BUKU LOG PANDU PUTERI MPU3441A AMIRAH BINTI AZMUL FAHIMI PISMP JUN 2021 (B)
MPU3441A AMIRAH BINTI AZMUL FAHIMI PISMP JUN 2021 (B) 2021142340351 BAHASA MELAYU 7
MPU3441A Asas Pandu Puteri Sejarah dan Penubuhan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Perlembagan Pandu Puteri Malaysia Persetiaan dan undang-undang Pandu Puteri Cogan kata dan lambang Pandu Puteri. Isyarat dan hormat Pandu Puteri Berjabat tangan Pandu Puteri Malaysia. Pakaian Seragam Lagu-lagu Pandu Puteri (lagu dunia, taps siang, taps malam) Lagu-lagu Pandu Puteri Tunas (lagu- lagu kumpulan berenam) Bendera Malaysia dan maksudnya. Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan maksudnya. Bendera dunia dan maksudnya Istiadat Pandu Puteri Tunas Istiadat Ladam Kuda Sejarah perkembangan dan struktur organisasi Pengurusan dan Struktur organisasi Pandu Puteri Malaysia Pengurusan dan struktur organisasi Pandu Puteri Malaysia Cawangan IPG KPM Pengurusan dan struktur organisasi Pandu Puteri Malaysia Cawangan IPG PM Sejarah perkembangan World Assosiation Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) Orientasi Kurikulum Unit Beruniform di Sekolah Rendah Rancangan Tahunan Pandu Puteri Tunas ISI KANDUNGAN
Sejarah & Penubuhan Persatuan Pandu Puteri 02. Persatuan Pandu Puteri dikenali sebagai Pengakap Puteri USA di Amerika Syarikat) adalah organisasi pengakap untuk gadis dan pemudi. Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) telah ditubuhkan secara rasminya dalam tahun 1917 apabila didaftarkan di Calcutta tetapi Pusat Pentadbiran ditempatkan di Singapura sehingga tahun 1956. Ibu Pejabat Kebangsaan kini terletak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur sejak tahun 1957. Fasa Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pertama telah ditubuhkan oleh Cik Gertrude Ballard di Methodist Girls School Kuala Lumpur pada tahun 1916. Penubuhan pasukan dibantu oleh tiga orang pemimpin berpangkat Leftenan iaitu Cik Ford, Cik King dan Cik Pykett. Pasukan ini telah didaftarkan di Ibu Pejabat Pandu Puteri India dan dikelolakan di bawah YWCA. Lady Guillemand dilantik Yang Di-Pertua dan Puan Cavendish dilantik sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya. Fasa Perkembangan Pandu Puteri mula mendapat perhatian pihak kerajaan yang berkuasa pada masa tersebut. Kerajaan Negeri-negeri Selat serta Kerajaan Persekutuan telah memberi pengiktiratan secara rasmi dalam bentuk sokongan dan kerjasama Kerajaan juga turut memberi sumbangan dan peruntukan sebanyak dia ribu ringgit mulai tahun 1932. Fasa Halangan Kegiatan Pandu Puteri di Malaya tergendala disebabkan perubahan takhta dan Malaya mula diperintah oleh kerajaan Jepun bermula 1942 hingga 1946. Sekali lagi kegiatan kepanduan tergendala akibat pengisytiharan darurat di seluruh negara
MATLAMAT PANDU PUTERI Untuk melahirkan pelajarpelajar yang bertanggungjawab, berdikari, berdisipilin, berkemahiran melalui aktiviti kokurikulum di sekolah. 03. VISI Menerahui perkembangan potensi gadis dan wanita untuk membawa perubahan. OBJEKTIF Melahirkan ahli yang mempunyai pengetahuan dalam kepanduan. Menerapkan sifat-sifat kepimpinan yang tulen melalui program kepanduan. Menampilkan ahli yang mempunyai nilai-nilai murni, sihat dan berguna sebagai warganegara. MISI Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan wanita, remja dan dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan antarabangsa. NILAI-NILAI TERAS PPPM percaya bahawa semua ahli perlu menonjolkan nilai-nilai murni setiap masa seperti: 1.Integriti 2.Kejujuran 3.Hormat-menghormati 4.Toleransi 5.Kasih sayang 6.Bantu-membantu
Perlembagaan ini telah diluluskan oleh satu mesyuarat Majlis Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, di Kota Kinabalu, Sabah, pada hari Jumaat, 9 Jun 2006. Berikut ialah Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Kepanduan bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1916 dan pada tahun 1917 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India. Semenjak tahun 1928 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menerima pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan Malaysia. Ordinan Pandu Puteri 1953 telah digantikan oleh Akta Pandu Puteri 1953. Akta ini telah disemak pada tahun 1991. Perlembagaan ini merupakan asas pentadbiran seluruh pergerakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, sebagai sebuah pergerakan yang bebas, tidak terlibat dalam sebarang parti politik atau mana-mana badan kerajaan, tidak berasaskan keuntungan, dan bercorak kependidikan untuk kanak-kanak perempuan dan gadis, berteraskan Prinsip Asas Kepanduan, yang berdasarkan nilai rohaniah dan membaktikan untuk pembelajaran kanak-kanak perempuan dan gadis menerusi kaedahkaedah yang telah dilhamkan oleh Pengasanya seperti yang tertera di bawah. PERKARA 1 - STRUKTUR, NAMA, LOKASI Persatuan ini dinamakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah persatuan yang tersendiri. Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia 04. PERKARA 2- KRITERIA KEANGGOTAAN, PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG Persatuan Pandu Puteri Malaysia mentaati Prinsip Asas Kepanduan, yang berteraskan Persetian dan Undang-Undang Asal, seperti yang dillhamkan oleh Pengasanya, Robert Baden-Powell. Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah keseluruhannya tadbir kendiri, bebas daripada sebarang pertubuhan politik dan tidak akan terlibat dalam sebarang parti politik. Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah organisasi yang tidak berasaskan keuntungan. Setiap ahli digalakkan untuk melafaz Persetiaan dan Undang-Undang Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Persetian Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah seperti yang berikut: Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya, menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja, dan Negara saya Malaysia, menolong orang setiap masa, dan mematuhi Undang-Undang Kepanduan.
Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia 05. PERKARA 2- KRITERIA KEANGGOTAAN, PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG Undang-Undang Persatuan Pandu Puteri Malaysia: 1.Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai. 2.Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia. 3.Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain. Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain. 4. 5.Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan-santun. 6.Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar. 7.Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah. Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan. 8. 9.Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat. 10.Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan. 2.1 KAEDAH Kaedah dan program yang digunakan diambil daripada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, yang merangkumi: 1.Komitmen melalui Persetian dan Undang-Undang 2.Perkembangan kendiri yang progresif ili. Pembelajaran melalui perbuatan Kerjasama berpasukan menerusi Sistem Kumpulan dan latihan untuk kepimpinan yang bertanggungjawab 3. 4.Kerjasama aktif antara remaja dan orang dewasa 5.Khidmat masyarakat 6.Aktiviti luar 7.Simbolisme 2.2KEANGGOTAAN Keanggotaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah secara sukarela, dan terbuka kepada semua kanak-kanak perempuan dan gadis tanpa membezakan agama. bangsa, kerakyatan atau keadaan yang lain, dengan pembayaran yuran keanggotaan tahunan. Keanggotaan merangkumi kategori-kategori yang berikut: Ahli Aktif Setiap Ahli Aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan atau yuran keanggotaan seumur hidup kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Persatuan Pandu Puteri Malaysia membayar kuota untuk setiap Ahli Aktif kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia.
Ahll Tidak Aktif Setiap Ahli Tidak Aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia tetapi Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak membayar kuota untuk setiap Ahli Tidak Aktif kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Ahli-ahli Tidak Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia merangkumi Ahli Aktif yang telah bersara daripada keahlian yang aktif, atau lelaki dan perempuan dewasa, +18 tahun, yang telah mendaftar sebagai Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu Puteri yang berkehendak untuk dikaitkan dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu Puteri menyumbang bantuan teknikal dalam bidang kewangan, perhubungan awam, projekprojek khidmat dan pembangunan serta teknologi maklumat. Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia 05.
Ahli Kehormat Setiap Ahli Kehormat tidak periu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia, dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak menjelaskan bayaran kuota untuk setiap Ahli Kehormat kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Ahli-Ahli Kehormat tidak termasuk bekas Ketua Pesuruhjaya, bekas Ketua Pesuruhjaya Cawangan dan bekas ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan, akan menjadi ahli Guild Mantan Pesuruhjaya, dan Ahli Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia, dengan jemputan. Perletakan Jawatan dan Pembatalan Keanggotaan Seseorang ahli boleh meletakkan jawatan daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bila-bila masa secara bertulis kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan, dan sekiranya mereka seorang pemimpin atau pesuruhjaya, dengan memulangkan waran mereka. Hak istimewa dan kelebihan yang diperoleh daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia dilepaskan dengan serta-merta dengan peletakan jawatan tersebut. Keanggotaan mana-mana ahli boleh dibatalkan sekiranya mereka tidak mematuhi keperluan-keperluan yang termaktub dalam Perlembagaan ini. Satu 'Court of Honour’ akan diwujudkan dan akan dianggotai oleh sekurang-kurangnya tiga orang ahli yang terpilih, untuk mendengar dan membuat keputusan ke atas setiap rayuan terhadap pembatalan keanggotaan. Keputusan daripada 'Court of Honour’ adalah muktamad. Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia 06. PERKARA 3 - TUJUAN DAN OBJEKTIF Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan Ahli Penuh Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, iaitu : mempromosikan kepanduan, ke seluruh Malaysia, dengan tujuan memupuk perpaduan dan meningkatkan persefahaman bersama berteraskan Prinsip-Prinsip Asas. melebarkan sasaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk memberikan kepada kanak-kanak perempuan dan gadis peluang-peluang latihan kendiri dalam perkembangan sifat dan watak, kerakyatan yang bertanggungjawab dan khidmat di dalam komuniti sendiri dan dunia; menggalakkan persahabatan antara kanak-kanak perempuan dan gadis berbilang kaum di dalam Negara dan seluruh dunia. untuk mempromosikan kepanduan secara aktif dan melibatkan gadis di bawah umur 30 tahun dalam kedudukan pembuat keputusan di Persatian Pandu Puteri Malaysia.
Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia 07. USUL 8: Lencana Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengandungi tiga kelopak dan bintang pecah empat belas di tengah-tengahnya serta tertulis perkataan "Persatuan Pandu Puteri Malaysia "di dalam bulatan di sekelilingnya bawahnya . Semua hakcipta dan harta intelek ke atas Lencana (keseluruhan atau sebahagian daripad anya), bersama dengan nama baik berkaitan dengannya dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia . Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia diberi kebenaran tidak eksklusif untuk menggunakan Lencana sepanjang tempoh Keah lian tetapi tidak mempunyai hak ke atas Lencana. Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak dibenarkan memberikan kebenaran kepada pihak lain untuk menggunakan Lencana tanpa kebenaran Lembaga Eksekutif Kebangsaan melalui Ibu Pejabat Kebangsaan. PERKARA 4 - LENCANA
Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia 08. PERKARA 5 - PENAUNG Dengan perkenan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, maka Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Tugas tugas dan tanggungjawab Penaung Diraja adalah seperti yang berikut: mengisytiharkan pembukaan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 1. 2.menandatangani dan menganugerahkan setiap Sijil Pandu Puteri Raja. 3.menyerikan acara-acara Persatuan Pandu Puteri Malaysia. PERKARA 6 - LEMBAGA EKSEKUTIF Lembaga eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Lembaga Eksekutif Kebangsaan dan ditugaskan dengan pengendalian dan pengurusan Persatuan Pandu Puteri Malaysia antara mesyuarat Majlis Kebangsaan. Lembaga Eksekutif Kebangsaan bertanggungjawab kepada Majlis Kebangsaan. Oleh itu, Majlis Kebangsaan mempunyai kuasa mutlak untuk menyuraikan Lembaga Eksekutif Kebangsaan jika perlu. 6.1 Keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan Lembaga Eksekutif Kebangsaan terdiri daripada Pegawai-Pegawai yang berikut: Yang Dipertua Timbalan Yang Dipertua Ketua Pesuruhjaya Setiausaha Kehormat Bendahari Kehornat 6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet Pesuruhjaya Kelab Pandu Puteri Pesuruhjaya Guild Kepanduan
Yang Dipertua Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah isteri Perdana Menteri Malaysia. Sekiranya Perdana Menteri Malaysia seorang wanita, maka Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Perdana Menteri Malaysia Timbalan Yang Dipertua USUL 2: Calon yang dipilih sebagai TimbalanYang Dipertua akan memegang jawatan tersebut untuk tempoh tiga tahun. Apabila tempoh tersebut berakhir, calon boleh terus dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua untuk tempoh tiga tahun selanjutnya, tanpa had tempoh keseluruhannya Ketua Pesuruhjaya Calon yang dipilih sebagai Ketua Pesuruhjaya akan memegang jawatan untuk tempoh lima tahun. Tempoh tersebut tidak boleh disambung selanjutnya. Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia 09. 6 Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan Pesuruhjaya Antarabangsa Pesuruhjaya Program & Latihan Pesuruhjaya Kewangan (Kewangan dan Dana) Pesuruhjaya Keahlian Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan USUL 7. Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan ahli ex officio yang dilantik dari semasa ke semasa. 6.2 Tempoh Jawatan dan Kriteria Pemilihan Jawatan-jawatan di atas dipenuhi melalui perilian yang akan berangsung pada Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebangsaan, Seorang Ahli Aktif perlu dicalonkan sebagal calon untuk jawatan yang tertentu. Selap pencalonan memerlukan seorang pencadang dan dua penyckong, yang tordin darpada Ahli- Ahli Akill Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Setiausaha Kehormat Bendahari Kehomat 6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan: 1.Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja 2. 3.Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer 4.Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet 5.Pesuruhjaya Kelab Pandu Puteri 6.Pesuruhjaya Guild Kepanduan 6 Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan: 1.Pesuruhjaya Antarabangsa 2.Pesuruhjaya Program & Latihan Pesurujaya Kewangan (Kewangan dan Dana) 3. 4.Pesuruhjaya Keahlian Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat 5. Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan 6. Calon-calon yang dipilih sebagai Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan dan PesuruhjayaPesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan akan memegang jawatan untuk tempoh tiga tahun. Calon-calon tersebut boleh terus dipilih untuk tempoh tiga tahun selanjutnya. sehingga had tempoh maksimum enam tahun keseluruhannya. Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia 10. 6.3 Kekerapan Mesyuarat Mesyuarat akan diadakan sekali setiap tiga bulan. Lembaga Eksekutif Kebangsaan akan dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya. Timbalan Ketua Pesuruhjaya akan dilantik sebagal pengerusi semasa ketiadaan Ketua Pesuruhjaya. Sekiranya Timbalan Ketua Pesurujaya juga tidak hadir, ahli-ahli yang hadir akan melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut. 6.4 Korum dan Kuasa Pengundian Mesyuarat-mesyuarat Lembaga Eksekutif Kebangsaan adalah sah di sisi undang-undang apabila korum dua pertiga daripada ahli yang mengundi hadir. Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut akan ditunda ke satu tarikh dua (2) minggu daripada tarikh asal, dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, iaitu semua keputusan yang dicapai akan diambil kira sebagai sah.
Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia 11. 6.5 Tugas-tugas dan tanggungjawab Lembaga Eksekutif Kebangsaan Tugas-tugas dan tanggungjawab Lembaga Eksekutif Kebangsaan ialah: bertindak bagi pihak Majlis Kebangsaan antara mesyuarat badan perundangan; 1. bertanggungjawab atas pengurusan hari ke hari Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk memastikan pencapaian yang baik; 2. menetapkan objektif-objektif, mengkaji semula, meluluskan dan memimpin strategi dan perancangan, merangka belanjawan dan mengawasi pelaksanaan aktiviti; 3. memastikan dan menyelia pengurusan sumber manusia, pemilihan kakitangan dan pemampasan, pengawasan pelaksanaan tugas personel utama, perancangan pewarisan, dan program latihan terancang; 4. menghasilkan dan melaksanakan program-program untuk komunikasi yang berkesan dengan orang awam; 5. mengkaji kecukupan dan integriti sistem laporan perakaunan dan kewangan, sistem kawalan dalaman, audit dalaman dan sistem untuk mengawasi risiko, kawalan kewangan dan pematuhan dengan undangundang dan peraturan Persatuan Pandu Puteri Malaysia 6. 7.mencalonkan Ketua Pesuruhjaya. 8.USUL 7: melantik Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia. PERKARA 7 - BADAN UNDANGAN Badan undangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Majlis Kebangsaan. Majlis Kebangsaan mempunyai kuasa muktamad dalam membuat keputusan dan penggubalan polisi Persatuan Pandu Puteri Malaysia, walaupun antara mesyuarat, tanggungjawab ini boleh diturunkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan. 7.1 Keanggotaan Majlis Kebangsaan Setiap Cawangan dibenarkan menghantar sepuluh (10) wakil untuk hadir dan mengundi di Majlis Kebangsaan. Kesepuluh (10) wakil tersebut perlu terdiri daripada Ahli-Ahli Aktif yang berumur 18 tahun ke atas. USUL 3: Tiga Satu (31) daripada sepuluh wakil tersebut harus berumur di antara 18 - 35 30 tahun Setiap Cawangan dibenarkan juga menghantar seorang Sukarelawan Pandu Puteri, seorang Sahabat Pandu Puteri dan seorang Ahli Kehormat untuk hadir tetapi mereka tidak akan dibenarkan mengundi.
Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia 12. 7.2 Tempoh Jawatan dan Kriteria Pemilihan Ahli Aktif akan dilantik atau dipilih oleh badan yang mereka wakili untuk hadir dan mengundi di Majlis Kebangsaan selama satu tahun. Tempoh jawatan ini boleh disambung. Jawatan yang tidak dipenuhi akan dibiarkan kosong, sehingga mesyuarat Majlis Kebangsaan tahun berikutnya, iaitu pemilihan yang baharu akan berlangsung. Kekosongan ini tidak seharusya dibenarkan berpanjangan lebih setahun dari tarikh jawatan tersebut dikosongkan. 7.3 Kekerapan Mesyuarat Majlis Kebangsaan akan bersidang dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada setiap tahun tidak lewat dari tarikh 30 Jun. Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan boleh dipanggil melalui permintaan daripada satu perlima daripada ahli Majlis Kebangsaan. Permintaan ini harus dibuat secara bertulis kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan. 7.4 Korum dan Kuasa Pengundian Korum akan dicapai apabila terdapat kehadiran daripada separuh, campur satu daripada jumlah ahli yang mengundi. Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada jumlah keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas hal-hal kewangan, pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil, dan pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia memerlukan dua pertiga undi majoriti. 7.5 Tugas-tugas dan Tanggungjawab Majlis Kebangsaan Tugas-tugas dan tanggungjawab Majlis Kebangsaan adalah seperti yang berikut: 1.Memajukan Tujuan dan objektif-objektif Persatuan Pandu Puteri Malaysia 2.Menetapkan polisi dan hala tuju Persatuan Pandu Puteri Malaysia Memperoleh pelbagai pandangan daripada Ahli Aktif dan Ahli Tidak Aktif tentang isu-isu penting 3. Melantik Juruaudit untuk mengaudit kunci kira-kira dan akaun-akaun tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia tahunan secara bebas dan menerima laporan kewangan dan laporan tahunan; 4. Memilih atau memberi persetujuan ke atas perlantikan ke Lembaga Eksekutif Kebangsaan 5.
Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia 13. PERKARA 8 - KEWANGAN Dana Persatuan Pandu Puter Malaysia diperoleh daripada: kuota tahunan yang dijelaskan oleh Ahli, dengan jumlah yang ditetapkan oleh Majlis Kebangsaan. derma, sumbangan, yuran, pencarian dana, pusaka, harta peninggalan atau sumber dan pendapatan daripada pelaburan. Dana akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia selaras dengan polisi dan perancangan kewangan di mesyuarat Majlis Kebangsaan. Semua harta dan sumber ialah hak Persatuan Pandu Puteri Malaysia atau Persatuan Cawangan dan tidak kepada manamana ahli individu atau kumpulan ahli-ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Harta dan sumber yang dimiliki Persatuan Cawangan akan diuruskan oleh Pemegang Amanah masing-masing. PERKARA 9 - CAWANGAN PERSATUAN Cawangan Persatuan terdiri daripada: Negeri-negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu. 1. 2.Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya. 3.USUL 9: Maklab Rendah Sains Mara. 4.Kampus/Ibu Pejabat utama Institut Pengajian Tinggi. Lembaga Eksekutif Kebangsaan mempunyai kuasa untuk menentukan Cawangan Persatuan, dan isu-isu sokongan akan dimasukkan ke dalam Undang-Undang Kecil. PERKARA 10 - PINDAAN KE ATAS PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG KECIL Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini boleh dipinda di mesyuarat Majlis Kebangsaan melalui undian dua-pertiga daripada ahli-ahli yang hadir. USUL 6: Pindaan boleh dicadangkan oleh mana-mana ahli Majlis Kebangsaan atau Lembaga Eksekutif Kebangsaan pada bila-bila masa. Pindaan perlu diedarkan kepada ahli-ahli Majlis Kebangsaan empat belas dua puluh satu (1421) hari bekerja sebelum tarikh mesyuarat Majlis Kebangsaan. PERKARA 11 - PEMBUBARAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia hanya akan berlangsung melalui satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan yang diadakan untuk tujuan ini. Korum untuk mesyuarat ini ialah dua pertiga daripada ahli Majlis Kebangsaan. Cadangan untuk pembubaran harus diskong oleh dua pertiga undi majoriti daripada ahli-ahli yang hadir.
PERSETIAAN PANDU PUTERI Cogan Kata Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, dengan sedaya upaya menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya Malaysia; menolong orang setiap masa; dan mematuhi undangundang Pandu Puteri. “Tolong Orang Selalu” (TOS). Cogan kata ini diacap setiap kali Pandu Puteri Tunas selesai membuat Istiadat Lingkungan Pandu Puteri Tunas dan Istiadat Hormat Besar. 03. UNDANGUNDANG PANDU PUTERI Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai. Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia. Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain. Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan bersaudara dengan Pandu Puteri yang lain. Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan santun. Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan sentiasa memelihara alam sekitar. Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah. Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan. Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat. Seorang Pandu Puteri suci daiam fikiran, perkataan. 14.
TABIK HORMAT PANDU PUTERI CARA MEMBERIKAN HORMAT: Hormat atau tabik Pandu Puteri adalah perlakuan menerusi isyarat yang dilakukan oleh Pandu Puteri kepada pegawai-pegawai Pandu Puteri seperti pemimpin, ketua dan juga sesame ahli kumpulan. la juga diberikan kepada ketua negara, ketua negeri, pembesar dan tetamu kehormat dalam upacara rasmi. Upacara penerimaan hadiah atau kurniaan. Upacara mengibarkan bendera. Tiga jari tangan kanan ditegakkan. Ibu jari diletakkan di atas jari kelengkeng yang dibengkokkan. Tangan di angkat sehingga sama tinggi dengan dahi. Sebaik sahaja dapat hormat balas, tangan dijatuhkan dan pandu puteribolehlah bergerak dari situ. 15. ISYARAT PANDU PUTERI CARANYA ADALAH BERIKUT: Pandu Puteri berada dalam kedudukan sedia. 1. Tangan kanan dinaikkan ke atas bahu dan tangan kiri dirapatkan terus ke badan. 2. Kedudukan jari samalah seperti dalam hormat PanduPuteri. 3. Kedudukan tangan kanan adalah pada jarak 15-25 cm dari telinga kanan. 4. Isyarat Pandu Puteri adalah sama dengan Hormat Pandu Puteri. Perbezaannya ialah kegunaan dan kedudukan tangan. 1. Isyarat Pandu Puteri digunakan semasa seseorang itu diterima menjadi ahli Pandu Puteri dan semasa Pandu Puteri membaharui ikrar.Dalam kedua-dua keadaan ini syarat Pandu Puteri dilakukan. 2. Isyarat Pandu Puteri melambangkan persaudaraan dan rasa kasih sayang seseorang terhadap Pandu Puteri khususnya, dan dunia amnya. 3.
Pandu Puteri berjabat tangan menggunakan tangan kiri dengan ahli berpakaian seragam yang lain. Hal ini sebagai tanda hormat bagi Pandu Puteri di samping sebagai tanda untuk bertegur sapa sesama ahli dan antara ahli dengan pemimpin. 1. Perlakuan ini mempunyai kaitan dengan pengalaman Baden-Powell sebagai askar di Afrika. Ketua-ketua dan pahlawan daripada suku kaum yang selalu bermusuhan sering memegang senjata pada tangan sehingga tidak sanggup meletakkannya walaupun sebentar. Hanya tangan kiri sahaja yang boleh diangkat termasuk untuk berjabat tangan sebagai tanda persahabatan dan kepercayaan apabila mereka bertemu. Baden-Powell menerima idea berjabat tangan ini dan menjadikannya sebagai amalan tradisi Pengakap dan kemudiannya Pandu Puteri. 2. Di Malaysia, Pandu Puteri menggunakan kedua-dua belah tangan apabila berjabat tangan dengan orang kenamaan dan orang yang tidak berpakaian seragam, bersesuaian dengan budaya kita. 3. BERJABAT TANGAN PANDU PUTERI MALAYSIA 16.
Lagu Dunia Pandu Puteri 17. Arah kita jelas ke depan, Bendera berkibar; Tidak berlipat di dunia Harapan abadi; Bersatu untuk kebenaran, Persahabatan kukuh; Selagi dunia masih ada Akan nyanyi lagu ini. Our way is clear as we march on, And see our flag on high Is never furled throughout the world For hope shall never die We must unite for what is right In friendship true and strong Until the earth in its rebirth Shall sing our song. Shall sing our song. Lagu Tap Siang Lagu Tap Malam kami puji nikmat diberi matahari, bintangbintang, langit biru mana pergi hidup kami tuhan saksi thanks and prise for the day neath the sun neath the stars neath the sky as we go this we know god is nigh malam datang siang hilang dari laut, dari gunung dari langit semua selamat sihat rehat berkat tuhan day is done gone the sun from the sea from the hills from the sky all is well safely rest god is nigh
Lagu Kumpulan Berenam 18. BUNGA SIANTAN SANTAN DATANG BERKAWAN BERANI MACAM PAHLAWAN BUNGA MELOR MELOR TAAT DAN SETIA BERUSAHA SETIAP MASA BUNGA KENANGA KAMI BERSAMA KENANGA BERJASA BERTENAGA
Lagu Kumpulan Berenam 19. BUNGA CEMPAKA CEMPAKA BERSUKARIA MENOLONG ORANG DUKA BUNGA KESIDANG KAMI KESIDANG DATANG MENOLONG PAGI DAN PETANG BUNGA TERATAI TERATAI NAMA KAMI BEKERJA SETIAP HARI
Jalur Gemilang 20. Biru tua melambangkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum Kuning melambangkan kedaulatan Raja Berpelembangaan Merah melambangkan keberanian dan bersedia dalam menghadapi segala rintangan Putih melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan Anak bulan membawa maksud Islam sebagai agama rasmi negara Bintang pecah 14 menunjukkan perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan persekutuan
Pakaian Seragam Pandu Puteri Kelip-Kelip 22. Skaf Pandu Puteri Kelip-Kelip berwarna jingga dan diikat dengan wogel. Pakaian baju T Pandu Puteri Malaysia dan seluar sukan. Kasut sukan atau kasut sekolah.
Pakaian Seragam Pandu Puteri Tunas 21.
Pakaian Seragam Pandu Puteri Remaja 22.
Pakaian Seragam Pandu Puteri Renjer 23.
Pakaian Seragam Pandu Puteri Kadet 24. Pakaian Seragam Pandu Puteri Klover
Pakaian Seragam Guild 24. Pemimpin Baju batik PPPM(tudung putih) Baju perjalanan/aktiviti Baju perkhemahan/ aktiviti Baju batik PPPM (tudung putih) Baju kebaya Baju kurung berpesak Baju perjalanan/aktiviti
Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia 25. Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga Persetiaan Pandu Puteri. Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di Malaysia. Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru membawa maksud matahari menyinari setiap kanak-kanak di dunia. Bendera Pandu Puteri Dunia Tiga blok /petak jingga menyerong sederet di bahagian kanan bawah melambangkan 3 bahagian persetiaan Bahagian putih di penjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri sedunia terhadap keamanan. Trefoil dunia dalam latar biru melambangkan matahari menyinari kanak-kanak di dunia
Lingkungan Tunas dilaksanakan dan dipimpin oleh pemimpin (kakak setia / Siti Setia) setiap kali terdapat perjumpaan pasukan . Peralatan yang diperlukan lalah penant Tunas Puteri. 1. Cara ahli masuk membentuk lingkungan adalah secara rekaan laitu menggunakan tema. Lagu yong perlu dinyanyikan semasa istiadat ini ialah lagu Pandu Puteri Tunas dan lagu kumpulan. Perjumpaan ditutup secara rekaan dan menyanyikan lagu Lonceng PP Tunas. 2. ISTIADAT PANDU PUTERI TUNAS 26. Puteri Tunas bertujuan Menolong dan berkawan Lagu Pandu Puteri Tunas Ahli baharu suka hati Menjadi Puteri Tunas Lagu Ahli Baharu Oh Tuhanku seruan hambamu Beri kami nikmat sepanjang hayat Selamat tinggal / Malam (3x) Lagu Lonceng Pandu Puteri Tunas
Pemimpin akan menentukan tempat perjumpaan dibuat dan meletakkan pennant ditengah-tengah kawasan. Tetapkan satu tema untuk rekaan membentuk lingkungan contohnya tema haiwan, kenderaan dan lain-lain yang sesuai dan menarik. Pemimpin boleh memanggil kumpulan untuk masuk satu persatu. Arahan : Ketua kumpulan berenam akan membentuk lingkungan dimulakan dengan kumpulan. Respon: Kumpulan Kesidang masuk seperti arnab bergerak sebaris mengelilingi pennant dan kemudian berdiri dalam lingkungan besar (akan terbentuk setelah enam kumpulan mengambil tempat) Apabila semua kumpulan telah berada dalam lingkungan besar, semua ahli berpegang tangan dan berskip ke kiri sambil menyanyikan lagu PP Tunas. Setelah selesai skip ke kiri, skip pula ke kanan dan menyanyikan lagi PP Tunas. Catatan: Tujuan menggunakan tema adalah sebagai satu cara yang menarik bagi ahli membentuk satu lingkungan besar. ISTIADAT LINGKUNGAN TUNAS 27.
Setiap kumpulan akan masuk secara bergilir (tanpa pegang tangan), berskip dan 'humming' lagu kumpulan "na na na na....". Ahli kumpulan akan membuat lingkungan kecil disekeliling penant, pegang tangan dan skip ke kiri dan kanan sambil menyanyikan lagu kumpulan. Setelah selesai ahli kumpulan akan melepaskan tangan dan masuk semula ke lingkungan besar didahului dengan ketua kumpulan. Semasa berskip balik ke lingkungan besar, ahli sekali lagi 'humming' lagu kumpulan. ISTIADAT LINGKUNGAN TUNAS 28. Setelah selesai ke enam kumpulan menyanyikan lagu masing-masing, semua ahli pegang tangan dalam lingkungan besar, skip ke kiri dan ke kanan beramai-ramai dan menyanyikan lagu PP Tunas. Setelah selesai menyanyikan lagu PP Tunas dan berskip, semua ahli berhenti, lepaskan tangan dan berdiri tegak Pemimpin: akan sebut perkataan T.O.S' sekali Ahli: Tangan dalam keadaan hormat (aras bahu) dan sebut T.O.S tiga kali . Setelah selesai serentak turunkan tangan. Aktiviti semasa dalam lingkungan adalah seperti menyampaikan maklumat, memeriksa kebersihan ahli dan pakaian seragam, membuat kutipan dan lain-lain. Lingkungan boleh ditutup dengan cara rekaan atau cara yang diguna dalam dalam kuda.
Pembentukan Ladam Kuda dilakukan sebelum Istiadat Menaikkan Bendera (Panji-Panji). Sebelum aktiviti dimulai, lebih elok jika didahului dengan pembentukan Ladam Kuda. Melalui Ladam Kuda ini, guru pemimpin dapat mengenal pasti bilangan ahli Pandu Puteri yang akan terlibat dengan aktiviti (bagi pasukan yang kecil), memantau uniform setiap ahli, memberikan arahan untuk aktiviti yang akan dilakukan dan yang paling penting ia merupakan istiadat yang membezakan Pandu Puteri dengan pasukan beruniform yang lain. ISTIADAT LADAM KUDA 29. Istiadat menaikkan panji-panji diteruskan selepas Pembentukan Ladam Kuda. Seterusnya, Kapten akan meneruskan istiadat dengan memanggil seorang ahli untuk membaca doa dan seorang ahli lagi menyampaikan kata-kata hikmat. Kapten akan memberikan ucapan dan taklimat (Kapten boleh memaklumkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut) Kapten memberikan arahan selanjutnya: 1. Kapten: Pasukan, keluar baris! (Semua ahli Pandu Puteri mengambil satu langkah ke hadapan bermula dengan kaki kiri, rapatkan kaki, pusing ke kanan dan terus keluar dan Ladam Kuda. 2. Sebelum Pembentukan Ladam Kuda, lantik: Ketua Pasukan (Berdasarkan bilangan ahli) 1. 2. 3 orang bagi Pasukan Panji-Panji 3. 1 orang Pembaca Doa 4. 1 orang Penyampai Kata-Kata Hikmat
ISTIADAT LADAM KUDA 30. Terdapat 2 cara bagi Pembentukan Ladam Kuda: Cara 1: Untuk Pasukan Kecil (Kurang dari 20 ahli) Cara 2: Untuk Pasukan Besar.
Pengurusan dan Struktur organisasi Pandu Puteri Malaysia 31. Penaung Diraja KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG TUNKU HAJAH AZIZAH AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH BINTI ALMARHUM ALMUTAWAKKIL ALALLAH SULTAN ISKANDAR AL-HAJ Yang Dipertua YB DATO' SERI DR. WAN AZIZAH BINTI DATO' DR. WAN ISMAIL Timbalan Yang Dipertua YM DATO’ TENGKU SHIREEN BINTI ALMARHUM DATO’ PADUKA TENGKU SULEIMAN Ketua Pesuruhjaya YBHG. DATO’ YEOH SOO KENG Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas PUAN JULIA ZAINIRA BINTI ZAIMON Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja PUAN HARIYANI BINTI MOHAMED Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer PUAN AZLUL ADILAH ZAGHLOL Pesuruhjaya Keadilan PUAN SIVAGAMI A/P GOVINDASAMY Pesuruhjaya Program CIK ALIZA BINTI ALEXANDER SELVARATNAM @ SALIM Pesuruhjaya Latihan PUAN HINDON BINTI AHMAD Pesuruhjaya Antarabangsa CIK GOH YUE WAY (JUDY) Pesuruhjaya Pandu Puteri Klover DR. NOR ZAFIR BINTI MD SALLEH Pesuruhjaya Guild PUAN JURIAH BINTI MOHAMED Pesuruhjaya Struktur Dan Pengurusan PUAN CRYSTAL WONG Pesuruhjaya Perhubungan Dengan Masyarakat DR. ZANARIAH BINTI AHMAD
Pengurusan dan Struktur organisasi Pandu Puteri Malaysia Cawangan IPGM 32. Penaung (Rektor) YBrs. DR. MOHD AZAM BIN AHMAD IPGM Yang Dipertua Cawangan DR ZANARIAH BINTI IBRAHIM IPGM Ketua Pesuruhjaya Cawangan DR. SITI ROSNI BINTI MOHAMAD YUSOFF IPGK Ipoh Setiausaha Kehormat PN. SHAHALIZA BINTI HALIM IPGK Ipoh Penolong Setiausaha Kehormat PN. AZIZAH BINTI ALIAS IPGK Ipoh Memangku Bendahari Kehormat DR. NOOR HABIBAH BINTI KADERAN IPGK Pendidikan Islam PJ Perhubungan dengan Masyarakat PN. NORLIZA BINTI SAMIN IPGK Temenggung Ibrahim PJ Trefoil Guild CIK MAZNAH BINTI SHAARI IPGK Pendidikan Teknik PJ Pandu Puteri Tunas DR. HJH ZAINAB BINTI NAWAB KHAN IPGK Keningau PJ Struktur dan Pengurusan DR. THIRUMAGAL A/P NAKAR SALAPAN IPGK Tengku Ampuan Afzan PJ Latihan PN. RUZIATON BINTI JAMROS IPGK Bahasa Melayu PJ Antarabangsa DR. CHRISTINA JOHN IPGK Gaya PJ Program DR. SHOLEHAH BINTI ISMAIL IPGK Perempuan Melayu PJ Keahlian CIK LUVRINA BINTI JAMALUDIN IPGK Tun Hussein Onn Timbalan Pesuruhjaya Cawangan DR. NOOR HABIBAH BINTI KADERAN IPGK Pendidikan Islam
Pengurusan dan Struktur organisasi Pandu Puteri Malaysia Cawangan IPG KPM 33. Kapten DR. HAJAH KARTINI BINTI ABDUL MUTALIB Leftenan DR SHOLEHAH BINTI ISMAIL Ketua Pasukan NUR ALIYA MAISARAH BINTI MOHD HAFFIZ Setiausaha SAIDATUL NISHA BINTI SHAHRUL NIZAM Pengerusi JK Latihan NIK NUR FARIHA BINTI JAHRI Penolong Ketua Pasukan NURSYAZNI AFIKAH BINTI MUHAMMAD ZULHAZRI Bendahari NOR SYAFINAS BINTI KHAIRUDDIN Pengerusi JK Perkhemahan NUR NABIHAH BINTI YUNUS Pengerusi JK Kemasyarakatan FATIN INSYIRAH BINTI ZOOL HILMI Pengerusi JK Program NURUL FAZILA BINTI AZEMI
1909 Muncul sekumpulan remaja wanita yang meminta untuk menyertai perhimpunan pengakap di Crystal Palace bagi menjadi pemangkin untuk pergerakan Pandu Puteri pada hari tersebut. Pengasas pergerakan Pengakap telah tertarik dengan "pengakap perempuan" tersebut dan seterusnya memilih nama "Girl guides" dengan rujukan kepada Guides Corps di India. 34. 1910 Agens iaitu adik Baden-Powell telah mengadaptasikan buku "Scouting for Boys untuk kegunaan Pandu Puteri dan seterusnya melahirkan pergerakan Pandu Puteri. 1918 Olave dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri United Kingdom setelah berkahwin dengan Sir Robert lalu meneruskan usaha mereka dalam mengembangkan Pandu Puteri di seluruh dunia 1919 Olave Baden-Powell telah membentuk Majlis Antarabangsa (International Council), perintis kepada Wagggs bagi menyatukan semua ahli. Pada Ketika itu. Robert Baden-Powell dilantik sebagai Ketua Pengakap Sedunia manakala pada tahun 1930. Olave dilantik sebagia Ketua Pandu Puteri Sedunia 1920 Persidangan Antarabangsa yang pertama telah diadakan setelah majlis itu mendapat sambutan yang sangat baik. Persidangan ini diadakan bagi bertujuan untuk Pandu Puteri dan Pengakap Puteri untuk berjumpa dan bertukar fikiran serta pengalaman. Hal ini telah menyebabkan mereka telah mula merancang lawatan ke luar negara buat kali pertama kali. 1924 Perkhemahan Sedunia yang pertama diadakan dan pada tahun berikutnya, Buletin Dunia dikeluarkan yang kini dikenali sebagai *Our World News*. 1926 Selepas Persidangan Antarabangsa Keempat yang diadakan di Amerika Syarikat, wakil dari beberapa negara telah berjumpa dengan Baden-Powell untuk bertanya tentang pembentukan satu persatuan. 1928 Baden-Powell telah mendapatkan pendapat daripada semua pertubuhan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri sebelum mengadakan Persidangan Antarabangsa kelima di Hungary. Akhirnya, perwakilan persidangan dari 26 negara telah membuat keputusan untuk membentuk Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia di London yang berfungsi sebagai urus setia. 1 SEJARAH PERKEMBANGAN WORLD ASSOSIATION GIRL GUIDES AND GIRL SCOUTS (WAGGGS) 2 3 4 5 6 7 8
SEJARAH PERKEMBANGAN WORLD ASSOSIATION GIRL GUIDES AND GIRL SCOUTS (WAGGGS) 1930 Bendera dunia telah dikibarkan untuk kali pertama di persidangan Dunia di United Kingdom. 35. 1931 Keahlian persatuan ini telah melebihi satu juta setelah pergerkana ini terus berkembang dengan pesat. 1932 Pusat Dunia yang pertama dibuka. 1939 Perkhemahan Sedunia Pandu Puteri dan Pengakap Puteri diadakan di Hungary. 1945 Pergerakan ini telah dihidupkan semula dan terus berkembang setelah tergendala sementara disebabkan oleh peperangan. Lord Bawell-Powell telah meninggal dunia pada waktu itu. 1957 Pembukaan Our Cabana. 1966 Pembukaan Sangam pada tahun 1966. 1977 Olave Baden-Pawell telah meninggal dunia pada waktu itu. WAGGGS memulakan Projek Pusat Olave (Olave Centre Project) dan meletakkan semula Biro Dunia (urus setia WAGGGS) bersama Pusat Dunia London (Pax Lodge) sempena mengingati beliau. 1985 70 tahuan Kepanduan disambut seluruh dunia 1988 Sambutan 60 tahun WAGGGS 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18
ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH RENDAH Kurikulum Unit Beruniform Program Unit Beruniform di sekolah rendah diperkenalkan kepada murid-murid tahun 4, 5, dan 6. Terdapat banyak unit beruniform yang ditubuhkan. Antara unit beruniform yang ditubuhkan di sekolah ialah Kadet Remaja Sekolah, Pengakap, Pandu Puteri, Bulan Sbet Merah dan sebagainya. 36. PERANCANGAN PROGRAM 1.PENUBUHAN/PENDAFTARAN menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan dan Penyelarasan PP merumus dan menetapkan visi dan misi kegiatan PP menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pengurusan dan Penyelarasan Kegiatan PP mengkaji dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pelaksanaan kegiatan PP, merumuskan dasar, pendekatan dan kaedah baru pelaksanaan. memberi taklimat kepada guru-guru tentang dasar, pendekatan dan kaedah baru pelaksanaan PP menyediakan keperluan asas pentadbiran mengenalpasti keupayaan sekolah dari aspek pelaksanaan menyediakan perancangan dan jadual tahunan (takwim) kegiatan kokurikulum sekolah melaksanakan kursus-kursus pengurusan kokurikulum kepada guru memantau dan menyelia pelaksanaan kegiatan PP menyediakan, mengumpul dan menyemak dokumentasi pelaksanaan program melaksanakan Skema Penilaian Program PP untuk setiap murid merancang dan melaksanakan kursus-kursus kejurulatihan meneroka dan mewujudkan peluang-peluang penyertaan dan penglibatan murid dalam kegiatan PP 2. PEMBENTUKAN UNIT ORGANISASI PANDU PUTERI Guru besar akan memberikan pandangan dan nasihat. Guru Kanan Kokurikulum akan menjemput wakil Cawangan Pandu Puteri untuk memberikan ceramah dan kebaikan menjadi ahli Pandu Puteri.
ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH RENDAH PERANCANGAN PROGRAM 3. MESYUARAT PERTAMA Pelantikan AJK peringkat sekolah rendah Guru besar sebagai penaung Kekuatan satu-satu pasukan (12 atau lebih murid) 4. PENDAFTARAN Mendaftar ahli Merancang aktiviti tahunan Ikrar 5. WORLD THINKING DAY Memakai pakaian seragam Pandu Puteri Ceramah Tujuan, peranan, perkhidmatan Pandu Puteri 6. LATIHAN KAWAD Kawad 7. GOTONG-ROYONG Membersihkan kawasan sekolah 8. LAWATAN/KHIDMAT MASYARAKAT PENYAYANG Lawatan ke Rumah Kebajikan terdekat 9. KRAFTANGAN PERKHEMAHAN Mendirikan khemah 10. DISIPLIN peraturan dalam Pandu Puteri menghormati pemimpin pengurusan masa tatacara pakaian bersih lencana pangkat dan anugerah kepimpinan 37.
BULAN AKTIVITI CATATAN JANUARI Pendaftaran Mesyuarat Agung Pelantikan AJK Pembahagian kumpulan berenam FEBRUARI Menghafal Lagu Dunia Prapersetiaan Persetiaan Pandu Puteri Tunas Penyediaan buku log MAC Undang-undang Pandu Puteri Tunas Cogan kata Pandu Puteri Tunas APRIL Istiadat Lingkungan Hormat Latihan Kawad MEI Keselamatan Jalan Raya Membuat kad ucapan untuk kawan JUN Simpulan Lembaran kerja mengenai simpulan JULAI Mengenali dan mengetahui bendera Malaysia Lembaran kerja (cantuman bendera) Melukis bendera negeri masing-masing OGOS Kemahiran rumah tangga -Melipat pakaian -Memasak / menghias makanan SEPTEMBER Kemahiran menjahit -Jahit butang -Jahit batu seremban TAKWIM/RANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN UNIT UNIFORM PANDU PUTERI TUNAS
BULAN AKTIVITI CATATAN OKTOBER Menanam dan menjaga tumbuhan NOVEMBER Kebersihan -Gotong-royong Kesihatan diri -Penjagaan gigi DISEMBER Sambutan Hari Kokurikulum Peringkat Sekolah TAKWIM/RANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN UNIT UNIFORM PANDU PUTERI TUNAS