UNIT 4 PERMAINAN PJPK Tingkatan 3 KSSM
KATEGORI JARING
PINGPONG
PINGPONG oPingpong ialah
permainan yang
dimainkan secara
perseorangan atau
secara beregu.
oPermainan ini
memerlukan meja, bola
dan bet.
oSetiap pemain boleh
menggunakan pelbagai
kemahiran pukulan,
tolakan, servis dan
smesy bola mengikut
situasi permainan.
PINGPONG oUntuk memulakan permainan,
pemain perlu membuat servis
dengan melambung bola dan
memukulnya ke kawasan meja
sendiri dengan satu lantunan
sebelum memasuki ke
kawasan meja pemain lawan.
oPemain lawan perlu
mengembalikan terus bola
tersebut. Permainan berterusan
sehingga salah seorang
pemain gagal mengembalikan
bola, atau bola terkeluar dari
kawasan meja permainan.
PINGPONG Jika servis terkena jaring dan
memasuki kawasan meja pihak
lawan, servis let akan diberi.
Servis bertukar tangan selepas
mana-mana pemain mengutip
dua mata.
Pemain yang berjaya mengutip
11 mata akan diumumkan
sebagai pemenang dalam set
tersebut.
Biasanya satu perlawanan
mengandungi 3 atau 5 set, dan
pemain perlu memenangi 2
daripada 3 set atau 3 daripada
5 set yang dipertandingkan.
CHALLENGER-LANTAI oKemahiran pukulan
pepat ialah pemain
memukul bola dengan
posisi tangan yang
dominan, manakala
kemahiran pukulan kilas
melibatkan kilasan
lengan menyilang badan
semasa memukul bola.
oUntuk kemahiran
pukulan pepat, pemain
perlu berdiri menyisi
hampir dengan meja
CHALLENGER-LANTAI oSemasa memukul, tangan
yang memegang bet
bergerak ke hadapan dan
ke atas menuju arah bola.
oBahagian atas badan
akan menghadap bola di
sebelah kanan sambil
berat badan berpindah dari
kaki kanan ke kaki kiri.
oBola perlu dipukul pada
lantunan maksimum
PUKULAN PEPAT
PUKULAN KILAS
CHALLENGER-TOLAK oKemahiran tolak pepat dan tolak
kilas ialah satu strategi bertahan
yang bertujuan untuk
mengembalikan bola yang
dihantar oleh pihak lawan.
oUntuk melakukan kemahiran ini,
pemain perlu berdiri hampir
dengan meja dan mengambil
kedudukan menyisi untuk
bermain.
oDengan satu gerakan pendek,
tangan yang memegang bet
bergerak dalam satah mendatar
dan menolak bola pada
bahagian bawahnya ke arah
pihak lawan.
TOLAKAN PEPAT
TOLAKAN KILAS
CHALLENGER-SERVIS oKemahiran servis pepat dan
servis kilas memerlukan pemain
melakukan servis dari belakang
meja ke pihak lawan dengan
bola melantun di kawasan meja
sendiri sebelum ke kawasan meja
pihak lawan.
oJika servis terkena jaring dan
memasuki kawasan meja pihak
lawan, servis let akan diberi.
oBola perlu dilambung semasa
melakukan servis dan servis
bertukar tangan pada setiap dua
mata kemenangan oleh mana-
mana pihak.
SERVIS PEPAT
SERVIS KILAS
CHALLENGER-SMESY oKemahiran smesy ialah satu
pukulan yang bertujuan
mematikan hantaran bola
daripada pihak lawan secara
kuat dan pantas untuk
memenangi mata.
o Walau bagaimanapun,
kemahiran ini bukan semata-
mata menggunakan kekuatan
sahaja, sebaliknya kemahiran
smesy memerlukan
pemasaan, teknik dan
ketepatan
CHALLENGER-SMESY Dalam smesy pepat,
pemain akan
menggunakan
bahagian tangan
hadapan sementara
smesy kilas pula
perlu menggunakan
bahagian tangan
belakang untuk
mematikan hantaran
bola pihak lawan.
SMESY PEPAT
SMESY KILAS
TAMAT