MPU23012 PENGAJIAN ISLAM
DPM2A SESI 1 2022/2023
Parking kereta
depan rumah jiran
Pensyarah : En Sofiyyuddin Bin Zakaria
Ahli Kumpulan :
Hani Nursyarafana Binti Razali (08DPM21F2023)
Khairunnisa Binti Rozman (08DPM21F2028)
Nur Alya Adlina Binti Mohd Amree
(08DPM21F2018)
Keratan akhbar
berkaitan isu
ini
Latar belakang
mengenai isu ini
"Kes begini dah biasa berlaku. Saya juga menerima
banyak persoalan mengenai kes kereta jiran
halang pagar rumah. Boleh dikatakan ramai orang
kita tidak tahu mengenai hak mereka di sisi
undang-undang.
"Bila berlaku kes begini, mereka fikir ia isu
bergaduh dengan jiran semata-mata.
Biasanya, selepas nasihat cara baik pun jiran tak
dengar, ada tuan rumah ambil tindakan kongsi
masalah di media sosial sehingga viral. Ada kes
yang pernah saya dapat, mereka bergaduh dan
bertengking sehingga satu taman keluar.
"Jarang sangat yang rujuk kes-kes begini kepada
pihak berkuasa, jadi mereka tak tahu bahawa kita
semua ada hak di sisi undang-undang. Bergaduh
tak boleh selesaikan isu pun," ujar pengamal
undang-undang yang berusia 31 tahun itu.
Faktor-faktor yang
menyebabkan isu
tersebut terjadi
TIDAK BERTIMBANG RASA
Isu ini berlaku kerana terdapat segelintir
pihak yang tidak mempunyai rasa hormat
terhadap jiran tetangga. Hal ini akan
mengakibatkan tercetusnya perbalahan
antara satu sama lain.
KAWASAN PARKIR YANG
TERHAD
Punca berlakunya kes ini adalah dari
mereka sendiri yang tidak mempunyai
kawasan parkir yang mencukupi di rumah
mereka. Ini menyebabkan mereka parkir di
hadapan rumah jiran.
Implikasi
INDIVIDU :
Kesan terhadap individu ialah hubungan
silaturrahim dengan jiran akan terjejas. Hal
ini kerana isu parkir di hadapan rumah jiran
akan menyebabkan berlakunya perbalahan
mulut.
MASYARAKAT :
Kesan terhadap masyarakat pula ialah
merosakkan perpaduan dan membangkitkan
permusuhan dalam kalangan masyarakat.
Hal ini lebih mudah dilihat apabila tiadanya
kerukukan diantara jiran tetangga dan lebih
buruk lagi apabila permusuhan di kalangan
masyarakat berpunca dari ketiadaan adab
dari jiran tetangga.
NEGARA :
Implikasi terhadap negara pula ialah
undang-undang negara tidak akan dipatuhi
oleh masyarakat. Ia boleh menyebabkan
negara menjadi kucar-kacir akibat tiada
perpaduan antara masyarakat.
DALIL AL-QURAN
LANGKAH-LANGKAH
MENGATASI ISU TERSEBUT
MEMBUAT ADUAN
Membuat aduan kepada pihak berkuasa adalah
langkah yang boleh di ambil jika perkara ini berlaku
secara berterusan. Pelaku akan dikenakan denda
kesalahan meletakkan kenderaan dengan seksyen
48(1) akta pengangkutan jalan 1987.
MEMBERI PENDEDAHAN KEPADA
MASYARAKAT
Pendedahan yang boleh diberikan kepada
masyarakat adalah dengan mendidik dan
mempraktikkan sikap bertimbang rasa terhadap
satu sama lain.
Kesimpulan
Kesimpulannya, adab
dengan jiran perlulah
disemat di dalam jiwa agar
akhlak yang baik dijadikan
kebiasaan. Kejiranan adalah
unsur penting dalam
membina masyarakat yang
harmoni dan bersatu padu.
Memiliki jiran yang baik
akan membawa kepada
kesejahteraan dan
keharmonian hidup
bermasyarakat.
Sumber Rujukan
LAMAN WEB :
https://www.mstar.com.my/lokal/viral/
2022/02/17/puas-tegur-sampai-
bermasam-muka-apa-nak-buat-kalau-
jiran-kemaruk-letak-kereta-depan-
rumah-kita-ini-jawab-peguam-hartanah
https://www.google.com.my/search?
q=dalil+hidup+berjiran&ie=UTF-
8&oe=UTF-8&hl=en-
my&client=safari#imgrc=9sjY8Rz91AznyM
https://teamnur.blogspot.com/2019/09
/kesan-tidak-menjaga-etika-
berjiran.html