The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yahfaz2010, 2021-08-23 19:28:38

PJPK_T3_KSSM_Unit_5_SOFBAL

PJPK_T3_KSSM_Unit_5_SOFBAL

UNIT 5 PERMAINAN
K AT E G O R I
MEMADANG
SOFBOL

PJ PK T I N G K ATAN 3 K S S M

SOFBOL

• Permainan sofbol hampir sama
dengan beberapa jenis sukan yang
melibatkan bola dan bet seperti
permainan kriket, rondas dan
besbol.

• Matlamat permainan sofbol adalah
untuk mendapatkan larian yang
lebih banyak daripada pasukan
lawan, dengan memukul bola ke
dalam padang dan berlari
mengelilingi tapak, menyentuhnya
mengikut turutan sehingga ke
tapak terakhir (home plate).



PERALATAN SOFBOL

EXCEL-CEKAP

• Memadang ialah kemahiran menangkap
dan membaling bola yang dipukul.

• Setiap pemadang perlu bersedia untuk
bertindak terhadap pukulan bola
pelbagai aras dan arah.

• Kecekapan menangkap dan membaling
bola kepada rakan membantu matlamat
untuk mematikan pemukul atau pelari
tapak tercapai.

• Pemadang perlu berkomunikasi sesama
rakan sepasukan serta sentiasa peka
dalam situasi permainan.

MEMBALING

MENANGKAP
BOLA

TINGGI

MENANGKAP BOLA
PARAS DADA

MENANGKAP
BOLA LERET

EXCEL-HIT

• Kemahiran memukul dan
menampan bola dalam
permainan sofbol
memerlukan koordinasi
tangan dan mata serta
pemasaan yang baik.

• Pemukul perlu memakai
helmet dan memegang bet
dengan kedua-dua tangan
rapat serta berdiri seluas
bahu di dalam petak
pemukul dengan sisi badan
menghadap pelempar.

EXCEL-HIT

• Untuk mendapat satu pukulan
atau tampanan bola yang baik,
pemukul perlu mengambil satu
langkah kecil ke arah pelempar
dan mengayun betnya untuk
mengena bola di hadapan tapak
terakhir (home plate).

• Sejauh mana bola bergerak
bergantung kepada kekuatan
ayunan bet.

• Pemukul akan menjatuhkan
betnya dan terus berlari ke tapak
pertama sebaik sahaja pukulan
atau tampanan bola dilakukan.

KEMAHIRAN MEMUKUL

KEMAHIRAN MENAMPAN

EXCEL-PANTAS

• Larian tapak dilakukan oleh pemain sebaik
sahaja memukul atau menampan bola.

• Pelari tapak boleh berlari ke tapak pertama
atau meneruskan larian sekiranya keadaan
permainan membenarkan dan selamat
untuk berbuat demikian.

• Pelari tapak dibenarkan berhenti di mana-
mana tapak

• Walau bagaimanapun, setiap tapak hanya
boleh terdiri daripada seorang pelari.

LARIAN TAPAK

EXCEL-PITCH

• Melempar (pitching) ialah
kemahiran penting dalam
permainan sofbol.

• Kemahiran ini digunakan
untuk memulakan
permainan dan dilakukan
oleh pelempar (pitcher)
dari posisi di tengah
bulatan padang sofbol.

EXCEL-PITCH

• Lemparan bola ialah secara bawah lengan
kepada penangkap (catcher).

• Tujuan melempar adalah untuk
memastikan bola lemparan menuju terus
kepada penangkap.

• Bola lemparan yang baik (strike) ialah
bola yang melalui tapak terakhir (home
plate) dan berada paras ketinggian di
antara lutut atas dengan ketiak pemukul

• Lemparan boleh dilakukan secara
windmill atau slingshot.

KEMAHIRAN MELEMPAR CARA WINDMILL

TAMAT


Click to View FlipBook Version