The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wan_amizah, 2020-03-05 21:22:19

notakebuku

skkp3053

Lim Associates dan
beberapa lagi.

Dengan perkembangan
ekonomi yang turun-
naik, agensi periklanan
turut merasai
tempiasnya.

Ketika ekonomi melesat
khususnya pada

pertengahan 80an,
banyak agensi

periklanan khususnya

milik tempatan gulung
tikar kerana tidak
mampu bersaing
dengan agensi
antarabangsa yang

lebih besar dan telah
lama beroperasi.
Bagi mengatasi

masalah tersebut maka
persatuan dalam
industri periklanan

ditubuhkan dan diberi

nama Persatuan
Pengiklan Malaysia .
Kewujudan persatuan
juga adalah penting
untuk mewujudkan

keseragaman
pembayaran, menjaga
kepentingan pengiklan
dan hubungan dengan

kerajaan.
Hal ini menjadi lebih

signifikan dengan

perkembangan agensi
periklanan yang
semakin pesat.

Industri periklanan selain
dipengaruhi oleh politik,

ekonomi, dasar dan undang-
undang negara, ia turut

dipengaruhi oleh perubahan
teknologi.

Kewujudan media baru,
memaksa pengiklan

memikirkan bagaimana
mereka boleh menjangkau

pengguna melalui skrin
komputer.

Peranan industri media
dan periklanan dalam
konteks ekonomi dan

politik
Perkembangan industri

media dan periklanan
telah menyumbang
kepada peningkatan

ekonomi.
Industri ini telah
mewujudkan banyak

perkhidmatan tertiari
yang membuka ruang
perniagaan seterusnya

peluang pekerjaan
kepada rakyat.

Peningkatan peluang
pekerjaan telah

meningkatkan kuasa
beli dan ini

membolehkan rakyat
memiliki peralatan
multimedia dan

telekomunikasi,
seterusnya

merancakkan lagi
industri ini.

Dalam konteks politik
pula, perkembangan
industri ini telah
membawa kepada
beberapa perubahan
dasar dan undang-
undang.

Misalnya dasar
monopoli kerajaan ke

atas penyiaran dan
penerbitan telah
bertukar kepada
persaingan apabila
dasar penswastaan
diperkenalkan.
Undang-undang yang
bersifat kawalan pula
semakin kurang apabila
kerajaan menggalakkan

pendekatan
akauntabiliti dan kawal

selia kendiri ke atas
pengamal media.

Terima kasih.

• KULIAH 5

• Pembentukan Undang-
undang berkaitan Media

• Proses penggubalan U2
• Rang undang-undang didraf

oleh Menteri/ Kementerian
• Rang undang-undang

disediakan oleh Jabatan
Peguam Negara

• Kelulusan Jemaah Kabinet
• Bacaan kali Pertama;

(Menteri/Speaker atau
pembentang rang undang-
undang membacakan tajuk
sahaja. Tiada perbahasan di
peringkat ini)
• Bacaan Kedua;(di Dewan
Rakyat dan Dewan Negara) -
dibahaskan dengan mendalam
dan menyeluruh, undian
menolak atau menerima
(hanya Dewan Rakyat berhak
menolak),

• Peringkat Jawatankuasa -
Jawatankuasa Khas atau

Jawatankuasa Seluruh Dewan,
dibahaskan dengan lebih
terperinci, berhak
meminda/mengubahsuai
• Bacaan Ketiga; (dalam Dewan
rakyat dan Dewan Negara) –
dibahas dan diundi bagi
meluluskan rang undang-
undang
• Undang-undang diperkenan
oleh Yang diPertuan Agong;
• Undang-undang dimasukkan
dalam Warta Kerajaan

• Undang-undang Media di
Malaysia

• Undang-undang yang

mengawal media
• Undang-undang berkaitan

media yang a) memelihara

keselamatan negara b)

membangunkan negara

• Akses mendapatkan maklumat
• Maklumat penting kerana ia

membantu perbincangan. Hak
untuk mengetahui
bagaimanapun sering diimbangi
dengan pertimbangan lain yang
bersaing dan bercanggah.
• Misalnya cadangan bajet dan
cukai, perkara berkaitan
penguatkuasaan undang-
undang, pengesanan jenayah,

minit mesyuarat kabinet adalah
perkara yang dilindungi
daripada pendedahan.

• Perkara ini dilindungi oleh Akta
Rahsia Rasmi.

• Bersama Akta Rahsia Rasmi,
terdapat banyak undang-undang
seperti Perintah Pegawai Awam
(Perihal & Disiplin) 1993, tidak
membenarkan seseorang
pegawai awam menerbitkan apa
sahaja yang berdasarkan
maklumat rasmi.

• Di bawah Akta Kawasan
Perlindungan dan Tempat
Perlindungan, akses kepada

tempat-tempat yang telah

digazetkan sebagai kawasan

larangan tidak dibenarkan.
• Akta Syarikat, hanya

membenarkan maklumat asas

diakses oleh pihak

berkepentingan, dengan

bayaran tertentu.
• Maklumat yang dianggap rahsia

seperti akaun bank adalah

disekat oleh akta.
• Bernama, mempunyai monopoli

ke atas bahan berita tanpa

visual dari luar negara.
• Akta Bernama memberi hak kpd

Bernama penapis yang mesti

dilalui oleh semua berita

bercetak dari luar negara
sebelum didedahkan kepada
media di Malaysia.
• Di bawah Akta Mesin Cetak dan
Penerbitan, import bahan
penerbitan dikawal oleh akta ini.
• Kawalan yang serupa boleh
dikenakan di bawah Akta
Kastam dan Akta Keselamatan
Dalam Negeri.
• Akta Kementerian Dalam
Negeri, juga boleh digunakan
untuk mengharamkan sebarang
dokumen tempatan atau luar
negara yang membahayakan
ketenteraman awam dan
keselamatan negara.

• Kawalan ke atas penerbitan
• Undang-undang yang mengawal

kebebasan bersuara, amat
ketara dalam bahagian berikut:

* pengiklanan
* percetakan dan penerbitan
* percetakan luar negara
* rahsia rasmi
* hasutan
* fitnah

* telekomunikasi
* hak milik

* penerbitan lucah
* Penerbitan kewangan
* pemberitaan mahkamah
* penghinaan mahkamah

* penghinaan parlimen
* penyiaran
* filem
• Pengiklanan misalnya di kawal
oleh banyak peruntukan di
bawah:
* Kanun Jenayah
* Akta Iklan Lucah
* Ordinan Pertaruhan
* Akta Loteri
* Akta Perihal Dagangan
* Perintah Profesion dan
Undang-undang (Amalan dan
Tingkah Laku)
* Akta Perubatan
* Akta Syarikat
* Akta Fitnah

* Akta Hakcipta
* Akta Tanda Niaga

• KULIAH 6

Industri Telekomunikasi
dan Media Baru

• Telekomunikasi adalah
cantuman daripada dua
perkataan “tele” dan
“komunikasi”.

• “Tele” bermakna jauh.
“Komunikasi” pula bermakna
hubung.

• Maka, telekomunikasi bermakna
perhubungan yang jauh.

• Makna ini menunjukkan
telekomunikasi mempunyai

kebolehan untuk berhubung

merentas masa, ruang dan jarak

melalui wayar atau tanpa wayar.
• TELEGRAF / TELEGRAM
• Industri telekomunikasi bermula

dengan penemuan telegraf pada

1840-an.
• Getah daripada pokok Gutta

Percha merupakan satu-satunya

bahan yang digunakan sebagai

alat kalis air untuk menyalut

kabel telegraf yang panjang

berselirat di dasar laut sebelum

teknologi polythene (plastik)

ditemui.
• Selepas 30 tahun penemuan

telegraf, teknologi ini

diperkenalkan di Malaya pada
tahun 1870 iaitu di P. Pinang dan
Singapura.
• Melaluinya, Malaya
dihubungkan ke Britain melalui
Madras.
• Rangkaian telegraf terus
merebak merentasi lautan, dari
England ke Sepanyol, Portugal,
Gibraltar dan sebahagian besar
pelabuhan di Mediterranean di
Eropah dan Afrika.
• Dari Gibraltar, kabel telegraf
melalui darat ke Malta, terus ke
Mesir, kemudian merentasi Laut
Merah ke Aden dan Bombay

hingga ke seluruh India melalui
kabel darat.
• Dari Madras kabel ini
bersambung di dasar laut ke
Semenanjung Tanah Melayu dan
Singapura, dan terus ke Hong
Kong, China, Jepun, Pulau Jawa,
Australia dan New Zealand.

• British tahu akan potensi
telegraf di mana teknologi ini
mampu memberi maklumat
segera, terus ke London
daripada wilayah jajahannya di
serata dunia dalam tempoh
kurang dari sehari.

• Teknologi ini jauh lebih cekap
daripada sistem pos yang
mengambil masa 30 hari dari
Negeri Selat ke England.

• Telegraf turut digunakan oleh
agensi berita antarabangsa
seperti Reuters menerusi
headline berita “letupan
Krakatoa” pada 1883 yang
melaporkan seramai 36,000
orang terkorban.

• Ulasan Simon Winchester
tentang kejadian itu adalah
seperti berikut:

• “… In cities distance from Java
and from each other as Boston,

Bombay and Brisbane, all came
to know of the event within
hours – and they did so quite
simply because this was the
world’s first major catastrophe
to have taken place in the
aftermath of the invention of
the submarine telegraph. The
news papers were full of the
volcanic eruption and the
ensuing tsunami, the
descriptions of the happenings
made all the more enthralling
because they were so perfectly
up to date. Words and phrases
that had hitherto been utterly
unfamiliar – Java, Sumatra, the

Sunda Strait, Batavia – became
in one mighty flash or eruptive
light part of the common
currency of all…”
• Sistem telegraf dibangunkan di
Tanah Melayu untuk tujuan
mengaut hasil bumi negeri yang
dijajah khususnya melalui
perdagangan, perlombogan,
pertanian dan pentadbiran.
• Semua ini memerlukan
infrastruktur dan komunikasi
yang baik.
• Justeru tidak hairanlah ia
dimulakan di P.Pinang dan
Singapura, di wilayah yang
mempunyai pelabuhan.

• Telegraf kemudiannya
dibangunkan di Perak, yang
merupakan pengeluar bijih
timah terbesar.

• 2 hari selepas pembunuhan
Birch pada 2 Nov 1875,
beritanya telah tersebar ke
London melalui telegram.

• Implikasinya ialah penggunaan
telegram yang memuncak di
antara pejabat kolonial di
London dengan gabenor di
negeri selat.

• Gabenor juga menggunakan
telegram meminta bantuan
tentera dari Hong Kong dan
India bagi menghalang

kebangkitan penduduk yang

memberontak.
• TELEFON
• Selepas telegraf, telefon

kemudiannya diperkenalkan

pada tahun 1870 oleh Alexander

Graham Bell.
• Telefon mula diperkenalkan di

negara ini pada 1891, iaitu 7

tahun selepas ia mula

diperkenalkan di England.
• Talian pertamanya ialah di KL,

yang menghubungkan stesen

polis bandar dengan hospital

Pauper (HKL sekarang ini).

• Menjelang tahun 1897, terdapat

lebih 400 batu talian telefon dan

telegraf di sekitar Selangor.
• Ordinan Telekom mula

diperkenalkan pada tahun 1895

bagi menaikkan kadar caj kedua-

dua telekomunikasi ini.
• Kadar biasa telegram dari Perak

ke Negeri-negeri Melayu

Bersekutu yang lain dan Negeri

Selat ialah 21 sen/patah

perkataan.
• Kadar segera pula ialah 3 kali

ganda kadar biasa.
• Purata tempoh menunggu pula

ialah 47 min.

• Perkembangan telefon pada
penghujung abad ke 19 telah
menyebabkan perkhidmatan ini
turut dibangunkan oleh swasta.

• Antaranya ialah Oriental
Telephone and Electric Company
yang beroperasi di Singapura
dan membuka perkhidmatannya
di Johor Bahru pada 1899.

• Perkembangan ini terhasil
daripada kesedaran bahawa
komunikasi moden adalah jauh
lebih pantas dan cekap
berbanding komunikasi secara
pos.

• Di Sabah pula perkembangan
telegraf bermula pada Oktober

1912 apabila Inggeris
menandatangani kontrak
dengan Siemens Brothers untuk
memasang stesen tanpa wayar
di Kota Kinabalu, Sandakan dan
Balik Papan untuk kegunaan
dalaman.
• Di Sarawak, perkembangan
telegraf bermula pada 1921 di
Kuching, Miri, Sibu dan Sadong.
• Pada tahun 1928, di Tanah
Melayu dan Singapura, telefon
telah menjadi satu keperluan
dalam komuniti perniagaan.
• Antaranya ialah bank, syarikat
perdagangan bijih timah, broker

saham, dan agensi berita

antarabangsa (Reuters).
• Bagaimanapun perang dunia

kedua bukan sahaja telah

memusnahkan prasarana

telekomunikasi bahkan tenaga

pakar dalam bidang ini.
• Satu pembaharuan yang dibawa

oleh pentadbiran Jepun ketika

perang dunia kedua ialah

memisahkan Jabatan Pos dan

Telegraf kepada dua unit iaitu

unit pos dan unit kejuruteraan.
• Pembaharuan ini telah

diteruskan oleh British.
• Jabatan perkhidmatan pos

mengendalikan surat, kiriman

wang dan simpanan bank,

manakala Jabatan komunikasi

mengendalikan telegraf, telefon

dan perkhidmatan tanpa wayar.
• Bagaimanapun prasarana

telekomunikasi dibangunkan

semula pada lewat 1940-an.
• Setelah merdeka pada 1957,

pembangunan telekomunikasi

telah menjadi agenda yang

selari dengan usaha

pembangunan negara.
• Telefon bukan lagi menjadi

barangan mewah tetapi satu

keperluan.
• Peningkatan penggunaannya

dapat dilihat sekitar tahun 1970-

an apabila peruntukan sebesar
RM1.3 bil diberikan kepada
Jabatan Telekom untuk
menambah 300,000 talian
telefon baru.
• Dasar penswastaan yang
diumumkan pada tahun 1983
telah membawa perkembangan
pesat kepada industri
telekomunikasi negara.
• Pada tahun 1987, sektor swasta
dilihat mula terbabit dengan
pembangunan prasarana
telekomunikasi negara.
• Ini dapat dilihat apabila Binafon
Industries, Electroscon, Sri
Communication dan Uniphone

dipertanggungjawabkan untuk
membina prasarana kabel
bernilai RM2.54 bil.

• Akibatnya, kadar talian tetap
meningkat daripada 7.4 talian
untuk 100 penduduk pada 1987,
kepada 32.4 talian menjelang
2013.

• http://www.skmm.gov.my/skm
mgovmy/media/General/pdf/C-
M-Q2-2015.pdf

• Pada 1980-an juga telah
menyaksikan perkembangan
alat telekomunikasi yang lain
seperti telex, telefax, atur
(automatic telephone using

radio), komputer, mainframe
dan micro-computer.
• Telefon tanpa wayar (bimbit)
mula diperkenalkan pada tahun
1985 apabila teknologi radio
selular (ATUR) digunakan secara
meluas.
• Di awal pengenalannya, alat
telekomunikasi ini telah
mendapat permintaan yang
tinggi (5,000 pelanggan dalam
tempoh setahun).
• Justeru pada 1988 STM telah
menubuhkan Celcom, iaitu
syarikat pertama yang
menyediakan perkhidmatan
mudah alih berasaskan GSM.

• Kemudian, pada tahun 1991,
kerajaan telah memberi lesen
kepada 6 syarikat swasta untuk
mengendalikan perkhidmatan
telefon mudah alih.

• Syarikat tersebut ialah:

* Celcom’s ART 900 system – 010
(Celcom analog), Celcom GSM -
019
* Maxis - 012
* Mobikom - 018
* Sapura Digital - 017
* MRCB – Emartel - 013
* Mutiara Swisscom (DiGi) - 016

• Pada 1993, kadar tembusan
telefon bimbit di Malaysia ialah
18:1,000, German 22, Indonesia
0.3, Thailand 8 dan Vietnam 0.1.

• Ini menjadikan Malaysia muncul
sebagai negara paling tinggi
kadar penembusan telefon
bimbit di Asia dengan 67.1 bagi
setiap 100 isirumah pada 2013.

• Kepesatan industri ini telah
meletakkannya sebagai
penyumbang utama perolehan
negara dengan mewakili kira-
kira 43% peningkatan dalam
perolehan kasar.

• Industri telekomunikasi terus
berkembang dengan
pengenalan Akta Komunikasi
dan Multimedia 1998.

• Perkembangan seterusnya ialah
permintaan terhadap

perkhidmatan baru seperti
persidangan video, dan aplikasi
multimedia yang lain seperti
grafik, animasi dan audio
melalui telefon bimbit.
• Perkhidmatan 3G kini menjadi
perkhidmatan popular di
kalangan pengguna telefon
bimbit.
• Internet mula dibangunkan pada
1987 oleh MIMOS (Malaysian
Institute of Microelectronics
System).
• Perkhidmatan ini dihubungkan
dengan universiti utama di
negara ini.

• Pada 1990 MIMOS melancarkan
Jaring (Joint Advanced
Integrated Networking) yang
merupakan Internet Service
Provider (ISP) pertama di
Malaysia.

• Namun hanya pada 1992, rakyat
Malaysia boleh mengakses
internet dengan mudah apabila
satelit dilancarkan bagi
menghubungkan Malaysia
dengan USA secara langsung.

• Pada 1995 TM diberi lesen
mengoperasikan ISP kedua, dan
bermulalah persaingan dari segi
harga penggunaan internet,
yang seterusnya menyaksikan

peningkatan pengguna dari

50,176 pada 1996 kepada

250,000 pada 1998.
• Pada 1999, pelanggan talian

internet meningkat ke 500,000.
• Pada 1997, terdapat 1 juta

komputer di Malaysia, dengan

nisbah 4.6:100.
• Kadar celik IT ialah 8.2% pada

1997.
• Pada 2002, terdapat 7 ISP yang

menawarkan sambungan secara

dial-up dan broadband dengan

7.8 juta pengguna melayari

internet.

• Dengan perkembangan ini, pada
tahun 2004, industri ICT tumbuh
sekitar RM9 bil.

• Dengan pemberian lesen WiMax
(Worldwide Interoperability for
Microwave Access similar to
wireless broadband Internet)
kepada syarikat seperti Bizsurf,
MIB Comm, Redtone-CNX
Broadband dan Asiaspace,
kerajaan mensasarkan penetrasi
broadband mencapai 50%
penggunaannya pada 2010.

• Secara keseluruhan,
International
Telecommunication Union (ITU)
melaporkan pada 1998,

Malaysia mempunyai 4.38 juta
talian tetap telefon dengan
nisbah 19.8:100 orang,
berbanding 1990, 9:100.
• Pelanggan telefon bimbit pula
2.2 juta dengan nisbah 9.2:100.
• Kadar penembusan internet di
Malaysia pada 2013 ialah 67.1%
dengan 23.5 juta pengguna.

• Perkembangan industri
telekomunikasi daripada
telegraf hingga ke internet, telah
membawa pelbagai implikasi.

• Selain menyumbang kepada
GDP negara dan meningkatkan
kecekapan perhubungan, ia juga

membawa kepada kesan negatif
iaitu jurang digital.
• Kawasan luar bandar yang tidak
mendapat liputan talian internet
atau telefon bimbit sering
ketinggalan dalam arus industri
ini.
• Sekiranya kerajaan tidak
mengambil tindakan, maka
penduduk luar bandar akan
terus tersisih dan melebarkan
lagi jurang sosioekonomi.
• Justeru kerajaan menerusi
SKMM telah mewujudkan
program “universal service
provider” (USP) bagi mengatasi
lopongan di luar bandar.

• Kemudahan ini menyediakan
akses kepada individu mahupun
kumpulan terhadap
perkhidmatan internet
mahupun telefon di kawasan
penembusan telekomunikasi
yang rendah.

• Matlamat SKMM melalui projek
ini ialah menyediakan 500 talian
tetap kepada setiap individu.

• Bagi kawasan terbabit dengan
projek, penyedia perkhidmatan
seperti Maxis, Celcom dan Digi
akan menyediakan kemudahan
telekomunikasi berasaskan
talian berwayar atau wayarless
seperti GSM atau broadband.

• Inisiatif USP dilihat sebagai
serampang dua mata bagi dua
pihak, kerajaan dan swasta, iaitu
selain bertindak menampung
kekurangan akses, ia juga
mempercepatkan pembangunan
prasarana komunikasi ke luar
bandar.

• Terima kasih


Click to View FlipBook Version