 01000 KANGAR PERLIS PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP) AMBILAN JUN 2022 BAHASA MELAYU C BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU TUGASAN 1: PENGHASILAN PRODUK


NAMA PELAJAR ANGKA GILIRAN NO. KAD PENGENALAN PROGRAM AMBILAN UNIT NAMA PENSYARAH TARIKH HANTAR MUHAMMAD SHAHMI BIN ABDUL RAZAK 2022232310059 040215-09-0047 PPISMP JUN 2022 BM C PUAN HAJAH ROZIAH BINTI RAMLI 18 FEBRUARI 2023


ISI KANDUNGAN Kesusasteraan Melayu Penghargaan 1.0KonsepKesusasteraan Melayu 2.0Jenis-jenisKesusasteraan Melayu 3.0Bentuk-bentukKesusasteraan Melayu 4.0FungsiKesusasteraan Melayu 5.0Seloka:SelokaPakKaduk 6.0Rujukan


PENGHARGAAN Bismillahirrahmanirrahim pertama sekali saya bersyukur kepada Allah SWT kerana atas izin dan kehendaknya saya telah berjaya menyelesaikan tugasan 1 bagi subjek Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu kod BMMB1104. Seterusnya, saya berterima kasih kepada pensyarah Puan Hajah Roziah binti Ramli yang telah memberikan sokongan dan bimbingan kepada saya dalam usaha untuk melengkapkan tugasan ini. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada Ibu dan Ayah saya yang telah membantu menyediakan kelengkapan pembelajaran saya serta tidak dilupakan kepada rakan-rakan yang juga telah membantu saya dari segi dorongan dan memberikan idea yang berguna. Akhir kalam, saya ingin berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu saya dalam menyelesaikan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sekian daripada saya Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


KESUSASTERAAN MELAYU


Kesusasteraan ialah satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Perkataan kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit, iaitu susastera yang bermaksud huruf atau buku indah. Kesusasteraan dalam bahasa Melayu sama erti dengan perkataan literature dalam bahasa Inggeris. PANDANGAN SITI HAJAR ABDUL AZIZ 1.0 KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU


Perkataan literature berasal daripada perkataan litera yang bermaksud huruf atau abjad. Perkataan literature digunakan untuk tatabahahasa dan puisi. Sastera ialah ungkapan spontan daripada perasaan yang mendalam.


Sastera ialah ekspresi fikiran melalui medium bahasa. Maksud fikiran pula ialah idea-idea, pandangan, perasaan, pemikiran dan semua kegiatan mental manusia. Sastera ialah inspirasi kehidupan manusia yang diserlahkan dalam sebuah karya tulisan yang indah. Sumber: Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu I : Oxford Fajar


Hasil pengkaryaan seseorang, iaitu hasil daripada pengamatan, kepekaan, sensitiviti dan daya kecelikan intelek pengarang terhadap pelbagai fenomena kehidupan sekitarnya (Sikana, 1990:1). Segala pengucapan yang bernilai sastera sama ada secara bertulis atau tidak bertulis dan berbentuk lisan atau penulisan (Zalila Sharif, 1993:5). PANDANGAN ABD. RAHMAN DAN KHAIRUDDIN MOHAMAD


Perkataan “sastera” berasal daripada bahasa Sanskrit “castra” yang disebut sebagai “syastra” , iaitu kitab suci (Ali Ahmad, 1994). Karya bahasa yang menyatakan pengalaman dan perasaan manusia secara kreatif (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003). Sumber: Abd. Rahman & Khairuddin Mohamad. (2017). Kesusasteraan Melayu : Sasbadi


2.0 JENIS-JENIS KESUSASTERAAN MELAYU


Naratif Bukan Naratif Sekiranya, hasil kesusasteraan dikategorikan secara semantik, yakni dari segi isi, kesusasteraan boleh dibahagikan kepada dua kategori yang besar, yakni:


KESUSASTERAAN NARATIF watak masa berlaku dan ; tempat berlaku.. Kesusasteaan Naratif merupakan hasil sastera yang mengandungi perkembangan plot dengan kata lain, ia adalah bahan sastera yang menceritakan suatu peristiwa, yang mengandungi unsur ; Kesusasteraan ini biasanya dilahirkan dalam bentuk prosa, tetapi dalam keadaan tertentu ia juga dilahirkan dalam keadaan puisi, seperti apa yang dimaksudkan sebagai syair naratif seperti: Syair Siti Zubaidah.


Kesusasteraan naratif adalah satu hiburan yang biasa terdapat dalam kehidupan manusia. Dalam masyarakat moden, kita dapat menjumpai kesusasteraan naratif dalam bentuk cerpen, komik, filem, drama dan sebagainya.


KESUSASTERAAN BUKAN NARATIF Merujuk kepada hasil kesusasteraan yang tidak mengandungi plot. Bahan sastera ini mengandungi lebih banyak ekspresi pengarang berbanding dengan kesusasteraan naratif. Kesusteraan ini lebih banyak dilahirkan dalam bentuk puisi.


3.0 BENTUK-BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU


Prosa Puisi Kesusasteraan dapat dilahirkan dalam pelbagai bentuk bahasa. Dan secara kasarnya ia boleh dikategorikan kepada 2 kategori yang besar menurut bentuk bahasa yang digunakan, yakni:


Prosa merujuk kepada hasil kesusasteraan yang ditulis dalam ayat-ayat biasa, yakni dengan menggunakan tatabahasa mudah. Biasanya ayatayat dalam kesusasteraan akan disusun dalam bentuk karangan. Prosa adalah satu bentuk kesusasteraan yanglebih mudah difahami berbanding dengan puisi. Contoh bagi kesusasteraan prosa ialah: cerpen,novel, skrip drama, essei dan sebagainya. PROSA


Puisi merujuk kepada hasil kesusasteraan yang ditulis dengan"tidak menuruti tatabahasa" . Ia sebenarnya tidak terdiri daripada ayat-ayat yang lengkap, melainkan terdiri daripada frasa-frasa yang disusun dalam bentuk baris-barisan. Pada lazimnya, puisi merupakan bahasa yang berirama dan apabila dibaca pembaca akan berasa rentaknya. Contoh bagikesuasteraan puisi termasuklah: Sajak, Syair, Pantun, Gurindam, Lirik, Seloka, Mantera dan sebagainya. PUISI


4.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU


ALAT PENDIDIKAN Menurut Siti Hajar Abdul Aziz fungsi kesusasteraan melayu ialah sebagai alat pendidikan. Pengalamanpengalaman para pengarang ini diterjemahkan melalui kisah-kisah yang ditulis oleh mereka yang terangkum didalamnya pelbagai bidang ilmu seperti ekonomi, politik, sosiologi dan agama. Pengalaman mereka ini dijadikan prosa atau puisi dan diadun dengan unsur-unsur pengajaran,moral atau ilmu pengetahuan yang tinggi nilainya yang mana akan dapat dikutip oleh para pembaca maka berlakulah pendidikan secara tidak langsung.


Usaha Pengayaan Khazanah Ilmu Dan Persuratan Bahasa Melayu Selain itu, sastera juga berperanan dalam usaha pengayaan khazanah ilmu dan persuratan bahasa Melayu wajar dipertingkatkan kepada semua peringkat usia pembelajaran dan pengajaran. Dengan cara ini, proses pembentukan jati diri dan cinta akan khazanahnegara dapat diatur, dilentur, dibentuk dengan sebaik-baik mungkin. Proses pengayaanini merupakan proses yang berterusan dan menjadi agenda utama dasar pentadbirannegara. Shahnon Ahmad (1997:25) menyatakan bahawa kesusasteraan berperanan sebagai satu cabang kesenian yang berteraskan cinta. Cinta di sini maksudnya cinta kepada keindahan dan cinta kepada kebenaran. Karya kesusasteraan dicipta oleh para sasterawan untuk membangunkan peribadi manusia supaya cinta akan keindahan dan cinta akan kebenaran.


Nilai Pendidikan Aripin Said dalam Prosa Warisan (1996:25) menyatakan fungsi Kesusasteraan Melayu yang penting dari aspek nilai pendidikan. Suasana kehidupan masyarakat dengan kepetahan serta kebijaksanaan seorang penglipur lara telah lama berakhir. Suasana itu bagaikan satu nostalgia. Apalagi apabila didapati sudah jarang atau sedikit benar daripada kalangan anggota masyarakat masa kini yang sempat menyaksikan suasana tersebut. Terdapat dua hal yang amat nyata dalam memperkatakan keistimewaan pencerita ini.Pertama, terdapat tokoh-tokoh intelektual bangsa sebagai orang yang mahir dalam bidang mereka. Tidak semua anggota masyarakat yang mendapat gelaran seorang penglipur lara. Tidak semua anggota masyarakat yang mampu menghafal puluhan malah ratusan puisi rakyat, dan kemudian dapat pula menyampaikan dengan cara yang menarik.Mungkin dengan iringan sebuah rebab, sebuah rebana atau sebiji batil, dia mampu memukau khalayaknya yang setia menunggu dari awal hingga akhir persembahan yang diadakan. Mereka ialah cendekiawan bangsa yang lahir asuhan alam semesta.


Instrument Perpaduan Menurut Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin, sastera dijadikan instrumen penting bagi mewujudkan semangat kekitaan atau `esprit de corp’ dikalangan rakyat dalam usaha untuk membina sebuah negara bangsa yang bersatu padu. Sastera negara menitikberatkan nilai perpaduan dan penghargaan kepada satu bentuk budaya kebangsaan untuk dikongsi bersama sebagai pemangkin bagi menyatupadukan rakyat. Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan “Sastera kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dapat memartabat dan memperkasakan lagi fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan”


Kepuasan Estetik Kesusasteraan juga berfungsi untuk memberi kepuasan estetik. Penulis cerita akan merasa tenteram dan damai apabila mampu menghasilkan sesuatu cerita yang dapat menyentuh perasaannya. Bagi pembaca pula, dengan membaca karya yangmempamerkan keindahan akan merasa satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan dalam dirinya.


Memberi Pengajaran Kesusasteraan Melayu turut berfungsi untuk memberi pengajaran. Para sasterawan melalui karya mereka akan memberi pengajaran melalui hasil karya kesusasteraan mereka yang mana banyak menyingkap tentang nilai-nilai murni dalam kehidupan. Sebagai contoh Seloka Pak Pandir dan Pantun Nasihat. Karya-karya ini banyak menjadi rujukan buat masyarakat dalam menjalani kehidupan harian.


Alat Kawalan Sosial Dalam Kehidupan Seharian Menurut Aripin Said dalam Prosa Warisan, Sastera secara umumnya dapat dikatakan menjadi alat kawalan sosial dalam kehidupan seharian. Melalui cerita rakyat umpamanya, anggota masyarakat diberitahu tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Misalnya, jika derhaka kepada ibu bapa, seseorang itu akan mendapat malapetaka sebagaimana yang diterima oleh Si Tanggang. Jika berangan-angan tinggi tanpa berusaha akan menjadi seperti Mat Jenin. Malah, anak-anak harus bijak sebagaimana Sang Kancil dalam cerita-cerita binatang. Cerita rakyat juga dirujuk untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan. Perlakuan yang baik seperti yang terdapatdalam cerita rakyat dijadikan ikutan.


Mengisi Masa Lapang Kesusasteraan Melayu juga berfungsi bagi memberi hiburan. Kesusasteraan digunakan bagi mengisi masa lapang dan dijadikan hobi. Karya-karya sastera seperti Seloka Pak Pandir bukan saja memberi pengajaran tetapi juga menyeronokkan untuk dibaca. Malah jika pada zaman dahulu, cerita-cerita rakyat akan diceritakan pada waktu-waktu lapang bagi menghilangkan kebosanan dan anggota masyarakat dapat berkumpul pada malam hari setelah sibuk mencari nafkah pada siangnya. Pada waktu malam itulah, mereka berkumpul untuk berhibur sambil belajar melalui cerita rakyat.


5.0 SELOKA : SELOKA PAK KADUK


Istilah Seloka berasal daripada perkataan Sanskrit shloka bermaksud berseloroh, berjenaka atau menyindir. Sebagai satu bentuk puisi tradisional yang bercorak karangan berangkap atau bahasa berirama, seloka lebih merupakan pepatah, bidalan atau perumpamaan yang mengandungi unsur jenaka, gurau senda, olokan, ejekan dan sindiran.


FUNGSI SELOKA Digunakan untuk mengkritik sebarang perbuatan negatif anggota masyarakat tanpa menyinggung perasaan individu yang disasarkan. Digunakan untuk menyindir, mengejek dan melahirkan rasa benci terhadap sesuatu kelakuan manusia. Digunakan untuk memberi pengajaran dan panduan kepada seseorang. Sebagai alat kawalan sosial.


CIRI-CIRI SELOKA Merupakan puisi bebas atau tidak terikat Tidak mempunyai pembayang Bilangan baris dalam serangkap tidak sama Jumlah perkataan dalam setiap baris tidak sama Jumlah suku kata dalam sebaris tidak tetap Rima akhir dalam serangkap juga tidak tetap


SELOKA PAK KADUK Aduhai malang Pak kaduk, Ayamnya menang kampung tergadai, Ada nasi dicurahkan, Awak pulang kebuluran, Mudik menongkah surut, Hilir menongkah pasang, Ada isteri dibunuh, Nyaris mati oleh tak makan, Masa belayar kematian angin, Sauh dilabuh bayu berpuput, Ada rumah bertandang duduk, Aduhai malang Pak Kaduk


MANIFESTASI AKAL BUDI Seloka Pak Kaduk bertujuan untuk memberi hiburan dan jenaka disamping menyelitkan pesanan serta makna seloka tersebut kepada pendengar. Pak Kaduk seorang yang tidak berfikir ketika membuat keputusan. Dia sanggup berjudi dengan mempertaruhkan ayamnya demi duit atau harta sehinggalah mengakibatkan kampungnya tergadai. Banyak sikap negatif yang ditunjukkan dalam seloka Pak Kaduk ini.


MANIFESTASI AKAL BUDI Jelaslah bahawa masyarakat yang membaca atau mendengar seloka ini mestilah mengelakkan diri daripada menjadi seorang yang tamak akan harta dan mengabaikan keluarga. Aspek akal budi juga dapat dilihat apabila pengarang sendiri mengkritik sikap kita yang tidak memberi faedah kepada orang. Keseluruhan isi seloka Pak Kaduk menyindir tentang sikap sebahagian daripada masyarakat Melayu yang bersikap negatif. Watak Pak Kaduk mempamerkan sikap keturunan Melayu yang perlu diberi teguran supaya mengubah sikap kepada yang lebih baik.


6.0 RUJUKAN Abd. Rahman & Khairuddin Mohamad, Kesusasteraan Melayu : Sasbadi Siti Hajar Abdul Aziz, Bahasa Melayu 1 : Oxford fajar Arhima. (2015). 122868245-Konsep-dan-fungsi-kesusasteraan-Melayudocx. Dokumen.Tips. https://dokumen.tips/documents/122868245-konsep-dan-fungsi-kesusasteraan-melayudocx.html Aszaid-hamqa-raqieyl. (2015). Jenis Dan Bentuk Kesusasteraan Melayu. Dokumen.Tips. https://dokumen.tips/documents/jenis-dan-bentuk-kesusasteraan-melayu.html Follow, A. (n.d.). Konsep kesusasteraan melayu. Slideshare.net. Diakses Februari 12, 2023, dari https://www.slideshare.net/ArifahAzlanShah1/konsep-kesusasteraan-melayu-240193262 FUNGSI SASTERA MELAYU, AHLI KUMPULAN 1 NUR HASMIRA SALINA NURLINA …. (n.d.). Coggle.It. Diakses Februari 12, 2023, dari https://coggle.it/diagram/YXgrtrxdjpinSYMx/t/fungsi-sasteramelayu Manifestasi akal Budi dalam seloka. (n.d.). Anyflip.com. Diakses Februari 12, 2023, dari https://anyflip.com/znonx/qudh/basic


SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version