The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

buku digital ini menerangkan tentang penggunaan huruf konsonan dalam kata serapan bahasa inggeris. Buku ini juga memberi penerangan berserta dengan latihan pengukuhan untuk memastikan pembaca buku ini dapat memahami perisiannya dengan baik. Latihan interaktif juga disediakan dan pembaca dapat mengimbas kod yang telah disediakan untuk menjawab soalan-soalan yang telah tersedia.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Siti Humairah Binti Azman, 2024-02-01 04:30:38

Penggunaan Huruf Konsonan dalam Kata Serapan Bahasa Inggeris

buku digital ini menerangkan tentang penggunaan huruf konsonan dalam kata serapan bahasa inggeris. Buku ini juga memberi penerangan berserta dengan latihan pengukuhan untuk memastikan pembaca buku ini dapat memahami perisiannya dengan baik. Latihan interaktif juga disediakan dan pembaca dapat mengimbas kod yang telah disediakan untuk menjawab soalan-soalan yang telah tersedia.

Keywords: KATA SERAPAN BAHASA INGGERIS,HURUF KONSONAN,JAWI,SISTEM EJAAN

PENGGUNAAN HURUF KONSONAN DALAM Kata Serapan Bahasa Inggeris ditulis oleh: siti humairah binti azman (d2020209515)


Pengenalan Buku Digital Buku Digital Kata Serapan Bahasa Inggeris ini dihasilkan berpandukan Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan (PEJYD) oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Buku digital ini amat sesuai digunakan oleh guru dan pelajarpelajar yang ingin memahami apa itu kata serapan bahasa inggeris. Buku digital ini berkonsepkan kepada santai dan fleksibel. Buku ini berasaskan kepada pengenalan kata serapan bahasa inggeris, penggunaan huruf konsonan dalam kata serapan bahasa inggeris serta latihan pengukuhan disediakan bagi memantapkan lagi pemahaman pelajar tentang kata serapan ini. Buku digital ini menggunakan pendekatan Blended Learning dalam pembelajaran dan pengajaran supaya lebih efektif dan menyeronokkan. Pengguna buku digital ini dapat mengimbas Qr Code yang disediakan untuk mengakses skema jawapan. Penggunaan buku digital ini dapat dilakukan secara pembelajaran kendiri, bimbingan guru dan ibu bapa. Buku ini juga dapat diakses menggunakan telefon bimbit masing-masing pada bilabila masa dan di mana-mana sahaja.


ISI KANDUNGAN KANDUNGAN PENGHARGAAN MUKA SURAT DEFINISI PENGGUNAAN HURUF KONSONAN DALAM KATA SERAPAN BAHASA INGGERIS I. HURUF KONSONAN C II. HURUF KONSONAN G III. HURUF KONSONAN H IV. HURUF KONSONAN K V. GUGUSAN KONSONAN VI. PARTIKEL “THE” LATIHAN PENGUKUHAN LATIHAN INTERAKTIF PENUTUP 1 2 3 4 4 5 5 6 8 9 14 15


Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat illahi kerana dengan izin dan kurnianya, kami dapat menyempurnakan buku digital bagi BSJ3043 Sistem Ejaan Jawi dalam Pengajaran di Sekolah ini dengan jayanya. Dengan kesempatan yang ada ini, saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Dr. Nur Faaizah Binti Md Adam kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada saya untuk melengkapkan tugasan buku digital yang diberikan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu dalam menyempurnakan tugasan ini terutama sekali kepada pensyarah saya atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan serta kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak membantu saya dalam penghasilan buku digital ini. Segala bantuan yang dihulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan semua, buku digital ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. PENGHARGAAN 1


definisi kata serapan bahasa inggeris Pelajar kini telah didedahkan dengan era Sains dan Teknologi yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium penyampaian utama. Banyak juga perkataan bahasa inggeris yang sudah terserap dan sebati dalam bahasa melayu. Kata serapan bahasa inggeris perlu dieja mengikut bunyi sebutan baku dengan menggunakan kaedah ejaan lazim atau lebih dikenali dengan ejaan bahasa melayu. Buku digital ini memberi penerangan tentang kata serapan bahasa inggeris bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan tentang pengejaan kata serapan ini dalam tulisan jawi. 2


PENGGUNAAN HURUF KONSONAN DALAM KATA SERAPAN BAHASA INGGERIS 3


Huruf Konsonan C Dalam padanan huruf rumi ke jawi huruf C melambangkan huruf Ca ( چ ( dalam tulisan jawi. Namun, tidak semua huruf C dilambangkan huruf چ dalam kata serapan bahasa inggeris. Ada masa huruf C dibunyikan dengan huruf K. Ada masa huruf C dibunyikan dengan huruf S. EJAAN INGGERIS BUNYI INGGERIS Ethnic Etnik EJAAN RUMI Etnik EJAAN JAWI ايتنيک EJAAN INGGERIS BUNYI INGGERIS Commercial Komesyel EJAAN RUMI Komersial EJAAN JAWI کومرسيال Huruf Konsonan g Dalam padanan huruf rumi kejawi huruf G melambangkan huruf Ga (ݢ (dalam tulisan jawi. Misalnya, EJAAN INGGERIS Agenda Agenda EJAAN RUMI EJAAN JAWI اݢىندا Technology Teknologi تيکنولوݢي Legend Legenda ليݢيندا Generation Generasi ݢينيراسي 4


Huruf Konsonan H Dalam padanan huruf rumi ke jawi huruf H melambangkan huruf Ha Simpul ( ه ( dalam tulisan jawi. Huruf H ditulis dengan ه dalam tulisan jawi tidak kira kedudukannya samada pada awal, tengah atau hujung perkataan. Huruf Konsonan K EJAAN INGGERIS Block Blok EJAAN RUMI EJAAN JAWI بلوک Classic Klasik کالسيک Subject Subjek سوبجيک Chronology Kronologi کرونولوݢي EJAAN INGGERIS Hospital Hospital EJAAN RUMI EJAAN JAWI هوسڤيتل Hobby Hobi هوبي Hormone Hormon هورمون Dalam padanan huruf rumi kejawi huruf K melambangkan huruf Kaf ( ک ( dalam tulisan jawi. Huruf K ditulis dengan ک dalam tulisan jawi tidak kira kedudukannya samada pada awal, tengah atau hujung perkataan. Cocktails Koktel کوکتىل Curriculum Kurikulum کوريکولوم Comedy Komedi کوميدي 5


GUGUSAN KONSONAN Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, gugusan konsonan merupakan gabungan dua konsonan atau lebih yang berturutan dalam satu suku kata. Penyusunan huruf jawi bagi gugusan konsonan hendaklah dirungkaikan atau didekatkan huruf-huruf berkenaan tanpa sisipan huruf vokal. Misalnya, Klinik )کلينيک( Psikologi )ڤسيکولوݢي( Abstrak )ابسترک( GUGUS KONSONAN DI AKHIR KATA GUGUSAN KONSONAN Dua huruf Jawi membentuk gugus di akhir kata dan ianya tidak dirungkaikan atau perlu ditulis secara terpisah. Meskipun huruf tersebut boleh bersambung. Misalnya, ( تيک س ) Teks ( ݢول ف ) Golf (کونتيک س) Konteks ( ساءين س ) Sains 6


EJAAN INGGERIS Fact Fakta EJAAN RUMI EJAAN JAWI فکتا Paradigm Paradigma ڤاراديݢما Protoplasm Protoplasma ڤروتوڤلسما GUGUSAN KONSONAN Gugus konsonan perlu ditambah huruf vokal pada akhir kata dan ianya akan membentuk suku kata terbuka. Misalnya, GUGUS KONSONAN YANG BERAKHIR DENGAN ISME DI AKHIR KATA GUGUS KONSONAN DI AKHIR KATA DITAMBAH HURUF VOKAL Perkataan kata serapan bahasa inggeris yang berakhir dengan ism menjadi isme dalam bahasa melayu. Huruf e diakhir perkataan adalah e-pepet yang dipadankan dengan huruf ye atau ya tidak bernoktah (ى (dalam tulisan jawi. Misalnya, Realisme )رىاليسمى( Nasionalisme (ناسيوناليسمى) Patriotisme (ڤاتريوتيسمى) Metabolisme (ميتابوليسمى) 7


PARTIKEL “THE” Terdapat dua bunyi bagi perkataan “The ” dalam bahasa inggeris. Untuk menyeragamkan tulisan jawi, ejaannya menjadi )ذي.) EJAAN INGGERIS The Aceh Chronicle EJAAN JAWI ذي اچىهکرونيکل ذي ڤريچيڠ اوف إسالم Islam of Preaching The CONTOH PERKATAAN 8


LATIHAN PENGUKUHAN 9


بلوک کلينيک ݢول ف تيک س Pilih jawapan berdasarkan gambar yang bersesuaian. Nama: Tarikh: 1. ______________________ 2. ______________________ 3. ______________________ 4. ______________________ 10


Suaikan ejaan Rumi kepada ejaan Jawi dengan betul. Nama: Tarikh: Ambulans Mekanisme Vandalisme Seksyen Eksport امبولن س ميکانيسمى ۏنداليسمى ايکسڤورت سيکشن 11


Cari perkataan yang tersembunyi dan gariskan Nama: Tarikh: ساءين س ترک هوسڤيتل تراݢيدي اݢيندا کومڤيک س ستروکتور رياليسمى سکريڤ کروني 12


Skema Jawapan Imbas Qr Code di bawah melihat skema jawapan 13


LATIHAN Interaktif QrCode Quizizz Imbas Qr Code di bawah untuk bermain QrCode Wordwall QrCode Wordwall 14


Penutup Kesimpulannya, penggunaan kata serapan bahasa inggeris perlu dijaga supaya masih mematuhi aturan ejaan dan prinsip tulisan jawi. Oleh itu, buku digital ini menerangkan tentang penggunaan huruf konsonan dalam kata serapan bahasa inggeris. Buku ini juga memberi penerangan berserta dengan latihan pengukuhan untuk memastikan pembaca buku ini dapat memahami perisiannya dengan baik. Latihan interaktif juga disediakan dan pembaca dapat mengimbas kod yang telah disediakan untuk menjawab soalan-soalan yang telah tersedia. Siti Humairah Binti Azman D20202097515 Ditulis oleh: 15 Rujukan: Mohamad Ajirul Bakri & Nur Farahkhanna Mohd Rusli. (2022). Variasi sebutan kata serapan bahasa inggeris dalam kalangan mahasiswa. Jurnal Melayu, 21(2). 16-31. https://www.researchgate.net/publication/364820608_VARIASI_SEBUTAN_KATA_SERAPAN_BAH ASA_INGGERIS_DALAM_KALANGAN_MAHASISWA Norarbainah Binti Shafie, Zainab Binti Ismail & etc al. (2019) Modul kaedah jawi. IPG Kampus Tuanku Bainun. Cetakan Ke-3. 1-141. https://anyflip.com/ytebq/serj/basic


Click to View FlipBook Version