PENGURUSAN ORGANISASI PELAJAR SEKSYEN 10.
KUMPULAN 7.
1. ELCY JOLEENE GABIS@DONAL (BF21110079)
2. ROSSILAWATI BINTI SAIDIN (BF21160237)
3. DAYANG SITI NURIJAM RASHILIEN BINTI RASIH (BA21110186)
4. MOHD AZAMUDIN BIN UMAR SALLEH (BF21160234)
5. FELICIA AGNES ANAK PATRICK JOSEPH (BP2011033)
ISI KANDUNGAN AZAM
ROSS
PENGENALAN FELICIA
MAKANAN TRADISIONAL ELCY
PAKAIAN TRADISIONAL DAYANG
TARIAN TRADISIONAL AZAM
ADAT PERKAHWINAN
PENUTUP
Pendahuluan:
• Maksud budaya atau suku kaum ialah suku atau suku bangsa dan tingkah laku
kehidupan orang terdahulu.
• Daripada 5 orang ahli kumpulan kami terdapat 3 budaya atau suku kaum yang
terdapat dalam kumpulan kami iaitu Bajau, Dusun, dan Iban
• Budaya atau suku kaum Bajau merupakan sebuah kumpulan etnik peribumi
yang tinggal di kawasan pantai atau laut Sabah. Mereka bekerja sebagai
petani dan nelayan. Di kawasan Panatai Barat Sabah mereka terkenal dengan
menunggang kuda, pembuatan parang dan menjadi pesawah manakala di
kawasan Pantai Timur pula mereka digelar “sea gypsies” iaitu panglima dilaut
oleh kerana cara pelayaran mereka yang unik.
• Budaya atau suku kaum yang kedua iaitu Dusun pula merupakan antara
kumpulan kaum bumiputera yang terbesar di Sabah. Mereka dikenali sebagai
“Mamasok” yang bermaksud “orang asal” atau orang asli” mereka bertutur
dengan pelbagai dialect dengan kepelbagaian kebudayaan dan adat resam
tradisional. Mereka biasanya bekerja sebagai petani tradisional yang menanam
padi beras atau padi huma seta memancing dan memburu.
• Budaya atau suku kaum ketiga ialah Iban merupakan suku kaum terbesar di
Sarawak. Pada zaman dahulu kaum Iban sangat terkenal sebagai pejuang
yang handal dan berani dalam pemburuan kepala dan perlanunan. Meraka
lazimnya tinggal di kawasan pedalaman berbanding kawasan bandar. Mereka
melakukan aktiviti bercucuk tanam, menternak binatang, dan memungut hasil
hutan sebagai sumber ekonomi.
MAKANAN TRADISI ANTARA KAUM KAUM BAJAU
PUTU
Merupakan makanan tradisional masyarakat Bajau. Makanan ini berasaskan ubi kayu
yang diparut halus dan dikukus atau stim sehingga masak. Masyarakat Bajau menjadikan
putu ini sebagai pengganti nasi dan dimakan dengan sagol atau ikan bakar.
SAGOL @ SENAGOL
Merupakan masakan berasaskan isi ikan yang dimasak dengan kunyit. Biasanya untuk
menyediakan hidangan ini, ikan yang digunakan adalah terdiri dari ikan yu atau ikan pari.
Kilau @ Kinilau
Makanan tradisi ini menggunakan isi ikan yang mentah dengan campuran perahan limau
serta cuka. Selain isi ikan, ia juga boleh dicampurkan dengan hirisan cili, bawang, tomato,
halia dan mangga.
KAUM DUSUN
PINAASAKAN @ PINARASAKAN
Hidangan ini menggunakan ikan basung. Ianya dimasak dengan campuran kunyit hidup
dan halia yang telah ditumbuk, air asam jawa, garam dan sedikit air. Kemudian, kesemua
bahan yang telah digaul bersama akan ditumis dan dimasak sehingga air hampir kering.
BOSOU
Hidangan ini terdiri daripada Ikan mentah yang digaul bersama nasi putih, garam, dan
buah pangi sebagai bahan pengawet yang boleh mengelakkan bosou menjadi basi dan
berbau busuk. Kesemua campuran ini akan diperam dalam bekas dan ditutup rapat
selama seminggu atau sehingga ia benar – benar telah masak sebelum boleh ditumis dan
dimakan.
LINOPOT @ TINONSOK TAKANO
Nasi linopot merupakan nasi yang dibungkus di dalam daun. Lopot bermaksud bungkus
atau lipat. Ia diperbuat daripada campuran beras kampung serta ubi manis yang dimasak
bersama dalam satu bekas. Daun yang biasanya digunakan untuk membungkus nasi
adalah daun pokok doringin.
KAUM IBAN
KASAM IKAN
Ikan baung yang akan dijadikan sebagai kasam perlu diperam selama sebulan sebelum
ianya boleh dimakan. Semakin lama ia diperam, semakin sedap isi ikan tersebut.
PEKASAM ENSABI
Merupakan sayur sawi yang dijerukkan sehingga ia menjadi pekasam. Ianya dimakan
bersama nasi putih dan dicampurkan dengan sedikit perahan jus limau dan lada.
AYAM PANSUH
Hidangan ayam pansuh adalah hidangan berasaskan ayam tua yang dimasak di dalam
buluh dengan campuran ubi.
PAKAIAN TRADISIONAL MENGIKUT KAUM
Pakaian tradisional merupakan lambang kepada sesebuah kaum. Berikut merupakan
pakaian tradisional mengikut kaum, iaitu kaum Bajau, kaum Dusun dan juga kaum
Iban.
KAUM BAJAU
Berikut merupakan pakaian tradisional untuk lelaki dan perempuan kaum Bajau.
KAUM DUSUN
Pakaian tradisional suku kaum Dusun
KAUM IBAN
Kaum iban merupakan kaum majoriti di Sarawak. Sarawak merupakan negeri yang
sangat luas. Oleh yang demikian, setiap pakaian tradisional kaum iban di beberapa
tempat agak berbeza. Berikut merupakan conoth pakaian tradisional mengikut tempat
iaitu, ngepan batang Rajang, ngepan Saribas, ngepan Skrang dan ngepan Saratok.
Ngepan Batang Rajang.
Ngepan Saribas.
Ngepan Skrang.
Ngepan Saratok.
Ngepan Batang Ai, Ngepan Skrang dan Ngepan Saribas.
Rujukan
Kedung B. K., 2020, Kenali Jenis Ngepan Indu Iban Di Kalangan Masyarakat Iban.
Diperoleh dari, https://www.iloveborneo.my/cerita-menarik-dari-borneo/kenali-jenis-
ngepan-indu-iban-di-kalangan-masyarakat-iban/
TARIAN TRADISIONAL
SUKU KAUM BAJAU.
Tarian Igal-igal.
Ditarikan ketika majlis-majlis tertentu seperti majlis perkahwinan dan majlis
keramaian.
Juga pada sambutan pesta regatta lepa.
SUKU KAUM DUSUN.
Tarian sumazau adalah antara tarian tradisional kaum dusun.
Ditarikan ketika majlis tertentu seperti majlis perkahwinan, keramaian dan pada
sambutan tadau tagazo do kaamatan bagi menghormati bambarazon (
semangat padi) selepas musim menuai.
SUKU KAUM IBAN.
Tarian ngajat
Tarian ini ditarikan dalam sambutan hari gawai sebagai tanda kesyukuran
terhadap hasil penuaian padi sepanjang tahun.
Pada zaman dahulu, tarian ini akan ditarikan selepas orang iban kembali dari
berperang.
ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT BAJAU.
Adat perkahwinan bagi masyarakat bajau pantai timur iaitu timur laut sebenarnya
agak berbeza dengan masyarakat bajau pantai barat. Hal ini kerana masyarakat
bajau pantai timur atau bajau laut mendiami kawasan perairan seperti semporna.
Lahad dato, tawau dan lain-lain lagi. Manakala masyarakat bajau pantai barat lebih
kepada kawasan darat seperti kota belud, tuaran, likas dan sebagainya. Seterusnya
adalah adat perkahwinan bagi msayarakat Bajau Pantai Timur atau Bajau Laut.
Adat perkahwinan orang bajau laut dipengaruhi oleh tuntutan adat dan selaras
dengan ajaran islam.
Terdapat peringkat-peringkat dalam adat perkahwinan orang bajau laut.
Peringkatnya dimulai dengan adat merisik, yang kedua ialah Mangpahanda,
ketiga ialah hantaran (mas kahwin), keempat Sambulayang, kelima ialah nikah,
keenam ialah Maglami-lami dan terakhir adalah Tingkuang.
1. MERISIK
Untuk mengenal budi pekerti calon menantu.
Merisik berlangsung di rumah pihak perempuan
Ibu bapa pihak lelaki akan menjadi ketua rombongan merisik.
Semasa merisik pihak lelaki akan membawa cincin ke rumah pihak perempuan.
Selepas 3 hari merisik, pihak perempuan akan memberi kata putus jika setuju
atau menolak lamaran tersebut.
Sekiranya pihak perempuan setuju maka kudua-dua pihak akan berunding
tentang nilai hantaran. Selepas setuju dengan nilai hantaran barulah proses
meminang dijalankan.
2. MAGPAHANDA (MEMINANG)
Proses meminang berlangsung dirumah pihak perempuan.
Pihak lelaki akan membawa cincin pertunangan semasa meminang.
Setelah pinangan, tempoh pertunangan akan ditetapkan mengikut persediaan
pihak lelaki.
Setelah bertunang, biasaanya pihak lelaki akan memberikan belanja kepada
pihak perempuan setiap bulan mengikut kemampuannya.
3. HANTARAN (MAS KAHWIN)
Biasaanya hantaran ataupun mas kahwin diberikan kepada pihak perempuan
sebelum hari pernikahan ataupun persandingan.
Hantaran ataupun mas kahwin diberikan mengikut persetujuan yang dibuat
ataupun mengikut kemampuan pihak lelaki.
Kehampitan juga akan diberikan kepada pihak perempuan untuk dibahagikan
kepada kerabat pihak perempuan.
Contoh kehampitan adalah kuih panyam (penyaram).
Selain itu, Sokat juga akan diberikan. Contoh sokat adalah kain sarung (ampik),
kapit kain putih (kakahna) atau barangan lain yang dipersetujui.
4. Sambulayang.
Adat ini untuk mengibarkan panji bahawa akan ada perkahwinan yang
berlangsung.
Panji dikibarkan dihadapan rumah pengantin perempuan.
Sambulayang adalah panji yang besar dan dibuat daripada kain yang
berwarna-warni ( lambang kegembiraan).
Panji yang dikibarkan akan memaklumkan masyarakat sekeliling bahawa
keramaian akan diadakan, dan saudara mara atau keluarga akan datang
untuk membantu.
5. NIKAH
Malam sebelum nikah, pengantin akan dinaikkan dalam upcara malam pacar
ataupun malam berinai.
Berinai dibuat agar pengantin lebih berseri.
Sebelum nikah, adat pantun akan dibacakan barulah akad nikah dijalankan.
Selepas nikah, pengantin lelaki akan dibawa berarak ke rumah pengantin
perempuan.
6. MAGLAMI-LAMI
Dijalankan pada hari sama pernikahan tetapi pada waktu malam.
Maglami-lami adalah malam sanding.
Kedua-dua keluarga pihak lelaki dan perempuan serta jiran tetangga akan
berkumpul untuk memeriahkan majlis.
Tarian Igal-igal akan dipersembahkan bersama dengan alunan Gong,
Kulintangan dan tambal. Al
Penari igal-igal akan diberikan sagu hati seperti wang dengan menyelitkan duit
di jari ketika penari sedang menari.
7. TINGKUANG.
Tingkuang adalah jemputan dari pihak lelaki kepada pihak perempuan.
Jemputan ini menandakan bahawa pihak lelaki menerima pihak perempuan.
Rujukan
Fisabellah binti John, 2014), ADAT PERKAHWINAN KAUM BAJAU DI SABAH.
https://www.academia.edu/15917029/ADAT_ISTIADAT_PERKAHWINAN_BAJAU_DI
_SABAH
PERKAHWINAN MASYARAKAT IBAN
1. Merisik
• Perkahwinan akaan ditentukan oleh pihak lelaki
• Ibu bapa atau wakil bagi pihak lelaki akan bertandang kerumah pihak
perempuan
• Perjumpaan tersebut dikenali sebagai “berbunga-bunga” atau “berjarum-
jarum”
• Membincangkan syarat-syarat perkahwinan seperti berian.
2. Meminang dan Bertunang
• Rombongan bagi pihak lelaki tidak kurnag daripada 5 orang dan paling ramai
ialah 20 orang dan mestilah daripada orang-orang tua.
• Syarat-sayarat bagi perkahwinan ditentukan seperti berian dan lain-lain.
• Selepas mencapai kata sepakat antara kedua-dua belah pihak, ayah bagi
lelaki akan menanggalkan lapit atau ikat pinggang perak atau sebilah pedang
sebagai tanda pertunangan.
• Membincangkan tarikh bagi hari perkahwinan.
• Perempuan tidak boleh terima kunjungan lelaki selain tunangnya.
• Selepas dua atau tiga hari wakil bagi pihak lelaki akan memaklumkan bertita
pertunangan kepada saudara-mara dan jiran tetangga.
3. Majlis perkahwinan
• Pihak lelaki akan menyediakan perbelanjaan dan barng yang harus diberkan
kepada pihak perempuan.
• Manakala, keluarga perempuan akan berburu binatang untuk disembelih ketika
hari perkahwinan.
• Untuk bahagian jembutan tetamu, kedua-dua pihak akan melantik wakil
masing-masing.
• Wakil tersebut akan membuat beberapa utas tali tersimpul sebagai tanda
bilangan hari perkahwinan akan tiba.
• Tali tersebut akan diberikan kepada tuai rumah atau ketua rumah panjang
untuk membuka tali setiap hari.
• Majlis perkahwinan mestilah diadakan di ruah pengantin perempuan.
• Mengadakan upacara bertanyakan petanda (nanyaka Burong) semasaa
rombongan pengantin lelai ke rumah pengantin perempuan.
• Soalan yang ditanyakan ialah jenis petanda yang mereka temui semasa dalam
perjalanan ke rumah pengantin perempuan.
• Jika terdapat petanda buruk haruslah melakukan upacara penawar danmajlis
boleh dimulakan.
• Pengantin lelaki akan naik dengan diiringi pukulan gong.
• Ayah kepada pengantin lelaki akan mengorbankan seekor babi sembahan.
• Di atas tangga rumah yang yang teratas terdapat dulang yang berisi seketul
batu dan air penawar petanda burung dan tangal (sakang)
• Setiap tetamu akan membasuh sebelah kaki dengan memasukan kedalam
dulang tersebut sebelum masuk ke rumah.
• Sekiranya pengantin lelaki menaiki perahu maka perahu tersebut akan dihiasi
kain pua kumbu.
• Dan sekiranya pengantin lelaki melalui jalan darat ke rumah pengantin
perempuan sepanjang perjalanan gong akan dibunyikan.
• Setelah sampai ke rumah pengantin perempuan tembakan meriam akan
dilepaskan dan mereka mandi beramai-ramai di sungai sebelum memakai
pakaian tradisional.
• Rombongan pihak lelaki yang perempuan akan masuk ke bilik pengantin
perempuan ddengan menggunakan bahasa berirama untuk membuka pintu
bilik dipalang lembing dan ditutup pua kumbu.
• Manakal lelaki akan duduk di ruai.
• Tetamu akan dihidangkan dengan air arak iaitu air tuak samil menyanyi dan
bergurau senda.
• Teatmu akan berpusing di rumah sebanyak tiga kali dan minum air penyuci.
• Pada keesokan pagi pengantin akan mandi di sungai dan menyembelih seekor
babi.
Rujukan
Teoh. J, C. (2013). Adat Perkahwinn Masyarakat Iban. Slideshare scribd company.
https://www.slideshare.net/teohjching/adat-perkahwinan-masyarakat-iban
PERKAHWINAN MASYARAKAT DUSUN.
Kaum dusun tidak membenarkan perkahwinan antara pasangan yang dalam
lingkungan sepupu 4 kali.
Terdapat adat dalam perkahwinan orang dusun:
1. PEMILIHAN JODOH
❖ Dilakukan melalui 2 cara sama ada mengikut pilihan sendiri ataupun pilihan
keluarga.
❖ Lelaki hendaklah memilih perempuan yang bukan dalam lingkungan keluarga.
2. MOI MONGUDIO (MEISIK)
❖ Proses untuk bertanya kepada pihak perempuan .
❖ Merisik dilakukan pada waktu pagi.
❖ Wakil yang merisik hendaklah pergi kepada ibu bapa atau penjaga pihak
perempuan.
3. MOI MOUABOI ( RUNDINGAN PERTUNANGAN)
❖ Ibu bapa atau ahli tertua akan pergi ke rumah pihak perempuan untuk
berunding.
❖ Sekiranya pihak perempuan tidak bersetuju maka perbincangan dibatalkan.
❖ Kedua-dua pihak hendalah memastikan bahawa mereka bukan dalam
lingkungan keluarga.
4. HANTARAN PERKAHWINAN.
❖ Bayaran perkahwinan terdiri daripada Nopung dan belanja dapur.
❖ Nopung adalah bayaran paling penting dalam perkahwinan.
❖ Boleh diserahkan pada bila-bila masa sahaja selepas selesai sahakoi
sebelum perkahwinan.
❖ Nopung adalah ganti rugi kepada ibu bapa perempuan sebagai ganti
rugi atas kehilangan anak perempuan mereka.
5. KADAR BAYARAN.
❖ 2 kerbau dewasa
❖ Seekor ayam jantan dewasa
❖ Sebiji tempayan
❖ Sebuah gong
❖ Sebiji seramik
❖ Bayaran nopung dalam yang sempurna.
6. BALANJA DAPUR
❖ Balanja dapur adalah belanja dapur diberikan kepada pihak perempuan
untuk sumbangan untuk mengadakan perkahwinan.
7. KASAWAN
❖ Adalah upacara terakhir adat istiadat perkahwinan.
❖ Diadakan selepas nopung selesai diberikan.
❖ Diadakan secara berperingkat dan memakan masa berhari-hari.
❖ Upacara tersebut dibuat besar-besaran untuk meraikan pasangan yang
bakal berkahwin.
Rujukan
Mohammad shahiran, ( 19 nov 2019), ADAT PERKAHWINAN KAUM DUSUN.
https://prezi.com/zp-vn26zvipi/adat-perkahwinan-kaum-dusun/
Penutup:
Budaya atau suku kaum ini sangatlah penting untuk kita meneruskannya.
Ini merupakan peninggalan nenek moyang yang harus dijaga dengan
baik kerana nilai dan kebaikan yang terdapat didalamnya. Secara tidak
langsung ia juga menunjukkan kita sangat mencintai budaya atau suku
kaum yang kita amati. CINTAILAH BANGSA KITA!.