MESYUARAT KALI KE-19 SABTU 24 JUN 2023 2023 SK KANGKAR PULAI 2 BANDAR BARU KANGKAR PULAI, 81300 JOHOR BAHRU, JOHOR DIRASMIKAN OLEH: YB DATUK ANDAK BIN AHMAD ADUN KOTA ISKANDAR
Isi Kandungan KANDUNGAN MUKA SURAT Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali ke19 2 Kata-kata Aluan YDP PIBG 3 Kata-kata Aluan Guru Besar 4 Aturcara Mesyuarat Agung PIBG 5 Ahli Jawatankuasa Pelaksana 6 Minit Mesyuarat Agung Kali ke-18 Sesi 2022/2023 8 Laporan Tahunan PIBG Sesi 2022/2023 11 Laporan Kewangan PIBG 2022/2023 14 AJK Baharu PIBG Sesi 2023/2024 19 Usul 20 Nota 21
Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-19 2
(EN. MUHAMMAD ADAM BIN RUSLAN) Yang Dipertua PIBG SK Kangkar Pulai 2 Kata-kata Aluan Yang Dipertua PIBG SKKP2 Bismillahhirrahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera kepada semua warga SKKP2. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada pihak SKKP2 dan barisan AJK PIBG atas gerak kerja menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-19 ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada ibu bapa yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk hadir ke mesyuarat hari ini. Semoga mesyuarat ini dapat berjalan lancar dan memberi kebaikan kepada anak-anak kita semua. Sebagai wakil kepada PIBG SKKP2 sesi 2022/23 ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh barisan AJK PIBG dan guru-guru yang terlibat sama menjayakan pelbagai aktiviti, program dan projek pembangunan yang melibatkan PIBG bagi sesi 2022/23 kali ini. Dengan berpandukan kepada 5 aspek perbelanjaan seperti akademik, hal ehwal murid, kokurikulum, pembangunan dan lain-lain hal, kami menguruskan dana PIBG ini supaya ianya berpadanan dengan gerak kerja aktiviti di sekolah seperti naiktaraf fasiliti dan kemudahan, penyelenggaraan, aktiviti kokurikulum murid dan pasukan sekolah serta aktiviti akademik murid dapat dilaksanankan dengan jayanya. Pihak PIBG juga turut berterima kasih kepada pihak sekolah yang sentiasa komited dalam menjayakan pelbagai usaha di sekolah dengan tenaga kerja guru-guru di bawah naungan Guru Besar. Banyak kemudahankemudah baru yang sudah disiapkan untuk keselesaan semua murid SKKP2 ini. Adalah diharapkan komitment ini diteruskan lagi oleh semua guru-guru SKKP2 untuk masa akan datang. Kami di pihak PIBG juga turut mengalu-alukan penglibatan ibu bapa sebanyak mungkin untuk membantu pihak sekolah demi keselesaan anak-anak kita. Pelbagai ruang boleh dikongsi untuk kita turut mengambil tanggungjawab seperti projek-projek infaq, dana pembangunan, khidmat gotong-royong dan pelbagai lagi gerak kerja sukarela yang boleh kita kenal pasti untuk membantu sekolah ini. Akhir kata dari saya, kami ingin memohon maaf jika ada salah silap dari pengurusan PIBG sesi 2022/23 ini. Diharapkan barisan pengurusan PIBG sesi 2023/24 yang akan datang dapat meneruskan lagi usaha membantu SKKP2 dalam melancarkan segala program yang telah dirancang. Sekian. Terima kasih. 3
Kata-kata Aluan Guru Besar SKKP2 (EN. NOR AZMAN BIN ABD RAHMAN) Guru Besar SK Kangkar Pulai 2 Assalamualaikum,dan Salam sejahtera. Terlebih dahulu diucapkan terima kasih kepada semua waris ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Kangkar Pulai 2 kerana sudi melapangkan masa hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-19. Sesungguhnya inilah masa yang tepat dan sesuai untuk kita sama-sama hadir bagi melaksanakan tangungjawab dan amanah sebagai ahli PIBG. Tahniah ,syabas dan terima kasih kepada Yang Dipertua dan semua Ahli Jawatankuasa PIBG kerana dengan komitmennya berjaya melaksanakan tanggung jawab bersama iaitu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ini. Tahniah dan syabas kepada jawatankuasa pelaksana yang telah menunjukkan kesungguhan dan tidak mengenal erti penat lelah untuk menjayakan majlis ini. Kejayaan ini tidak akan tercapai sekiranya tiada gandingan tenaga dan idea daripada semua pihak. Terima kasih juga kepada semua ibu bapa, penjaga dan guru yang menjadi ahli kepada persatuan yang sentiasa berusaha memberi sumbangan dalam membantu pihak sekolah ke arah usaha mencapai visi dan misi sekolah. Platform ini harus digunakan sebaik mungkin untuk menyalurkan pandangan dan idea, di samping melaksanakan tangungjawab menentukan arah tuju persatuan untuk setahun akan datang. Saya yakin dengan kerjasama erat antara pihak sekolah dan PIBG, kecemerlangan sekolah dapat ditingkatkan dan menjadi sekolah cemerlang. Bukan sahaja cemerlang akademik tetapi membina modal insan yang mempunyai sahsiah murni dan berguna kepada again, bangsa dan negara. Semua pihak masyarakat yang berminat dengan pendidikan boleh menyumbang dari segi kewangan, tenaga dan idea untuk kecemerlangan PIBG. Semua daripada kita mempunyai peranan masing-masing. Dengan bantuan dan kerjasama ibu bapa, diharap kita akan melahirkan generasi yang berketrampilan untuk membangunkan negara pada masa akan datang. Sekolah mempunyai Visi dan Misi kehadapan yang ingin dicapai iaitu menjadikan sekolah yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Oleh itu, janganlah biarkan PIBG bergerak berlandaskan saf kepimpinan yang ada sahaja , atau hanyut tanpa komitmen ahli. Sebaliknya, marilah kita bersatu hati, bersama-sama berperanan sebagai penggerak dalam memacu persatuan ini menjadi lebih dinamik. Akhir kata, sekalung tahniah dan terima kasih saya ucapkan kerana sudi menghadiri serta menjayakan mesyuarat kita pada kali ini. Sekian, terima kasih. Salam Malaysia Madani. 4
Atur Cara Mesyuarat MASA AKTIVITI 8.30 pagi Pendaftaran 9.00 pagi Sambutan VIP. Persembahan murid – Tarian Selamat Datang. Lagu Johor. Lagu Negaraku. Ucapan Pengerusi Majlis. Bacaan Doa. Ucapan YDP PIBG. Ucapan Guru Besar. Ucapan Perasmi YB Datuk Pandak bin Ahmad. Persembahan murid – Choral Speaking. Cabutan bertuah. REHAT Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat agung PIBG kali ke18 Membentang, menerima dan meluluskan penyata kewangan. Pembentangan laporan aktiviti, program PIBG Sesi 2022/2023. Cabutan bertuah. Membahaskan usul Pembubaran AJK lama dan Perlantikan AJK baharu sesi 2023/2024. Hal-hal lain. Cabutan bertuah. BERSURAI. 5
Ahli Jawatankuasa Pelaksana PIBG Sesi 2022/2023 6
7
Minit Mesyuarat Agung Kali ke-18 Sesi 2022/2023 8
9
10
11
12
Laporan Aktiviti Tahunan PIBG Sesi 2022/2023 13
14
15
Laporan Kewangan PIBG Tahun Sesi 2022/2023 16
17
Laporan Kewangan PIBG Tahun Sesi 2022/2023 18
19
20
AJK Baharu PIBG Sesi 2023/2024 PENASIHAT YANG DIPERTUA NAIB YANG DIPERTUA SETIAUSAHA BENDAHARI AJK GURU 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. AJK IBU BAPA 1. 2. 3. 4. 5. JURUAUDIT 1. 2. PEMEGANG AMANAH 1. 2. 21
Usul Tahun 2023 22
NOTA 23
Sesungguhnya, tiada kata secantik bahasa yang dapat diungkapkan bagi merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SKKP2 Kali Ke-19 Tahun 2023 Terutama buat Guru Besar (Penasihat PIBG), Yang Dipertua PIBG Serta Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Barisan Penolong Kanan, Guru-guru, Ibu Bapa, Anggota Kumpulan Pelaksana dan Murid SKKP2 Di sini ada tangisan, ada perjuangan, ada luka, ada tawa, bahagia dan rindu... Dan itu semualah yang memberatkan ketika kita harus berpisah... 22