SEJARAH TINGKATAN 1
BAB 6
PENINGKATAN TAMADUN
YUNANI DAN ROM
6.1 TAMADUN YUNANI
• Tamadun Yunani berkembang sekitar tahun 1000 Sebelum Masihi
(SM) hingga 800 SM
• Tamadun Yunani disifatkan sebagai pencetus kepada perkembangan
Tamadun Eropah
LOKASI DAN PERKEMBANGANNYA
• Tamadun Yunani berkembang di Semenanjung Greece dan pulau-pulau sekitarnya yag dikelilingi
oleh Laut Aegean dan Laut Mediterranean
• Kedudukan ini memberikan dua kelebihan kepada tamadun Yunani :
1- Cuaca yang sederhana membolehkan aktiviti seperti perdebatan dan sukan dapat dijalankan di
luar rumah
II- Membolehkan orang Yunani dikenal sebagai pelayar yang handal
PETA NEGARA KOTA YUNANI
PERKEMBANGAN TAMADUN YUNANI
• Tamadun Yunani terkenal dengan negara kota atau polis
• Setiap kota merupakan gabungan tiga komponen :
(a) Bandar utama
(b) Bandar kecil
(c) Kawasan kampung
• Peranan polis ( negara kota ) :
(a) Menjadi ibu kota
(b) Menjadi pusat tumpuan masyarakat
• Setiap polis ( negara kota ) mempunyai :
(a) Acropolis
(b) Agora
(c) Kawasan kampung
PERKEMBANGAN TAMADUN YUNANI
• Acropolis :
(a) Terletak di tengah-tengah polis
(b) Merupakan pusat komuniti yang dilindungi oleh kubu
(c) Berkedudukan strategik dari segi keselamatan, pentadbiran dan komunikasi
(d) Dilengkapi dengan rumah ibadat, kerajaan, istana dan rumah golongan bangsawan
• Agora
(a) Merupakan kawasan lapang polis yang digunakan
(b) Sebagai tempat pertemuan pasar malam
• Kawasan kampung
(a) Terletak di luar kawasan acropolis
(b) Merupakan kawasan pertanian
(c) Penduduk kawasan ini menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan
(d) Sebagai pasar malam
PERKEMBANGAN TAMADUN YUNANI
• Secara perbandingan penduduk yang tinggal berhampiran dengan acropolis lebih aktif
terlibat dalam urusan negara jika dibandingkan dengan penduduk yang tinggal jauh dari acropolis
• Terdapat 3 polis (negara kota) yang terkenal dalam Tamadun Yunani :
(a) Athens
(b) Sparta
(c) Corinth
• Athens merupakan negara kota paling ramai penduduk
• Sparta merupakan negara kota yang paling luas
• Dua ciri utama negara kota (polis) :
(a) Jumlah penduduk yang ramai
(b) Keluasan wilayah
PERKEMBANGAN TAMADUN YUNANI
• Kepentingan negara kota (polis)
1. bagi penduduk Yunani, setiap polis (negara kota) merupakan tanah suci kurnia Dewaa
2. Setiap warganegara berhak dan bertanggungjawab untuk menjaga kepentingannya
3. Keadaan ini mendorong setiap warganegara tamadun ini mewujudkan jalinan hubungan yang
amat rapat
4. Membangkitkan rasa kekitaan untuk mempertahankan negara kota ini
6.2 PENINGKATAN PEMERINTAHAN
DAN PENTADBIRAN TAMADUN YUNANI
• Tamadun Yunani telah memberikan sumbangan terpenting kepada tamadun manusia dalam
aspek pemerintahan dan pentadbiran melalui pengenalan sistem demokrasi
• Sistem demokrasi diwarisi dan diamalkan kebanyakan negara sehingga hari ini
• Terdapat 5 sistem pemerintahan yang diamalkan di polis ( negara kota )
1. Monarki
2. Demokrasi
3. Oligarki
4. Aristokrasi
5. Tirani
PERKEMBANGAN SISTEM DEMOKRASI
DI ATHENS
• Bagi masyarakat di Athens, perubahan dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran perlu
dilaksanakan bagi memantapkan aspek pemerintahan negara kota (polis)
• Perkembangan dan perubahan dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran di Athens dapat
dilihat dalam rajah di bawah
BENTUK PEMERINTAHAN DI ATHENS
• Sistem pemerintahan demokrasi di Athens diasaskan oleh Solon pada tahun 594 SM
• Mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi langsung : setiap warga Athens terlibat secara
langsung dalam membincangkan dan berdebat bagi menentukan dasar dan perkaitan yang
berkaitan hal ehwal politik, ekonomi dan sosial negara kota Athens
• Pemerintahan Pericles ( 495-429 SM) menekankan pemberian kuasa kepada rakyat bagi Athens
memantapkan lagi sistem demokrasi
• Sistem pemerintahan di Athens menjadi lemah dan berakhir semasa pemerintahan Raja Philip
pada tahun 338 SM
SISTEM DEMOKRASI DI MALAYSIA
• Di Malaysia, sistem demokrasi dilaksanakan melalui pilihan raya yang memilih wakil-wakil
rakyat
• Sistem pilihan raya di Malaysia bermula pada tahun 1951 dan diamalkan hingga kini
CIRI-CIRI DEMOKRASI DI ATHENS
• Badan tertinggi Dewan Perhimpunan
• Dibawahnya pula terdapat :
(a) Majlis
(b) Majistret
(c) Juri
CIRI-CIRI DEMOKRASI ATHENS
DEWAN PERHIMPUNAN
KEANGGOTAAN BIDANG KUASA FUNGSI
• Anggotanya terdiri daripada semua • Berkuasa mengawal hal ehwal • Berperanan melantik Ahli Majlis sebagai
warganegara lelaki Athens pentadbiran sebahagian sistem pentadbiran yang wujud
• Setiap warganegara berpeluang • Menentukan pelaksanaan dasar-dasar • Menggubal undang-undang bagi
memegang jawatan selama 6 bulan • Berkuasa untuk memutuskan dan memastikan keadilan dapat dilaksanakan
hingga 1 tahun dengan seadil-adilnya di Athens
mengeluarkan deklarasi peperangan.
• Bersidang sekurang-kurangnya 3x Tanpa deklarasi ini,Athens tidak • Membuat deklarasi peperangan bagi
sebulan dibenarkan terlibat dalam peperangan mempertahankan kedaulatan Athens
• Semua warganegara dibenarkan • Perjanjian dengan negara lain bagi
menghadiri perhimpunan melicinkan hubungan antarabangsa kedua-
dua pihak
• Membincangkan hal kewangan dan
percukaian bagi mengukuhkan ekonomi
Athens
• Menerima duta dari negara asing bagi
mengukuhkan hubungan antara kedua-dua
pihak
CIRI-CIRI DEMOKRASI DI ATHENS
MAJLIS
(jawatankuasa yang mengendalikan urusan dan perbincangan hal-hal penting
yang berkaitan dengan pemerintahan dan pentadbiran)
KEANGGOTAAN :
1. Ahli dilantik oleh Dewan Perhimpunan (DP)
2. Ahli terdiri daripada 500 orang dengan keahlian selama dua tahun
3. Ahli sebanyak 500 orang ini kemudian dipecahkan kepada 10 jawatankuasa (Prytany) yang setiap satu dianggotai oleh 50
orang
4. Pemilihan pengerusi dilakukan pada setiap kali persidangan diadakan
FUNGSI :
1. Melaksanakan keputusan Dewan Perhimpunan
2. Ahli-ahli Majlis (MJ) bertanggungjwab mengendalikan jabatan-jabatan kerajaan
3. Kuasa Majis (MJ) tidak mengatasi kuasa DP
CIRI-CIRI DEMOKRASI DI ATHENS
MAJISTRET
( badan yang melaksanakan segala dasar yang telah ditetapkan. Majistret sama dengan perkhidmatan awam
dalam sistem pentadbiran hari ini di Malaysia)
KEANGGOTAAN :
1. Warganegara Athens
2. Dianggotai 6000 orang ahli
3. Sebanyak 200 hingga 500 orang merupakan hakim
4. Sebanyak 10 orang jeneral tentera menganggotai badan ini
FUNGSI :
1. Merupakan kakitangan kerajaan
2. Melaksanakan dasar-dasar yang telah diputuskan oleh Majlis
3. Mengurus hal ehwal pendidikan, percukaian dan sebagainya
CIRI-CIRI DEMOKRASI DI ATHENS
JURI
( badan yang bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan keadilan)
KEANGGOTAAN :
1. Dianggotai oleh 101 – 1001 orang berdasarkan keseriusan kes yang sedang dibicarakan
2. Perbicaraan diketuai oleh pengerusi
FUNGSI :
1. Juri menjadi pemutus kepada sesuatu kes
2. Pesalah akan merayu terus kepada warganegara
3. Kuasa pengadilan terletak dalam tangan warganegara
TAHUKAH ANDA??
• Pada zaman Athens, pengadilan terletak di tangan warganegara. Pesalah akan merayu secara terus kepada
warganegara dan kes-kes kecil akan diselesaikan di mahkamah tempatan. Kes yang lebih besar akan
diselesaikan di Mahkamah Athens
PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN
SPARTA (YUNANI)
• Bersifat monarki ( sistem pemerintahan beraja berasaskan keturunan) terhad
• Terdapat 2 orang raja yang memerintah bersama bagi mengelakkan salah seorang daripada raja bertindak kejam
• Sebuah DP dan MJ membantu raja dalam urusan pentadbiran
• Pemerintahan di Sparta bersifat ketenteraan yang menekankan disiplin ketenteraan
• Kanak-kanak seawal usia 7 tahun dan kaum wanita akan dilatih menjadi anggota tentera
• Peranan kaum wanita dalam pertahanan keselamatan Sparta :
(a) Menjadi anggota tentera
(b) Menjalani latihan fizikal, diajar berlari dan bertinju
(c) Menjalankan tugas mempertahankan negara kota
• Perkembangan negara kota Sparta berteraskan kepada penekanan terhadap 2 aspek :
1. Disiplin ketenteraan
2. Taat setia masyarakat
RAJAPEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN
SPARTA ( YUNANI )
DEWAN PERHIMPUNAN (DP)
1. Mempunyai 10 000 orang ahli
2. 5 orang pegawai yang dilantik sebagai ephors (
berfungsi memastikan raja tidak memerintah secara
mutlak)
MAJLIS
1. Mempunyai 28 orang ahli dewasa
2. Mereka berusia melebihi 60 tahun
3. Keahlian Majlis seumur hidup memerintah
secara mutlak