The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aishah_ieyda, 2021-07-28 09:00:28

CERPEN SEKEPING TANAH

CERPEN SEKEPING TANAH

CERPEN SEKEPING
TANAH

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU FARIDATUL

SINOPSIS

 Cerpen ini dimulakan dengan tindakan Hisyam yang pergi menemui abangnya, Harun
untuk berbincang mengenai sebidang tanah pusaka peninggalan arwah ayah mereka di
bandar. Menurut Hisyam, dia bercadang untuk membangunkan tanah pusaka peninggalan
arwah ayahnya di bandar itu kerana kakaknya, Halimah juga bersetuju dengan
cadangannya. Hal ini demikian kerana Halimah sudah berasa tidak selesa menetap di
rumah pusaka itu dengan keluarganya kerana bimbang akan menimbulkan masalah
apabila dia meninggal dunia.

 Hisyam menyatakan cadangan kepada abangnya tentang hasratnya untuk menubuhkan
sebuah syarikat keluarga yang boleh membangunkan tanah pusaka itu dengan membina
kondo. Harun mempersoalkan cadangan adiknya itu atas faktor kewangan dan faktor
tahap pendidikan yang dicapai oleh adiknya itu. Hisyam menegaskan bahawa mereka
bolehmembuat pinjaman bank dan urusan pinjaman wang tersebut boleh diuruskan oleh
kakaknya, Halimah yang merupakan seorang pengurus bank.

 Selepas Hisyam gagal memujuk abangnya untuk mengekalkan tanah pusaka itu, pada malamnya,
dia telah ke rumah pusaka untuk menemui kakaknya, Halimah. Hisyam memberitahu tentang
kedegilan abangnya yang mendesaknya supaya menjualkan tanah pusaka peninggalan arwah
ayah mereka itu. Selepas perbincangan diadakan, Hisyam dan Halimah bersepakat untuk
membangunkan tanah yang terletak di bandar itu tetapi mereka merahsiakan hal itu daripada
pengetahuan abangnya, Harun. Bagi melicinkan proses untuk membangunkan tanah pusaka itu,
mereka telah menubuhkan sebuah syarikat atas nama Binajaya Sdn. Bhd. dan melantik seorang
peguam untuk membeli tanah pusaka mereka yang telah dijual itu sebelum dibangunkan semula.

 Sebulan kemudian, Harun, Hisyam dan Halimah menurunkan tandatangan menjual tanah pusaka
dengan harga RM 6 625 000.00 kepada Binajaya Sdn. Bhd. di hadapan pegawai pentadbiran tanah
dan seorang peguam. Harun gembira menerima cek bernilai RM 2 650 000.00. Begitu juga dengan
Hisyam yang menerima jumlah yang sama dan Halimah pula menerima RM 1 325 000.00. Rumah
pusaka bapa mereka telah didermakan kepada sebuah keluarga di Sungai Pencala.

 Pada minggu itu juga tertegak papan tanda bahawa di atas tapak tanah itu akan dibina sebuah
kondo mewah setinggi 25 tingkat. Hati Harun terdetik apabila melihat nama adiknya, Hisyam
bin Sulaiman tertera pada papan kenyataan tapak kondo itu sebagai pengurus Binajaya Sdn.
Bhd. Namun begitu, dia tidak membuat apa-apa tindakan kerana ingin melihat dahulu
perkembangannya dan berfikir mungkin nama itu bukan adiknya.

 Setelah tiga tahun setengah projek kondo mewah itu dibina, sebahagian besar pembeli kondo
mewah itu mengambil kunci rumah masing-masing. Harun tergamam apabila melihat adiknya,
Hisyam dan Halimah yang sebenarnya menguruskan projek pembinaan Kondo Jaya itu.
Mereka menyerahkan kunci rumah kediaman mewah itu kepada para pembeli. Harun berasa
dirinya ditipu dan dipermainkan oleh adik-adiknya.

 Pada malamnya, Harun telah menelefon Hisyam untuk meluahkan rasa kecewanya
kerana ditipu dan dipermainkan oleh adik-adiknya. Hisyam menjelaskan perkara yang
sebenar kepada abangnya, berhubung pembinaan Kondo Jaya di atas tapak tanah
pusaka peninggalan arwah ayah mereka itu. Harun berasa terpukul dengan
tindakannya tiga tahun setengah yang lalu.

 Hisyam menyerahkan jawatan Pengurus Syarikat Binajaya Sdn. Bhd. kepada Halimah
memandangkan kakaknya berpendidikan tinggi dan telah meletakkan jawatannya di
bank. Hisyam pula bercadang untuk memandu teksi kerana kerjaya itu sudah sebati
dengan kehidupannya.

TEMA

 Konflik adik-beradik dalam mempertahankan harta pusaka warisan keluarga.

- Buktinya, Harun dan Hisyam berselisih pendapat tentang harta pusaka ayah
mereka yang hanya merupakan sekeping tanah. Harun mahu tanah tersebut dijual
dan syernya dibahagikan mengikut hokum faraid manakala Hisyam pula mahu
mendirikan kondo mewah di atas tanah tersebut.

PERSOALAN

 (a) Keberanian mengambil risiko untuk kesejahteraan masa depan.
 (b) Kerjasama dan kolaboratif dalam menjayakan projek usahasama.
 (c) Kebijaksanaan merancang masa depan.
 (d) Keutuhan integriti dalam memikul tanggungjawab.
 (e) Kepentingan pendidikan untuk mengubah kehidupan seseorang.

WATAK DAN PERWATAKAN

 Hisyam/Hisyam bin Sulaiman

 (a) Anak bongsu daripada tiga beradik.

 (b) Bekerja sebagai pemandu teksi di sebuah  (f) Berhemah tinggi.
bandar raya.  (g) Penyayang terhadap ahli keluarganya.
 (h) Bersikap amanah dan jujur ketika dia
 (c) Mempunyai tiga orang anak, iaitu Zaki,
Linda dan Nora. menguruskan Syarikat Binajaya Sdn. Bhd.
 (i) Merendah diri.
 (d) Patuh akan arahan dan pesanan abang  (j) Berani dalam membuat keputusan.
sulungnya.

 (e) Bersikap rasional dan berpandangan jauh
dalam membuat keputusan.

 Harun
 (a) Anak sulung daripada tiga beradik.
 (b) Bapa kepada dua orang anak lelaki, Saleh dan Musa.
 (c) Penyayang dan bertanggungjawab terhadap anak-anaknya.
 (d) Bijak berhujah.
 (e) Berpendirian tegas.
 (f) Bersifat sensitif.

 Halimah

 (a) Anak kedua daripada tiga beradik.

 (f) Bijak dan teliti dalam melakukan kerja.
 (b) Dia bertugas sebagai pengurus sebuah

bank. Selepas meletakkan jawatannya di (g) Berpandangan jauh.

bank, dia menjadi pengurus baharu (h) Prihatin dan bersimpati terhadap

Syarikat Binajaya Sdn. Bhd. kesusahan abangnya.

 (c) Berpengalaman luas dalam bidang (i) Amanah dalam memikul tanggungjawab

pengurusan kewangan. untuk mengambil alih pengurusan Syarikat

 (d) Patuh akan arahan abangnya. Binajaya Sdn. Bhd. daripada adiknya,
 (e) Berhemah tinggi apabila berbicara Hisyam.

dengan abangnya.

PLOT

Binaan Plot
 (a) Permulaan – Cerpen ini dimulakan dengan hasrat Hisyam yang ingin membangunkan

sebidang tanah pusaka peninggalan arwah ayahnya di bandar kerana memikirkan potensi
tanah pusaka itu.
 (b) Perkembangan – Hisyam berbincang dengan abangnya, Harun dan kakaknya, Halimah
berhubung cadangannya untuk membangunkan tanah pusaka peninggalan arwah ayah
mereka di bandar. Namun begitu, Harun tidak bersetuju dengan cadangan Hisyam yang
dianggap menyusahkan dan rumit. Harun bertegas meminta Hisyam menjual tanah pusaka
itu. Sementara itu, Hisyam dan Halimah bersepakat menjual tanah pusaka itu tetapi
kemudiannya membeli tanah itu semula untuk dibangunkan.

 (c) Klimaks – Harun tergamam melihat adiknya, Hisyam dan Halimah yang

sebenarnya menguruskan projek pembinaan Kondo Jaya itu. Mereka menyerahkan

kunci rumah kediaman kepada para pembeli. Harun berasa dirinya ditipu dan

dipermainkan oleh adik-adiknya.

 (d) Peleraian – Hisyam menjelaskan perkara yang sebenar kepada abangnya,
Harun berhubung pembinaan Kondo Jaya di atas tapak tanah pusaka peninggalan
arwah ayah mereka itu. Hisyam menyerahkan jawatan pengurus Syarikat Binajaya
Sdn. Bhd. kepada Halimah. Halimah bersetuju untuk menerima jawatan tersebut.
Hisyam pula bercadang untuk memandu teksi kerana kerjaya itu sudah sebati
dengan kehidupannya.

TEKNIK PLOT

 (a) Pemerian.
 (b) Dialog.
 (c) Imbas kembali.
 (d) Monolog.
 (e) Kejutan.
 (f) Saspens.

GAYA BAHASA

 (a) Bahasa Arab. Contohnya, Astaghfirullah.  (f) Peribahasa. Contohnya, tukar tangan;
perah otak.

 (b) Kata ganda. Contohnya, dalam-dalam;
mati-mati; bulat-bulat; dan angan-angan.  (g) Perlambangan. Contohnya, Pisau di
tangan abang.

 (c) Metafora. Contohnya, mata batinnya.

 (h) Personifikasi. Contohnya, Hatinya

teringin sangat untuk membuat panggilan

 (d) Sinkope. Contohnya, Tak boleh. Kamu telefon kepada adiknya itu tetapi otaknya

saja, Syam. melarang.

 (e) Repetisi. Contohnya, Dia cabar saya.
Dia hina saya.

LATAR

Latar Tempat

 (a) Rumah Harun.  (f) Kondo Jaya.

 (b) Rumah Halimah.

 (c) Rumah Hisyam.

 (d) Pejabat Tanah.

 (e) Sebidang tanah pusaka di bandar.

Latar Masa
 (a) Waktu petang.
 (b) Waktu tengah hari.
 (c) Waktu malam.
 (d) Sebulan selepas urusan pinjaman bank diluluskan.
 (e) Setelah tiga tahun setengah.

Latar Masyarakat

 (a) Masyarakat yang bijak merancang  (f) Masyarakat kota yang gigih mencari
masa depan. rezeki.

 (b) Masyarakat penyayang terhadap ahli  (g) Masyarakat yang menghormati orang

keluarganya. yang lebih tua.

 (c) Masyarakat yang berani mengambil  (h) Masyarakat yang terlibat dalam gejala

risiko untuk kesejahteraan masa depan. negatif.

 (d) Masyarakat yang bersatu hati dalam
menjayakan projek usahasama.

 (e) Masyarakat yang berpendidikan tinggi.

NILAI

 (a) Amanah.  (e) Kasih sayang.
 (b) Baik hati.  (f) Keberanian.
 (c) Hormat-menghormati.  (g) Kegigihan.
 (d) Kebijaksanaan.  (h) Hemah tinggi.

PENGAJARAN

 (a) Kita hendaklah bijak merancang masa depan demi kesenangan hidup dan keluarga.
 (b) Kita mestilah mengamalkan sikap amanah dan jujur dalam menjalankan tugas.
 (c) Kita perlulah menjaga hak keluarga dengan sebaik-baiknya.
 (d) Kita janganlah mudah terpengaruh dengan gejala negatif yang boleh merosakkan

maruah dan diri.
 (e) Kita perlulah menghormati orang yang lebih tua daripada kita.
 (f) Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga dengan sepenuh hati.

 (g) Kita hendaklah berani mengambil risiko demi kesejahteraan kehidupan masa
depan.

 (h) Kita mestilah bersatu hati dalam menjayakan satu-satu projek usahasama.

 (i) Kita hendaklah rajin menuntut ilmu supaya menjadi masyarakat yang

berpendidikan tinggi.

 (j) Kita hendaklah gigih mencari rezeki untuk menyara keluarga

Sekian, terima kasih


Click to View FlipBook Version