The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Siti Humairah Binti Azman, 2023-06-25 01:07:44

Kisah Gajah yang Baik Hati

Tugasan Berkumpulan

KAL3053 Perkembangan Kerohanian dan Moral Kanak-Kanak Gajah yang Gajah yang Kisah baik hati Mari membaca dengan suku kata. Najiatul Syurah Disediakan oleh 5+ Tahun


Pada zaman dahulu terdapat seekor gajah yang berada di dalam sebuah hutan. Si gajah ini sedang mencari makanan untuk mengisi perutnya yang lapar. 1


Semasa gajah sedang berjalan di dalam hutan, dia terdengar akan suara yang sedang meminta tolong. Si gajah ini terus berlari dan mencari suara tersebut. Tolong!! Tolong!! Tolong!! 2


Tiba-tiba, si gajah ternampak si kancil berada di dalam lubang yang besar. Tolong!! Eh si kancil, kamu sedang buat apa dibawah itu? 3


Si kancil meminta pertolongan daripada si gajah. Wahai gajah, bantulah aku! aku terjatuh dalam lubang ini !! 4


Si gajah terkejut mendengar kata-kata si kancil lalu memikirkan cara membantu si kancil. Macam mana aku nak keluarkan si kancil dari lubang ini? 5


Si gajah tiba-tiba mendapat idea dan mula mencari tali yang ada di kawasan sekitarnya. 6


Setelah menemui tali, si gajah membawa tali tersebut kepada si kancil tadi. 7


Wahai si kancil, aku akan baling tali ini kepadamu, pegang kuatkuat dan aku akan menarikmu menggunakan belalaiku ini. 8


Tanpa membuang masa, si kancil terus mengikut arahan si gajah. Si gajah terus menariknya dengan menggunakan belalainya itu. Tarik! Tarik! Tarik! 9


Akhirnya, si kancil berjaya keluar dari lubang dengan bantuan si gajah. Si kancil sangat gembira dan memuji kebaikan si gajah. Terima kasih si gajah 10


Sejak itu, mereka berkawan baik dan selalu menolong rakan lain yang dalam kesusahan. 11


N i l a i M o r a l KITA MESTILAH SENTIASA BERSIKAP BAIK HATI KEPADA INSAN YANG MEMERLUKAN PERTOLONGAN KITA SUPAYA HIDUP AMAN DAN SEJAHTERA 12


S i n o p s i s C e r i t a Cerita Gajah yang Baik Hati mengisahkan tentang seekor gajah yang menolong rakannya dalam kesusahan terlebih dahulu meskipun dirinya juga sedang kelaparan. Buku ini mengajar kanak-kanak tentang nilai baik hati yang harus sentiasa diterapkan dalam kehidupan seharian.


Click to View FlipBook Version