The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2018-10-21 08:58:57

MINIT MESY. KURI BIL. 3 2018

MINIT MESY. KURI BIL. 3 2018

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SLIM,
JLN. MELATI, TMN. SEROJA, 35800 SLIM RIVER, PERAK.

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL. 3 / 2018

Tarikh : 4 Julai 2018
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Gerakan SMK Slim

Kehadiran:

1 En. Nor Azmi Bin Murad 34 Pn. Rokiah Bt Nanyan
(Pengetua) 35 Pn. Wan Zaiton Bt Wan Hamzah
36 Pn. Siti Mariam Binti Abd Rashid
2 Pn. Faridah Hanim bt Mohd Jamli 37 Pn. Sapinah Bt Deraman
(PK Pentadbiran) 38 En Abd Lah Azizi Bin Abu Bakar
39 Pn. Siti Rohaya Bt Hawary
3 Pn. Hjh. Zarimah Bt Zaman 40 Pn. Marina Bt Ismail
(PK HEM) 41 Pn. Arba’ayah bt Adenan
42 En. Subramaniam a/l Marimuthu
4 En. Mohd Faisal Bin Kamarulzaman 43 Pn. Hjh. Aishah Binti Ahmad
(PK Kokurikulum) 44 En. Hasri Bin Hashim
45 Pn. Shakirah Bt Hamid
5 Tn. Hj. Zambri Bin Sidik 46 Pn. Zanariah Binti Zulkafli
(PK Pendidikan Khas) 47 Pn. Nor Hasni bt Mansor
48 Pn. Kalpana A/P Maniam
6 En. Mohd Yusof b Mohamad Noor 49 En. Mohd Adib b Ibrahim
(Guru Kanan Kemanusiaan) 50 En. Roslan b Saad

7 Pn. Sharizan bt Shafie Tidak Hadir Bersebab
(Guru Kanan Sains dan Matematik)
1. Cik Marzian Bt Khalid – cuti sakit
8 Pn Rosmah Bt Nasir 2. Tn. Hj. Badrul Azman Bin Mukhtar –
(Guru Kanan Teknik dan Vokasional)
Pertandingan di Besout
9 Pn. Sharifah Bt Ahmad 3. Pn. Fazida Hanan bt Muhd Fadzil –
10 Tn. Hj. Zainol Ariffin Bin Mustafa Alfandi
11 Pn. Norfadzilah bt Jarkasi Pertandingan Bowling di Ipoh)
12 Pn. Nor Hamizah Bt Kasmin 4. Pn. Kamariah Bt Ibrahim – Pertandingan di
13 Pn. Rabiah Binti Othman
14 Pn Nur Hafizah Bt Salleh@Mohamad Besout
15 Pn. Nursyakirah Bt Sharif 5. Tn. Hj. Abd Rahim b Jabbar - CRK
16 Pn. Wan Nurul Huda Binti Wan Abdul 6. Pn. Rozana Binti Ahmad - Kursus
7. En. Mohd Hamka b Ibrahim – Program
Kadir
17 Pn. Ros Aida Bt Alkarimiah Pendidikan Khas
18 Pn. Normah Bt Muda 8. Pn. Pn. Norita Bt Termizi – Program PPDa
19 Pn. Noor Fariza bt Abd Rahman
20 Pn. Hjh. Nor Niza Bt Hussain Negeri Perak
21 En. Shukri Bin Hussain 9. Pn. Khairunnisak Bt Jamaluddin – Cuti sakit
22 En. Ravi a/l Ponnusamy 10. Pn. Norlyzan bt Ismail – Kursus Sejarah
23 En. Megat Iskandar Bin Megat Yusof
24 En. Karthygesu a/l Govindasamy
25 En. Abd Razak Bin Ahamad
26 En. Anizat Bin Tarlan
27 En. Mahaindran a/l Balaguru
28 Pn. Zurida Bt Hamid
29 Pn. Nik Razieana Saridinar Abu Bakar
30 Pn. Noorhasheela Binti Zainal Abidin
31 Pn. Nor Haida Bt Sarmin
32 Pn. Rozita Bt Adnan
33 Pn. Mazita Binti Yahya

0

AGENDA MESYUARAT

1. Ucapan Pengerusi
2. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Bil. 2 / 2018
3. Perkara-Perkara Berbangkit
4. Pengurusan Kurikulum 2018
5. Hal-Hal Profesional
6. Hal-Hal Lain
7. Ucapan Penangguhan

PERINCIAN AGENDA MESYUARAT

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru di atas kehadiran
ke mesyuarat kurikulum bil. 3/ 2018

1.2 Pengerusi memaklumkan mesyuarat ini sepatutnya diadakan pada 2 Julai 2018
(Selasa) tetapi atas sebab ketidakberadaan Tuan Pengetua di sekolah kerana
menghadiri sambutan Hari Raya Peringkat Negeri Di Sekolah Menengah Sains
Tapah, maka mesyuarat diadakan pada hari ini.

1.3 Pengerusi juga memaklumkan kepada beberapa orang guru yang baru bertugas di
sekolah ini tentang suasana di bilik mesyuarat SMK Slim. Sekolah juga mempunyai
beberapa bilik khas selain kelas yang boleh digunakan untuk tujuan PdPc dan
ambillah masa untuk mengenali sekolah ini dengan lebih mendalam lagi.

1.4 Pengerusi turut memaklumkan walaupun guru-guru agak sibuk namun aktiviti
sekolah akan tetap berjalan, dan dalam masa terdekat ini akan diadakan Hari
Interaksi fasa II bagi tahun 2018.

1.5 Pada hari sabtu berikutnya akan diadakan perkhemahan perdana bertempat di Kem
PLKN Sungkai. Pengerusi berharap semua guru dapat memberi kerjasama
sepenuhnya kepada program-program sekolah.
Makluman

2.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL. 2 / 2018

2.1 Minit mesyuarat dibentangkan Tuan Pengetua, En. Nor Azmi b Murad
Cadangan untuk disahkan: En. Subramaniam A/L Marimuthu
Cadangan disokong oleh: Pn. Noor Hasheela bt Zainal Abidin

Makluman

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
(Rujuk maklumbalas mesyuarat kurikulum)

4.0 PENGURUSAN KURIKULUM 2018

4.1 Dasar Terkini:
4.1.1 Pengetua telah hadir mesyuarat di PPD pada 29 Jun yang lalu dan
menyampaikan beberapa pesanan dari Tuan PPD iaitu:
4.1.1.1 SKPMg2 tidak dimansuhkan sepenuhnya. Apa yang
dimansuhkan adalah audit bersemuka memandangkan

1

terdapat rungutan dari sekolah yang terpaksa membawa eviden
yang banyak dan ianya adalah membebankan.
4.1.1.2 Tuan PPD menyebut bahawa kerja nazir akan tetap berjalan.
Mereka akan bergerak datang ke sekolah-sekolah untuk
memberi tunjuk ajar dan bimbingan.
4.1.1.3 Instrumen di dalam SKPMg2 adalah sangat sesuai untuk
digunakan oleh para guru dalam usaha menambahbaik hasil
kerja guru khususnya di dalam aspek pembelajaran, iaitu
Standard 4. Pencerapan juga telah dilakukan dan akan
diteruskan.
4.1.1.4 Apa yang penting adalah, setiap program yang kita hendak
laksanakan perlulah ada laporan seperti gambar dan
sebagainya dan dimasukkan ke dalam fail masing-masing.
Contoh laporan sekurang-kurangnya mempunyai Nama
Program, Tarikh Program, Kumpulan Sasaran, Impak Program
serta gambar sepanjang program berlangsung.
4.1.1.5 Di dalam Buku Pengurusan Sekolah tahun 2018 juga telah
disebutkan beberapa dasar dan semua guru boleh merujuk
buku tersebut. Antaranya di dalam Dialog Prestasi berkaitan
HEM, terdapat 3K yang disebutkan iaitu K1: Enrolmen Murid,
K2: Kemenjadian Murid, dan K3: Sahsiah.

Makluman

4.2 Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 3 dan 5
4.2.1 Bagi tingkatan 3, pencapaian GPMP adalah sebanyak 4.07 manakala
target sekolah 3.24. Peratus lulus sebanyak 75.41% manakala target
sekolah bagi peratus lulus adalah sebanyak 88.86%.
4.2.2 Lima pelajar terbaik tingkatan tiga ialah Roshini A/P Gunaseelan (3RK),
Shahrul Izwan bt Saiful Anuar (3RK), Megat Ahmad Hatemi b Megat
Iskandar (3RK), Nur Yasmin Fatiha bt Noor Rahim (3RK), dan Fatin Nur
Aliah bt Shamsul (3RK).
4.2.3 Bagi tingkatan 5, pencapaian GPMP sebanyak 5.87 dan peratus lulus
adalah 82%. Bagi target sebenar SPM, GPMP sebanyak 4.36 dan
peratus lulus sebanyak 92.13%
4.2.4 Lima pelajar terbaik adalah Shobana A/P Mohan (kelas 5A), Nurul Ain
Adiba (kelas 5B), Dhurgiswary A/P Ravi (kelas 5B), Yong Sin Yee
(kelas 5A) dan Nurfatimah Balqis bt Mohd Anuar (kelas 5B).
4.2.5 Bagi pelajar SPM, terdapat dua orang pelajar yang telah dibuang dan
masih terdapat seorang lagi pelajar yang boleh untuk dibuang. Pelajar
ini mempunyai aku janji bersama pihak sekolah berkaitan kehadiran
mereka ke sekolah.
Makluman

4.3 Perancangan dan Persediaan Ujian Selaras II dan Peperiksaan Percubaan PT3
dan SPM
4.3.1 Untuk peperiksaan percubaan, JSI telah pun diterima dan akan
diedarkan kepada guru-guru oleh unit peperiksaan.
Tindakan: SU Peperiksaan Dalaman

2

4.3.2 Puan Mazita mencadangkan agar Ujian Selaras II bagi tingkatan 1, 2,

dan 4 ditiadakan bagi memberi laluan para guru menghabiskan sukatan

pelajaran. Keputusan akan dimaklumkan setelah mesyuarat

pengurusan dijalankan.

Tindakan: Pentadbir

4.4 Pelaksanaan Projek Kecemerlangan Akademik:

4.4.1 Pengerusi memaklumkan, untuk tingkatan 3 dan 5, terdapat wang

peruntukan kecemerlangan. Wang ini boleh digunakan bagi tujuan

kemenjadian murid contohnya mengadakan program-program motivasi

dan menjemput penceramah.

4.4.2 Pengerusi memohon guru-guru merancang program dan

menggunakan sumber kewangan tersebut dengan sebaiknya.

4.4.3 Pengerusi menyerahkan kepada guru-guru Penolong Kanan dan guru-

guru Kanan Bidang untuk merancang program yang bersesuaian sama

ada di dalam atau pun di luar sekolah.

4.4.4 Pengerusi menegaskan perkara yang paling penting adalah mesti

mendapatkan kebenaran dari pihak ibu bapa / penjaga untuk

penglibatan murid-murid tersebut.

Tindakan dan Makluman: Semua Guru

4.5 Pengurusan Panitia:

4.5.1 Pengerusi mengumumkan pelantikan Ketua Panitia yang baru bagi

Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan adalah Puan Nor Fadzilah

bt Jarkasi.

Makluman

4.5.2 Status penghantaran fail panitia bagi tujuan semakan oleh guru-guru

kanan bidang adalah seperti berikut:

BIL BIDANG STATUS PERATUS
PENGHANTARAN (%)

1 Sains dan Matematik 5 / 6 panitia 83.3

2 Teknik dan Vokasional 6 / 8 panitia 75

3 Bahasa 4 / 5 panitia 80

4 Kemanusiaan 5 / 8 panitia 62

4.5.3 Pengerusi memohon panitia-panitia yang belum menghantar untuk
mengambil tindakan segera.
Tindakan: Ketua-Ketua Panitia

4.6 Program Profesional/LADAP
4.6.1 Pengerusi memaklumkan beliau ada menerima panggilan dari pihak
Koperasi Bekas Guru Maktab) yang antara lain bertujuan untuk
meningkatkan keahlian dan juga menjual produk mereka.
4.6.2 Setiausaha LADAP memaklumkan beliau akan membuat semakan
kredit di atas keperluan LADAP guru-guru.
Tindakan: Setiausaha LADAP
4.6.3 Untuk Perkhemahan Perdana, guru layak mendapat 2 hari LADAP iaitu
satu hari untuk perkhemahan perdana, dan satu hari lagi untuk kursus
kejurulatihan.
Makluman

3

4.7 Pencerapan:
4.7.1 Buku Latihan Murid: Bagi fasa I telah selesai pada bulan April yang lalu.
4.7.2 Bagi fasa II, mohon guru-guru bersedia kerana ia telah pun bermula
pada 2 Julai 2018 dan akan berakhir 3 Ogos 2018 (bagi semua
tingkatan).
4.7.3 Sekurang-kurangnya 6 buah buku yang akan dipilih untuk pencerapan.
Buku latihan yang dipilih merangkumi tiga tahap murid: cemerlang,
sederhana dan lemah
4.7.4 Pastikan penghantaran buku latihan dibuat mengikut tarikh yang
ditetapkan dalam jadual.
4.7.5 Pengetua, Penolong-penolong Kanan dan Guru-guru Kanan Bidang
boleh menyemak mana-mana buku latihan murid bagi mana-mana
pelajaran dan kelas dari semasa ke semasa.
Tindakan dan Makluman: Semua Guru

4.8 Kelas Rancangan Khas
4.8.1 Bilangan pelajar 1RK seramai 19 orang, 2RK seramai 14 orang dan
3RK seramai 21 orang.
4.8.2 Kelas tambahan belum dilaksanakan lagi.
4.8.3 En. Megat memaklumkan tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar
kelas 2RK pada waktu PdPc Bahasa Inggeris. Mereka mengalami
ketidakcukupan kerusi memandangkan kelas ini bergabung dengan
kelas 2 Aspirasi dan dijalankan di dalam kelas 2 Aspirasi. Pergerakan
pelajar dari blok A ke blok D mengambil masa selama 10-15 minit dan
pelajar ini kemudian terpaksa mencari kerusi untuk digunakan dalam
kelas. Pengerusi memaklumkan hal ini akan dibincangkan di dalam
mesyuarat pengurusan dan keputusannya akan dimaklumkan
kemudian.
Tindakan: Pentadbir
4.8.4 Pengerusi juga menyebut tentang keperluan guru bagi sekolah ini
adalah seramai 62 orang tetapi yang ada sekarang hanyalah 60 orang.
Tetapi jika mengikut kepada waran, sekolah masih kekurangan 3 orang
guru lagi.
4.8.5 Perkara ini telah dikemaskini di dalam e-operasi.
4.8.6 Bagi aliran perdana, guru yang diperlukan adalah mencukupi tetapi jika
dilihat kepada opsyen guru, sekolah masih kekurangan beberapa orang
guru di dalam opsyen-opsyen yang tertentu.
4.8.7 Pihak sekolah juga telah memohon kepada PPD dan keputusan adalah
bergantung kepada mereka untuk melengkapkan keperluan guru
berdasarkan opsyen.
Makluman

4.9 Pusat Sumber Sekolah
4.9.1 GPM memaklumkan bahawa PKG telah menghantar surat meminta
agar PSS SMK Slim menyertai pertandingan Pusat Sumber Cemerlang
bagi menggantikan SMK Dato’ Zulkifli Muhammad yang menarik diri
pada saat-saat akhir (dua minggu sebelum tarikh pertandingan).
Keputusan bergantung kepada pengetua sama ada bersetuju atau
tidak untuk menyertai pertandingan tersebut.
Tindakan: Pengetua

4

4.9.2 Untuk bulan Ko-Akademik, akan diadakan beberapa pertandingan dan
ia akan dimaklumkan kemudian.

4.10 Literasi Komputer/ICT
4.10.1 Puan Nursyakirah bertanya apakah status Literasi ICT memandangkan

mata pelajaran ini telah dimansuhkan dan digantikan dengan Asas
Sains Komputer. Mata pelajaran Literasi Komputer merupakan
pendedahan awal kepada pelajar dan ia melibatkan semua pelajar.
Walaubagaimanapun apabila ia digantikan dengan mata pelajaran
ASK, maka bukan semua pelajar yang terlibat dan mengambil mata
pelajaran ini.
4.10.2 En. Ravi memaklumkan terdapat ibu bapa yang bertanya kepadanya,
mengapa yuran literasi komputer masih dikutip sedangkan mata
pelajaran tersebut telah dimansuhkan. Beliau memaklumkan wang
tersebut digunakan untuk membeli bahan-bahan.
4.10.3 Pengerusi memaklumkan hal ini akan dibincangkan semula bersama
Ketua Kerani sekolah iaitu Puan Sarimah bt Shaari.

Tindakan: Pentadbir / Ketua Kerani Sekolah

4.11 VLE Frog
4.11.1 Penyelaras VLE Frog memaklumkan bagi bulan Februari hingga April,
KPI telah tercapai. Namun pada bulan Mei, KPI tidak tercapai atas
pelbagai faktor iaitu berlangsungnya Peperiksaan Pertengahan tahun
2018, Pelaksanaan Kerja Kursus bagi pelajar Tingkatan 3 yang
menggunakan makmal komputer, dan juga cuti sekolah pertengahan
tahun pada bulan Mei 2018.
4.11.2 En. Shukri turut memberi maklumbalas berkaitan isu yang dibangkitkan
oleh En. Ravi berkaitan soalan dari pihak ibu bapa tentang Literasi
Komputer. En. Shukri menjelaskan bahawa bahawa beliau pernah
berbincang bersama pengetua agar membenarkan pelajar ke makmal
komputer dan menggunakan kemudahan ICT di makmal tersebut.
Terima kasih kepada guru-guru yang telah membawa pelajar ke
makmal komputer dan telah log in VLE Frog.
Makluman

4.12 Intervensi 3M
4.12.1 Setiausaha Intervensi 3M memaklumkan beliau menghadapi sedikit
kesukaran untuk menjalankan kelas intervensi atas sebab perubahan
jadual yang terkini beliau sudah tidak mengajar mata pelajaran NILAM.
Jadi beliau perlu mencari masa lain untuk memanggil pelajar
berkenaan dan melaksanakan program intervensi.
Makluman

4.13 Kelas Pendidikan khas
4.13.1 PK Pendidikan Khas memaklumkan, Program Hari Interaksi bagi Kelas

Pendidikan Khas akan dilaksanakan pada hari lain kerana ingin
memberi tumpuan kepada pertandingan nasyid.
4.13.2 KSSM Pendidikan Khas bagi tingkatan 1 dan 2 telah ada. Beliau telah
berjumpa dengan pegawai JPN namun tidak ada tindakan seterusnya
untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia.

5

4.13.3 Sepatutnya bagi pelajar Tingkatan dua, telah dilaksanakan KSSM
Kemahiran namun belum ada sebarang maklumat setakat ini dan
kemahiran diteruskan diajar seperti biasa tetapi sijil kemahiran tidak
disediakan.
Makluman

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Tn. Hj Zambri memaklumkan tentang kejadian histeria yang berlaku pada hari ini
melibatkan 4 orang pelajar dan beliau tidak menggalakkan pelajar-pelajar ini
terlibat dengan perkhemahan perdana.

5.2 Beliau turut memaklumkan, sekiranya kejadian seperti ini berlaku lagi, mohon
guru-guru terus mengasingkan pelajar yang terlibat agar tidak berjangkit kepada
pelajar lain. Boleh bawa pelajar ini ke surau sekolah. Sekiranya tidak sempat untuk
diasingkan, sila keluarkan pelajar yang lain dari tempat berlakunya kejadian
tersebut.
Tindakan dan Makluman: Semua Guru

5.3 PK Kokurikulum memaklumkan berkaitan perkhemahan perdana yang akan
berlangsung pada 6, 7 dan 8 Julai bertempat di Kem PLKN, Sungkai Perak. Untuk
kem ini guru layak mendapat 2 hari LADAP.

5.4 Pn. Wan Zaiton memaklumkan, Kem Bestari Solat akan diadakan bagi pelajar-
pelajar tingkatan satu dan dua pada hari Selasa, 10 Julai 2018. Guru
berkelapangan dijemput hadir ke surau sekolah.
Makluman

6.0 UCAPAN PENANGGUHAN

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.42 petang dengan bacaan surah al-Asr.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Pengesahan Minit:

…………………… …………………….. Dicadang oleh:
Siti Mariam bt Abd Rashid En. Nor Azmi bin Murad Disokong oleh:
Setiausaha Kurikulum Pengetua

6

SMK SLIM, 35800 SLIM RIVER, PERAK.

STATUS PELAKSANAAN DAN MAKLUM BALAS KEPUTUSAN
MESYUARAT KURIKULUM SEKOLAH BIL. 3 / 2018

TARIKH : 4 JULAI 2018

HARI : RABU

MASA : 2.30 PETANG

TEMPAT : BILIK GERAKAN SMK SLIM

Bil Rujukan Perkara Tindakan Status Pelaksanaan

Minit /

ms

1.0 4.6.2 Setiausaha LADAP SU LADAP Sehingga 22 Julai 2018,

m/s 4 memaklumkan beliau akan terdapat beberapa hari LADAP

membuat semakan kredit di atas guru yang belum dibuat

keperluan LADAP guru-guru. pengesahan oleh pegawai PPD

2.0 4.8.3 En. Megat memaklumkan tentang Pentadbir Pihak sekolah telah membuat

m/s 5 masalah pelajar kelas 2RK pada permohonan kerusi dan meja

waktu PdPc Bahasa Inggeris iaitu tambahan sebanyak 200 buah

masalah ketidakcukupan kerusi. pada 26 Julai 2018 untuk

Hal ini akan dibincangkan di menampung kekurangan dan

dalam mesyuarat pengurusan dan juga kerusi meja yang telah

keputusannya akan dimaklumkan rosak.

kemudian.

3.0 4.9.1 GPM memaklumkan bahawa PKG Pengetua SMK Slim telah menerima

m/s 6 telah menghantar surat meminta tanggungjawab bagi

agar PSS SMK Slim menyertai menggantikan SMKDZM.

pertandingan Pusat Sumber Pegawai-pegawai penilai

Cemerlang. Keputusan pertandingan telah hadir pada

bergantung kepada pengetua 24 Julai 2018.

sama ada bersetuju atau tidak

untuk menyertai pertandingan

tersebut.

Disediakan oleh:

………………………………
Siti Mariam binti Abd Rashid
Setiausaha JKKS SMK Slim

7


Click to View FlipBook Version