The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aishah_ieyda, 2021-07-26 20:23:48

PANTUN KASIH SAYANG

PANTUN KASIH SAYANG

MAKSUD PANTUN

PANTUN MAKSUD PANTUN
Buah mengkudu kusangka kandis, Rangkap 1: Wajah (muka) seseorang kelihatan
berseri-seri(bersinar) kerana senyumannya yang
Kandis terletak di dalam puan; menawan.
Gula madu kusangka manis,

Manis lagi senyuman tuan

Asap api di Tanjung Tuan, Rangkap 2 :Harapan yang tinggi terhadap seseorang
Kuala Linggi bakaunya rendah; tetapi akibat tersilap perhitungan, harapan tidak
kesampaian
Harap hati kepada tuan,
Langit tinggi kupandang rendah.

MAKSUD PANTUN Rangkap 3: Menyimpan impian untuk
mendapatkan seorang wanita yang cantik
Anak udang meniti batang, serta tiada bandingannya.
Berasa dahan terlmpai;
Rangkap 4: Menggunakan muslihat(tipu
Melihat bulan di pagar bintang, helah) untuk memikat anak gadis(anak
Bagaikan rasa hendak dicapai. perempuan) orang.

Jalan-jalan sepanjang jalan, Rangkap 5: Seseorang perempuan dan
Singgah menyinggah di pagar orang; lelaki, kalau sudah jodoh akan bertemu juga
akhirnya.
Pura-pura mencari ayam,
Ekor mata di anak orang.

Bila masa dipanggil maut,
Cinta tidak berharga lagi;

Asam di darat ikan di laut,
Sampai masa berjumpa lagi.

TEMA

•Kasih sayang antara teruna dengan dara. Namun

begitu, untuk mencapai impian supaya dapat hidup
bersama-sama kadangkala kita terpaksa menempuh
berbagai-bagai halangan seperti perbezaan darjat atau
perpisahan.

PERSOALAN

• A) perwatakan yang menarik akan menyebabkan kita disukai oleh

ramai orang.

• B) cita-cita untuk memiliki sesuatu yang besar dianggap mustahil kerana

adanya kekurangan diri

• C) sanggup berpura-pura untuk mencapai sesuatu tujuan.
• D) perpisahan yang berlaku tidak semestinya terpisah untuk selama-

lamanya kerana pada suatu hari nanti pasti akan bertemu semula.

BENTUK

• A) pantun ini terdiri daripada lima rangkap.
• B) bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama.

Contohnya, :setiap rangkap empat baris;

• C) ada pembayang dan maksudnya.
• D) jumlah suku kata 4 hingga 7.
• E) pantun jenis terikat.

UNSUR BUNYI

• (A) asonansi. Contohnya, • kandis terletak dalam puan (perulangan vokal a)
• (B) aliterasi. Contohnya, • asam didarat ikan di laut. (Perulangan konsonan d)
• (C) rima akhir :
• · rangkap 1: abab;
• · Rangkap 2: abab;
• · rangkap 3: abab;
• · Rangkap 4: abcb;
• · Rangkap 5: abab;

GAYA BAHASA

Gaya Bahasa Contoh
Kata ganda. jalan-jalan; singgah-menyinggah;
Penggunaan unsur alam buah mengkudu; kandis;
Personifikasi. Anak udang meniti batang.
Repetisi. kandis (rangkap 1, baris 1 dan 2);

Simile Bagaikan rasa hendak dicapai.

NILAI & PENGAJARAN

Nilai Pengajaran

Nilai kasih Kita haruslah saling menyayangi antara satu sama
sayang. lain.

Nilai rasional. Kita mestilah bersikap rasional sebelum
melakukan sesuatu yang dianggap mustahil.

Nilai keikhlasan. Kita haruslah ikhlas dalam melakukan setiap
perkara dalam kehidupan.


Click to View FlipBook Version