BAB 4 MAKANAN DAN PEMAKANAN Dari:Tharishini dan Darnushana Kelas:4 Perniagaan
4.3 DIET SEIMBANG {A} DIET DAN DIET SEIMBANG Maksud; ❖ Pengambilan makanan oleh individu. ❖ Meningkatkan dan memelihara kesihatan tubuh badan. ❖ Peruntukan diet harian seimbang yang disarankan adalah berdasarkan PIRAMID MAKANAN.
DIET SEIMBANG MAKSUD; o Pengambilan makanan yang mengandungi semua nutrien seperti PROTEIN,LEMAK,AIR, VITAMIN,GARAM MINERAL,KARBOHIDR AT dan pelawas dalam kuantiti yang diperlukan oleh tubuh badan.
{B} Faktor yang mempengaruhi pengambilan diet.. 1.KEPERLUAN FISIOLOGI Pengambilan makanan untuk mengawal kesihatan yang baik bergantung pada keperluan fisiologi setiap individu seperti; ▪ UMUR • Kanak-kanak dan remaja memerlukan nutrien Pembina tubuh badan untuk proses tumbesaran. • Orang dewasa dan remaja yang aktif memerlukan lebih nutrien pembekal tenaga. • Golongan tua memerlukan nutrient untuk memelihara kesihatan,vitamin dan mineral untuk pertahanan tubuh. ▪ JANTINA • Kaum Wanita memerlukan ferum yang lebih untuk menggantikan kehilangan darah melalui haid dan bersalin • Kaum lelaki memerlukan makanan pembekal tenaga yang lebih kerana mereka lebih aktif dan mempunyai lebih tisu otot. ▪ SAIZ BADAN • Mempunyai saiz tubuh badan yang besar memerlukan lebih makanan pembekal tenaga. ▪ AKTIVITI HARIAN • Aktif memerlukan makanan pemberi tenaga dan pembina tubuh kerana aktiviti yang dijalankan lebih menggunakan tenaga berbanding dengan seseorang yang kurang aktif. ▪ TAHAP KESIHATAN • Seseorang pesakit memerlukan diet tertentu bergantung kepada tahap kesihatan dan nasihat doktor.
2.PENDIDIKAN Pengetahuan terhadap pemilihan diet dan mempunyai ilmu mengenal pola pemakanan yang sihat menjadiakan seseorang lebih prihatin untuk menjaga kesihatan.selepas mempelajari jenis dan fungsi nutrien seseorang itu akan prihatin terhadap diet yang dipilih.
3.GEOGRAFI Diet dipengaruhi oleh iklim dan kemudahan infrastuktur.iklim di Malaysia sesuai untuk menghasilkan sumber makanan seperti BERAS,KELAPA dan PISANG. Beras dan hasil beras menjadi sumber utama sajian harian masyarakat Malaysia.
4.PENDAPATAN KELUARGA Pendapatan keluarga mempengaruhi pemilihan makanan mengikut kemampuan masing-masing.keluarga yang berpendapatan rendah masih mampu mengamalkan diet sihat melalui penyediaan makanan seimbang.Ikan siakap yang mahal boleh digantikan dengan ikan sardin.
5.BUDAYA Kebudayaan pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia mempengaruhi pemilihan makanan dalam sajian harian.perayaan yang disambut oleh pelbagai kaum turut membezakan jenis makanan yang menjadi hidangan. ▪ Makanan isitimewa orang melayu pada hari raya seperti ketupat,lemang dan nasi impit yang boleh dimakan Bersama-sama dengan rendang,serunding atau kari turut digemari oleh kaum lain. ▪ Salad sayuran beraneka jenis dan warna bernama “LOH SANG” dimakan pasa malam Tahun Baru Cina. ▪ Pada hari Deepavali pula kaum india akan dihidangkan makanan seperti tosai,idli,nasi berwarna-warni yang dihidangakan Bersamasama dengan kari. ▪ Kaum Iban di Sarawak akan menghidangkan “MANUK PAN SUH’ atau ayam yang dimasak di dalam buluh sebagai hidangan dihari gawai. ▪ Kaum kadazan kan menghidangkan Men Hinava,Noon Som Bosou sebagai hidangan di hari kelatan.
6.AGAMA Perbezaan agama mempengaruhi pemilihan diet seseorang.setiap agama mempunyai pantang larangnya sendiri. ❑ Agama buddha dan hindu menggalakan amalan diet vegetarian tulen dan vegetarian lakto. Diet ini mengandungi makanan protein daripada sumber tumbahan seperti kacang soya dan hasilnya bagi menggantikan sumber protein haiwan. ❑ Agama islam pula melarang umatnya memakan daging khinzir dan minum minuman keras.
7.KEPERLUAN SOSIAL Keperluan sosial di negara kita telah mengubah corak pengambilan diet. Makanan dan minuman menjadi semakin penting dalam kebanyakan upacara seperti hari jadi,hari ulang tahun perkhawinan,perayaan agama dan budaya. • Pelbagai jenis makanan bagi kaum yang berbeza menjadi kegemaran kaum lain seperti nasilemak, nasi kerabu , nasi dagang, tosai,dim sum dan sebagainya. • Ahli karporat melayani pelanggannya makan di restoran atau hotal. • Bertukar-tukar juadah ke rumah jiran untuk mengeratkan hubungan kejiranan juga mempengaruhi diet.
8.KEMAJUAN TEKNOLOGI Kemajuan teknologi bukan sahaja memudahkan cara penyediaan makanan tetapi juga telah mengubah corak pengambilan diet generasi kini. ▪ Alat penjimat masa seperti ketuhar gelombang mikro,pengisar,pengadun dan sebagainya menjadikan kerja memasak menjadi lebih mudah,cepat dan bersih. ▪ Makanan segera,makanan sejuk beku dan makanan kering turut menjadi pilihan.
c)Piramid Makanan -Piramid makanan ialah satu panduann bagi pemilihan makanan. -Kegunaan pyramid makanan adalah untuk membantu seseorang mengamalkan pemilihan makanan yang sihat dalam kuantiti yang disyorkan. -Pengambila makanan yang sihat akan membolehkan tubuh badan dan otak berfungsi dengan baik. -Selain itu, pengambilan makanan perlu dipelbagaikan kerana tiada makanan yang boleh membekalkan kesemua nutrient yang diperlukan oleh tubuh badan .
Aras Kumpulan Makanan Contoh Makanan Sajian Harian Contoh Satu Sajian Aras 1 Bijirin , hasil bijirin serta ubi-ubian Mi,roti,pasta,nasi,capati,tosai,empi ng jagung ,kentang dan keledek. 4-8 sajian (makan secukupnya daripada kumpulanini) a)1 cawan bbbur nasi b)1 keeping roti c)1/2 cawan nasi d)1/2 cawan pasta /mi/mihun e)1 biji kentang f)1 keping biskut bijirin Aras 2 Buah-buahan dan sayur-sayuran Jambu batu ,belimbing ,nanas ,betik, tembikai ,kubis ,bayam ,kangkong ,sawi 3-5 sajian (makan banyak daripada kumpulan ini) a)1 biji oren b)1 biji pisang c)1 hiris betik/nanas/tembikai d)1/2 cawan sayuran hijau e)1/2 cawan sayur buah/berubi Aras 3 Ikan ,ayam ,daging,karanganlaut dan kekacang Susu, dadih dan keju Ikan bawal, ikan kembung ,ayam ,daging lembu, sotong, udang, ketam, telur, kacang soya, kacang dal, dan kacang tanah. Susu, dadih dan keju kecuali mentega dan krim 2-3 sajian (makan secara sederhana) 1-2 sajian(makan secara sederhana) a)1 ekor ikan kembung b)1 ketul peha ayam c)1 ketul daging tampa lemak (saiz 1”x 2”) d)5 camca besar ikan bilis tampa kelapa e)1 biji telur f)1 camca udang kecil tampa kulit g)1 keping tauhu h)1 keeping tempe i)2 camca besar mentega kacang j)1/2 cawan kacang k)1/2 cawan kekacang kering. l)1 gelas susu rendah lemak m)1 cawan dadih n)1 keeping keju Aras 4 Lemak, minyak, garam, dsn gula Minyak kelapa sawit, minyak jagung, minyak kacang, mentega, krim dan minuman berkarbonat. 15-30 gram (makan sedikit sahaja)
d)Kepentingan Pengambilan Diet seimbang Maksud: -Pengambilan makanan mengikut diet yang seimbang membantu dalam menjamin kesihatan yang baik dan berkualiti. -Diet seimbang boleh dijadikan sebagai tubuh badan bertenaga dan sihat, tumbesaran menjadi sempurna ,wajah akan menjadi lebih berseri dan ceria. • (i)Memastikan Tumbesaran Seimbang -Tubuh badan menerima semua keperluan zat untuk membina badan yang kuat dan sihat.Contohnya, bayi memerlukan lebih banyak protein untuk tumbesaran , iaitu 2g protein bagi setiap kilogram berat badan. • (ii) Mencegah Masalah Kekurangan Nutrien - Pengambilan makanan yang mempunyai nutrien yang lengkap , air dan pelawas dalam kuantiti yang diperlukan oleh tubuh badan akan membantu menjadikan kita sentiasa dan mempunyai daya tahan menghadapi sebarang jangkitan penyakit. • (iii) Mengekalkan Berat badan yang normal - Kita perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang sederhana tetapi cukup khasiat ynag diperlukan oleh badan.Pengawalan dalam pengambilan makanan mengikut diet seimbang mengelak seseorang menjadi obesity yang boleh mengakibatkan penyakit seperti diabetes,darah tinggi dan sakit jantung. • (iv)mengurangkan risiko penyakit berkaitan pemakanan -Pengambilan makanan berkhasiat disarankan untuk memastikan kita sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit yang berbahaya.Selain itu, pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko bebebrapa penyakit seperti kanser,serangan jantung , tekanan darah tinggi,osteoporosis dan diabetes. • (V)memastikan perkembangan mental yang sihat -Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang tidak cukup cerdas atau mudah letih.Keadaan ini menjadikan sesorang gagal berfikir dengan efektif.
Tip diet seimbang 3)Kurangkan pengambilan minyak tepu dan kolesterol -Elakkkan makanan yang mempunyai asid lemak tepu.Biasanya makanan ini terdapat dalam jumlah yang tinggi seperti keju, kulit ayam daging berlemak dan susu penuh krim.Selain itu, pengambilan yang berlebihan akan meningkatkan jumlah kolestrol dan nebgakibatkan penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi. 4)Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari -Dalam setiap hidangan,makan pelbagai jenis sayuran dan buah-bauhan.Sekurang-kurangnya tiga sajian sayur-sayuran dan dua sajian buah-buahan setiap hari. 5)Ambil susu dan produk tenusu secukupnya -Tingkatkan pengambilan susu dengan menambahkan produk susu rendah gula semasa meyediakan minuman .Contohnya, gantikan susu pekat manis dengan susu rendah lemak sama ada bentuk cecair atau tepung. 6)Kurangkan pengambilan garam, gula dan sos -Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi garam seperti ikan masin, telur asin, sayur asin , kerepek dan kerepok ,makanan yang diproses seperti sosej dan nuget. 2)Makan ikan , daging, ayam, telur, dan kekacang secara sederhana -Makan satu sajian ikan setiap hari yang terdiri daripada pelbagai jenis ikan.Kurangkan pengambilan udang dan ketam.Selain itu,masaklah makanan seperti ayam dan daging dengan cara membakar,mengukus atau merebus bagi mengurangkan lemak. 1)Makan Nasi dan Produk Bijirin Secukupnya. -pilihan makanan yang mengandungi bijirin penuh sekurang –kurangnya separuh daripada kumpulan bijirin yang diambil.Contohnya roti dan biskut
Itu sahaja daripada kami,sekian terima kasih