The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Isu Semasa Tingkah Laku Bermasalah Dalam Bilik Darjah, Model Pengurusan Disiplin & Intervensi.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mimi09-443, 2021-08-20 23:44:12

TUGASAN 2

Isu Semasa Tingkah Laku Bermasalah Dalam Bilik Darjah, Model Pengurusan Disiplin & Intervensi.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI KUALA
LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

( AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 3 )

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA MIMI NUR HUMAIRA BINTI MOHD GHAZALI

ANGKA GILIRAN 2020192340039

NO. KAD PENGENALAN 010112080498

KUMPULAN F3
KOD KURSUS EDUP3043

KURSUS PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH
NAMA PENSYARAH LAKU
TARIKH HANTAR ENCIK MOHD ROSE DZIDAN BIN MOHAMAD
DARDAN
21 OGOS 2021

TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS

SOALAN: Anda dikehendaki
I. Menganalisis isu-isu semasa berkaitan tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah
dengan merujuk pelbagai sumber yang relevan.

II. Menilai dan membuat pemilihan model pengurusan disiplin dan intervensi yang sesuai
bagi menangani tingkah laku bermasalah dalam bilik. Anda perlu mendapatkan
pendapat pakar dalam melaksanakan tugasan ini dengan menggunakan alat-alat digital
yang sesuai.

Isi Kandungan

PERKARA MUKA SURAT

Penghargaan ii
1.0 Pengenalan 1
2.0 Tingkah Laku Bermasalah Dalam Bilik Darjah 1-3
2
2.1 Murid Tidak Menyiapkan Tugasan Yang Diberi 2
2.2 Murid Yang Nakal Mengganggu Sesi PdP 2-3
2.3 Murid Tidak Yakin Dengan Diri Sendiri Dan Terlalu
3-6
Bergantung Kepada Orang Lain
3.0 Model Pengurusan Disiplin & Intervensi Bagi 4-5

Menangani Tingkah Laku Bermasalah Dalam Bilik 5-6
Darjah
3.1 Model Pengurusan Kelompok Kounin Sebagai 6
7
Panduan Menangani Tingkah Laku Bermasalah 8
Dalam Bilik Darjah
3.2 Intervensi Menangani Tingkah Laku Bermasalah:
Terapi Bercerita
4.0 Kesimpulan
Rujukan
Lampiran

i

Penghargaan
Pertama sekali, syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan

izinNya, saya dapat menyempurnakan tugasan yang diberikan ini. Saya bersyukur kerana segala
urusan sepanjang menyiapkan tugasan ini, dipermudahkan olehNya. Selain itu, saya diberikan
kesihatan tubuh badan dan akal fikiran untuk menjalankan tugas saya sebagai salah seorang
pelajar bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Institut Perguruan Kampus Bahasa Melayu,
Kuala Lumpur.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Encik Mohd
Rose Dzidan Bin Mohamad Dardan selaku pensyarah dan pembimbing bagi subjek Pengurusan
Bilik Darjah Dan Tingkah Laku (EDUP3043) ini kerana tidak lokek memberi bimbingan serta
tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan untuk menyempurnakan tugasan yang diberi. Saya juga
amat berterima kasih kepada Puan Norazlina, selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Seri
Intan atas kesudian meluangkan masa bagi memberi pandangan dan berkongsi pendapat.

Seterusnya, tidak saya lupa, jutaan terima kasih juga kepada keluarga serta rakan-rakan
seperjuangan kerana telah memberi dorongan dan sokongan untuk saya terus berusaha
sehingga berjaya menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada semua
pihak yang telah memberi tunjuk ajar dan nasihat secara langsung atau tidak langsung kepada
diri saya. Semoga Allah SWT merahmati serta memberkati jasa kalian.

ii

Tingkah Laku Bermasalah1.0 Pengenalan
Dalam Bilik DarjahPendidikan telah menjadi tunjang utama kemajuan negara sejak berkurun lama. Hal ini
kerana, suatu taraf pendidikan itu boleh menentukan kemampuan seseorang individu untuk
menyelesaikan masalah, berkomunikasi bersama orang ramai dengan berkesan dan
berupaya memikirkan idea-idea kreatif yang baharu untuk kebaikan semua pihak. Dalam
proses mendidik dan membimbing ini, kadangkala guru menghadapi kesusahan akibat
daripada tingkah laku bermasalah segelintir pelajar dalam bilik darjah. Menurut Lewis M.
Baker dalam tulisan Hamdani Halim (2018), tingkah laku bermasalah boleh didefinisikan
sebagai tingkah laku yang tidak normal serta terkeluar daripada nilai dan norma sosial dalam
masyarakat. Tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah akan menyebabkan perjalanan sesi
pengajaran dan pembelajaran (PdP) terganggu serta boleh mendatangkan kesan negatif
terhadap perasaan orang lain.

2.0 Isu Semasa Tingkah Laku Bermasalah Dalam Bilik Darjah
Menggalas tugas sebagai seorang pendidik sememangnya bukan perkara yang mudah.
Seorang guru itu perlu berhadapan dengan pelbagai ragam dan perwatakan murid. Hal ini
juga menjadi lebih mencabar apabila wujud segelintir murid yang mempunyai tingkah laku
bermasalah dalam bilik darjah. Bagi memperoleh maklumat yang lebih terperinci, saya telah
mendapatkan pandangan daripada Puan Norazlina Binti Sha’ri, Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid SK Seri Intan (tempat saya menjalani PBS). Kami telah berkomunikasi menggunakan
platform Telegram (rujuk lampiran). Ringkasnya, rajah 1.0 menunjukkan antara tingkah laku
bermasalah dalam bilik darjah yang dapat dikenal pasti.
Rajah 1.0: Tingkah Laku Bermasalah Dalam Bilik Darjah

Murid Tidak Menyiapkan Tugasan Yang Diberi

Murid Yang Nakal Mengganggu Sesi PdP

Murid Tidak Yakin Dengan Diri Sendiri Dan
Terlalu Bergantung Kepada Orang Lain

1

2.1 Murid Tidak Menyiapkan Tugasan Yang Diberi
Menurut Puan Norazlina, masalah ini dihadapi oleh semua guru pelbagai subjek. Secara
purata, bagi kelas yang mempunyai 20 orang murid, hanya separuh daripada jumlah tersebut
yang benar-benar konsisten menghantar semua tugasan yang diberi dalam masa yang
ditetapkan. Terdapat murid yang suka berbual dengan rakan sehingga tidak sempat
menyiapkan tugasan yang diberi tepat pada waktunya. Puan Norazlina juga berpendapat
bahawa kebiasaannya, murid tahap satu sukar menyiapkan tugasan yang diberi kerana
mereka tidak memahami tugasan tersebut dan takut untuk bertanya kepada guru. Jadi,
mereka hanya duduk termenung kerana bercadang untuk membuat tugasan tersebut di
rumah dengan bantuan ibu dan ayah. Kadang kala, mereka tidak menyiapkan tugasan yang
diberi semasa dalam kelas kerana fokus mereka mudah terganggu dengan gangguan lain di
luar kelas seperti orang lalu-lalang, bunyi kucing, dan bunyi kenderaan. Murid yang tidak
menghantar tugasan ini akan menyukarkan guru membuat penilaian sama ada objektif
pembelajaran tercapai atau tidak dan sesi PdP yang dijalankan berkesan atau tidak.

2.2 Murid Yang Nakal Mengganggu Sesi PdP
Gangguan yang dibuat adalah seperti lewat masuk ke kelas setelah tamat waktu rehat. Hal
ini menyebabkan rakan lain dan guru terpaksa menunggu mereka sebelum dapat memulakan
sesi PdP. Menurut Wan Nor Hayati Wan Alias (2017), murid yang suka membuat bising
seperti mengetuk pensel di atas meja dan mengusik rakan lain juga boleh menyebabkan sesi
PdP terganggu. Disebabkan kenakalan mereka, rakan lain akan hilang fokus dan terganggu
ketika sesi PdP sedang berlangsung. Bunyi-bunyian yang tidak menyenangkan ini juga boleh
menyebabkan guru berasa tidak selesa dan terganggu ketika hendak mengajar. Terdapat
juga murid nakal yang suka membuat aktiviti lain ketika guru memberi penerangan di hadapan
kelas. Contohnya, mereka bermain dengan pemadam dan membaca komik. Hal ini boleh
menjatuhkan semangat guru untuk mengajar dan seterusnya mempengaruhi perjalanan
proses PdP.

2.3 Murid Tidak Yakin Dengan Diri Sendiri Dan Terlalu Bergantung Kepada Orang Lain
Menurut Puan Norazlina, tingkah laku bermasalah yang berlaku dalam bilik darjah yang
seterusnya ialah terdapat murid yang terlalu bergantung kepada orang lain sehingga tiada
keyakinan diri untuk menyertai aktiviti PdP yang dijalankan. Misalnya, murid takut untuk
memberi pendapat dan teragak-agak ketika hendak menjawab soalan. Hal ini seterusnya
menyebabkan mereka menjadi pasif dan tidak turut serta secara aktif ketika aktiviti
berkumpulan. Ketika rakan lain mengadakan perbincangan dan bersoal jawab, mereka sering

2

duduk diam dan hanya bergantung kepada orang lain untuk menyuarakan pendapat serta
idea bagi menyelesaikan tugasan. Hal ini kadang kala boleh menimbulkan suasana
persekitaran bilik darjah yang tidak menyenangkan kerana rakan lain akan berasa tidak adil
dan marah terhadap rakan yang tidak membuat apa-apa tugasan itu. Hal ini juga boleh
mengganggu kelancaran sesi PdP apabila murid ini mengambil masa yang lama untuk
menjawab soalan yang diajukan kerana tidak yakin dengan diri sendiri.

3.0 Model Pengurusan Disiplin & Intervensi Bagi Menangani Tingkah Laku Bermasalah
Dalam Bilik Darjah
Tingkah laku bermasalah yang berlaku dalam bilik darjah boleh dikendalikan dan diselesaikan
jika guru mengetahui cara yang betul untuk menguruskan hal tersebut. Oleh yang demikian,
wujud pelbagai model pengurusan disiplin sebagai panduan untuk para pendidik
menguruskan masalah tingkah laku dan disiplin pelajar (Syed Ismail Syed Mustapa et. al.,
2018). Selain model-model pengurusan disiplin, terdapat juga intervensi untuk menangani
tingkah laku bermasalah. Rajah 2.0 menunjukkan secara ringkas Model-model Pengurusan
Disiplin Bilik Darjah dan Intervensi Menangani Tingkah Laku Bermasalah.

Rajah 2.0: Model Pengurusan Disiplin Bilik Darjah dan Intervensi Menangani Tingkah Laku
Bermasalah

Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku

Model Pengurusan Disiplin Bilik Intervensi Menangani Tingkah Laku
Darjah Bermasalah

- Model Disiplin Asertif Canter - Teknik Modifikasi Tingkah Laku
- Model Akibat Logikal Dreikur Bermasalah
- Model Pengurusan Kelompok Kounin - Kemahiran Asas Bimbingan &
- Model Pengurusan Bilik Darjah Kaunseling Sekolah Rendah
Thomas Gordon - Terapi Bermain
- Model Beyond Discipline Alfie Kohn - Terapi Bercerita
- Terapi Seni
- Terapi Muzik

3

3.1 Model Pengurusan Kelompok Kounin Sebagai Panduan Menangani Tingkah Laku
Bermasalah Dalam Bilik Darjah
Berdasarkan penelitian dan penilaian terhadap model-model pegurusan disiplin dalam rajah
2.0, saya memilih Model Pengurusan Kelompok Kounin bagi menyempurnakan tugasan ini.
Model ini diasaskan oleh Jacob Sebatian Kounin iaitu seorang pakar psikologi dan pendidik
di Amerika Syarikat. Berdasarkan Model Pengurusan Kelompok Kounin, antara perkara yang
ditekankan ialah pengurusan bilik darjah yang baik bergantung pada pengurusan pengajaran
yang berkesan (Syed Ismail Syed Mustapa et. al., 2018). Idea-idea utama dalam Model
Pengurusan Kelompok Kounin ini adalah seperti berikut:

a. Ripple effect (kesan riak)
b. Withitness (menjadi saksi)
c. Overlapping (pertindihan)
d. Effective transitions (peralihan yang berkesan)

Idea pertama ialah ripple effects. Menurut Kounin dalam tulisan Syed Ismail Syed Mustapa
et. al., (2018), ripple effects adalah keadaan apabila seorang guru itu menegur kesalahan
seseorang murid dan murid lain yang akrab dengan murid tersebut turut terkesan akibat
teguran yang dibuat. Kesan ini dapat dicapai apabila terdapat murid lain yang turut
membetulkan tingkah laku mereka setelah guru memberi teguran kepada seseorang murid.
Misalnya, guru menegur,

‘Ahmad, jangan berjalan-jalan ke meja kawan semasa saya sedang mengajar di
hadapan. Kamu mestilah memberi perhatian dan tidak mengganggu kawan.’
Teguran yang jelas dan tegas mampu menangani tingkah laku bermasalah ini daripada
diulangi oleh murid lain. Namun begitu, ripple effects ini juga boleh membawa kepada kesan
negatif seperti menyebabkan murid yang ditegur dan murid lain yang akrab dengannya
berdendam dengan guru. Oleh itu, guru mestilah tahu cara menyampaikan teguran dengan
berhemah. Apabila ripple effects ini berjaya dicapai, tingkah laku bermasalah yang berlaku
dapat diperbaiki dan diatasi.
Idea seterusnya menurut Model Pengurusan Kelompok Kounin ialah withitness iaitu istilah
yang dicipta oleh Kounin untuk menerangkan bahawa guru mestilah menyedari setiap perkara
yang berlaku dalam bilik darjah. Hal ini supaya guru dapat mengawasi keadaan bilik darjah
dari masa ke masa. Guru juga dapat mengesan dan mengenal pasti salah laku murid dengan
cepat (Anniliza Mohd Isa et. al., 2021). Misalnya, guru dapat mengenal pasti murid yang tidak
mahu mengambil bahagian dalam aktiviti berkumpulan. Dengan mengetahui perkara ini, guru

4

dapat melakukan sesuatu seperti melantik murid tersebut menjadi ketua kumpulan bagi
menyelesaikan tingkah laku bermasalah tersebut. Guru juga boleh menggunakan bahan
bantu mengajar yang berunsurkan teknologi maklumat komunikasi (TMK) untuk membantu
fokus dan menarik minat murid terhadap topik yang dipelajari (Noryana Mohd Nor et. al., 2019)

Seterusnya ialah overlapping iaitu kemahiran guru untuk menangani dua atau lebih
perkara pada satu masa. Misalnya, semasa guru sedang mengajar di hadapan, terdapat
murid yang suka berbual di belakang dan murid yang mudah terganggu fokusnya akibat
gangguan dari luar kelas. Kemahiran overlapping ini adalah apabila guru mampu
menguruskan masalah tersebut tanpa terganggu dan terlupa mengenai perkara yang sedang
diterangkan kepada kelas. Effective transitions juga merupakan idea penting dalam Model
Pengurusan Kelompok Kounin. Effective transitions ini adalah berkenaan dengan kelancaran
proses peralihan antara tugas dan aktiviti yang dijalankan. Menurut Puan Norazlina, bagi
memastikan murid tidak membuat tingkah laku bermasalah semasa sesi PdP, adalah amat
penting untuk guru menyediakan rutin yang mantap dan memberi arahan yang jelas. Hal ini
supaya murid tahu perjalanan aktiviti dan bersedia untuk belajar.

3.2 Intervensi Menangani Tingkah Laku Bermasalah: Terapi Bercerita
Secara ringkasnya, intervensi bermaksud campur tangan, gabungan, bimbingan, dan
pemulihan kepada seseorang sebaik sahaja terdapat kecacatan atau kekurangan dikesan
(Khoo Bee Lee, 2017). Terapi bercerita merupakan salah satu intervensi bagi menangani
tingkah laku bermasalah. Menurut Wan Nadiah Wan Mukhtar (2017), terapi bercerita
merupakan terapi secara lisan yang menggunakan suara bernada, disusuli dengan imej atau
muzik untuk menyampaikan suatu kisah atau peristiwa. Terapi bercerita mampu membantu
menangani tingkah laku bermasalah murid dengan syarat, kisah yang dipilih mestilah
mempunyai nilai teladan yang boleh dicontohi. Nilai teladan yang ada dalam sesuatu cerita
mampu merangsang motivasi murid secara intrinsik. Hal ini berkesan menimbulkan
kesedaran dalam diri murid untuk berubah menjadi individu yang lebih baik.
Guru juga boleh menjadikan terapi bercerita sebagai kaedah untuk mendekati murid yang
bermasalah. Contohnya, bagi murid yang mempunyai masalah kurang keyakinan diri, guru
boleh menyampaikan sebuah kisah yang mempunyai watak seperti perwatakan murid
tersebut. Kemudian, meminta murid tersebut berkongsi pendapat bersama rakan lain atau
mengadakan sesi soal jawab. Hal ini dapat menggalakkan pembelajaran aktif dan mampu
mengasah keyakinan murid untuk mengekspresikan perasaan dan idea mereka. Oleh hal
yang demikian, guru haruslah bijak memilih cerita yang hendak disampaikan agar cerita

5

berkenaan bersesuaian dengan tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan oleh murid (Syed
Ismail Syed Mustapa et. al., 2018).
4.0 Kesimpulan
Menjadi seorang insan yang bergelar guru sememangnya bukan pekerjaan yang mudah.
Banyak elemen yang harus ada dalam diri seorang guru untuk menjadi inspirasi kepada
masyarakat. Guru juga mestilah mempunyai pengetahuan yang luas tentang cara menangani
dan menguruskan tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah. Hal ini untuk memastikan
kelancaran sesi PdP dan keselesaan murid untuk menuntut ilmu. Guru yang mahir
menguruskan tingkah laku bermasalah akan disayangi serta dihormati murid-murid,
seterusnya mampu melahirkan insan-insan yang hebat. Kini, arus peredaran zaman semakin
mencabar dengan wujudnya pelbagai teknologi moden yang boleh mendedahkan murid
dengan anasir luar yang tidak bermoral. Maka, bebanan guru semakin besar dan ini
memerlukan tahap kesabaran serta jati diri yang tinggi.

6

Rujukan
Anniliza Mohd Isa, Al-Amin Mydin & Abdul Ghani Kanesan Abdullah. (2021). Impak Pengurusan

Bilik Darjah Di Sekolah Kebangsaan. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 8(1), 1-12.
Hamdani Halim. (2018). Definisi Konsep Tingkah Laku Bermasalah:

https://docplayer.info/71538821-1-0-definisi-konsep-tingkah-laku-bermasalah.html
Khoo Bee Lee. (2017). Terapi dalam Intervensi Kanak-Kanak. Sasbadi Sdn. Bhd.
Norazlin Mohd Rusdin & Siti Rahaimah Ali. (2019, November). Amalan Dan Cabaran

Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21. Proceedings Of The International Conference
On Islamic Civilization And Technology Management, Tanjung Malim, Perak.
Noryana Mohd Nor, Corrienna Abdul Talib, Nur Wahidah Abd Hakim, Marlina Ali, Sharifah
Osman & Nor Hasniza Ibrahim. (2019). Penggunaan Sumber ICT Dalam Pengajaran:
Cabaran Guru Masa Kini. Inovative Teaching And Learning Jurnal, 2(2), 82-88.
Nor Yuzie Yusuf, Rosini Abu & Aida Suraya Md Yunus. (2014). Tingkah laku, Emosi dan
Kognitif Murid Sebagai Faktor Peramal Pencapaian Akademik. Journal of Human Capital
Development, 7(1), 1-19.
Syed Ismail Syed Mustapa, Chin Mei Keong, Ahmad Subki Miskon & Noor Fitriyati Abdul
Samad. (2018). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Sasbadi Sdn. Bhd.
Wan Nadiah Wan Mukhtar. (2017). Terapi Bercerita Intervensi Bimbingan Kanak-kanak:
https://www.academia.edu/20264859/Terapi_bercerita_intervensi_bimbingan_kanak_ka
nak
Wan Nor Hayati Wan Alias. (2017, Ogos 20). Pendidikan Sahsiah Tangani Pelajar Bermasalah.
Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2017/08/314886/pendidikan-sahsiah-
tangani-pelajar-bermasalah

Rujukan Tambahan:
Puan Norazlina Binti Shaari, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Seri Intan (pakar yang
dirujuk).

7

LAMPIRAN
8


Click to View FlipBook Version