The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nordianashahuddin, 2022-08-10 01:00:00

SK KAMPONG SALANG

SK KAMPONG SALANG

Perkampungan

BAHASA & SASTERA
SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAAN
TAHUN 2022

SEKOLAH KEBANGSAAN
KAMPONG SALANG

01000, Kangar, Perlis
[email protected]

11 Ogos 2022 / Khamis
2.00 - 6.00 petang
Dataran BSN
SK Kampong Salang

SEKOLAH ANGKAT

Sekapur Sireh

GURU BESAR
FAZILAH BINTI OTHMAN

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah s.a.w kerana dengan limpah
kurnia-Nya kita dapat melaksanakan program PERKAMPUNGAN BAHASA DAN SASTERA
MELAYU SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAAN bagi tahun 2022. Program ini
sebenarnya memberi peluang kepada murid untuk menggunakan dan menghayati budaya
bahasa Melayu dalam suasana yang menggalakkan dan bermakna.

Saya selaku tuan rumah sekolah angkat bagi program ini mengalu-alukan kehadiran para
peserta ke sekolah kami. Saya berharap murid-murid akan berasa seronok dan selesa dapat
bersantai dalam suasana perkampungan yang banyak menyediakan aktiviti bahasa dan
sastera.

Saya juga ingin mengucapkan syabas kepada pelajar-pelajar yang bertuah untuk menyertai
program ini. Peluang seperti ini amat jarang berlaku di sekolah. Oleh itu gunakanlah masa
dan peluang yang diberi sebaiknya agar beroleh sesuatu yang bermanfaat buat diri sendiri.

Akhir kata, saya berharap kerjasama antara dua pihak ini terjalin erat dan sepakat demi
memastikan kelancaran program ini.
Sekian, terima kasih

1

Seulas Pinang

YDP PIBG SK KAMPONG SALANG
EN ALI BIN BAHARI

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah s.a.w kerana dengan limpah
kurnia-Nya Sekolah Kebangsaan Kampong Salang telah terpilih sebagai sekolah angkat bagi
PERKAMPUNGAN BAHASA DAN SASTERA MELAYU SEKOLAH RENDAH PERINGKAT
KEBANGSAAN TAHUN 2022. Program ini dilihat dapat memupuk semangat jati diri,
kecintaan terhadap bangsa dan negara, berdisiplin, berbudi bahasa dan bermoral tingi
melalui aktiviti yang telah dianjurkan.

Saya selaku YPD PIBG sekolah angkat bagi program ini berbesar hati menerima kehadiran
para peserta ke sekolah kami. Saya berharap murid-murid akan menimba pengalaman yang
menyeronokkan sebagai bekalan diri masing-masing.Saya juga ingin mengucapkan tahniah
kepada semua yang telah terlibat bagi menjayakan program yang gilang-gemilang ini.
Semoga program ini menjadi sebuah memori indah yang terpahat di sanubari.

Akhir kata, saya berharap program ini berjalan lancar dan mencapai objektif seperti yang
telah dirancang.
Sekian, terima kasih
Kalau pergi Tanjung Keramat
Anak manis jangan diangkat
Bersama kita memohon rahmat
Moga muafakat membawa berkat

2

Barisan Guru

Nama Guru Nama Guru
Fazilah binti Othman (Guru Besar) Muhammad Kharil@Hamzah bin Abdul Majid
Norma binti Md Saad (PK Pentadbiran) Noni binti Rosli
Fuziah Hanim binti Mohd Noor (PK HEM) Nordawati binti Md Napiah
Azahar bin Hassan (PK Kokurikulum) Nordiana binti Shahuddin
Abu Bakar bin Hamjah Norizan binti Ali
Azrul bin Rizal Azizi Norzarina binti Mohamed Bakri
Fadhlina binti Sulaiman Nurul Adibah Aqilah bt Abd Nasir
Hafiz bin Md Noor Nurul Sahila binti Ismail
Hushaida binti Hussin Rohana binti Ahmad
Irdawaty binti Alias Rowaida Afif binti Mohamad Rodi
Marhisyam bin Mat Russ Sharifuddin bin Bahari
Mariasuhana binti Samsudin Syarifah Salmiah bt Syed Abdullah
Masyitah binti Abral Tengku Noor hanim binti T. Embok
Maziana binti Mohamad Za Azlim bin Abd Rahman
Muhammad Fikhri bin Muhri Zawiyah binti Saidin

3

Kurikulum

Aktiviti Pencapaian

Mahrajan Program Pembangunan Ketiga PKP Jejawi
Adab dan Nilai

Program Integrasi Antarabangsa Penyertaan
Bankhuan School Thailand

Karnival Inovasi Pingat Emas dan Perak
(Universiti Malaysia Perlis) (Antarabangsa)

4

Kokurikulum

Aktiviti Pencapaian

Kejohanan Bola Baling MSSPs Johan (Peringkat Negeri)
2022

Kejohanan Tenis MSSPs 2022 Johan (Peringkat Negeri)

Kejohanan Olahraga PKP Jejawi Emas (Peringkat PKP Jejawi)
(Lompat Tinggi)

Kejohanan Merentas Desa MSSPs Penyertaan (Peringkat Negeri)
2022

5

Hal Ehwal Murid

Aktiviti Pencapaian
-
Penyerahan Bantuan kepada
Murid -
Program Jom ke Sekolah -

Program Guru Penyayang

6

Cucur badak di kedai nenek,
Murahnya harga dapat berjimat;

Ajar budak akhlak yang baik,
Dunia dibangga, akhirat selamat

Pulang pemburu dengan riangnya,
Dapat menghambat si anak rusa;
Berjuang guru dengan ilmunya,
Menobat martabat si anak bangsa.

Ayu semarak di sisi bonda,
Kekal berseri jambangan gelora;
Guru pencorak generasi muda,
Bakal mengisi kepimpinan negara.


Click to View FlipBook Version