_____________________________________________________________________________________________________
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RINTING 1
JOHOR BAHRU
TAJUK KERTAS KERJA:
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR
TARIKH:
9 MAC 2022 HINGGA
10 MAC 2022
TEMPAT:
MUZIUM NEGARA KUALA LUMPUR, PUSAT SAINS
NEGARA DAN
TAMAN RAMA-RAMA KUALA LUMPUR
ANJURAN:
KELAB SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN
TAMAN RINTING 1
1.0 PENGENALAN
Pendidikan terbahagi kepada dua iaitu pendidikan formal dan tidak formal.
Pendidikan formal dapat diperolehi daripada sesi pengajaran serta pembelajaran yang
dilakukan di sekolah manakala pembelajaran tidak formal boleh diperolehi dengan
memerhatikan keadaan sekeliling dan pengajaran yang dilakukan di luar bilik darjah.
Pendidikan yang diberikan kepada , murid-murid haruslah seimbang bagi pendidikan
formal dan juga tidak formal supaya dapat melahirkan murid-murid yang holistik serta
mempunyai kemampuan daripada segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial
seiring dengan aspirasi pendidikan negara. Oleh itu, kelab Sejarah SK Taman Rinting
1 akan menganjurkan sebuah aktiviti lawatan yang berpandukan pendidikan tidak
formal iaitu lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur sebagai salah satu aktiviti yang
sesuai untuk dilakukan ketika cuti sekolah. Aktiviti yang dijalankan ketika lawatan ini
dapat memberikan banyak faedah kepada murid-murid di samping merapatkan lagi
ikatan silaturahim di antara guru dan murid-murid, memberikan peluang kepada murid-
murid untuk menjalani pengalaman yang baharu serta berlajar serba sedikit berkaitan
dengan sifat berdikari.
2.0 TUJUAN KERTAS KERJA
2.1 Memohon kebenaran kepada pihak sekolah bagi mengadakan lawatan sambil
belajar.
2.2 Kertas kerja lawatan sambil belajar ini dikemukakan dengan tujuan untuk
memaklumkan serta meminta kebenaran daripada pihak sekolah untuk
menjalankan program ini.
2.3 Memohon jasa baik pihak PIBG bagi memperuntukkan kewangan dengan tujuan
untuk membantu pembiayaan yang diperlukan untuk lawatan sambil belajar ini
seperti penginapan dan pengangkutan.
3.0 OBJEKTIF
Lawatan ini khusus dijalankan bagi murid darjah enam yang bakal menghadapi
peperiksaan besar pada tahun 2022 kelak. Objektif untuk melakukan lawatan ini
adalah :
3.1 Lawatan ini dilakukan dengan tujuan bagi mendedahkkan murid-murid kepada
murid-murid akan suasana pembelajaran yang baharu.
3.2 Mendedahkan kepada murid-murid akan sejarah negara Malaysia yang terdiri
daripada pelbagai kaum.
3.3 Melihat pameran yang menempatkan barangan bersejarah, barang-barang seni,
tembikar, kebudayaan serta peralatan yang digunakan oleh orang pada zaman
dahulu.
3.4 Memberikan peluang kepada murid-murid untuk melakukan interaksi di antara satu
sama lain di luar bilik darjah.
4.0 MATLAMAT
4.1 Melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan tentang sejarah di negara Malaysia.
4.2 Memupuk semangat patriotrisme serta cinta akan negara.
4.3 Memberikan peluang kepada murid-murid untuk mengenali lebih banyak lagi spesies
rama-sama yang ada di dunia.
5.0 Tarikh
9 Mac hingga 10 Mac 2022
6.0 Tempat
Muzium Negara dan Taman Rama-Rama Kuala Lumpur
7.0 Penyertaan Jumlah
5
Bil Penyertaan
1. Guru pengiring 30
2. Peserta
35
JUMLAH
8.0 SUMBER KEWANGAN
Bil Perkara Sumber Butiran Jumlah
RM 100 X 37
1 Yuran Bayaran hasil kutipan RM 500 X 1 RM 3 700
RM 700 X 1 RM 500
daripada murid dan RM 500
guru
2 Sumbangan sekolah Sumbangan daripada
pihak sekolah
3 Sumbangan PIBG Sumbangan daripada
pihak PIBG
Jumlah Keseluruhan RM 4 700
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil. Perkara Maklumat Jumlah
-
1. Pengangkutan Bas Pengangkutan pergi dan
balik (Disediakan oleh RM 135 X 10
2. Penginapan Hotel pihak sekolah) = RM 1 350
3. Makanan Sarapan 2 hari 1 malam -
Makan Tengahari
Disediakan oleh Pihak RM 8 X 37
4. Kelengkapan Makan Malam Hotel = RM 296
lain-lain Air Mineral Hari Pertama RM 8 X 37
Makanan Ringan = RM 296
Hari Kedua RM 12 X 37
Air Kotak = RM 444
Hari Pertama (Barbeque) RM 10 X 5
= RM 70
7 Karton RM 8 X 37
= RM 296
Untuk makan ketika berada
di dalam bas sewaktu pergi RM 20 X 5
dan balik = RM 100
5 Karton
5. Aktiviti Kuiz Sejarah Hamper bagi tempat Rm 150 +
6. Lawatan pertama, kedua dan ketiga RM 100 +
Muzium Negara RM 50
Pusat Sains Negara Tiket masuk = RM 200
Taman Rama-Rama Tiket masuk
Tiket masuk RM 1 X 32 +
RM 2 x 5
= RM 42
RM 1 X 32 +
RM 2 X 5
= RM 42
RM 6 X 32 +
RM 13 X 5
= RM 257
7. Dana Digunakan
Kecemasan sekiranya berlaku RM 1000
RM 307
sebarang
kecemasan
8. Dana Kesihatan Digunakan
sekiranya berlaku
sebarang
kecederaan dan
sebagainya
JUMLAH KESELURUHAN RM 4 700
10.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANAAN
JAWATANKUASA INDUK
PENAUNG : TUAN HAJI ZULKIFLI BIN BAKAR
(Guru Besar SK Taman Rinting 1)
PENGERUSI : PUAN NORLILAWATI BINTI MOHAMAD
SETIAUSAHA : CIK SITI NUR SUHAILA BINTI ZAINUDIN
BENDAHARI : WEI WENG XIN
: CIK NUR SYAFIQAH BINTI ZULKIFLI
GURU PENASIHAT
KELAB
AHLI JAWATANKUASA
AJK PENDAFTARAN : ENCIK SULAIMAN BIN MOHD SYUKRI
AJK MAKANAN
AJK HADIAH : CIK NURAINA FATEHA BINTI RAHMAN
AJK FOTOGRAFI
: PUAN NABILA BINTI KASSIM
AJK PENGURUSAN
KEWANGAN : 1) ENCIK MOHD SHAHRUL BIN JAMIL
2) CIK SOFEA FARHANA BINTI HAIKAL
: 1) TAN WEN HAO
2) ENCIK FAIZAL BIN HAMID
11.0 PENUTUP
Harapan bagi Program Lawatan Sambil Belajar Ke Kuala Lumpur ini dilakukan
adalah supaya silaturahim di antara guru dan murid dapat dieratkan dengan lebih rapat
lagi seiring dengan memberikan pengalaman baharu kepada murid-murid.
Seterusnya, diharapkan juga agar program ini dapat memberikan impak yang posfitif
kepada murid-murid dan juga guru. Semoga program ini dapat berjalan dengan lancar.