Rama-rama
yang cantik
CikguYat
Pada cuti sekolah yang lalu,
Andi ke Taman Rama-rama
bersama ibu dan ayahnya.
Andi merasa sangat takjub
melihat kitaran hidup seekor
rama-rama di situ.
CikguYat
1
TAMAN
RAMA-RAMA
CikguYat
2
Rama-rama ialah serangga
yang mempunyai dua sayap
dengan pelbagai warna dan
corak. Ia menghisap nektar
atau madu daripada bunga
sebagai makanannya.
CikguYat
3
CikguYat
4
Kitaran hidup rama-rama
bermula daripada telur yang
dikeluarkan oleh seekor rama-
rama betina. Telur ini akan
menetas dalam masa tiga
sehingga lima hari menjadi
seekor beluncas kecil atau
larva.
CikguYat
5
CikguYat
6
Beluncas kecil ini akan
makan dan terus makan
sehinggakan badannya
semakin membesar. Setiap kali
badannya membesar kulit
beluncas akan bertukar
kepada kulit baharu.
CikguYat
7
CikguYat
8
Beluncas mempunyai enam
belas kaki. Sepuluh kaki
memegang daun dan enam
kaki lagi akan kekal sebagai
kaki rama-rama kelak. Mata
sisinya boleh mengecam waktu
siang dan malam.
CikguYat
9
CikguYat
10
Kali terakhir beluncas
bertukar kulit, ia akan
diselaputi kepompong ataupun
pupa.Beluncas berasa selamat
berada di dalam kepompong
yang kelihatan seperti daun
kering.
CikguYat
11
CikguYat
12
Di dalam kepompong, rama-
rama mula terbentuk dan ia
keluar sebagai seekor rama-
rama yang mempunyai dua
sayap. Subhanallah sungguh
menakjubkan proses kejadian
rama-rama.
CikguYat
13
CikguYat
14
Rama-rama mempunyai
deria rasa di kakinya dan
boleh merasa madu apabila
mendarat di atas bunga. Ia
terbang daripada satu bunga
ke bunga mencari madu.
CikguYat
15
CikguYat
16
Kitaran hidup rama-rama
bermula daripada telur
kemudian bertukar kepada
beluncas. Beluncas diselaputi
kepompong dan akhirnya
menjadi seekor rama-rama
yang cantik dan boleh terbang
tinggi.
CikguYat
17
CikguYat
18
Kami seronok dapat
belajar tentang kitaran
hidup rama-rama dan tidak
sabar mahu berkongsi
pengalaman kami ini
dengan rakan-rakan di
sekolah.
CikguYat
19