KIT PELAJAR BAHARU SEMESTER SEPTEMBER 2024
Selamat Datang ke OUM Tahniah! Anda Kini bergelar siswa OUM APA YANG PERLU DILAKUKAN SETERUSNYA?
Ikuti langkah-langkah dibawah untuk memastikan anda melalui peralihan kepada sistem pembelajaran OUM dengan lancar: Log masuk ke myOUM 1 myOUM adalah sistem pengurusan pembelajaran OUM. Tinjau dan alami myOUM Terdapat banyak fungsi di dalam myOUM dan luangkan masa untuk mempelajari fungsi penting yang terdapat di myOUM. 2 Kenali myINSPIRE MyINSPIRE adalah komponen penting dalam myOUM. Sistem ini menyediakan pengalaman pembelajaran yang menyerupai kelas fizikal. MyINSPIRE membolehkan anda: • Berinteraksi dengan rakan dan e-tutor. • Mengakses bahan pembelajaran, penilaian kursus, e-tutorial dan pengumuman. 3 Sertai Orientasi (BKB) Bengkel ini akan membantu anda memahami sistem pendidikan terbuka dan 4 jarak jauh yang digunakan di OUM. Ikuti Aktiviti-Aktiviti yang dijalankan Catat tarikh aktiviti utama & tarikh akhir penghantaran dalam kalendar peribadi anda. Contoh: E-tutorial, e-forum, penghantaran tugasan, peperiksaan dan pendaftaran kursus. Ikuti aktiviti yang dijalankan. Jangan terlepas! 5
Langkah 1: Log masuk myOUM Anda boleh menggunakan mana-mana pelayar Internet untuk mengakses myOUM, namun kami cadangkan Google Chrome. NOTA: Sila gunakan versi terkini pelayar tersebut. 1: Pergi ke portal Universiti di www.oum.edu.my 2: Klik pada myOUM
Langkah 1: Log masuk myOUM Pendaftaran untuk myOUM hanya boleh dibuat selepas 3 hari mendaftar sebagai pelajar baharu. NOTA: 1. Pilih nama pengguna yang sesuai. Setelah dicipta, nama pengguna tidak boleh ditukar. 2. Sila simpan nama pengguna dan kata laluan anda untuk rujukan sekiranya terlupa. 3: Cipta nama pengguna dan kata laluan anda.
Langkah 1: Log masuk myOUM Setelah pendaftaran nama pengguna dan kata laluan berjaya, anda boleh log masuk ke myOUM. 4: Pergi ke portal universiti di www.oum.edu.my 5: Masukkan nama pengguna dan kata laluan yang telah dicipta tadi.
Langkah 1: Log masuk myOUM Sebaik sahaja anda log masuk ke myOUM untuk pertama kalinya, anda akan mendapat skrin ini. Jangan risau! Ini hanya untuk menunjukkan bahawa anda belum melengkapkan prosesnya. Anda diminta untuk memeriksa, melengkapkan dan memastikan maklumat diri anda betul. Klik OK
Langkah 1: Log masuk myOUM *Pastikan semua maklumat peribadi anda di semua bahagian ada dan betul *Keluarkan tanda sempang (-) yang tidak perlu (jika ada). Di bawah Emergency Contact, sila tandakan kotak ☑ yang menyatakan I hereby declare that the information given is true and correct.
Langkah 1: Log masuk myOUM Setelah anda melengkapkan/ mengesahkan maklumat peribadi, anda perlu log masuk semula ke myOUM. Sebaik sahaja anda log masuk, anda akan mendapat skrin ini. Tahniah! Anda kini bersedia untuk meneroka dan mengalami myOUM.
Langkah 2: Tinjau dan Alami myOUM Name Here Lihat butiran anda Akses bahan pembelajaran bagi subjek yang didaftarkan Lihat tugasan anda Buku Panduan Peraturan Universiti Permohonan untuk perkhidmatan atas talian Emel anda dengan alamat [email protected]
Langkah 2: Tinjau dan Alami myOUM Name Here Kalendar Akademik: Tarikh penting aktiviti Universiti Maklumbalas berkaitan e-modul dan e-tutor Pertanyaan dan aduan Projek akhir dan Latihan Industri Dapatkan bahan rujukan (ebook, jurnal, dll) Semak pengumuman terkini
Langkah 2: Tinjau dan Alami myOUM Name Here Membantu dan memastikan anda menerima notifikasi daripada pihak Universiti berkaitan dengan pembelajaran anda. Jom muat turun sekarang pada telefon mudah alih anda. Masukkan nama pengguna dan kata laluan myOUM anda Muat turun aplikasi ini secara percuma sekarang!
Langkah 2: Tinjau dan Alami myOUM Name Here Selain capaian melalui komputer, anda juga boleh mengakses maklumat dan rekod berkaitan menggunakan aplikasi myOUM. Pasang dan guna aplikasi hebat ini!
Langkah 3: Kenali myINSPIRE Name Here myINSPIRE adalah sistem pengurusan pembelajaran yang menyediakan persekitaran pembelajaran dalam talian. Ia memberikan pengalaman pembelajaran yang hampir sama seperti kelas fizikal. Klik untuk mengakses myINSPIRE
Langkah 3: Kenali myINSPIRE Untuk maklumat lanjut, klik pada panduan myINSPIRE
Langkah 3: Kenali myINSPIRE Kandungan myINSPIRE: ● Hebahan kursus ● Kandungan (e-Modul) ● Tugasan & kuiz dalam talian ● e-Forum ● e-Tutorial ● e-Lesson ● Syarahan video ● Soalan lazim ● Lain-lain sumber
Langkah 3: Kenali myINSPIRE NOTA: Komunikasi dalam masa nyata dengan rakan-rakan dan e-Tutor anda akan berlaku semasa e-Tutorial Sila semak jadual e-Tutorial anda. Anda boleh berkomunikasi dengan rakan-rakan dan e-Tutor melalui e-Forum bermula 11 September 2024, sementara menunggu e-Tutorial bermula. Langkah Periksa tarikh e-Tutorial, tugasan dan kuiz Baca keperluan kursus Langkah Langkah Masukkan aktiviti & tarikh akhir dalam kalendar anda Sebaik sahaja anda mengakses myINSPIRE:
Langkah 3: Kenali myINSPIRE Selain capaian melalui komputer, myINSPIRE juga boleh diakses melalui aplikasi Moodle Mobile di telefon bimbit anda. Site Address: inspire.oum.edu.my Masukkan nama pengguna dan kata laluan myOUM anda Muat turun aplikasi ini secara percuma sekarang!
Langkah 4: Sertai Bengkel Kemahiran Belajar (BKB) BKB merupakan satu sesi orientasi untuk pelajar baharu yang biasanya dijalankan di Pusat Pembelajaran anda. BKB bagi semester September 2024 akan diadakan secara Bersemuka (F2F) atau dalam talian (Google Meet).* Setelah semester bermula pada 4 September 2024, sila rujuk bahan terkini untuk sebarang makluman berkaitan pembelajaran anda di Survival Guide. *Rujuk Pusat Pembelajaran anda untuk maklumat terkini. Akses di sini bermula 4 SEPTEMBER 2024
Langkah 5: Ikuti Aktiviti yang dijalankan Pengajian anda merangkumi aktiviti pengajaran dan pembelajaran, aktiviti penilaian dan aktiviti universiti berbentuk akademik dan bukan akademik. Sila semak tarikh-tarikh penting untuk pengajian anda melalui myOUM dan myINSPIRE. Pastikan anda tidak terlepas tarikh-tarikh tersebut bagi memastikan pengajian anda berjalan lancar bagi semester pertama dan yang berikutnya.
Sekiranya pelajar mempunyai sebarang pertanyaan, boleh menghubungi OUM melalui saluran berikut: eCRM myOUM Live Chat Telefon/ WhatsApp Pengarah Program Kaunselor Saluran sokongan untuk Pelajar
Saluran 1: e-CRM Pertanyaan, aduan, cadangan, pujian dan kaunseling e-CRM
Saluran 1: e-CRM 7 Langkah mudah: 1. Login ke portal myOUM 2. Pilih e-CRM 3. Klik New Ticket 4. Buat pilihan yang sesuai untuk I would like to dan About 5. Isikan Subject dan maklumat lanjut yang berkaitan di Detail. Kepilkan dokumen sokongan jika perlu. 6. Klik Submit. Anda akan menerima e-mel pemberitahuan setelah penyerahan berjaya. Setelah tiket diselesaikan, anda akan menerima satu lagi e-mel. 7. Pergi ke e-CRM sekali lagi, klik My Tickets untuk membaca maklumbalas bagi tiket. Sila beri penilaian terhadap maklumbalas kami, untuk analisa penambahbaikan.
Saluran 2: myOUM Live Chat Anda boleh menyemak Soalan Lazim yang dibangkitkan oleh pelajar lain, atau anda boleh berbual dengan ejen kami. Sesi Live Chat dibuka pada setiap hari mulai jam 9.00am – 4.00pm (GMT+8) Klik di sini untuk berbual dengan ejen kami 2 1 Klik di sini
Saluran 3: Telefon/WhatsApp Kakitangan Pusat Pembelajaran kami sentiasa bersedia membantu anda. Telefon atau hubungi mereka melalui WhatsApp sekiranya anda memerlukan bantuan. IPOH/GREENHILL 05-254 6006 019-265 7995 MANJUNG 05-688 7576 019-236 8698 TG. MALIM 05-458 1855 019-217 8272 TAIPING 05-805 1161 019-382 2064 ALOR SETAR 04-720 1000 019-282 9259 SUNGAI PETANI 04-441 8582 019-266 7469 SEBERANG JAYA 04-390 2006 013-317 3006 BANGI 03-8913 5500 019-2653 703 SHAH ALAM 03-5520 5400 014-970 0340 KUALA SELANGOR 03-3281 2902 012-420 0446 BANTING 03-3191 2128 017-2121944 PETALING JAYA 03-7801 1920 013-500 0656 KUALA LUMPUR 03-4131 9244 019-266 7218 MELAKA 06-292 1852 019-218 1851 SEREMBAN 06-761 1003 019-213 7611 JOHOR BAHRU 07-221 2006 019-790 4696 BATU PAHAT 07-438 1788 019-265 5062 PONTIAN 07-686 4880 019-212 1498
Saluran 3: Telefon/WhatsApp Kakitangan Pusat Pembelajaran kami sentiasa bersedia membantu anda. Telefon atau hubungi mereka melalui WhatsApp sekiranya anda memerlukan bantuan. SIMPANG RENGGAM 019-210 2739 019-214 3739 KUANTAN 09-517 3535 019-265 9541 TEMERLOH 09-290 8340 019-266 7617 KOTA BHARU 09-741 8382 019-919 8603 KUALA TERENGGANU 09-662 1333 019-954 5900 KOTA KINABALU 088-712 652 019-265 8694 KENINGAU 087-330 219 019-265 8649 TAWAU 089-751 300 019-266 7593 SANDAKAN 089-464 627 019-266 4709 LAHAD DATU 089-880 527 019-266 1391 KOTA MARUDU 088-663 767 019-265 9027 KUCHING 082-458 602 019-266 0855 SIBU 084-250 005 019-266 5274 MIRI 085-615 662 019-266 3805 BINTULU 086-344 581 019-265 6545 KUALA LIPIS 09-312 2445 019-686 0385 OUM Graduate Centre Kelana Jaya / OUMGC International +603-7801 1920 +6019-626 9321
Saluran 4: Pengarah Program Anda boleh menghubungi Pengarah Program anda untuk membuat pertanyaan mengenai perkara akademik. Pergi ke Portal Universiti Klik Programmes Pilih Fakulti Pilih Program Pengajian anda
Saluran 5: Kaunselor Untuk Penasihatan Akademik & Perkhidmatan Kaunseling Bagi Cara 1 dan 2, waktu perkhidmatan adalah seperti berikut: 9.00 pagi–4.30 petang (Isnin – Khamis) 9.00 pagi–12.00 tengahari (Jumaat) 01 02 03 Telefon 03 – 7801 2131 E-mel [email protected] Temui Kaunselor (dengan temujanji) di Menara OUM Blok C, Kompleks Kelana Centre Point Jalan SS7/19, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya, Selangor
Terima Kasih Pusat Hal Ehwal Pelajar / [email protected]