UNIT 3 SEPAK
TAKRAW
PJPK Tingkatan 4 KSSM
Sepak Takraw
◦ Kemahiran asas sepak takraw
yang sesuai digunakan untuk
menyerang dalam situasi
permainan ialah servis (servis
kuda dan servis sila), menimang,
mengumpan, melibas dan
menanduk.
◦ Kemahiran asas ini digunakan
ketika sesuatu regu menyusun
serangan untuk mematikan bola
di pihak lawan.
◦ Tujuan dan matlamat sesuatu
serangan adalah untuk
memperoleh mata
Sepak Takraw
◦ Pemain perlu mencari sasaran
yang sesuai semasa menyerang.
◦ Pemain juga perlu menentukan
arah servis, tandukan dan
libasan.
◦ Pemain perlu memahami
kekuatan dan kelemahan pihak
lawan untuk memberikan
kelebihan dalam serangan.
Strategi Menyerang dalam Situasi
Permainan
◦ Strategi Serangan Servis
◦ Strategi Servis untuk Mendapatkan Mata
Strategi
Serangan Servis
◦ Terdapat beberapa jenis
serangan yang boleh dilakukan
oleh sesebuah regu dalam
mendapatkan mata bagi
pasukan.
◦ Antaranya serangan servis mula
yang dilakukan oleh tekong.
◦ Seseorang tekong perlu bijak
membaca kekuatan dan
kelemahan pemain lawan,
melakukan helah melalui servis
serta mempelbagaikan sasaran
servis.
Strategi Serangan
Servis
◦ Terdapat tujuh sasaran yang boleh
dituju oleh tekong untuk mendapatkan
mata. Sasaran 1 hingga 7 ini
merangkumi arah kiri, kanan atau
hadapan pemain lawan.
◦ Jika bola dituju ke arah apit kanan,
sasaran boleh dituju sama ada ke
sasaran 1 (kanan pemain), sasaran 2
(hadapan pemain) atau sasaran 3 (kiri
pemain di antara apit kanan dengan
tekong).
Strategi
Serangan Servis
◦ Jika bola dituju ke arah tekong,
sasaran boleh dituju sama ada ke
sasaran 3 (sebelah kanan di antara
tekong dengan apit kanan), sasaran
4 (hadapan tekong) atau sasaran 5
(kiri pemain di antara tekong
dengan apit kiri).
◦ Jika bola dituju ke arah apit kiri,
sasaran boleh dituju sama ada ke
sasaran 5 (kanan pemain di antara
tekong dengan apit kiri), sasaran 6
(hadapan apit kiri) dan sasaran 7
(sebelah kiri apit kiri).
Strategi Servis untuk
Mendapatkan Mata
◦ Tekong melakukan servis ke
arah gelanggang lawan.
◦ Servis yang dilakukan oleh
tekong bergantung kepada
situasi lambungan bola
daripada pemain apit.
◦ Sasaran ditujukan pada
kelemahan pihak lawan
untuk mendapatkan mata.
Strategi Servis untuk
Mendapatkan Mata
◦ Servis kencang ke arah sasaran 1, 3, 5
dan 7 akan menyukarkan pemain lawan
untuk melakukan serangan balas yang
baik.
◦ Servis kencang dan mengelirukan ke
arah sasaran 3 dan 5 selalunya menjadi
pilihan tekong
◦ Sasaran ini mengelirukan pemain lawan
dan membuatkan dua orang pemain
teragak-agak jika tiada komunikasi yang
berkesan
◦ Sasaran ini mudah untuk tekong
mendapatkan mata.
Strategi Servis untuk
Mendapatkan
Mata
◦ Servis drop di hadapan
jaring merupakan helah
tekong untuk
mendapatkan mata.
◦ Melalui servis ini, pemain
lawan akan terpaku
kerana tidak menjangka
kedudukan bola yang tiba.
◦ Servis drop selalunya
digunakan apabila did
apati kedudukan ketiga-
tiga pemain lawan jauh ke
belakang dari jaring.
Strategi
Serangan
◦ Keupayaan pasukan untuk
melakukan serangan bermula
daripada penerimaan servis yang
baik dan sempurna.
◦ Bola pertama yang berjaya
ditimang akan memastikan sesuatu
corak serangan berdasarkan strategi
serangan yang dirancang.
◦ Terdapat beberapa strategi
serangan iaitu serangan libasan,
tandukan dan juga helah.
Strategi
Serangan
◦ Strategi
Serangan
Libasan
◦ Strategi
Serangan
Tandukan
Strategi Serangan
Libasan
◦ Semua pemain boleh melakukan serangan
untuk mendapatkan mata.
◦ Lazimnya, apit kanan akan melakukan
libasan bergantung kepada umpanan yang
dihantar oleh mana-mana pemain
terutamanya apit kiri.
◦ Apit kiri mengumpan bola dari pelbagai
arah untuk memudahkan apit kanan
mematikan bola yang dihantar.
◦ Apit kanan perlu bijak menilai kesesuaian
umpanan untuk melakukan serangan
libasan.
◦ Jika bola yang diumpan jauh dari jaring,
libasan perlu dikawal supaya tidak tersasar
dari gelanggang lawan.
Strategi Serangan Libasan
◦ Jika bola diumpan berhampiran jaring, libasan laju dan
tajam menjunam ke arah gelanggang lawan perlu
dilakukan supaya tidak dapat diadang.
◦ Semasa melakukan libasan, apit kanan perlu bijak
mencari ruang yang sesuai dan membaca pergerakan
oleh pertahanan pihak lawan.
◦ Pemain yang melakukan serangan boleh melakukan
pelbagai helah ketika melakukan libasan kepada
pasukan lawan.
Strategi Serangan
Tandukan
◦ Strategi serangan tandukan merupakan
salah satu cara bagi mematikan bola di
gelanggang lawan.
◦ Tandukan dilakukan apabila bola tidak
sesuai untuk dilibas oleh mana-mana
pemain di hadapan jaring.
◦ Tandukan dahi digunakan sama ada ketika
melakukan umpanan atau rejaman tajam di
hadapan jaring. Tandukan ini selalunya
mengelirukan pihak lawan.
Strategi Serangan Tandukan
◦ Tandukan sisi digunakan apabila pemain penyerang mendapati
bahawa terdapat ruang kosong yang ditinggalkan oleh pemain
lawan bagi mematikan bola.
◦ Tandukan belakang juga boleh dilakukan bagi mengelirukan pihak
lawan dan mematikan bola.
◦ Tandukan boleh dilakukan apabila bola berada di kedudukan 50/50
di atas jaring.
◦ Tandukan yang dilakukan oleh mana-mana pemain ketika
menyerang merupakan salah satu helah bagi mengelirukan pihak
lawan yang melakukan adangan.
Strategi Bertahan
◦ Strategi bertahan dalam permainan
sepak takraw terdiri daripada
kemahiran mengadang dan menerima
bola.
◦ Strategi bertahan perlu dilakukan
seawal bola direjam oleh pihak lawan
di hadapan jaring.
◦ Ketika bertahan, setiap regu perlu
menyusun kedudukan pemain sama
ada ketika mengadang atau menerima
bola.
Strategi
Bertahan
◦ Kemahiran mengadang boleh
dilakukan sama ada
menggunakan kaki, badan atau
kepala mengikut situasi
permainan.
◦ Kemahiran menerima bola pula
memerlukan pemain bertahan dan
mengawal bola yang direjam oleh
pihak lawan atau bola yang
terbias daripada adangan rakan
sepasukan.
◦ Kemahiran menerima bola terdiri
daripada menanduk, sepak sila
dan sepak kuda.
Strategi
Bertahan
◦ Strategi Bertahan −
Adangan
◦ Strategi Bertahan −
Menerima Bola
Strategi Bertahan − Adangan
◦ Strategi bertahan merangkumi kemahiran mengadang
menggunakan kaki, badan dan kepala berdasarkan
kepada situasi permainan.
◦ Matlamat mengadang adalah bagi memastikan bola
tidak berjaya direjam ke dalam gelanggang sendiri
serta mematikan bola di gelanggang lawan.
◦ Pemain yang melakukan adangan perlu bijak
membaca bola yang direjam oleh pihak lawan. Oleh
Strategi
Bertahan −
Adangan
◦ Pemain boleh menggunakan
semua kemahiran adangan
yang sesuai berdasarkan
corak serangan pihak lawan.
◦ Namun, kebiasaan adangan
dilakukan dengan
menggunakan kaki.
◦ Pengadang perlu
menggunakan teknik
pemasaan agar bola yang
direjam dapat ditampan.
◦ Adangan boleh dilakukan
oleh mana-mana pemain
yang berada di hadapan
jaring.
Strategi Bertahan
− Menerima Bola
◦ Strategi menerima bola merupakan
strategi bertahan yang menggunakan
kemahiran menanduk, sepak sila dan
sepak kuda.
◦ Semasa pihak lawan melakukan
serangan, regu bertahan akan
menyusun strategi untuk memastikan
serangan berjaya dikawal
◦ Matlamat bertahan menggunakan
kemahiran menerima bola adalah
untuk memastikan serangan bola yang
dilakukan oleh pihak lawan berjaya
dikawal semula
Strategi
Bertahan −
Menerima Bola
◦ Dua orang pemain
bertahan yang tidak
melakukan adangan
akan berada di kawasan
yang sesuai mengikut
arah rejaman bola pihak
lawan.
◦ Hal ini bertujuan bagi
memastikan sama ada
bola yang terbias atau
melepasi adangan dapat
dikawal.
Merancang Strategi
Menyerang dan
Bertahan
◦ Perancangan strategi menyerang
dan bertahan menjadi keperluan
sebelum sesebuah regu memasuki
gelanggang permainan.
◦ Strategi yang dirancang akan
digunakan dan diaplikasi dalam
situasi permainan
◦ Kemahiran asas sepak takraw yang
sesuai ketika menyerang dan
bertahan perlu dikenal pasti bagi
menjadikan sesebuah regu bersedia
untuk menghadapi pihak lawan.
TAMAT