NAMA AHLI: 1. EN MOHD YAZID@MOHD PAISAL BIN MOHAMAD KAMIN (GURU BESAR) 2. PN SITI RUSILA BT MISRON (PK PENTADBIRAN) 3. EN MOHD RAZALI BIN NOKMAN (PK HAL EHWAL MURID) 4. PN NORAINI BT MOHAMMED SHAHID (PK KOKURIKULUM) 5. EN MOHD NAZERI BIN OSMAN (PK PETANG) 6. EN AHMAD NADZRI BIN SALLEH (PK PPKI) NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN MERU KOD SEKOLAH : BBA 0030
2 ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 ANALISA SOAL SELIDIK AMALAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE 21 (PAK 21) 3 2 ANALISA SOAL SELIDIK AMALAN PENULISAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) 12 3 LAPORAN RINGKAS BENGKEL PEMANTAPAN RPH DAN BILIK DARJAH PAK 21 18 4 GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG BENGKEL 21 5 BORANG MAKLUM BALAS 29 6 MODEL BILIK DARJAH PAK 21 33
3 TUGASAN 1 MODUL 3 TS25 MENERAJUI PEMBELAJARAN
4 Berdasarkan carta di atas, jumlah responden yang terlibat adalah seramai 93 orang guru yang terdiri daripada 3 aliran, subjek yang di ajar serta pengalaman tahun mengajar.
5 Carta pai disebelah menunjukkan peratusan tahap kefahaman guru terhadap PAK 21: - 63.4% (59 orang guru) baik - 31.2% (29 orang guru) sederhana - 3.2% (3 orang guru) sangat baik - 2.2% (2 orang guru) cemerlang. Graf menunjukkan elemen-elemen PAK 21 yang telah diaplikasikan oleh guru dalam pdpc. Nilai dan etika mencatat peratus paling tinggi iaitu 77.4 % (72 orang guru) dan diikuti dengan kemahiran komunikasi iaitu sebanyak 76.3% (71 orang guru). Carta pai disebelah menunjukkan 92.5% (86 orang guru) melaksanakan PAK21 dalam sesi pdpc masing-masing. Manakala 7.5% (7 orang guru) tidak melaksanakan amalan PAK21 dalam sesi pdpc berkemungkinan kurang penguasaan terhadap amalan PAK 21 atau guru masih menggunakan pengajaran berpusatkan guru sepenuhnya.
6 Carta pai disebelah menunjukkan 77.4% (72 orang guru) menggunakan kemahiran aras tinggi (KBAT) semasa berinteraksi dengan murid dalam bilik darjah. Manakala 22.6% (21 orang guru) tidak melaksanakannya disebabkan beberapa faktor seperti guru menggunakan aras berfikir tahap sederhana mengikut tahap penguasaan dan kefahaman murid yang berada di kelas yang agak lemah atau guru kurang penguasaan terhadap unsur KBAT dalam pdpc. Berdasarkan carta pai berikut, sebanyak 98.9% (92 orang guru) dapat menerapkan nilai dan etika secara berkesan kepada murid semasa sesi pdpc. Manakala 1.1% (1 orang guru) didapati tidak dapat menerapkan nilai etika secara berkesan kepada murid. Berdasarkan carta pai berikut, sebanyak 93.5% (87 orang guru) berkongsi dan berbincang dengan rakan sekerja mengenai strategi pdpc yang sesuai dan menarik dijalankan terhadap murid. Manakala 6.5% (6 orang guru) tidak berbincang dengan rakan sekerja kerana guru telah sedia ada strategi dan kaedah pedagogi tertentu terhadap kumpulan sasaran murid.
7 Keputusan carta pai berikut menunjukkan kekerapan guru menggunakan pendekatan kolaboratif dalam pdpc bagi meningkatkan tahap penguasaan murid. -60.2% (56 orang guru) kategori kadangkadang -31.2% (29 orang guru) kategori kerap -7.5% (7 orang guru) kategori jarang-jarang -1.1% ( 1 orang guru) sangat kerap Keputusan carta pai berikut menunjukkan kekerapan guru memberi tugasan kepada murid secara berkumpulan. -61.3% (57 orang guru) kategori kadangkadang -24.7% (23 orang guru) kategori kerap -14% (13 orang guru) kategori jarang-jarang Carta pai berikut menunjukkan kekerapan guru memberi galakkan kepada murid untuk berkomunikasi dua hala atau lebih ketika melaksanakan tugasan. -69.9% (65 orang guru) kategori kerap -23.7% (22 orang guru) kategori kadangkadang -4.3% (4 orang guru) kategori jarang-jarang -2.2% (2 orang guru) kategori sangat kerap
8 Carta pai berikut menunjukkan kekerapan guru menggunakan alat bantu mengajar (ICT) ketika sesi pdpc. -55.9% (52 orang guru) kategori kadangkadang -23.7% (22 orang guru) kategori jarangjarang -17.2% (16 orang guru) kategori kerap -3.2% (3 orang guru) kategori sangat kerap Carta pai berikut menunjukkan kekerapan guru menggunakan pendekatan kreativiti dalam inovasi ketika sesi pdpc. -62.4% (58 orang guru) kategori kadangkadang -26.9% (25 orang guru) kategori kerap -9.7% (9 orang guru) kategori jarang-jarang -1.1% (1 orang guru) kategori sangat kerap Carta pai berikut menunjukkan kekerapan guru menggalakkan murid membentang hasil tugasan yang diberi. -57% (53 orang guru) kategori kadangkadang -26.% (25 orang guru) kategori kerap -15.1% (14 orang guru) kategori jarangjarang -1.1% (1 orang guru) kategori sangat kerap
9 Carta pai berikut menunjukkan sebanyak 59.1% (55 orang guru) menyatakan sekolah mempunyai kemudahan yang mencukupi serta suasana persekitaran yang baik untuk amalan pelaksanaan PAK 21. Manakala sebanyak 40.9% (38 orang guru) pula berpendapat sebaliknya, dan telah menyatakan beberapa idea dan cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan amalan pelaksanaan PAK 21 di sekolah. Graf disebelah menunjukkan jumlah maklumbalas cadangan penambahbaikan yang diterima daripada guru-guru. Maklumbalas berikut boleh dilihat pada senarai 1.1 muka surat 10. Hasil keputusan carta pai disebelah menunjukkan sebanyak 45.2% (42 orang guru) memerlukan kursus atau taklimat amalan PAK21 dalam pdpc. Manakala 54.8% (51 orang guru) tidak memerlukan taklimat berikut kerana maklumat atau info amalan PAK21 boleh diikuti secara pembelajaran kendiri melalui pelbagai cara, atau guru telah dapat menguasai amalan PAK21 dengan baik dalam pdpc.
10 senarai 1.1 Bil Respon/ Cadangan terkumpul 1 Perlu penambahan alatan bantu mengajar seperti LCD Projektor bagi sekolah yang muridnya ramai. Bilik khas sahaja tidak mencukupi. 2 Jumlah murid dalam kelas harus sesuai dengan pendekatan PAK 21 yang berkesan. 3 Penjanaan makmal komputer. 4 Tambahkan kemudahan televisyen smartpintar. 5 Meletakkan lcd dalam kelas. 6 Capaian Internet di sekolah tidak menyeluruh. 7 Tambah akses penggunaan komputer. 8 Baiki plug point yang banyak tidak berfungsi. 9 Sediakan smart TV di dalam setiap kelas. 10 Bilik alaf mesra pengguna. 11 Smartboard di setiap kelas, Al Quran Digital bagi murid. 12 Kurangkan bilangan murid dalam kelas. 13 Tambahan bilik khas untuk ruang pembelajaran yg lebih selesa & peralatan ict (speaker/lcd/mikrofon) utk penggunaan dlm kelas. 14 Menyediakan kelas dengan kemudahan LCD. 15 Plug dalam kelas tidak berfungsi, bilik apd dijadikan kelas pdp, ramai yg menggunakan pusat sumber. 16 Tambah smartboard dan LCD. 17 Mohon peralatan ict untuk unit pra sekolah, cth lcd. 18 Soket di dalam kelas tidak berfungsi, tiada layar putih, kelas terlalu terang kerana tiada langsir. 19 Penggunaan smart tv dlm kelas. 20 Smart tv/whiteboard. 21 Sistem pendawaian yg sempurna dalam bilik-bilik khas supaya suis boleh digunakan utk penggunaan lcd dan alatan digital lain. 22 Perlu tmbh baik peralatan. 23 Tingkatkan mutu internet di sekolah, sediakan bilik darjah yg lebih kondusif, sediakan peralatan ict yg mencukupi. 24 Tambah peralatan ict yg sedia ada. 25 Menyediakan lebih banyak bilik-bilik yg dilengkapi dgn peralatan ICT yg mudah diakses. 26 Kelas yg dilengkapi bahan ict. 27 Pasang LCD skrin untuk mudahkan guru berkongsi video, maklumat dan power point. 28 Menyediakan projektor mudah alih utk setiap panitia. 29 Tiada. Berdasarkan soalan no. 14 : Jika jawapan soalan 13 ialah “Tidak”, berikan cadangan penambaikan. Berikut adalah maklumbalas berkenaan cadangan penambahbaikan kemudahan dan suasana persekitaran pelaksanaan amalan PAK21 di sekolah.
11 Kesimpulannya, amalan pelaksanaan PAK 21 dikalangan guru-guru di SK Meru berada pada tahap yang baik iaitu pada kadar peratusan 92.5%. Guru-guru juga perlu diberi pendedahan terhadap amalan PAK21 sama ada secara pembelajaran kendiri mahupun dengan menghadiri taklimat atau kursus. Pendedahan terhadap amalan PAK21 ini perlu bagi meningkatkan tahap penguasaan guru kerana terdapat juga guru-guru yang masih belum mengaplikasi amalan PAK21 dalam sesi pdpc. Selain itu, kemudahan dan suasana persekitaran sekolah juga memainkan peranan penting bagi menghasilkan ruang yang kondusif dan berkesan untuk sesi pembelajaran dan pengajaran terhadap murid. Cadangan penambahbaikan yang telah dikemukakan perlu diambil kira untuk membantu guruguru agar dapat melaksanakan amalan PAK 21 dengan lebih baik. Sekian, terima kasih. Disediakan oleh, Jawatankuasa TS25 SK Meru 16.4.2023
12 TUGASAN 2 MODUL 3 TS25 MENERAJUI PEMBELAJARAN
13 Berdasarkan carta di atas, jumlah responden yang terlibat adalah seramai 92 orang guru yang terdiri daripada 3 aliran, subjek yang di ajar serta pengalaman tahun mengajar.
14 Carta pai disebelah menunjukkan peratusan bentuk penulisan RPH guru di SK Meru: - 96.7% (89 orang guru) menggunakan eRPH - 3.3% (3 orang guru) menggunakan fail RPH Graf menunjukkan kefahaman guru terhadap elemen-elemen yang perlu ada dalam sesebuah RPH. 91 orang guru bersetuju bahawa objektif pembelajaran (98.9%) dan aktiviti murid (98.9%) menjadi elemen utama yang perlu ada dalam sesebuah RPH. Carta pai disebelah menunjukkan 93.5% (86 orang guru) menggunakan format penulisan RPH yang diselaraskan mengikut panitia masing-masing. Manakala 6.5% (6 orang guru) menggunakan format penulisan RPH yang tidak diselaraskan oleh Panitia. Carta pai disebelah menunjukkan 100% kefahaman guru tentang penulisan RPH guru adalah berdasarkan DSKP daripada KPM.
15 Carta pai disebelah menunjukkan tahap pemahaman guru adalah 100% mengenai maksud objektif pembelajaran dalam sesebuah RPH. Berdasarkan carta pai berikut, sebanyak 95.7% (88 orang guru) bersetuju bahawa kriteria kejayaan boleh digunakan untuk melihat tahap pencapaian penguasaan murid dalam pdpc. Manakala sebanyak 4.3% ( 4 orang guru) tidak bersetuju. Carta pai disebelah menunjukkan waktu guru menyiapkan penulisan RPH. -89.1% (82 orang guru) menyiapkan RPH 1 hari atau beberapa hari sebelum pdpc -8.7% (8 orang guru) menyiapkan RPH selepas selesai pdpc -2.2% (2 orang guru) menyiapkan RPH 1 jam sebelum pdpc. Carta disebelah menunjukkan peratusan guru dalam merancang pelbagai gaya pembelajaran PAK21 menerusi penulisan RPH: -63.% (58 orang guru) kategori kadang-kadang -26.1% (24 orang guru) kategori kerap -6.5% (6 orang guru) kategori jarang-jarang -4.3% (4 orang guru) kategori sangat kerap
16 Keputusan carta pai berikut menunjukkan kekerapan guru menerangkan objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan kepada muird sebelum memulakan pdpc. -45.7% (42 orang guru) kategori kadangkadang -39.1% (36 orang guru) kategori kerap -8.7% (8 orang guru) kategori jarang-jarang -6.5% ( 6 orang guru) sangat kerap Keputusan carta pai berikut menunjukkan: -51.1% (47 orang guru) bersetuju amalan penyediaan dan penulisan RPH yang baik membantu melancarkan proses pdpc, -47.8% (44 orang guru) sangat setuju, -manakala 1.1% ( 1 orang guru) menyatakan kurang setuju.
17 Kesimpulannya, kefahaman guru terhadap amalan penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) berada pada tahap baik. Pengetahuan sedia ada membolehkan guru dapat memahami secara holistik mengenai elemen penting yang perlu ada dalam sesebuah RPH. Kefahaman yang baik membolehkan guru melaksanakan amalan penulisan RPH dengan berkesan. Secara keseluruhannya, amalan penulisan RPH dikalangan guru memuaskan dan boleh ditingkatkan lagi melalui pembelajaran kendiri, perbincangan dengan rakan sekerja mahupun dengan menghadiri taklimat atau kursus. Pendedahan terhadap amalan penulisan RPH dapat membantu melonjakkan tahap pemahaman dan penguasaan guru dalam penyediaan dan pelaksanaan penulisan RPH. Sekian, terima kasih. Disediakan oleh, Jawatankuasa TS25 SK Meru 10.6.2023
18 TARIKH: 10 JUN 2023 HARI : SABTU MASA : 8.00 PAGI TEMPAT : DEWAN CIKGU SHAARI, SK MERU PENYERTAAN : 108 ORANG GURU
19 SEKOLAH KEBANGSAAN MERU JALAN PERSIARAN HAMZAH ALANG 42200 KAPAR,KLANG LAPORAN BENGKEL PEMANTAPAN RPH TS25 DAN BILIK DARJAH PAK21 Nama Aktiviti : BENGKEL PEMANTAPAN RPH TS25 DAN BILIK DARJAH PAK21 Urus Setia : Unit TS25 Tarikh : 10 Jun 2023 Hari : Sabtu Masa : 8.00 pagi- 1.00 petang Tempat : Dewan Cikgu Shaari Bil. Peserta : 108 orang guru Kewangan : Kos - RM 622.00 (makanan/minuman/bunting/buku program/hadiah) Pencapaian Objektif : 1. Memberi pendedahan berkaitan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) TS25 kepada guru-guru SK Meru. 2. Menerapkan elemen pembelajaran PAK21 (Pembelajaran Abad Ke 21) kepada guru-guru agar diterapkan ke dalam pembelajaran. 3. Menjalankan perbincangan mengikut kumpulan (panitia) & pembentangan simulasi pdp PAK21 ke dalam bengkel yang dijalankan. 4. Meningkatkan pemahaman guru-guru terhadap RPH TS25 & Bilik Darjah PAK21 Sila sertakan dokumen yang bertanda “X” (jika berkenaan). x Buku Atur Cara Buku Rekod / Keputusan x Kertas kerja x Foto Persembahan Multimedia
20 Matlamat Utama Aktiviti : Memberi pendedahan berkaitan RPH TS25 & Bilik Darjah PAK21 kepada guru Ringkasaan Aktiviti : 1.Mendengar ceramah yang disampaikan oleh Pn. Siti Rusila bt Misron ( PK Pentadbiran SK Meru) mengenai RPH TS25 dan bilik darjah PAK21 2.Menjalankan perbincangan mengikut kumpulan (panitia) & pembentangan simulasi pdp PAK21 ke dalam bengkel yang dijalankan. Kekuatan Aktiviti : 1. Penceramah mempunyai pengetahuan luas dalam topik yang disampaikan 2. Guru memberi kerjasama yang baik sepanjang bengkel 3. Sesi soal jawab dan sesi pembentangan dilaksanakan secara kreatif dan menarik Kekangan Aktiviti : 1.Masa bagi sesi perbincangan kumpulan terpaksa dipendekkan. 2. Tempat program agak sempit kerana bilangan guru yang ramai Hal-hal Lain : Tiada hal-hal lain Disediakan oleh: Urusetia Bengkel Jawatankuasa TS25 14.6.2023
21 GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG BENGKEL
22
23
24
25 CONTOH-CONTOH RPH YANG DIBENTANGKAN DALAM BENGKEL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 4 Minggu 10 Tarikh 8.6.2023 Hari Khamis Kelas 4 INTAN Masa 11.20 – 12.20 Kehadiran Tema Kesihatan dan Kebersihan Tajuk Penjagaan Kesihatan Mata (Buku Teks: 24) Kemahiran Bahasa Menulis Standard Kandungan Standard Pembelajaran 3.3 Menghasilkan penulisan 3.3.1 Menulis draf dan menghasilkan penulisan deskriptif Kriteria Kejayaan 1. Menulis tiga ayat perenggan pendahuluan dengan Teknik TIK (Tema Isu Kehendak) 2. Menilai hasil kerja rakan Objektif Pada akhir sesi pembelajaran, murid dapat: 1. Menulis sekurang-kurangnya tiga ayat dengan lengkap dalam perenggan pendahuluan karangan bertajuk “Cara-cara menjaga kesihatan mata saya”.(ABCD) Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Aktiviti Pemula 1. Take off touch down Murid-murid berdiri jika bersetuju dengan gambar yang dipamerkan oleh guru dan duduk jika tidak bersetuju Aktiviti Utama 2. Murid mendengar penerangan tentang Teknik TIK daripada guru 3. Show me – murid mempamerkan jawapan pada papan putih mini berkaitan dengan soalan yang diajukan oleh guru menggunakan Teknik TIK 4. Round table – murid menyiapkan lembaran tugasan dalam kumpulan secara bergilir-gilir Aktiviti Penutup 5. Gallery walk – murid akan bergerak ke kumpulan yang lain dan menilai hasil kerja kumpulan lain Bahan Bantu Mengajar Pentaksiran dan Penilaian Gambar, kad soalan, lembaran kerja, papan putih mini, buku teks Pentaksiran Secara Bertulis Refleksi 36 daripada 42 orang murid dapat melengkapkan lembaran pengukuhan . 6 orang murid diberi Latihan pemulihan. Catatan
26 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 6 MATA PELAJARAN Matematik KELAS: 6 Intan TARIKH/HARI/MASA Isnin 3 April 2023 MINGGU: 10 BIDANG Nombor dan Operasi KEHADIRAN MURID:42/44 MASA 8:00 am-9:00 am TAJUK 2.0 Pecahan, Perpuluhan dan Peratus STANDARD KANDUNGAN 2.1 Pecahan STANDARD PEMBELAJARAN 2.1.1 Membahagi pecahan bagi dua nombor melibatkan pecahan wajar, nombor bulat dan nombor bercampur. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat Menyelesaikan soalan bahagi pecahan dengan menunjukkan langkah kerja sekurangkurangnya 7 daripada 10 soalan yang diberi dengan betul. KRITERIA KEJAYAAN Murid boleh mengujarkan sifir 2 hingga 9 secara hafalan. Murid tahu mendarab pecahan. Murid dapat membuat langkah kerja bahagi pecahan . AKTIVITI PEMBELAJARAN & PEMUDAHCARAAN (PdPc) Gerak minda- fakta asas × dan ÷ Guru menunjukkan cara membahagi pecahan di atas papan putih. Pecahan yang terlibat mempunyai penyebutnya hingga 10 sahaja. Guru menegaskan kepada murid bahawa jawapan akhir mestilah dalam bentuk termudah. Aktiviti PAK-21: FAN-N-PICK 1. Murid dibahagikan 4 orang dalam satu kumpulan. 2. Sediakan soalan dalam kad. 3. Ahli pertama diminta menyusun semua kad dalam bentuk kipas. 4. Ahli kedua memilih kad dan membacakan soalan. 5. Ahli ketiga menjawab soalan. 6. Ahli keempat memberi respons. 7. Ahli kumpulan saling menukar peranan. Murid membuat latihan Uji minda dalam buku teks muka surat 56. Kuiz – 2 soalan Membuat rumusan. REFLEKSI 35 daripada 42 orang murid dapat menyelesaikan soalan bahagi pecahan dengan menunjukkan langkah kerja sekurang-kurangnya 7 daripada 10 soalan yang diberi dengan betul. 7 daripada 42 orang murid yang tidak menguasai diberi bimbingan secara individu. 2 daripada 42 orang diberi penerangan susulan pada pdpc akan datang.
27 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA INGGERIS CLASS : 4 DELIMA (40 pupils) TIME : 8.30 -9. 30 a.m TOPIC: My Week MAIN SKILL FOCUS: Speaking Complementary Skill : Reading Objective: At the end of the lesson, pupils will be able to: 1) state at least 5 phrases on houseworks using I have to …. Success criteria 1. 20 pupils able to state 5 houseworks 2. 15 pupils are able to state 3 houseworks 3. 5 pupils able to state 2 houseworks ACTIVITIES: Pre-lesson 1. Introduce vocabulary in the text using mime and by following instructions for Warm up in the Teacher’s Book. Avoid introducing feed and jobs. Lesson delivery 2. Ask a question for general understanding, e.g. Which child is most like you? Then follow the first two instructions for Activity 1 in the Teacher’s Book. Have pupils read and listen (Track 25) to the text. 4. Ask pupils to find and guess the meaning of unfamiliar words in the text. Remind them to think about the topic of the text and the sentences around the words. 5. Follow the remaining instructions for Activity 1 in the Teacher’s Book. Note: pupils do not do the writing task at the bottom of the Page in this lesson. 6. Follow the instructions for Activity 2 in the Teacher’s Book. Post-lesson 7. Finish with a game to further consolidate understanding of the language point (have to) in a personal way. REFLECTIONS 36/40 able to achieve Learning Objective and given enrichment worksheets. 4/40 to achieve Learning Objective and given remedial worksheets
28 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MINGGU HARI TARIKH TAHUN MASA MATAPELAJARAN 6 Rabu 6 SAINS TEMA: SAINS HAYAT UNIT: 2.0 MANUSIA TAJUK MANUSIA STANDARD KANDUNGAN 2.1 Pembiakan Manusia STANDARD PEMBELAJARAN 2.1.2 Menjelaskan proses persenyawaan manusia sehingga bayi dilahirkan . OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir Pdpc murid akan dapat menceritakan dan melakar rajah proses persenyawaan manusia sehingga bayi dilahirkan. (ABCD) KRITERIA KEJAYAAN KK1 :Sebilangan murid berjaya menjelaskan dan melakar rajah uterus dan melabel kejadian yang berlaku dalam proses persenyawaan di setiap bahagian uterus. KK2 : Sebilangan murid berjaya melakar rajah uterus dan melabel kejadian yang berlaku dalam proses persenyawaan di setiap bahagian uterus AKTIVITI PDPC Set Induksi: 1. Murid menonton video yang ditunjukkan guru. https://youtu.be/4xVISUGzChY Aktiviti: 2. Murid diterangkan tentang topik hari ini iaitu proses persenyawaan manusia. 3. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai video yang telah ditonton. 4. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 5. Murid secara berkumpulan melakarkan uterus manusia dan melabelkan bahagian serta kejadian yang berlaku di setiap bahagian uterus (PAK21) 6. Murid membuat perbincangan untuk pembentangan dengan menjelaskan proses persenyawaan manusia. (KBAT) 7. Murid membuat pembentangan di hadapan kelas. (PBD) Penutup: 6. Murid membuat kesimpulan pelajaran hari ini. AKTIVITI PAK-21 Stretch to Sketch (Lukis mengikut kreativiti) Presentations (Persembahan)- individu, berpasangan, berkumpulan. KPS Memerhatikan / Meramalkan Mengelaskan Menggunakan perhubungan ruang dan masa Mengukur dan menggunakan nombor Mentafsir data Membuat inferens Mendefinisi secara operasi Mengawal pemboleh ubah Mengeksperimen Membuat hipotesis Berkomunikasi / KMS Menggunakan peralatan dan bahan sains Membersihkan peralatan sains Menyimpan peralatan dan bahan sains Mengendalikan spesimen / Melakar spesimen, peralatan & bahan sains / Tidak berkenaan BAHAN BANTU BELAJAR LCD,laptop,kertas manila KBAT/EMK/NILAI Menganalis Sains dan Teknologi Bekerjasama TAHAP PENGUASAAN 5 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Lain-lain (Nyatakan) Pembentangan REFLEKSI 30 /44 murid dapat mencapai objektif yang ditetapkan.(KK1) 14 /44 murid yang tidak mencapai objektif diberi bimbingan. (KK2)
29 ANTARA MAKLUM BALAS YANG DITERIMA 2 stars 1 wish 2 stars – perkara utama yang dicapai selepas program/bengkel 1 wish- cadangan penambahbaik atau harapan pada masa akan datang
30
31
32 BUKU PROGRAM DAN BUNTING
33 KELAS 1 NILAM SESI PDPC : BAHASA INGGERIS GURU : PN. NOOR HAZWANI BINTI OSMAN