MPU23012 PENGAJIAN ISLAM
KESAN PEMBANDARAN
PESAT TERHADAP ALAM
SEKITAR
DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN SESI 2 2021/2022
2
SELAMAT DATANG
KE EFOLIO KAMI !
AHLI KUMPULAN
NUR ALEEYA MAISARA BINTI MOHAMAD JAIS
20DSK21F1035
RABIATUL ADAWIYAH BINTI M.EFFANDY
20DSK21F1027
3
PENGHARGAAN
Bersyukur kepada Tuhan kerana dengan izin kurnianya, kami dapat menyiapkan
tugasan e-folio ini dengan sempurna dengan jayanya. Sepanjang menyiapkan
tugasan ini, kami telah memporelah pelbagai maklumat bagi tajuk e-folio kami iaitu
Kesan pembanguna bandar yang pesat terhadap alam sekitar. Kami juga ingin
merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah yang mengajar bagi kursus ini,
MPU23012 PENGAJIAN ISLAM yang telah memberikan tugasan ini, Encik Mohd.
Norfaeezwan Bin Buang. Beliau telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada
kami untuk menghasilkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada ahli kumpulan yang
telah memberi kerjasama dan bertungkus-lumus dalam menyiapkan tugasan e-folio
ini dengan sempurna, terima kasih diucapkan. Semoga e-folio ini dapat memberi
manfaat dan panduan kepada semua.
ISI KANDUNGAN 4
PENGENALAN 5
PENCEMARAN ALAM SEKITAR 7
FENOMENA CUACA 11
PENCEMARAN HUTAN 15
KESIMPULAN 17
RUJUKAN 19
5
1
PENGENALAN
APAKAH ITU PEMBANDARAN DAN KESANNYA TERHADAP ALAM SEKITAR...
6
PENGENALAN
Proses pembandaran adalah pembandaran
bermaksud perubahan daripada pekan kecil
ataupun kampung kepada sebuah bandar.
Faktor pembandaran ini adalah pertambahan
penduduk di sesuatu tempat tersebut, tanah
pamah yang luas dan rata yang menggalakan
kerja pembangunan, sector pelancongan yang
semakin maju dan sebagainya. Akan tetapi,
pembandaran yang pesat ini memberikan kesan
yang negatif terhadap alam sekitar. Antara
kesan-kesannya adalah...
7
2
PENCEMARAN ALAM SEKITAR
PENCEMARAN AIR, PENCEMARAN UDARA, PENCEMARAN BUNYI
8
PENCEMARAN ALAM SEKITAR
PENCEMARAN AIR Aktiviti perkilangan serta perindustrian yang pesat
menyebabkan pencemaran air. Terdapat sungai-
sungai yang tercemar yang berpunca daripada
pembuangan sisa toksik yang disalurkan dari kilang-
kilang. Bukan itu sahaja, malah hidupan akuatik juga
akan terancam yang berpunca pencemaran sungai
ini. Tambahan lagi, sumber air sebagai keperluan
seharian kita akan kotor.
Cara mengatasi pencemaran air antaranya ialah
menubuhkan kelab pecinta sungai. Hal ini akan
menambah ilmu pengetahuan bagi sukarelawan yang
menyertai kelab ini akan pentingnya kebersihan air
kepada kehidupan seharian kita. Bukan itu sahaja,
malah mengenakan tindakan undang-undang seperti
denda kepada pihak yang mencemarkan sungai.
9
PENCEMARAN ALAM SEKITAR
PENCEMARAN UDARA Asap yang dikeluarkan dari kilang serta kenderaan
boleh memberikan kesan yang buruk kepada udara
yang boleh menyebabkan pencemaran udara. Hal
ini juga menyebabkan terjadinya jerebu yang teruk
serta kita tidak dapat menghirup udara yang segar
atas faKtor udara yang tidak bersih.
Cara mengatasi pencemaran udara ialah
menggunakan petrol tanpa plumbum pada
pelepasan asap pada kereta bagi mengurangkan
jerebu. Seterusnya, mengenakan tindakan yang
tegas kepada pihak yang tidak bertanggungjawab
yang mencemarkan udara.
10
PENCEMARAN ALAM SEKITAR
PENCEMARAN BUNYI Bunyi yang dikeluarkan dari sector pembinaan ataupun
pengangkutan boleh menyumbang kepada
pencemaran bunyi di bandar-bandar yang maju dan
pesat. Hal ini boleh menyebabkan terganggunya
kepada penduduk untuk menjalani kehidupan seharian
mereka.
Cara mengatasi pencemaran bunyi ialah semua pihak
perlu mengambil inisiatif dalam menghasilkan enjin
kereta yang lebih senyap dan mesra alam. seterusnya,
penguatkuasaan undang-undang contohnya,
kontraktor binaan dilarang melakukan sebarang aktiviti
pembinaan pada waktu malam supaya tidak
menganggu ketenteraman penduduk
11
3
FENOMENA CUACA
HUJAN ASID, PENIPISAN LAPISAN OZON, PULAU HABA
BANDAR, KESAN RUMAH HIJAU, BANJIR KILAT
12
FENOMENA CUACA
HUJAN ASID
Pembinaan bangunan pencakar langit dan dibina rapat-
rapat serta berkaca menyebabkan terjadinya pulau haba di
bandar-bandar Kuala Lumpur, Georgetown dan Johor
Bahru. Suhu di pusat bandar-bandar ini lebih tinggi 2 hingga
3 darjah Celsius berbandar kawasan pinggirnya.
PENIPISAN LAPISAN OZON
Penggunaan gas kloroflorokarbon (CFC) telah menyebabkan
berlakunya kebocoran lapisan ozon. Ini amat bahaya kerana
boleh membawa kesan buruk seperti menjejaskan hasil
pertanian, penyakit barah kulit dan katarak mata kepada
manusia.
13
FENOMENA CUACA
PULAU HABA BANDAR
Pembinaan bangunan pencakar langit dan dibina rapat-
rapat serta berkaca menyebabkan terjadinya pulau haba di
bandar-bandar Kuala Lumpur, Georgetown dan Johor
Bahru. Suhu di pusat bandar-bandar ini lebih tinggi 2 hingga
3 darjah Celsius berbandar kawasan pinggirnya.
KESAN RUMAH HIJAU
Gas-gas beracun yang menyeliputi atmosfera menyebabkan
suhu bumi semakin meningkat. Fenomena ini dipanggil kesan
rumah hijau. Kesan yang paling teruk ialah pemanasan global
yang menyebabkan pencairan ais di kutub.
14
FENOMENA CUACA
BANJIR KILAT
Jalan-jalan berturap dan bertar di bandar-bandar
menyebabkan air hujan yang turun tidak dapat diserap.
Akibatnya dalam tempoh yang singkat (2 jam) akan
berlaku banjir kilat. Keadaan ini sering berlaku di Kuala
Lumpur yang sering menyebabkan kerosakan harta benda
seperti kereta kerana tidak sempat diselamatkan
disebabkan fenomena ini berlaku secara tiba-tiba dan
cepat.
15
4
PENCEMARAN HUTAN
16
PENCEMARAN HUTAN
- PENINGKATAN PENEBANGAN POKOK BAGI TUJUAN
PEMBINAAN
- KEPUPUSAN FLORA DAN FAUNA
- KEPUPUSAN HABITAT FLORA DAN FAUNA
- PERUBAHAN LANDSKAP HUTAN
Cara mengatasi pencemaran hutan ialah
menguatkuasakan undang-undang dengan mengenakan
denda di bawah Akta tertentu kepada pihak yang
melanggar undang-undang dalam penjagaan hutan.
17
KESIMPULAN
Konklusikanya, Kegiatan pembandaran yang pesat telah memberikan kesan positif dan negatif terhadap alam sekitar. Semua
pihak hendaklah 'bagai aur dengan tebing' bekerjasama dalam usaha mengurangkan masalah pembandaran di Malaysia.
Bandar dan pinggir bandar merupakan dua pusat yang saling memerlukan dalam usaha memastikan perbandaran yang
dirancang memberi manfaat kepada masyarakat pinggiran yang menerima secara positif impak rebakan yang berlaku.
Ketepuan tanah bandar akibat kerancakan pertumbuhan pembangunan di kawasan bandar tidak lagi mampu menampung
aktiviti pembangunan yang dirancang. Pinggir bandar merupakan tadahan perbandaran dan kawasan paling sesuai dalam
menampung percambahan penempatan bandar sama ada bagi pembangunan pentadbiran, pendidikan, perindustrian, kediaman,
pusat perniagaan dan komersial yang telah dirancang untuk masa hadapan. Transformasi kawasan pinggiran kepada
penstrukturan bandar merupakan fenomena biasa akibat pertumbuhan pesat kota metropolitan yang membangun sekaligus
memberi kesan limpahan penempatan di pinggir bandar. Malah rebakan pembangunan di pinggir bandar juga mampu
meningkatkan taraf kehidupan masyarakat sekitarnya. Kemudahan infrastruktur perbandaran, pengukuhan kehidupan sosial
antara masyarakat, kurangnya kesesakan lalu lintas, udara segar dan nyaman merupakan aset-aset yang masih boleh dinikmati
di pinggir bandar. Namun proses pembangunan yang sedang rancak dilaksanakan dalam menggarab kemajuan mempertikaikan
nasib kedudukan penduduk pinggir bandar yang tinggal berhampiran bandar. Pembangunan yang tidak terancang
mengakibatkan ancaman kualiti hidup masyarakat pinggiran walaupun terdapat keupayaan limpahan perbandaran ke kawasan
pinggiran menjanjikan perubahan kualiti hidup yang lebih baik. Kesan ‘cultural shock’ sama ada negatif atau positif akibat
perubahan pembangunan ini sekiranya tidak diuruskan dengan sebaik mungkin akan mengundang pelbagai masalah kepada
masyarakat pinggir bandar. Masalah perbandaran yang tidak terkawal akan menular di pinggiran yang mengakibatkan
peningkatan gejala sosial yang merosakkan ketamadunan manusia, pelbagai masalah jenayah yang semakin sukar dibendung,
isu-isu pencemaran alam sekitar, banjir kilat, kenaikan harga hartanah dan pencerobohan penggunaan tanah serta kesesakan
lalu lintas. Malah apa yang paling dikesali adalah ancaman kepupusan monumen dan tinggalan tradisi masyarakat Melayu
pinggir bandar selain ancamam kualiti hidup masyarakat pinggir bandar itu sendiri.
18
TERIMA KASIH
19
RUJUKAN
http://kelip-kelipancontest.blogspot.com/
http://sitifarzanaiwani.blogspot.com/2013/09/contoh-kesan-negatif-
pembandaran.html
https://pdfcookie.com/documents/kesan-pembandaran-terhadap-alam-
sekitar-3lkz1nk4rplk
https://www.permohonan.my/pencemaran-alam-sekitar/