NAMA JABATAN / UNIT: JABATAN PERANCANGAN, PENYELIDIKAN
DAN INOVASI
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA
LEMBAH PANTAI, 59200 KUALA LUMPUR
TUGASAN KERJA KURSUS
(INDIVIDU)
Nama : NOR SYASYA AFZA BINTI AZAHAR
Angka Giliran : 2019212350027
Nombor K/P : 000410-08-0884
Kumpulan/Unit : PISMP TESL B JUN 2019
Kod dan Nama Kursus : LASS3013 PENDIDIKAN LESTARI ALAM SEKITAR
Nama Pensyarah : PN. SIVE DARSHINE PERIASAMY
Tarikh Hantar : 26/10/2022
Tarikh Diterima :
(Diisi Oleh Pensyarah)
Pengakuan Pelajar
/ Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Pengesahan Pelajar
/ Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya fahami.
SyasyaTandatangan Pelajar : Jumlah markah:
Tarikh : 26/10/2022
Catatan: Pastikan pensyarah telah memberi maklum balas di dalam tugasan kerja kursus
pelajar.
LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM
#TheGreenLiving@SMKBA (PROGRAM 5R)
DI SMK BUYONG ADIL TAPAH
RINGKASAN PROGRAM
JENIS PROGRAM : Program 5R
JANGKA WAKTU / MASA : 18/10/2022 & 19/10/2022 (3.00 hingga 5.00 petang)
LOKASI : SMK Buyong Adil Tapah (SMKBA)
PESERTA : Pelajar SMKBA
JUMLAH PESERTA : 30 orang
AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN :
1. 5R in 5mins! (Sesi perkongsian tentang 5R secara berkumpulan)
2. 5R posters (Sesi penghasilan poster bertemakan 5R)
3. TrashToArt (Penghasilan karya seni menggunakan bahan kitar semula)
4. Smart Waste Storage (Pengumpulan & pengasingan bahan kitar semula)
1.0 Pengenalan Program
Kadar penghasilan sisa pepejal pada masa kini berada di tahap yang amat
membimbangkan. Peningkatan populasi Malaysia yang dianggarkan 600,000 orang
setahun secara tidak langsung memberi bayangan kepada peningkatan kadar
penghasilan dan pembuangan sisa pepejal di negara ini (Anggaran 14 juta tan sampah
akan dikutip tahun ini, 2022). Menurut Majlis Keselamatan Negara (2022), dianggarkan
sebanyak 36,699 tan sampah dibuang pada setiap hari. Ini menunjukkan bahawa setiap
rakyat Malaysia membuang sebanyak 1.17kg sisa pepejal secara purata pada setiap hari.
Lebih membimbangkan lagi, kegagalan masyarakat dalam pengamalan kitar semula akan
menyukarkan lagi proses pengurusan sisa pepejal di Malaysia. Hal ini akan membembawa
kepada pelbagai kesan yang mengganggu setiap sudut kehidupan masyarakat dan juga
negara.
Kurang kesedaran dalam kalangan masyarakat membawa kepada amalan
pengurusan sisa pepejal yang tidak mampan. Salah satu cara bagi mewujudkan serta
meningkatkan kesedaran dan pengaplikasian ilmu dan amalan pengurusan sisa pepejal
yang mampan ini adalah dengan memberi pendedahan kepada golongan anak muda dan
pelajar sekolah. Oleh itu, program #TheGreenLiving@SMKBA yang berfokus kepada
amalan pengurusan sisa pepejal yang mampan ini telah dijalankan. Program ini
dilaksanakan khususnya untuk melibatkan pelajar secara langsung dalam mewujudkan
budaya sekolah yang mementingkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan
seterusnya meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan amalan
5R sebagai salah satu usaha kearah kehidupan yang lebih mampan.
2.0 Fasa Perancangan
Bahagian ini akan merangkumi pemerhatian ringkas sebelum pelaksanaan program, kertas
kerja program, serta carta Gantt berkenaan jadual pelaksanaan program.
2.1 Pemerhatian ringkas
Setelah mendapatkan kebenaran daripada pihak SMK Buyong Adil melalui Pn. Nor
Zuraida binti Zalazilah iaitu salah seorang guru subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)
di sekolah tersebut, saya telah melakukan satu pemerhatian ringkas terhadap
pengurusan sampah di kawasan sekolah tersebut, khususnya dalam kalangan pelajar.
Kawasan-kawasan yang telah saya lawati adalah kawasan kantin dan kelas-kelas di blok
akademik.
Berdasarkan pemerhatian tersebut, pelajar-pelajar SMKBA masih kurang kesedaran
tentang amalan pengurusan sisa pepejal yang mampan serta kepentingannya. Walaupun
terdapat beberapa tong sampah kitar semula diletakkan di beberapa tempat di sekitar
kawasan sekolah, dapat dilihat bahawa para pelajar lebih gemar untuk membuang
sampah ke dalam tong sampah hitam, tanpa sebarang klasifikasi atau pengasingan sisa
pepejal mengikut jenisnya. Walaupun perkara ini dianggap sebagai perkara biasa, namun
impaknya adalah lebih besar yang disangkakan. Hal ini kerana tanpa pengurusan sisa
pepejal yang mampan di peringkat penjanaan, pengurusan sisa pepejal di peringkat
pelupusan akan menjadi lebih sukar. Secara tidak langsung, isu-isu seperti kekurangan
fasiliti dan tapak pengurusan sisa pepejal akan timbul. Berikut adalah beberapa gambar
tong sampah di sekitar kawasan kantin dan blok akademik SMKBA.
Rajah 1.0 Tong sampah di Kawasan kantin SMKBA
2.2 Kertas kerja
Kertas kerja telah disediakan sebagai kerangka program. Perincian program boleh dilihat
dalam kertas kerja ini. Sila rujuk di bahagian lampiran.
2.3 Carta Gantt Tempoh pelaksanaan
8 – 11 12 – 15 16 - 19 20 - 24
Nama tugasan
OKT OKT OKT OKT
1. Mengenal pasti masalah
2. Perbincangan bersama wakil pihak
sekolah
3. Penyediaan kertas cadangan
program
4. Mendapatkan kebenaran daripada
pihak sekolah
5. Melakukan pemerhatian ringkas
6. Melaksanakan program
7. Penulisan laporan program
8. Penyerahan laporan program
3.0 Fasa Pelaksanaan
Bahagian fasa pelaksanaan ini akan mebincangkn dengan lebih lanjut berkenaan
pelaksanaan aktiviti sepanjang program berlangsung. 4 aktiviti berbeza telah dijalankan iaitu
5R in 5mins!, 5R Posters, TrashToArt dan Smart Waste Storage.
3.1 5R in 5mins!
Aktiviti yang pertama adalah sebuah sesi perkongsian atau
pembentangan secara berkumpulan bertemakan 5R. Bagi sesi ini, pelajar
dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan perlu menyediakan satu
peta minda mengenai 5R dan membentangkan pembentangan mereka dalam
masa lima minit sahaja bagi setiap kumpulan. Sesi ini dijalankan di bilik
Ekonomi Rumah Tangga (ERT) SMKBA.
Rajah 2.0 Penyediaan peta minda
Rajah 3.0 Pembentangan berkumpulan
3.2 5R posters
Aktiviti yang seterusnya adalah sesi penghasilan poster bertemakan 5R.
Aktiviti ini dijalankan secara individu. Setiap pelajar perlu menghasilkan
sebuah poster berkaitan 5R, mengikut kreativiti maisng-masing. Bahan-bahan
penghasilan poster seperti kertas dan pen marker telah disediakan oleh Puan
Nor Zuraida. Pelajar juga digalakkan untuk merujuk bahan-bahan rujukan
seperti buku teks dan majalah dalam penghasilan poster mereka.
Rajah 4.0 Penghasilan poster 5R
Rajah 5.0 Bergambar bersama pelajar terlibat
3.3 TrashToArt
Aktiviti yang ketiga adalah sesi penghasilan karya seni menggunakan
bahan kitar semula. Ini juga adalah aktiviti secara individu. Pelajar perlu
menghasilkan satu karya seni menggunakan bahan-bahan kitar semula yang
mereka dapati dari kawasan sekolah. Kebanyakan daripada mereka
menggunakan bahan-bahan seperti botol plasttik, kertas serta fabrik terpakai
untuk menghasilkan pasu bunga dan juga bekas alat tulis. Melalui aktiviti ini,
pelajar belajar untuk menghasilkan sesuatu yang cantik dan berguna daripada
bahan boleh kitar semula.
Rajah 6.0 Penghasilan karya seni menggunakan bahan kitar semula
3.4 Smart Waste Storage
Aktiviti yang terakhir adalah sesi pengumpulan dan pengasingan bahan
boleh dikitar semula. Ini merupakan aktiviti berkumpulan. Pelajar bersama-
sama mengumpulkan sisa pepejal yang boleh dikitar semula daripada
Kawasan blok akademik dan juga kawasan kantin SMKBA. Kemudian,
pelajar perlu mengasingkan sisa-sisa pepejal tersebut mengikut jenis-
jenisnya dan buangkan ke dalam tong sampah kitar semula yang ada. Sisa-
sisa pepejal yang boleh dikitar semula yang terkumpul adalah seperti tin
minuman, kotak dan juga plastik bekas makanan dan minuman. Aktiviti ini
mendidik pelajar tentang kaedah dan amalan pengurusan dan
penyimpanan sisa pepejal yang mampan.
Rajah 7.0 Pengumpulan tin minuman dan bekas makanan
Rajah 8.0 Pengumpulan kotak dan kertas terpakai
Rajah 9.0 Pengasingan sisa pepejal
4.0 Fasa Selepas Pelaksanaan
Setelah selesai fasa pelasanaan program, sesi post-mortem telah diadakan bersama
Puan Nor Zuraida. Kaedah analisis SWOT telah digunakan agar analisa tentang
kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman program dapat dilakukan dengan lebih
teratur dan sistematik. Saya juga telah menyediakan sebuah video mengenai program ini
serta memuatnaiknya ke laman YouTube bagi mendapatkan pandangan dan cadangan
daripada piha-pihak lain. Laporan mengenai program juga disediakan.
Rajah 10.0 Bergambar bersama Puan Nor Zuraida
5.0 Analisis SWOT
Bahagian ini akan melihat kekuatan, kelemahan, peluang dan juga ancaman program ini.
5.1 Kekuatan
Selain mendapat sokongan dan bantuan dari segi penyediaan bahan daripada
pihak sekolah, program ini mampu memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar
yang terlibat mengenai 5R, kitar dan guna semula sisa pepejal, serta strategi
pengurusan sisa pepejal yang mampan secara hands on mengenai. Sebahagaian
aktiviti dalam program ini juga telah dijalankan di kawasan terbuka. Secara tidak
langsung, warga SMKBA yang lain juga mendapat pendedahan mengenai amalan
pengurusan sisa pepejal yang mampan.
5.2 Kelemahan
Terdapat beberapa faktor yang menjadi kelemahan program ini. Antaranya
adalah persediaan sebelum melaksanaan program. Program ini memerlukan
perancangan yang lebih terperinci agar aktiviti yang dirancang dapat dijalankan
dengan lebih lancar. Selain itu, kekurangan fasilitator atau mentor dalam aktiviti-aktiviti
yang diadakan juga merupakan salah satu kelemahan program. Kekurangan fasilitator
ini menyebabkan ada pelajar yang terabai atau tidak memberi kerjasama semasa
pelaksanaan program. Ketiadaan pakar rujuk bidang 5R juga adalah satu kekurangan.
Adalah lebih baik sekiranya program ini melibatkan pihak luar seperti pihak
pengurusan sisa pepejal tempatan atau pengkarya seni yang menggunakan bahan
terpakai agar dapat mendedahkan pelajar tentang penggunaan bahan terpakai ini
sebagai salah satu punca pendapatan.
5.3 Peluang
Walaupun terdapat beberapa kekurangan dalam pelaksanaan program ini,
dapat dilihat juga ruang dan peluang dalam melakukan penambahbaikan terhadap
program ini. Antaranya ialah dengan melibatkan lebih ramai pelajar dan warga SMKBA
agar dapat bersama-sama mengamalkan amalan 5R dalam aktiviti harian di sekolah.
Selain itu, program ini juga boleh melibatkan aktiviti secara dalam talian agar dapat
menarik perhatian lebih banyak pihak dan memberi pendedahan dengan lebih meluas.
Dalam pada itu, hasil kutipan bahan terpakai juga boleh dihantar ke pusat kitar semula
sebagai langkah pengurusan sampah yang lestari, sekaligus mendidik pelajar tentang
industry kitar semula sisa pepejal.
5.4 Ancaman
Antara ancaman yang berkemungkinan mampu mengganggu pelaksanaan
program adalah seperti masalah kewangan. Ini bukan sahaja memberi kesan terhadap
penyediaan bahan, malah perkara seperti penyediaan tong kitar semula yang
mencukupi di sekitar awasan sekolah juga akan menjadi masalah, sekaligus menjadi
penghalang kepada pengamalan budaya 5R dalam kalangan warga SMKBA.
6.0 Cadangan penambahbaikan
Beberapa penambaikan boleh dilaksanakan pada masa akan datang. Salah satu
cadangan tersebut adalah penglibatan pihak luar. Bantuan dari segi kepakaran dan kewangan
adalah amat membantu dalam memastikan program dijalankan dengan lancar. Seterusnya,
penglibatan guru-guru atau pelajar-pelajar sebagai fasilitator atau Sustainable Ambassadors
mampu membudayakan amalan 5R pada tahap yang optimum di SMKBA. Akhir sekali, aktiviti-
aktiviti yang membawa unsur kompetitif seperti pertandingan boleh diadakan bagi memupuk
semangat kompetitif pelajar kearah usaha penglestarian sekolah yang lebih efektif.
7.0 Penutup
Sebagai penutup, boleh dikatakan bahawa program ini berjaya mencapai matlamat
dan objektifnya. Namun begitu, masih terdapat beberapa faktor yang boleh dan perlu
diperbaiki dan difikirkan dengan lebih lanjut semasa fasa perancangan agar program dapat
dijalankan dengan lebih optimum serta mampu memberikan impak yang lebih signifikan.
Disediakan oleh,
Syasya
……………………………………………
(NOR SYASYA AFZA BINTI AZAHAR)
Rujukan
36,699 tan sampah dibuang setiap hari. (2022, Mei 1). Laman Web MKN:
https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/06/01/36699-tan-sampah-dibuang-setiap-hari/
Anggaran 14 juta tan sampah akan dikutip tahun ini. (2022, Mac 10). Malaysiakini:
https://www.malaysiakini.com/news/613802
Lampiran
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA
PISMP AMBILAN JUN 2019
LASS3013 PENDIDIKAN LESTARI ALAM SEKITAR
KERTAS CADANGAN
PROJEK LESTARI 2022
PENSYARAH: PN. SIVE DARSHINE PERIASAMY
DISEDIAKAN OLEH:
NOR SYASYA AFZA BINTI AZAHAR
2019212350027
PISMP TESL JUN AMBILAN 2019
KANDUNGAN
Perkara Muka surat
Kandungan 1
1.0 Pengenalan 2
2.0 Matlamat 2
3.0 Objektif 2
4.0 Strategi pelaksanaan 3
5.0 Pelan komunikasi 3
5.1 Mesej strategik 3
5.2 Kumpulan sasaran 3
5.3 Medium 3
5.4 Tempoh 3
5.5 Nilai impak yang disasarkan 3
6.0 Rancangan aktiviti 4
6.1 5R in 5mins! 4
6.2 5R Posters 4
6.3 TrashToArt 4
6.4 Smart Waste Storage 4
7.0 Carta alir pelaksanaan Program #TheGreenLiving@IPGKBA 5
8.0 Implikasi 6
8.1 Kuliah 6
8.2 Kewangan 6
9.0 Penutup 6
1
1.0 PENGENALAN
Pendedahan tentang kepentingan amalan 5R adalah amat penting untuk
diterap dalam kalangan masyarakat. Tanpa pengetahuan tentang amalan 5R,
amalan pengurusan sisa pepejal yang tidak mampan akan terus berleluasa
sekaligus menjadi punca kepada pelbagai permasalahan yang memberi kesan
terhadap manusia dan alam sekitar. Program ini bertujuan untuk memberikan
pendedahan kepada golongan anak muda khususnya pelajar sekolah dalam
bidang kelestarian alam sekitar, berfokus kepada amalan pengurusan sisa
pepejal yang mampan. Implementasi pendidikan alam sekitar dalam proses
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) amat digalakkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia agar proses PdP lebih bermakna. Selain itu, pendidikan
mengenai kelestarian alam sekitar yang merangkumi skop dan isu kelestarian
yang besar boleh dijadikan minat baharu buat golongan pelajar. Interaksi
pelajar dengan alam sekitar juga mampu menguatkan kesihatan mental
mereka, sekaligus menguatkan tahap apresiasi dan cakna mereka terhadap
alam sekitar.
2.0 MATLAMAT
Program #TheGreenLiving@SMKBA ini diadakan sebagai salah satu usaha
untuk meningkatkan ilmu dan kefahaman pelajar dalam bidang kelestarian
alam sekitar, untuk diaplikasikan samada dalam kehidupan kelak, sebagai
minat atau suatu langkah kearah gaya hidup lestari.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi pendedahan kepada pelajar SMKBA mengenai amlan
pengurusan sisa pepejal yang mampan agar mereka dapat
mengaplikasikannya untuk dalam kehidupan seharian ataupun sebagai
hobi.
3.2 Memupuk minat dalam diri pelajar SMKBA untuk mempelajari
pendidikan kelestarian alam sekitar dengan lebih mendalam.
2
4.0 STRATEGI PELAKSANAAN
Tarikh : 18/10/2022 (Selasa)
Masa : 2:00petang hingga 6:00petang
Tempat : Kawasan SMKBA
Peserta : 30 orang
5.0 PELAN KOMUNIKASI
5.1 Mesej Strategik
Program #TheGreenLiving@SMKBA ini diadakan untuk memberi pendedahan
kepada pelajar SMKBA tentang kepentingan pengurusan sisa pepejal yang
mampan supaya dapat diaplikasikan dalam kehidupan kelak, sebagai minat
atau suatu langkah kearah gaya hidup lestari.
5.2 Kumpulan Sasaran
30 orang pelajar dari dua kelas subjek Pendidikan Moral Tingkatan 3.
5.3 Medium
Pemakluman penganjuran program #TheGreenLiving@SMKBA ini adalah
melalui Pn. Nor Zuraida binti Zalazilah, salah seorang guru Reka Bentuk dan
Teknologi (RBT) dan Pendidikan Moral SMKBA. 30 orang pelajar SMKBA akan
diambil sebagai peserta program ini yang akan dijalankan pada 18 Oktober
2022 di SKMBA.
5.4 Tempoh
Peruntukan masa program ini adalah selama 4 jam, bermula pukul 2 petang
sehingga 6 petang pada 18 Oktober 2022 (Selasa).
5.5 Nilai impak yang disasarkan
Melahirkan generasi yang cakna akan isu semasa alam sekitar serta bersikap
proaktif dalam mengambil langkah-langkah kearah kehidupan yang lebih
lestari.
3
6.0 RANCANGAN AKTIVITI
6.1 5R in 5mins!
Bagi aktiviti yang pertama, pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Setiap kumpulan perlu membuat sebuah pembentangan ringkas bertemakan
5R dan bumi hijau. Setiap kumpulan diberi masa lima minit sahaja untuk
melakukan pembentangan.
6.2 5R Posters
Seterusnya, setiap pelajar perlu menghasilkan sebuah poster bertemakan 5R
dan bumi hijau. Pelajar diberi kebebasan untuk menghasilkan poster mengikut
kreativiti masing-masing.
6.3 TrashToArt
Bagi aktiviti ini, setiap pelajar perlu menghasilkan satu karya seni
menggunakan apa-apa bahan boleh kitar semula yang mereka jumpai. Pelajar
diberi kebebasan untuk menghasilkan karya seni tersebut mengikut kreativiti
masing-masing.
6.4 Smart Waste Storage
Bagi aktiviti yang terakhir, pelajar akan bersama-sama menguruskan dan
melakukan amalan pengurusan dan penstoran sisa pepejal yang mampan di
sekitar kawasan kantin dan blok akademik SMKBA. Pelajar perlu
mengumpulkan bahan-bahan boleh kitar semula seperti plastik, kotak dan tin
minuman dan kemudian mengasingkan bahan-bahan tersebut mengikut
4
kelasnya. Kemudian, pelajar akan membuang bahan-bahan boleh kitar semula
tersebut ke dalam tong sampah kitar semula mengikut jenisnya.
7.0 CARTA ALIR PELAKSANAAN PROGRAM #TheGreenLiving@SMKBA
Mengenal pasti masalah
Perbincangan bersama wakil
pihak sekolah
Penyediaan kertas cadangan
program
Mendapatkan kebenaran
daripada pihak sekolah
Melakukan pemerhatian
ringkas
Melaksanakan program (Day 1)
- 5R in 5mins!
- 5R Posters
- TrashToArt
Melaksanakan program (Day 2)
- Smart Waste Storage
5
8.0 IMPLIKASI
8.1 Kuliah
− Program #TheGreenLiving@SMKBA ini tidak melibatkan
sebarang implikasi kuliah pelajar atau guru.
− Program ini dilaksanakan setelah tamat sesi persekolahan dan
pada sesi kokurikulum.
8.2 Kewangan
− Program ini tidak melibatkan sebarang implikasi kewangan.
9.0 KESIMPULAN
Adalah diharapkan agar program #TheGreenLiving@SMKBA ini dapat
dijalankan seperti yang dirancang. Kerjasama daripada semua pihak yang
terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung demi menjayakan
program ini amat dihargai. Diharapkan juga agar usaha murni ini akan dapat
meningkatkan kualiti diri pelajar SMKBA sekaligus menjadi satu panduan,
amalan dan budaya yang berterusan kearah kehidupan yang lebih lestari kelak.
Disediakan oleh,
Nor Syasya Afza binti Azahar,
Koordinator,
Program #TheGreenLiving@SMKBA
Tarikh: 22/10/2022
6