The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wan_amizah, 2020-03-05 21:22:19

notakebuku

skkp3053

JAA PUBLISHING HOUSE

THE COLORS
OF NATURE

A collection of the best sceneries in the world

KRISTINE ANDERSON

Kuliah 4

INDUSTRI MEDIA DAN
KOMUNIKASI

Pengenalan
Industri media dan

komunikasi dalam
kuliah keempat akan
lebih tertumpu kepada:

* industri media
cetak

* industri media
penyiaran

* industri periklanan
Melalui dasar liberalisasi

dan deregulasi ke atas
industri media di
negara ini, telah
melonjakkan

perkembangan industri
ini ke tahap kepuasan
yang diinginkan oleh

(stakeholders) pihak
berkepentingan.

Pengenalan… samb…
Di bawah dasar
liberalisasi dan
deregulasi media,

beberapa program dan
rancangan telah
dilaksanakan oleh

kerajaan antaranya:

* menswastakan
industri penyiaran

(1984 –
melalui TV3)
* membatalkan
kawalselia industri –
digantikan

dengan
pengawalseliaan kendiri

industri

* mengalakkan
persaingan dalam

pasaran
* menggalakkan
gabungan peserta

pasaran
Industri Media Cetak
Industri media cetak di
Malaysia bermula pada
awal abad 19 dengan
penerbitan The Prince
of Wales Island Gazette.

Bagaimanapun industri
media cetak pada
ketika itu adalah
bersifat terfokus
dengan memberi
kepentingan kepada
golongan tertentu
seperti pegawai dan
pedagang Inggeris,
terfokus mengikut
kaum dan lapisan
masyarakat.

Aliran ini diteruskan
ketika era menuntut
kemerdekaan hinggalah
era selepas merdeka.
Yang berubah adalah
dari segi struktur dan
milikan akhbar iaitu
sebelum merdeka,
kebanyakan operasi
akhbar tertumpu di
Singapura, kemudian

berpecah dan

berpindah ke Kuala
Lumpur setelah
mencapai
kemerdekaan.

Dari segi milikan pula,
akhbar di negara ini
mempunyai kaitan
dengan parti politik
secara tidak langsung.
Misalnya, Utusan
Melayu dan NST

mempunyai kaitan
dengan UMNO.

The Star dikaitkan
dengan MCA, dan
akhbar berbahasa

Tamil dikaitkan dengan
MIC.

Begitu juga di Sabah &
Sarawak, akhbar di sana

turut mempunyai
kaitan dengan parti

politik dominan di
negeri tersebut.
Syarikat- syarikat
akhbar ini turut
menerbitkan majalah
misalnya NSTP selain
menerbitkan akhbar
NSTP, BH/BM, HM, juga
menerbitkan majalah
Her World, Jelita,
Anjung Seri, Malaysian

Business dll.

Syarikat The Sunday Star
selain menerbitkan akhbar
The Star, juga menerbitkan
majalah Galaxie, Shanghai,

Kuntum, Flavours.
Syarikat Kumpulan Utusan,

selain menerbitkan akhbar
Utusan Malaysia dan Kosmo,
juga menerbitkan majalah Al-

Islam, Mastika, Wanita,
Mangga.

Industri media cetak,

turut dipengaruhi oleh

keadaan ekonomi dan
politik semasa.

Kedua-dua keadaan ini
mampu mempengaruhi

pengedaran akhbar.
Edaran penting kerana
ia menjadi ukuran bagi

menarik para
pengiklan.

Fokus pengiklan ialah
akhbar yang

mempunyai edaran

tinggi seperti The Star,

The NST, Utusan

Malaysia dan Berita

Harian.

Industri media cetak turut
dipengaruhi oleh dasar dan

undang-undang negara.
Justeru akhbar perlu menjadi

alat pembangunan dan
perpaduan negara dan
mengenepikan kebebasan

bersuara.
Akhbar perlu melaksanakan

tapisan kendiri dalam
penulisan dan penyampaian

berita agar matlamat negara
tercapai.

Industri Media Penyiaran
Dalam konteks media

penyiaran, radio
merupakan industri
penyiaran pertama
yang dibangunkan.
Sarjana seperti Asiah
Sarji (2007) melihat
perkembangan industri
ini sejak sebelum PD2.

Industri penyiaran
menjadi lebih signifikan
ketika dan selepas PD2.
Penyiaran dijadikan alat

propaganda Jepun.
Pendekatan ini terus

digunakan Inggeris
selepas mengambil alih
semula Tanah Melayu.
Pusat penyiaran telah

diperluaskan dari

Singapura hingga ke
Kuala Lumpur.

Industri penyiaran pada
ketika itu dikawal
sepenuhnya oleh
kerajaan.
Penyiaran dilihat

sebagai alat kerajaan
untuk menangani

masalah semasa yang
wujud seperti ancaman

komunis, konfrontasi

Indonesia, rusuhan
kaum 1969.

Kebanyakan rancangan
adalah berorientasikan
Malaya sebagai
tumpuan taat setia.
Hanya pada tahun
1963, penyiaran TV
mula diperkenalkan
(Karthigesu).
Manakala siaran
komersil (iklan) mula

berkembang pada
tahun 1962 melalui

penyiaran radio.
Semua siaran radio dan

TV pada ketika itu
adalah tertakluk kepada

kawalan kerajaan.
Justeru dasar-dasar

seperti Dasar
Kebudayaan
Kebangsaan, Dasar
Pendidikan

Kebangsaan, Dasar
Bahasa Kebangsaan,

Dasar Perpaduan
Negara perlu diberi
perhatian dalam setiap
aktiviti penyiaran.
Di peringkat awal
perkhidmatan TV, lebih
70% rancangan adalah

diimport.
Rancangan yang
bersumberkan dari luar

negara ini diperolehi
daripada syarikat

pengedar dan dibeli
sendiri oleh bahagian
bekalan filem RTM.
Bagi sumber rancangan

dalam negeri pula,
sebahagian besarnya

diterbitkan RTM
sendiri.

Ini bermakna industri
penyiaran sebelum

tahun 1980, tidak
banyak menyumbang
kepada perkhidmatan

tertiari melainkan
pengiklan dan syarikat

pengedar filem.
Industri penyiaran

menjadi lesu pada
tahun 1980-an apabila

penonton video di
rumah mula meningkat.

Kelesuan bukan sahaja
berlaku ke atas industri
TV, malah perfileman

dan tayangan
panggung.

Misalnya pendapatan
tahunan Cathay
Organization pada

tahun 1978 ialah RM1.3
juta, terus merudum
kepada RM0.3 juta
pada 1983.

Hasil keluaran syarikat
pembikinan filem
tempatan juga

berkurangan daripada
24 buah filem pada

1980an kepada 8 buah
pada 1986.

Selain populariti video
mengambil-alih, faktor

kelesuan juga

disebabkan oleh mutu
siaran yang rendah.
Justeru terdapat
pandangan bahawa,
RTM harus
diperbadankan.

Selepas 1980, berlaku
perubahan dasar ke

atas industri penyiaran
secara drastik iaitu
daripada sistem
kawalan kerajaan

kepada sistem
penyiaran bebas.
Langkah ini dikatakan
mampu memulihkan
industri penyiaran dan

menggalakkan
pertumbuhan ekonomi.

Impak Dasar
Penswastaan
Dasar penswastaan
yang diumumkan oleh
Tun Dr Mahathir

Mohammad pada 1983,
telah membuka era
baru kepada industri
penyiaran.

Implikasi dasar ini ke
atas industri penyiaran

(TV):
 Penubuhan TV3 pada

1984
- Memberi saingan
sengit kpd RTM (TV1 &

TV2)

- Program TV3 lebih
berkualiti (cth, siaran

langsung sukan,
hiburan, bertaraf

dunia)
- Waktu siaran
meningkat (cth: TV1 –

1964, 35-40
jam/minggu –
meningkat 70-80 jam
pada 1987; TV2 –
1984, 32 jam/minggu

– meningkat 55 jam
pada 1987.

- Penswastaan rancangan
tempatan seperti

hiburan, majalah dan
dokumentari oleh RTM

kepada syarikat
penerbitan swasta

- Perbelanjaan
pengiklanan meningkat
(RM226 juta pada 1980

– RM485 juta pada
1988).

- Mewujudkan syarikat
pembekalan filem dan
iklan (cth: NETCOM dan
Suara Komunikasi Sdn

Bhd menjadi sykt
pembekal filem kepada

RTM pada 1987).

Impak dasar
penswastaan… samb…

2. Permulaan kepada
proses deregulasi

3. Pertambahan agensi
perundangan
(cth: panel

pengawasan, lembaga
penapis filem,
kementerian
penerangan)

4.Kewujudan 3 jenis
perkhidmatan
penyiaran iaitu

teresterial (RTM, TV
media prima), kabel
(Mega TV dengan 10
siaran), satelit (ASTRO,

MiTV).
- Jumlah saluran TV
bertambah daripada 2
kepada beratus-ratus.
5. Wujud 2 sistem

pengurusan dan
kawalan (awam dan

swasta)

Implikasi penswastaan
ke atas penyiaran radio
pula dapat dilihat dari

segi:
 Menggunakan
pendekatan swasta

dalam pengurusan
siaran dan kaedah
penyiaran ke atas

radio kerajaan
- Mempelbagai format

siaran – gunakan
konsep DJ, siaran

langsung dan
interaktif, format

muzik dengan
menyiarkan lebih

banyak lagu dan
muzik.

2. Membenarkan stesen
radio swasta wujud.

- Stesen pertama, BEST
104, suara Johor pada

1989.
- Diikuti dengan THR

pada 1994, Radio
Rediffusion

3. Perubahan
pengendalian
penerbitan dari analog
ke digital secara besar-
besaran pada 1990an.
- cth, stesen radio milik

ASTRO.

Industri Pengiklanan
Industri pengiklanan di

Malaysia, merupakan
industri komunikasi

yang paling
membangun.
Misalnya, dalam
tempoh 2 dekad iaitu
pada tahun 1980,
perbelanjaan
periklanan ialah sekitar
RM226 juta, meningkat
kepada RM3550 juta
pada tahun 2003.
Antara nama besar
pengiklan di Malaysia

ialah Telekom Malaysia
Berhad, KFC Holdings

Berhad, Procter &
Gamble dan Unilever

Malaysia.
Terdapat hampir 400
pengiklan di Malaysia

dengan hampir 900
barangan dan
perkhidmatan
diiklankan.

Penaja iklan atau
pengiklan akan

menggunakan agensi
pengiklanan untuk

mengiklankan produk
mereka.

Antara agensi pengiklan
ialah J. Walter

Thompson Sdn. Bhd.,
Foote, Cone & Belding
Sdn. Bhd., Bates (M)

Sdn. Bhd.

Agensi pengiklanan
merupakan firma

perniagaan bebas dan
dianggotai oleh individu

kreatif , yang
membangun, menyedia

dan menempatkan
iklan di media massa
Industri media yang
mempunyai kaitan

langsung dengan
periklanan ialah TV,

radio, akhbar, majalah
billboard dan pawagam.

Perbelanjaan
periklanan menerusi
media didominasi oleh
akhbar iaitu 60.1%
diikuti oleh TV 30.1%
dan majalah 4.3%.
Terdapat juga iklan
dalam media baru.

Antara firma yang
memberi perkhidmatan

on-line ialah
Malaysiakini.com.,
NSTPe-MEDIA, STAR on-
line dan the edge

daily.com.

Iklan juga berkembang
melalui SMS. Periklanan
melalui cara ini mempunyai
potensi yang besar kerana

9.6 juta pengguna
menggunakan telefon bimbit

dan 97% menggunakan
perkhidmatan SMS.

Syarikat yang mengendalikan
periklanan SMS ialah Emacs
Sdn. Bhd.

Periklanan di Malaysia
bermula dengan
penerbitan akhbar

pertama pada 1806.
Pada peringkat awal,
iklan terdiri daripada
pengumuman kerajaan
dan tuan punya akhbar.

Selepas tahun 1830
barulah iklan

perniagaan mengambil
tempat.

Perniagaan yang kerap
disiarkan ialah hotel,
farmasi, bank dan
insurans.

Kewujudan agensi
periklanan mula

dikesan pada 1919

apabila keluar iklan di
akhbar Strait Times
yang menggambarkan
diri pengiklan sebagai
agensi periklanan.
Perkembangan iklan
banyak didokong oleh
industri media cetak,
dan perkembangan
aktiviti perniagaan dan

perdagangan.

Aktiviti ini pula

bergantung kepada

kestabilan politik dan

ekonomi.

Industri periklanan di negara
ini semakin berkembang
dengan kedatangan agensi
periklanan antarabangsa.

Ini kerana mereka membawa
bersama pakar periklanan
yang mahir, falsafah dan
metodologi periklanan dari
barat.

Justeru gaya periklanan
mereka menggunakan
norma, nilai dan simbol
masyarakat barat yang
bebas.

Norma dan nilai yang
ditonjolkan oleh barat
pastinya bertentangan

dengan timur, dan
dengan itu kerajaan
meletakkan syarat

tertentu kepada
pengiklan supaya dasar-

dasar kerajaan dapat
diterapkan dalam iklan.
Selain dasar, industri

periklanan turut
tertakluk kepada dua

kod iaitu kod
pengiklanan untuk TV

dan radio, dan Kod
Kandungan di bawah

Suruhanjaya
Komunikasi dan

Multimedia.

Kod ini adalah bagi
memastikan iklan

komersil yang disiarkan
di radio tidak

bercanggah dengan
masyarakat Malaysia.

Dalam masa yang sama
agensi periklanan tempatan

telah mula berkembang
dan DEB yang menjadi
platform kepada bumiputra
untuk terlibat dalam

perniagaan telah membuka
peluang kepada syarikat

periklanan tempatan untuk
bercambah dan terus
berkembang.

Antara agensi
periklanan tempatan
yang wujud sekitar
1980-an ialah Malinas
Advertising, Creative
Communications, Idris


Click to View FlipBook Version