The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dayang_siti_nurijam_ba21, 2021-12-16 22:25:38

KUMPULAN 7 POP

KUMPULAN 7 POP

PENGURUSAN ORGANISASI PELAJAR SEKSYEN 10.

KUMPULAN 7.

1. ELCY JOLEENE GABIS@DONAL (BF21110079)
2. ROSSILAWATI BINTI SAIDIN (BF21160237)
3. DAYANG SITI NURIJAM RASHILIEN BINTI RASIH (BA21110186)
4. MOHD AZAMUDIN BIN UMAR SALLEH (BF21160234)
5. FELICIA AGNES ANAK PATRICK JOSEPH (BP2011033)

ISI KANDUNGAN AZAM
ROSS
PENGENALAN FELICIA
MAKANAN TRADISIONAL ELCY
PAKAIAN TRADISIONAL DAYANG
TARIAN TRADISIONAL AZAM
ADAT PERKAHWINAN
PENUTUP

Pendahuluan:

• Maksud budaya atau suku kaum ialah suku atau suku bangsa dan tingkah laku kehidupan orang
terdahulu.

• Daripada 5 orang ahli kumpulan kami terdapat 3 budaya atau suku kaum yang terdapat dalam
kumpulan kami iaitu Bajau, Dusun, dan Iban

• Budaya atau suku kaum Bajau merupakan sebuah kumpulan etnik peribumi yang tinggal di
kawasan pantai atau laut Sabah. Mereka bekerja sebagai petani dan nelayan. Di kawasan
Panatai Barat Sabah mereka terkenal dengan menunggang kuda, pembuatan parang dan
menjadi pesawah manakala di kawasan Pantai Timur pula mereka digelar “sea gypsies” iaitu
panglima dilaut oleh kerana cara pelayaran mereka yang unik.

• Budaya atau suku kaum yang kedua iaitu Dusun pula merupakan antara kumpulan kaum
bumiputera yang terbesar di Sabah. Mereka dikenali sebagai “Mamasok” yang bermaksud
“orang asal” atau orang asli” mereka bertutur dengan pelbagai dialect dengan kepelbagaian
kebudayaan dan adat resam tradisional. Mereka biasanya bekerja sebagai petani tradisional
yang menanam padi beras atau padi huma seta memancing dan memburu.

• Budaya atau suku kaum ketiga ialah Iban merupakan suku kaum terbesar di Sarawak. Pada
zaman dahulu kaum Iban sangat terkenal sebagai pejuang yang handal dan berani dalam
pemburuan kepala dan perlanunan. Meraka lazimnya tinggal di kawasan pedalaman berbanding
kawasan bandar. Mereka melakukan aktiviti bercucuk tanam, menternak binatang, dan
memungut hasil hutan sebagai sumber ekonomi.

PAKAIAN TRADISIONAL MENGIKUT KAUM

Pakaian tradisional merupakan lambang kepada sesebuah kaum. Berikut merupakan pakaian tradisional
mengikut kaum, iaitu kaum Bajau, kaum Dusun dan juga kaum Iban.

KAUM BAJAU

Berikut merupakan pakaian tradisional untuk lelaki dan perempuan kaum Bajau.

KAUM DUSUN
Pakaian tradisional suku kaum Dusun

KAUM IBAN
Kaum iban merupakan kaum majoriti di Sarawak. Sarawak merupakan negeri yang sangat luas. Oleh
yang demikian, setiap pakaian tradisional kaum iban di beberapa tempat agak berbeza. Berikut
merupakan conoth pakaian tradisional mengikut tempat iaitu, ngepan batang Rajang, ngepan Saribas,
ngepan Skrang dan ngepan Saratok.

Ngepan Batang Rajang.



Ngepan Saribas.

Ngepan Skrang.
Ngepan Saratok.

Ngepan Batang Ai, Ngepan Skrang dan Ngepan Saribas.

Rujukan

Kedung B. K., 2020, Kenali Jenis Ngepan Indu Iban Di Kalangan Masyarakat Iban. Diperoleh dari,
https://www.iloveborneo.my/cerita-menarik-dari-borneo/kenali-jenis-ngepan-indu-iban-di-kalangan-
masyarakat-iban/

ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT BAJAU.

Adat perkahwinan bagi masyarakat bajau pantai timur iaitu timur laut sebenarnya agak berbeza dengan
masyarakat bajau pantai barat. Hal ini kerana masyarakat bajau pantai timur atau bajau laut mendiami
kawasan perairan seperti semporna. Lahad dato, tawau dan lain-lain lagi. Manakala masyarakat bajau
pantai barat lebih kepada kawasan darat seperti kota belud, tuaran, likas dan sebagainya. Seterusnya
adalah adat perkahwinan bagi msayarakat Bajau Pantai Timur atau Bajau Laut.

Adat perkahwinan orang bajau laut dipengaruhi oleh tuntutan adat dan selaras dengan ajaran
islam.
Terdapat peringkat-peringkat dalam adat perkahwinan orang bajau laut. Peringkatnya dimulai
dengan adat merisik, yang kedua ialah Mangpahanda, ketiga ialah hantaran (mas kahwin),
keempat Sambulayang, kelima ialah nikah, keenam ialah Maglami-lami dan terakhir adalah
Tingkuang.

1. MERISIK

Untuk mengenal budi pekerti calon menantu.
Merisik berlangsung di rumah pihak perempuan
Ibu bapa pihak lelaki akan menjadi ketua rombongan merisik.
Semasa merisik pihak lelaki akan membawa cincin ke rumah pihak perempuan.
Selepas 3 hari merisik, pihak perempuan akan memberi kata putus jika setuju atau menolak
lamaran tersebut.
Sekiranya pihak perempuan setuju maka kudua-dua pihak akan berunding tentang nilai
hantaran. Selepas setuju dengan nilai hantaran barulah proses meminang dijalankan.

2. MAGPAHANDA (MEMINANG)

Proses meminang berlangsung dirumah pihak perempuan.
Pihak lelaki akan membawa cincin pertunangan semasa meminang.
Setelah pinangan, tempoh pertunangan akan ditetapkan mengikut persediaan pihak lelaki.
Setelah bertunang, biasaanya pihak lelaki akan memberikan belanja kepada pihak perempuan
setiap bulan mengikut kemampuannya.

3. HANTARAN (MAS KAHWIN)

Biasaanya hantaran ataupun mas kahwin diberikan kepada pihak perempuan sebelum hari
pernikahan ataupun persandingan.
Hantaran ataupun mas kahwin diberikan mengikut persetujuan yang dibuat ataupun mengikut
kemampuan pihak lelaki.
Kehampitan juga akan diberikan kepada pihak perempuan untuk dibahagikan kepada kerabat
pihak perempuan.
Contoh kehampitan adalah kuih panyam (penyaram).
Selain itu, Sokat juga akan diberikan. Contoh sokat adalah kain sarung (ampik), kapit kain putih
(kakahna) atau barangan lain yang dipersetujui.

4. Sambulayang.
Adat ini untuk mengibarkan panji bahawa akan ada perkahwinan yang berlangsung.
Panji dikibarkan dihadapan rumah pengantin perempuan.
Sambulayang adalah panji yang besar dan dibuat daripada kain yang berwarna-warni ( lambang
kegembiraan).
Panji yang dikibarkan akan memaklumkan masyarakat sekeliling bahawa keramaian akan
diadakan, dan saudara mara atau keluarga akan datang untuk membantu.

5. NIKAH
Malam sebelum nikah, pengantin akan dinaikkan dalam upcara malam pacar ataupun malam
berinai.
Berinai dibuat agar pengantin lebih berseri.
Sebelum nikah, adat pantun akan dibacakan barulah akad nikah dijalankan.
Selepas nikah, pengantin lelaki akan dibawa berarak ke rumah pengantin perempuan.

6. MAGLAMI-LAMI
Dijalankan pada hari sama pernikahan tetapi pada waktu malam.
Maglami-lami adalah malam sanding.
Kedua-dua keluarga pihak lelaki dan perempuan serta jiran tetangga akan berkumpul untuk
memeriahkan majlis.
Tarian Igal-igal akan dipersembahkan bersama dengan alunan Gong, Kulintangan dan tambal. Al
Penari igal-igal akan diberikan sagu hati seperti wang dengan menyelitkan duit di jari ketika
penari sedang menari.

7. TINGKUANG.
Tingkuang adalah jemputan dari pihak lelaki kepada pihak perempuan.
Jemputan ini menandakan bahawa pihak lelaki menerima pihak perempuan.

Rujukan
Fisabellah binti John, 2014), ADAT PERKAHWINAN KAUM BAJAU DI SABAH.
https://www.academia.edu/15917029/ADAT_ISTIADAT_PERKAHWINAN_BAJAU_DI_SABAH



PERKAHWINAN MASYARAKAT IBAN
1. Merisik
• Perkahwinan akaan ditentukan oleh pihak lelaki
• Ibu bapa atau wakil bagi pihak lelaki akan bertandang kerumah pihak perempuan
• Perjumpaan tersebut dikenali sebagai “berbunga-bunga” atau “berjarum-jarum”
• Membincangkan syarat-syarat perkahwinan seperti berian.

2. Meminang dan Bertunang
• Rombongan bagi pihak lelaki tidak kurnag daripada 5 orang dan paling ramai ialah 20 orang dan

mestilah daripada orang-orang tua.
• Syarat-sayarat bagi perkahwinan ditentukan seperti berian dan lain-lain.
• Selepas mencapai kata sepakat antara kedua-dua belah pihak, ayah bagi lelaki akan

menanggalkan lapit atau ikat pinggang perak atau sebilah pedang sebagai tanda pertunangan.
• Membincangkan tarikh bagi hari perkahwinan.
• Perempuan tidak boleh terima kunjungan lelaki selain tunangnya.
• Selepas dua atau tiga hari wakil bagi pihak lelaki akan memaklumkan bertita pertunangan

kepada saudara-mara dan jiran tetangga.

3. Majlis perkahwinan
• Pihak lelaki akan menyediakan perbelanjaan dan barng yang harus diberkan kepada pihak

perempuan.
• Manakala, keluarga perempuan akan berburu binatang untuk disembelih ketika hari

perkahwinan.
• Untuk bahagian jembutan tetamu, kedua-dua pihak akan melantik wakil masing-masing.
• Wakil tersebut akan membuat beberapa utas tali tersimpul sebagai tanda bilangan hari

perkahwinan akan tiba.
• Tali tersebut akan diberikan kepada tuai rumah atau ketua rumah panjang untuk membuka tali

setiap hari.
• Majlis perkahwinan mestilah diadakan di ruah pengantin perempuan.
• Mengadakan upacara bertanyakan petanda (nanyaka Burong) semasaa rombongan pengantin

lelai ke rumah pengantin perempuan.

• Soalan yang ditanyakan ialah jenis petanda yang mereka temui semasa dalam perjalanan ke
rumah pengantin perempuan.

• Jika terdapat petanda buruk haruslah melakukan upacara penawar danmajlis boleh dimulakan.

• Pengantin lelaki akan naik dengan diiringi pukulan gong.

• Ayah kepada pengantin lelaki akan mengorbankan seekor babi sembahan.

• Di atas tangga rumah yang yang teratas terdapat dulang yang berisi seketul batu dan air
penawar petanda burung dan tangal (sakang)

• Setiap tetamu akan membasuh sebelah kaki dengan memasukan kedalam dulang tersebut
sebelum masuk ke rumah.

• Sekiranya pengantin lelaki menaiki perahu maka perahu tersebut akan dihiasi kain pua kumbu.

• Dan sekiranya pengantin lelaki melalui jalan darat ke rumah pengantin perempuan sepanjang
perjalanan gong akan dibunyikan.

• Setelah sampai ke rumah pengantin perempuan tembakan meriam akan dilepaskan dan mereka
mandi beramai-ramai di sungai sebelum memakai pakaian tradisional.

• Rombongan pihak lelaki yang perempuan akan masuk ke bilik pengantin perempuan ddengan
menggunakan bahasa berirama untuk membuka pintu bilik dipalang lembing dan ditutup pua
kumbu.

• Manakal lelaki akan duduk di ruai.

• Tetamu akan dihidangkan dengan air arak iaitu air tuak samil menyanyi dan bergurau senda.

• Teatmu akan berpusing di rumah sebanyak tiga kali dan minum air penyuci.

• Pada keesokan pagi pengantin akan mandi di sungai dan menyembelih seekor babi.

Rujukan

Teoh. J, C. (2013). Adat Perkahwinn Masyarakat Iban. Slideshare scribd company.
https://www.slideshare.net/teohjching/adat-perkahwinan-masyarakat-iban



PERKAHWINAN MASYARAKAT DUSUN.

Kaum dusun tidak membenarkan perkahwinan antara pasangan yang dalam lingkungan sepupu 4 kali.

Terdapat adat dalam perkahwinan orang dusun:

1. PEMILIHAN JODOH
❖ Dilakukan melalui 2 cara sama ada mengikut pilihan sendiri ataupun pilihan keluarga.
❖ Lelaki hendaklah memilih perempuan yang bukan dalam lingkungan keluarga.

2. MOI MONGUDIO (MEISIK)
❖ Proses untuk bertanya kepada pihak perempuan .
❖ Merisik dilakukan pada waktu pagi.
❖ Wakil yang merisik hendaklah pergi kepada ibu bapa atau penjaga pihak perempuan.

3. MOI MOUABOI ( RUNDINGAN PERTUNANGAN)
❖ Ibu bapa atau ahli tertua akan pergi ke rumah pihak perempuan untuk berunding.
❖ Sekiranya pihak perempuan tidak bersetuju maka perbincangan dibatalkan.
❖ Kedua-dua pihak hendalah memastikan bahawa mereka bukan dalam lingkungan keluarga.

4. HANTARAN PERKAHWINAN.
❖ Bayaran perkahwinan terdiri daripada Nopung dan belanja dapur.
❖ Nopung adalah bayaran paling penting dalam perkahwinan.
❖ Boleh diserahkan pada bila-bila masa sahaja selepas selesai sahakoi sebelum
perkahwinan.
❖ Nopung adalah ganti rugi kepada ibu bapa perempuan sebagai ganti rugi atas
kehilangan anak perempuan mereka.

5. KADAR BAYARAN.
❖ 2 kerbau dewasa
❖ Seekor ayam jantan dewasa
❖ Sebiji tempayan
❖ Sebuah gong
❖ Sebiji seramik
❖ Bayaran nopung dalam yang sempurna.

6. BALANJA DAPUR
❖ Balanja dapur adalah belanja dapur diberikan kepada pihak perempuan untuk
sumbangan untuk mengadakan perkahwinan.

7. KASAWAN
❖ Adalah upacara terakhir adat istiadat perkahwinan.
❖ Diadakan selepas nopung selesai diberikan.
❖ Diadakan secara berperingkat dan memakan masa berhari-hari.
❖ Upacara tersebut dibuat besar-besaran untuk meraikan pasangan yang bakal berkahwin.

Rujukan
Mohammad shahiran, ( 19 nov 2019), ADAT PERKAHWINAN KAUM DUSUN.
https://prezi.com/zp-vn26zvipi/adat-perkahwinan-kaum-dusun/

Penutup:
Budaya atau suku kaum ini sangatlah penting untuk kita meneruskannya. Ini merupakan
peninggalan nenek moyang yang harus dijaga dengan baik kerana nilai dan kebaikan
yang terdapat didalamnya. Secara tidak langsung ia juga menunjukkan kita sangat
mencintai budaya atau suku kaum yang kita amati. CINTAILAH BANGSA KITA!.


Click to View FlipBook Version