UNIT 3 TENIS
PJPK Tingkatan 4 KSSM
Strategi Menyerang dalam Situasi Permainan
Antara kemahiran asas
permainan tenis yang
boleh digunakan dalam
melakukan strategi
serangan ialah
kemahiran servis dan
kemahiran smesy.
Kemahiran servis, smesy
dan pukulan pepat yang
laju boleh dijadikan
kombinasi dalam
melakukan serangan
Strategi Menyerang
dalam Situasi
Permainan
Kemahiran servis terbahagi
kepada beberapa jenis seperti
servis cantas, American twist dan
servis rata. Pukulan smesy sesuai
dilakukan semasa bola
melantun tinggi di hadapan
jaring.
Pemain boleh melakukan servis
ace iaitu bola masuk dan tidak
dapat dikembalikan atau
dijangkau oleh pemain lawan.
Pukulan pepat sesuai dilakukan
sekiranya hantaran lawan tidak
sempurna.
Strategi Menyerang
Melalui Servis
Pemain melakukan servis ke arah
pihak lawan menuju kepada
sasaran yang sukar diambil.
Servis dilakukan kepada sasaran
yang telah ditetapkan iaitu 1, 2
dan 3 dalam gelanggang pihak
lawan
Pemilihan jenis servis
berdasarkan kelemahan pemain
lawan.4 Servis yang baik adalah
di kawasan 1 dan 3.
Strategi Menyerang
Melalui
Pukulan Pepat dan Kilas
Kemahiran pukulan pepat juga
boleh digunakan bagi
menyerang pihak lawan.
Hal ini bergantung kepada
pukulan balas pihak lawan
ketika permainan.
Jika pemain lawan menghantar
bola ke kanan gelanggang,
maka pemain boleh membalas
pukulan tersebut dengan
pukulan pepat ke sasaran 1.
Jika bola dikembalikan ke kiri
pemain, pukulan kilas boleh
dilakukan ke sasaran 5
Strategi Menyerang Melalui
Smesy
Smesy akan dilakukan di hadapan jaring
ketika bola melambung tinggi di udara.
Servis yang baik dilakukan untuk
mendapatkan bola tanggung di hadapan
jaring.
Pemain lawan berkemungkinan
menghantar bola tanggung di hadapan
jaring.
Pada ketika ini, pemain penyerang
melakukan smesy yang laju.
Strategi Menyerang
Melalui Smesy
Smesy boleh dilakukan dengan
kemahiran pepat dan pancung
kepada sasaran bergantung kepada
posisi lawan dalam situasi permainan.
Pemain boleh menyasarkan kepada
sasaran yang telah ditandakan
berdasarkan kedudukan pihak lawan
dan bola lambung yang
dikembalikan sama ada di tengah,
kiri atau kanan gelanggang.
Cara Bermain dan
Menentukan Pemenang −
Serangan
Murid dibahagikan kepada dua
kumpulan.
Murid A akan menyerang
manakala murid B perlu bertahan.
Permainan akan berlangsung di
gelanggang badminton.
Bola soft tenis atau bola getah serap
lantunan digunakan bagi
mengurangkan kelajuan.
Raket tenis sebenar digunakan.
Cara Bermain dan Menentukan
Pemenang − Serangan
Murid A akan membuat smesy bergantung kepada
kedudukan murid B berada ketika permainan
berlangsung.
Bola akan dismesy ke arah sasaran 1-2-3-4-5. 5 Setiap
pukulan dibuat berdasarkan hantaran oleh pihak lawan.
Murid A dan B boleh berbalas pukulan berdasarkan
situasi semasa.
Pemain yang berjaya mengumpul 45 mata terawal
dikira sebagai pemenang.
Cara Bermain dan Menentukan Pemenang
− Serangan
Kemahiran yang
digunakan ialah servis,
smesy dan pepat.
15 mata akan diberikan
kepada pihak lawan jika
murid gagal membalas
pukulan pihak lawan.
Kedua-dua kumpulan
bermain dalam situasi
permainan sebenar
dengan mengaplikasikan
peraturan dan undang-
undang permainan tenis.
Strategi Bertahan
dalam Situasi
Permainan
Kombinasi tiga kemahiran
bertahan dalam permainan
tenis iaitu pukulan pepat,
pukulan kilas dan pukulan
lob ialah strategi asas yang
perlu dikuasai oleh setiap
pemain tenis.
Pukulan pepat merupakan
kemahiran asas dalam
permainan tenis.
Pukulan ini ialah pukulan
bertahan yang selamat.
Strategi Bertahan dalam Situasi Permainan
Pukulan kilas boleh
dilakukan dengan
menggunakan
sebelah tangan atau
dua belah tangan.
Pukulan lob pula
ialah hantaran tinggi
bagi melepasi
pemain lawan yang
berada di kawasan
hadapan
gelanggang.
Strategi Bertahan
Melalui Pukulan Pepat
Pukulan pepat dilakukan
apabila pemain bertahan
cuba mengembalikan
pukulan lawan yang
menyerang di sebelah kanan.
Pukulan pepat dibuat dari
tengah gelanggang ke
gelanggang lawan pada
sasaran 1-2-3-4-5.3 Pukulan
pepat ini boleh juga
digunakan sebagai pukulan
serangan.
Strategi Bertahan
Melalui Pukulan Kilas
Pukulan kilas dilakukan
apabila pemain bertahan
cuba mengembalikan
pukulan pihak lawan yang
menyerang di sebelah kiri.
Pukulan ini dibuat untuk
menyelamatkan bola
daripada dimatikan oleh
pemain yang sedang
melakukan serangan.
Strategi Bertahan
Melalui Pukulan Lob
Pukulan lob dibuat dari garisan
belakang gelanggang.
Pukulan ini merupakan
pukulan selamat bagi
mengelakkan pemain lawan
mengembalikan bola laju.
Adakalanya pukulan ini boleh
menjadi pukulan menyerang
jika bola dihantar melepasi
pemain lawan yang berada di
hadapan jaring.
Cara Bermain dan
Menentukan Pemenang
− Bertahan
Murid dibahagikan kepada dua
kumpulan.
Murid A akan bertahan manakala
murid B perlu menyerang.
Permainan akan berlangsung di
gelanggang badminton
Bola soft tenis atau bola getah
serap lantunan digunakan bagi
mengurangkan kelajuan
Raket tenis sebenar digunakan.
Cara Bermain dan
Menentukan Pemenang
− Bertahan
Posisi pemain ketika bertahan
mestilah berada di garisan
belakang iaitu di tengah
gelanggang.
Murid A akan membalas servis
atau pukulan pihak lawan
dengan pukulan lob tinggi ke
belakang murid B supaya murid
B tidak dapat menyerang
semula (jika servis ace yang
laju)
Sekiranya bola dihantar tidak
laju, murid A boleh membalas
pukulan dengan pukulan kilas
atau pepat.
Cara Bermain dan Menentukan Pemenang
− Bertahan
Pukulan lob digunakan bagi membalas
servis yang laju dan sukar diambil.
Pukulan pepat dibuat jika murid B
menyerang di sebelah kanan manakala
pukulan kilas hanyalah pukulan selamat
bagi mengelakkan rally dimatikan dengan
cepat.
Sasaran gelanggang lawan ditandakan
dengan 1-2-3-4-5
Jika bola berjaya dikembalikan, 15 mata
diberikan.
Cara Bermain dan Menentukan Pemenang − Bertahan
Murid A dan B boleh berbalas pukulan berdasarkan situasi semasa
Pemain yang berjaya mengumpul 45 mata terawal dikira sebagai pemenang.
Kedua-dua kumpulan bermain dalam situasi permainan sebenar dengan
mengaplikasikan peraturan dan undang-undang permainan tenis.
Formasi Permainan Beregu
Strategi permainan beregu berbeza dengan permainan
perseorangan.
Strategi ini lebih kepada menyerang dan banyak
bermain di jaring.
Dalam permainan beregu, kerjasama dan
persefahaman antara pemain merupakan perkara
penting.
Formasi Permainan
Beregu
Terdapat beberapa
formasi di dalam
gelanggang dalam
permainan beregu.
Formasi ini akan
berubah mengikut
jenis pukulan dan
kedudukan regu
pihak lawan.
Formasi Pukulan Servis oleh Pihak
Lawan
-Cara Bermain dan Menentukan
Pemenang − Formasi 1
Murid dibahagikan kepada
dua kumpulan berdua.
Kumpulan A memulakan
permainan dengan
melakukan servis.
Permainan akan
berlangsung di gelanggang
badminton.
Bola soft tenis atau bola
getah serap lantunan
digunakan bagi
mengurangkan kelajuan.
Raket tenis sebenar
digunakan.
Formasi Pukulan Servis oleh Pihak Lawan
-Cara Bermain dan Menentukan Pemenang − Formasi 1
Servis dilakukan oleh
murid A ke dalam petak
servis dalam gelanggang
penerima servis
Murid A akan bergerak
ke arah jaring.
Murid A1 masih berada di
petak yang sama dan
bergerak lurus ke
belakang bersedia untuk
membuat pukulan balas.
Formasi Pukulan Servis oleh Pihak Lawan
-Cara Bermain dan Menentukan Pemenang − Formasi 1
Murid B akan mengembalikan
servis dengan pukulan lob ke
belakang murid A1.
Murid B1 bergerak ke tengah
gelanggang menanti pukulan
yang akan dibuat oleh murid A1.
Jika pukulan murid A1 ke arah
jaring, murid B1 akan membuat
pukulan smesy sekiranya bola
tanggung atau pukulan voli (jika
bola separuh tanggung) ke arah
sasaran 1-2-3-4-5 gelanggang
lawan.
Walau bagaimanapun, semua
strategi dan formasi berdasarkan
jangkaan pukulan pihak lawan
dan jenis pukulan yang dihantar.
Formasi Pukulan Servis oleh Pihak
Lawan
-Cara Bermain dan Menentukan
Pemenang − Formasi 1
Pemain hadapan perlu
mematikan hantaran
lawan menggunakan
smesy atau voli.
Pemain yang berada di
belakang pula perlu
menghantar bola bagi
menyerang kumpulan
lawan dan
memudahkan pemain
hadapan mematikan
bola yang tidak
sempurna.
Formasi Pukulan Servis oleh Pihak
Lawan
-Cara Bermain dan Menentukan
Pemenang − Formasi 1
Kumpulan yang
berjaya mengumpul 45
mata terawal dikira
sebagai pemenang.
Kedua-dua kumpulan
bermain dalam situasi
permainan sebenar
dengan
mengaplikasikan
peraturan dan undang-
undang permainan
tenis.
Formasi Pukulan Lob - Cara
Bermain dan Menentukan
Pemenang − Formasi 2
Murid dibahagikan kepada
dua kumpulan berdua.
Kumpulan A memulakan
permainan dengan
melakukan servis.
Permainan akan
berlangsung di
gelanggang badminton.
Bola soft tenis atau bola
getah serap lantunan
digunakan bagi
mengurangkan kelajuan
Raket tenis sebenar
digunakan.
Formasi Pukulan Lob - Cara Bermain dan
Menentukan Pemenang − Formasi 2
Murid A membuat servis manakala murid B membalas
dengan pukulan lob ke belakang murid A1.
Murid B bergerak ke hadapan jaring.
Apabila murid A membalas pukulan murid B dengan
pukulan kilas menyilang ke arah sebelah kiri
gelanggang murid B, murid B1 membuat pukulan smesy
ke arah sasaran 1-2-3-4-5.
Murid bebas untuk bergerak dalam gelanggang secara
ke hadapan dan belakang atau ke kiri dan kanan
mengikut keperluan permainan sama ada untuk
menyerang atau bertahan.
Formasi Pukulan Lob - Cara Bermain dan
Menentukan Pemenang − Formasi 2
Walau bagaimanapun, semua strategi dan formasi
berdasarkan jangkaan pukulan pihak lawan dan jenis
pukulan yang dihantar.
Pemain hadapan perlu mematikan hantaran lawan
menggunakan smesy atau voli.
Pemain yang berada di belakang pula perlu
menghantar bola bagi menyerang kumpulan lawan dan
memudahkan pemain hadapan mematikan bola yang
tidak sempurna.
Formasi Pukulan Lob - Cara
Bermain dan Menentukan
Pemenang − Formasi 2
Kumpulan yang
berjaya mengumpul 45
mata terawal dikira
sebagai pemenang.
Kedua-dua kumpulan
bermain dalam situasi
permainan sebenar
dengan
mengaplikasikan
peraturan dan undang-
undang permainan
tenis.
Formasi Pukulan Smesy-
Cara Bermain dan
Menentukan Pemenang −
Formasi 3
Murid dibahagikan kepada
dua kumpulan berdua.
Kumpulan A memulakan
permainan dengan
melakukan servis.
Permainan akan
berlangsung di gelanggang
badminton
Bola soft tenis atau bola
getah serap lantunan
digunakan bagi
mengurangkan kelajuan.
Raket tenis sebenar
digunakan.
Formasi Pukulan Smesy- Cara Bermain dan
Menentukan Pemenang − Formasi 3
Murid A membuat pukulan smesy di tengah
gelanggang.
Murid B membalas dengan pukulan lob ke belakang
bagi mengelakkan murid A1 menyerang dengan
pukulan smesy di jaring.
Murid A membuat pukulan kilas ke arah murid B.
Murid B membalas dengan pukulan pepat ke penjuru
kiri gelanggang murid A.
Formasi Pukulan Smesy-
Cara Bermain dan
Menentukan Pemenang −
Formasi 3
Pemain yang menerima
smesy perlu berada di
garisan belakang
gelanggang kerana lantunan
bola adalah jauh.
Kumpulan yang berjaya
mengumpul 45 mata terawal
dikira sebagai pemenang.
Kedua-dua kumpulan
bermain dalam situasi
permainan sebenar dengan
mengaplikasikan peraturan
dan undang-undang
permainan tenis.
TAMAT