The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cawangan Arkitek, 2023-01-12 22:36:15

Laporan Cawangan Arkitek 2021-2022

Laporan Cawangan Arkitek

ARKITEK+ LAPORAN TAHUNAN CAWANGAN ARKITEK JKR MALAYSIA www.jkr.gov.my 2022 Simplicity - Leonardo DaVinci is the ultimate s o phis tication


ISI KANDUNGAN 01 MAKLUMAT KORPORAT Visi, Misi + Objektif Fungsi + Perkhidmatan Perutusan Pengarah Kanan Ringkasan Eksekutif Pengurusan FUNGSI BAHAGIAN LAPORAN PRESTASI Prestasi Kewangan Kedudukan Perjawatan Pelan Strategik JKR Pelan Bisnes Statistik Pembudayaan Ilmu PROJEK FASA REKA BENTUK PROJEK SERAH + SIAP WARGA CAWANGAN ARKITEK ANUGERAH + PENGIKTIRAFAN Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Anugerah Pencapaian Istimewa PENERBITAN PERISTIWA + AKTIVITI 04 05 1 2 3 4 5 6 25 59 85 + 13 14 16 17 18 19 23 9 105 106 108 111 02 03 115 06 07 08 09


i SIDANG REDAKSI 2021-2022 Dari kiri : Pengerusi | DATIN Ar. YONG RAZIDAH BINTI RASHID Penasihat | Ar. SHARINA INTAN BINTI ABDULLAH Penyelaras | PN NORHAYATI BINTI OMAR Wakil Bahagian : NOOR LAILY . NUR SYAHIRAH . RAFIDAH . YUSSITA . FAZDE . INTAN NORSHAHRAH . SHAHIRA AISHAH . ABDUL WAHAB . NUR AINIL HAWA . HALIYATUNNUFUS . SOMPHOB CHARENCIT . FADZILULLAH . WAN KHAULAH SA’ADAH . ANDY . KHIRMANIZA . KHAIRUL AIZAT. NURFAZLIZA SYAFINAS . KHAINISYA . MARIATI . AZLITA . AHMAD FUAD . ROSLI . SITI MASTURA . MIOR HARITH . SHAHRUDDIN . ZAKUAN. NADIA HANANI. ROSMAWATI SARI . ATIKAH. AHMAD FAARIS .


ii Ketua Editor 1 | MASIDAYU BINTI AHMAD Ketua Editor 2 | AHMAD ZULKAMAL BIN MOHD ZIYADI Urus Setia | Ar. Ts. AZRI BIN AJI Editor 1 | NOOR IZZANI BINTI MOHD RAWI Editor 2 | ALSYANIZA BINTI ZAINUDDIN Editor 3 | MARLIANA BINTI MOHD ZAIN Editor 4 | MUHAMMAD FADHIL BIN ADNAN Editor 5 | NORSYAHIRA BINTI ABU BAKAR Editor 6 | MUHAMMAD HAMIM BIN ZAINAL ARIFFIN


iii


1 MAKLUMAT KORPORAT


2 Menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang perkhidmatan dan kepakaran seni bina serta peneraju dalam pembangunan alam bina melalui modal insan yang kreatif, inovatif dan berteknologi tinggi. VISI 1. Memastikan pelaksanaan projek pembangunan yang efisen dari segi kos, jangka masa dan spesifikasi bagi menghasilkan produk berkualiti yang memenuhi keperluan pelanggan. 2. Memastikan keseragaman perkhidmatan kepakaran seni bina dalam pelaksanaan projek bagi menghasilkan produk berkualiti yang menepati kepuasan pelanggan. MISI OBJEKTIF Menyediakan Alam Bina Lestari dengan: 1. Memastikan perkhidmatan menepati kepuasan pelanggan. 2. Menjamin penyelesaian lestari yang kreatif dan inovatif. 3. Bertindak proaktif kepada perubahan. 4. Menambahbaik dan menyeragamkan proses kerja. 5. Membangunkan dan memperkasakan modal insan yang inovatif. 6. Berpegang teguh kepada integriti dalam menyampaikan perkhidmatan. VISI MISI + OBJEKTIF


3 FUNGSI CAWANGAN ARKITEK 1. Memberikan input dan khidmat pakar dalam pelaksanaan reka bentuk pelbagai fasiliti bangunan. 2. Meneraju pembangunan seni bina lestari di peringkat jabatan. 3. Meneraju Pengurusan Strategik Disiplin Arkitek (Pengarah Kanan Cawangan Arkitek selaku Ketua Disiplin Arkitek). 4. Bertanggungjawab ke atas kemajuan kerjaya pegawai dan kakitangan dalam bidang seni bina. 5. Menyelaras dengan disiplin lain di Sektor Pakar bagi merancang pelaksanaan pembangunan reka bentuk dan perolehan. 6. Menghasilkan reka bentuk pelbagai fasiliti bangunan kerajaan yang menepati kos, kualiti dan tempoh siap yang dipersetujui oleh kementerian. 7. Memperkasakan proses kerja penyampaian reka bentuk fasiliti bangunan dan juga melaksanakan program-program menyokong pembangunan mampan dan lestari dari aspek seni bina. 8. Menjalankan kerja-kerja forensik seni bina. 9. Mengadakan program-program pembangunan dan inovasi dalam bidang seni bina dan program pembangunan teknologi bangunan piawai. 10. Menyediakan garis panduan, kajian, piawaian dan rujukan kesenibinaan. 11. Menjalankan program dan kajian usaha sama dengan beberapa IPT tempatan. 12. Melaksana tadbir urus Change Management untuk Building Information Modelling (BIM-JKR). 13. Latihan dan pembangunan kerjaya Disiplin Seni Bina dalam pelaksanaan Competency Based Human Resource Management (CBHRM). + 1. Penyediaan perkhidmatan reka bentuk seni bina. 2. Penyediaan perkhidmatan perundingan teknikal. 3. Pembangunan dan pemerkasaan kecemerlangan seni bina. 4. Pengurusan dan pembangunan Disiplin Seni Bina JKR. PERKHIDMATAN


4 PERUTUSAN PENGARAH KANAN CAWANGAN ARKITEK Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi dengan limpah dan rahmatNya Tahun 2022 bakal melabuhkan tirainya dengan pencapaian keseluruhan yang boleh dibanggakan bagi warga Cawangan Arkitek. Tahniah dan jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua warga Cawangan Arkitek kerana tahun pertama pasca-pandemik ini telah menyaksikan warga Cawangan Arkitek bersama-sama meneruskan perjuangan JKR selaku agensi teknikal terbesar di negara kita dan berjaya menyahut cabaran untuk mencapai kesemua sasaran Pelan Bisnes Cawangan dan juga Key Performance Indicator (KPI) yang ditetapkan oleh jabatan. Syabas juga diucapkan kepada Sidang Redaksi dan juga semua yang terlibat di dalam penyediaan Laporan Tahunan ini kerana berjaya merakamkan pencapaian Cawangan Arkitek sepanjang tahun 2022 dalam tempoh yang ditetapkan. Marilah kita bersama-sama memanjatkan doa agar Cawangan dan Disiplin Arkitek sentiasa terus positif, mengamalkan semangat kerja dan dedikasi yang tinggi di samping membudayakan nilai-nilai murni serta sentiasa berintegriti semasa melaksanakan projek-projek dan segala tanggungjawab lain yang telah diamanahkan kepada kita. Semoga kreativiti dan keikhlasan kita semasa menjalankan tugas membuahkan hasil yang diberkati dan dikenang rakyat Malaysia. Wabillahi taufik, wassalamua’laikum warahmatullahi wabarakatuh Sekian, terima kasih. YBhg. Datin Ar. Yong Razidah Binti Rashid Pengarah Bahagian Kepakaran Pembangunan Lestari Yang Menjalankan Tugas Pengarah Kanan Cawangan Arkitek, JKR


5 Pada tahun 2022, Cawangan Arkitek telah melaksanakan 188 buah projek bagi pelbagai kementerian pelanggan. Sebanyak 51% telah dilaksanakan secara konvensional dalaman dan 19% secara konvensional perunding. Manakala baki 30% pula dilaksanakan secara Reka & Bina. Statistik pencapaian projek-projek siap reka bentuk 2022 adalah sebanyak 83%. Kepercayaan yang diberikan oleh pihak pelanggan dalam mereka bentuk projek-projek tersebut merupakan pemangkin bagi Cawangan Arkitek untuk memberikan khidmat terbaik dalam kepakaran reka bentuk seni bina dan perundingan teknikal. Selain daripada memperkasakan reka bentuk baru, cawangan ini juga rancak mempromosikan dan menggalakkan penggunaan reka bentuk Pre-Approved Plan (PAP) dalam pelaksanaan projek-projek yang diterima daripada pihak pelanggan. Dengan objektif utama untuk membantu menyingkatkan tempoh penyediaan reka bentuk, Buku Reka Bentuk PAP Siri 3 Edisi 1 juga telah dihasilkan dan diedarkan kepada Kementerian Pelanggan bagi menambahkan kepelbagaian pilihan reka bentuk PAP kepada mereka. Cawangan Arkitek telah berjaya dalam pelaksanaan reka bentuk dengan penggunaan BIM selaras dengan Pelan Strategik JKR 2021–2025. Peningkatan pencapaian adalah dari 60% tahun 2021 kepada 72% tahun 2022. Perkembangan yang positif ini amatlah membanggakan dan semoga Disiplin Arkitek mampu bergerak pantas dalam era globalisasi dan pendigitalan. Dalam memacu kelestarian pembangunan infrastruktur dan bangunan pula, Cawangan Arkitek telah mensasarkan 100% daripada projek-projek yang dilaksanakan mencapai skor minimum 60% bagi reka bentuk inklusif. Sehingga akhir sukuan 4 tahun 2022, pencapaian Cawangan Arkitek bagi pengukuran ini telah mencapai 100%. Selain itu, semua projek yang dikenal pasti melaksanakan Green Product Scoring System (GPSS) telah mencapai 100%. Pakar rujuk jabatan dan pegawai-pegawai berkompetensi tinggi di Cawangan Arkitek merupakan aset penting cawangan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik di dalam dan di luar jabatan. Justeru itu, bilangan pakar rujuk cawangan perlu dipertingkatkan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan Cawangan Arkitek dalam bidang perancangan dan reka bentuk ke tahap yang lebih tinggi. EKSEKUTIF PENCAPAIAN CAWANGAN ARKITEK RINGKASAN


6 CAWANGAN ARKITEK PEJABAT PENGARAH PENGURUSAN


7 Dari kiri: Pengarah Bahagian Kepakaran Pembangunan Lestari YBhg. DATIN Ar. YONG RAZIDAH BINTI RASHID Yang Menjalankan Tugas Pengarah Kanan Pengarah 1 YBrs. Ar. IDr. Ts. ZAINAL BIN MAT RAIS S.I.S., A.M.N. Pengarah 2 YBrs. Ar. SHARINA INTAN BINTI ABDULLAH Pengarah Bahagian Kepakaran BIM YBrs. Ts. MUHAMMAD KHAIRI BIN SULAIMAN


8 CAWANGAN ARKITEK SETIAUSAHA PEJABAT PENGURUSAN Dari atas: Setiausaha Pejabat Pengarah Kanan AINAH BINTI ULAM Setiausaha Pejabat Pengarah 1 NORSULIANA BINTI MOHD SIDEK Setiausaha Pejabat Pengarah 2 NUR NABILA BINTI SAHARUDIN Setiausaha Pejabat Pengarah Bahagian Kepakaran Pembangunan Lestari FARAH DIYANA BINTI ABD. MALIK Pembantu Setiausaha Pejabat Pengarah Bahagian Kepakaran BIM NURUL NADIA BINTI MOHAMAD ZAKRI


9 FUNGSI BAHAGIAN


10 BAHAGIAN PENGURUSAN KORPORAT & STRATEGIK Menyediakan khidmat sokongan di peringkat cawangan di dalam bidang Pengurusan Korporat, Pengurusan Stor dan Pengurusan Aset Alih serta Aset Tak Alih dari aspek dasar, pelaksanaan dan pematuhannya. Menyediakan khidmat sokongan di peringkat cawangan di dalam bidang Pengurusan Pentadbiran, Pengurusan Kewangan, Pengurusan Organisasi dan Pengurusan Pembangunan Sumber Manusia dari aspek dasar, perjawatan, penempatan dan kemajuan kerjaya, kompetensi dan latihan termasuk One Call Centre Cawangan Arkitek. Menyediakan khidmat sokongan di peringkat cawangan dan Disiplin Arkitek /Seni Bina di dalam bidang Pengurusan Korporat, Pengurusan Organisasi, Pengurusan Pembangunan Sumber Manusia, Pengurusan Pengetahuan (ECKM), Pengurusan Strategik dan Pembangunan Skim Kejuruteraan dari aspek dasar, perjawatan, penempatan dan kemajuan kerjaya. Menyediakan khidmat sokongan di peringkat cawangan dan Disiplin Arkitek /Seni Bina di dalam bidang Pengurusan Kualiti, Pengurusan Kompetensi, Pengurusan Latihan dan juga Pengurusan Strategik dari aspek dasar, kemajuan kerjaya, kompetensi dan latihan. FUNGSI BAHAGIAN PENGARAH 1 BAHAGIAN SENI BINA KESIHATAN 1 Mereka bentuk dan menyelaras reka bentuk dan kerja-kerja seni bina fasiliti kemudahan kesihatan seperti hospital, hospital pengajar, klinik kesihatan, klinik desa, makmal kesihatan dan lain-lain serta menyelaras fungsi kepakaran fasiliti kesihatan. BAHAGIAN SENI BINA KESIHATAN 2 Mereka bentuk dan menyelaras reka bentuk dan kerja-kerja seni bina fasiliti kemudahan kesihatan seperti hospital, klinik kesihatan, klinik desa, makmal kesihatan dan lain-lain. BAHAGIAN SENI BINA PENDIDIKAN Mereka bentuk dan menyelaras reka bentuk dan kerja-kerja seni bina fasiliti pendidikan bagi kementerian serta agensi-agensi di bawahnya. BAHAGIAN SENI BINA PENGAJIAN TINGGI Mereka bentuk dan menyelaras reka bentuk dan kerja-kerja seni bina fasiliti kemudahan pendidikan tinggi bagi Kementerian Pengajian Tinggi serta agensi-agensi di bawahnya. UNIT SENI BINA PRE-APPROVED PLAN (PAP) Mengawal selia penyediaan reka bentuk PreApproved Plan yang lengkap dengan input seni bina, struktur, mekanikal, elektrikal dan ukur bahan yang menepati keperluan teknikal dan perundangan semasa serta diluluskan untuk diguna pakai untuk pelaksanaan projek-projek kerajaan.


BAHAGIAN SENI BINA BANGUNAN AM 1 Mereka bentuk dan menyelaras reka bentuk dan kerja-kerja seni bina fasiliti bangunan am seperti kompleks kedutaan, mahkamah, kompleks belia dan sukan, pusat latihan kerajaan, pejabat kerajaan dan istana. BAHAGIAN SENI BINA BANGUNAN AM 2 Mereka bentuk dan menyelaras reka bentuk dan kerja-kerja seni bina fasiliti bangunan am seperti kompleks kedutaan, mahkamah, kompleks belia dan sukan, pusat latihan kerajaan, pejabat kerajaan, istana, projek-projek konservasi dan lain-lain. BAHAGIAN SENI BINA BANGUNAN AM 3 Mereka bentuk dan menyelaras reka bentuk dan kerja-kerja seni bina fasiliti bangunan am seperti kompleks kedutaan, mahkamah, kompleks belia dan sukan, pusat latihan kerajaan, pejabat kerajaan, istana dan lain-lain. BAHAGIAN SENI BINA KESELAMATAN Mereka bentuk dan menyelaras reka bentuk dan kerja-kerja seni bina fasiliti bangunan keselamatan dan pertahanan bagi Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertahanan (darat dan laut) serta agensi-agensi di bawahnya, Jabatan Meteorologi dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. FUNGSI BAHAGIAN PENGARAH 2 BAHAGIAN PENGURUSAN PROJEK STRATEGIK Memastikan pelaksanaan, pemantauan dan pencapaian prestasi bagi pengurusan Pelan Strategik & Risiko Jabatan dan Cawangan, pengurusan projek-projek di bawah seliaan cawangan selaras dengan dasar dan hala tuju jabatan. BAHAGIAN PENGURUSAN PERUNDING Memastikan pelaksanaan, pemantauan dan pencapaian prestasi bagi pengurusan perunding cawangan selaras dengan dasar dan hala tuju jabatan. 11


BAHAGIAN KEPAKARAN KONSERVASI Melaksana pembangunan serta memberi khidmat nasihat kepakaran dan perundingan teknikal kepada jabatan dan agensi luar berkaitan bidang konservasi. UNIT FORENSIK SENI BINA Menyediakan khidmat nasihat kepakaran forensik seni bina kepada jabatan dan agensi luar. Melaksanakan analisa/kajian isu-isu kualiti reka bentuk seni bina. Melaksanakan program lesson learned di peringkat cawangan. FUNGSI BAHAGIAN PENGARAH BAHAGIAN KEPAKARAN PEMBANGUNAN LESTARI 12 UNIT SENI BINA LESTARI Menyediakan khidmat kepakaran dalam bidang seni bina lestari kepada jabatan dan agensi luar termasuk bidang lanskap, reka bentuk sejagat dan reka bentuk pasif. BAHAGIAN KEPAKARAN BIM (BKB) Memperkasakan pelaksanaan BIM di Cawangan Arkitek dengan menyediakan khidmat kepakaran BIM merangkumi aspek teknikal, koordinasi projek, aset dan modal insan. BKB turut menyelaras khidmat multimedia, ICT dan pelaksanaan inovasi Cawangan Arkitek. FUNGSI BAHAGIAN PENGARAH BAHAGIAN KEPAKARAN BIM


13 LAPORAN PRESTASI


PRESTASI KEWANGAN TAHUN 2022 BELANJA MENGURUS Daripada sejumlah RM23,630,444.49 peruntukan belanja mengurus yang diterima daripada Kementerian Kerja Raya, sebanyak RM23,508,600.33 telah dibelanjakan. Prestasi perbelanjaan keseluruhan bagi belanja mengurus sehingga sukuan keempat sebanyak 99.48%. PERUNTUKAN RM 23,630,444.49 PERBELANJAAN SEHINGGA SUKUAN KE-4 RM 23,508,600.33 0% 50% 100% Prestasi Sehingga Sukuan Keempat PERUNTUKAN : 99.48% EMOLUMEN : 94.64% PERKHIDMATAN DAN BEKALAN : 4.84% 14


PRESTASI KEWANGAN TAHUN 2022 BELANJA PEMBANGUNAN Daripada sejumlah RM19,995.00 peruntukan belanja pembangunan yang diterima daripada Kementerian Kerja Raya, sebanyak RM19,995.00 telah dibelanjakan. Prestasi perbelanjaan keseluruhan bagi belanja peruntukan pembangunan sehingga sukuan keempat sebanyak 100%. PERUNTUKAN RM 19,995.00 PERBELANJAAN SEHINGGA SUKUAN KE-4 RM 19,995.00 0% 50% 100% Prestasi Sehingga Sukuan Keempat PERUNTUKAN : 100% PERBELANJAAN : 99.87% 15


KEDUDUKAN PERJAWATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PERJAWATAN PENGURUSAN & PROFESIONAL Perjawatan pegawai Pengurusan dan Profesional (P&P) bagi jawatan hakiki dan Jawatan Pengurusan Projek adalah berjumlah 141 orang. Daripada jumlah tersebut, peratus pengisian adalah 99% bersamaan dengan 139 orang. Manakala dua jawatan masih kosong. PERJAWATAN KUMPULAN PELAKSANA Perjawatan pegawai dari Kumpulan Pelaksana bagi jawatan hakiki dan Jawatan Pengurusan Projek adalah berjumlah 222 orang. Daripada jumlah tersebut, peratus pengisian adalah 91% bersamaan dengan 201 orang. Manakala 19 jawatan masih kosong. PENGISIAN 340 (94.00 %) KEKOSONGAN 21 (6.00 %) KUMPULAN PERJAWATAN DI ISI KOSONG PENGURUSAN TERTINGGI 4 3 1 P&P 90 89 1 PELAKSANA 178 157 19 JUMLAH HAKIKI 272 249 21 KUMPULAN PERJAWATAN DI ISI KOSONG P&P 47 47 0 PELAKSANA 44 44 0 JUMLAH HAKIKI 91 91 0 JAWATAN HAKIKI JAWATAN PENGURUSAN PROJEK 16


PELAN STRATEGIK PENCAPAIAN PELAN STRATEGIK JKR 2021-2025 TEMA 4 - MEMACU KELESTARIAN 2022 33 27 27 25 22 100 54 70 100 56 100 75 77 100 100 100 100 100 100 100 0 20 40 60 80 100 120 Peratus pengurangan pelepasan karbon: Projek bangunan yang melaksanakan Penarafan Hijau sebanyak 15% Peratus pengurangan pelepasan karbon: Bangunan yang dihuni dan dikawal selia JKR sebanyak 1.4 juta kg CO₂ equivalent / tahun. Pengurangan pelepasan karbon bagi bangunan kerajaan yang menggunakan sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB) Bilangan projek jalan yang menggunakan sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB) atau Lampu Kecekapan Tenaga (LED) Peratus projek yang mencapai skor minimum 60% reka bentuk inklusif. Sukuan 1 Sukuan 2 Sukuan 3 Sukuan 4 17


PELAN BISNES PENCAPAIAN PELAN BISNES CAWANGAN ARKITEK 2022 0 28 45 14 47 56 74 76 60 100 93 94 100 100 100 100 100 100 100 100 0 20 40 60 80 100 120 Tema 1: Kecemerlangan Pengurusan Aset Menyeluruh Tema 2: Pengalaman Ko-Kreatif Bersama Pelanggan Tema 3: Pusat Kecemerlangan Teknikal Tema 4: Memacu Kelestarian Tema 5: Organisasi Inovatif Sukuan 1 Sukuan 2 Sukuan 3 Sukuan 4 18


51% 19% 30% Dalaman Perunding Reka & Bina STATISTIK PELAKSANAAN PROJEK CAWANGAN ARKITEK 2022 96 35 57 0 20 40 60 80 100 120 BILANGAN PROJEK MENGIKUT KAEDAH PELAKSANAAN TAHUN 2022 Bilangan Projek Peratus Projek 19


34 27 10 21 8 10 53 25 BSB PT 25 projek BSB PN 53 projek BSB K2 10 projek BSB K1 8 projek BSB KS 34 projek BSB BA1 27 projek BSB BA2 10 projek BSB BA3 21 projek STATISTIK AGIHAN PROJEK CAWANGAN ARKITEK 2022 AGIHAN BILANGAN PROJEK MENGIKUT BAHAGIAN TAHUN 2022 20


KPI 30% projek (bangunan) yang menggunakan reka bentuk PAP (tahun semasa). PENERANGAN Pengukuran ini adalah berdasarkan peratusan projek Semenanjung Malaysia (bangunan direka bentuk secara dalaman) RMKe-12 yang menggunakan reka bentuk PAP. Pelaksanaan projek bangunan yang menggunakan reka bentuk PAP dapat memberi pilihan dan alternatif reka bentuk bangunan yang telah tersedia, menyingkatkan masa dalam pelaksanaan projek serta menjimatkan kos. PENCAPAIAN PROJEK PRE-APPROVED PLAN (PAP) BAGI TAHUN 2022 21 STATISTIK PELAKSANAAN PROJEK PAP 2022 PENCAPAIAN REKA BENTUK PRE-APPROVED PLAN (PAP) SEHINGGA 31 DISEMBER 2022 JUMLAH PROJEK PAP 21/34 bilangan projek bangunan rek 211 a bentuk 62% 211 JUMLAH REKA BENTUK PAP yang melibatkan 28 kategori bangunan


KPI BIM JKR 2021-2025 STATISTIK PELAKSANAAN PROJEK BIM 2021/2022 22 70% projek bernilai RM 10 juta ke atas dilaksanakan secara BIM 10 bilangan projek setiap tahun yang direka bentuk secara dalaman menggunakan kaedah BIM (LOD 500) 60 pegawai / tahun ditauliahkan pensijilan BIM KPI 01 KPI 02 KPI 03 PENCAPAIAN BIM RMKe-12 (DAFTAR SKALA) 146 PROJEK 112 PROJEK RP1 RP2 88 58 60.3 39.7 80 32 71.4 28.6 Bilangan projek BIM Bilangan projek bukan BIM Peratusan projek BIM (%) Peratusan projek bukan BIM (%)


PEMBUDAYAAN ILMU 2021-2022 BIL SENARAI KURSUS/AKTIVITI TARIKH TEMPAT 1 Sesi Libat Urus Pelaksanaan Projek-projek Senggara 08 Mac 2021 BMU, CA 2 Key Elements in Heritage Building Conservation 23 April 2021 Webinar 3 Bual Bicara Bersama Pengarah Reka Bentuk 1 06 Mei 2021 Webinar 4 Bengkel Anugerah Reka Bentuk Terbaik PAP 3.0 08 Sep 2021 Webinar 5 Kursus Kawalan Dokumen Rahsia Rasmi dan Dokumen Rasmi 08-09 Sep 2022 Webinar 6 Mesyuarat Arkitek Kanan JKR Malaysia 2021 09-10 Nov 2021 Kuala Lumpur 7 Libat Urus PAP & BIM Zon Timur 02 Feb 2022 JKR Kelantan 8 Bengkel Semakan & Penambahbaikan Pelantikan Perunding 25 Feb 2022 BMU, CA 9 Bengkel Teknikal Modul Sekolah RP2 28 Feb 2022 BMU, CA 10 Wacana Ilmu Displin Arkitek 2022 02 Jun 2022 Dewan Mahfoz 11 Program Lawatan Kilang Kaca Safety Glass 15 Jun 2022 Seremban 12 Bengkel Lessons Learned Cawangan Arkitek 28 Jun 2022 BMU, CA 13 Program Penyediaan MyPortfolio-HRMIS 19 Jul 2022 BMU, CA 14 Lawatan ke Makmal Pesticide Sumitomo 20 Jul 2022 Senawang 15 Mesyuarat Arkitek JKR Malaysia (MArM) 2022 13-15 Sep 2022 Cheras, KL 23


24


25 PROJEK FASA REKA BENTUK


26 BAHAGIAN SENI BINA KESIHATAN 1 CADANGAN MEMBINA KLINIK KESIHATAN JENIS 4 (PIAWAI) Kos Projek : RM 29 juta Pelanggan : Kementerian Kesihatan Malaysia Kaedah Pelaksanaan : Konvensional Dalaman Skop Projek : Klinik Pesakit Luar, Klinik Ibu & Anak, Pergigian, Kecemasan, Rehabilitasi, Imejan (CR), Farmasi, Infectious Disease (ID), Sistem TPC-OHCIS dan CCTV Konsep Reka Bentuk : Connectivity with courtyard Pasukan Reka Bentuk : Ts. Sharifah Nor Aeiriza, Rahawiah, Syamil Musaddiq, Budi Kurniawan, Nurun Najma, Indra dan Abdul Hafiz


27 BAHAGIAN SENI BINA KESIHATAN 1 CADANGAN MEMBINA KLINIK KESIHATAN JENIS 5 (PIAWAI) Kos Projek : RM 25 juta Pelanggan : Kementerian Kesihatan Malaysia Kaedah Pelaksanaan : Konvensional Dalaman Skop Projek : Klinik Pesakit Luar, Klinik Ibu & Anak, Pergigian, Kecemasan, Farmasi & Infectious Disease Konsep Reka Bentuk : Tropical vernacular contemporary Pasukan Reka Bentuk : Ts. Sharifah Nor Aeiriza, Ar. Mohd Erwan, Ar. Nik Mohd. Samhan dan Nur Afiqah


28 BAHAGIAN SENI BINA KESIHATAN 1 CADANGAN MEMBINA FAKULTI PERGIGIAN USIM (FASA 1) NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS Kos Projek : RM 83 juta Pelanggan : Kem. Pengajian Tinggi Malaysia Kaedah Pelaksanaan : Konvensional Dalaman Skop Projek : Pejabat, Ruang Pengajaran & Pembelajaran, Klinik Pergigian, Klinik Pembedahan, Makmal Pergigian, Makmal Sains Asas & Penyelidikan, Makmal Diagnostik Patologi Mulut & Histologi dan Ruang Aktiviti Pelajar Konsep Reka Bentuk : Islamik dan pembelajaran dalam taman Pasukan Reka Bentuk : Ts. Sharifah Nor Aeiriza, Ar. Mohd Erwan, Ar. Nik Mohd. Samhan, Mohamad Nurul Afizan, Nurun Najma, Nur Syafiqah, Ahmad Amirul, Usman, Fairuz dan Nadia


29 BAHAGIAN SENI BINA KESIHATAN 1 CADANGAN MENAIKTARAF BLOK TAMBAHAN HOSPITAL JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR Kos Projek : RM 44 juta Pelanggan : Kementerian Kesihatan Malaysia Kaedah Pelaksanaan : Konvensional Dalaman Skop Projek : Jabatan Kecemasan & Trauma, Klinik Pakar & Jabatan Wad (Inpatient Unit Services – Ward) - 30 Katil Konsep Reka Bentuk : Moden kontemporari Pasukan Reka Bentuk : Ts. Sharifah Nor Aeiriza, Zuraida, Ar. Mohd Erwan, Ar. Norazreen, Ar. Nik Mohd. Samhan, Nurun Najma, Noraini, Ashri, Syed Muhammad Alias dan Usman


30 BAHAGIAN SENI BINA KESIHATAN 2 CADANGAN MEMBINA BLOK BANGUNAN (MCH) KLINIK KESIHATAN GREENTOWN IPOH PERAK DARUL RIDZUAN Kos Projek : RM 25 juta Pelanggan : Kementerian Kesihatan Malaysia Kaedah Pelaksanaan : Konvensional Dalaman Skop Projek : Bangunan Klinik Kesihatan Ibu & Anak (MCH), Garaj Ambulan, Stor Mudah Terbakar dan blok sokongan Konsep Reka Bentuk : Modern contemporary and soothing environment Pasukan Reka Bentuk : Mohd Yazid, Norlina, Nur Zuliana, Muhammad Firdaus, Sofiyyah, Mohd Fauzi dan Muhammad Asyraf


31 BAHAGIAN SENI BINA KESIHATAN 2 CADANGAN MEMBINA KLINIK KESIHATAN JENIS 2 + INFECTIOUS DISEASE (KK2 ID) SEMENYIH, SELANGOR Kos Projek : RM 47 juta Pelanggan : Kementerian Kesihatan Malaysia Kaedah Pelaksanaan : Pre-Approved Plan Skop Projek : Klinik dengan ruang menunggu ID dan Non ID, Garaj Ambulan, Bilik Kecemasan dan Farmasi Pandu Lalu Konsep Reka Bentuk : Reka bentuk inklusif yang memenuhi keperluan penyakit berjangkit dan pemampanan kelestarian hijau Pasukan Reka Bentuk : Mohd Yazid, Norlina, Nur Zuliana, Muhammad Faiz, Ar. Nursuhaila, Yussita, Mohd Fauzi, Noremy, Fatimah, Muhammad Fairuz dan Nur Farhana


32 BAHAGIAN SENI BINA KESIHATAN 2 CADANGAN MEMBINA KLINIK KESIHATAN JENIS 6 + INFECTIOUS DISEASE (KK6 ID) (PIAWAI) Kos Projek : RM 15 juta Pelanggan : Kementerian Kesihatan Malaysia Kaedah Pelaksanaan : Pre-Approved Plan Skop Projek : Klinik dengan ruang menunggu ID dan Non ID, Farmasi, Bilik Kecemasan dan Therapeutic Garden Konsep Reka Bentuk : Klinik kejiranan yang mesra, reka bentuk padat dengan persekitaran yang menenangkan Pasukan Reka Bentuk : Norlina, Siti Maizura, Muhammad Safwan, Che Nurul Mahfuzah, Mohd Fauzi, Mohammad Zainurin dan Nurul Ain


33 BAHAGIAN SENI BINA KESIHATAN 2 CADANGAN MEMBINA TAMBAHAN BARU BLOK PUTRAJAYA (REKA + BINA) WP PUTRAJAYA Kos Projek : RM 348 juta Pelanggan : Kementerian Kesihatan Malaysia Kaedah Pelaksanaan : Reka dan Bina Skop Projek : Kompleks dengan 220 katil, Bangunan Letak Kereta 5 Tingkat, Wad Pesakit, Operation Theatre dan Kaunter Pendaftaran Konsep Reka Bentuk : Mewujudkan pusat penyelidikan klinikal patient-based bagi bidang berkaitan endokrinologi Pasukan Penyelaras Reka Bentuk : Norlina, Ar. Nurul Hanani, Zelfazlin, Ya’acob dan Shamsuddin


34 BAHAGIAN SENI BINA PENDIDIKAN CADANGAN MEMBINA SEKOLAH BAHARU SK TAMAN KEMPAS INDAH JOHOR DARUL TAKZIM Kos Projek : RM 36 juta Pelanggan : Kementerian Pendidikan Malaysia Kaedah Pelaksanaan : Konvensional Dalaman Skop Projek : Blok Pentadbiran dan Akademik, Kantin, Dewan Serbaguna, PraSekolah dan blok sokongan Konsep Reka Bentuk : Flexibility of space Pasukan Reka Bentuk : Ar. Nazaruddin, Emma Fizawan, Ar. Yussuriani Ome, Ar. Nur Amalina Syairah, Nur Kamilah, Nurlyana, Azinoorharmi, Abdul Hadi, Fadhlina, Tarmizi dan Nora


35 BAHAGIAN SENI BINA PENDIDIKAN CADANGAN MEMBINA BANGUNAN ASRAMA TAMBAHAN DI SMK SEGAMBUT JAYA WP KUALA LUMPUR Kos Projek : RM 21.66 juta Pelanggan : Kementerian Pendidikan Malaysia Kaedah Pelaksanaan : Konvensional Dalaman Skop Projek : Blok Asrama (Perempuan), Pondok Pengawal, Laluan Kaki Berbumbung dan blok sokongan Konsep Reka Bentuk : Islamic contemporary Pasukan Reka Bentuk : Ar. Nazaruddin, Zuraida, Wan Rafie, Intan Norshahrah, Hilmilia, Zubaidah, Abdul Hadi, Ahmad Arif, Adli Syahmi, Amir Haziq dan Nurshahira


36 BAHAGIAN SENI BINA PENDIDIKAN CADANGAN MEMBINA SEKOLAH BAHARU SEK. MEN. SAINS SABAH SABAH NEGERI DI BAWAH BAYU Kos Projek : RM 23 juta Pelanggan : Kementerian Pendidikan Malaysia Kaedah Pelaksanaan : Reka dan Bina Skop Projek : Blok Akademik Dan Pentabiran, Dewan Serbaguna, Asrama, Kantin dan Dewan Makan Konsep Reka Bentuk : Vernicular architecture Pasukan Penyelaras Reka Bentuk : Mohd Rahmat dan Latifah


37 BAHAGIAN SENI BINA PENDIDIKAN CADANGAN MEMBINA SEKOLAH BAHARU KOMPLEKS SEKOLAH PRESINT 15 WP PUTRAJAYA Kos Projek : RM 117 juta Pelanggan : Kementerian Pendidikan Malaysia Kaedah Pelaksanaan : Reka dan Bina Skop Projek : Sekolah Menengah (30 BD), Sekolah Rendah (36 BD), Taska dan Pusat Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Konsep Reka Bentuk : Modern tropical architecture Pasukan Penyelaras Reka Bentuk : Zuraida, Mohamad Fazdee dan Laili


38 BAHAGIAN SENI BINA PENGAJIAN TINGGI PEMBINAAN BANGUNAN BAHARU PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA Kos Projek : RM 17.56 juta Pelanggan : Kementerian Pendidikan Malaysia Kaedah Pelaksanaan : Konvensional Dalaman Skop Projek : Pejabat Pendidikan, Pondok Pengawal dan blok sokongan Konsep Reka Bentuk : Kelestarian seni bina Melaka Pasukan Reka Bentuk : Ar. Rinna, Shelihazman, Nur Fazlyana, Fareez, Nurlyana dan Mohd Faizal


39 BAHAGIAN SENI BINA PENGAJIAN TINGGI PROJEK PEMBANGUNAN 20 BILIK DARJAH KOLEJ TINGKATAN ENAM KOTA BHARU, KELANTAN Kos Projek : RM 64 juta Pelanggan : Kementerian Pendidikan Malaysia Kaedah Pelaksanaan : Konvensional Dalaman Skop Projek : Blok Pentadbiran, Blok Akademik, Asrama Pelajar, Dewan Makan, Surau, Dewan Kolej, Kafeteria, Rumah Warden Kelas F dan blok sokongan Konsep Reka Bentuk : Kelestarian seni bina Kelantan Pasukan Reka Bentuk : Ar. Rinna, Shelihazman, Mohd Rozi, Zainon, Nidaa, Wan Nuramira, Salwani, Mohd Faizal, Muhammad Afiq dan Nurmaizatul Hawa


40 BAHAGIAN SENI BINA PENGAJIAN TINGGI PEMBANGUNAN BANGUNAN BAHARU ASRAMA (109 ORANG) + LAIN-LAIN KEMUDAHAN BERKAITAN DI KAMPUS ENGLISH LANGUAGE TEACHING CENTRE, KOMPLEKS PENDIDIKAN BANDAR ENSTEK, NEGERI SEMBILAN Kos Projek : RM 9.96 juta Pelanggan : Kementerian Pendidikan Malaysia Kaedah Pelaksanaan : Konvensional Dalaman Skop Projek : Blok Asrama, Pagar & Jalan Masuk, Pondok Pengawal, Laluan Berbumbung dan kemudahan lain Konsep Reka Bentuk : Symmetry bilateral Pasukan Reka Bentuk : Ar. Rinna, Ar. Fadillah Zain, Zaidatul Akmal, Fariza, Mohd Asri dan Ahmad Kamal


41 BAHAGIAN SENI BINA PENGAJIAN TINGGI PEMBINAAN DEWAN BESAR DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK, BANDAR ENSTEK, NILAI, NEGERI SEMBILAN Kos Projek : RM 32.1 juta Pelanggan : Kementerian Pendidikan Malaysia Kaedah Pelaksanaan : Konvensional Dalaman Skop Projek : Dewan Besar, Blok Mekanikal dan Pencawang TNB Konsep Reka Bentuk : Modern architecture Pasukan Reka Bentuk : Ar. Rinna, Ar. Fadillah Zain, Ar. Yussuriani Ome, Nur Ainil Hawa, Nurlyana, Muhammad Afiq, Rubiatun, Nik Mohd Fadhli, Mohd Asri, Ahmad Kamal, Salwani dan Wan Nuramira


42 BAHAGIAN SENI BINA BANGUNAN AM 1 CADANGAN PEMBANGUNAN SANTUARI GAJAH JOHOR (JES) FASA 2 – PEMBANGUNAN SUMBER KEMUDAHAN PELAWAT, JOHOR Kos Projek : RM 13 juta Pelanggan : Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN) Kaedah Pelaksanaan : Konvensional Dalaman Skop Projek : Bangunan Pelawat, Pondok Pengawal, Kemudahan Tempat Letak Kenderaan dan blok sokongan Konsep Reka Bentuk : Moden Pasukan Reka Bentuk : Ar. Noor Hidayah, Nur Azra, Wan Shahril Hafiz dan Mohd Nazrul Shamim


43 BAHAGIAN SENI BINA BANGUNAN AM 1 CADANGAN PEMBINAAN PEMANTAPAN INFRASTRUKTUR + FASILITI DI STESEN PENYELIDIKAN FRIM (SPF), PASOH, NEGERI SEMBILAN Kos Projek : RM 4.38 juta Pelanggan : Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kementerian Tenaga dan Sumber Hasil (KeTSA) Kaedah Pelaksanaan : Konvensional Dalaman Skop Projek : Pejabat Pentadbiran, Makmal, Dataran Tempat Letak Kereta Berbumbung dan blok sokongan Konsep Reka Bentuk : Clean and minimalist Pasukan Reka Bentuk : Ab Rashid, Ar. Noor Hidayah, Salina, Wan Shahril Hafiz dan Rasyidah


44 BAHAGIAN SENI BINA BANGUNAN AM 1 PROJEK PEMBINAAN MAHKAMAH BACHOK KELANTAN DARUL NAIM Kos Projek : RM 44.8 juta Pelanggan : Bahagian Hal Ehwal UndangUndang, Jabatan Perdana Menteri Kaedah Pelaksanaan : Konvensional Dalaman Skop Projek : Mahkamah dua tingkat dan blok sokongan Konsep Reka Bentuk : Moden kontemporari Pasukan Reka Bentuk : Nik Mazli, Muzamir Izham, Fadzilullah dan Siti Zubaidah


Click to View FlipBook Version