The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hazamy, 2023-06-26 01:13:32

BULETIN GIS BIL2_2022

BULETIN GIS BIL2_2022

46 BULETIN GIS & GEOMATIK BIL 2/2022 JAWATANKUASA PEMETAAN DAN SPATIAL NEGARA Tujuan pembentangan Sistem KRSTE. my diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli JTPGGK tentang kewujudan sistem KRSTE.my dan seterusnya perlaksanaan di agensi masing-masing melalui koordinator yang dilantik. Sistem KRSTE. my dibangunkan oleh pihak MASTIC untuk menjadi menjadi pusat rujukan bagi maklumat strategik sains, teknologi dan inovasi (STI) negara bagi menyokong keperluan komuniti STI melalui pengurusan pengetahuan yang berkualiti. Sistem yang terdiri daripada enam (6) modul utama ini menyediakan capaian maklumat STI antara pihak kerajaan dengan Rajah 1: Mesyuarat JTPGGK Bil. 1/2022 Di Bilik Mesyuarat PLANMalaysia, KOMTAR, Pulau Pinang Rajah 2: Taklimat Sistem KRSTE.my oleh MASTIC sektor swasta (Rajah 2). Terdapat beberapa cadangan daripada ahli mesyuarat kepada pihak MASTIC untuk penambahbaikan Sistem KRSTE.my. Manakala pembentangan ketua adalah prototaip bagi Portal Pangkalan Data Penyelidikan Geoinformasi/Geomatik yang telah dibangunkan oleh PGN. Portal ini dibangunkan bagi tujuan pelaporan dan maklumat penyelidikan serta mengenalpasti projek yang berimpak tinggi dan berjangka panjang di peringkat nasional untuk dilaporkan (Rajah 3).


JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA 47 Rajah 3: Prototaip Portal Pangkalan Data Penyelidikan Geoinformasi / Geomatik JTPGGK Pembentangan prototaip bagi portal ini adalah untuk mendapatkan maklumbalas dan cadangan daripada ahli mesyuarat untuk penambahbaikan ke atas portal berkenaan. Melalui portal ini, semua projek penyelidikan berkaitan geoinformasi atau geomatik di bawah JTPGGK dapat disenaraikan. Selain itu, ringkasan maklumat dana dan kumpulan kerja di bawah JTPGGK dapat diperolehi dalam bentuk carta pai/bar dan teks. Keunikan portal ini adalah maklumat lokasi institusi atau universiti yang terlibat dalam penyelidikan di bawah JTPGGK ditandakan dalam peta untuk memudahkan capaian maklumat. Penyelidik dari kalangan pegawai penyelidik atau pensyarah universiti boleh mengakses portal ini untuk memasukkan maklumat penyelidikan mereka dan membantu dalam membuat pelaporan kepada pihak universiti dan pengeluar dana. Pengerusi working group pula boleh menggunakan portal ini untuk membuat pelaporan kepada jawatankuasa ini berkaitan working group mereka. Urus setia JTPGGK juga boleh menggunakan sistem ini untuk melaporkan semua projek penyelidikan JTPGGK kepada JPDSN. Agenda mesyuarat seterusnya adalah pelaporan daripada pengerusi setiap working group telah membincangkan kemajuan penyelidikan di peringkat kebangsaan mengikut terma rujukan masing-masing serta isu-isu yang berbangkit. Resolusi yang telah dicapai dalam mesyuarat ini telah dibawa ke Mesyuarat JPDSN Ke-73 di Johor Bahru.


48 BULETIN GIS & GEOMATIK BIL 2/2022 JAWATANKUASA PEMETAAN DAN SPATIAL NEGARA Rajah 4: Tadbir Urus PeGIS Taklimat PeGIS diadakan di sebelah petang setelah tamatnya Mesyuarat JTPGGK Bil. 1/2022. Taklimat berkenaan bertajuk Isu Pelaksanaan Program Geospatial Negeri Pulau Pinang menceritakan sejarah penubuhan dan latar belakang PeGIS, tadbir urus di bawah Jawatankuasa Penyelarasan Data Negeri (JPDN), Penang GDI dan isu pelaksanaan GDI (Rajah 4). Setelah tamat taklimat PeGIS, ahli mesyuarat berpeluang untuk melawat pejabat PeGIS yang berada Tingkat 24, KOMTAR. Pejabat PeGIS mempunyai sebelas (11) pegawai yang mempunyai kelengkapan perkakasan dan perisian GIS yang digunakan untuk tujuan prapemprosesan data, analisis dan pemetaan. Pegawai di PeGIS juga menunjukkan pelbagai produk pemetaan yang dihasilkan serta teknik yang digunakan untuk pendigitan data. Lawatan kerja ke Unit Pengurusan Maklumat Geospatial (PeGIS) dipilih kerana ia adalah agensi kerajaan negeri yang paling menonjol berbanding agensi-agensi kerajaan negeri yang lain dalam penggunaan GIS. Penyebaran maklumat geospatial yang lebih holistik di PeGIS dapat dilakukan berikutan perlaksanaan Penang Geospatial Data Infrastructure (GDI) membantu perkongsian geospatial data oleh pelbagai pihak termasuk jabatan, agensi kerajaan dan orang awam (Rajah 5).


JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA 49 Rajah 5: Lawatan Kerja ke PeGIS oleh Ahli Mesyuarat JTPGGK Bil.1/2022 Rajah 5: Lawatan Kerja ke PeGIS oleh Ahli Mesyuarat JTPGGK Bil.1/2022


50 BULETIN GIS & GEOMATIK BIL 2/2022 JAWATANKUASA PEMETAAN DAN SPATIAL NEGARA Noor Fadilah binti Zainal Aznam Bahagian Kartografi dan GIS Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia [email protected] JAWATANKUASA TEKNIKAL ATLAS KEBANGSAAN (JTAK) Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Atlas Kebangsaan (JTAK) Bil. 1 Tahun 2022 telah diadakan pada 14 Oktober 2022 bertempat di Bilik Persidangan Tingkat 15, Wisma JUPEM yang dipengerusikan oleh Sr K.Mathavan a/l S.Kumaran, Pengarah Ukur Seksyen (Data Geospatial), Bahagian Kartografi dan GIS. JTAK merupakan salah satu jawatankuasa di bawah Jawatankuasa Pemetaan dan Data Spatial Negara (JPDSN) dimana objektif utama penubuhan adalah untuk memastikan data spatial dan pelbagai maklumat penting dan menarik mengenai Malaysia dapat disampaikan kepada pelajar, pentadbir dan orang awam melalui penerbitan Atlas Kebangsaan. Atlas Kebangsaan telah diterbitkan dalam dua versi iaitu versi digital (eAtlas) dan bercetak. eAtlas menggunakan platform eMap secara media fl ash-drive telah diterbitkan pada tahun 2014 yang terdiri daripada enam tema utama manakala Atlas Kebangsaan versi bercetak pula telah diterbitkan pada tahun 2016 mengandungi 10 tema utama dan 56 sub tema. JTAK dipengerusikan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dengan keahlian sebanyak 26 agensi antaranya Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Jabatan Kerja Raya, Pusat Geospatial Negara (PGN), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Jabatan Perhutanan dan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Jabatan Pertanian Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia, Jabatan Perhutanan Sarawak, Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Pertanian Sabah, Jabatan Pertanian Sarawak, Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah Sabah, Tourism Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi MARA, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Warisan Negara. Mesyuarat JTAK Bil.1/2022 yang diadakan pada kali ini bertujuan untuk memaklumkan Rajah 1: Sr K. Mathavan a/l S.Kumaran mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Atlas Kebangsaan (JTAK) L A P O R A N B E R G A M B A R


51 JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA Semasa sesi perbincangan hala tuju JTAK, ahli-ahli mesyuarat telah bersetuju agar maklumat yang dipaparkan pada buku Atlas Kebangsaan perlu dikemaskini menggunakan data terkini. Namun begitu, kemaskini buku perlulah mengambil kira tentang tempoh tahun yang sesuai iaitu setiap 10 tahun sebelum menerbitkan buku Atlas edisi baharu dan tidak boleh dikemaskini secara kerap setiap tahun memandangkan ianya adalah buku cetakan dan bukan diterbitkan secara digital. Mesyuarat juga telah mencadangkan agar JTAK ini dikekalkan tetapi aktiviti akan diadakan berdasarkan kepada keperluan semasa. Selain itu, satu taklimat ringkas berkenaan dengan penyediaan peta ortofoto juga telah diadakan dalam sesi mesyuarat JTAK susulan daripada cadangan dan permintaan daripada Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah (JTUS) berikutan trend semasa penghasilan peta ortofoto. Di akhir mesyuarat, ahli-ahli JTAK telah bersepakat menjadikan Atlas Kebangsaan sebagai satu sumber rujukan utama dalam memaparkan maklumat spatial dan info menarik mengenai Malaysia dan memastikannya dapat digunakan secara meluas khususnya kepada pengguna awam. Justeru itu, penerbitan Atlas Kebangsaan edisi baharu perlu diteliti demi memastikan Atlas Kebangsaan sentiasa relevan dan maklumat geospatial yang dipaparkan dapat menarik pengguna awam menerusi penggunaan elemen kartografi dan infografi k dalam penerbitan pelbagai peta mengikut tema. status penerbitan buku Atlas Kebangsaan Cetakan Kedua dan membincangkan hala tuju JTAK pada masa akan datang. Tuan Pengerusi memaklumkan kepada ahli mesyuarat bahawa Atlas Kebangsaan akan dicetak semula selepas menerima semakan daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk disesuaikan bagi kegunaan pelajar di sekolah. Beliau juga memaklumkan bahawa pihak JUPEM telah selesai membuat pindaan dan mengemaskini buku Atlas Kebangsaan bagi cetakan kedua dan dijangka siap cetak selewat-lewatnya pada pertengahan tahun 2023 disebabkan kekangan peruntukan kewangan.


52 BULETIN GIS & GEOMATIK BIL 2/2022 JAWATANKUASA PEMETAAN DAN SPATIAL NEGARA Rajah 2: Ringkasan penerbitan Atlas Kebangsaan dibentangkan oleh urusetia JTAK Rajah 3: Wakil daripada agensi yang hadir semasa Mesyuarat JTAK Rajah 4: Wakil daripada agensi yang hadir semasa Mesyuarat JTAK


JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA 53 Rajah 5: Sesi bergambar sempena Mesyuarat JTAK


54 BULETIN GIS & GEOMATIK BIL 2/2022 JAWATANKUASA PEMETAAN DAN SPATIAL NEGARA Sr Shamiruddin bin Mahammad Azami Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, JUPEM [email protected] MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL DASAR DAN ISU-ISU INSTITUSI (JTDII) BIL 1/2022 Jawatankuasa Teknikal Dasar dan Isu-Isu Institusi (JTDII) telah mengadakan Mesyuarat JTDII Bil. 1 Tahun 2022 pada 14 Julai 2022 (Khamis) bertempat di Bilik Persidangan Wisma JUPEM yang telah dipengerusikan oleh Ybrs. Sr Wan Mohamad Darani bin Ab. Rahman, Pengarah Ukur Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan. JTDII ini merupakan salah satu daripada jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Pemetaan dan Dasar Spatial Negara (JPDSN) pada 7 Jun 1994 di Miri, Sarawak. Objektif jawatankuasa ini adalah merangka polisi, dasar dan penyelarasan pemetaan dan dasar geospatial negara di samping memberi panduan berhubung dengan aktiviti pemetaan dan data spatial negara kepada semua agensi di bawah JPDSN. Mesyuarat JTDII Bil. 1 Tahun 2022 ini telah dihadiri seramai 35 orang yang terdiri daripada pelbagai jabatan, agensi dan institusi seperti Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Jabatan Tanah dan Ukur Sabah (JTUS), Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTSS), Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia (DOA), Jabatan Pertanian Sabah, Jabatan Pertanian Sarawak, Pusat Geospatial Negara (PGN), Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), dan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE). Di antara perkara-perkara yang telah dibincangkan semasa mesyuarat tersebut adalah berkaitan dengan maklumat geospatial sekatan R & Y, pengauditan keselamatan data geospatial terperingkat dan permit penerbangan Unmanned Aircraft Systems (UAS). Selain itu, satu pembentangan berkaitan Pelan Warta Kawasan Larangan, Tempat Larangan dan Sasaran Penting (KLTLSP) turut juga telah disampaikan semasa mesyuarat ini berlangsung. L A P O R A N B E R G A M B A R


JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA 55 Rajah 1: Sesi bergambar sempena Mesyuarat JTDII Bil. 1 Tahun 2022


56 BULETIN GIS & GEOMATIK BIL 2/2022 JAWATANKUASA PEMETAAN DAN SPATIAL NEGARA Rajah 2: Mesyuarat JTDII Bil. 1 Tahun 2022


JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA 57 MESYUARAT JAWATANKUASA AUDIT KESELAMATAN DATA GEOSPATIAL (JAKG) BILANGAN 1 TAHUN 2022 DI BILIK MESYUARAT JED, WISMA JUPEM Jawatankuasa Audit Keselamatan Data Geosptial (JAKG) telah mengadakan Mesyuarat JAKG Bil. 1 Tahun 2022 pada 5 Julai 2022 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat Jed, Wisma JUPEM yang telah dipengerusikan oleh YBrs. Sr Wan Mohamad Darani bin Ab. Rahman, Pengarah Ukur Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan. Jawatankuasa ini merupakan salah satu daripada jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Pemetaan dan Dasar Spatial Negara (JPDSN) pada 20 Oktober 2019. Melalui mesyuarat tersebut, Pengerusi JPDSN telah bersetuju dengan penubuhan JAKG dan mencadangkan satu garis panduan pengauditan dibuat sebagai panduan kepada juru audit untuk mengaudit dokumen-dokumen geospatial terperingkat di jabatan/agensi yang terpilih. Pada 1 Oktober 2021, garis panduan Sr Shamiruddin bin Mahammad Azami Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, JUPEM [email protected] tersebut telah disiapkan dan dijadikan sebagai Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan (PKPUP) Bil. 1 Tahun 2021 – Garis Panduan Pengauditan Keselamatan Data Geospatial Terperingkat. Mesyuarat JAKG Bil. 1 Tahun 2022 ini telah dihadiri seramai 13 orang yang terdiri daripada pelbagai jabatan, agensi dan institusi seperti Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia (DOA), dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG). Penubuhan Jawatankuasa ini adalah selari dengan Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2007 – Pekeliling Arahan Keselamatan Terhadap Dokumen Geospatial Terperingkat yang bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti pengauditan fi zikal ke atas pengurusan data geospatial melibatkan pelbagai agensi, badan berkanun dan sektor swasta. Sehubungan dengan itu, Pasukan Audit Keselamtan Data Geospatial telah ditubuh dan pengauditan telah dijalankan di Politeknik Ungku Omar (PUO) dan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) di Perak pada 3 Jun 2022. Satu pelaporan pengauditan keselamatan data geospatial terperingkat telah dibentang oleh Lt. Kol Shahrizan bin Yahya sebagai Ketua Pasukan Audit. Di antara perkaraperkara yang telah dibincangkan semasa mesyuarat tersebut adalah berkaitan dengan cadangan pindaan Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2007. L A P O R A N B E R G A M B A R


58 BULETIN GIS & GEOMATIK BIL 2/2022 JAWATANKUASA PEMETAAN DAN SPATIAL NEGARA Rajah 1: Ahli Mesyuarat JAKG Bil. 1 Tahun 2022


JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA 59 Rajah 2: Mesyuarat JAKG Bil. 1 Tahun 2022


60 BULETIN GIS & GEOMATIK BIL 2/2022 JAWATANKUASA PEMETAAN DAN SPATIAL NEGARA Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, JUPEM [email protected] MESYUARAT KE-18 JAWATANKUASA KEBANGSAAN NAMA GEOGRAFI (JKNG) Pada setiap tahun, Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi (JKNG) yang merupakan jawatankuasa tertinggi dalam struktur penentuan nama geografi nasional akan bersidang bagi melaporkan aktiviti di peringkat negeri dan kebangsaan malahan membincangkan isu-isu berbangkit berkenaan penentuan nama geografi . Mesyuarat Ke-18 JKNG pada tahun ini telah diadakan pada 30 Ogos 2022 bertempat di The Orient Star Resort, Lumut, Perak. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Sr Wan Mohamad Darani bin Ab Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia I. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 31 orang ahli mesyuarat yang terdiri daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTSS), Jabatan Tanah dan Ukur Sabah (JTUS), Pusat Hidrografi Nasional (PHN), Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT) Pulau Pinang, dan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri-negeri di seluruh negeri. Turut serta juga urus setia daripada Bahagian Dasar dan Penyelarsan Pemetaan (BDPP), JUPEM dimana jawatankuasa ini diberi kuasa untuk melantik setiausaha dan mengundang wakil dari mana-mana jabatan atau agensi yang lain dari masa ke masa untuk membantu tugas-tugas jawatankuasa. Dalam ucapan aluan YBrs. Sr Wan Mohamad Darani bin Ab Rahman, beliau menekankan bahawa semua penamaan geografi disediakan mengikut Garis Panduan Penentuan Nama Geografi Kebangsaan dan penyelarasan ejaan-ejaan nama-nama geografi di seluruh Malaysia dilakukan dengan teliti agar keselamatan dan kedaulatan Malaysia dapat dijaga dengan baik. Tambahan pula, beliau juga meminta agar semua ahli mesyuarat daripada pelbagai agensi kerajaan L A P O R A N B E R G A M B A R Rajah 1: Mesyuarat ke-18 JKNG Rajah 2: Wakil PHN di Mesyuarat ke-18 JKNG Sr LAM CHEE SIONG


61 JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA memberikan kerjasama yang baik bagi memperoleh penyelesaian kepada perkaraperkara berbangkit yang dibincangkan dengan pemikiran supaya keselamatan dan kedaulatan tanah air perlu diutamakan. Tambahan pula, mesyuarat JKNG ini turut menyediakan platform untuk berbincang bagi menyelaras dan menyelesaikan isu atau permasalahan yang berkaitan dengan urusan penamaan geografi . Perkara-perkara yang telah dibincangkan semasa Mesyuarat Ke-18 JKNG, antaranya; i. Beting Sepang di Sempadan Maritim Selangor dan Negeri Sembilan; ii. Penghantaran Regional Map dan Generic Terms kepada United Nations Committee of Experts on Geographical Namaes – Asia South East (UNGEGN-ASE); iii. Pengesahan Pulau dan Entiti Geografi di Dalam dan Luar Pesisir; iv. Pengesahan Pulau dan Entiti Geografi Luar Pesisir; v. Kajian Pelan Hala Tuju Strategik Desa Negeri Johor; vi. Buku 2 Nama Pulau Pulau dan Entiti Geografi (NPEG); vii. Penerbitan Buku Garis Panduan Penentuan Nama Geografi Dalam Versi Dwi-Bahasa; viii. Pindaan Keahlian JNNG dan JTNGN Perak; ix. Pengemaskinian Nama Pulau dan Entiti Geografi Baharu dalam Buku NPEG; x. Penentuan Poligon Kampung Mengikut Sempadan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Perlis; Di akhir Mesyuarat JKNG ini, YBrs Tuan Pengerusi berharap agar semua Kumpulan Kerja dan Negeri akan terus aktif melaksanakan aktiviti penamaan geografi ini. Disamping itu juga, Tuan Pengerusi berharap semoga lawatan teknikal ke Pulau Sembilan akan berjalan lancar dan memperoleh manfaat daripada lawatan tersebut terutamanya berkenaan proses penamaan dan pewartaan pulau-pulau yang membentuk Pulau Sembilan. Rajah 3: Sekitar Lawatan ke Pulau Sembilan, Lumut Perak


62 BULETIN GIS & GEOMATIK BIL 2/2022 JAWATANKUASA PEMETAAN DAN SPATIAL NEGARA Rajah 4: Mesyuarat JKNG


JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA 63 MESYUARAT KE-73 JAWATANKUASA PEMETAAN DAN DATA SPATIAL NEGARA (JPDSN) Mesyuarat ke-73 Jawatankuasa Pemetaan dan Data Spatial Negara (JPDSN) telah diadakan pada 27 hingga 28 Oktober 2022 di Thistle Johor Bahru, Johor. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk melapor dan menyelaraskan aktiviti berkaitan pemetaan serta membincangkan hala tuju pembangunan data spatial yang boleh dimanfaatkan bersama demi kepentingan Negara. Mesyuarat tahunan JPDSN kali ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Sr Haji Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia selaku Pengarah Pemetaan Negara. Mesyuarat ke-73 JPDSN pada tahun ini telah dihadiri seramai 46 pegawai daripada Sr Shamiruddin bin Mahammad Azami Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, JUPEM [email protected] pelbagai agensi dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh Malaysia yang juga ahli kepada lapan (8) Jawatankuasa Teknikal dan satu (1) Kumpulan Kerja di bawah JPDSN. Organisasi yang terlibat adalah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah (JTUS), Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTSS), Pusat Hidrografi Nasional (PHN), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Jabatan Pertanian Malaysia (DOA), Jabatan Pertanian Sabah, Jabatan Pertanian Sarawak, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Hutan Sarawak, Pusat Geospatial Negara (PGN), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO), Bahagian Staf Perisikan Pemetaan (BSPP) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Secara keseluruhannya, terdapat 22 pembentangan laporan aktiviti kemajuan tahun 2022 dan unjuran laporan kemajuan bagi tahun 2023 daripada Jawatankuasa Teknikal dan Kumpulan Kerja serta daripada agensi/IPTA. Di antara isu yang dibincangkan L A P O R A N B E R G A M B A R Rajah 2: Prof. Tajul sedang membentangkan laporan JTPSM Rajah 1: TKP1 sedang membentangkan laporan aktiviti JTDII


64 BULETIN GIS & GEOMATIK BIL 2/2022 JAWATANKUASA PEMETAAN DAN SPATIAL NEGARA Rajah 3: Sekitar Mesyuarat Ke-73 JPDSN di Thistle Johor Bahru pada 27-28 Oktober 2022 semasa mesyuarat tersebut adalah keperluan memantapkan keupayaan para graduan geomatik dengan kemahiran ICT geospatial dan cadangan pindaan Pekeliling Am Bil.1 Tahun 2007 berkaitan Pekeliling Arahan Keselamatan Terhadap Dokumen Geospatial Terperingkat. Selain itu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) turut dijemput pada mesyuarat kali ini sebagai pembentang jemputan yang memberikan penjelasan mengenai Permit Kebenaran Penerbangan Unmanned Aircraft Systems (UAS) dan Unmanned Aircraft Systems (UAS) Traffi c Management System (UTM). Di akhir Mesyuarat JPDSN ini, Pengerusi JPDSN telah menegaskan agar dapat menggunakan platfom JPDSN untuk berbincang dalam menyelaras dan merancang secara bersama segala aktiviti-aktiviti pemetaan supaya dapat mengurangkan kos pengoperasian malah kawasan litupan bagi pemetaan dapat diperluaskan dengan adanya kolaborasi di antara jabatan/agensi.


JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA 65 Rajah 4 Ahli-Ahli Mesyuarat Ke-73 JPDSN di Thistle Johor Bahru pada 27-28 Oktober 2022


66 BULETIN GIS & GEOMATIK BIL 2/2022 JAWATANKUASA PEMETAAN DAN SPATIAL NEGARA PERANAN JUPEM DALAM KEJADIAN BENCANA TANAH RUNTUH DI TAPAK PERKHEMAHAN FATHER’S ORGANIC FARM, BATANG KALI SELANGOR Pada 16 Disember 2022, satu kejadian tanah runtuh telah berlaku di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm Kampung Kuantan Batang Kali, Hulu Selangor. Kejadian ini telah melibatkan seramai 92 orang mangsa, dengan 61 orang daripadanya terselamat manakala 31 orang lagi terkorban. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dilaksanakan bermula pada 16 Disember 2022 dan berakhir pada 25 Disember 2022 yang melibatkan pelbagai agensi penyelamat dan jabatan teknikal di peringkat daerah dan negeri dengan dibantu beberapa agensi pusat. JUPEM sebagai salah satu jabatan teknikal telah terlibat secara langsung dan memainkan peranan penting melalui khidmat nasihat dan kepakaran bagi membantu Pihak Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dalam membuat analisis untuk operasi SAR dan memantau kestabilan tanah di ‘ground zero’ dan kawasan sekitar demi memastikan keselamatan anggota yang terlibat dalam operasi ini. Analisis dibuat melalui data-data dan peta-peta khas bencana yang dihasilkan secara harian dan berkala berdasarkan pada kehendak pihak Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dan juga PKOB. Data-data dan maklumat yang diberikan dalam bentuk geospatial dan konvensional telah dikongsi dengan agensi-agensi penyelamat dan jabatan-jabatan teknikal yang terlibat. Pada misi kali ini, seramai 123 orang termasuk pegawai dan kakitangan ukur daripada JUPEM Selangor serta Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP), Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung (BPTSM), Bahagian Ukur Geodetik (BUG) dan Bahagian Pemetaan Utiliti (BPU) daripada Ibu Pejabat JUPEM yang terlibat. Sebanyak 7 buah kenderaan pacuan empat roda dan pelbagai peralatan ukur berteknologi tinggi telah digunakan. Peralatan berteknologi tinggi yang digunakan adalah seperti Unmanned Aerial Vehicle (UAV), Light Detection and Ranging (LIDAR), Ground Penetrating Radar (GPR), Global Navigation Satellite System (GNSS) serta Total Station. Peralatan-peralatan ini telah digunakan bagi kerja-kerja cerapan data dan penggambaran udara menggunakan LiDAR, pemetaan utiliti bawah tanah, kerja pewujudan stesen rujukan ukur dan ukur deformasi. Selain penghasilan peta-peta khas bencana, semua maklumat dan data juga telah dipapar di portal MyGeoServe dan di portal Defence Geospatial Information Management (DGIM) bagi perkongsian maklumat dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Peranan yang dimainkan oleh JUPEM dalam operasi pada kali ini dalam urusan pemetaan dan analisis data-data geospatial telah memberi kesan kepada keputusan-keputusan L A P O R A N B E R G A M B A R Sr Wan Safi nah Binti Wan Azlan Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, JUPEM safi [email protected]


JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA 67 penting di PKOB. Kerjasama dengan agensiagensi lain melalui perkongsian dan pertukaran maklumat yang berkaitan semasa dan selepas operasi SAR dijalankan juga diteruskan lagi bagi tujuan penyediaan laporan di peringkat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah hingga ke Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat. Melalui kerjasama ini, telah membuka satu lembaran baru kepada Jabatan di mana JUPEM mampu dan telah bersedia menjadi sebagai salah satu agensi teknikal yang berperanan aktif dan terlibat dalam pengurusan aktiviti bencana Negara. Syabas JUPEM! Rajah 1: Kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Batang Kali, Selangor


68 BULETIN GIS & GEOMATIK BIL 2/2022 JAWATANKUASA PEMETAAN DAN SPATIAL NEGARA Rajah 2: Usaha sama antara agensi dalam kerja mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh.


JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA 69 Rajah 3: Penggunaan teknologi Ground Penetrating Radar (GPR) dan Unmanned Aerial Vehicle (UAV) dalam usaha mencari dan menyelamat.


70 BULETIN GIS & GEOMATIK BIL 2/2022 JAWATANKUASA PEMETAAN DAN SPATIAL NEGARA TARIKH TAJUK LOKASI PENGANJUR TALIAN PERTANYAAN 25 Julai 2022 Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Nama Geografi Kebangsaan (JTNGK) Bilik Mesyuarat Gunasama, Wisma Persekutuan, Kuala Terengganu Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan, JUPEM Sr Shamiruddin bin Mahammad Azami Tel : + 603-2617 0603 Fax : + 603-2697 0681 E-mail : [email protected] 30 Ogos 2022 Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi (JKNG) The Orient Star Resort, Lumut Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan, JUPEM Sr Shamiruddin bin Mahammad Azami Tel : + 603-2617 0603 Fax : + 603-2697 0681 E-mail : [email protected] 26-28 Oktober 2022 Mesyuarat Ke73 Jawatankuasa Pemetaan dan Data Spatial Negara (JPDSN) Thistle Hotel. Johor Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan, JUPEM Puan Salina binti Sharif Tel : +603-88861220 Fax : +603-88894851 E-mail : [email protected] 22 Jun 2022 Mesyuarat Ke-2 Kumpulan Kerja Dasar dan Pengemaskinian Nama Geografi (KKDPNG) Secara Atas Talian Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan, JUPEM Sr Shamiruddin bin Mahammad Azami Tel : + 603-2617 0603 Fax : + 603-2697 0681 E-mail : [email protected] 9 November 2022 11th Divisional Meeting of United Nations Group of Experts on Geographical Names Asia South-East (UNGEGEN-ASE) Secara Atas Talian UNGEGN- ASE Division Sr Shamiruddin bin Mahammad Azami Tel : + 603-2617 0603 Fax : + 603-2697 0681 E-mail : [email protected] Kalendar GIS & Geomatik dan Penyelarasan Pemetaan, JUPEM Tel : + 603-2617 0603 Fax : + 603-2697 0681 E-mail : [email protected] The Orient Star Resort, Lumut Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan, JUPEM Sr Shamiruddin bin Mahammad Azami Tel : + 603-2617 0603 Fax : + 603-2697 0681 E-mail : [email protected] Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan, JUPEM Puan Salina binti Sharif Tel : +603-88861220 Fax : +603-88894851 E-mail : [email protected] Sr Shamiruddin bin Mahammad Azami Tel : + 603-2617 0603 Bahagian Dasar JUPEM E-mail : [email protected] Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan, Sr Shamiruddin bin Mahammad Azami Fax : + 603-2697 0681 E-mail : [email protected] dan Penyelarasan Pemetaan, Bahagian Dasar Sr Shamiruddin bin Mahammad Azami Bahagian Dasar Tel : +603-88861220 dan Penyelarasan Pemetaan, JUPEM Sr Shamiruddin bin Mahammad Azami Tel : + 603-2617 0603 Fax : + 603-2697 0681 E-mail : [email protected] Bahagian Dasar Sr Shamiruddin bin Mahammad Azami Tel : + 603-2617 0603 Fax : + 603-2697 0681 E-mail : [email protected] Pemetaan, Sr Shamiruddin bin Mahammad Azami


71 JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA Buletin GIS & Geomatik diterbitkan dua (2) kali setahun oleh Jawatankuasa Pemetaan dan Data Spatial Negara (JPDSN). Sidang Pengarang amat mengalu-alukan sumbangan sama ada berbentuk artikel atau laporan bergambar mengenai perkembangan Sistem Maklumat Geografi di Agensi Kerajaan, Badan Berkanun dan Institusi Pengajian Tinggi. Panduan Untuk Penulis 1. Manuskrip boleh ditulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. 2. Setiap artikel yang mempunyai abstrak mestilah condong (italic). 3. Format manuskrip adalah seperti berikut: Jenis huruf : Arial Saiz huruf bagi tajuk : 12 (Huruf Besar) Saiz huruf artikel dan kata kunci : 10 Saiz huruf rujukan/references : 8 Langkau (isi kandungan) : 1.5 Saiz Kertas (Custom size) : 20.32cm x 25.4cm Margin : Atas, bawah, kiri dan kanan = 2.5cm Justifikasi teks : Justify allignment Maklumat penulis : Nama penuh, alamat lengkap jabatan/ institusi, nomber telefon bimbit dan emel Satu ‘column’ setiap muka surat dan penulis juga dikehendaki memberikan tiga (3) hingga lima (5) kata kunci dan diletakkan di bawah abstrak. 4. Panjang artikel hendaklah tidak kurang dari 10 muka surat dan tidak melebihi 15 muka surat. 5. Sumbangan hendaklah dikemukakan dalam bentuk softcopy dalam format Microsoft Word. Semua imej grafik hendaklah dibekalkan secara berasingan dalam format *.tif atau *.jpg dengan resolusi 150 dpi dan ke atas. 6. Semua artikel yang diterbitkan dalam Buletin GIS dan Geomatik adalah menjadi hak milik mutlak JPDSN. JPDSN berhak menerbitkan semula artikel ini dalam pelbagai bentuk bagi tujuan ilmiah. 7. Segala pertanyaan dan sumbangan bolehlah dikemukakan kepada: Ketua Editor Buletin GIS & Geomatik Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Tingkat 14, Wisma JUPEM Jalan Sultan Yahya Petra 50578 Kuala Lumpur Tel: 03-26170800 Fax: 03-26970140 E-mel: [email protected] dan [email protected] Laman web: http://www.jupem.gov.my Sumbangan Artikel


Click to View FlipBook Version