PERANCANGAN ANGGARAN BELANJA MENGURUS
KEWANGAN PSS SRA JAIM TUN RAZAK
TAHUN 2021
1.0 PENGENALAN:
Kewangan Pusat Sumber perlu diuruskan secara kemas kini dan sistematik untuk
memastikan urusan pentadbiran dan pengurusan PSS berjalan dengan sempurna dan
segala rancangan serta aktiviti dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Penyelaras PSS perlu
mengetahui sumber serta kedudukan kewangan PSS dan memahami prosedur
penggunaan kewangan PSS.
2.0 MATLAMAT:
Kewangan yang diperuntukkan dapat digunakan untuk aktiviti yang dirancang secara
maksimum dan optimum.
3.0 OBJEKTIF:
i. Pengurusan kewangan secara berhemah dan sistematik.
ii. Peruntukan kewangan dapat diagihkan secara optimum selaras dengan
pembangunan pengajaran dan pembelajaran.
4.0 SUMBER KEWANGAN:
4.1 PCG Bukan Mata Pelajaran – Pusat Sumber Sekolah
Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 8 Tahun 2012, Garis Panduan Pengurusan
Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan Ke Sekolah Berdasarkan Per Kapita Dan
Enrolmen Murid
Maksud perbelanjaan bagi Kumpulan PCG Pusat Sumber Sekolah (Bukan Mata
Pelajaran) adalah seperti berikut:
i. Pembelian inventori dan bahan habis guna bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.
ii.Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, cakera padat dan lain-lain yang
bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
iii. Penyelenggaraan dan pembaikan inventori dan harta modal yang digunakan untuk
tujuan pengajaran dan pembelajaran.
iv. Program berunsurkan pendidikan yang boleh memberi pengukuhan kepada proses
pengajaran dan pembelajaran sama ada semasa cuti persekolahan atau hari
persekolahan.
v.Perolehan harta modal dibenarkan tetapi hendaklah dibincangkan dan dipersetujui oleh
Ketua Bidang atau Ketua Panitia dan diluluskan oleh Pengurus Sekolah. Pembelian
hendaklah mematuhi peraturan di bawah;
Sekolah Rendah : Tidak melebihi RM5,000 atau 30% daripada keseluruhan peruntukan
PCG Mata Pelajaran dan PCG Bukan Mata Pelajaran (Tidak termasuk komponen
LPBT/LPK Sekolah) mana yang lebih rendah.
Sekolah Menengah : RM10,000 atau 30% daripada keseluruhan peruntukan PCG Mata
Pelajaran dan PCG Bukan Mata Pelajaran (Tidak termasuk komponen LPBT/LPK Sekolah).
Sekolah Kurang Murid (Rendah / Menengah) : Tidak melebihi 30% daripada keseluruhan
peruntukan PCG Mata Pelajaran dan PCG Bukan Mata Pelajaran.
Perolehan/penggantian alat pendingin udara tidak dibenarkan.Peruntukan bagi tujuan ini
hendaklah dipohon daripada Ketua PTJ masing-masing.
Jadual Ringkas Peruntukan PCG Pusat Sumber Sekolah adalah seperti berikut;
4.2 Yuran Khas Sekolah (YKS)
Mulai tahun 2008, Kerajaan telah membuat keputusan untuk memansuhkan bayaran
Yuran Khas Sekolah (YKS) yang dikenakan ke atas semua murid di Sekolah Kerajaan
dan Sekolah Bantuan Kerajaan. Yuran ini dikutip bagi tujuan pelaksanaan aktiviti tertentu
di sekolah.
Dengan pemansuhan tersebut, Kerajaan telah menyediakan peruntukan bagi membiayai
pelaksanaan aktiviti terbabit di bawah YKS.
Perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan peruntukan YKS adalah meliputi aktiviti:
• Sukan/Permainan;
• Pendidikan Jasmani;
• Lukisan/Kerja tangan;
• Pendidikan Seni;
• Perpustakaan; dan
• Pusat Sumber Sekolah
KELAYAKAN MURID & KADAR
Tuntutan YKS layak dituntut bagi murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan dan
Sekolah Bantuan Kerajaan sahaja. Kadar YKS yang layak dituntut oleh sekolah untuk
murid adalah seperti berikut:
Kategori Sekolah Kadar Seorang Murid Setahun
Rendah RM4.50 Menengah RM9.00
4.3 Sumber-Sumber Tambahan.
Pihak sekolah dan Pusat sumber Sekolah boleh mengusahakan punca kewangan tambahan
bagi meningkatkan sumber kewangan PSS. Sumber kewangan tambahan yang diusahakan
melalui aktiviti-aktiviti ini boleh digunakan bagi tujuan-tujuan khusus ataupun projek-projek
khas seperti membuat pengubahasuaian PSS seperti, projek naik taraf bilik-bilik, mewujudkan
unit-unit tambahan dan menjalankan aktiviti-aktiviti tambahan. Cadangan bagi mendapatkan
punca kewangan tambahan, antaranya ialah;
i. Sumbangan PIBG
ii. Mengadakan hari kantin, hari usahawan dan Jualan barangan
terpakai.
iii. Aktiviti berterusan, contoh, jualan majalah, surat khabar atau bukubuku.
iv. Mengadakan jogathon dan aktiviti seumpamanya.
v. Aktiviti bermusim, seperti jualan kad ucapan sempena hari-hari
perayaan, hari guru, dan lain-lain.
vi. Aktiviti daripada Radio Sekolah
vii. Jualan akhbar lama
viii. Tayangan Video
ix. Upah potong huruf Polysterin
x. Program Riang Ria Satu Sen.
xi. Tabung Derma hari aktiviti sekolah.
xii. Kuiz
SUMBER PSS
PCG – Bantuan Per Yuran Khas Sekolah Sumbangan PIBG
kapita Pusat Sumber Sumber Tambahan
Sekolah
4.4 Sumber Kewangan Sekolah
Sumber kewangan sekolah terdiri daripada:
i. Geran Bantuan Per Kapita (PCG) - RM 4183.20
ii. Yuran Khas Sekolah - RM 0.00
iii. Sumber-sumber lain - RM 0.00
JUMLAH - RM 4183.20
5.0 ANGGARAN PERBELANJAAN:
Hasil daripada sumber kewangan tahun semasa yang diperoleh dan dipersetujui di dalam
Mesyuarat Jawatankuasa Induk PSS, sumber kewangan tersebut diagihkan mengikut
peratus berikut:
Perincian perbelanjaan kewangan PSS adalah berdasarkan jadual di bawah:
Bil BUTIRAN HURAIAN JUMLAH (RM)
1 Bahan Buku
Nisbah bilangan pelajar dengan
buku Contoh:
1 orang pelajar : 15 buah buku
- Buku Rujukan (20 %) RM 836.64
- Buku Fiksyen (20 %) RM 836.64
- Buku bukan Fiksyen (10%) RM 418.32
- Majalah (5%) RM 209.16
- Surat Khabar (5%) RM 209.16
JUMLAH RM 2509.92 (60%)
2 Bahan-bahan proses a. kertas sticker
teknik b. kad buku
c. slip tarikh
d. Label buku
e. Gam
JUMLAH RM 125.50 ( 3%)
3 Alat Tulis dan Alatan a. Fail kertas
Pejabat b. Pen Marker
c. Stapler
d. Dakwat pencetak
e. Kertas A4
JUMLAH RM 209.16 (5%)
4 Bahan APD dan BBM a. Cakera video
b. Pendrive
JUMLAH RM83.66 (2%)
5 Aktiviti Pusat Sumber a. Kem Membaca
Sekolah b. Perkembangan Staf (LADAP)
c. Penghasilan Bahan
d. Kemahiran Perpustakaan
(pengawas)
e. Program Literasi Maklumat
f. Sijil dan hadiah
g. Pameran bertema
JUMLAH RM 627.48 (15%)
6 Projek Khas a. Keceriaan
7 Perabot b. Pondok Ilmu
JUMLAH RM 209.16 (5%)
a. Rak Buku Besar
JUMLAH RM 209.16
JUMLAH BESAR RM 3974.04
*Pendapatan kewangan tahun semasa hendaklah berbaki sekurang-kurangnya 5%
Disediakan oleh , Disemak oleh ,
…………….…………. ……………. ………….
(Mohammad Firdhaus bin Abu Bakar) ( Zakaria bin Ab Ghani )
Guru Perpustakaan dan Media G)uru Kanan Pentadbiran
SRA JAIM Tun Razak SRA JAIM Tun Razak
Disahkan oleh ,
…………….………….
( Tuan Haji Ramli bin Abu Samah )
Guru besar
SRA JAIM Tun Razak