The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syifa_matul, 2019-10-11 17:00:46

HARI KOPERASI DAN BULAN SUKAN NEGARA

HARI KOPERASI DAN BULAN SUKAN NEGARA

DIRASMIKAN OLEH



KUIZ KOPERASI

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, PRESIDEN ANGKASA

“KOPERASI SEKOLAH MEMBENTUK KEMENJADIAN MURID” merupakan satu tema
yang tepat bagi Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS) pada tahun ini. Ini kerana
untuk membentuk kemenjadian pelajar sebagai insan yang sempurna atau holistik, ia bukan
sahaja memerlukan pendidikan di dalam kelas tetapi juga di luar kelas.

Dalam hal ini, koperasi sekolah merupakan instrumen yang paling lengkap dalam
membentuk peribadi dan sahsiah diri pelajar-pelajar. Penubuhan dan perjalanan koperasi mesti
berteraskan kerjasama tanpa mengambil kira bangsa, agama dan warna kulit misalnya, cukup
berkesan dalam memupuk dan memperteguhkan perpaduan nasional di peringkat akar umbi atau
sekolah yang patut dilihat kelebihannya oleh semua pihak. Melalui kerjasama juga akan
menzahirkan sikap tolong menolong, bantu membantu, bersatu padu, mengambil berat, prihatin
dan banyak lagi yang sekiranya dipupuk mampu melahirkan bangsa Malaysia yang unggul. .

Koperasi sememangnya sangat berguna kepada pelajar-pelajar. Di samping memberi
didikan dan latihan juga memberi banyak faedah dari segi ekonomi. Koperasi sebenarnya tidak
menghalang pelajaran persekolahan, sebaliknya telah menambahkan lagi pelajaran dan
keazaman untuk terus maju. Sifat-sifat yang ada pada koperasi juga sesuai dengan keperluan
arus perdana negara yang berhasrat untuk melahirkan lebih ramai golongan muda berdikari
menceburi perniagaan dan tahu mengurus kewangan dengan baik melalui amalan berjimat
cermat.

Sekurang-kurangnya sembilan faedah besar yang boleh diperoleh pelajar-pelajar melalui
koperasi termasuklah – pengamalan demokrasi, penyebaran amalan dan pendidikan koperasi,
pengetahuan dan amalan perniagaan, perpaduan, pengetahuan dan latihan kepimpinan,
pengurusan kewangan, amalan dan sikap jimat cermat serta latihan pengurusan. Kesemua ini
penting dalam pembinaan masyarakat Malaysia masa hadapan, lebih-lebih lagi dalam konteks
mencapai status negara maju.

Pelajar-pelajar sekolah adalah pemimpin masa depan, orang dewasa masa depan dan
individu masyarakat masa depan yang mempengaruhi pembinaan sosial masa depan. Sekiranya
pelajar-pelajar itu dilengkapi dengan amalan-amalan dan latihan bertujuan ke arah pembinaan
seperti itu, maka masyarakat masa depan dengan sendirinya terbina mengikut seperti yang
dijangkakan. Dalam konteks alam persekolahan kini, kita sudah boleh lihat sekolah-sekolah yang
ada koperasi telah membuktikan kejayaan itu.

Akhir kata, marilah kita terus menjadikan koperasi sekolah satu instrumen penting
dalam pembinaan jati diri bangsa Malaysia yang bersatu padu dan unggul.

DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH
Presiden ANGKASA
Merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)

SEMANGAT KOPERASI

Kami sedia membantu
Kerana cintakan bangsa

Bekerja capai mutu
Berdikari motto utama

Ilmu seumur hidup serta amanah
Hapuskan sistem penjajah
Rintangan dalam sejarah
(ULANG 1x)

Jiwa demokrasi
Keupayaan koperasi
Jangan harap subsidi
Berdiri di atas kaki sendiri

Kuatkan semangat
Bangunkanlah jiwa yang hebat

Bersatu demi rakyat
Hidup dalam muafakat

Wawasan 2020
Kita tidak akan mengeluh

Bersedia berstrategi
Menentukan nasib sendiri

(ULANG 1x)


Click to View FlipBook Version