The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku menceritakan perayaan keagamaan yang ada di Malaysia. Malaysia dikenali dengan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan bangsa. Antara perayaan yang diceritakan dalam buku ini adalah Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Qurban, Tahun Baru Cina, Hari Thaipusam, Hari Deepavali dan Hari Krismas.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Siti Humairah Binti Azman, 2024-01-23 00:56:49

E-BOOK_PERAYAAN KEAGAMAAN DI MALAYSIA.

Buku menceritakan perayaan keagamaan yang ada di Malaysia. Malaysia dikenali dengan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan bangsa. Antara perayaan yang diceritakan dalam buku ini adalah Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Qurban, Tahun Baru Cina, Hari Thaipusam, Hari Deepavali dan Hari Krismas.

Keywords: Perayaan Keagamaan Di Malaysia,Perayaan,Hari Raya Aidilfitri,Hari Raya Qurban,Tahun Baru Cina,Hari Deepavali,Thaipusam,Krismas,Malaysia,e-book

Ditulis Oleh: Humairah Hidatul


I s i Ka n d u n g a n 01 02 03 04 05 Penghargaan Pengenalan Kelebihan Perayaan Perayaan Keagamaan Penutup


Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat illahi kerana dengan izin dan kunianya, kami dapat menyempurnakan e-book bagi BSJ3063 Aplikasi Komputer dalam Tulisan Jawi ini dengan jayanya. Dengan kesempatan yang ada ini, kami amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Dr Makmur bin Haji Harun kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada kamu untuk melengkapkan tugasan e-book yang diberikan. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu dalam menyempurnakan tugasan ini terutama sekali kepada pensyarah kami atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan serta kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak membantu kami dalam penghasilan e-book ini. segala bantuan yang dihulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan semua, e-book ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Penghargaan


Malaysia merupakan sebuah negara yang bertuah kerana didiami oleh pelbagai golongan. Antaranya adalah golongan Melayu, India, Cina dan pelbagai lagi kumpulan etnik yang terdapat di Malaysia. Disebabkan terdapat pelbagai golongan, masyarakat dalam Malaysia juga mempunyai pelbagai budaya, kepercayaan, pegangan agama dan cara hidup yang berbeza dan menarik. Bagaimanapun Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang memiliki entiti masyarakat yang bersifat pluralistik kerana masyarakatnya hidup bersama-sama meskipun berlainan latar belakang, kepelbagaian agama dan kaum sejak sebelum tercapainya kemerdekaan lagi (Muhammad Nazmi et al., 2016). Di Malaysia, terdapat beberapa agama yang dapat diihat dan diketahui. Antaranya adalah agama Islam, Hindu, Buddha dan Kritian. Dengan kewujudan yang pelbagai ini, kita dapat melihat pelbagai variasi perayaan dan adat mengikut agama masing-masing. Antara perayaan yang diraikan adalah Hari raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Krismas dan banyak lagi. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut pengetahuan kita tentang perayaan keagamaan yang ada di malaysia, mari kita meneruskan pembacaan ebook ini. pengenalan 1


Melambangkan identiti sesebuah kaum Generasi kini dapat memahami erti perpaduan kepada negara Mengeratkan perpaduan kaum dan hubungan sesama masyarakat Mengenali dan memahami budaya kaum lain Manjalinkan hubungan yang erat dan mesra antara anggota keluarga Membina pemahaman dan rasa hormat dalam kalangan masyarakat majmuk di negara KELEBIHAN PERAYAAN KEAGAMAAN Akan dipandang tinggi oleh negara luar. 2


HINDU KRISTIAN Thaipusam Deepavali Hari Krismas ISLAM BUDDHA Hari Raya Aidilfitri Hari Raya Qurban Tahun Baru Cina PERAYAAN KEAGAMAAN 3


Sambutan Hari Raya Aidilfitri merupakan suatu perayaan yang disambut oleh umat Islam yang berada di seluruh dunia. Sambutan ini dilakukan oleh semua masyarakat yang beragama islam tidak kira bangsa Arab, Inggeris, Melayu, India Muslim atau lain-lain bangsa yang beragama islam. Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini juga dikenali sebagai hari raya puasa yang mana apabila berakhirnya bulan ramadhan, masyarakat akan menyambut hari raya ini bagi masyarakat beragama islam kerana telah menjalani ibadat puasa dengan penuh tekun. Sambutan Hari Raya Aidilfitri mempunyai simbol atau eleman yang terkenal dan sering memainkan peranan yang penting pada hari tersebut. Antaranya ialah dengan adanya juadah makanan yang terkenal seperti ketupat, rendang, lemang dan kuih raya. Hal ini kerana, apabila jiran-jiran atau sanak saudara yang dapat beraya ke rumah, mereka dapat berkumpul dan menjamu selera dengan makanan yang telah dibuat. Tambahan lagi, sambutan hari raya aidilfitri ini juga mempunyai pakaian yang telah menjadi tradisi kaum melayu. Bagi kaum lelaki, mereka akan memakai baju melayu dengan dilengkapi dengan songkok dan songket di bahagian pinggang. Manakala bagi kaum perempuan pula, akan memakai baju kurung dan baju kebaya yang menjadi kebiasaan bagi kaum perempuan. 4


Sambutan Hari Raya Aidiladha juga merupakan satu perayaan yang besar kepada umat islam. Hal ini kerana, perayaan ini dilakukan sebagai tanda penghormatan kepada peristiwa yang berlaku dalam sejarah islam iaitu peristiwa di mana Nabi Ibrahim bersedia untuk mengorbankan anaknya iaitu Nabi Ismail sebagai tanda ketaatan kepada perintah Allah S.W.T. Namun, Allah telah menggantikan Nabi Ismail dengan seekor kambing. Hal ini telah menunjukkan bahawa perintah Allah telah diikuti oleh Nabi Ibrahim. Sambutan Hari Raya Aidiladha ini juga dapat dilakukan dengan berkumpul bersama keluarga atau bersama sanak saudara yang lain. Hal ini kerana, sewaktu hari perayaan ini, ramai masyarakat yang beragama islam akan pulang ke kampung halaman untuk meraikan hari raya bersama-sama. Terdapat juga ahli keluarga yang pulang ke kampung untuk menziarah ke kubur ahli keluarga atau sanak keluarga yang lain. Hal ini merupakan satu bentuk menghormati dan mengenang jasa mereka sewaktu mereka masih hidup. Sambutan hari perayaan ini akan mengharuskan masyarakat islam untuk menunaikan solat sunat aidiladha. Solat sunat aidiladha ini dilakukan dengan dipercepatkan sedikit berbanding dengan solat aidilfitri. Hal ini kerana, bagi memudahkan dan memberikan lebih banyak masa untuk melakukan penyembelihan korban yang dilakukan oleh di kawasan masjid secara beramai-ramai akan dibahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya golongan fakir miskin dan sebahagian akan dibahagikan kepada jiran atau dikekalkan untuk kegunaaan sendiri . Antara haiwan yang disembelihkan ialah lembu, kambing dan biribiri. HARI RAYA QURBAN 5


Perayaan tahun baru cina merupakan perayaan yang disambut oleh masyarakat yang beragama buddha. Perayaan tahun baru cina dilambangkan sebagai permulaan tahun baru bagi kalendar masyarakat cina. Simbol tradisi kemeriahan masyarakat cina adalah pemakaian yang berwarna merah iaitu "cheongsamā€ bersama-sama dengan tanglung, dan mercun. Berdasarkan sejarah perayaan ini bermula setelah tanah besar cina bebas daripada gangguan seekor makhluk ganas suatu ketika dahulu dengan menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam. tahun baru cina Perayaan tahun baru cina ini melambangkan permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul untuk meraikan perayaan ini. Pada malam tahun baru, seisi keluarga akan berkumpul dirumah ibu bapa untuk upacara makan besar. Selain itu, terdapat tarian singa yang akan memeriahkan lagi suasana perayaan ini. 6


hARI Thaipusam Perayaan Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut oleh masyarakat beragama Hindu di seluruh dunia. Perayaan ini adalah untuk menghormati Dewa Hindu yang dikenali sebagai Lord Murugan. Perayaan ini biasanya disambut pada bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil dan dikenali sebagai bulan Thai. Bagi penganut yang beragama Hindu, perayaan ini adalah hari menunaikan nazar, menebus dosa-dosa dan bertaubat sepenuhnya akan kesalahan yang telah dilakukan sepanjang tahun. Sebagaimana yang kita lihat semasa perayaan Thaipusam berlangsung, terdapat sesetengah masyarakat hindu yang menyiksa diri mereka dengan meletakkan besi logam atau objek tajam yang lain. Hal ini adalah disebabkan oleh cara menyiksa diri dilakukan adalah bagi menunjukkan mereka sedang memohon ampun. 7


HARI DEEPAVALI Perayaan Hari Deepavali juga merupakan suatu perayaan yang penting dalam kalangan masyarakat hindu yang disambut oleh semua penganut beragama tersebut. Perayaan ini merupakan salah satu perayaan cahaya yang mana ia melambangkan kemenangan kebaikan ke atas kejahatan. Perayaan Hari Deepavali juga dikenali sebagai Diwali atau Divali. Perkataan Deevapali ini merupakan perkataan dipa iaitu bermaksud cahaya manakala perkataan gavali ialah barisan. Sambutan Hari Deepavali ini disambut pada bulan Oktober dan November atau pada hari ke 14 bulan aipasi dalam kalender Tamil. Sambutan Hari Deevapali ini sangat meriah kerana mereka akan menghias rumah dengan menggunakan pelita dan mercun akan dibakar oleh mereka. Bagi penganut agama Hindu, mereka akan mengagihkan gula-gula dan hadiah kepada ahli keluarga mereka dan melakukan upacara sembahyang dan keagamaan mereka sendiri. Tradisi dilambangkan sebagai penyambutan dewa-dewi mereka ke dalam rumah Bagi penganut agama ini, mereka akan memakai pakaian yang telah menjadi tradisional bagi mereka iaitu bagi wanita akan memakai sari yang terdiri daripada sehelai kain panjang yang dibalutkan disekitar tubuhnya manakala bagi lelaki akan memakai kurta atau dhoti yang mana ia merupakan kain panjang yang dipadukan dengan kemeja longgar. 8


HARI KRISMAS Perayaan Hari Krismas merupakan suatu perayaan utama yang dilakukan oleh masyarakat yang beragama Kristian di seluruh dunia. Perayaan Hari Krismas atau dikenali sebagai Hari Natal juga disambut secara sangat meriah dan disambut pada setiap tahun iaitu pada 25 Disember untuk memperingati hari kelahiran Yesus Kristus iaitu pendiri agama bagi Kristian. Sambutan Krismas ini juga mengharuskan kanak-kanak untuk tidur dan tidak mengikuti atau menghadiri upacara sembahyang pada waktu malam kerana mengikut kepercayaan mereka bahawa Santa Claus akan datang untuk membawa hadiah kepada anak mereka. Santa Claus ini merupakan nama yang sering diperkatakan apabila datangnya perayaan krismas. Santa Claus atau dikenali sebagai Sains Nicholas of Myrra memiliki kegemaran iaitu dengan memberi hadiah secara rahsia kepada kanak-kanak. Oleh itu, perayaan ini sepertimana perayaan masyarakat lain juga kerana mereka akan mengunjungi gerejagereja untuk upacara sembahayang. Terdapat tradisi bagi menyambut perayaan ini iaitu bertukar-tukar hadiah dan hadiah tersebut akan diletakkan di bawah pokok krismas, menghias pokok krismas dengan dipasangkan lampu yang berwarna warni, menghadiri aktiviti di gereja dan makan bersama-sama dengan ahli keluarga. Namun elemen utama pada perayaan krismas ini ialah dengan adanya pokok krismas kerana ia merupakan suatu amalan kaum Pagan dimana apabila menjelang musim sejuk solstis akan menjadikan ia sebagai bahan untuk upacara penyembahan. 9


Perayaan di Malaysia memainkan peranan yang penting kepada masyarakat dan negara kerana ia dapat mencerminkan kepelbagaian etnik dan budaya yang terdapat di negara ini. Dengan adanya pelbagai jenis perayaan ini akan dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat yang mempunyai perbezaan agama, budaya dan bangsa ini. Hal ini kerana, perayaan yang dijalankan di negara ini sangat meriah dan dirayakan dengan penuh semangat dan kegembiraan oleh masyarakat. Tambahan lagi, dengan adanya perayaan ini akan dapat menciptakan suasana yang harmonis antara masyarakat yang berbeza etnik dan seterusnya dapat meningkatkan perpaduan budaya antara masyarakat tersebut. Di Malaysia juga, perayaan ini akan dapat menjadi salah satu wahana untuk meningkatkan perpaduan, keharmonian dan kekayaan warisan budaya dan seterusnya dapat mengukuhkan identiti kebangsaan negara dengan lebih stabil. Perayaan ini dapat menciptakan suasana harmonis antara masyarakat yang berbagai kelompok etnik dan seterusnya memastikan kestabilan ekonomi dan sosial negara terus berkekal. Oleh itu, perayaan di malaysia bukan sahaja dapat memberikan kegembiraan namun dijadikan sebagai landasan untuk menjadi masyarakat yang lebih kukuh dan bersatu pada masa akan datang. penutup 10


Siti Humairah Binti Azman D20202097515 Nor Hidatul Akma Binti Ismail D20202097512 Buku menceritakan perayaan keagamaan yang ada di Malaysia. Malaysia dikenali dengan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan bangsa. Antara perayaan yang diceritakan dalam buku ini adalah Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Qurban, Tahun Baru Cina, Hari Thaipusam, Hari Deepavali dan Hari Krismas.


Click to View FlipBook Version