TOKOH SEJARAH
MAT KILAU
ISI KANDUNGAN
BILANGAN TAJUK MUKA
SURAT
1 LATAR BELAKANG
2 KEHIDUPAN 1
3 SEJARAH PERJUANGAN
4 BURUAN BRITISH 2
5 KELUAR DARI PERSEMBUNYIAN
6 KEMATIAN 3
7 PENGAJARAN
4
5-6
7
8
LATAR BELAKANG
NAMA – Mat Kilau Bin Imam Rasu
NAMA LAIN – Mohamed Bin Ibrahim@ Mat Siam
TEMPAT LAHIR – Jerantut,Pahang
MENINGGAL DUNIA – 16 Ogos 1970 di Gambang,Pahang
TERKENAL KERANA – mempertahankan tanah air terhadap campur tangan dari penjajah
British di Pahang.
PASANGAN – Yang Chik Binti Imam Daud
IBU – Teh Mahda Tok Kaut
BAPA – Tok Gajah
KEHIDUPAN
Mat Kilau bin Imam Rasu dilahirkan pada kira-kira tahun 1865 atau 1866 di Kampong Pulau
Tawar
Mat Kilau mahir mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang
dikenali sebagai "Dikir Pahang“. Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah
keras.
Pada usia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama
Yang Chik binti Imam Daud yang berasal dari Kampung Kedondong. Hasil perkahwinan ini
Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak.
Setelah berkahwin Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Beliau lebih
mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang.
Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu
kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Montok (Hj. Uthman bin Senik)
yang merupakan mufti Pahang ketika itu. 2
SEJARAH PERJUANGAN
Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau
Tawar dan berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau.
Beliau suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi seorang
yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat.
Mat Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh
pengikut-pengikutnya.
Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Pawang Nong, Teh Ibrahim, Mat
Kelubi, Mat Ali (khatib), Awang (Imam) dan Mat Tahir.
3
BURUAN BRITISH
Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di
Singapura. The Straits Times dan The Free Press menyatakan “Ketua Penderhaka”, iaitu Dato’
Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober 1895.
The Free Press pula memberitahu bahawa Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan
akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya akibat cantasan pedang. Luka-luka itu sangat parah
dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Baharu disebabkan kehilangan banyak darah.
Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris, maka terpaksalah Mat Kilau
mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5,
Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak 1930, Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa
kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam 4
KELUAR DARI PERSEMBUNYIAN
• Pada bulan Disember 1969, Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778
dengan menggunakan nama Mohamad bin Ibrahim, keluar daripada persembunyiannya.
• Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau, maka Mat Kilau dibawa ke kampung asalnya iaitu Kampung
Masjid, Pulau Tawar Jerantut pada hari Jumaat 26 Disember 1969.
• Mat Kilau telah pergi ke masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas
sembahyang, Mat Kilau telah membaca Quran dan kemudiannya mengisytiharkan dirinya sebagai
Mat Kilau.
• Pengisytiharan ini telah menggemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan
Jawatankuasa Penyiasat Munculnya Mat Kilau yang dibentuk pada 8 Januari 1970.
5
• Beberapa orang telah ditemu ramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau.
Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan
sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang, YAB Tan Sri Haji Yahaya Mohd Seth.
• Pada 1970, pihak Utusan Melayu telah menerbitkan kitab kepunyaan beliau, Kitab Mat Kilau, sebuah
kitab kompilasi doa dan amalan mistik seperti ilmu kebal dan penguat diri.
• Berdasarkan buku itu, kitab ini ditulis beliau, dan diserahkan bagi jagaan kerabat diraja Kelantan
dalam persembunyiannya sebelum diserahkan kepada Utusan Melayu bagi penerbitan kepada
masyarakat awam.
• Orang terakhir yang diamanahkan menyimpan kitab ini ialah Wan Alim bin Wan Hasan,iaitu murid
Menteri Besar Kelantan Nik Mahmud Bin Nik Ismail yang turut menerbitkan kitab ilmu kebal.
6
KEMATIAN
Pada hari Sabtu 15 Ogos, beliau telah dilaporkan berada dalam keadaan tenat.[Setelah sepuluh hari
selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya.
Pada hari Ahad 16 Ogos kira-kira pukul 6.45 pagi, Mat Kilau meninggal dunia di rumahnya di Batu
Lima, Paya Besar, Jalan Kuantan–Gambang kerana keuzuran.
Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun, namun menurut buku laporan jawatankuasa
penyiasatan Mat Kilau, beliau meninggal dunia ketika berusia 104 tahun.
Beliau dikebumikan di Kampung Kedondong. 7
[
PENGAJARAN
Mat Kilau merupakan salah seorang pahlawan terbilang kerana berjuang menentang
penjajah di negeri kelahirannya, Pahang malah turut sama menyemarakkan semangat
perjuangan bagi menebus maruah bangsa dan agama di negeri jiran iaitu Terengganu dan
Kelantan.
Mat Kilau merupakan seorang wira negara serta dihormati kerana kesetiaan dan
keberanian yang tidak berbelah bahagi terhadap negara dalam mempertahankan negara
daripada penjajahan British.
Beliau sentiasa diingat sebagai wira keberanian dan kesetiaan dalam budaya Melayu
kerana selepas perjuangannya menentang British dan menjadikan Kesultanan Melayu
kembali utuh.
8