BAHAGIAN A
ASAS FOREX
Pengenalan Forex
• Forex (Foreign Exchange) ialah pertukaran matawang asing oleh
4500 bank-bank di seluruh dunia. Ia juga dipanggil spot market.
• Tiada headquarters (HQ) atau satu lokasi yang tertentu untuk
melakukan transaksi pertukaran matawang.
• Semua transaksi jual beli dan pertukaran matawang dilakukan
secara online melalui Internet.
• Transaksi harian melibatkan 1.5 trillion US Dollar.
• Forex dibuka kepada pelabur-pelabur kecil sejak tahun 1995.
• Pelabur-pelabur kecil boleh berurusan dalam forex melalui 2 jenis
akaun iaitu regular dan mini dengan penggunaan leverage.
• Anda boleh membuka akaun melalui broker. Setiap broker
mempunyai platformnya yang tersendiri. Platform ialah software
yang akan anda gunakan untuk melakukan proses trading.
• Contoh broker ialah seperti FXCM, InterbankFX, FX Pro, FX Primus,
XM, dan InstaForex. Anda boleh melihat senarai broker
di sini:
http://www.fxstreet.com/brokers/forex-brokers/
• Terdapat 2 jenis platform iaitu standalone software atau web-
based. Contoh standalone software ialah MetaTrader, VT Trader dan
MetaStock. Contoh web-based platform ialah Easy-Forex di mana
semua proses trading dilakukan melalui broswer Internet anda iaitu
Internet Explorer.
• Contoh Platform
• Metatrader (http://www.metaquotes.net/)
• VT Trader (http://www.vtsystems.com/)
• MetaStock (http://www.equis.com/)
• Easy-Forex (http://www.easy-forex.com/en/)
1
Matawang
• Matawang yang ditawarkan ialah:
Simbol Matawang Nickname
EUR Euro Fiber
GBP Great Britain Pound Cable/Sterling
USD US Dollar Greenback
CHF Swiss Franc Swissy
NZD New Zealand Dollar Kiwi
AUD Australian Dollar Aussie
CAD Canadian Dollar Loonie
JPY Japanese Yen
• Matawang terbahagi kepada 2 iaitu major dan minor. Major
currency ialah matawang yang paling kerap diperdagangkan iaitu
USD, EUR, GBP, CHF, JPY, AUD & CAD. Minor ialah matawang-
matawang selain daripada matawang major.
• Currency pair pula terbahagi kepada 2 jenis iaitu major pair dan
cross pair.
• Major pair ialah semua currency pair yang salah satu pair
merupakan USD. Semua currency pair yang berpasangan dengan
USD dipanggil major pair. 4 major pair yang paling utama ialah
EUR/USD, GBP/USD, USD/JPY dan USD/CHF.
• Cross pair ialah semua currency pair yang tidak berpasangan
dengan USD. Contohnya EUR/JPY, EUR/CHF, GBP/JPY, EUR/GBP
dan sebagainya.
2
Perbezaan FOREX dan SAHAM
SAHAM FOREX
1. Traders jual dan beli saham 1. Traders jual dan beli matawang
2. Terdapat berpuluh-puluh ribu 2. Terdapat 6 matawang dunia yang
saham utama
3. Pembeli dan penjual terhad 3. Pembeli dan penjual tidak terhad
4. Sesetengah saham agak susah 4. Senang untuk dijual beli
untuk dijual
5. Traders boleh trade bila-bila
5. Traders boleh trade pada masa masa dalam tempoh 24 jam selama 5
bekerja sahaja. hari berturut-turut.
6. Pasaran sehala. Anda akan 6. Pasaran 2 hala. Sama ada harga
untung jika harga naik. naik atau harga turun, anda tetap
boleh mendapatkan untung.
3
Trading Session
• Terdapat 3 sessi trading yang paling utama iaitu Tokyo, London dan
New York. Berikut adalah waktu trading bagi setiap sessi dalam
waktu Malaysia.
• Pergerakan setiap pair dipengaruhi oleh trading session.
Contohnya, USD/JPY agak aktif pada waktu pagi selepas Tokyo
memulakan trading session dan juga aktif pada waktu malam
setelah New York memulakan trading session.
Benua Bandar Buka Tutup
Asia
Tokyo 7 pagi 3 - 4 ptg
Europe Hong Kong 8 pagi 4 - 5 ptg
Singapore 8 pagi 4 - 5 ptg
America Europe 2 ptg 10 - 11 mlm
Pacific Frankfurt 3 ptg 11 - 12 mlm
London 4 ptg 12 mlm - 1 pagi
New York 8 mlm 3 - 4 pagi
Chicago 9 mlm 4 - 5 pagi
Wellington 5 pagi 1 - 2 ptg
Sidney 6 pagi 2 - 3 ptg
• Market paling aktif apabila 2 sessi bertembung iaitu sessi Tokyo -
London (4 - 5 petang) dan sessi London - New York (8 malam - 1
pagi). Pada waktu market aktif, anda dapat melihat banyak
pergerakan pada chart.
4
Jenis-Jenis Market
Bagaimana Trader mendapat untung?
• Untung dikira menggunakan konsep asas perniagaan iaitu:
Untung = Beli harga rendah (buy low) dan jual dengan harga tinggi (sell high)
Untuk contoh di atas, katakan kita beli pada harga 1.8900, dan setelah
harga naik sehingga 1.9000, kita jual matawang tersebut. Oleh itu, kita
telah untung 100 pip. (1.9000 - 1.8900 = 100)
• Trader mendapat untung dengan mengumpul pip. Pip ialah
pergerakan price sebanyak 0.0001 atau 0.01 bergantung kepada
currency pair yang anda pilih. Nilai 1 pip bergantung kepada
jenis akaun, leverage dan lot yang anda gunakan. (akan
diterangkan dalam bahagian yang seterusnya)
5
Jenis-jenis market
• Terdapat 2 jenis market iaitu Bullish & Bearish.
Bullish
Bullish bermaksud market sedang menaik atau uptrend.
Trader inginkan harga naik lebih tinggi.
Dalam market bullish, trader akan beli dahulu pada harga
rendah (buy low first) dan jual kemudian pada harga
tinggi (sell high later) untuk mendapatkan untung.
Position anda untuk market bullish ialah BUY atau LONG.
Gambar di atas menunjukkan graf EUR/JPY. Pada point A,
trader buy EUR/JPY pada harga 147.83. Kemudian harga naik
sehingga point B, dan trader sell EUR/JPY pada harga
148.61. Di sini trader mendapat untung 78 pip.
Pada point C, trader buy EUR/JPY pada harga 148.44 dan sell
pada point D, iaitu pada harga 149.25. Di sini trader untung 81
pip.
6
Bearish
Bearish bermaksud market sedang menurun atau
downtrend.
Trader inginkan harga turun lebih rendah.
Dalam market bearish, trader akan jual dahulu pada harga
tinggi (sell high first) dan beli kemudian pada harga
rendah (buy low later) untuk mendapatkan untung. Konsep
tetap sama, buy low dan sell high, cuma turutannya berbeza.
Position anda untuk market bearish ialah SELL atau SHORT.
Gambar di atas menunjukkan graf GBP/USD. Pada point A,
trader sell GBP/USD pada harga 1.9005. Kemudian harga
turun sehingga point B, dan trader buy GBP/USD pada harga
1.8945. Di sini trader mendapat untung 60 pip.
Pada point C, trader sell GBP/USD pada harga 1.8897 dan
buy pada point D, iaitu pada harga 1.8799. Di sini trader
untung 98 pip.
7
Konsep bearish ialah jual dahulu dan beli kemudian. Tetapi
anda mungkin akan menganggap kita seolah-olah seperti
menjual barang yang kita tiada. Konsep ini tidak sama
dengan menjual barang dan tidak bermaksud menjual barang
yang tiada. Konsep ini akan diterangkan kemudian.
Anda boleh melakukan 2 pekara sahaja iaitu buy
atau sell. Anda perlu mengenalpasti sama ada
market sedang bullish atau bearish. Jika market
bullish, anda akan masuk position BUY dan jika
market bearish, anda akan masuk position SELL.
Konsep BUY dan SELL
Sila lihat graf di atas. Dalam market bullish, contohnya graf
USD/CHF, anda akan buy dahulu pada harga yang rendah, dan sell
kemudian pada harga yang lebih tinggi. Apabila anda BUY,
sebenarnya anda buy USD pada harga rendah dan sell CHF pada
harga tinggi.
Graf USD/CHF menunjukkan graf menaik. Ini menunjukkan
matawang USD menguat dan matawang CHF lemah berbanding
USD. Apabila USD kuat, anda akan buy USD dan memilih
position BUY atau LONG.
8
Dalam market bearish, contohnya graf GBP/JPY, anda akan sell
dahulu pada harga yang tinggi, dan buy kemudian pada harga yang
lebih rendah. Apabila anda SELL, sebenarnya anda sell GBP pada
harga tinggi dan buy JPY pada harga rendah.
Graf GBP/JPY menunjukkan graf menurun. Ini menunjukkan
matawang GBP lemah dan matawang JPY lebih kuat berbanding
GBP. Apabila JPY kuat, anda akan buy JPY dan memilih
position SELL atau SHORT.
Anda perlu mengetahui kelemahan atau
kekuatan sesuatu matawang. Apabila suatu
matawang kukuh dan menguat, anda akan beli
matawang itu. Jika matawang lemah, anda akan
jual matawang tersebut.
Topik ini akan diterangkan dengan lebih jelas
pada muka surat 146.
9
Pip
• Pip merupakan unit ukuran bagi pergerakan harga. Jika harga naik
daripada 1.9005 ke 1.9006, ia dikatakan telah naik 1 pip. Apabila
harga turun daripada 1.9005 ke 1.9004, ia dikatakan telah turun 1 pip.
• 1 pip = 0.0001 atau 0.01 unit pergerakan bergantung kepada
currency pair yang anda pilih.
• Dalam rajah di sebelah,
GBP/USD mempunyai
unit ukuran 0.0001
untuk 1 pip.
• Dalam rajah di sebelah,
USD/JPY mempunyai unit
ukuran 0.01 untuk 1 pip.
10
Lot, Margin dan Leverage
• Terdapat 2 jenis akaun yang ditawarkan oleh broker iaitu akaun
regular dan akaun mini.
• Setiap transaksi atau urusniaga jual beli adalah dalam bentuk lot.
Setiap kali anda trade, anda akan trade dalam bentuk lot. Nilai 1 lot
adalah berbeza untuk akaun regular dan akaun mini.
• Jadual di bawah menunjukkan perbezaan antara kedua-dua jenis
akaun mengikut standard leverage iaitu 1:100. (leverage akan
diterangkan dalam topik yang seterusnya)
Saiz bagi 1 lot Akaun Regular Akaun Mini
100,000 USD 10,000 USD
Modal yang anda perlu 1000 USD
ada untuk 1 lot 100 USD
Minimum lot yang 3 atau 4 lot
diperlukan untuk (bergantung kepada 3 atau 4 lot
membuka akaun ini. (bergantung kepada
Nilai 1 pip untuk 1 lot broker)
10 USD broker)
1 USD
• Jika anda ingin membuka akaun regular atau akaun mini, anda
perlu ada sekurang-kurangnya 3 atau 4 lot. Jika anda ingin
membuka akaun regular, dan broker mengenakan syarat minimum
4 lot untuk membuka akaun regular, maka anda perlu ada modal
sebanyak 4000 USD kerana nilai 1 lot ialah 1000 USD.
• Setiap kali anda trade atau membuat transaksi jual/beli, anda akan
menggunakan sebahagian daripada modal anda. Ini dipanggil
margin. Jika anda mempunyai modal sebanyak 5000 USD, anda
menggunakan 1000 USD sebagai margin untuk anda trade.
Selebihnya, 4000 USD digunakan sebagai reserve atau back-up
margin.
11
Leverage
• Leverage mempunyai konsep yang sama seperti pinjaman.
• Apabila anda trade 1 lot utk akaun regular, saiz lot itu ialah
100,000 USD dan bermakna anda memerlukan modal sebanyak
100,000 USD untuk melakukan transaksi jual/beli currency pair.
• Oleh itu, jika kita tidak mempunyai modal yang banyak, kita tidak
mampu membuka kedua-dua jenis akaun ini kerana kita tidak
mempunyai duit sebanyak 10,000 USD atau 100,000 USD untuk 1
lot.
• Tetapi dengan adanya leverage, anda tidak perlu ada modal
sebanyak itu.
• Leverage yang standard ialah 1:100. Ia bermaksud anda hanya
perlu ada 1/100 atau 1% daripada jumlah sebenar. 1% ialah modal
anda sendiri, 99% dipinjamkan oleh broker anda.
• Contoh pengiraan:
Akaun Regular: 100,000 USD
Leverage: 1:100
Ini bermakna, anda perlu ada 1% daripada 100,000 USD untuk 1
lot.
1% x 100,000 USD = 1000 USD
Oleh itu, nilai 1 lot untuk akaun regular = 1000 USD
Nilai 1 lot untuk Akaun Regular Akaun Mini
Leverage 1:100 (100,000 USD) (10,000 USD)
Nilai 1 lot untuk 1/100 x 100,000 1/100 x 10,000
Leverage 1:200 = 1000 USD = 100 USD
Nilai 1 lot untuk 1/200 x 100,000 1/200 x 10,000
Leverage 1:400 = 500 USD = 50 USD
Nilai 1 lot untuk 1/400 x 100,000 1/400 x 10,000
Leverage 1:500 = 250 USD = 25 USD
1/500 x 100,000 1/500 x 10,000
= 200 USD = 20 USD
12
• Dari jadual di atas, dapat dilihat bahawa apabila leverage
semakin tinggi, semakin kurang modal yang perlu anda
sediakan untuk 1 lot.
• Untuk semua leverage yang berbeza-beza, nilai 1 pip tetap sama
bagi 1 lot. Jika akaun mini, 1 pip untuk 1 lot ialah 1 USD dan 1 pip
untuk 1 regular lot ialah 10 USD.
• Katakan anda mempunyai modal 1000 USD dan anda ingin
membuka akaun mini. Jadual di bawah menunjukkan perbandingan
leverage dengan menggunakan modal 1000 USD.
Leverage Leverage Leverage
1:100 1:200 1:400
Contoh Modal 1000 usd 1000 usd 1000 usd
Nilai 1 mini lot 100 usd 50 usd 25 usd
Jumlah lot yg boleh 10 lot 20 lot 40 lot
diperolehi dengan modal
1000 usd
Nilai 1 pip per lot 1 usd 1 usd 1 usd
Dengan modal 1000 USD, katakan anda menggunakan 100 USD margin untuk
anda trade.
Margin 100 usd 100 usd 100 usd
Jumlah lot yang anda 1 lot 2 lot 4 lot
gunakan
Nilai 1 pip utk margin 100 1 usd 2 usd 4 usd
usd
Jika anda untung 10 pip + 10 usd + 20 usd + 40 usd
Jika anda untung 100 pip + 100 usd + 200 usd + 400 usd
Jika anda rugi 10 pip - 10 usd - 20 usd - 40 usd
• Leverage yang besar akan memberikan pulangan yang besar
kepada anda. Risiko juga semakin besar. Oleh itu, penggunaan
leverage yang besar memerlukan money management yang betul.
13
Forex Quotes
• Forex Quotes terdiri daripada 2 matawang. Matawang di sebelah
kiri dipanggil Base Currency dan matawang di sebelah kanan
dipanggil Quote atau Counter Currency.
• Apabila anda BUY sesuatu currency pair, anda sebenarnya membeli
Base Currency dan jika anda SELL, bermakna anda menjual Base
Currency.
• Forex Quotes terdiri daripada 2 harga iaitu BID dan ASK.
• Pembeli akan membeli pada harga yang rendah. Harga yang rendah
ini dipanggil BID. (Buyer is BIDDING at lower price)
• Penjual akan menjual pada harga yang tinggi. Harga yang tinggi ini
dipanggil ASK. (Seller is ASKING for a high price)
• Spread ialah perbezaan di antara BID dan ASK. Dalam gambar di
atas, spread bagi EUR/USD ialah 4 pip.
• Spread ialah bayaran yang dikenakan oleh broker ke atas setiap
transaksi jual/beli yang dilakukan oleh trader.
14
Jenis-Jenis Order
Market Order
• Market order ialah sejenis order untuk BUY atau SELL pada
harga semasa.
Limit Order (Take Profit Order)
• Limit order ialah sejenis order di mana anda boleh menetapkan
berapa banyak keuntungan yang anda mahu dengan meletakkan
harga tertentu untuk anda close position anda.
• Katakan anda BUY GBP/USD pada 1.8000 dan ingin mengambil
untung sebanyak 20 pip. Anda boleh set Limit Order atau Take
Profit anda pada harga 1.8020. Apabila harga naik mencecah
1.8020, position anda akan ditutup secara automatik.
Stop Order (Stop Loss Order)
• Stop Loss order ialah sejenis order di mana anda boleh menetapkan
berapa banyak kerugian yang anda sanggup tanggung.
• Katakan anda BUY GBP/USD pada 1.8000 dan ingin mengambil
untung sebanyak 20 pip. Jika harga naik, anda akan untung. Tetapi jika
harga turun lebih rendah daripada 1.8000, anda akan rugi.
Dengan menggunakan Stop Loss order, anda boleh tetapkan berapa
pip anda sanggup rugi. Jika anda sanggup rugi 20 pip sahaja, anda
boleh letakkan Stop Loss order pada harga 1.7980. Apabila harga
turun sehingga 1.7980, position anda akan ditutup dan anda akan rugi
20 pip sahaja.
• Jika anda tidak meletakkan stop loss, anda mungkin akan rugi lebih
daripada itu.
15
Buy Stop dan Buy Limit Order
• Buy Stop order ialah sejenis order untuk anda BUY pada mana-
mana harga yang berada lebih tinggi daripada harga
semasa.
• Buy Limit order ialah sejenis order untuk anda BUY pada mana-
mana harga yang berada lebih rendah daripada harga
semasa.
Sell Stop dan Sell Limit Order
• Sell Limit order ialah sejenis order untuk anda SELL pada mana-
mana harga yang berada lebih tinggi daripada harga
semasa.
• Sell Stop order ialah sejenis order untuk anda SELL pada mana-
mana harga yang berada lebih rendah daripada harga
semasa.
16
Jenis-jenis Trader
1: Scalper
• Menggunakan teknik scalping iaitu mengambil profit yang sedikit,
selalunya kurang daripada 10 pip untuk setiap trade.
• Scalper selalunya trade lebih daripada 10 kali dalam sehari.
• Mendapat untung yang banyak apabila membuka banyak position
dan mengumpul jumlah pip yang sedikit bagi setiap position.
2: Day Trader
• Position dibuka tidak lebih daripada 24 jam
3: Swing Trader
• Position dibuka lebih daripada 24 jam, mungkin 2 hari, 2 minggu, 2
bulan atau sebagainya.
• Merupakan mid-term & long-term trader.
• Mereka lebih suka trade mengikut arah trend, terutamanya trend
yang besar (major trend pada timeframe 4 hour atau daily dan
sebagainya).
• Trader akan dikenakan daily interest apabila position mereka
dibiarkan/dibuka melebihi tempoh 24 jam. (bergantung kepada
broker)
17
2 Cara Mendapatkan Untung
Cara 1: Luck/Tuah
• Anda bertuah dan bernasib baik jika anda mendapat untung
daripada trading anda, tetapi anda tidak tahu apa yang anda
lakukan. Nasib tidak akan menyebelahi kita sepanjang masa. Akan
sampai masa di mana anda tidak bernasib baik dan hilang semua
modal anda.
Cara 2: Mentor
• Anda belajar melalui mentor/guru dan mendapatkan maklumat yg
betul tentang semua aspek mengenai FOREX. Paling penting, anda
harus belajar 2 perkara iaitu:
a) belajar bila waktu yang sesuai untuk anda enter position dan
bagaimana caranya.
b) belajar bila waktu yang sesuai untuk anda close position dan
kenapa anda close position tersebut.
18
BAHAGIAN B1
PENGENALAN
ANALISIS
TEKNIKAL
Apakah Technical Analysis?
• Technical analysis ialah chart analysis di mana kita menganalisa
chart/graf untuk mengetahui trend dan untuk mengetahui masa
yang sesuai untuk enter position BUY atau SELL.
• Apabila trend ialah menaik (uptrend), kita akan memilih position
BUY dan jika trend ialah menurun (downtrend), kita akan memilih
position SELL.
• Technical analysis akan menggunakan technical indicators
(contoh: Bollinger Band, MACD, RSI, Moving Average, etc) dan juga
charting tools (contoh: Trendline, Channel, Fibonacci
Retracement, etc) untuk membantu kita menganalisa trend dan
pergerakan market.
• Technical analysis juga dapat menunjukkan kita permintaan
(demand) dan penawaran (supply) terhadap sesuatu currency pair
melalui konsep support & resistance.
• Technical indicators dan charting tools sudah disediakan oleh
trading platform. Anda cuma perlu memilih trading platform yang
sesuai dan mempunyai tools yang lengkap supaya dapat
memudahkan anda membuat analisis.
• Semua indicators dan tools yang diajar dalam ebook ini akan
menggunakan trading platform Metatrader 4.
• Setiap Technical indicators mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri.
Ia digunakan untuk membantu kita membuat keputusan BUY dan
SELL. Gabungan daripada indicator akan membentuk 1 trading
sistem.
19
Jenis-Jenis Chart
• Terdapat 3 jenis chart yang popular iaitu bar chart, candlestick
chart dan juga line chart.
• Candlestick chart menjadi pilihan ramai trader.
• Setiap candlestick mewakili pergerakan price bagi sesuatu masa.
Contohnya, setiap candlestick pada chart 1 Hour mewakili
pergerakan price untuk tempoh 1 jam.
bar chart candlestick chart
line chart
20
Bullish Candlestick
• Bullish candlestick ialah candle yang dibuka pada harga rendah dan
ditutup pada harga tinggi.
Bearish Candlestick
• Bearish candlestick ialah candle yang dibuka pada harga tinggi dan
ditutup pada harga lebih rendah.
21
Time Frame
• Dalam setiap platform, terdapat beberapa jenis time frame yang
selalu digunakan untuk mewakilkan pergerakan price dalam bentuk graf.
• Time frame yang boleh didapati pada platform ialah
• M1 ( 1 minit ) •
M5 ( 5 minit )
• M15 ( 15 minit )
• M30 ( 30 minit )
• H1 ( 1 jam )
• H4 ( 4 jam )
• D1 ( Daily )
• W1 ( Weekly )
• MN ( Monthly )
• 1 candlestick pada graf D1 mewakili pergerakan price untuk 1 hari.
1 candlestick pada graf M5 mewakili pergerakan price untuk 5
minit. Begitu juga dengan time frame yang lain.
• Setiap time frame mempunyai trend pergerakan tersendiri. Tetapi
secara keseluruhannya, pergerakan price pada time frame
yang kecil akan mengikut arah trend pada time frame yang
lebih besar.
22
Technical Indicators
i) Bollinger Band (BB)
• Bollinger Band terdiri daripada upper band, middle band dan
lower band.
• BB digunakan untuk melihat trending market (BB mengembang)
dan juga ranging market (BB mengecut). Trending dan ranging
market akan diterangkan dalam bab yang seterusnya. Sila rujuk
mukasurat 86.
• Apabila candle berada di atas middle band, ia menunjukkan
uptrend. Jika candle di bawah middle band, ia menunjukkan
downtrend.
23
24
ii) Relative Strength Index (RSI)
Overbought
Oversold
• RSI terdiri daripada 3 level iaitu 70, 50 dan 30.
• Price akan berada dalam keadaan overbought bila RSI berada di
atas level 70.
• Price akan berada dalam keadaan oversold bila RSI berada di
bawah level 30.
• Apabila RSI berada atas level 50, ia menandakan Up Trend.
Apabila RSI berada bawah level 50, ia menandakan Down
Trend.
25
iii) MACD
• MACD terdiri daripada:
• Line biru
• Line merah putus-putus
• Histogram (hijau)
• Level 0.00
• Konsep Asas MACD:
• Apabila line biru atas level 0.00 = Up Trend
• Apabila line biru bawah level 0.00 = Down Trend
• MACD crossover
• Apabila line biru dan line merah bersilang, trend akan
berubah. Sila lihat rajah di atas.
• MACD digunakan untuk:
• Melihat signal buy atau sell setiap kali MACD bersilang.
• Melihat divergence. (Sila rujuk mukasurat 96)
26
iv) Stochastic Oscillator (Stoch)
• Stoch terdiri daripada:
• 2 line - line biru & line merah
• 3 level - level 80, level 50 & level 20
• Stoch(21, 8 ,13) - digunakan untuk melihat price
overbought/oversold
• Level atas daripada 80 menunjukkan price berada dalam keadaan
overbought. Jika stoch berada atas daripada 90, bermakna market
tersangat overbought dan sudah tiada kekuatan untuk naik lebih
tinggi. Pada kawasan ini, kita akan menunggu signal untuk sell.
• Level bawah daripada 20 menunjukkan price berada dalam keadaan
oversold. Jika stoch berada bawah daripada 10, bermakna market
tersangat oversold dan sudah tiada kekuatan untuk turun lebih
rendah. Pada kawasan ini, kita akan menunggu signal untuk buy.
• Setiap kali line biru dan line merah bersilang (sila rujuk "crossing"
dalam rajah di atas), trend juga akan berubah.
27
v) Moving Average (MA)
• MA ialah average (purata) bagi price dalam tempoh masa yang
tertentu. Contohnya: MA 20 bermaksud purata harga untuk 20 hari
terakhir.
• Terdapat 4 method untuk menghasilkan MA iaitu simple (SMA),
exponential (EMA), linear weighted (LWMA) dan smoothed.
• MA selalu digunakan untuk menghasilkan signal BUY dan SELL
melalui persilangan 2 MA. (MA crossing)
• Rajah di atas menunjukkan WMA 5 (biru) bersilang dengan WMA 20
(merah). Apabila WMA 5 bersilang ke bawah WMA 20, ia akan
menghasilkan signal SELL.
28
• Rajah di atas menunjukkan WMA 5 (biru) bersilang dengan WMA 20
(merah). Apabila WMA 5 bersilang ke atas WMA 20, ia akan
menghasilkan signal BUY.
29
Charting Tools
i) Trendline
• Kegunaan utama Trendline ialah untuk melihat trend dan juga
perubahan trend.
• Sila lihat rajah di bawah. Secara umum, kita dapat lihat bahawa
pergerakan price ialah menaik, oleh itu, trend bagi graf di bawah ialah
menaik atau uptrend.
• Apabila anda lihat trend menaik, price bergerak semakin tinggi,
tetapi tidak bermakna price terus naik tanpa henti.
• Price bergerak dalam bentuk WAVE. Oleh itu, anda dapat lihat
price bergerak naik, turun, naik, turun dan seterusnya.
• Wave dapat dilihat dengan jelas menggunakan indicator ZigZag.
30
• Dalam rajah di atas, keseluruhan trend ialah menaik. Tetapi, trend
ini terdiri daripada beberapa wave. Ada wave menaik dan ada wave
menurun.
• Setiap wave itu mempunyai trend tersendiri. Trend bagi wave
menaik ialah uptrend dan trend bagi wave menurun ialah
downtrend.
31
• Rajah di atas menunjukkan keseluruhan trend ialah menurun.
• Trend menurun ini terdiri daripada beberapa wave. Dan setiap wave
itu mempunya trend masing-masing. (sila rujuk rajah seterusnya)
32
• Sila lihat rajah di bawah. Kita akan mengkaji wave yang
ditunjukkan dalam rajah ini dan bagaimana cara untuk
menggunakan tools Trendline pada wave ini untuk melihat trend dan
melihat perubahan trend yang bakal berlaku.
33
• Trend bagi wave yang ditunjukkan dalam rajah di atas ialah
menurun atau downtrend. Bagaimana kita hendak mengetahui
bahawa trend ini masih dalam keadaan menurun atau adakah ia
sudah menunjukkan tanda-tanda bahawa trend akan berubah arah
dan bergerak naik ke atas?
• Kita akan melukis trendline pada graf ini. Sila delete indicator
zigzag daripada chart anda. (Jika anda memasang indicator ini)
34
• Disebabkan trend ialah downtrend, anda perlu pilih 2 point
tertinggi dalam wave tersebut. Anda boleh pilih mana-mana point
yang anda suka. Selepas anda memilih point tersebut, sambungkan 2
point ini menggunakan Tools trendline.
• Selepas anda melukis trendline ini, anda akan lihat candlestick
berada di bawah trendline. Selagi candlestick berada di bawah
trendline, ia menunjukkan trend masih downtrend.
• Jika trend ialah uptrend, anda perlu pilih 2 point terendah dalam
wave tersebut. Kemudian sambungkan point ini dengan trendline.
• Selepas anda melukis trendline, anda dapat lihat semua candlestick
berada di atas trendline. Selagi candlestick berada atas daripada
trendline, maka trend masih lagi uptrend.
• Cara ini merupakan cara yang paling mudah untuk melihat trend
bagi sesuatu graf.
• Anda boleh melukis trendline ini pada mana-mana timeframe
kerana setiap timeframe mempunyai wave dan trend yang berbeza-
beza.
35
• Berdasarkan rajah di atas, candlestick berjaya bergerak naik dan
melepasi trendline. Ini menunjukkan perubahan trend.
• Dalam keadaan uptrend, trend akan berubah kepada downtrend
apabila candlestick berjaya turun ke bawah melepasi trendline.
• Dalam keadaan downtrend, trend akan berubah kepada uptrend
apabila candlestick berjaya naik ke atas melepasi trendline.
36
ii) Channel
• Channel mempunyai konsep yang hampir sama dengan trendline.
• Ia digunakan untuk melihat trend. Sila lihat rajah di bawah.
Keseluruhan trend bagi graf ini ialah downtrend.
• Cari 2 point tertinggi dan sambungkan menggunakan trendline.
Anda dapat melihat dengan jelas trend ini ialah downtrend.
37
• Cari 2 point terendah dalam wave ini dan sambungkan dengan
trendline. Kini anda mendapat 2 trendline.
• 2 trendline ini akan membentuk satu channel
• Channel anda tidak semestinya selari.
• Anda dapat lihat dengan jelas price bergerak turun dalam linkungan
channel itu.
38
• Channel memudahkan mata kita untuk melihat arah pergerakan
trend dengan lebih jelas. Ini dapat membantu anda membuat
keputusan yang betul dalam memilih position BUY atau SELL.
• Apabila candlestick bergerak mengikut arah trend dan terkeluar
daripada channel, ia menunjukkan pertambahan momentum.
Jika ia bergerak bertentangan dengan arah trend semasa dan
terkeluar daripada channel, ia menunjukkan trend akan berubah.
39
iii) Fibonacci Retracement
Pengenalan Fibonacci
• Sebelum menggunakan Fibonacci Retracement, anda perlu tahu apa
itu fibonacci dan kegunaannya dalam technical analysis.
• Fibonacci number ialah turutan nombor yang dihasilkan dengan
menambahkan 2 nombor yang sebelumnya.
• Nombor itu bermula dengan 0 dan 1. Untuk mendapatkan
nombor seterusnya, kita perlu campurkan 0 dengan 1. Oleh itu,
turutan yang akan kita dapat ialah 0, 1, 1.
• Untuk mendapatkan nombor seterusnya, kita perlu tambahkan 2
nombor yang terkini iaitu 1 dan 1. 1 + 1 = 2. Oleh itu, turutan yang
akan kita dapat ialah 0, 1, 1, 2.
• Turutan fibonacci: 0, 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89, 144,
233 .........
Golden Ratio
• 1.618 dipanggil golden ratio atau nature number. Ini adalah
kerana 1.618 ni boleh didapati di mana-mana di dalam kehidupan
kita.
• Cara untuk mendapatkan 1.618:
• Ambil nombor dalam turutan fibonacci dan bahagikan dengan
nombor sebelumnya.
• Contoh 1: 233 / 144 = 1.618
• Contoh 2: 144 / 89 = 1.6179
• Contoh 3: 89 / 55 = 1.618
• Untuk melihat kelebihan nature number ini, sila lihat website ini:
http://goldennumber.net/
• Disebabkan 1.618 ini boleh didapati di mana-mana, oleh itu ia juga
boleh digunakan dalam forex.
• Tools seperti fibonacci retracement dan fibonacci expansion
mempunyai level 61.8 dan 161.8. Level ini merupakan level
favourite untuk profit target dan retracement.
40
Fibonacci Retracement
• Seperti yang anda sudah sedia maklum, price bergerak dalam
bentuk wave. Setiap kali price bergerak naik dan membentuk wave
menaik, ia akan turun semula dan membetuk wave menurun. Ini
dapat dilihat dalam keadaan uptrend.
• Dalam keadaan downtrend, kita dapat lihat wave menurun diikuti
oleh wave menaik dan kemudian disambung semula oleh wave
menurun.
• Setiap pergerakan akan mengikut trend masing-masing. Jika trend
keseluruhan ialah uptrend, maka price akan bergerak naik. Tetapi,
price tidak boleh terus naik mendadak 400 pip tanpa henti.
Sebelum meneruskan trend, price mungkin akan turun sedikit
sebelum ia bergerak ke atas mengikut arah trend yang sebenar.
• Rajah di atas menunjukkan trend keseluruhan ialah uptrend. Dan
price bergerak dalam bentuk wave. Terdapat wave menaik dan
wave menurun.
41
• Dalam keadaan uptrend, apabila price bergerak melawan arah
trend (ke bawah), ia dipanggil retracement atau correction.
• Dalam keadaan downtrend, apabila price bergerak melawan arah
trend (ke atas), ia dipanggil retracement atau correction.
• Dalam setiap trend, pasti akan ada retracement. Kita perlu tahu
sejauh mana price itu akan retrace sebelum ia meneruskan trend yang
asal.
• Merujuk kepada rajah di atas, trend keseluruhan ialah uptrend.
Wave pertama ialah wave menaik. Kemudian price mulai turun
untuk membentuk wave menurun. Di sini kita perlu tahu sejauh
mana price boleh turun sebelum ia terus naik ke atas mengikut arah
trend.
• Di sini kita akan menggunakan Tool Fibonacci Retracement yang
terdapat dalam Metatrader 4.
42
• Kenalpasti wave anda. Untuk memudahkan anda melihat wave itu,
gunakan indicator ZigZag. Kenalpasti point tertinggi dan terendah bagi
wave tersebut.
• Dalam rajah di atas, point terendah ditandakan dengan A dan point
tertinggi ditandakan dengan B. Lukis Fibonacci Retracement
daripada point A hingga point B.
• Setelah melukis Fibonacci Retracement pada 2 point ini, anda dapat
lihat level-level retracement daripada 0.0 hingga 100.0. Price
mungkin akan retrace sehingga salah 1 daripada level ini.
43
• Pada wave di atas, anda dapat lihat price retrace sehingga level
50.0. Selepas itu, price terus naik mengikut arah trend sebenar.
44
• Fibonacci Retracement terdiri daripada level retracement dan level
extension. Level retracement digunakan untuk melihat sejauh mana
price retrace sebelum meneruskan pergerakan mengikut arah
trend.
• Level retracement ialah level-level di antara 0.0 hingga 100.0.
• Semua level di atas 100.0 ialah level extension. Ia digunakan untuk
melihat sejauh mana price dapat bergerak pada masa akan datang.
• Rajah di atas menunjukkan cara untuk melukis Fibonacci
Retracement pada wave menaik supaya semua level extension
berada di bahagian atas. Anda boleh menjadikan salah 1 level
extension sebagai profit target anda.
• Untuk melihat retracement, anda boleh melukis fibonacci pada 1
wave. Anda boleh melukis daripada point tertinggi hingga point
terendah wave tersebut atau sebaliknya. Hasilnya tetap sama,
Cuma level retracement yang anda lihat mungkin berbeza. Setiap
level adalah simetri. Level 76.4 adalah sama dengan level 23.6 jika
45
anda melukis fibonacci dengan cara yang terbalik. Level 61.8 pula
sama dengan level 38.2.
• Rajah di atas menunjukkan cara untuk melukis Fibonacci
Retracement pada wave menurun supaya semua level extension
berada di bahagian bawah. Anda boleh menjadikan salah 1 level
extension di bawah sebagai profit target anda.
• Sila lihat rajah berikut. Fibonacci Retracement dilukis dari Point B
hingga Point A. Kemudian anda dapat lihat semua level extension
berada di bahagian atas. Price akan naik dan berhenti pada salah 1
level extension. Dalam rajah di bawah, price naik sehingga level
223.6.
• Bagaimana kita tahu price dapat naik atau turun sehingga level
tertentu? Ini dapat diketahui dengan menggunakan konsep Support dan
Resistance yang akan diterangkan dalam bab seterusnya.
46
• Rajah di bawah ialah contoh melukis Fibonacci Retracement pada
market downtrend.
47
• Fibonacci Retracement dilukis dari Point A hingga Point B. Anda
dapat lihat price retrace sehingga level 50.0.
48