"SIMBA"
"Simba" WWaannSSuuffiiaaNNaajjiihhaahhbbiinnttiiWWaannRRoossllaann PPTT22SS22--99 BBMMMMBB33008833 DDrraammaa DDaallaammPPeennddiiddiikkaann DDrrNNoooorr HHaayyaattii bbiinnttii CChheeMMaatt IIPPGG KKaammppuuss IIllmmuu KKhhaass ((22002233))
PENGHARGAAN Dengan penuh kesyukuran kehadrat Ilahi kerana limpah kuriannya, dapat saya menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Saya mengucapkan sepenuh penghargaan kepada Dr. Noor Hayati binti Che Mat kerana meletakkan kepercayaan beliau kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh yang ditetapkan. Syukur Alhamdulillah, sepanjang proses menyiapkan tugasan ini banyak yang telah saya pelajari. Saya telah memperoleh seribu satu pengalaman yang amat bermakna.
Tema Keprihatinan dan keakraban sebuah persahabatan yang ditunjukkan oleh sekumpulan haiwan yang tinggal di dalam hutan sewaktu menyelesaikan misi mencari dan menyelamatkan kawannya yang telah hilang. SINOPSIS Simba merupakan seekor kucing hutan yang sangat disukai dan disenangi oleh semua haiwan yang berada di dalam hutan. Perwatakannya yang baik hati, peramah dan periang telah menyebabkan semua haiwan lain senang berkawan dengannya. Namun, terdapat seekor musang iaitu Paguma yang sangat benci dan busuk hati terhadap Simba. Suatu hari dia telah merancang untuk menyingkirkan Simba dengan membuat satu perangkap. Disebabkan kejadian itu, Simba telah hilang selama dua hari tanpa khabar berita. Kehilangan Simba telah memberi seribu tanda tanya oleh semua haiwan. Walau bagaimanapun, berkat pertolongan haiwan-haiwan lain, dia telah dijumpai dalam keadaan yang menyedihkan. Persoalannya adakah Simba masih hidup atau telah pergi buat selama-lamanya?
Watak dan perwatakan Simba Seekor kucing hutan Mempunyai bulu yang bewarna coklat dan bertompok Baik hati Rajin Suka menghulurkan bantuan kepada haiwan lain Paguma Seekor musang Mempunyai bulu bewarna jingga dan berbelang hitam putih Pendendam Busuk hati Pumba Seekor monyet Mempunyai bulu bewarna perang Lincah Baik hati Penyayang Lusi Seekor Arnab Mempunyai bulu bewarna putih Suka berlari Baik hati Bijak Penyayang Masimus Seekor gajah Berbadan besar dan gagah perkasa Bewarna kelabu Baik hati Penyayang
Babak 1
Di dalam hutan, tinggal sekumpulan haiwan yang hidup dalam keadaan yang harmoni. Subuh hari lagi semua haiwan sudah sibuk mengisi masa dengan membuat aktiviti masing-masing. Mereka berasa sangat gembira kerana musim tengkujuh telah berakhir. Segala aktiviti yang tertunda telah dapat dijalankan seperti sedia kala.
(bunyi burung berkicauan) Simba : Hai, selamat pagi Pumba (sambil melambaikan tangan dan berjalan ke arah Pumba). Pumba : Hai Simba, kau sihat? Simba : Sihat, hari ini aktiviti apa yang kau nak buat? Pumba : Selepas ini, aku mahu memetik buah pisang untuk membuat stok makanan di rumah aku. Memandangkan musim tengkujuh sudah berakhir, bolehlah aku memetik semua buah pisang yang ada di dalam hutan ini. Simba : Oooo, kau mahu aku tolong untuk memetik buah pisang itu? Pumba : Tidak mengapa Simba, aku sudah berjanji dengan kawankawan aku untuk pergi memetik buah pisang bersama-sama. Simba : Baiklah, aku pergi berjalan dahulu. Mungkin ada kawan-kawan kita yang memerlukan bantuan.
Simba terus berjalan sambil bersiul. Pagi itu dia memang tidak mempunyai sebarang aktiviti untuk dilakukan. Oleh sebab itu, dia bercadang untuk menolong rakan-rakannya yang memerlukan bantuan. Ketika sedang berjalan, Simba telah terserempak dengan Lusi yang sedang gembira melompat-lompat. Simba : Hai Lusi, kamu hendak ke mana? Lusi : Aku sedang bersenam Simba, sudah lama aku tidak mengeluarkan peluh kerana cuaca yang sentiasa hujan. Sekarang aku ingin melompat sepuas-puasnya. Simba : Baiklah teruskan bersenam Lusi, jangan lupa minum air secukupnya. Lusi : Terima kasih Simba kerana mengingatkan aku.
Simba teruskan berjalan dan telah terserempak pula dengan Masimus yang sedang gigih mengalihkan beberapa batang pokok yang tumbang di dalam sungai akibat daripada hujan lebat yang berterusan selama beberapa hari lepas. Simba : Hai Masimus, kamu memerlukan bantuan? Aku boleh bantu kamu untuk mengalihkan batang-batang pokok ini. Masimus : Hai Simba, sebenarnya aku telah berjanji dengan Paguma untuk mengalihkan batang pokok ini bersama-sama. Mungkin dia ada perkara yang perlu dilakukan yang menyebabkan dia terlewat untuk datang ke sini. Bolehlah kamu membantu aku sementara menunggu Paguma tiba. Simba : Baiklah dengan senang hatinya aku membantu kamu untuk mengalihkan batangbatang pokok ini. Mereka berdua melakukan kerja tersebut bersama-sama sambil berbual-bual dan ketawa. Tanpa disedari, ada Paguma yang sedang memerhati gelagat mereka dari jauh dengan perasaan iri hati. Dari jauh Paguma bermonolog… Paguma : (monolog) Haih Simba ini, semua perkara kau nak sibuk. Aku yang sepatutnya tolong Masimus untuk mengalihkan batang pokok itu, bukan engkau. Kau memang sengaja mahu tunjuk baik di depan semua haiwan-haiwan lain. Disebabkan dia terlalu marah dan iri hati dengan Simba, Paguma telah berlalu pergi meninggalkan Masimus dan tidak menolongnya pada hari itu.
Babak 2
Hari yang berikutnya, Simba telah bercadang untuk membuat aktiviti gotong-royong bagi membersihkan kawasan hutan. Semua haiwan lain telah bersetuju dan menerima cadangan tersebut. Mereka memuji sikap Simba yang sentiasa ringan tulang. Perkara tersebut telah membuatkan Paguma menjadi semakin benci dan menyimpan dendam terhadap Simba.
Simba : (berjalan menuju ke arah rumah Pumba) Pumba oooo Pumba.. kau ada di rumah tak? Aku datang untuk meminta pertolongan kau. Pumba : Ya Simba, ada apa yang aku boleh bantu? Simba : Pumba kau boleh bantu aku untuk sampaikan berita kepada semua haiwan lain bahawa kita akan mengadakan aktiviti gotong-royong pada petang ini. Kau lihatlah keadaan hutan kita ini, tidak terurus disebabkan hujan tanpa henti beberapa hari lepas. Aku harap semua haiwan bersetuju dengan cadangan ini. Pumba : Aku setuju dengan cadangan engkau. Jangan risau Simba, aku akan sampaikan berita ini kepada semua penduduk hutan dan aku pasti mereka semua bersetuju dengan cadangan kau. Simba : Terima kasih Pumba kerana menolong aku. Pumba : (bergayut) Hiyak..hiyak..hiyak.
Pumba terus bergayut dari satu pokok ke satu pokok lain untuk menyampaikan berita tersebut kepada semua haiwan yang tinggal di dalam hutan. Semua haiwan lain telah mendapat maklumat tentang aktiviti yang akan dilakukan pada petang itu, hanya Paguma sahaja yang tidak mengetahui tentang berita yang disampaikan oleh Pumba. Pumba : (berada di hadapan rumah Paguma) Paguma ooo Paguma. Kau ada di rumah tak? Tiada sebarang sahutan yang kedengaran di dalam rumah Paguma. Pumba : (monolog) Mungkin Paguma tidak ada di rumah. Pumba : (berlalu pergi meninggalkan perkarangan rumah Paguma)
Pada waktu petang semua haiwan telah berkumpul di hadapan rumah Simba untuk bersama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan hutan. Namun, hanya Paguma sahaja yang tidak ada pada petang itu. Tiba-tiba.. Paguma : Aik, kenapa semua haiwan sedang berkumpul di hadapan rumah Simba? (menghendap di belakang semaksamun). Paguma : Ooo, Simba sampai hati engkau tidak mengajak aku untuk bergotong-royong bersama dengan haiwanhaiwan lain (berkata-kata dalam nada yang sebak kerana menahan perasaan sedih dan kecewa). Paguma berlalu pergi dalam keadaan yang sangat sedih kerana telah menganggap bahawa Simba telah menghasut haiwan lain untuk pulaukannya. Paguma : Huu..huu..huu (menangis). Aku akan membalas dendam atas perbuatan kau ini.
Babak 3
Dunia seakan menjadi gelap-gelita. Suara haiwan lain kedengaran sayup-sayup sahaja. Simba terus berteriak memanggil nama rakan-rakannya dengan harapan mereka semua dapat mendengar teriakannya.
Keesokan harinya… Paguma : Tok..tok…tok…(ketukan pintu). Simba ooo Simba, kau ada di rumah? Simba : Krekk (bunyi pintu dibuka). Ya, Paguma ada apa kau datang rumah aku pagi-pagi ini? Paguma : Simba aku datang nak minta tolong kau bantu aku untuk mencari buah belimbing di hutan belakang. Aku teringin sangat nak makan buah belimbing itu. Simba : Oooo tiada masalah, aku boleh sahaja bantu engkau untuk kutip buah belimbing itu. Jom! Kita bergerak sekarang. Paguma : (monolog) Hahahaha… kau tunggulah nasib kau lepas ini. Mereka berdua bergerak menuju ke arah hutan belakang. Suasana pada waktu itu sangat sunyi. Hanya kedengaran bunyi cengkerik sahaja.
(bunyi cengkerik) Simba : Paguma kau di mana? Tiba-tiba sahaja kelibat Paguma tidak kelihatan. Hanya Simba sahaja yang berada di situ. Paguma : Aku di sini Simba (menyorok di belakang pokok besar). Simba : (memalingkan kepala dan bergerak ke arah suara Paguma) Tiba-tiba… Simba : Gedebushh…aaaaaa (menjerit). Tolong! tolong aku Paguma, aku berada di bawah ini. Tolong sesiapa yang dengar suara aku.. Pumba! Lusi! Masimus! Paguma : (monolog) Hahahahaha..padan muka kau Simba. Mulai hari ini aku tidak perlu lihat lagi muka kau di hutan ini. Tiada siapa yang dapat tolong kau keluar dari lubang itu. Paguma hanya melihat dari jauh dan pergi begitu sahaja meninggalkan Simba.
Babak 4
Setelah dua hari hilang tanpa jejak, khabar angin tentang Simba semakin hangat diperkatakan oleh penduduk hutan sehinggakan ada yang menggelarnya sebagai haiwan yang lupa daratan.
Paguma : Masimus kau tahu semalam aku nampak Simba keluar dari hutan, aku sengaja cuba ekori dia secara senyapsenyap dari arah belakang. Terkejut aku apabila melihat Simba mengikut seorang pemuda asing. Mungkin dia sudah tidak mahu tinggal di dalam hutan bersama kita. Paguma sengaja mereka-reka cerita dengan harapan Masimus menyampaikan cerita itu kepada haiwan-haiwan lain. Masimus : Oh! patutlah dia sudah tidak kelihatan selama dua hari. Aku pergi ke rumah dia pun tiada sesiapa. Aku tidak sangka Simba sanggup tinggalkan kita.
Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, Masimus telah terserempak dengan Pumba dan Lusi. Masimus : Kau tahu tak Simba telah tinggalkan kita dan pergi mengikut seorang pemuda asing. Aku berasa sangat sedih. Dia telah berjanji untuk tidak akan tinggalkan hutan ini. Pumba & Lusi: Apa? Betul ke apa yang kau dengar ini Masimus? Lusi : Siapa yang beritahu kau ini? Masimus : Tadi aku terserempak dengan Paguma, dia yang ceritakan semuanya kepada aku. Pumba : Sampai hati Simba mengkhianati persahabatan kita. Aku ingat kita ini seperti sebuah keluarga yang sentiasa ada di kala waktu susah atau senang. Lusi : Firasat aku tetap mengatakan Simba tidak akan meninggalkan kita tanpa alasan yang munasabah. Tidak mengapalah aku perlu pergi sekarang, aku mahu mencari sayur-sayuran yang enak di hutan belakang. Entah mengapa, Lusi seakan-akan ada perasaan yang tidak baik terhadap sikap Paguma. Dia langsung tidak percaya kata-kata Paguma. Disebabkan itu, dia tidak berminat untuk meneruskan perbualan dengan Pumba dan Masimus.
Lusi : Lalalalalala (melompat keriangan). Banyaknya sayur-sayuran yang segar di kawasan ini. Aku mesti kutip kesemuanya. Sedang asyik mengutip sayur, tiba-tiba Lusi terjatuh dalam satu lubang yang sangat dalam. Lusi : Aaaaaaaaa (menjerit). Dalam dan gelapnya lubang ini. Haihhh penat aku nak kena gali untuk keluar dari lubang ini. Itulah kalau seronok sangat sampai lupa diri. Tiba-tiba.. Simba : To...tolong aku (suara terketar-ketar). Lusi : Eh, Simba! Kau di sini? Patutlah sudah dua hari kami tidak jumpa kau. Sedihnya aku melihat keadaan kau.. sungguh tidak bermaya dan pucat. Tunggu Simba, aku akan memanggil haiwan lain untuk bantu kau. Lusi teruskan menggali supaya dapat keluar dari lubang yang dalam itu.
Lusi : Masimus! Masimus! Mari bantu aku selamatkan Simba. Dia sekarang berada di dalam lubang yang sangat dalam. Masimus : Apa? Simba? Cepat mari kita pergi selamatkan dia. Mereka berdua pergi menyelamatkan Simba dalam keadaan yang tergesa-gesa. Masimus : Sila pegang belalai aku ini dengan kuat Simba. Dalam kiraan tiga, aku akan mengangkat kau menggunakan belalai aku ini. Satu … dua… tiga… hiyakkkkk! Lusi : Ya, pegang dengan erat belalai Masimus itu Simba! Aku yakin kau boleh keluar dari lubang ini. Akhirnya, persoalan yang timbul dalam kalangan penduduk hutan telah terjawab. Semua haiwan berasa sangat gembira kerana Simba telah dijumpai dalam keadaan yang selamat walaupun keadaan kesihatannya sedikit merosot.
Babak 5
Segala perbuatan jahat yang dilakukan akhirnya terbongkar juga. Perbuatan jahat yang dilakukan itu telah memberi kesan yang buruk kepada si pelaku.
Keesokan harinya, di rumah Simba Masimus : Cuba kau ceritakan kepada kami apa sebenarnya yang telah berlaku kepada kau. Lusi : Ya, aku juga mahu tahu apa yang telah terjadi kepada kau. Pumba : Kau hilang selama dua hari, aku fikir kau tidak sudi lagi tinggal bersama kami di dalam hutan ini (nada sebak). Simba : Ak..aku minta maaf kerana telah buat kamu semua bimbang. Sebenarnya, dua hari lepas Paguma telah mengajak aku untuk pergi menolongnya mencari buah belimbing di kawasan hutan belakang. Tanpa berfikir panjang, aku bersetuju sahaja dengan permintaannya. Aku memang ikhlas ingin membantu dia mencari buah belimbing itu. Tidak sangka pula dia sanggup melakukan perkara sebegitu kepada aku (nada kecewa). Lusi : Ha, memang aku dah jangka Paguma itu memang ada niat jahat terhadap kau Simba. Dia itu memang busuk hati! Masimus : Oooo jadi dia lah yang telah menyebarkan khabar angin buruk tentang kau semasa kau hilang. Maafkan aku Simba, aku terlalu cepat percaya dengan kata-kata Paguma. Pumba : Ya, aku juga.. Maafkan aku Simba.
Setelah selesai melawat Simba, mereka semua ingin pulang ke rumah masing-masing. Tiba-tiba mereka telah terserempak dengan Paguma. Lusi : Woi, Paguma! Kami semua sudah tahu sebab sebenar kehilangan Simba (nada marah). Masimus : Pandai kau mereka-reka cerita buruk tentang Simba. Aku fikir kau ini baik, rupa-rupanya hanya bertalam dua muka sahaja. Pumba : Aku rasa semua penduduk hutan patut pulaukan dia. Tiada hati perut! Kau sanggup melihat Simba jatuh di dalam lubang yang dalam itu dan tinggalkan dia bersendirian? Kau tidak layak dipanggil sahabat! Paguma : Ak..aku minta maaf (terketar-ketar ketakutan). Aku tak sangka perbuatan aku ini telah menyebabkan Simba jatuh sakit. Masimus : Itu semua alasan! Mulai dari saat ini, kami tidak mahu lihat lagi muka kau. Lusi : Pergilah kau mencari kawasan hutan lain dan jangan bertemu dengan kami lagi sehingga kau betul-betul insaf dengan perbuatan kau. Pumba : Ya, aku setuju dengan kata-kata Lusi itu. Paguma terkedu dan tidak mampu membalas kata-kata dari rakan-rakannya. Dia terus berlari meninggalkan tempat itu. Sejak daripada itu, kelibat Paguma sudah tidak kelihatan lagi di dalam hutan tersebut.
-TAMAT- "Pengajarannya kita janganlah mempunyai perasaan iri hati terhadap orang lain kerana perasaan itu sebenarnya akan memberi kesan buruk terhadap diri kita sendiri"
GGlloossaarrii iri hati- berasa tidak senang dengan kelebihan orang lain. gelagat- tingkah laku ringan tulang- rajin sampai hati- tergamak melakukan sesuatu firasat- perasaan hati bahawa akan terjadi sesuatu lupa diri- tidak sedar busuk hati- orang yang berhati jahat khabar angin- khabar yang tidak pasti kebenarannya talam dua muka- berpura-pura baik insaf- rasa belas kasihan