BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU (a) Nama : (b) Sektor / Unit/ Organisasi : (c) Kumpulan Perkhidmatan : Gred Utama / P&P / AKP1 / AKP2 (d) Tarikh & Masa Pembentangan : ............................................................................... (jika berkaitan) (e) Maklumat Buku Yang Dibaca: Bil. Perkara Catatan 1. Tajuk Buku: 10 Tokoh Idola Muslimah 2. Pengarang: Sakinah Salleh 3. Tahun diterbitkan: 2015 4. Diterbitkan oleh: PTS Millenia SDN BHD 5. Sinopsis Buku Yang Dibaca: Buku ini menghimpunkan kisah tokoh-tokoh Muslimah yang agung dalam sejarah Islam. Menyoroti kisah setiap tokoh merangkumi sejarah hidup, hubungkait kisah mereka dengan kehidupan masa kini serta kisah inspirasi yang boleh dijadikan motivasi kepada diri terutama sekali buat wanita. Kita dapat menghayati kisah ketabahan Saidatina Aminah Binti Abdul Wahab ibu kepada Rasulullah SAW, yang cekal mengharungi cabaran hidup biarpun kehilangan suami pada saat beliau sarat mengandung. Demikian pula kisah tentang usahawan berjaya iaitu Saidatina Khadijah Binti Khuwailid RA yang sangat dermawan serta terkenal sebagai srikandi yang sanggup berkorban harta dan jiwa raganya demi menegakkan syiar Islam
Bukan itu sahaja, kita juga boleh meneladani kisah ilmuan cilik daripada isteri kesayangan Rasulullah SAW iaitu Saidatina Aisyah dan belajar menjadi isteri yang taat seperti Saidatina Hajar. Menyelurusi helaian demi helaian dalam buku ini, kita juga dapat mengambil iktibar daripada sifat zuhud Puteri kesayangan Rasulullah SAW iaitu Saidatina Fatimah serta menekuni kesetiaan yang ada pada Saidatina Rahmah iaitu isteri kepada Nabi Ayub. Tidak juga dilupakan kisah Siti Sarah yang rela dimadukan serta menghayati keberanian yang ada pada Zulaikha. Ketakwaan Asma’ binti Abu Bakar sehingga digelar Dzatun Nithaqain yang bermaksud wanita yang mempunyai dua tali pinggang sebagai mengabdikan peristiwa hijrah Rasulullah SAW Bersama Abu Bakar. Akhir sekali, kisah Asiah Binti Muzahim yang utuh pendiriannya biarpun beliau hidup di dalam istana yang penuh dengan kemewahan serta semua keinginannya mampu dpenuhi dan diperoleh, namun Asiah sentiasa berpijak di bumi yang nyata dengan mengahayati sebenar-benar tujuan dan hakikat kehidupan yang ditadbir oleh Alla SWT. 6. Manfaat/ pengajaran yang diperoleh daripada buku yang dibaca: Setiap kali membaca buku yang bercerita tentang wanita, mesti akan ada menyebut tentang wanita dan peradaban. Kerana ternyata, peranan wanita bukan biasa-biasa. Peranan wanita terhadap peradaban manusia cukup besar impaknya. Oleh kerana itu, kita tidak boleh goyang kaki semata. Jalankan peranan sebagai wanita sebaiknya seperti mana yang telah syariat gariskan kepada kita. Ikut pesan nabi, patuh ketetapan Ilahi. Jadilah wanita, Yang menjaga kehormatan diri.Tegas berpegang pada prinsip Islami. Malu sebagai perisai diri. Akhlak perhiasan peribadi, Ilmu sentiasa dicari, dan beramal tanpa nanti. Maka dari sini, akan terlahirlah,Sebuah generasi yang dinanti. 7. Nama: Nurul Amirah Binti Abdul Hadi