MPU 21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
AHLI KUMPLAN
Muhd Abfis Eric Sung
Shah 05DDT19F202
05DDT19F200 0
5
Scarlett Dyer Dayangku Umi
05DDT19F201 Afifah
9 05DDT19F2021
ISI KANDUNGAN 04
05
Objektif 06
Pengenalan 07
Konsep Negara Bangsa 08
Pembinaan Negara 09
Pembinaan Bangsa 10
Penyertaan Rakyat 11
Pengagihan Nilai-Nilai Masyarakat 12
Bangsa Idaman Sebelum & Selepas Merdeka 12
Bangsa Idaman Era Baharu Malaysia 13
Wawasan Malaysian Malaysia 14
Buku tentang Negara & Bangsa 15
Rukun Negara 16
Rumusan
Bahan rujukan
Objektif
• Objektif e-folio ini ialah untuk menambah ilmu pengetahuan para
pembaca dalam tajuk “Kepelbagaian Idea Bangsa Idaman dan
Perbahasan”
• Dalam e-folio ini akan menceritakan tentang pembinaan negara dan
bangsa di dalam Malaysia dari zaman dahulu hingga ke zaman
sekarang
• E-folio ini juga akan meletakkan beberapa ciri-ciri dari negara luar
yang memberi impak kepada Malaysia dalam Pembinaan Negara
bangsa dan bangsa idaman yang di inginkan dari awal wujudnya
Persatuan Tanah Melayu.
04
Pengenalan
Pembinaan sesebuah negara bangsa ialah salah satu matlamat yang
hendak dilakukan oleh setiap negara. Pembinaan nagara bangsa
merupakan petanda bagi kemuncak kejayaan sesebuah negara.
pentadibiran dan juga rakyatnya. Sebagai contoh, di Malaysia pada
awalnya lebih tertumpu terhadapt keperluan politik. Usaha-usaha di
Malaysia untuk mencapai matlamat bermula pada 13 Mei 1969 dan
boleh dilihat dari rancangan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Matlamat selepas
itu lebih jelas hanya selepas pengenalan Wawasa 2020 oleh Tun
Dr.Mahathir Mohamed pada tahun 1991.
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pemimpin dan kerajaan untuk
mencapai matlamat malah terdapat banyak halangan yang muncuk
dan kebanyakannya bermula dari sentimen perkauman masih
mengepompongi sebahagian rakyat Malaysia termasuk juga golongan
pemimpin politik. Salah satu agenda yang di perkenalkan oleh Dato Seri
Najib Tun Razak untuk membentuk negara yang bersatu ialah
“1 Malaysia”.
Keupayaan bagi membentuk
negara bangsa bermula dengan
semangat patriotisme, integrasi,
kewarganegaraan dan demokrasi.
Dengan ini merupakan kemuncak
kejayaan sesebuah negara.
05
Konsep Negara Bangsa
Konsep negara bangsa ini merupakan bangsa idaman ialah sebuah
matlamat yang ingin dicapaikan oleh sesebuah negera. Konsep ini
merujuk kepada penerusan bagi sebuah negara yang berdaulat
dengan rakyatnya hidup bersatu-padu tanpa sebarang sentimen
perkauman, keturuna agama, bahasa, budaya, dan semangat
kedaerahan yang boleh dikata sebagai sebuah halangan sesebuah
negara dalam mencapai konsep negara bangsa ini. Pembinaan negara
bangsa ini amat susah untuk di capai disebabkan pembentukan negara
bangsa terbina daripada proses semula jadi bawah asas sejarah yang
telah dibina sejak dahulu lagi.
Terdapat tiga takrifan bagi “bangsa” iaitu pertama, bangsa boleh dilihat
dari aspek perundangan. Kedua, pegertian “Bangsa” boleh dihurai
berlandaskan keturunan darah berdasarkan ciri biolagi dan budaya
keturunan, Ketiga, “Bangsa” boleh dirujuk sebagai satu “nation” yang
bermaksud komuniti politik wilayah tertentu. Bagi menguatkan konsep
ini, “identiti sepunya” seperti perkongsian wilyah bersama, perkongsian
ekonomi, perkongsian masa hadapan bersama serta unsur-unsur
subjektif yang di kongsi bersama merangkumi bahasa, budaya dan
sastera.
06
Pembinaan Negara
Pembinaan Negara bagi setiap negara adalah berbeza dan proses
pembinaan negara akan dipengaruhi oleh faktor pesekitaran. Terdapat
segelintir negara yang pernah menjadi tanah jajahan manakala
sebahagian negara pula nerupakan negara yang merdeka sejak awal
lagi. Bagi setiap negara, kecepatan untuk mencapai tahap perubahan
yang drastik amat bebeza di mana ada negara yang laju dan ada
yang lewat. Di Malaysia, hanya selepas perang dunia kedua berakhir
wujudnya pembinaan negara yang berbagai kaum. Sebelum ini,
pembinaan negara bangsa hanya bagi orang melayu sahaja.
Bermula dengan rancangan Malaysia Union pada tahun 1946 dan
kemudiannya pada tahun 1948, terciptalah Persekutuan yang telah
dicadangkan oleh pihak British memberi idea pelbagai kaum di negara
sebenar apabila Persekutuan Tanah Melayu lebih melonggarkan
keperluan untuk menjadi rakyat bagi penduduk yang bukan berbangsa
melayu. Akhirnya, pembinaan negara telah menjadi realiti apabila
berlakunya kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957 diperoleh
daripada pihak Inggeris.
07
Pembinaan Bangsa
Selepas mendapat kemerdekaan pada tahun 1957, perkembangan
pada tahap kedua bermula dengan melihat bentuk perhubungan awal
yang longgar antara kaum. Proses ini lebih sukar atas kewujudannya
Dasar Pecah dan Perintah oleh pihak British, sama juga disebabkan oleh
Perang Dunia Kedua yang merenggangkan hubungan kaum Melayu
dan Cina.
Interaksi antara pihak masyarakat pada tahap ini berada dalam
paras minimum. Contohnya, mereka hanya bermasyarakat pada
waktu menjalankan urusan perniagaan dan urusan harian. Akhirnya,
tahap ini tidak memuaskan hati kerajaan dan usaha untuk
menyatukan semua warganegara pelbagai kaum sebagai satu
masyarakat
08
Penyertaan Rakyat
Selepas perkembangan pada tahap yang kedua, pembinaan negara
bangsa menjadi lebih jelas bahawa ini tidak akan tercapai tanpa
penyertaan oleh semua rakyatnya. Semua ahli masyarakat hendaklah
berganding bahu untuk mewujudkan negara dan bangsa yang bersatu
yang dicarikan. Pada masa ini, perhubungan antara kaum menjadi
rencam dan wujud kepelbagaian.
Konfrontasi bersama Indonesia, dengan peristiwa 13 Mei 1969 yang
mewujudkan situasi saling bergantungan antara rakyat. Perbezaan
yang wujud antara masyarakat telah dicubakan untuk dirapatkan,
nilai persamaan dan kerjasama kaum dicari serta diperluaskan
sebagai usaha mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional. Pada
tahap ini, masyarakat sudah diintegrasikan ke dalam suatu bangsa
yang memiliki nilai-nilai identiti yang sama dan mula membentuk
sebuah negara bangsa Malaysia.
09
Pengagihan Nilai-Nilai Masyarakat
Proses penubuhan negara Malaysia hampir menjadi kenyataan.
Toleransi, tolong menolong dan persefahaman telah meningkatkan
tahap integrasi antara pelbagai etnik di Malaysia. Walaupun begitu,
tanpa usaha lebih lanjut, proses mengekalkan momentum satu bangsa
Malaysia akan menjadi perlahan.
Tujuannya adalah untuk memastikan bahawa rakyat berpuas hati
dengan usaha pemerintah dan untuk memastikan pembahagian nilai
sosial yang sama. Kemudian, kepuasan anggota masyarakat
diterjemahkan dalam kesediaan mereka untuk membantu, bersatu dan
bersama-sama mewujudkan Malaysia. Makna pengedaran merangkumi
semua aspek sosial, ekonomi dan politik. Walau bagaimanapun, proses
pengagihan yang adil ini tidak boleh disalahpahami dan hanya boleh
dilakukan dengan satu cara. Dari sebelum merdeka hingga hari ini,
pengagihan yang adil mesti mengambil kira dan mengambil kira
pembangunan negara.
10
Bangsa Idaman, Sebelum & Selepas Merdeka
Sebelum Merdeka
• Pergerakan nasionalisme; setiap pihak merancang untuk berjuang
mendapatkan kemerdekaan dalam mewujudkan bangsa idaman. Ini
bermaksud sifat dan wajah bangsa Malaysia yang di inginkan sesuai
dengan agenda ekonomi, politik, sosial dan budaya masing-masing.
• CONTOH : Dalam kalangan kelompok strategik nasionalis Melayu
terdapat tiga jalur bangsa idaman iaitu ;-
• ‘Melayu Raya’ Anjuran kelompok strategik kiri Melayu
• ‘Negara Islam’ Anjuran kelompok strategik berorientasi Islam
• ‘Masyarakat majmuk pimpinan Melayu’ kelompok strategi tiga
rangkai etnik diterima kolonial.
• Pemerintahan kolonial memilih menyokong dan mempromosi jalur
ketiga melalui CLC 1949 (Communities Liaison Committee 1949)
Selepas Merdeka
• keinginan kolektif untuk identiti nasional biasa "atau bangsa. Idea
dan wacana mengenai topik tersebut Identiti nasional yang sama ini
adalah pengisytiharan bangsa impian mereka atau wajah Malaysia
yang mereka idamkan.
• Antara negara utama Idaman selepas Merdeka 1957, konsepnya
Malaysia Malaysia yang dianjurkan oleh kumpulan strategik
Singapura (awal 1960-an) dan Malaysia (akhir 1990-an).
• Bangsa Idaman pegangan pemerintah 1957 2018 , masyarakat
majmuk pimpinan Melayu ’ Malay led plural society nation
11
Bangsa Idaman Era Malaysia Baharu
• Era Malaysia Baru bermula daripada Mei 2018 hingga Ogos 2019.
• Terdapat beberapa persaigan antara bangsa idaman (Competing
nations-of-intent).
• Sebagai Wawasan 2020 dan Bangsa Malaysia Tun Dr.Mahathir
mengekalkan bangsa idaman ‘masyarakat majmuk pimpinan Melayu’
(Malay-led plural society nation).
• PPBM, UMNO, PAS masih berpayung di bawah bangsa idaman ini ,
walau pun ahli dua kelompok parti berbeda.
• Kehadiran DAP sebagai kompones strategik utama dalam Kerajaan
unsur unsur konsep Bangsa Idaman Malaysian Malaysia direalisasikan.
Wawasan Malaysian Malaysia :
• Boleh disedut dari pandangan dua tokoh muda DAP, yang
mengeluarkan buku sebelum mei 2018 :-
Finding Malaysia: Making Sense of Reimagining Malaysia
an Eccentric Nation (YB Yeo Bee Yin)
(YB Zairil Khir Johari)
12
Buku tentang Negara dan Bangsa :
13
Rukun Negara
Pemerintah menyedari bahawa masyarakat multi-etnik Malaysia tidak
mempunyai tujuan yang jelas, jadi Rukun Negara diperkenalkan untuk
memberikan panduan yang lebih jelas kepada masyarakat multi-etnik di
negara ini. Rukun Negara juga merupakan hasrat untuk mewujudkan
dasar pembangunan yang bersatu.
14
Rumusan
Sebagai kesimpulannya, konsep pembinaan negara bangsa dan
mengejar bangsa idaman ialah sesuatu proses yang amat panjang.
Namun begitu, walaupun ia merupakan proses yang sukar, pembinaan
negara bangsa demi mencapai matlamat bangsa idaman amat
penting dalam sesebuah negara masyarakat majmuk seperti di
Malaysia. Pembinaan negara bangsa yang mantap memerlukan
penyertaan menyeluruh dari setiap anggota masyarakat dan jentera
kerajaan.
Dengan ini, Malaysia harus bersedia dengan asas pegangan
nasionalisme yang betul iaitu nasionalisme yang dimiliki dalam sebuah
kumpulan dan masyarakat.
Pemimpin dan Kerajaan Malaysia sudah berusaha menyusun semula
masyarakat melalui dasar-dasar yang dijalankan sejak kewujudan
peristiwa 13 Mei 1969. Oleh itu, kita sebagai wakil generasi hari ini harus
memahami kedudukan masyarakat pada masa dahulu dan
menjadikannya sebagai pengajaran, ilmu pengetahuan dan panduan
di masa hadapan untuk memwujudkan masyarakat bersatu padu dan
mencapai matlamat bangsa idaman.
15
Bahan rujukan :
https://sejarahnusantaraef.blogspot.com/2018/02/1.html
http://bicarasejarah.blogspot.com/2011/04/negara-
bangsa.html
https://penanginstitute.org/news/highlights-at-penang-
institute/syarahan-bangsa-idaman-sebuah-kupasan-
mengenai-usaha-merintis-malaysia-baharu/
https://www.malaysiakini.com/news/484613
https://core.ac.uk/download/pdf/11489642.pdf
https://penanginstitute.org/wp-
content/uploads/2019/08/Slides-Syarahan-Bangsa-
Idaman.pdf
16