The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2017-11-15 00:30:54

BULETIN MATEMATIK 2017

BULETIN MATEMATIK 2017

Edisi 2017 http://panitiamatematik.simplesite.com

ORGANISASI PANITIA MATEMATIK SMPKVIP

Sokongan Pentadbir Wajah Pendidik
Penggerak Panitia Penuh Harapan

Depan Dari kiri : Cikgu Roslaili, Cikgu Nur Hazlin, Cikgu
Dari kiri : Puan Rabthah, Hj. Fahrurrazi, Puan Zaidah. Wahidah, Cikgu Sulasteri, Cikgu Suraya, Cikgu Faziana,
Cikgu Ramlee (satu-satunya guru Matematik lelaki).
Belakang
Dari kiri : Cikgu Ramlee, Cikgu Suraya, Cikgu Wahidah, Bergambar untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.
Cikgu Sulasteri, Cikgu Faziana, Cikgu Roslaili.

SIDANG PENGARANG BULETIN UNTAIAN TINTA TUAN PENGETUA
MATEMATIK SMPKVIP EDISI 2017
Bismillahirrahmanirrahim.
TN HJ FAHRURRAZI BIN RAMDHAN
PENGETUA Setelah 13 tahun SMPKVIP ditubuhkan, inilah
pertama kalinya Panitia Matematik menerbitkan
PN SULASTERI BT HAIRODIN buletin . Panitia ini juga merupakan panita pertama
GKMP SAINS & MATEMATIK di sekolah ini dengan penuh daya usaha inisiatif
kreatif dan inovatif dalam menghasilkan buletin ini.
PN SURAYA BT ALIAS Saya percaya ini adalah hasil kerjasama semua guru
KETUA PANITIA MATEMATIK Matematik. Semoga usaha sebegini dapat diteruskan
dan menjadi contoh serta pemangkin kepada panitia
PN ROSLAILI BT AWANG NIK lain pula. Di kesempatan ini juga saya ingin merakam
SETIAUSAHA PANITIA MATEMATIK ucapan tahniah atas kejayaan Panitia Matematik
menjalankan program yang menarik dan bermanfaat
EN RAMLI BIN MAMAT PN NURHAZLIN KAMARUDDIN kepada murid berkeperluan khas di sekolah ini.
AHLI PANITIA MATEMATIK AHLI PANITIA MATEMATIK Paparan program sepanjang tahun 2017 yang
dimuatkan dalam buletin ini juga merupakan bukti
PN FAZIANA BT IDRIS PN WAHIDAH ABD RAHMAN bahawa guru telah melaksanakan tugas sebagai
AHLI PANITIA MATEMATIK AHLI PANITIA MATEMATIK pendidik dan tanggungjawab murid sebagai penuntut
ilmu. Syabas saya ucapkan.

Skills For Living . Towards Excellent Future .

HJ FAHRURRAZI BIN RAMDHAN

MTL WEEK( 26 FEBRUARI 2017 – 2 MAC 2017 )

Program ini dilaksanakan untuk mendedahkan
kepentingan Matematik , Teknologi Literasi dan
Bahasa dalam kehidupan seharian serta
mengaplikasikan pembelajaran di luar bilik darjah
dan pembelajaran abad 21 secara “Fun Learning”.
Program seperti ini harus diteruskan untuk pada
masa-masa akan datang.

Menyedarkan pelajar pentingnya mempelajari dan
menguasai ilmu Matematik, Teknologi Literasi dan
Cara Berbahasa disamping pendedahan KBAT dan
aktiviti Fun Learning.
Melatih diri pelajar untuk berhadapan dengan masalah
yang pastinya ada berkaitan dan berhubungkait
dengan Matematik, Teknologi Literasi dan Bahasa
semasa menjalani aktiviti dalam kehidupan. Memupuk
rasa minat pelajar dengan cara yang berbeza.

Tempoh Masa 5 Hari Persekolahan di sekitar sekolah
termasuk sekitar dewan serbaguna, blok bengkel,
pentadbiran dan akademik. Aktiviti Fun Learning,
aplikasi subtajuk yang penting untuk kegunaan harian
adalah pameran, kitar semula, indoor games, outdoor
games dan explorace. Murid sangat teruja dengan
program seperti ini. Keseronokan dapat dilihat
daripada wajah murid. Murid-murid diuji secara
spontan dan keperibadian murid dapat dilihat dengan
jelas. Kepimpinan dan kerjasama antara murid dapat
dipupuk dan kesinambungan idea bagi tiga kategori
murid dapat dilihat dengan jelas.

Idea dan pemikiran murid perlu diasah sekali-sekala
untuk menguji sejauh mana mereka mampu berfikir.
Berdasarkan pemerhatian, dapat dilihat murid sangat
seronok dan meminta program ini dilaksanakan
sepanjang tahun dan pemikiran murid juga ada
sesetengahnya yang jauh lebih mencapah dan kreatif
berbanding murid normal berdasarkan objek akhir
yang dihasilkan. Selepas ini proses pengeditan buku
amalan terbaik akan dilakukan.

MATH FOR FUN ( SEPANJANG TAHUN )

Pada April 2017 (Utusan Pelajar),Utusan Malaysia
dan Kementerian Pendidikan Malaysia berhasrat
menggerakkan Hari Pembelajarana Abad Ke-21
pada setiap minggu perhimpunan mingguan.
Namun begitu Panitia Matematik SMPK Vokasional
Indahpura telahpun mendahului idea tersebut.
Berikut merupakan tarikh di mana pelbagai elemen
pembelajaran abad ke -21 diimplimentasikan.

23.01.2017 : Nombor Bulat
Dikendalikan oleh Cikgu Suraya. Tajuk ini berjaya
dilaksanakan menggunakan kaedah PAK 21 Binggo dalam
penyampaian Pdpc.

23.04.2017 : Masa dan Waktu
Guru yang bertanggungjawab ialah Cikgu Roslaili dengan
mengambil pendekatan PAK 21 Tarsia dalam penyampaian
Pdpc. Kaedah yang kelihatan bersahaja namun mencabar
minda murid.

23.05.2017: Wang
Kali ini Cikgu Faziana pula menggunakan PAK 21 Eksplorasi
sebagai kaedah penyampaian Pdpc. Sesuai dengan kepentingan
penggunaan wang dalam kehidupan seharian ibarat sentiasa
melakukan ekplorasi berhemah dalam berbelanja.

MATH FOR FUN ( SEPANJANG TAHUN)

13.09.2017 : Jisim .

PAK 21 terus menyemarakkan lagi Pdpc
apabila Cikgu Hazlin menggunakan
pendekatan QR Code. Nampaknya terdapat
unsur Sains dan Teknologi merentasi
kurikulum pada kali ini.

01.11.2017 : Isipadu Cecair.

Cikgu Wahidah tidak ketinggalan
mengaplikasikan juga PAK 21 melalui
kaedah Run N Write. Murid bergerak
secara aktif bagi mencapai satu matlamat
yang sama.

Tajuk Ukuran Panjang.

Tajuk terakhir ini di bawah tanggungjawab
Cikgu Sulasteri selaku cikgu paling otai
dalam panitia Matematik apabila beliau
menggunakan pendekatan PAK 21
berbentuk Sukaneka. Inilah yang paling
disukai ramai.

Nama Math For Fun dipilih besesuaian dengan aktiviti yang dijalankan kerana disamping
mendapat ilmu pengetahuan murid juga merasai pengalaman belajar dengan rasa
terhibur sekali.

CABARAN PENGGUNA BIJAK DAN MISI-X (18 & 20 SEPTEMBER 2017)

Ceramah kepenggunaan dengan kerjasama
KPDNKK dijalankan di Dewan Goalball Seri Khadijah
Pada 18.9.2017. Murid dan guru berkumpul di dewan
pada pukul 2.30 dan berakhir pada pukul 4.30 petang.
Murid didedahkkan dengan cara pemilihan barang .

Penerangan mengenai hak sebagai pengguna,
soalan kuiz beserta hadiah yang ditaja oleh KPDNKK.
Cabaran Pengguna Bijak dan Misi-X pula dijalankan di
Pasaraya Tesco pada 20.9.2017. Guru dan murid
intervensi matematik yang terlibat bertolak dari
sekolah kira-kira jam 7.30 pagi.

Program ini bertujuan meningkatkan kemahiran
murid dalam mengira wang, memberi pendedahan
sebenar cara berbelanja, pengurusan kewangan di alam
pekerjaan. Tesco bermurah hati memberikan baucer
berbelanja kepada semua murid yang terlibat sebagai
tanda penghargaan kerana memilih Tesco sebagai
tempat menjalankan aktiviti. Aktiviti berakhir jam 2.30
petang dan murid berangkat pulang semula ke asrama.

MATH'S IDOL( 1 – 8 OKTOBER 2017)

Program berbentuk kuiz ini menggunakan aplikasi
Quizziz . Pada 1 hingga 5 Oktober adalah peringkat
saringan untuk memilih wakil dari setiap kelas.
Dijalankan di makmal literasi komputer serta turut
menggunakan komputer riba dan telefon pintar guru.
Tarikh 8 Oktober adalah pertandingan akhir untuk
memilih siapakah Math’s Idol 2017.

Keputusan seperti berikut:
Tahun 1: KOH JIA WEN 4JE,
Tahun 2: IZZAT FIKRI 5PPM1B,
Tahun 3: SITI ZUBAIDAH 5JE2A.
Penyampaian hadiah turut diberikan sejurus selepas
keputusan diumumkan. Semua murid dan guru amat
berpuas hati dengan pencapaian masing-masing.

MATHS PUZZLE CHALLENGE (MAC – OKTOBER)

Pada bulan Mac sehingga Oktober 2017
program Maths Puzzle Challenge telah dijalankan. Ia
bertujuan memupuk semangat kerjasama di kalangan
murid Tahun 1,Tahun 2 dan Tahun 3 dalam kursus
yang sama, menjana kemahiran berfikir secara kreatif
dan kritis (jigsaw puzzle 1000 keping).

Pelbagai strategi digunakan semasa menyiapkan
puzzle. Setiap panitia berjaya menyiapkan tepat pada
tarikh yang dijanjikan. Kriteria pemenang berdasarkan
kekemasan dan kreativiti yang terserlah. Hanya tempat
pertama diberi hamper tetapi semua kursus diberi sijil
pencapaian dan membawa pulang puzzle yang telah
dibingkaikan untuk mereka gantungkan di bengkel
SKM masing-masing.

Berikut adalah keputusannya. Johan Kursus
Housekeeping Operation, Naib Johan Kursus Pembantu
Penyediaan Makanan, Tempat ketiga Gabungan Kursus
DTP,DRP dan Refleksologi, Tempat Keempat Kursus
Juru Estetik dan Tempat Kelima Kursus Dandanan
Rambut.

PEMBENTANGAN SEMINAR GURU MATEMATIK SMPKVIP PERINGKAT KEBANGSAAN

SEMINAR PENDIDIKAN MATEMATIK
PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

TARIKH : 2 OKTOBER 2017
TEMPAT : DEWAN MELATI, IPG KAMPUS IPOH

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID
BERMASALAH PEMBELAJARAN DALAM
PENUKARAN WAKTU SISTEM 12 JAM KEPADA
24 JAM MELALUI INOVASI PDPC JAM SUPER-G.

PUAN FAZIANA BINTI IDRIS

PEMBENTANGAN SEMINAR GURU MATEMATIK SMPKVIP PERINGKAT KEBANGSAAN
PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS
DAN PEMULIHAN 2017
TARIKH : 2 OKTOBER 2017
TEMPAT : INSTITUT PERGURUAN DARUL AMAN,
KEDAH
JADUAL S3: PERMAINAN PEMBELAJARAN UNTUK
MURID BERKEPERLUAN KHAS PEMULIHAN

PUAN SULASTERI BINTI HAIRODIN

SEMINAR PENDIDIKAN MATEMATIK PERINGKAT
KEBANGSAAN 2017

TARIKH : 2 OKTOBER 2017
TEMPAT : DEWAN MELATI, IPG KAMPUS IPOH

QUIZIZZ MENINGKATKAN KECEKAPAN MURID
PENDIDIKAN KHAS DALAM MENGGUNAKAN
KALKULATOR

PUAN WAHIDAH BINTI ABD RAHMAN

ELEMEN MERENTASI KURIKULUM

Kreativiti Nilai Murni Kemahiran Berfikir

Keusahawanan Sains dan Teknologi TMK

Inovasi PAK 21 Pendidikan Pengguna

Cikgu Sulas : Bersama-sama kita membina masa depan yang lebih gemilang
Cikgu Sur : Kita tanamkan tekad di hati berusaha menuju wawasan
Cikgu Laili : Rajin bekerja terus berusaha bagai hidup selama-lamanya
Cikgu Meli : Beramal ibadah kepada Allah bagai esok sudah tiada lagi
Cikgu Wahid : Bersama ini kita semai cita bersama-sama kita mengejarnya

Dan bersama-sama kitapun berdoa agar semua usaha kita diberkati

Cikgu Lin : Hindarkan kemalasan jauhilah rasa rendah diri
Pohon takkan berbuah jika tak dibajai begitulah hidup kita

Cikgu Gee : Perlu bekerja dan berusaha Bulat takkan bergolek pipih tak datang melayang

Kami Cikgu Matematik SMPKVIP komited ingin mengajar anak-anak minda istimewa...
Dari sudut psikologi seseorang murid itu, lemah boleh diubah, minat boleh dibentuk dan
keyakinan boleh ditingkatkan. Apa yang penting guru-guru perlu menggunakan kaedah

yang betul dan dan sesuai dengan mewujudkan rasa seronok dalam
proses pengajaran dan pemudahcaraan.


Click to View FlipBook Version