TEORI BADMINTON 1 SMK SEREMBAN 2
KELAB/ SUKAN
PERMAINAN
BADMINTON
MINGGU 5
(16 JUN 2021)
DISEDIAKAN OLEH :
PN ROHANA BT
MOHAMMAD NOR
SEJARAH
PERMAINAN BADMINTON
Badminton telah diperkenalkan pada zaman silam; sukan ini
mula dimainkan di Yunani silam dan Mesir. Di Jepun, sukan
berkaitan iaitu Hanetsuki telah dimainkan seawal abad ke-
16. Di kawasan barat, badminton muncul daripada sebuah
sukan yang dipanggil battledore and shuttlecock, yang mana
dua atau lebih pemain memukul bulu tangkis di udara
menggunakan raket kecil. Sukan ini dikenali sebagai
“Poona” di India semasa abad ke-18, dan pegawai tentera
British mengaplikasikan versi India semasa kembali ke
England pada 1860an, yang mana ia dimainkan di rumah
kediaman kebangsaan seperti kediaman kelas atasan. Isaac
Spratt, penjual anak patung London, menerbitkan sebuah
risalah iaitu, “Badminton Battledore – a new game” pada
1860, tetapi malangnya tiada cetakan dilakukan.[2] Sukan
baru ini diperkenalkan pada 1873 di Badminton
House, Gloucestershire, yang dimiliki oleh Duke of
Beaufort. Pada waktu itu, sukan itu merujuk kepada “The
Game of Badminton,” dan, nama rasmi sukan ini kemudian
menjadi Badminton.[3] Sehingga 1887 sukan ini dimainkan
di England di bawah peraturan yang terdapat di India.
PENGENALAN
PERMAINAN BADMINTON
Badminton adalah permainan raket yang dimainkan oleh
sama ada secara perseorangan (satu lawan satu) ataupun
secara beregu (dua lawan dua). Pemain akan memungut mata
jika bulu tangkis yang dipukul melepasi jaring dan jatuh
kawasan pihak lawan.
PERATURAN-PERATURAN
BADMINTON
Gelanggang
· Ukuran gelanggang badminton ialah 17 kaki (5.18 m) lebar untuk permainan yang
melibatkan dua pemain. Manakala, 44 kaki (13.41 m) panjang dan 20 kaki (6.10 m) lebar
bagi permainan yang melibatkan empat pemain
· Jaring diletakkan tetap di tengah gelanggang, dengan ketinggian 5 kaki (1.52 m)
dari tanah di bahagian tengahnya. Manakala, ketinggian hujung jaring berukuran 5 kaki
1 inci (1.55 m) semasa ia diikat pada tiang.
Pemain
· Perseorangan lelaki
· Perseorangan wanita
· Beregu lelaki
· Beregu wanita
· Beregu campuran
Peralatan
· Jaring
· Raket
· Bulu tangkis
Pengadil
· Pengadil rasmi
· Pembantu pengadil (mencatat pungutan mata)
· Pembantu pengadil (penjaga garisan kanan gelanggang)
· Pembantu pengadil (penjaga garisan kiri gelanggang)
CARA PERMAINAN
BADMINTON
Cara permainan
· Dimainkan oleh dua atau empat orang pemain dalam satu masa.
· Pemain akan memukul bulu tangkis ke belakang dan depan melepasi jaring dengan
raket. Hanya pemain yang melakukan servis akan mendapat mata sekiranya pemain
lawan tidak dapat mengembalikan bulu tangkis tersebut.
· Jika pemain yang melakukan servis gagal untuk mengembalikan bulu tangkis,
pemain tersebut akan kehilangan servis. Jika dia gagal untuk menerima bulu tangkis dari
pemain lawan yang memegang servis, pemain tersebut akan kehilangan mata dan mesti
menerima bulu tangkis sehingga memperoleh servis dan pungutan mata.
· Permainan dimainkan sehingga ada di antara pemain mendapai mata ke-15.
Manakala bagi pemain wanita, permainan dimainkan sehingga mata ke-11 sahaja.
· Jika pungutan mata di antara pemain yang berlawan adalah sama di akhir
permainan, maka permainan tersebut akan ditentukan menerusi prosedur tie
breaking yang dikenali sebagai settingyang merangkumi pelbagai peraturan yang
berbeza di antara pertandingan yang melibatkan pemain lelaki dan wanita, serta ia
bergantung kepada kedudukan pungutan mata yang seri.