SMK SYEIKH ABDUL GHANI,
BIDOR
PAMERAN BERTEMA
TAHUN BARU CINA
(secara maya)
2022
YEAR OF THE TIGER
Sejarah Tahun Baru Cina
03
Tahun Baru Cina
• Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi
kalender masyarakat Cina. Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, ang
pau, mercun, yee sang dan pakaian ‘cheongsam’ , ia menjadi simbol tradisi
kemeriahan masyarakat cina.
• Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan
kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan
kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau
dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru.
• Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan
bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah
limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok
limau.
• Perayaan yang bersamaan dengan permulaan kepada musim bunga di
China adalah permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang
kita ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan
kepada orang Buddha. Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa dahulu
Buddha telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi Cuma
12 binatang sahaja yang sampai.
• Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi
penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha.
Binatang-binatang itu ialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing,
ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab. Kononnya dikatakan bahawa
mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan untung
nasib binatang tersebut.
Sumber:http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/kebudayaan-di-malaysia/5745-sambutan-tahun-baru-cina
Zodiak
• Dalam astrologi Cina, terdapat
satu zodiak Cina, iaitu kitaran 12 tahun
yang terdiri daripada dua belas ekor
haiwan yang melambangkan dua belas
jenis personaliti berbeza.
• Dan permulaan kepada zodiak cina ini juga
yang menandakan permulaan tahun baru
Kalendar Qamari Cina bagi masyarakat
Cina di seluruh dunia sejak dahulu lagi.
Zodiak Cina ini diungguli dengan 12
karektor haiwan sebagai lambangnya.
Tahun 2022
TAHUN HARIMAU
Tahun Harimau
• Harimau (虎) ialah bintang haiwan yang ketiga dalam kitaran 12 haiwan zodiak Cina.
Bintang harimau dilambangkan oleh dahan duniawi 寅. Harimau adalah yang ketiga dari
semua haiwan zodiak. Dalam budaya Cina, harimau dilihat sebagai penjaga kanak-
kanak.
• Penuh dengan kehidupan, mereka yang dilahirkan di bawah tanda ini tidak takut, mulia
dan penuh semangat. Mereka penyayang, pemurah dan bersikap empati terhadap
sesama manusia. Optimis, harimau memiliki banyak spunk dan lebih suka mati daripada
menyerah pada cita-cita mereka. Mereka bersikap tegas dan mudah tegang atas hal-hal
sepele, memungkinkan kecemburuan dan sifat suka masuk ke jalan penilaian yang lebih
baik. Harimau sensitif, bersemangat, romantis, dan boleh menjadi pasangan penyayang
dan penyayang.
• Harimau pada umumnya sihat. Mereka begitu aktif dan mereka suka menjalankan
pelbagai jenis perniagaan sukan. Penyakit kecil, seperti selesema tahunan, batuk dan
demam, jarang dialami oleh harimau. Namun, mereka harus menghindari senaman
yang berat kerana beberapa tindakan berbahaya boleh menyebabkan bahaya fizikal.
7 Hidangan
Wajib
Semasa
Tahun Baru
Cina
1. IKAN
• Ikan ataupun (鱼 Yú /yoo/) merupakan antara
makanan yang wajib ada di atas meja makan
semasa makan malam keluarga sebelum Tahun
Baru Cina menjelang.
• Hal ini demikian kerana sebutan ‘ikan’ dalam
Mandarin mempunyai sebutan yang sama dengan
perkataan Mandarin yang merujuk pada maksud
‘lebihan’.
• Oleh itu, masyarakat Cina percaya bahawa jika
mereka makan ikan, khususnya spesies ikan
tertentu pada malam sebelum sambutan Tahun
Baru Cina, mereka akan ada simpanan (lebihan)
pada penghujung tahun agar mereka dapat lebih
banyak lagi pada tahun seterusnya.
2. LADU CINA
• Ladu merupakan makanan yang cukup sebati dalam
sajian masyarakat Cina sejak lebih 1800 tahun dahulu.
Ladu merupakan sajian tradisional yang sering kali
dikaitkan dengan jamuan makan malam Tahun Baru
Cina, khususnya di Utara China.
• Ladu Cina merupakan sebahagian daripada sajian
wajib Tahun Baru Cina kerana ladu merupakan simbol
kekayaan. Hal ini demikian kerana bentuk ladu adalah
sama seperti wang emas Cina yang berbentuk seperti
bot kecil.
• Menurut kepercayaan, lebih banyak ladu yang dimakan
semasa sambutan Tahun Baru Cina, lebih banyak
wang yang anda akan jana sepanjang tahun.
3. POPIA
• “Popia ataupun Chūnjuǎn (春卷), pada mulanya, disediakan
untuk dinikmati semasa Pesta Musim Bunga. Popia merupakan
hidangan yang cukup popular di wilayah di Timur China seperti
di Jiangxi, Jiangsu, Shanghai, Fujian, Guangzhou, Shenzhen
dan Hong Kong.
• Popia merupakan gulungan berbentuk silinder yang diisi inti
sayur, daging atau sesuaty yang manis. Inti ini digulung
dengan kulit pastri yang akan digoreng hingga menjadi warna
perang keemasan.
• Bagi individu berketurunan Kantonis, popia merupakan
sebahagian hidangan dim sum. Pada Tahun Baru Cina, popia
merupakan hidangan yang menandakan kekayaan. Hal ini
kerana popia kelihatan seperti jongkong emas.
4. PULUT (NIAN GAO)
• Kek Pulut atau Nian Gao merupakan satu sajian
tradisional wajib setiap kali sambutan Tahun Baru Cina
menjelang.
• Bagi masyarakat Cina, Nian Gao ialah homonim yang
merujuk pada frasa ‘semakin tinggi tahun demi tahun’.
Hidangan Nian Gao semasa jamuan makan malam
adalah cukup penting bagi golongan peniaga kerana
hidangan ini menandakan peningkatan dan
pengembangan perniagaan mereka ataupun terdapat
peningkatan dalam kehidupan mereka.
• Nian Gao lazimnya manis dan disediakan
menggunakan bahan-bahan seperti pulut beras, gula,
buah berangan, kurma cina dan daun bunga teratai.
5. BEBOLA PULUT
MANIS
• Bebola pulut manis atau Tāngyuán (汤圆)
lazimnya dihidangkan semasa sambutan
Pesta Tanglung tetapi di selatan China,
bebola pulut manis dimakan semasa Tahun
Baru Cina.
• Sebutan dan bentuk bebola pulut ini
seringkali dikaitkan dengan hubungan
kekeluargaan yang erat dan kesatuan. Oleh
sebab itulah hidangan ini merupakan
hidangan wajib semasa jamuan makan
malam.
6. MIHUN PANJANG
● Mi Panjang ataupun Chángshòu Miàn (长
寿面) merupakan hidangan yang dikaitkan
dengan umur panjang. Mi yang panjang
dan tidak dipotong menandakan
kepanjangan usia individu yang diberikan
mi tersebut.
● Hidangan mi panjang ini lazimnya,
disediakan dengan menggoreng atau
dimakan dengan sup.
7. BUAH BERTUAH
• Buah Oren dan Limau
Makan atau mempamerkan buah oren dan limau dilihat
sebagai tanda tuah dan kekayaan kerana sebutan dan
ejaan buah-buahan tersebut dalam bahasa Mandarin
iaitu chéng (橙) yang mempunyai bunyi yang sama
seperti sebutan perkataan ‘kejayaan’ (成).
• Limau Gedang
Makan buah limau gedang pula melambangkan kebahagiaan
berterusan. Lebih banyak anda makan, lebih banyak kekayaan
yang akan dijana. Hal ini demikian kerana ejaan limau gedang, yòu
(柚) adalah sama seperti yǒu (有), yang membawa maksud
‘memiliki’ sementara sebutannya adalah seperti yòu (又) yang
membawa maksud ‘sekali lagi’.
Tarian Singa
• Ialah sebahagian daripada tarian tradisional
dalam adat warisan masyarakat Cina. Penari akan meniru
pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa.
Kostum singa itu dimainkan oleh dua orang penari. Tarian
singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan
dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.
• Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam
kebanyakan adat orang Asia, terutamanya bagi mereka yang
berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adat di
negara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand, Malaysia da
n Vietnam. Setiap negara tersebut mempunyai corak dan
bentuk tarian yang berlainan. Namun, tarian ini lebih terkenal
sebagai warisan orang Cina, kerana dikatakan sejarahnya
bermula lebih 1,000 tahun lalu. Dua tarian singa yang amat
popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa
Selatan".
Pakaian Tradisional Sempena
Tahun Baru Cina
Samfoo Cheongsa Hanfu Hanfu
m (male) (female)
PANTANG LARANG
TUAH BAIK
• Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru.
• Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka
pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang
tahun.
• Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi
pemakannya.
• Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru
agar mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang.
• Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama
mencerminkan peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun.
• Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang
yang bergosip tentang pemakainya.
● TUAH BURUK (NASIB MALANG)
• Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana
perkataan bahasa Kantonis bagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan "kasar" atau "sukar".
• Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan Kantonis bagi
"seluar" sama bunyinya dengan "pahit". (Namun ada menganggapnya sebagai positif, kerana
perkataan "seluar" dalam dialek itu juga sama bunyinya dengan "kaya".)
• Menggunting rambut ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya dengan hasil. Maka
menggunting rambut dipandang sebagai "memotong hasil dalam bahasa Kantonis".
• Mencuci rambut dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal kebersihan sering
telah mengatasi tradisi ini.)
• Menyapu lantai dilarang pada hari pertama kerana akan menyapu keluar tuah bagi tahun baru.
• Perbualan mengenai kematian kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun Baru Cina
kerana dianggap tidak bagus.
• Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina bagi "buku"
sebunyi dengan perkataan bagi "kalah".
CREDITS: This presentation template was created by
Slidesgo, including icons by Flaticon, and infographics
& images by Freepik.
A PICTURE
IS WORTH A
THOUSAND
WORDS