The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Haiza Ariena, 2021-11-02 23:16:48

E-portfolio BMM 1074

E-portfolio BMM 1074

ISU DAN CABARAN BAHASA MELAYU
DI MALAYSIA DAN DI PERINGKAT
ANTARABANGSA

MAKLUMAT DIRI PELAJAR ISI KANDUNGAN
Bil Perkara
Muka surat

1 Penghargaan 1

2 Pengenalan 2

3 Isu dan Cabaran Bahasa Melayu 3-10

di Malaysia

- Dasar Bahasa Kebangsaan

- Pendidikan di Malaysia

- Dasar Memartabatkan Bahasa

Melayu dan Memperkukuh Bahasa

Inggeris

- Bahasa Melayu dalam Kalangan

Masyarakat Malaysia

4 Isu dan Cabaran Bahasa Melayu 11-36

di Peringkat Antarabangsa

-Kedudukan Bahasa Melayu Sebagai

Lingua Franca dalam Perdagangan

-Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

-Bahasa Komunikasi dalam Hubungan Diplomatik,

Ekonomi, Pendidikan dan Sukan

5 Penutup 37- 40

PENGHARGAAN PENGENALAN

Saya ingin mengucapkan jutaan Pada masa ini, bahasa Melayu sedang
terima kasih kepada pensyarah berhadapan dengan pelbagai cabaran yang
saya iaitu Encik Shahren bin sengit. Perkara 152 dalam perlembagaan
Abdullah di atas tunjuk ajar negara menjelaskan bahawa bahasa
beliau. Tidak dilupakan juga Melayu merupakan bahasa rasmi dan
bantuan rakan-rakan dan bahasa kebangsaan. Namun, hari demi
keluarga dalam menyiapkan e- hari, penggunaan bahasa Melayu kelihatan
potfolio ini luntur yang bukan sahaja dalam kalangan
rakyat Malaysia, malahan di peringkat
Penghasilan e-portfolio ini telah antarabangsa juga dek tercabar dengan
menjadi salah satu proses bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris.
mengulang kaji bagi saya. Saya Lantaran itu, isu dan cabaran di Malaysia
berharap pencapaian saya dan di peringkat antarabangsa perlu
dalam subjek ini semakin baik. dikenal pasti.

Akhir kalam, saya ingin
menyusun sepuluh jari
memohon kemaaafan jika
terdapat sebarang kesalahan
yang tidak disengajakan.
2
1

ISU DAN CABARAN DASAR BAHASA KEBANGSAAN
BAHASA MELAYU
DI MALAYSIA Kelemahan di Malaysia apabila ada yang berfikiran bahawa
bahasa Melayu hanya untuk orang Melayu sahaja. Oleh

sebab itu, timbulah unsur perkauman dBaalatmukaBlaenrguanrakatum
lain. Kaum Cina atau Mandarin mahukKaendBauhkansa umkerietka

dijadikan Bahasa rasmi begitu juga dengan kaum yang lain
seperti kaum Iban dan Kadazan. Paling menyedihkan
apabila ada generasi muda daripada kaum Cina yang tidak
tahu berbahasa Melayu walaupun Perkara 152 (1) dan
Perkara 152 (6) dalam Perlembagaan Persekutuan telah
termaktub bahawa bahasa Melayu menjadi Bahasa
kebangsaan bagi Malaysia. Jadi, sepatutnya semua rakyat
Malaysia bukan sahaja kaum Melayu seharusnya fasih
dalam berbahasa Melayu. Bahasa Melayu dikukuhkan lagi
kedudukannya melalui Akta Bahasa Kebangsaan 1967 yang
menetapkan bahasa itu sebagai bahasa rasmi tunggal.
Pindaan dalam Akta Perlembagaan 1971 pula menetapkan
status Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan tidak
boleh dipersoalkan.
4
3

PENDIDIKAN DI MALAYSIA PelakBsaUnKaTaInBAdHasAaSrAPMenEgLaAjYaUraPnEdRaNnAPHeMmEbNelJaAjaDrIaBnASHaAinSAs dan
KEDUDUKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI LINGUA FRANCA DALAM PERDAGANGAN
KeLdIuNduGkUanABFahRaAsaNMCeAlayDuAseLkAaMli lagPiEdRicDabAarGaApaNbiGlaAIPNTS
Matematik (PPSMI) dalam Bahasa Inggeris turut menggugat
SdeilihjaatrlaebhihmmeenmggubnuakkatnikBaahnasbaaInhggaewrisadabnamheanisdaakkan kedudukan Bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, desakan yang
diterima daripada pelbagai pihak menyebabkan dasar ini
hak Bahasa Melayu sebagai Bahasa ilmiah. Lebih
dimansuhkan dan diganti dengan Dasar MBeamtaurtaBbaetkrasnuBraahtasa
Mmeenlyaedyiuhkapnewranlaauphunddai nIPTbSeterrudappaayt taigammeatna jkauldiaih wajib Melayu dan Memperkukuh Bahasa InggerKise(MdBuMkMaBnI) Bukit
liianitgu uBaahafsraaKnecbaanbgsearadn,aKseanergkaarananbMeablaeysriaapdaan bukti
pPeenngeajmianuIsalanmsaetapu ePerntdiidbikaatnuMborealrnsaumruantIPyTaSng Pelbagai cabaran yang dihadapi untuk menjadikan bahasa
tmeerntguaabaiikaaintuketBetaaptaun Bteresersbuut.rat Kedukan Bukit di Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Namun begitu,
Palembang yang bertarikh 683 Masihi. kerajaan mengusahakan pelbagai cara untuk membudayakan
SKeedlaudinukaitnuB,ahbaasatuMeblaeyursduicraabatr jduenggaandpiejungmutapmaaian kembali penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa
mpeengnugasgauannBaakhaasna IbngaghearisspaadMa teahlauny1u99k0u-annodeinagiatnu Kebangsaan . Antaranya, Bulan Bahasa dan Sastera Negara
Balaastaun Bseebrasgauirfaakttodr giloTbaalliasansgi. OTulehwhoal,yPanagledemmibkiaann, g
(k6e8ra3jaaMn tealashihmie),mBbeantaurkaBneBarhsausraaIntgdgeiriKs adirgaunnagkan (PBBraSNsa) dsiptei rKkeanraalknangpBadraathahiun 1999, Bulan Bahasa
Bserbaahgai,i BMahearsainpgeningandtaarebraagihkuHrsuuslusaiJnas mdanbtiek(n6o8lo6gi di
MIPTaAsiphadi)a mtaheunn1u9r9u3.t Nik Safiah Karim,(2010). Kebangsaan (BBK) diperkenalkan pada tahun 2009 bagi
menggantikan BBSN dengan matlamat untuk memantapkan,
Menurut Hashim Musa, (2005), menyatakan bahawa Akta memperkukuh, dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa
Malaysia
Pendidikan 1996 (Akta 550 Seksyen 17 (1) memberi kuasa
Batu Bersurat
kepada Menteri Pendidikan Malaysia untuk mengecualikan Talang Tuwo

penggunaan Bahasa kebangsaan sebagai pengantar

Pendidikan telah memudahkan proses perubahan dasar

Bahasa ini.
6

3
5

DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DAN BUKTI BAHASA MELAYU PERNAH MENJADI BAHASA
MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)
LINLGaUpAaFnRASNtCrAaDtAeLgAiMMPEBRDMAGMANBGIAN
Peralihan kepada Bahasa Melayu pada Batu Bersurat
tingkatan satu menimbulkan kerisauan Kedukan Bukit
ibu bapa kerana dikhuatiri anak mereka
tidak dapat menyesuaikan diri selepas Prasasti Karang Brahi
enam tahun menggunakan Bahasa
Inggeris di sekolah rendah. Oleh itu, Batu Bersurat
kerajaan telah memutuskan untuk Talang Tuwo
membenarkan murid kohort PPSMI, iaitu
murid tahun dua hingga tingkatan lima
untuk meneruskan pembelajaran dalam
Bahasa Inggeris sehingga tamat tingkatan
lima.
8
7

Isu PPSMI

Sikap penutur Kaum lain
yang tidak seperti Cina
tidak mahir
mengendahkan berbahasa
bahasa Melayu
Melayu

CABARAN
BAHASA
MELAYU
DALAM
KALANGAN
RAKYAT
MALAYSIA

Ibu bapa lebih
gemar mengajar

dan
menggunakan
bahasa Inggeris
sebagai bahasa
harian terhadap

anak-anak
10
9
Kurang
menguasai

bahasa
Melayu

ISU DAN CABARAN BAHASA MELAYU DI BUKTI BAHASA MELAYU PERNAH MENJADI BAHASA
PERINGKAT ANTARABANGSA LINGUA FRANCA DALAM PERDAGANGAN

KEDUDUKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI Batu Bersurat
LINGUA FRANCA DALAM PERDAGANGAN Kedukan Bukit

Sejarah membuktikan bahawa bahasa Melayu pernah dan Prasasti Karang Brahi
berupaya menjadi lingua franca berdasarkan beberapa bukti
penemuan seperti batu bersurat yang tertua iaitu Batu Batu Bersurat
Bersurat Kedukan Bukit di Palembang yang bertarikh 683 Talang Tuwo
Masihi. Selain itu, batu bersurat juga dijumpai menggunakan
bahasa Melayu kuno iaitu Batu Bersurat di Talang Tuwo,
Palembang (683 Masihi), Batu Bersurat di Karang Brahi,
Meringin daerah Hulu Jambi (686 Masihi) menurut Nik Safiah
Karim,(2010).
12
11

Namun, melihat dari perspektif pada kedudukan dan cabaran Zaitul Azma Hamzah (2006), mengatakan bahawa ’bahasa
bahasa Melayu kini, walaupun pernah menjadi bahasa Lingua Melayu perlu mencapai status ekonominya dengan meneroka
Franca dalam urusan perdagangan seperti di Selat Melaka, dan bidang-bidang ekonomi global, perindustrian, sains, teknologi,
Selat Sunda, Kerajaan Sriwijaya tetapi ianya hanya terhad kejuruteraan, aeroangkasa dan sebagainya. Namun, proses
kepada kawasan Nusantara sahaja. Tidak seperti bahasa perancangan dan pelaksanaannya harus bermula di ranahnya
Inggeris yang diangkat sebagai lingua franca sedunia yang sendiri secara serius’.
merangkumi hampir segala aspek manusia. Hal ini kerana
bahasa Melayu tidak mempunyai sokongan sumber untuk Menurut laporan Berita Harian bertarikh 12 Julai 2018, usaha
meluaskan pengaruhnya dari segi geografi dan penggunaan. pengglobalan bahasa Melayu baharu dimulakan melalui peranan
Sebaliknya, negara-negara besar terus menerus membekalkan DBP yang akan diangkat setaraf dengan British Council, Goethe
sumber yang diperlukan demi memperluas penggunaan bahasa Institute dan Nippon Institute sebagai institut dan pusat latihan
seperti bahasa Inggeris, Jerman, Sepanyol dan bahasa Jepun bahasa Melayu di seluruh dunia. Malahan, mantan Menteri
dalam urusan perdagangan. Dalam hal ini, semakin banyak Negara (Kewangan dan Hal Ehwal Luar) Brig. Gen. George Yeo
sumber untuk menyokong sesuatu bahasa semakin tinggi nilai Yong Boon dalam majlis perasmian Bulan Bahasa Melayu
ekstrinsik bahasa tersebut. menyatakan bahawa Singapura akan menjadikan bahasa Melayu
sebagai bahasa dunia dagang (Awang Sariyan, 2002). Ini
menunjukkan bahawa bahasa Melayu mempunyai potensi dalam
perhubungan, perdagangan serantau dan antarabangsa
berdasarkan hubungan positif pemerintah di Malaysia dan

Singapura.
14
13

PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Bahasa Melayu dalam Ruang Siber
DAN KOMUNIKASI
Menurut Noriah Mohamed (2014), ruang siber merupakan kacukan
Teknologi telah mengubah hidup manusia kepada lebih ruang fizikal, mental dan sosial. Ruang siber dalam teknologi
moden. Manfaat teknologi kepada bahasa Melayu ialah maklumat menyebabkan interaksi tidak bersemuka berlaku. Oleh itu,
segala maklumat yang berkaitan tentang bahasa Melayu wujudlah pelbagai ciri perbualan bahasa Melayu lisan disebabkan oleh
boleh dicari dan diketahui oleh masyarakat dunia. Namun, aspek sosial seperti latar belakang etnik, tempat, pameran, dan
terdapat pelbagai isu dan cabaran yang timbul ketika sebagainya. Penggunaan bahasa Melayu di ruang siber sama sahaja
menggunakan bahasa Melayu dalam teknologi maklumat dan seperti perbualan komunikasi biasa secara bersemuka bezanya ialah
komunikasi. pertuturan yang dihasilkan ialah melalui penulisan. Walaupun sekadar
berbual kosong atau berbual secara tidak formal, seharusnya
pengguna bahasa Melayu tidak boleh merosakkan penggunaan
bahasa Melayu seperti ‘Semekom’(Assalamualaikum), ‘aq’(aku), ‘x
tahu’(tak tahu) dan lain-lain lagi. Di samping itu, penggunaan simbol
bukan verbal perlu dielakkan dielakkan seperti emoji, emotikan, dan
ciri-ciri parabahasa teks yang lain bagi menggantikan penggunaan
bahasa badan dalam persekitaran fizikal. Hal ini kerana, dikhuatiri
akan mencemarkan nilai-nilai asli bahasa melayu. Di samping itu,
ayat-ayat yang terbentuk juga dikhuatiri tidak mematuhi hukum
tatabahasa bahasa Melayu lalu kedengaran janggal apabila didengari.
Oleh hal yang demikian, pengguna internet sepatutnya cakna akan hal
ini ketika menggunakan bahasa Melayu dalam wadah komunikasi agar
mematuhi peraturan bahasa Melayu sedia ada.
16
15

Apabila penggunaan bahasa kelas bawah yang disampaikan melalui Peminggiran bahasa Melayu tidak berlaku secara menyeluruh namun
media sosial menjadi tabiat maka penggunaan ini akan semakin kualiti bahasa Melayu yang digunakan untuk berinteraksi dalam laman
meluas. Mereka tidak endah malahan tidak dapat membendung sosial kian dipandang enteng. Penggunaan bahasa rojak , bahasa pasar,
semua ini daripada terus berlaku. Lama-kelamaan, tidak hairanlah dan singkatan kata sesuka hati kian berleluasa dalam pengguna media
jika pertuturan dan bahasa yang salah dan tidak sopan ini turut sosial. Hal ini kerana, menurut Zaidi Ismail, (2012) media sosial tiada
digunakan dalam kelas dalam kalangan pelajar. Maka, guru boleh sempadan, tiada polis, tiada pemantau dan tiada penguat kuasa yang
menegur dan membetulkan bahasa pelajar agar dapat menghalang boleh mengawal dan menghalang penggunaan bahasa yang kotor, kesat,
hal tersebut dari terus menerus berlaku. jijik serta melanggar nahu, dan laras bahasa.

Namun, ada pengguna yang gemar mempopularkan ungkapan Oleh hal yang demikian, semua pengguna media sosial seharusnya
bahasa Inggeris yang ditukarkan kepada bahasa Melayu. Menurut menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan seterusnya mampu
Supyan Hussin (2018) umpama memperkosa jati diri bahasa Melayu. menegur pihak yang menggunakan bahasa Melayu dengan melanggar
Perkara ini dapat dilihat melalui perkataan bahasa Inggeris seperti I aspek kebahasan dan tatasusila masyarakat di negara ini. Hal ini
love you menjadi Illebiu, Keep it up menjadi Kipidap, Don’t give up kerana, tanpa pemantauan dan teguran, masalah kecelaruan akan
menjadi Dongibap. menjadi semakin teruk.
18
17

Penggunaan Simbol Bukan Bahasa Melayu dalam Media Sosial
Verbal
Kewujudan pelbagai platform dan aplikasi menyebabkan
masyarakat dalam seluruh dunia dapat berkomunikasi tanpa
sempadan. Sebagai contohnya aplikasi Twitter, WhatsApp,
Telegram dan banyak lagi telah mentransformasikan
kehidupan dan menghubungkan manusia dari serata dunia.
Dalam media sosial, penggunaan bahasa memainkan
peranan penting dalam berkomunikasi. Oleh hal yang
demikian, agak sukar untuk menjaga kualiti bahasa yang
digunakan dalam media sosial ini kerana tiada peraturan yang
“mengikatnya” dan dikhuatiri

akan menjejaskan kualiti bahasa Melayu. Kualiti penggunaan
banyak bergantung kepada individu yang amat menitikberatkan
kualiti bahasa Melayu. Tetapi pada masa kini, penggunaan
bahasa kesat kian membanjiri media sosial. Begitu juga dengan
penggunaan bahasa yang melanggar tatabahasa, mewujudkan
kosa kata dan ungkapan baharu yang membawa konotasi negatif
dan ejaan baharu seperti ‘janganlah nak palaukan aku’, ‘bukan
bisher-bisherr’, ‘makcik bawang’ dan yang boleh menyebabkan
bahasa Melayu rosak dan dikategorikan sebagai bahasa kelas
bawah.
20
19

Penggunaan Bahasa Melayu di Media Sosial Pada Masa ini

22
21

24Penggunaan Bahasa Pasar & Bahasa Slanga yang Boleh
23 Merosakkan Bahasa Melayu

”Tangkap relaksla brader. Cintan-cintan ni gua tak mainlah. Gua
saje lepak kat sini. Bukan ada hal lain. Habis lu bikin apa dengan

gua? Lu mau sekeh gua punya kepala?”
· ”Gua caya sama lu tapi bukan aje masuk port gua, tapi lu
tangkap cintan sama gua punya awek, belakang lu sudah cipet

lagi lu kencing muka gua. Cinabenglu.”

“Fulamak, lagu baru Ramli Sarip mantaplah brader.
Dia punya goreng sikit punya garing, gua tangkap

lentuk, gua cakap lu. “
(Berita Minggu, 8 April 1990 ).

“Kalau wa kata talak untung, lu kata wa tipu. Kalau
ada untung, olang lengki! Hai! boleh la carik makan.
Polis ada bagus apa? Ada power. Ha, makan sudah

tiba. Jom makan.
(Filem Lu Langsi Lu Mati, arahan Farid Kamil)

26Bahasa Melayu Menghadapi Revolusi Industri
254.0
Di samping itu, pihak berwajib seperti DBP perlu memperkaya istilah
Revolusi Industri 4.0, pertamanya, dapat dikembangkan dan sains dan teknologi, menambah khazanah ilmu berbahasa Melayu
meluas dengan cepat. Kedua, kewujudan platform-platform melalui penerbitan majalah, jurnal, serta buku yang sesuai dengan
baharu menambah keefisienan alam pekerjaan dan industri. era industri, selain mengajar semua mata pelajaran di institut
Ketiga, revolusi ini mempunyai pengaruh besar dan memberi pendidikan guru, kolej dan universiti dalam bahasa Melayu.
kesan menyeluruh terhadap sistem-sistem sedia ada. Oleh hal
yang demikian, kunci kejayaannya adalah dengan Tambahan itu, DBP perlu memainkan peranan penting dalam
memperkasakan modal insan. Dengan adanya revolusi industri, menterjemah pelbagai bahan dan konsep ke dalam bahasa Melayu
bukan sahaja mengubah industri malahan turut mengubah cara seiring dengan kemajuan era Revolusi Industri 4.0. dan membantu
kerja, gaya hidup, interaksi dan perbelanjaan. masyarakat memahami pelbagai konsep baharu melalui penciptaan
istilah dalam bahasa Melayu sendiri. Ini kerana, tanpa ilmu dalam
Ketua Pengajian Asia Tenggara, Universiti Goethe, Frankfurt, Prof menguasai bahasa, masyarakat tidak berupaya mengungkap
Dr Arndt Graf, berkata beliau optimis bahasa Melayu akan kekal pemikiran ketika menghadapi permasalahan apabila bahasa Melayu
relevan dan menjadi lebih penting dalam era RI4.(Berita Harian 16 tidak menjadi salah satu di antara bahasa wacana dalam Revolusi
Ogos, 2018). Sejajar dengan perkembangan revolusi, pemain Industri 4.0.Jelasnya, bahasa Melayu perlu dijadikan antara salah
industri perlu menguasai bahasa-bahasa teknologi baharu. Bagi satu bahasa pengantar kepada pembangunan sains dan teknologi
mengekalkan bahasa Melayu di dunia, penutur bahasa Melayu dalam tamadun di Nusantara.
khususnya di Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan
Brunei Darussalam perlu memastikan kedudukan bahasa Melayu
lebih penting sejajar dengan usaha untuk menjadikannya sebagai
bahasa wacana dalam Revolusi Industri 4.0.

28
27

BAHASA KOMUNIKASI DALAM Sejak abad ke-7 lagi bahasa Melayu
HUBUNGAN DIPLOMATIK, EKONOMI, telah diguna pakai sebagai bahasa
komunikasi secara meluas dalam
PENDIDIKAN DAN SUKAN hubungan diplomatik dan
perdagangan. Pada masa tersebut
bahasa Melayu turut dipelajari oleh
pelbagai kaum termasuklah penjajah
Inggeris, Portugis dan Belanda.

Hubungan Diplomatik Oleh hal yang demikian, bahasa Melayu wajar dimartabatkan
sebagai bahasa ASEAN dalam semua urusan rasmi atau tidak
Bahasa Melayu merupakan satu-satunya bahasa lingua franca di rasmi. Hal tersebut kerana bahasa Melayu menjadi bahasa
rantau kepulauan Melayu yang merangkumi negara Asia pertuturan di kebanyakkan negara ASEAN. Oleh itu, bahasa
Tenggara(ASEAN). Perkara ini dapat dibuktikan apabila bahasa Melayu layak dan patut diangkat sebagai sebagai wadah
Melayu termasuk dalam kelompok lima bahasa yang mempunyai komunikasi serantau negara ASEAN. Tambahan pula, bahasa
jumlah penutur yang banyak selepas bahasa Inggeris, Mandarin, Melayu dapat menampilkan ASEAN sebagai satu jati diri melalui
Hindi dan Sepanyol menurut Zakaria Kasa, (2014). Bahkan, penutur satu bahasa dan memupuk semangat perpaduan sebagai satu
bahasa Melayu bukan sahaja terdiri daripada rakyat Malaysia tetapi rumpun bahasa. Ini kerana menurut Shailizaini Uyob & Che Ibrahim
dalam kalangan rakyat Indonesia, Brunei Darussalam, Thailand Salleh, (2017), bahasa bukan hanya berfungsi sebagai alat
(terutamanya di selatan Thailand), Kemboja dan Vietnam. Bahkan, berkomunikasi, tetapi juga berperanan penting dalam pembentukan
bahasa Melayu turut digunakan di kawasan pergunungan Taiwan, semangat kekitaan, perpaduan dan maruah masyarakat
turun ke selatan hingga New Zealand, dan dari Madagaskar di luar penuturnya.
pantai timur Afrika hingga Pulau Easter di lautan Pasifik,menurut
Asmah Hj. Omar, (2008). Terdapat 104 buah kedutaan Malaysia di seluruh dunia. Melalui
kedutaan ini, bahasa Melayu dapat diperluaskan dan diketengahkan
dalam pelbagai acara atau majlis. Selain itu, rakyat Malaysia
hendaklah mengantarabangsakan bahasa Melayu lebih-lebih lagi
ketika berada di luar negara sebagai pelajar, pelancong ataupun
pekerja agar bahasa Melayu dapat dikenali dan dipelajari oleh
seluruh warga dunia.
30
29

Ekonomi Faktor bahasa memainkan peranan penting dalam membangunkan
ekonomi sesebuah negara. Hal ini berdasarkan kepada hakikat
Isu penggunaan bahasa Melayu dalam bidang ekonomi perlu bahawa bahasa merupakan alat atau medium yang menjadi
diberi perhatian. Hal ini kerana, penggunaannya dalam bidang menyalurkan maklumat sains dan teknologi yang menjadi
ekonomi hari ini masih tidak meluas tidak kira sama ada dalam pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara. Oleh hal yang
kalangan masyarakat tempatan atau di peringkat antarabangsa. demikian, bahasa pengantar yang digunakan sejak dari kecil
Situasi ini jelas berlaku di negara ini. Sebagai contohnya, terutamanya dalam sistem pendidikan memainkan peranan penting
rancangan Ringgit Sense yang berkaitan hal ekonomi dalam membantu membangunkan ekonomi. Hal ini kerana,
dikendalikan dalam bahasa Inggeris. Penggunaan bahasa pemindahan maklumat ada dua peringkat di Malaysia. Pertama,
Melayu dalam urusan ekonomi hanya digunakan dalam urusan maklumat yang dibawa masuk dalam bahasa Melayu. Kedua,
ekonomi peringkat tempatan dan hubungan yang bersifat maklumat yang dibawa masuk daripada bahasa asing seperti
kelompok kecil yang bergantung kepada penuturnya. Tetapi, bahasa Inggeris. Ini kerana menurut Jaafar Jambi (2008), apabila
pada peringkat yang lebih tinggi dan meluas, penggunaan bahasa Melayu digunakan, maklumat yang dibawa bahasa tersebut
bahasa Melayu seakan-akan semakin berkurangan. Situasi ini akan mudah difahami lantas menjadi operasi perekonomian akan
sepatutnya tidak boleh dibiarkan berlaku. Bahasa Melayu menjadi lebih berkesan.
sepatutnya diperluaskan melalui perkara yang berkaitan
ekonomi. Ini bukan bermakna bahasa Inggeris tidak boleh Oleh itu, proses memindahkan maklumat ke dalam bahasa Melayu
digunakan oleh warga Malaysia ketika berurusan dengan warga harus diteruskan memandangkan maklumat dan ilmu baharu
luar negara tetapi, sebaik-baiknya warga Malaysia menggunakan sentiasa muncul. Sehubungan dengan itu, langkah-langkah yang
bahasa Melayu ketika berurusan di negara ini melainkan jika proaktif perlu dilakukan agar bahasa Melayu tidak dipinggirkan
warga luar negara tersebut tidak fasih dalam berbahasa Melayu. seiring dengan perkembangan baharu terutamanya dalam bidang
32ekonomi.
31

Pendidikan Oleh hal yang demikian, bagi mengglobalkan bahasa Melayu,
bahasa Melayu juga memerlukan sumber material dan bukan
Isu kekurangan sumber material dan sumber bukan material menjadi isu material demi menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantarabangsaan bahasa Melayu dalam pendidikan. Sumber antarabangsa. Oleh sebab itu, Kerangka Standard Bahasa Melayu
material yang dimaksudkan ialah guru terlatih, pelatih guru, bahan (KSBM) dilihat mula mengorak langkah menjalankan usaha
pengajaran, bahan kesusasteraan , kamus, penerbit multinasional, pengglobalan bahasa Melayu dengan kerjasama beberapa universiti
komputer dan perisian komputer rancangan video dan televisyen awam dan swasta. Di samping itu, DBP merupakan standard
menurut Lim Kim Hui & Har Wai Mun (2013). Manakala, sumber bukan bahasa yang menggunakan satu kerangka yang sama dalam bidang
material melibatkan pakar-pakar bahasa Melayu yang berupaya pendidikan, pekerjaan, orang awam dan persendirian. Tambahan
menyumbangkan pengetahuan dan kemahiran. Melihat kepada pula, KSBM menyerupai fungsi ‘Common European Framework of
pengantarabangsaan bahasa Inggeris, British Council menjadi agen Reference for Languages (CEFR) yang berfungsi mengukur
memperluas penggunaan bahasa Inggeris ke seluruh dunia. British kemahiran berbahasa Inggeris di seluruh dunia. Oleh itu, KSBM
Council mempunyai 7500 kakitangan di pusat-pusat pengajian yang penting sebagai rujukan tentang penguasaan dan kemahiran penutur
terdapat di 234 bandar di 110 buah negara seluruh dunia. bahasa Melayu di seluruh dunia mengikut peringkat berbeza iaitu
Pengantarabangsaan bahasa Inggeris di Amerika Syarikat dijalankan penutur asas (penutur jati dan bukan) kepada penutur pakar.
melalui pembentukan yayasan. Dua yayasan terkemuka dalam
mengglobalkan bahasa Inggeris ialah Yayasan Ford dan Yayasan
Rockefeller yang telah mengadakan program seperti English as a
Second Language (ESL) di negara-negara yang tidak menggunakan
bahasa Inggeris sebagai bahasa utama.
34
33

Sukan Sukan Antarabangsa yang
Dianjurkan di Malaysia
Malaysia pernah menganjurkan sukan berprestij dunia, malahan
pernah menganjurkan sukan komanwel iaitu sukan kedua terbesar
di dunia pada tahun 1998. Penganjuran sukan bertaraf
antarabangsa seperti Temasya Sukan Sea 1977, 1989, 2001, 2017,
Hoki Piala Dunia (2002), Kejohanan Tahunan Malaysia Grand Prix
Formula One (F1) serta Moto GP membuktikan bahawa Malaysia
mempunyai kebolehan menganjurkan temasya sukan di peringkat
lebih tinggi. Tidak dinafikan kehebatan Malaysia dalam
penganjuran sukan-sukan yang bertaraf antarabangsa. Tetapi,
kedudukan bahasa Melayu dalam penganjuran sukan-sukan yang
gah tersebut seperti dipinggirkan. Buktinya, nama penganjuran
sukan tidak menggunakan bahasa Melayu dan seakan-akan
membanggakan bahasa lain. Sebagai contoh, Le Tour de
Langkawi, Grand Prix Motorcycle Racing (MotoGP), Putrajaya 100
Miles dan lain lagi.

Perkara ini sepatutnya tidak terjadi kerana Malaysia sepatutnya
memanfaatkan peluang ini untuk memperluas dan
memperkenalkan bahasa Melayu kepada seluruh dunia.
Tambahan pula, kejohanan sukan yang berprestij pastinya menarik
perhatian dari serata dunia.
36
35

PENUTUP

Kesimpulannya, terdapat pelbagai isu dan cabaran
yang timbul di peringkat Malaysia dan
antarabangsa. Namun, halangan-halangan
tersebut tidak menjadi halangan dalam memperluas
dan memartabatkan bahasa Melayu yang bukan
sahaja dalam kalangan rakyat Malaysia malahan di
seluruh dunia.
38
37

RUJUKAN

40Abu Said. (17 Mac 2013). Bahasa Pasar dan BahasaBatu Bersurat Talang Tuwo. (22 April 2021). Dalam
39 Slanga.http://dakskema88.blogspot.com/2013/03/bah Wikipedia.https://www.google.com/url?sa=i&url=https
asa-pasar-dan-bahasa-selanga.html %3A%2F%2Fms.wikipedia.org%2Fwiki%2

Amalina Zailan. (n.d.). Lagu Baru Nyanyian Achey Ni Akan Buat Hafizah Iszahanid. (16 Ogos 2018). Bahasa Melayu Relevan dalam
Semua Makcik Bawang Sentap. Lobak Merah Revolusi Industri Keempat. Berita
https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F Harian.https://www.bharian.com.my/rencana/sastera/2
%2Flobakmerah.com%2Flagu-baru-nyanyian-achey- 018/08/462634/bahasa-melayu-relevan-dalam-
ni-akan-buat-semua-makcik-bawang- revolusi-industri-keempat
sentap%2F&psig=AOvVaw0_ofo7H1evRJYGERYgS
9I_&ust=1635056547113000&source=images&cd=vf Mohd Isha Awang. (16 Julai 2008). Isu dan Cabaran Bahasa Melayu
e&ved=0CAwQjhxqFwoTCPiyjr_y3_MCFQAAAAAdA dalam Pendidikan. Berita
AAAABAK Harian.https://www.google.com/url?sa=i&url=http%3A
%2F%2Fwww.dbp.gov.my%2Fklikdbp%2Fklikdbp11jul
Azizi Rahman. (8 Februari 2019). Bukan Biasa-Biasa Pulak Dah- ai8.pdf&psig=AOvVaw0jFblaaLq9MsPb-
Netizen Mula Muak Tagline Rempit Najib Razak. Oh 9U0tv0i&ust=1635159796757000&source=images&cd
Bulan!. =vfe&ved=2ahUKEwiJpfuH8-
https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F LzAhUA_zgGHYqCAyoQr4kDegUIARC3AQ
%2Fohbulan.com%2Fbukan-biasa-biasa-pulak-dah-
netizen-mula-muak-tagline-rempit-najib-r Prasasti. (19 September 2021). Dalam
azak&psig=AOvVaw0OXHTP52yh63t1L5iMdIOZ&ust Wikipedia.https://www.google.com/url?sa=i&url=https
=1635056373875000&source=images&cd=vfe&ved= %3A%2F%2Fid.wikipedia.org%2Fwiki%2FPrasasti_K
0CAwQjhxqFwoTCOjB3PHx3_MCFQAAAAAdAAAA arang_Brahi&psig=AOvVaw3C3NrLXeHK2Oik8I3Li0ti
ABAD &ust=1634959968775000&source=images&cd=vfe&v
ed=0CAwQjhxqFwoTCOi3wdmK3fMCFQAAAAAdAA
Azza. (24 Julai 2018). Bahasa Tunggang Langgang.- Kenyataan AAABAK
Akhbar KBS Jadi Bahan Jenaka Netizen. Cari The
Democratize News Platform. Shamsul Aizuwani Nawi, Suhasni Dollah, Zurihan Yusoff. (2020). Isu
https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F dan Cabaran Bahasa Melayu di Malaysia. Dalam
%2Fbm.cari.com.my%2Fportal.php%3Fmod%3Dview Mahdi bin Shuid dan Rozeha binti Harun. Pengenalan
%26aid%3D41521&psig=AOvVaw24q2kNRr1_pG8N Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu. ( pp 129 -
Zw06GSB4&ust=1635057065598000&source=image 151).Global Mediastreet Sdn Bhd.
s&cd=vfe&ved=0CAwQjhxqFwoTCKDn88P03_MCF
QAAAAAdAAAAABAL

SEKIAN,
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version