SMART2021
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN KERAMAT
JALAN ENGGANG TIMUR 4
54200 KUALA LUMPUR, SELANGOR
BUKU PERATURAN SEKOLAH
“Kemenjadian Murid dan 100% Guru Berkualiti”
1
SMART2021
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara.
MATLAMAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersepadu.
Melahirkan insan yang beriman, berilmu, berakhlak mulia, berketrampilan dan sejahtera.
Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan Negara.
Memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.
MISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia bagi memperkembang
potensi indidvidu sepatutnya dan memenuhi aspirasi Negara Malaysia.
NILAI SEKOLAH
• Amanah
Melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan
keyakinan orang lain.
● Penyayang
Mewujudkan budaya penyayang, menghargai dan prihatin.
• Hormat
Memupuk budaya hormat menghormati dan memberi layanan yang penuh
sopan, ikhlas dan takzim.
• Dedikasi
Bekerja bersungguh-sungguh untuk menghasilkan kerja yang berkualiti.
• Bersyukur
Menghargai nikmat dan pemberian yang diterima.
2
SMART2021
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA
SEJAHTERA
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG
BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI
INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA
ILMU SULUH HIDUP
KERAMAT GEMILANG
3
SMART2021
PIAGAM SMART
Bahawa kami warga SMK Taman Keramat bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang
terbaik kepada pelanggan kami seperti berikut :
• Memperkukuh pegangan agama dan mematuhi perintah TUHAN.
• Membimbing murid ke arah pembinaan sahsiah yang mulia dan pembentukan displin diri.
• Meningkatkan kecemerlangan murid melalui peningkatan prestasi sahsiah, kurikulum,
dan kokurikulum.
• Menentukan setiap murid dan guru melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran
secara berkesan.
• Meningkatkan pencapaian kokurikulum melalui penyertaan aktif oleh guru dan murid.
• Mewujudkan suasana tenteram, harmoni dan persekitaran yang indah, bersih serta
kondusif.
• Memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan layanan mesra.
• Mewujudkan kerjasama padu dengan PIBG dan komuniti setempat untuk memantapkan
organisasi.
• Melaksanakan arahan daripada PPD/ JPN/ KPM dalam tempoh yang ditetapkan.
4
SMART2021
LAGU SEKOLAH
Sekolah Menengah Taman Keramat
Teras kejayaan kami
Kami sedia seia sekata
Maju dan berwawasan
Seiringan bergerak maju
Meningkatkan ilmu
Berusaha tanpa rasa jemu
Berdiri megah sekolahku
Chorus
Erat kuat menggapai cita
Berdisiplin yang utama
Terima kasih pendidik kami
Semoga kita akan berjaya
Dengan ikrar tersemat di hati
Kamikan terus berbakti
Sejahtera oh sekolahku
Namamu tetap ku sanjung
Ulangi chorus dan rangkap ke 4
Sejahtera oh sekolahku
Namamu tetap ku sanjung
ILMU… SULUH…HIDUP
5
SMART2021
PERATURAN SEKOLAH
PERKARA 1 : KEHADIRAN
1.1 Semua murid diwajibkan hadir tepat pada waktunya:-
i) Pada setiap hari persekolahan
ii) Kelas-kelas tambahan atau bimbingan
iii) Aktiviti kokurikulum
1.2 Murid yang tidak hadir mesti mengemukakan surat akuan doktor atau surat keterangan
daripada ibubapa/penjaga. Tanpa maklumat-maklumat ini murid akan dianggap ponteng.
1.3 Sekiranaya pihak sekolah tidak menerima keterangan bertulis, tindakan-tindakan berikut
akan diambil:-
Surat Hari Tidak Hadir Hari Tidak Hadir
(Ponteng) Berturut-Turut (Ponteng) Bukan
Amaran Pertama Berturut-Turut
Amaran Kedua Pada Hari Ke-3
Amaran Terakhir Pada Hari Ke-10
Buang Sekolah 7 Hari Selepas Amaran
Jumlah Hari Tidak Hadir Pertama 10 Hari Selepas Amaran
Pertama
(Ponteng) 7 Hari Selepas Amaran
Kedua 20 Hari Selepas Amaran
Kedua
14 Hari Selepas Amaran
Terakhir 20 Hari Selepas Amaran
Terakhir
31 Hari
60 Hari
1.4 Semasa hari persekolahan, murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa
kebenaran Pengetua atau Penolong Kanan / Penolong Kanan HEM / PK Kokurikulum /
Penolong Kanan Petang.
6
SMART2021
1.5 Murid-murid yang ingin diambil pulang oleh ibubapa/penjaga semasa waktu persekolahan,
hendaklah berjumpa dengan Pengetua atau Penolong Kanan Petang. Nama ibubapa/penjaga
serta nama murid mesti dicatat dalam Buku Kebenaran Keluar Sekolah.
PERKARA 2 : MASA PERSEKOLAHAN
2.1 Isnin – Khamis
7.20 pagi – 1.30 petang / 2.00 petang aliran sains
Jumaat : 7.20 pagi – 12.30 tengahari
2.3 WAKTU REHAT
2.3.1 Waktu rehat ialah selama 30 minit.
2.3.2 Semua murid mesti keluar dari kelas pada waktu rehat. Tutup semua suis lampu
dan kipas.
2.3.3 Murid-murid dibenarkan berada di Blok B dan bahagian hadapan sekolah sahaja.
2.4.4 Semua murid hendaklah segera masuk ke kelas masing-masing apabila loceng
tamat rehat dibunyikan.
2.4 WAKTU PERTUKARAN KELAS
2.4.1 Murid-murid mestilah berbaris dan beredar dengan senyap dan pantas untuk ke
makmal, bengkel dan padang.
2.4.2 Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kelas semasa ketiadaan guru.
2.4.3 Loceng balik dibunyikan, murid-murid bergerak untuk pulang. Suis lampu dan
kipas hendaklah ditutup dan pastikan kelas dalam keadaan yang bersih dan pintu
kelas ditutup bagi sesi petang.
2.4.4 Murid-murid tidak dibenarkan berada di luar kelas semasa PdP berjalan. Murid-
murid yang hendak ke bilik air mesti mendapatkan Pas Kebenaran Keluar Kelas
daripada guru.
2.4.5 Murid-murid tidak dibenarkan ke kelas lain kecuali dengan kebenaran guru.
7
SMART2021
2.5 SELEPAS WAKTU SEKOLAH
2.5.1 Murid yang tidak terlibat dalam gerak kerja kokurikulum, bertugas, kelas tambahan
atau tiada urusan sekolah hendaklah balik ke rumah selepas waktu persekolahan.
2.5.2 Murid tidak dibenarkan merayau-rayau di dalam kawasan sekolah atau di tempat
lain.
2.5.3 Murid yang hendak belajar atau berbincang tentang muridan, boleh berbuat
demikian di perpustakaan, kantin atau di tempat duduk yang disediakan.
PERKARA 3 : PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH
3.1 Semua murid diwajibkan hadir.
3.2 Semua mesti berhimpun di tapak perhimpunan mengikut kelas masing-masing.
3.3 Semua murid mesti berpakaian pakaian seragam sekolah yang lengkap, bersih dan kemas.
Murid lelaki dikehendaki memakai tali leher.
3.4 Murid-murid mesti menyanyikan lagu ‘Negaraku’ lagu rasmi Negeri Selangor, dan ‘Lagu
Sekolah’ bersama-sama, kuat serta penuh semangat.
3.5 Semasa ucapan dan pengumuman dibuat, semua murid dikehendaki sentiasa senyap dan
memberikan perhatian dan membuat catatan.
3.6 Selepas perhimpunan, murid-murid beredar ke kelas masing-masing dalam barisan dengan
pantas dan senyap.
PERKARA 4 : PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH
Pakaian seragam sekolah yang lengkap, kemas, berlencana serta bertanda nama hendaklah dipakai
pada setiap hari persekolahan dan semasa menghadiri upacara-upacara rasmi. Semua murid
diwajibkan memakai pakaian seragam sekolahdari rumah ke sekolah sehingga balik ke rumah.
4.1 PAKAIAN SERAGAM MURID LELAKI
4.1.1 Baju berwarna putih berlengan pendek dengan poket disebelah kiri dan berbutang
putih. Jika berlengan panjang, lengannya hendaklah dikancingkan.
8
SMART2021
4.1.2 Butang baju mestilah dikenakan semuanya kecuali dibahagian kolar.
4.1.3 Baju hendaklah dimasukkan di dalam seluar pada setiap masa.
4.1.4 Seluar panjang berwarna hijau kehitam-hitaman (dark olive). Seluar mestilah
berpotongan biasa, tidak menjahit tulang, tidak berbentuk jean dan tidak berpoket
tampal.
4.1.5 Tali pinggang adalah daripada jenis yang kepalanya tidak keras atau berhias
berwarna hitam, coklat gelap atau hijau kehitam-hitaman. Ukuran lebar tali
pinggang tidak melebihi 3.75cm (1 ½ inci)
4.1.6 Kasut kanvas berwarna putih dan stokin berwarna putih atau kasut kanvas
berwarna hitam dan stokin berwarna hitam
4.1.7 Lencana sekolah hendaklah dilekatkan di atas poket di sebelah kiri baju. Tanda
nama diletak di sebelah atas poket baju.
4.1.8Pada hari Jumaat, murid-murid dikehendaki memakai baju Melayu berwarna putih
bersampin biru sekolah dan bersongkok hitam.
4.1.9 Murid-murid lelaki tidak dibenarkan membawa atau memakai sebarang barang
kemas/hiasan diri.
4.2 PAKAIAN SERAGAM MURID PEREMPUAN
4.2.1 Baju kurung berwarna putih dan potongan leher berbentuk ‘Teluk Belanga’. Leher
baju mestilah dikancing. Kain sarung berwarna biru.
4.2.2 Murid Islam dikehendaki memakai anak tudung dan tudung berwarna putih.
4.2.3 Kasut kanvas putih dan stoking pendek berwarna putih atau kasut kanvas
berwarna hitam dan stokin berwarna hitam
9
SMART2021
4.2.4 Lencana sekolah dan tanda nama dilekat di sebelah kiri tudung/bahagian atas baju
kurung.
4.2.5 Murid-murid dilarang memakai alat-alat solek dan barang-barang kemas di
sekolah.
4.3 PAKAIAN SERAGAM PENGAWAS SEKOLAH
4.3.1 Pengawas Lelaki
i) Tali leher berwarna biru gelap.
ii) Memakai lencana pengawas, lencana sekolah dan tanda nama.
iii) Baju kemeja lengan panjang berwarna biru muda dan seluar panjang
berwarna biru tua.
iv) Kasut berwarna hitam dan stokin berwarna hitam.
4.3.2 Pengawas Perempuan
i) Baju kurung berwarna biru muda dan kain berwarna biru tua.
ii) Tudung berwarna biru muda.
iii) Memakai lencana sekolah, tanda nama serta bertali leher berwarna biru tua.
iv) Kasut berwarna hitam dan stokin hitam.
4.4 PAKAIAN SEMASA SUKAN/PENDIDIKAN JASMANI/AKTIVITI
KOKURIKULUM
4.4.1 Semua murid mestilah memakai baju T sekolah dan berseluar panjang sukan (Track
bottom) berwarna biru gelap.
4.4.2 Kasut kanvas berwarna putih atau hitam
4.4.3 Semua murid digalakkan memakai baju unit beruniform lengkap pada setiap hari
Rabu mengikut unit masing-masing.
10
SMART2021
Gambar 1 : Pakaian lengkap Gambar 2 : Pakaian lengkap Gambar 3 : Pakaian lengkap
murid lelaki hari Isnin murid lelaki hari Jumaat. murid perempuan
hingga Khamis
PERKARA 5 : RAMBUT DAN KUKU
5.1 MURID LELAKI
5.1.1 Mestilah menjaga rambut supaya sentiasa kemas dan pendek. Istilah pendek
ialah:-
i) Rambut belakang tidak menyentuh kolar baju (Tidak melebihi garisan
cuping telinga)
ii) Rambut tepi tidak menyentuh telinga.
iii) Rambut di depan tidak menutup garis tengah dahi.
iv) Rambut di atas tidak melebihi 15cm.
5.1.2 Tidak dibenarkan menyimpan janggut, misai dan ‘side burn’
5.1.3 Murid-murid dilarang mewarna, menginaikan dan rambut
5.1.4 Kuku mestilah sentiasa pendek dan bersih.
11
SMART2021
5.2 MURID PEREMPUAN
5.2.1 Murid perempuan digalakkan memakai tudung sepanjang berada di kawasan
sekolah.
5.2.2 Murid-murid dilarang mewarna, menginaikan rambut.
5.2.3 Murid-murid dilarang menyimpan kuku panjang, mewarna atau menginai kuku.
Kuku mestilah sentiasa pendek dan bersih.
5.2.4 Murid dilarang mencabut kening atau membentukkannya.
PERKARA 6 : KEBERSIHAN DAN KECERIAAN SEKOLAH
6.1 BILIK DARJAH
6.1.1 Semua murid mestilah menjaga kebersihan dan keceriaan bilik darjah masing-
masing.
6.1.2 Ketua kelas dan penolongnya bertanggungjawab menyediakan jadual tugas kelas
masing-masing dan memastikan tugas-tugas harian ini dijalankan dengan
sempurna.
6.1.3 Kedudukan kerusi meja hendaklah sentiasa tersusun dan kemas.
6.1.4 Murid-murid dilarang membuang sampah di merata tempat melainkan ke dalam
bakul sampah yang disediakan dalam setiap kelas.
6.1.5 Sampah dalam bakul sampah hendaklah segera dibuang ke tempat yang telah
ditentukan.
6.1.6 Cermin tingkap hendaklah sentiasa bersih dan terbuka pada masa belajar.
6.1.7 Setiap kelas mesti mempunyai sudut pembelajaran yang dihias dengan bahan/carta
akademik. Jangan sekali-kali bahan-bahan ini diconteng, diusik atau dirosakkan.
6.1.8 Tiap-tiap kelas mesti mempunyai
• Carta organisasi kelas
• Bendera Malaysia
• Visi, Misi, Moto sekolah
• Jadual waktu kelas
• Peraturan sekolah
• Jadual bertugas
12
SMART2021
• Pelan kebakaran
6.1.9 Murid-murid hendaklah membersihkan kelas 5 minit sebelum balik.
6.1.10 Semua murid mestilah menjaga keselamatan perabut-perabut dalam kelas. Tidak
dibenarkan memindahkan perabut-perabut antara kelas.
6.1.11 Menggunakan bilik-bilik darjah selepas waktu sekolah atau pada masa cuti adalah
dilarang kecuali mendapat kebenaran Pengetua dan kegiatan itu dijalankan bersama
guru.
6.2 KAWASAN SEKOLAH
6.2.1 Semua murid mesti menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah. Sampah hendaklah
dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.
6.2.2 Murid-murid dilarang meludah, menconteng dan mengotorkan dinding bangunan
sekolah.
6.3 TANDAS SEKOLAH
6.3.1 Murid-murid hendaklah menggunakan tandas dengan betul dan menjaga
kebersihan serta dilarang membuang sampah ke dalam lubang tandas.
6.3.2 Murid-murid dilarang menconteng dinding tandas dengan sebarang alat.
6.3.3 Murid-murid hendaklah berjimat menggunakan air dan menutup paip setelah
digunakan.
6.4 PAPAN KENYATAAN SEKOLAH
6.4.1 Sebarang kenyataan yang ditampal/ditulis mesti mendapat kebenaran guru.
6.4.2 Kenyataan yang lama atau tamat tempoh mesti ditanggalkan.
6.4.3 Semua murid mestilah menghargai maklumat di papan kenyataan dan tidak
meminda kenyataan atau merosakkannya.
6.4.4 Semua murid hendaklah sentiasa merujuk papan kenyataan untuk mengetahui
pengumuman mengenai aktiviti sekolah.
13
SMART2021
6.5 HARTA BENDA SEKOLAH
6.5.1 Semua murid bertanggungjawab menjaga harta benda sekolah yang terdapat dalam
kelas, tandas, bengkel, makmal, kantin, pusat sumber, stor sukan dan di mana-mana
sahaja dalam kawasan sekolah.
6.5.2 Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan dengan segera kepada guru.
6.5.3 Kerosakan yang dilakukan oleh murid hendaklah diganti oleh murid sendiri.
6.5.4 Semua bentuk harta benda yang dipinjam hendaklah dipulangkan dan diletakkan di
tempat asal dalam keadaan baik.
PERKARA 7 : KAWASAN LARANGAN
7.1 Tempat-tempat berikut adalah kawasan larangan kecuali dengan kebenaran.
• Bilik guru, pejabat, tandas guru, tempat letak basikal, motosikal, dan kereta, bilik
persediaan Makmal, bengkel, bilik komputer, bilik meter elektrik, stor sukan,
tempat memasak di kantin dan tempat makan guru.
7.2 Semua murid sesi petang dilarang mendekati kelas-kelas sesi pagi yang sedang belajar dan
sebaliknya.
7.3 Tandas murid lelaki bagi murid perempuan dan tandas murid perempuan bagi murid
lelaki.
7.4 Murid-murid tidak dibenarkan berada / mencerobohi kawasan sekolah-sekolah rendah
sebelum, semasa atau selepas waktu persekolahan.
7.5 Barang-barang larangan di sekolah,
7.5.1 Buku / bahan cetakan yang tidak sesuai seperti komik, majalah hiburan, majalah
fesyen, poster / kalendar / lencana artis, buku lagu, gambar foto, katalog, bahan lucah,
buku kisah cinta remaja/dewasa, cerita seram berlebihan dan seumpamanya.
7.5.2 Alat-alat elektronik seperti ‘game & watch’, ‘cyberpet’, pita video, cekera padat (CD)
, pita kaset, radio Walkman, radio, telefon bimbit dan sebagainya.
7.5.3 Alat-alat solek.
7.5.4 Alat / barang hiasan / barang kemas seperti sermin, tali pinggang berfesyen, subang
berfesyen, klip rambut yang besar / berfesyen, reben yang berwarna-warni, cincin,
rantai, pendant, tali / benang dan semua jenis batu permata.
14
SMART2021
7.5.5 Sikat jenis ‘brush’ / hujung runcing dan tajam.
7.5.6 Alat yang tajam/ batang kayu/ batang besi/ senjata berbahaya seperti pembaris besi/
keluli yang panjang, pisau, pemutar skru, gunting besar, rantai besi dan sebagainya.
7.5.7 Jaket / sweater / windbreaker.
7.5.8 Bahan letupan dan bahan bakar seperti mercun, ‘thunder flash’, mancis dan bahan
kimia.
7.5.9 Baju atau baju-T yang berwarna-warni tidak boleh dipakai di sekolah.
7.5.10 Alat-alat permainan seperti catur, monopoli, kad judi (poker card), gitar dan
sebagainya.
7.5.11 Segala jenis rokok dan dadah; minuman keras dan pil / ubat kecuali atas nasihat doktor
/ vape.
7.5.12 Tepung, serbuk emas, pistol air, telur, belon berisi air dan makanan ringan.
PERKARA 8 : KANTIN SEKOLAH
8.1 Semua murid mesti makan di kantin sahaja atau kawasan yang ditetapkan oleh sekolah.
8.2 Berbaris semasa hendak membeli makanan/minuman.
8.3 Semua bekas makanan/minuman hak milik kantin mesti dimasukkan ke dalam bekas-bekas
yang disediakan selepas digunakan.
8.4 Semua murid tidak dibenarkan masuk ke tempat memasak / menyediakan makanan dan di
tempat makan guru.
8.5 Hendaklah mengamalkan adab sopan semasa makan atau minum.
8.6 Murid dibenarkan membeli makanan pada waktu rehat sahaja.
8.7 Murid tidak dibenarkan membeli makanan di luar kawasan sekolah pada waktu rehat atau
makan di luar kawasan sekolah.
8.8 Sebarang jenis pembalut makanan atau baki makanan hendaklah dibuang ke dalam tong-
tong sampah yang disediakan.
15
SMART2021
PERKARA 9 : ADAB, TATATERTIB DAN KESOPANAN
9.1 Semua murid wajib mengenali semua guru dan kakitangan sekolah.
9.2 Semua murid wajib menghormati guru-guru, kakitangan sekolah, pelawat, pengawas dan
sesama murid.
9.3 Ucapan salam hendaklah diberikan apabila bertemu sesama Islam dan ucapan selamat
sejahtera bagi yang bukan Islam.
9.4 Semua murid mesti mewujudkan sikap dan tingkahlaku yang baik sepanjang persekolahan
dan menjaga nama baik sekolah.
9.5 Semua murid dilarang memasuki/melalui kawasan sekolah/sekolah yang berhampiran,
mengganggu murid-murid atau harta benda sekolah-sekolah berkenaan.
9.6 Semua murid dilarang memasuki/melalui kawasan sekolah/sekolah berhampiran, di gerai-
gerai makan berhampiran sekolah atau di laman-laman berdekatan sekolah.
9.7 Semua murid dilarang membawa/mengguna telefon bimbit di sekolah. Murid-murid boleh
menggunakan telefon awam dalam kawasan sekolah sebelum masuk kelas di waktu
pagi/tengahari, selepas kelas pada waktu tengahari/petang dan semasa rehat. Jika terdapat
keperluan menggunakan telefon pada waktu-waktu lain daripada yang disebut di atas,
minta kebenaran guru-guru dahulu.
9.8 Murid-murid hendaklah sentiasa bersopan santun dan menjaga nama baik sekolah pada
setiap masa.
9.9 Murid-murid tidak dibenarkan merokok di dalam sekolah serta kawasan disekitarnya.
9.10 Murid mestilah berdiri dengan sikap hormat apabila menerima sesuatu arahan atau
menyampaikan sesuatu kepada guru.
9.11 Murid hanya boleh meninggalkan kelas atau memasuki mana-mana kelas selepas mendapat
kebenaran daripada guru yang berada di dalam kelas tersebut.
9.12 Murid-murid dilarang keras biadab dan bising.
9.13 Murid dikehendaki sentiasa bersopan santun, berbudi bahasa kepada tetamu, pelawat,
hormat kepada yang lebih tua dan sayang kepada yang lebih muda.
9.14 Murid-murid hendaklah sentiasa bersedia menghulurkan pertolongan yang ikhlas dan jujur
kepada yang memerlukan pertolongan.
16
SMART2021
9.15 Murid hendaklah meminta izin dengan hormat sambil menundukkan sedikit badan apabila
melintasi di hadapan guru atau tetamu dan pelawat.
PERKARA 10 : KESELAMATAN
10.1 Dalam Makmal, Bengkel, Bilik ERT, Bilik Jahitan, Bilik Seni Lukis.
10.1.1 Semua murid mestilah mematuhi peraturan-peraturan bilik tersebut.
10.1.2 Utamakan keselamatan dan pastikan mematuhi langkah-langkah keselamatan yang
telah ditetapkan.
10.1.3 Murid beratur dengan tertib semasa bergerak pergi atau balik dari tempat-tempat di
atas.
10.1.4 Sebarang kemalangan hendaklah dilaporkan dengan segera kepada guru.
10.1.5 Perabut-perabut, bahan-bahan, radas-radas dan alat-alat perkakas tidak dibenarkan
dibawa keluar dari bilik-bilik tersebut.
10.2 Murid yang berbasikal
10.2.1 Murid dilarang menunggang basikal dalam kawasan sekolah pada setiap masa.
10.2.2 Basikal hendaklah diletakkan dengan teratur di tempat letak basikal. Basikal
mestilah dikunci.
10.2.3 Pastikan basikal adalah selamat digunakan, iaitu lengkap dengan loceng, brek dan
lampu.
10.2.4 Murid dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan keselamatan di jalan raya.
10.3 Murid yang bermotosikal
10.3.1 Bagi murid-murid yang bermotosikal hendaklah mempunyai lesen. Cukai jalan,
topi kaledar dan motosikal dalam keadaan baik.
10.3.2 Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab kepada sebarang kemalangan,
kecurian dan kerosakan.
17
SMART2021
10.4 Murid yang berjalan kaki
10.4.1 Semua murid yang berjalan kaki mestilah mematuhi peraturan-peraturan
keselamatan jalan raya.
10.4.2 Jangan bergurau atau bermain ketika di jalan raya.
10.4.3 Sebelum melintas jalan, pandang ke kiri dan kanan jalan untuk memastikan
keselamatan. Jika di jalan raya besar patuhi lampu isyarat.
10.4.4 Elakkan berjalan melalui tempat-tempat yang gelap, semak, atau sunyi.
10.4.5 Sentiasa berwaspada dan jaga beg/barang-barang yang dibawa untuk mengelakkan
diragut.
10.4.6 Jangan mudah terpedaya dan menerima perlawaan orang-orang yang tidak dikenali
untuk menaiki kenderaan mereka.
10.5 Murid yang menaiki bas sekolah/bas awam
10.5.1 Jaga keselamatan diri semasa berada dalam bas dan semasa menunggu bas. Jangan
berebut-rebut menaiki dan memenuhi bas. Beratur dan beri laluan/tempat duduk
kepada orang-orang yang lebih memerlukan.
10.6 Murid yang menaiki kenderaan sendiri
10.6.1 Pastikan ibu bapa tidak berhenti di hadapan pintu pagar sekolah kerana ini
menganggu pergerakan kereta guru-guru.
10.6.2 Kenderaan ibu bapa tidak memasuki kawasan sekolah kecuali pada hari hujan
sahaja.
10.6.3 Murid-murid menunggu ibu bapa di dalam kawasan sekolah dan bukan di luar
sekolah.
10.7 Padang, Gelanggang dan dataran
10.7.1 Murid-murid tidak dibenarkan membuat latihan/bermain tanpa penyeliaan atau
arahan dari guru-guru berkenaan.
10.7.2 Dilarang bermain/berlatih ketika hujan dan petir.
10.7.3 Sentiasa menjaga keselamatan diri dan kebersihan padang/gelanggang/dataran.
18
SMART2021
10.7.4 Menghentikan aktiviti apabila keadaan menjadi gelap kerana hendak hujan.
10.7.5 Perlu memohon kebenaran pengetua untuk menjalankan aktiviti pada waktu
sekolah atau di luar waktu persekolahan. Satu salinan surat kebenaran diserahkan
kepada Pengawal Keselamatan.
10.8 Keluar dari kawasan sekolah
10.8.1 Jika murid-murid ada keperluan untuk balik, diwajibkan meminta kebenaran dari
Pengetua, Penolong Kanan atau PK Hem. Satu salinan kebenaran hendaklah
diserah kepada Pengawal Keselamatan.
10.8.2 Murid yang memerlukan rawatan perubatan di klinik dikehendaki mendapatkan
borang rawatan dari PK Hem.
10.9 Semasa Lawatan/Rombongan Murid/Aktiviti Luar Sekolah
10.9.1 Untuk kegiatan kokurikulum di luar sekolah, murid-murid mesti mengisi borang
kebenaran dari ibubapa dan diserahkan kepada guru-guru berkenaan.
10.9.2 Sentiasa mematuhi arahan pihak penganjur dan guru pengiring.
10.9.3 Berpakaian kemas, bersopan santun dan sentiasa menjaga nama baik sekolah.
10.9.4 Mengutamakan keselamatan diri sendiri dan rakan-rakan serombongan.
PERKARA 11 : SENARAI SALAH LAKU BERAT DI PERINGKAT SEKOLAH
Berikut ialah salah laku berat dan tindakan disiplin seperti penggantungan sementara atau buang
sekolah boleh diambil
11.1 Menjadi ahli di dalam pertubuhan haram.
11.2 Membawa senjata yang merbahaya dengan tujuan jahat.
11.3 Memukul/menyakiti/mencederakan guru-guru dan kakitangan sekolah.
11.4 Mengancam guru-guru/Pengetua.
11.5 Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh sekolah dan
pejabat muridan.
11.6 Menulis kepada surat khabar tanpa memberitahu pihak sekolah.
19
SMART2021
11.7 Sengaja merosakkan harta kerajaan/sekolah.
11.8 Sengaja merosakkan harta persendirian guru atau murid-murid lain.
11.9 Mencuri.
11.10 Mengancam/peras ugut murid-murid lain dengan ancaman yang serius dan merbahaya.
11.11 Menghisap rokok dan mengambil dadah.
11.12 Berjudi, meminum minuman keras atau yang memabukkan dalam kawasan sekolah.
11.13 Masih membantah hukuman guru-guru sekalipun sudah diberi amaran.
11.14 Menunjukkan sifat bongkak dan membuat penghinaan kepada guru/pengetua.
11.15 Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan menimbulkan kacau
bilau dan perpecahan kaum.
11.16 Melanggar peraturan tatatertib atau menangkis yang menurut budi bicara Pengetua
sebagai pelanggaran tatatertib yang berat.
11.17 Berasmara atau berkelakuan sumbang termasuk membawa, menyebar atau menonton
video lucah dan gambar lucah.
KESALAHAN RINGAN
1. Menyimpan misai, janggut atau jambang.
2. Berambut panjang atau menyerupai kumpulan tertentu.
3. Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan larangan.
4. Menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dan sekolah tanpa
kebenaran.
5. Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran.
6. Berada di kantin pada waktu persekolahan (kecuali waktu rehat) tanpa kebenaran.
7. Menyimpan atau menggunakan alat permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran.
8. Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran.
9. Memasuki atau tidak mematuhi arahan makmal/bengkel/bilik khas.
10. Memakai barang kemas atau perhiasan atau alat solek kecuali jam.
11. Memasuki bilik khas tanpa kebenaran.
12. Makan atau minum di bilik darjah.
13. Melakukan pembaziran air dan elektrik.
14. Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap.
20
SMART2021
15. Semua kesalahan bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku, tidak membuat
kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain)
16. Datang lewat ke sekolah.
17. Lewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/makmal.
18. Bising dalam bilik darjah sehingga mengganggu kelas lain.
19. Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah.
20. Berjalan-jalan tanpa kebenaran.
21. Tidak membuat gerak kerja yang ditugaskan.
22. Mengganggu kawasan persekitaran sekolah..
23. Mengganggu guru.
24. Lewat masuk sekolah.
25. Mengotorkan kelas.
26. Tidak duduk setempat.
27. Kesalahn lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.
KESALAHAN SEDERHANA
1. Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali.
2. Menyalahgunakan / menggunakan peralatan / sumber bekalan elektrik sekolah tanpa
kebenaran.
3. Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.
4. Tidak amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian peperiksaan.
5. Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.
6. Tidak menghormati lagu-lagu / bendera / jata sekolah, negeri dan kebangsaan.
7. Fesyen rambut keterlaluan seperti punk / skin head atau berwarna.
8. Menconteng pada harta benda sekolah.
9. Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik telinga dan memakai subang
berlebihan daripada satu pada satu cuping telinga.
10. Kesalahan lain yang difikir termasuk dalam kategori ini.
21
SMART2021
PERKARA 12 : TINDAKAN TATATERTIB
12.1 Nasihat / kaunseling
12.2 Menghubungi ibubapa / penjaga
12.3 Amaran
12.4 Rotan
12.5 Digantung persekolahan
12.6 Dibuang sekolah
12.7 Laporan kepada polis
12.8 Hukuman ke atas murid menghisap rokok
i) Kesalahan kali pertama : Rotan 1 kali
ii) Kesalahan kali kedua : Rotan 2 kali
iii) Kesalahan kali ketiga : Rotan 3 kali
iv) Kesalahan kali keempat : Gantung persekolahan
(selama tempoh tidak melebihi 14 hari)
v) Kesalahan kali kelima : Buang sekolah
Tindakan yang sewajarnya akan diambil ke atas murid-murid yang melanggar undang-undang
dan peraturan sekolah mengikut jenis kesalahan yang dilakukan.
PERKARA 13 : PENGAWAS SEKOLAH
13.1 Pengawas dilantik oleh pihak sekolah dan mereka bertanggungjawab membantu guru
untuk mengawasi dan memastikan setiap peraturan sekolah diikuti dan dipatuhi oleh
semua murid.
13.2 Pengawas berhak menegur serta memberi arahan yang bersesuaian dengan peraturan-
peraturan sekolah.
13.3 Murid-murid dilarang menentang / melawan pengawas dan mestilah mematuhi setiap
arahan pengawas.
13.4 Pengawas-pengawas mestilah menunjukkan sikap yang baik, mematuhi arahan dan
menjadi contoh yang baik kepada murid-murid lain.
22
SMART2021
PERKARA 14 : YURAN / BAYARAN TAMBAHAN
14.1 Segala jenis yuran / bayaran tambahan hendaklah dijelaskan dalam bulan Januari setiap
tahun.
PERKARA 15 : PERTUKARAN SEKOLAH
15.1 Pertukaran sekolah dibenarkan hanya dengan kehendak / permintaan dari ibubapa /
penjaga.
15.2 Sekiranya murid dari kelas peperiksaan PT3 dan SPM, ibubapa / penjaga hendaklah
memastikan pertukaran Pusat Peperiksaan telah dibuat.
PERKARA 16 : MAJALAH SEKOLAH
16.1 Setiap murid (seorang dalam satu keluarga) diwajibkan membeli senaskah majalah
sekolah.
PERKARA 17 : KOKURIKULUM
17.1 Semua murid diwajibkan menyertai tiga aktiviti Kokurikulum iaitu satu daripada kelab /
persatuan, satu pasukan badan beruniform dan satu permainan.
17.2 Kedatangan untuk aktiviti adalah wajib.
17.3 Murid-murid mesti memakai pakaian mengikut aktiviti yang disertai iaitu pakaian
seragam badan beruniform untuk aktiviti badan beruniform atau pakaian baju T sekolah
dan seluar panjang untuk permainan / sukan dan kelab / persatuan.
17.4 Murid-murid mesti mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh unit kokurikulum
sekolah.
17.5 Semua murid tidak dibenarkan menjalankan kegiatan tanpa guru penasihat.
17.6 Murid-murid adalah bertanggungjawab ke atas kejayaan kokurikulum yang disertainya.
17.7 Semasa latihan kokurikulum, murid-murid dilarang mengganggu kelas-kelas pada sesi
pagi/petang.
17.8 Semua kegiatan kokurikulum yang diadakan di luar sekolah atau pada luar waktu yang
ditetapkan mesti mendapat kebenaran bertulis daripada pihak sekolah dan ibubapa.
23
SMART2021
PERKARA 18 : SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
18.1 Semua murid mesti menjaga buku-buku teks pinjaman dengan baik di mana buku-buku
tidak diconteng, dikoyak dan mesti dibalut sebaik-baiknya dengan pembalut plastik.
18.2 Semua buku pinjaman mesti dipulangkan dalam keadaan baik.
18.3 Buku-buku yang rosak/hilang mesti digantikan dengan buku baru.
18.4 Buku teks murid tidak dibenarkan ditinggalkan di dalam kelas.
PERKARA 19 : KEHILANGAN BARANG
19.1 Pihak sekolah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kecurian atau kehilangan
barang-barang.
19.2 Barang-barang yang hilang atau dijumpai hendaklah dilaporkan segera kepada guru yang
bertugas.
PERKARA 20 : SURAT MENYURAT DAN KENYATAAN AKHBAR
20.1 Pengetua berhak membuka surat serta memeriksa surat-surat murid pada bila-bila masa.
20.2 Surat rasmi yang dihantar pada mana-mana pihak hendaklah melalui Pengetua.
20.3 Murid-murid tidak dibenarkan membuat kenyataan akhbar tanpa kebenaran.
Saya telah membaca dan faham serta akan mematuhi peraturan-peraturan sekolah seperti yang
tercatat diatas.
Tandatangan murid Tandatangan ibubapa/penjaga
………………………… .……………………………..
() ()
24