The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

AHLI KUMPULAN:
- MUHAMMAD IQMAL AQIF BIN ZAKARIA
- MUHAMMAD KHOLILULLAH BIN CHE MUSA
- NURUL AIN BINTI MOHD ZAIDI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 834-3-ain, 2022-09-20 10:17:29

TUGASAN 2 EDUP3093 KUMPULAN 1

AHLI KUMPULAN:
- MUHAMMAD IQMAL AQIF BIN ZAKARIA
- MUHAMMAD KHOLILULLAH BIN CHE MUSA
- NURUL AIN BINTI MOHD ZAIDI

ANALISIS LAPORAN

AMINUDDIN

BAKI 1964

TERHADAP PEMBENTUKAN FPK

TUGASAN 2 EDUP3093 - FALSAFAH DAN
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

AHLI KUMPULAN

MUHAMMAD MUHAMMAD NURUL AIN BINTI
IQMAL AQIF BIN KHOLILULLAH BIN MOHD ZAIDI

ZAKARIA CHE MUSA

ISI KANDUNGAN

Biodata Dato' Seri Pengenalan Falsafah
Aminuddin Baki Pendidikan Kebangsaan
(FPK)
Pengenalan Laporan Kesan Laporan Aminuddin
Aminuddin Baki 1964 Baki 1964Terhadap
Pembentukan FPK
Tujuan Laporan
Aminuddin Baki 1964 Rumusan Individu

Isi/Cadangan Di Dalam Rujukan
Laporan Aminuddin Baki
1964

BIODATA DATO'
SERI AMINUDDIN

BAKI

Biodata Aminuddin Baki

Aminuddin bin Baki dilahirkan pada 26 Januari 1926 di Kg. Batu Sembilan, Chemor, Perak.
Beliau telah meninggal dunia pada 24 Disember 1965.
Beliau digelar sebagai "Bapa Pendidikan Moden Malaysia" serta pernah menjawat jawatan
sebagai Ketua Penasihat Pendidikan Malaysia yang termuda, iaitu pada usia 36 tahun.
Beliau juga turut dikenali sebagai Arkitek Pendidikan Negara.
Beliau sering berusaha untuk menaikkan lagi kualiti pelajaran di negara ini, termasuk
melibatkan diri dalam penyusunan Dasar Pelajaran Kebangsaan menerusi Penyata Razak
(1956) dan Laporan Abdul Rahman Talib (1960).
Di dalam masa yang sama, beliau juga turut aktif dalam persatuan dan pertubuhan yang lain.
Antaranya ialah Persatuan Sejarah Tanah Melayu dan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Beliau juga yang telah menubuhkan peperiksaan umum seperti Sijil Rendah Pelajaran (SRP),
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
Pada tahun 1963, beliau telah menubuhkan Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Beliau juga merupakan wakil tunggal yang dipilih untuk menganggotai semua jawatankuasa
yang terlibat dalam menggubal, meminda dan menghapuskan undang-undang berkaitan
sistem pendidikan.
United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) telah
mengiktirafkan Aminuddin Baki sebagai perancang pendidik yang bijaksana dan
berpandangan jauh di Asia.

PENGENALAN
LAPORAN

AMINUDDIN BAKI
1964

Aminuddin Baki telah memperkenalkan ssebuah jawatankuasa pelajaran kebangsaan yang baru, iaitu Penyata Aminuddin
Baki 1960 selepas setahun beliau dilantik sebagai Ketua Penasihat Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu.
Jawatankuasa tersebut mempunyai 9 ahli dan Aminuddin Baki sebagai ketua.
Jawatankuasa tersebut ditubuhkan untuk menyiasat beberapa perkara:
- Keputusan peperiksaan bagi kemasukan ke Sekolah Menengah lemah
- Bilangan murid-murid sekolah kebangsaan yang masuk Peperiksaan

Masuk Sekolah Menengah kurang
- Keputusan peperiksaan murid-murid Melayu di dalam Peperiksaan Sijil
Rendah Pelajaran lemah
Oleh itu, Aminuddin Baki telah mencadangkan dua belas cadangan kepada pihak kerajaan berkenaan kemunduran anak-
anak Melayu menerusi Penyata Kelemahan Pelajaran Melayu Aminuddin Baki.
Antara masalah-masalah yang dikenalpasti adalah:
- Ketidaksesuaian bentuk-bentuk soalan di dalam peperiksaan
- Sikap dan masalah guru
- Latihan perguruan tidak mantap
- Kaedah pengajaran yang dilaksanakan kurang berhasil
- Hubungan yang tidak baik antara guru dan ibu bapa
- Kekurangan kemudahan fizikal di sekolah-sekolah.
Buku-buku Sekolah Rendah dan Menengah juga mempunyai masalah apabila sistem persekolahan yang menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Masalah yang dihadapi adalah penggunaan buku-buku pelajaran yang kurang
sesuai dan tidak mencukupi, dan kekurangan bahan-bahan bacaan kepada guru dan murid.
Setelah mengemukakan masalah-masalah, Aminuddin Baki memberikan sekali cadangan penyelesaian masalah-masalah
tersebut.
Akhirnya, terbentuklah Laporan Aminuddin Baki 1964, iaitu merupakan sistem pendidikan aneka jurusan bagi sekolah
menengah rendah yang mula digunakan pada tahun 1965.

TUJUAN
LAPORAN
AMINUDDIN BAKI

1964

Mengkaji sistem pendidikan pelbagai jurusan bagi
sekolah rendah dan sekolah menengah bagi
menggantikan sekolah pelajaran lanjutan yang telah
dimansuhkan

ISI/CADANGAN DI
DALAM LAPORAN
AMINUDDIN BAKI

1964

Umur berhenti sekolah dinaikkan kepada umur 15 tahun
Pelajaran menengah rendah dinaikkan kepada 3 tahun
Pelbagai jenis kursus perlu diperkenalkan supaya dapat melahirkan pelbagai
tenaga kemahiran
Jawatan yang sesuai perlu disediakan kepada pelajar setelah mereka tamat
pengajian
Pelbagai jenis peluang pekerjaan berdasarkan bakat dan kebolehan perlu
disediakan apabila pelajar tamat pengajian
Sistem Pendidikan Aneka Jurusan perlu diwujudkan bagi menggantikan Sekolah
Pelajaran Lanjutan.
Pelajar dikehendaki untuk mengikuti kumpulan mata pelajaran yang wajib diikuti
dan mengambil sekurang-kurangnya satu mata pelajaran pilihan.
Pelbagai mata pelajaran perlu dimasukkan dalam pendidikan sebagai mata
pelajaran pilihan. Contoh: Tawarikh, Ilmu Hisab, Sains Am, Tatarakyat, Kesihatan
dan Jasmani, Lukisan dan Kerja Tangan atau Muzik dan Pendidikan Agama Islam
(PAI).

Bagi menengah rendah:
- Bagi pelajar berpencapaian tinggi, mereka akan mengambil mata pelajaran asas, iaitu

Sains dan Ilmu Hisab.
- Bagi pelajar berpencapaian rendah, mereka akan mengambil mata pelajaran Sains

Pertanian, Perdagangan, SRT atau Pertukangan Tangan
- Kemudiannya, mereka akan menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP)
Bagi menengah tinggi:
- Ia dibahagikan kepada tiga aliran, iaitu Aliran Sains, Aliran Sastera dan Aliran Vokasional/Teknik
Aliran Vokasional:
- Subjek yang ditawarkan ialah seperti: Pertukangan, Pertanian, Sains Rumah Tangga (SRT),

Perdagangan
- Jenis peperiksaan ialah Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM)
Aliran Teknik:
- Bertujuan untuk menyediakan am yang menyerupai kepada aliran teknik sebagai asas bagi

melanjutkan pelajaran kepada yang lebih tinggi dalam bidang bidang teknikal
- Subjek yang ditawarkan ialah seperti: Kaji Sawat, Binaan Bangunan, Perdagangan, Sains Pertanian
- Jenis peperiksaan ialah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Pelajar yang mendapat pencapaian yang baik akan melanjutkan pelajaran mereka ke TIngakatan

Enam atau mana-mana universiti

PENGENALAN
FALSAFAH PENDIDIKAN

KEBANGSAAN (FPK)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) atau dahulunya telah digelar sebagai
Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan sebuah dasar pendidikan yang
telah dilaksanakan oleh negara Malaysia.
Menurut FPK, bagi menggapai matlamat utama dalam FPK, iaitu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelektual, aktiviti yang berunsurkan pendidikan perlu diadakan.
Bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan,
pendidikan di Malaysia merupakan salah satu usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi seseorang individu tersebut secara
menyuluruh dan bersepadu.
Dengan usaha ini, ia mampu mewujudkan rakyat Malaysia yang luas
pengetahuan, berketerampilan tinggi, mempunyai akhlak yang mulia,
bertanggungjawab serta mampu untuk menggapai kesejahteraan diri dan
mampu memberikan kemakmuran serta kedamaian masyarakat dan negara.
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Falsafah Pendidikan
Kebangsaan mempunyai 10 kandungan di dalamnya.

Kandungan 1: Pendidikan Kandungan 2:
Memperkembangan lagi
ialah Satu Usaha
Potensi Individu
Berterusan
Kandungan FPK yang kedua ialah
Pendidikan merupakan sebuah proses dalam memperkembangkan lagi potensi individu
diri setiap individu yang bermula sejak berada secara menyeluruh.
dalam kandungan ibu lagi sehinggalah Potensi seseorang membawa maksud
seseorang individu itu meninggal dunia. kemampuan ataupun bakat seseorang individu
Pendidikan yang diterima oleh individu dari beberapa aspek, iaitu aspek jasmani, aspek
tersebut boleh berlaku dimana-mana sahaja emosi, aspek rohani dan aspek intelek
dan bukan sekadar berlaku di sekolah sahaja.
Setiap pendidikan tersebut berlaku secara
berterusan sama ada secara formal ataupun
tidak formal.

Kandungan 3: Insan yang Kandungan 4: Perkembangan
Potensi Secara Menyeluruh dan
Seimbang dan Harmonis
Bersepadu
Insan yang seimbang dan harmonis membawa maksud
tiada sebarang perkara yang diabaikan atau diambil Kesemua potensi diri dari aspek jasmani, emosi,
enteng dan keseimbangan bagi seseorang individu
amatlah penting dalam memastikan kemajuan diri rohani dan intelek disepadukan bagi membolehkan
terjaga.
Individu yang sejahtera adalah individu yang penguasaan kemahiran-kemahiran, ilmu
mempunyai pembangunan diri yang berlaku secara
menyeluruh yang merangkumi kesemua potensi pengetahuan dan nilai.
dirinya.
Dalam hal ini, ia akan melahirkan insan yang berjaya Dengan penguasaan tersebut, ia akan membantu
dalam perihal kerjayanya, sentiasa bersyukur dengan
nikmat yang diterima tetapi sentiasa bersesia untuk individu dalam memenuhi keperluan kehidupan.
menghadapi sebarang cabaran yang akan mendatang.
Oleh itu, perkembangan keempat-empat potensi,

iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani perlulah

dilakukan secara menyeluruh.

Kandungan 5: Kepercayaan Kandungan 6: Melahirkan Rakyat

dan Kepatuhan kepada Tuhan Malaysia yang Berilmu Pengetahuan

Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan perlulah Matmalat kerajaan adalah untuk menjadikan semua
disemai dalam diri setiap individu supaya boleh rakyat Malaysia tinggi dalam ilmu pengetahuan.
mengawal diri agar tidak melakukakn perkara-perkara Oleh itu, setiap rakyat Malaysia diminta untuk sentiasa
yang melanggar hukum agama. berusaha untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan juga
Disebabkan itu, kepercayaan kepada Tuhan diletakkan berusaha untuk menyebarkan ilmu pengetahuan kepada
sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara orang lain.
Malaysia. Namun, ilmu pengetahuan yang diperoleh mestilah tidak
Di dalam FPK, pembangunan diri seseorang individu disalahgunakan kerana ia pasti akan membawa kepada
tersebut perlulah berpaksikan ketuhanan. kemudaratan dan kehancuran.
Setiap individu juga perlu percaya bahawa adanya Rakyat Malaysia perlulah mengamalkan konsep
Pencipta yang mencipta manusia dan alam. 'pendidikan sepanjang hayat' supaya dapat membentuk
Setiap individu juga perlu percaya bahawa setiap rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan tinggi. Ilmu
perbuatan di dunia akan mendapat balasan di akhirat pengetahuan tersebut mestilah sentiasa dikemaskini
kelak. setanding dengan perkembangan ilmu yang berlaku

Kandungan 7: Melahirkan Kandungan 8: Rakyat yang

Rakyat yang Berakhlak Mulia Bertanggungjawab

Kerajaan mengharapkan bahawa rakyatnya Melalui pendidikan, rakyat dapat diberi didikan
mempunyai akhlak mulia dan hidup dalam keadaan supaya menjadi insan yang lebih bertanggungjawab
yang penuh dengan hormat menghormati antara terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.
satu sama lain. Pendidikan berperanan dalam mewujudkan rakyat-
Rakyat Malaysia juga diharapkan untuk bersopan rakyat Malaysia yang bersifat amanah, produktif
santun, berbudi bahasa serta bertoleransi antara dan bertanggungjawab ketika menjalankan
satu sama lain. sebarang tugas yang diberikan.
Seseorang individu yang berakhlak mulia ialah Rakyat Malaysia perlulah berusaha gigih supaya
orang yang memahami, menghayati serta mampu mencapai kemajuan diri, keluarga,
mengamalkan nilai-nilai murni, berkelakuan baik masyarakat, agama, bangsa dan negara.
dan berdisiplin tinggi.

Kandungan 9: Rakyat yang Kandungan 10: Rakyat yang

Berketerampilan Berkeupayaan untuk Mencapai

Keterampilan membawa maksud sebagai Kesejahteraan Diri
menonjolkan diri.
Kerajaan mengharapkan rakyat-rakyatnya dapat Kesejahteraan diri sangatlah penting dalam kehidupan supaya
melakukan tugas-tugas mereka dengan cekap dan setiap individu dapat mengharungi kehidupan mereka dengan
pantas. aman serta tabah.
Seseorang individu yang berketerampilan ialah Setiap individu memerlukan kesejahteraan diri supaya
seorang yang kompeten dan cekap dalam menggapai kepuasan diri.
melaksanakan sesuatu kerja yang telah diberikan Hal ini kerana, ada individu yang kaya raya tetapi kehidupannya
kepada mereka. kurang sejahtera kerana merisaukan perkara-perkara seperti
Oleh itu, pendidikan perlu memastikan bahawa kehilangan harta yang telah mereka kumpul.
lahirnya rakyat yang berpengetahuan dan Dalam usaha mencapai kesejahteraan diri, seseorang individu
berkemahiran tinggi supaya tugas-tugas yang tersebut perlulah mempunyai fikiran yang waras, jiwa yang
diberikan dapat disiapkan dengan pantas dan tenang serta tubuh badan yang sihat.
berkualiti. Individu juga memerlukan daya tahan diri yang kuat supaya
mereka dapat mengharungi liku-liku kehidupan.
Individu juga perlulah mengelakkan daripada bermusuhan
antara satu sama lain dan mula mewujudkan hubungan yang
baik antara satu sama lain.

KESAN LAPORAN
AMINUDDIN BAKI (1964)

TERHADAP
PEMBENTUKAN FPK

Lebih Banyak Sekolah Menengah

Kesan 1: yang Dibina di Kawasan Bandar dan
Luar Bandar.

Berdasarkan pada cadangan di dalam Laporan Aminuddin 1964, ia mencadangkan bahawa had umur berhenti sekolah di naikkan
kepada umur 15 tahun dan kenaikan darjah secara automatik.
Disebabkan itu, terwujudnya dasar pendidikan universal selama sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihan masuk ke sekolah
menengah dihapuskan pada tahun 1964.
Perkara tersebut telah menyebabkan kadar pelajar yang memasuki sekolah menengah terus menaik secara mendadak sehinggakan
kerajaan terpaksa membuat perancangan yang baru dimana kerajaan perlu memperbanyakkan lagi sekolah-sekolah menengah di
kawasan bandar dan luar bandar.
Menurut Kerajaan Malaysia (1985), perkara ini dapat dibuktikan dengan peningkatan bilangan pelajar sekolah menengah rendah pada
tahun 1960, iaitu seramai 98, 960 kepada 275, 360 orang pelajar pada tahun 1965. Ia kemudiannya meningkat lagi kepada 738, 000
orang pelajar pada tahun 1970.
Cadangan penaikan had umur berhenti sekolah dan kenaikan darjah secara automatik tersebut telah membantu dalam pembentukan
FPK dan merangkumi kesemua isi kandungan FPK tersebut.
Dengan memberikan lebih banyak kemasukan ke sekolah menengah, ia mampu memperkembangkan lagi potensi pelajar secara
menyeluruh (Kandungan 2). Hal ini kerana, guru-guru sekolah akan memastikan potensi yang ada pada setiap pelajar yang hadir ke
sekolah dapat diserlahkan mengikut aspek-aspek tertentu, iaitu aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Dengan peningkatan kemasukan ke sekolah menengah juga, ia mampu melahirkan seorang insan yng seimbang dan harmonis
(Kandungan 3). Bukan sahaja guru-guru sekolah mengajar ilmu pengetahuan kepada pelajar, malah guru juga berperanan dalam
memastikan keseimbangan perkembangan setiap pelajar yang hadir ke sekolah.
Kepercayaan dan kepatuhan seseorang individu itu kepada tuhan (Kandungan 5) juga dibina dan diperkukuh apabila ramai pelajar yang
memasuki sekolah menengah. Dengan menghadiri sekolah, pelajar dapat mempelajari tentang kebaikan serta keburukan sesuatu
perkara dan akan berusaha untuk menjauhi perkara yang memudaratkan diri mereka. Ia secara tidak langsung akan melahirkan
masyarakat yang berakhlak mulia (Kandungan 7) yang mengamalkan nilai-nilai murni dan kedisiplinan dalam kehidupan.
Peningkatan kemasukan ke sekolah menengah juga akan melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab (Kandungan 8) dan
masyarakat yang berketerampilan (Kandungan 9).

ditulis oleh: Nurul Ain Binti Mohd Zaidi

Lebih Banyak Pembinaan Sekolah

Kesan 2: Vokasional dan Sekolah Teknik

Berdasarkan pada cadangan di dalam Laporan Aminuddin Baki 1964, ia mencadangkan bahawa Dasar Pendidikan Sekolah Aneka
Jurusan perlu diperkenalkan agar Sistem Sekolah Pelajaran Lanjutan digantikan.
Lalu, Dasar Pendidikan Aneka Jurusan tersebut telah diperkenalkan pada tahun 1965 berasaskan kepada Laporan Aminuddin Baki 1964.
Dasar tersebut telah memperkenalkan Aliran Vokasional seperti subjek Pertukangan, Pertanian, Sains Rumah Tangga (SRT),
Perdagangan dan Aliran Teknik seperti subjek Kaji Sawat, Binaan Bangunan, Perdagangan, Sains Pertanian ke dalam pendidikan bagi
menengah tinggi.
Dengan adanya aliran-aliran tersebut, pelajar-pelajar mempunyai pelbagai pilihan subjek dan jenis kursus yang boleh dipilih untuk
menimba ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran.
Pelbagai pilihan subjek dan jenis kursus yang menarik untuk dipilih menyebabkan ramai pelajar yang memilih untuk mengikuti aliran-aliran
tersebut. Perkara tersebut telah menyebabkan lebih banyak sekolah vokasional dan teknik dibina bagi menampung tempat jurusan-
jurusan tersebut diajarkan.
Dengan wujudnya aliran-aliran ini, ia telah membantu dalam pembentukan FPK dimana ia memastikan perkembangan potensi
masyarakat Malaysia secara menyeluruh dan bersepadu (Kandungan 4) dan ia juga akan membantu dalam melahirkan masyarakat
Malaysia yang berilmu pengetahuan (Kandungan 6).
Di dalam Kandungan 4, iaitu perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu, penguasaan kemahiran-kemahiran, ilmu
pengetahuan serta nilai yang diajar di dalam mana-mana aliran akan diperkuatkan lagi apabila kesemua potensi diri dari aspek jasmani,
emosi, rohani dan intelek itu disepadukan. Dengan kesepaduan potensi diri tersebut, kesemua penguasaan kemahiran-kemahiran, ilmu
pengetahuan serta nilai yang dipelajari semasa mengikuti mana-mana aliran itu boleh digunakan bagi memenuhi kehidupan sendiri
mahupun kehidupan masyarakat.
Di dalam Kandungan 6, iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, kerajaan mempunyai matlamat dalam memastikan
kesemua rakyat Malaysia tinggi dalam ilmu pengetahuan. Oleh itu, aliran-aliran yang diperkenalkan juga memenuhi keperluan di dalam
kandungan tersebut. Perkara-perkara yang diajarkan di dalam aliran-aliran ini juga dikatakan sebagai ilmu pengetahuan dan kemahiran
diri. Pelajar yang belajar di dalam aliran-aliran tersebut, iaitu Aliran Vokasional dan Aliran Teknik juga akan sentiasa berusaha untuk
mempelajari ilmu pengetahuan dan juga akan berusaha untuk berkongsi ilmu pengetahuan tersebut kepada rakan-rakan yang masih
kurang memahami atau membantu rakan-rakan yang tidak memasuki aliran-aliran tersebut. Pelajar-pelajar juga tidak boleh sesama sekali
menyelahgunakan ilmu pengetahuan dan kemahiran-kemahiran yang dipelajari semasa di dalam aliran-aliran tersebut. Mereka juga perlu
sentiasa mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran-kemahiran sepaya setanding dengan perkembangan ilmu yang berlaku.

ditulis oleh: Nurul Ain Binti Mohd Zaidi

Kesan 3: Sekolah menengah tinggi mengagihkan pelajar

kepada 3 aliran iaitu Aliran Sains, Aliran Sastera
dan Aliran Vokasional/Teknik
Sistem pendidikan pebagai aliran ini merupakan salah satu langkah bagi menggilap dan menyerlahkan
bakat pelajar yang berkebolehan untuk mengembangkan potensi diri ke arah yang lebih positif.
Hal ini kerana,setiap pelajar mempunyai minat dan kecenderungannya yang tersendiri.Sebagai
bukti,terdapat pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran sains,namun terdapat juga pelajar yang
cemerlang dalam matapelajaran teknik seperti masakan,automotif dan sebagainya.
Ini jelas membuktikan minat dan kecenderungan pelajar itu adalah berbeza.
Dengan adanya pengagihan aliran di menengah tinggi ini ia akan dapat meningkatkan kebolehan dan
potensi pelajar.Hasil daripada Laporan Aminuddin Baki,banyak mata pelajaran dirombak semula untuk
melahirkan pelajar yang cemerlang seriring dengan laporan tersebut bagi mendidik pelajar pelajar dengan
hasrat menyediakan mereka untuk ke alam yang seterusnya iaitu alam pekerjaan pada masa yang akan
datang.
Antara matapelajaran yang diperkenalkan ialah Subjek-subjek seperti Lukisan, Kraf Tangan, Seni
Perusahaan, Sains Rumah Tangga, Perdagangan, Pertanian dan Muzik untuk menyediakan peluang seluas
mungkin dan mencungkil bakat dalam diri pelajar.
Dengan kewujudan aliran-aliran ini jelas menunjukkan kerajaan bersifat futuristik kerana kerajaan
memandang ke hadapan secara serius kerana menyediakan pelajar sekolah menegah untuk melangkah ke
alam pekerjaan.Ini merupakan peluang kepada pelajar yang mempunyai kemahiran manipulatif untuk
menyerlah bakat mereka.
Perkara ini sejajar dengan kandungan kedua Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu memperkembangkan
potensi diri individu ditulis oleh: Muhammad

Iqmal Aqif Bin Zakaria

Memperbanyakkan peluang

Kesan 4: pekerjaan.

Kesan ini boleh dilihat melalui cadangan yang dikemukan oleh Aminuddin Baki iaitu kerajaan perlu
menyediakan jawatan yang sesuai perlu disediakan kepada pelajar setelah mereka tamat pengajian
dan juga mempelbagaikan jenis peluang pekerjaan berdasarkan bakat dan kebolehan setelah tamat
pengajian.
Perkara ini ternyata memberikan impak positif kepada negara dan masyarakat.Hal ini boleh
dilihat,melalui pelajar bidang automotif akan diberikan jaminan kerja di kilang-kilang automotif
Malaysia seperti Proton,Produa dan sebagainya.
Hal ini akan mengurangkan kebergantungan negara kepada buruh mahir asing dan membuka
peluang pekerjaan kepada masyarakat dan sekaligus mengurangkan kadar pengangguran dalam
negara dan meningkat taraf hidup masyarakat.
Ternyata bukan bidang automotif sahaja tetapi banyak lagi bidang lain seperti vokasional yang
berpandukan kemahiran.
Pada masa yang sama jawatan pekerjaan perlulah sama dengan tahap pendidikan,sebagai
contoh,pelajar lepasan ijazah perlu diberi skop kerja yang seimbang dan setimpal dengan taraf
pengajiannya supaya dapat mengoptimumkan hasil kerja seseorang itu.
Hal ini kerana ramai golongan yang berpendidikan hanya bekerja sebagai pelayan atau lebih
rendah.Ini merupakan satu kerugian kerana kegagalan menggunakan kemahiran atau kelebihan
yang ada hingga menyebabkan pembaziran sumber.
Kesan ini berkait rapat dengan kandungan ke-9 dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu rakyat
yang berketerampilan yang bererti menghasilkan kerja-kerja yang berkualiti dan cekap

ditulis oleh: Muhammad
Iqmal Aqif Bin Zakaria

Pelajar boleh memilih mata

Kesan 5: pelajaran mengikut minat masing-
masing.

Pelajar boleh memilih satu mata pelajaran pilihan yang dapat dipilih mengikut minat
masing-masing
Memberikan pelajar semangat untuk belajar kerana mata pelajaran yang diminatinya ada di
sekolah
Pelajar dapat mengenali kelebihan yang dimiliki oleh diri mereka
Kesan ini bersesuaian dengan kandungan ke-2 iaitu memperkembangkan potensi individu
ini berkait rapat kerana pelajar yang meminati mata pelaran yang dipilih akan
memperkembangkan lagi bakat mereka.
Sebagai contohnya seseorang pelajar yang meminati bidang muzik akan mengambil mata
pelajaran muzik dan dapat mempelajari ilmu muzik dengan mendalam dan mengetahui
asas dalam ilmu muzik.
Secara keseluruhannya kesan ini dapat memperkembangkan potensi individu itu dalam
bidang yang diceburinya dan dapat melahirkan insan yang mahir dalam sesuatu bidang.

ditulis oleh: Muhammad
kholilullah bin che musa

Memantapkan pemahaman dan

Kesan 6:mengurangkan jumlah pelajar
yang kurang ilmu pendidikan

Pelajar menengah rendah akan dapat memahami mata pelajaran yang dipelajari dengan
lebih mendalam kerana masa untuk mereka belajar dilanjutkan selama tiga tahun .
Tempoh untuk berhenti sekolah dinaikkan kepada 15 tahun hal ini akan memantapkan
lagi ilmu yang dipelajari oleh pelajar pada zaman tersebut
Pelajar lepasan dari sekolah mempunyai ilmu pengetahuan yang banyak meneruskan
bidangnya dalam pekerjaan. Negara akan dapat mengurangkan kadar jenayah dalam
kalangan ramaja kerana pelajar dilewatkan masa untuk berhenti sekolah.
Kesan ini bersesuaian dengan kandungan ke-6 dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
iaitu melahirkan rakyat malaysia yang berilmu pengetahuan, hal ini kerana pelajar yang
telah menjadi lepasan sekolah telah mantap dalam ilmu pengetahuan kerana masa
mereka untuk berhenti sekolah bertambah secara tidak langsung menambah masa
belajar mereka.
Pelajar sekolah menengah rendah lebih mantap dari segi ilmu untuk meneruskan
pelajaran ke menengah tinggi dan lebih bersedia untuk mempelajari setiap mata pelajaran

dengan lebih mendalam bahkan mempelajari mata pelajaran baharu.ditulis oleh: Muhammad
kholilullah bin che musa

RUMUSAN
INDIVIDU

Rumusan 1
dirumuskan oleh: Nurul Ain Binti Mohd Zaidi

Untuk mencapai kecemerlangan dalam sistem pendidikan, pelbagai jenis
laporan pendidikan telah direka oleh para pemikir negara. Salah satunya ialah
Laporan Aminuddin Baki 1964. Laporan tersebut ditulis bagi memberikan
cadangan kepada pihak kerajaan supaya dapat menambahbaikan lagi sistem
pendidikan yang sedia ada. Had umur berhenti sekolah dinaikkan dan kenaikan
darjah secara automatik menyebabkan lebih banyak sekolah menengah dibina
di kawasan bandar dan luar bandar. Sistem Pendidikan Aneka Jurusan juga
diperkenalkan bagi menggantikan Sistem Sekolah Pelajaran Lanjutan. Sistem
tersebut telah memberikan pelajar pilihan untuk memilih subjek yang ingin
dibelajar disamping mengikuti kumpulan mata pelajaran yang wajib dipelajari.
Wujudnya aliran-aliran seperti Aliran Vokasional dan Aliran Teknik memberikan
lebih banyak pilihan kepada para pelajar. Oleh disebabkan itu, lebih banyak
sekolah vokasional dan sekolah teknik dibina bagi menampung tempat jurusan-
jurusan tersebut diajarkan. Oleh itu, jelaslah bahawa cadangan-cadangan yang
terkandung dalam Laporan Aminuddin Baki 1964 telah terbukti membantu
dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dimana ia merangkumi
kesemua isi kandungan FPK tersebut.

Rumusan 2

Secara ringkasnya, Aminuddin Baki sememangya layak digelar Bapa Pendidikan
Malaysia.Hal ini kerana sumbangan dan peranan yang beliau mainkan dalam bidang
pendidikan amatlah besar.Hasil buah fikiran yang beliau lontarkan dalam laporan beliau
ternyata telah mengangkat martabat pendidikan negara ke arah yang lebih
tinggi.Kebanyakkan idea yang beliau berikan sejajar dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.Cadangan yang beliau kemukan dalam laporan beliau amatlah relevan dan
menjadi titik permulaan kepada era pembangunan pendidikan di Malaysia.Sebagai contoh
beliau mengemukan cadangan penubuhan sekolah vokasional yang berteraskan
kemahiran bagi membuka peluang pelajaran untuk golongan yang kurang berminat aliran
akademik dan hanya berminat kepada aliran kemahiran.Selain itu,dengan idea beliau
maka negara mampu mengatasi masalah pengangguran dan isu kekurangan buruh mahir
dalam sektor pembuatan dan sebagainya.Hal ini boleh dibuktikkan melalui penyediaan
pekerjaan yang setara dengan kelayakan.Oleh yang demikian amatlah besar jasa yang
disumbangkan oleh Aminuddin Baki kepada pendidikan negara.

dirumuskan oleh:Muhammad Iqmal
Aqif Bin Zakaria

Rumusan 3 dirumuskan oleh: Muhammad Kholilullah
bin Che Musa

Rumusan yang saya buat ialah laporan Aminuddin Baki memberi kesan yang sangat
besar terhadap sistem pembelajaran di negara kita. Beliau telah mempelbagaikan lagi
mata pelajaran dalam pembelajaran yang secara tidak langsung telah
memperkembangkan lagi minda atau kebolehan pelajar tidak kira dari aspek rohani,
dan intelek. Beliau juga telah memberikan peluang kepada pelajar untuk memilih
mata pelajaran yang bersesuaian dengan minat pelajar. Tempoh masa belajar yang
dinaikkan beliau juga sangat memberi impak kepada pelajar kerana dengan hal itu
pelajar akan belajar dengan lebih lama dan mampu belajar sesuatu perkara dengan
lebih teliti dan selesa dengan masa yang diberikan kepada pelajar. Laporan yang
telah dilaporkan oleh Aminuddin Baki bertepatan dengan beberapa Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Antara cadangan yang ditujukan sangat memberi impak
kepada pembangunan pendidikan di negara kita.

RUJUKAN

Awg Asbol Mail. (2007). Dasar-Dasar Pendidikan Brunei Darussalam PraMerdeka: Cabaran
Menjadikan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengantar. Universiti Brunei Darussalam.

Denne Freddy. (2016). Laporan Aminuddin Baki 1964. Slide Share.
https://www.slideshare.net/DenneFreddy/laporan-aminuddin-baki-1964

Faridah Mohd Sopah, Mat Ali Abdul Ghani, Kamisah Buang & Rosly Kayar. (2022). Falsafah Dan
Perkembangan Di Malaysia. Local Publications (M) Sdn. Bhd. Selangor.

Frada Dea Linggi, Daphne Ruth Samban Gerard, Muhammad Airul Arwan & Nur Afrina Miza Mazlan.
(2020). Tajuk 4: Penambaikan Sistem Persekolahan Melalui Laporan Aminuddin Baki (1964) dan
Laporan Jawatankuasa Kabinet (Laporan Mahathir, 1974 & 1979). Prezi.

Institut Aminuddin Baki. (2018). Profil Aminuddin Baki. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Nik Azis Nik Pa & Noraini Idris. (2008). Perjuangan Memperkasakan Pendidikan di Malaysia:

Pengalaman 50 Tahun Merdeka. Utusan Publications.
Rosemini Salam. (2015). Aminuddin Baki. Slide Share.

https://www.slideshare.net/roseminiabdulsalam/aminuddin-baki-44868093
Roslyna Ina. (2012). Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Slide Share.

https://www.slideshare.net/RoslynaIna/falsafah-pendidikan-kebangsaan-11031161
Shahril @ Charil Hj Marzuki. (2009). Dasar dan Perancangan Pendidikan Negara Sejak 52 Tahun

Kemerdekaan Malaysia: Satu Sorotan dan Refleksi. Jurnal Administrasi Pendidikan. Vol. 10, No 2.

STKEEAKRIISAMIHNA,


Click to View FlipBook Version