U jian A khir Sesi A kademik TYC255013
备考全能通 国文 Praktis Topikal
Siri ini sangat sesuai sebagai latihan yang efektif untuk
meningkatkan penguasaan murid dalam menjawab soalan Ujian
Akhir Sesi Akademik (UASA) kerana ditulis mengikut buku teks dan 备考全能通
format UASA.
U jian khir Sesi kademik
Siri ini merangkumi A A
年级
科目 Tahun 4 5 6
Tahun
国文
Subjek Tahun
国文 Bahasa Melayu Praktis Topikal
英文 Bahasa Inggeris
华文 Bahasa Cina 5
Bahasa Melayu
数学 Matematik
年级
UASA
科学 Sains 年级
历史 Sejarah
UASA
Ditulis mengikut format (Ujian Akhir Sesi Akademik)
© Tunas Pelangi Sdn. Bhd.
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, Bahasa Melayu Berdasarkan tema yang terdapat
disimpan untuk pengeluaran, atau ditukarkan dalam apa-apa bentuk atau dengan
alat apa jua pun, sama ada dengan cara elektronik, sawat, gambar, rakaman atau dalam buku teks
sebagainya, tanpa kebenaran daripada Tunas Pelangi Sdn. Bhd. terlebih dahulu.
Merangkumi bahagian tatabahasa,
pemahaman dan penulisan
www.PelangiBooks.com Jawapan lengkap disediakan
Tahun
• Kedai Buku Online • Perpustakaan Online • 5
Tunas Pelangi
WM:RM6.60 / EM:RM6.90
NETT PRICE
TYC255013
ISBN 978-967-489-807-6
The Commercial Press Sdn. Bhd. Norelyssa Ramli
Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Sila layari https://plus.pelangibooks.com/errata/ untuk mendapatkan pengemaskinian bagi buku ini (sekiranya ada).
Praktis Topikal UASA BM Thn5.indd 1 14/04/2023 11:08 AM
Kandungan
Tema 1 Keluarga Tercinta ............................................................................1
备考全能通UASA国文5,版权所有。侵权必究
Tema 2 Perpaduan Tunjang Keharmonian ......................................... 9
Tema 3 Pastikan Selamat di Mana-mana ..........................................17
Tema 4 Integriti dalam Kehidupan ......................................................27
Tema 5 Lestarikan Alam ............................................................................35
Tema 6 Pertanian dan Penternakan ....................................................45
Tema 7 Bersama Menjanakan Pendapatan .....................................53
Tema 8 Bijak Sains, Mesra Teknologi dan Inovasi ........................63
Kertas Model UASA ...................................................................................................71
Jawapan ........................................................................... J1 ~ J8
Bahasa Melayu Tahun 5 Tema 1 Keluarga Tercinta
Tema 1
Keluarga Tercinta
Unit 1 – Unit 3
Bahagian A
备考全能通UASA国文5,版权所有。侵权必究
Tatabahasa
Soalan 1 hingga Soalan 3
Pilih jawapan yang paling sesuai.
1. Bapa Zakwan doktor pakar jantung. Dia telah berkhidmat di selama
sepuluh tahun.
A Institut Jantung Negara
B Universiti Teknologi MARA
C Bank Simpanan Nasional
D Menara Berkembar Petronas
Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.
2. Kakak menghamparkan se permaidani baharu yang diimport dari Turki.
A biji B papan
C gelung D bidang
3.
Encik Adnan yakin suatu hari nanti pasti anak-anaknya yang berselisih faham
itu akan berbaik semula.
Pilih peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas.
A Hidup segan mati tak mahu
B Air dicencang tidak akan putus alirnya
C Bagaimana acuan begitulah kuihnya
D Genggam bara api biar sampai jadi arang
1 © Tunas Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tahun 5 Tema 1 Keluarga Tercinta
Pemahaman Petikan: Teks Tunggal
Soalan 4 hingga Soalan 7
Baca petikan di bawah dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Buat Ayah Bonda
Di teratak kecil itu kami dibesarkan Manisnya wajah ayah bonda
备考全能通UASA国文5,版权所有。侵权必究
Kami diberikan pendidikan Saat kami menghadiahkan
Kami diberikan kasih sayang Buah tangan kejayaan
Agar kami menjadi insan berguna Bukti kesusahan bukan halangan
Ayah bonda kami menyaksikan Terima kasih ayah bonda
Segala penat lelah dan pengorbanan Doa dan restu kami perlukan
Demi tanggungjawab Janji kami menjaga nama baik
Walaupun diri dalam kesusahan Menjadi kebanggaan semua
Bahagianya kami
Ayah bonda sentiasa di sisi
Kata-kata serta nasihat
Kami sedia patuh dan taat
4. Berdasarkan sajak di atas, “kami” merujuk
A ayah dan bonda penulis B penulis dan adik-beradik
C datuk dan nenek penulis D penulis dan rakan-rakan
5. Berikut ialah pernyataan yang benar tentang petikan, kecuali
A keluarga penulis hidup dalam kemewahan
B penulis berjanji akan menjaga nama baik keluarga
C kesusahan tidak menjadi halangan untuk penulis berjaya
D “kami” merupakan anak-anak yang patuh dan taat kepada ibu bapa
6. Apakah janji penulis yang terdapat dalam rangkap akhir sajak?
A Menjaga nama baik ibu bapa
B Memberikan kata-kata nasihat
C Memberikan pendidikan yang sempurna
D Menyaksikan segala penat lelah ibu bapa
7. Perkataan teratak yang terdapat dalam petikan boleh digantikan dengan perkataan
A bunga B buaian
C rumah D bangku
© Tunas Pelangi Sdn. Bhd. 2
Bahasa Melayu Tahun 5 Tema 1 Keluarga Tercinta
Pemahaman Petikan: Teks Pelbagai
Soalan 8 hingga Soalan 10
Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan telitinya, kemudian jawab soalan-
soalan yang berikutnya.
Bahan 1
PERTANDINGAN RUMAH IDAMAN
BERTEMAKAN “RUMAHKU SYURGAKU”
备考全能通UASA国文5,版权所有。侵权必究
Anjuran: Persatuan Penduduk Taman Mewah Jaya
Objektif: Memupuk semangat kerjasama dalam keluarga untuk memastikan rumah
yang didiami sentiasa dalam keadaan bersih dan ceria
Syarat-syarat: Hadiah menarik:
Terbuka kepada penduduk Taman Mewah Johan
Jaya Wang tunai bernilai RM1000 berserta
Menekankan aspek kebersihan, kekemasan hamper
dan keceriaan di luar dan di dalam rumah Naib Johan
Setiap peserta mesti melabelkan ruang dalam Wang tunai berjumlah RM500 berserta
rumah seperti ruang makan, ruang tamu, hamper
ruang tidur dan sebagainya Ketiga
Wang tunai berjumlah RM300 berserta
hamper
Tarikh penilaian: 22 hingga 29 Mei 202_
Rumah idaman cantik berseri; Imbas kod QR untuk mendapatkan
Keluarga tercinta menjadi penyeri. borang penyertaan.
Bahan 2
Imran : Ayah, tahun ini saya cadangkan supaya kita sertai Pertandingan Rumah
Idaman.
Ayah : Sebenarnya ayah dan ibu sudah pun berbincang tentang hal ini. Kami sepakat
untuk menyertai pertandingan ini. Hujung minggu ini kita mulakan operasi
untuk menjalankan misi ini.
Dania : Betulkah, ayah? Seronoknya! Saya dan abang berjanji akan menjayakan
misi untuk menjadikan rumah kita sebuah rumah idaman. Kita perlu tekankan
aspek kebersihan, kekemasan dan keceriaan rumah kita.
Ibu : Baguslah begitu. Ibu suka dengan semangat kamu. Jangan lupa labelkan
ruang rumah untuk memudahkan proses penjurian nanti.
Imran dan Dania mengangguk-angguk tanda faham dan bersemangat untuk
menyertai pertandingan tersebut.
3 © Tunas Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tahun 5 Tema 1 Keluarga Tercinta
Ayah, tahun ini saya cadangkan supaya kita sertai Pertandingan Rumah Idaman.
8. Apakah jenis kata ganti nama yang bergaris dalam ayat di atas?
A Kata ganti nama tunjuk
B Kata ganti nama diri kedua
C Kata ganti nama diri ketiga
备考全能通UASA国文5,版权所有。侵权必究
D Kata ganti nama diri pertama
9. Apakah tujuan Pertandingan Rumah Idaman diadakan?
A Menjalinkan semula hubungan persaudaraan yang sudah lama terpisah
B Merapatkan hubungan kekeluargaan antara penduduk Taman Mewah Jaya
C Memupuk semangat kerjasama dalam komuniti untuk mewujudkan persekitaran
yang bersih
D Memupuk semangat kerjasama dalam keluarga untuk memastikan rumah yang
didiami sentiasa dalam keadaan bersih dan ceria
10. Pilih pernyataan yang benar berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2.
A Dania merupakan kakak kepada Imran
B Keluarga Imran tinggal di Taman Mewah Jaya
C Pemenang tempat pertama akan mendapat hadiah wang tunai bernilai RM500
D Pertandingan menekankan aspek kebersihan, kekemasan dan keceriaan di dalam
rumah sahaja
© Tunas Pelangi Sdn. Bhd. 4
Bahasa Melayu Tahun 5 Tema 1 Keluarga Tercinta
Bahagian B
Pemahaman Petikan dan Tatabahasa
Soalan 1
Baca petikan di bawah dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
备考全能通UASA国文5,版权所有。侵权必究
Pada masa ini, peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak sangat mencabar
berbanding dengan zaman dahulu. Anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapalah
insan yang bertanggungjawab untuk mencorakkannya. Hubungan yang erat
antara ibu bapa dengan anak-anak mewujudkan keluarga yang harmoni.
Anak-anak perlu diberikan didikan yang sewajarnya, terutamanya
penerapan nilai murni dan agama. Hal ini adalah untuk memastikan mereka
dapat menilai perkara yang baik ataupun buruk. Di samping itu, ibu bapa perlu
memastikan anak mereka mendapat pendidikan formal di sekolah. Mereka perlu
memastikan anak-anak tidak akan ketinggalan dalam bidang akademik selari
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Dalam kesibukan bekerja, ibu bapa perlu bijak menguruskan masa. Ibu
bapa mesti meluangkan masa bersama dengan anak-anak agar mereka tidak
berasa terabai. Anak-anak juga akan berasa lebih dihargai oleh ibu bapa dan
dapat menghindari mereka daripada terlibat dalam masalah sosial.
Perkembangan dunia komunikasi dan teknologi kini banyak membantu
dalam memudahkan kerja dan berhubung. Anak-anak pasti tidak terlepas
daripada menggunakan Internet dan telefon pintar. Ibu bapa harus memantau
anak-anak semasa melayari Internet agar mereka dapat memanfaatkan Internet
dengan sebaik-baiknya.
Ibu bapa sewajarnya mengehadkan masa anak-anak semasa
menggunakan telefon pintar. Ibu bapa mesti mengambil tahu latar belakang
rakan anak mereka dan memastikan mereka tidak terjebak dalam sindiket
penipuan alam maya. Jangan sampai “sudah terhantuk baru tengadah”.
5 © Tunas Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tahun 5 Tema 1 Keluarga Tercinta
1. Tajuk yang sesuai dengan petikan yang diberikan ialah
2. Mengapakah anak-anak perlu diberikan didikan agama dan nilai murni yang
sewajarnya?
备考全能通UASA国文5,版权所有。侵权必究
3. Gariskan kata nama khas yang terdapat dalam ayat di bawah.
Mereka perlu memastikan anak-anak tidak akan ketinggalan dalam bidang
akademik selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
4. Pilih dan tandakan (3) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Ibu bapa harus memantau anak-anak semasa melayari Internet agar mereka dapat
memanfaatkan Internet dengan sebaik-baiknya.
Anak-anak harus dipantau oleh ibu bapa semasa melayari Internet
agar mereka dapat memanfaatkan Internet dengan sebaik-baiknya.
Mereka dapat memanfaatkannya dengan sebaiknya semasa melayari
Internet dengan pemantauan anak-anak.
© Tunas Pelangi Sdn. Bhd. 6
Bahasa Melayu Tahun 5 Tema 1 Keluarga Tercinta
Bahagian B: Respons Kritis dan Kreatif
Soalan 2
Baca dan fahami situasi di bawah.
Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan.
Kamu berada di kampung. Ketika kamu berehat di anjung, kamu terlihat nenek sedang
menyiram pokok bunga di halaman rumah menggunakan bekas penyiram. Nenek
menggunakan sumber air dari paip yang terletak jauh dari rumah nenek.
Sebagai cucu yang prihatin, apakah tindakan yang harus kamu lakukan untuk membantu
nenek? 备考全能通UASA国文5,版权所有。侵权必究
7 © Tunas Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tahun 5 Tema 1 Keluarga Tercinta
Bahagian C
Penulisan Perenggan
Graf k di bawah menunjukkan aktiviti berbasikal bersama-sama keluarga.
Tulis pendapat kamu tentang aktiviti yang dilakukan.
Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
备考全能通UASA国文5,版权所有。侵权必究
© Tunas Pelangi Sdn. Bhd. 8
Bahasa Melayu Tahun 5 Tema 2 Perpaduan Tunjang Keharmonian
Tema 2
Perpaduan Tunjang
Keharmonian
Unit 4 – Unit 6
Bahagian A
备考全能通UASA国文5,版权所有。侵权必究
Tatabahasa
Soalan 1 hingga Soalan 3
Pilih jawapan yang paling sesuai.
1. Ai Ling terjatuh semasa melalui jalan yang licin itu.
A dekat B rapat
C hampir D sebelah
Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.
2. Gadis itu bakul yang berisi ulam-ulaman segar yang baru dipetik di
belakang rumahnya.
A menjinjing B mendukung
C menjunjung D menggendong
3. Pilih ayat yang betul.
I Surat ini ialah untuk jiran saya.
II Puan Kamaliah ialah kakitangan kerajaan.
III Mereka ialah murid kelas Tahun Lima Cempaka.
IV Tema majlis makan malam itu adalah warna merah.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
9 © Tunas Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tahun 5 Tema 2 Perpaduan Tunjang Keharmonian
Pemahaman Petikan: Teks Tunggal
Soalan 4 hingga Soalan 6
Baca petikan di bawah dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Setiap petang selepas selesai menyiapkan kerja sekolah, Nabila, Irene dan
Mageswary akan beriadah bersama-sama. Pada kebiasaannya, mereka bermain
badminton, berjoging, berbasikal atau sekadar bersiar-siar di sekitar taman
备考全能通UASA国文5,版权所有。侵权必究
rekreasi.
Hubungan mereka bagai isi dengan kuku. Mereka mula bersahabat sejak
kecil lagi. Tambahan pula, rumah mereka berdekatan antara satu sama lain.
Walaupun berlainan kaum, namun mereka tidak menjadikan perbezaan warna
kulit sebagai penghalang untuk mereka berkawan. Malah mereka seronok dapat
mengenali budaya dan kepercayaan masing-masing.
Ketika di sekolah mereka sering dijadikan contoh. Jika salah seorang
daripada mereka tidak ada bersama, pasti akan ada yang bertanya. Mereka
seperti adik-beradik tetapi berlainan ibu dan bapa. Mereka sering mengulang kaji
pelajaran bersama-sama dan mereka menjadi rakan yang sentiasa bersedia untuk
berkongsi masalah. Nabila, Irene dan Mageswary berharap agar persahabatan
mereka kekal sampai bila-bila.
4. Bilakah Nabila, Irene dan Magewary akan beriadah bersama-sama?
A Setiap petang
B Semasa hari cuti
C Setiap hari Rabu
D Setiap hujung minggu
5. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.
A Mereka selalu belajar bersama-sama
B Rumah mereka jauh antara satu sama lain
C Sekolah mereka berhampiran dengan rumah
D Mereka bersahabat sejak berpindah ke sekolah baharu
6. Maksud peribahasa bagai isi dengan kuku yang terdapat dalam petikan ialah
A hubungan persahabatan antara Nabila, Irene dan Mageswary yang sangat akrab
B Nabila, Irene dan Mageswary saling bekerjasama dalam semua perkara
C Nabila, Irene dan Mageswary tidak pandai menyesuaikan diri ketika berada di
tempat baharu
D salah faham yang berlaku antara Nabila, Irene dan Mageswary merenggangkan
hubungan mereka
© Tunas Pelangi Sdn. Bhd. 10
Bahasa Melayu Tahun 5 Tema 2 Perpaduan Tunjang Keharmonian
Pemahaman Petikan: Teks Pelbagai
Soalan 7 hingga Soalan 10
Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan telitinya, kemudian jawab soalan-
soalan yang berikutnya.
Bahan 1
PROGRAM KOTAK KASIH
备考全能通UASA国文5,版权所有。侵权必究
Anda datang, kami hulur!
Sumbangan untuk individu yang memerlukan seperti
golongan miskin, warga emas, ibu tunggal, orang
kelainan upaya, anak yatim dan individu yang hilang
punca pendapatan.
Tempat : Dewan Seri Siantan
Tarikh : 14 Januari 202_ (Hari Sabtu)
Anjuran : Pertubuhan Badan Kebajikan Insan Prihatin
Kami juga mengalu-alukan orang ramai yang ingin memberikan bantuan barangan
keperluan harian, makanan dan wang tunai supaya program ini dapat terus berjalan.
Segala pertanyaan dan maklumat lanjut:
Sila hubungi atau hantar WhatsApp kepada Encik Faizal Omar di talian 012-3456xxxx.
Bahan 2
Siu Peng, semalam saya ada membaca hebahan tentang
Program Kotak Kasih. Saya ada ambil gambar tentang program
tersebut. Nanti saya hantar mesej bergambar kepada awak.
Oh, program serahan bantuan makanan itu! Terima kasih, Amirul.
Bilakah program tersebut akan diadakan?
Betul, Siu Peng. Program tersebut akan diadakan pada minggu
depan. Kita perlu beritahu juga kepada penduduk yang lain
supaya mereka yang memerlukan dapat menerima bantuan ini.
Ya, Amirul. Saya kagum akan sikap penganjur program yang
sangat prihatin dengan kebajikan masyarakat di tempat kita.
11 © Tunas Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tahun 5 Tema 2 Perpaduan Tunjang Keharmonian
7. Berdasarkan Bahan 1, perkataan mengalu-alukan yang terdapat dalam petikan boleh
digantikan dengan perkataan .
A menyambut baik
B menjalankan misi
C menawarkan kerja
D menyahut cabaran
备考全能通UASA国文5,版权所有。侵权必究
8. Pada pendapat kamu, bilakah Siu Peng dan Amirul berjumpa?
A 1 Januari 202_
B 7 Januari 202_
C 14 Januari 202_
D 21 Januari 202_
9. Program Kotak Kasih memberikan bantuan kepada
A golongan remaja dan belia sahaja
B golongan gelandangan dan pengemis jalanan
C golongan yang terjejas akibat banjir dan bencana alam
D golongan miskin, warga emas, ibu tunggal, orang kelainan upaya, anak yatim
dan individu yang hilang punca pendapatan
10. Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, pilih pernyataan yang tidak benar.
A Penyerahan sumbangan diadakan di Dewan Seri Siantan
B Amirul menerima hebahan program Kotak Kasih melalui Internet
C Pihak penganjur sangat prihatin dengan kebajikan penduduk
D Pertubuhan Badan Kebajikan Insan Prihatin merupakan penganjur program
© Tunas Pelangi Sdn. Bhd. 12
Bahasa Melayu Tahun 5 Tema 2 Perpaduan Tunjang Keharmonian
Bahagian B
Pemahaman Petikan dan Tatabahasa
Soalan 1
Baca petikan di bawah dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
备考全能通UASA国文5,版权所有。侵权必究
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun. Hari Malaysia
disambut untuk memperingati hari penubuhan Malaysia pada 16 September
1963. Penubuhan ini hasil gabungan Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara
(Sabah), Sarawak dan Singapura.
Berdasarkan catatan sejarah, pembentukan Malaysia bermula apabila Tunku
Abdul Rahman ingin membebaskan Sabah, Sarawak dan Singapura daripada
komunis. Beliau juga berhasrat untuk menyatukan Tanah Melayu dengan tiga
buah wilayah tersebut untuk menjadikan sebuah negara merdeka. Kemudian,
penggabungan empat buah wilayah ini dibuat dan menjadi sebuah negara
baharu yang bernama Malaysia. Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan
penubuhan Malaysia di Stadium Merdeka yang disaksikan oleh 30 ribu orang.
Pada mulanya Hari Malaysia merupakan hari cuti am di negeri Sabah
sahaja sempena Hari Keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Mulai tahun 2010, Hari
Malaysia dijadikan cuti umum di Malaysia. Lazimnya, pelbagai aktiviti menarik
diadakan untuk menyuntik semangat patriotisme di samping menghayati dan
memahami sejarah penubuhan Malaysia. Sambutan Hari Malaysia juga menjadi
lambang perpaduan yang erat bagi rakyat Malaysia.
13 © Tunas Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tahun 5 Tema 2 Perpaduan Tunjang Keharmonian
1. Hari Malaysia disambut setiap tahun pada
.
2. Penubuhan Malaysia merupakan hasil gabungan empat buah wilayah. Nyatakan
empat buah wilayah tersebut.
备考全能通UASA国文5,版权所有。侵权必究
3. Gariskan kata adjektif yang terdapat dalam ayat yang diberikan.
Kemudian, penggabungan empat buah wilayah ini dibuat dan menjadi sebuah
negara baharu bernama Malaysia.
4. Pilih dan tandakan (3) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Mulai tahun 2010, Hari Malaysia dijadikan cuti umum di Malaysia.
Di Malaysia Hari Malaysia menjadi hari cuti umum pada tahun 2010.
Hari Malaysia menjadi hari cuti umum di Malaysia bermula pada tahun
2010.
© Tunas Pelangi Sdn. Bhd. 14
Bahasa Melayu Tahun 5 Tema 2 Perpaduan Tunjang Keharmonian
Bahagian B: Respons Kritis dan Kreatif
Soalan 2
Baca dan fahami situasi di bawah.
Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan.
Jiran kamu tiada di rumah. Ketika kamu membuka tingkap, tiba-tiba kamu ternampak
备考全能通UASA国文5,版权所有。侵权必究
seorang lelaki yang mencurigakan berada di rumah jiran kamu.
Sebagai jiran yang prihatin, apakah tindakan yang akan kamu lakukan?
15 © Tunas Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tahun 5 Tema 2 Perpaduan Tunjang Keharmonian
Bahagian C
Penulisan Perenggan
Graf k di bawah menunjukkan suasana hidup berjiran dalam kalangan masyarakat
berbilang kaum.
Tulis pendapat kamu tentang cara-cara merapatkan hubungan dengan jiran.
Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
备考全能通UASA国文5,版权所有。侵权必究
© Tunas Pelangi Sdn. Bhd. 16
Praktis Topikal UASA Bahasa Melayu Tahun 5 Jawapan
Jawapan
Bahagian C
Tema 1 ...............................m.s. 1
Pada pendapat saya, antara kebaikan
Bahagian A berbasikal bersama-sama keluarga ialah
备考全能通UASA国文5,版权所有。侵权必究
1. A 2. D kita dapat mengeratkan hubungan sesama
ahli keluarga. Selain itu, aktiviti ini dapat
3. B 4. B
menyihatkan badan kita. Seterusnya, dengan
5. A 6. A melakukan aktiviti berbasikal kita dapat
menikmati keindahan alam sekitar yang
7. C 8. D
mendamaikan. Akhir sekali, aktiviti berbasikal
9. D 10. B dapat memberikan keyakinan dengan
kemampuan mengimbangi tubuh badan.
Bahagian B
Soalan 1
1. … Peranan Ibu Bapa dalam Mendidik Tema 2 ..............................m.s. 9
Anak-anak
Bahagian A
2. Anak-anak perlu diberikan didikan agama
1. C 2. C
dan nilai murni yang sewajarnya supaya
mereka dapat menilai perkara yang baik 3. B 4. A
dan perkara yang buruk. 5. A 6. A
3. Falsafah Pendidikan Kebangsaan 7. A 8. B
4. Anak-anak harus dipantau oleh ibu bapa 9. D 10. B
semasa melayari Internet agar mereka
dapat memanfaatkan Internet dengan Bahagian B
sebaik-baiknya. Soalan 1
1. … 16 September
Soalan 2 2. Empat buah wilayah tersebut ialah
Sebagai cucu yang prihatin, saya akan Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara
menawarkan bantuan kepada nenek untuk (Sabah), Sarawak dan Singapura.
membantunya mengangkat air. Saya juga 3. baharu
akan meringankan kerja nenek dengan
4. Hari Malaysia menjadi hari cuti umum di
membantu nenek menyiram pokok bunga di Malaysia bermula pada tahun 2010.
halaman rumah.
J-1 © Tunas Pelangi Sdn. Bhd.
Praktis Topikal UASA Bahasa Melayu Tahun 5 Jawapan
Soalan 2 Bahagian B
Sebagai jiran yang prihatin, saya akan Soalan 1
memerhatikan pemuda itu dari jauh terlebih 1. … mahu menyiapkan tugasan yang
diberikan oleh Cikgu Ainon.
dahulu. Kemudian, saya akan menghubungi
2. Ibu berpesan kepada Liza supaya
jiran untuk mendapatkan kepastian. Saya juga
mengunci pintu, gril dan pagar rumah.
akan meminta bantuan daripada orang yang
Ibu juga meminta Liza menjaga diri baik-
lebih dewasa untuk bertindak sekiranya perlu. baik semasa berada di rumah dan tidak
备考全能通UASA国文5,版权所有。侵权必究
membenarkan orang yang tidak dikenali
Bahagian C masuk ke dalam rumah.
Jiran merupakan orang yang tinggal 3. masih
berhampiran dengan kita. Cara-cara untuk 4. Kata berimbuhan awalan: menuju,
merapatkan hubungan dengan jiran adalah mengambil
dengan menghulurkan bantuan kepada jiran Kata berimbuhan akhiran: minuman
ketika mereka memerlukan. Selain itu, kita Soalan 2
juga mestilah menziarahi jiran ketika mereka Sebagai rakan yang prihatin, saya akan
sakit. Seterusnya, sesekali kita perlu berkongsi menegurnya supaya memakai kasut yang
rezeki dengan jiran supaya dapat membina sesuai semasa berada di padang. Saya
hubungan yang baik. Akhir sekali, kita perlu juga akan melarangnya untuk bermain
berhampiran dengan tiang gol yang reput
bertegur sapa dengan jiran kita.
kerana akan mendatangkan bahaya.
Bahagian C
Pada pendapat saya, punca-punca yang
Tema 3 .............................m.s. 17
boleh menyebabkan kebakaran di rumah
Bahagian A antaranya ialah kejadian litar pintas
disebabkan penggunaan kuasa melebihi
1. D 2. A
had atau berlaku kerosakan. Selain itu,
3. D 4. D kebakaran juga boleh berlaku jika ibu bapa
membiarkan kanak-kanak bermain mancis
5. D 6. D
dan perbuatan membuang puntung rokok
7. C 8. D yang masih menyala. Akhir sekali, kebakaran
juga berpunca daripada kecuaian di dapur.
9. C 10. A
© Tunas Pelangi Sdn. Bhd. J-2
Praktis Topikal UASA Bahasa Melayu Tahun 5 Jawapan
Bahagian D
Tema 7 ............................m.s. 53
Karangan Berformat
Bahagian A Salam sejahtera diucapkan kepada Tuan
1. D 2. C Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar, guru
3. D 4. D dan rakan sekalian. Hari ini saya ingin
5. D 6. A menyampaikan syarahan yang bertajuk
7. C 8. A “Langkah-langkah Berjimat ketika Berbelanja”.
9. D 10. B Hadirin sekalian,
备考全能通UASA国文5,版权所有。侵权必究
Isu kenaikan harga barang tidak asing
Bahagian B lagi bagi kita. Oleh hal yang demikian, kita
Soalan 1 haruslah berjimat ketika berbelanja.
1. … jenama Donat Gebu Pelbagai langkah boleh dilakukan untuk
2. Salah satu cara yang digunakan oleh berjimat, iaitu merancang perbelanjaan
Puan Syida untuk memperkenalkan
produknya adalah dengan mengiklankan dengan berbelanja mengikut keperluan.
dalam kumpulan penduduk sekitar Rakan yang dikasihi sekalian,
dan menawarkan perkhidmatan Kita digalakkan membuat senarai
penghantaran ke rumah secara tunai sebelum membeli. Melalui cara ini, kita dapat
semasa penghantaran (COD).
3. dari membuat anggaran perbelanjaan sendiri. Kita
juga boleh membeli ketika jualan murah. Oleh
4. Saya membuat keputusan untuk
menyewa premis pada awal tahun lalu itu, kita dapat menjimatkan perbelanjaan.
untuk mengembangkan perniagaan saya. Kesimpulannya, kita haruslah berjimat
semasa berbelanja dan jadilah pengguna
Soalan 2
Pada pendapat saya, saya akan memilih yang bijak.
susu segar B kerana harganya lebih murah Sekian, terima kasih.
berbanding dengan susu segar A, iaitu RM8.00
seunit. Isi padu dan kandungannya sama. Karangan Tidak Berformat
Rekaan label pada botol pula lebih menarik Isu kenaikan harga barang tidak asing
dengan warna yang ceria.
lagi bagi kita. Oleh hal yang demikian, kita
haruslah berjimat ketika berbelanja.
Bahagian C
Menyimpan wang di bank banyak memberikan Pelbagai langkah boleh dilakukan untuk
manfaat kepada kita. Antara manfaatnya ialah berjimat. Kita perlulah sentiasa merancang
kita dapat mengurangkan risiko kehilangan perbelanjaan dengan berbelanja mengikut
atau kecurian kerana keselamatan wang keperluan.
simpanan lebih terjamin. Selain itu, penyimpan
akan mendapat dividen atau faedah. Oleh itu, Selain itu, kita hendaklah membuat
wang simpanan kita akan bertambah. Akhir senarai sebelum membeli. Melalui cara ini
sekali, wang simpanan boleh digunakan ketika kita dapat membuat anggaran perbelanjaan
waktu kecemasan dan untuk membiayai sendiri.
pengajian.
© Tunas Pelangi Sdn. Bhd. J-6
Praktis Topikal UASA Bahasa Melayu Tahun 5 Jawapan
Akhir sekali, kita boleh membeli ketika Bahagian C
jualan murah atau tawaran harga promosi. Perkembangan dunia sains dan teknologi
Oleh itu, kita dapat menjimatkan perbelanjaan. sangat penting dalam kehidupan kita.
Kesimpulannya, kita haruslah berjimat Antara manfaat sains dan teknologi ialah
semasa berbelanja dan jadilah pengguna dapat memudahkan kerja di rumah seperti
yang bijak. penggunaan pembersih hampa gas.
Selain itu, alat ciptaan teknologi dapat
memudahkan komunikasi dan perhubungan.
Seterusnya, teknologi ini dapat mengurangkan
penggunaan tenaga kerja serta menjimatkan
Tema 8 ............................m.s. 63
masa, misalnya menggunakan seterika stim
Bahagian A untuk menggosok pakaian.
1. A 2. B
3. A 4. C
5. C 6. A Kertas Model UASA ......m.s. 71
7. B 8. D
Bahagian A
9. B 10. C
1. B 2. A
3. C 4. C
Bahagian B
5. C 6. D
Soalan 1 备考全能通UASA国文5,版权所有。侵权必究
7. C
8. D
1. … tenaga suria
9. C 10. C
2. Elektrik diperoleh melalui tenaga solar
dengan panel solar yang menyerap
cahaya matahari dalam sel photovoltaic Bahagian B
seterusnya mengubah tenaga menjadi Soalan 1
elektrik. 1. … daripada nama Hutan Zika di Uganda,
Afrika
3. Kata berimbuhan apitan
2. Tindakan yang perlu diambil jika diserang
4. Tidak akan bimbang bekalan elektrik akan virus Zika ialah pesakit perlu mendapatkan
terputus pengguna yang menggunakan ubat-ubatan di pusat kesihatan, rehat dan
sistem ini. minum banyak air bagi mengurangkan
simptom.
Soalan 2
3. (a) gunakan semburan aerosol
Sebagai anak yang baik, saya akan pergi
mendapatkan ibu saya. Kemudian, saya (b) memasang kelambu ketika tidur
akan mengangkat bakul pakaian yang 4. ialah
hendak disidai ke ampaian. Saya juga 5. Virus Zika memberikan kesan kecacatan
akan menawarkan diri untuk membantu ibu pada otak dan menyerang bayi dalam
menyidai pakaian tersebut. kandungan seawal tiga bulan pertama.
J-7 © Tunas Pelangi Sdn. Bhd.
Praktis Topikal UASA Bahasa Melayu Tahun 5 Jawapan
Soalan 2 pelancongan. Dia seperti terpukau dan tanpa
Tindakan yang akan saya lakukan ialah berfikir panjang telah berkongsi maklumat
saya akan membantu nenek itu mengangkat perbankan miliknya.
barang yang dibawa olehnya. Kemudian,
Setelah disiasat terdapat beberapa
saya akan memimpinnya perlahan-lahan dan
transaksi pemindahan wang ke akaun yang
saya akan menawarkan tempat duduk saya
mencurigakan. Akhirnya, dia mulai sedar
kepada nenek.
bahawa dia telah ditipu. Orang ramai diminta
备考全能通UASA国文5,版权所有。侵权必究
supaya berhati-hati dan tidak terpedaya
Bahagian C dengan sindiket penipuan dalam talian.
Pelbagai aktiviti yang berfaedah boleh
dilakukan ketika waktu lapang yang Karangan Tidak Berformat
dinamakan hobi. Antara faedah mempunyai Kini penggunaan Internet semakin meluas.
hobi ialah kita dapat mengisi masa dengan Teknologi ini semakin mudah diakses
perkara yang tidak sia-sia seperti membaca contohnya seperti di telefon bimbit. Banyak
buku cerita. Selain itu, faedah lain kita dapat manfaat Internet kepada murid.
menjana pendapatan sampingan, misalnya Antara manfaatnya ialah murid mudah
memancing ikan yang banyak sehingga dapat berhubung dengan rakan. Secara tidak
dijual. Akhir sekali, kita dapat menyihatkan langsung mereka dapat berkomunikasi dalam
badan dengan bersukan. talian dengan cepat.
Selain itu, capaian Internet juga
Bahagian D
membantu murid belajar secara jarak jauh
Karangan Berformat
dalam bentuk panggilan video bersama-sama
GOMBAK, 15 Mac – Seorang wanita berusia 30 guru dan rakan. Hal ini membantu proses
tahun kerugian RM35,567 selepas terpedaya pembelajaran.
dengan sindiket penipuan dalam talian.
Manfaat berikutnya ialah Internet
Ketua Polis Gombak, Tan Sri Omar membolehkan murid melayari laman
Yatim berkata, berdasarkan laporan mangsa sesawang untuk mendapatkan maklumat. Hal
dikatakan terpedaya dengan ganjaran hadiah ini menunjukkan Internet sangat penting.
yang ditawarkan kepadanya yang diterima
Kesimpulannya, Internet mendatangkan
menerusi e-mel.
manfaat kepada murid. Namun,
Wanita tersebut diberikan pautan yang penggunaannya haruslah dihadkan supaya
perlu diklik oleh sebuah syarikat yang tidak disalah guna.
menyamar sebagai sebuah syarikat agensi
© Tunas Pelangi Sdn. Bhd. J-8
U jian A khir Sesi A kademik TYC255013
备考全能通 国文 Praktis Topikal
Siri ini sangat sesuai sebagai latihan yang efektif untuk
meningkatkan penguasaan murid dalam menjawab soalan Ujian
Akhir Sesi Akademik (UASA) kerana ditulis mengikut buku teks dan 备考全能通
format UASA.
U jian khir Sesi kademik
Siri ini merangkumi A A
年级
科目 Tahun 4 5 6
Tahun
国文
Subjek Tahun
国文 Bahasa Melayu Praktis Topikal
英文 Bahasa Inggeris
华文 Bahasa Cina 5
Bahasa Melayu
数学 Matematik
年级
UASA
科学 Sains 年级
历史 Sejarah
UASA
Ditulis mengikut format (Ujian Akhir Sesi Akademik)
© Tunas Pelangi Sdn. Bhd.
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, Bahasa Melayu Berdasarkan tema yang terdapat
disimpan untuk pengeluaran, atau ditukarkan dalam apa-apa bentuk atau dengan
alat apa jua pun, sama ada dengan cara elektronik, sawat, gambar, rakaman atau dalam buku teks
sebagainya, tanpa kebenaran daripada Tunas Pelangi Sdn. Bhd. terlebih dahulu.
Merangkumi bahagian tatabahasa,
pemahaman dan penulisan
www.PelangiBooks.com Jawapan lengkap disediakan
Tahun
• Kedai Buku Online • Perpustakaan Online • 5
Tunas Pelangi
WM:RM6.60 / EM:RM6.90
NETT PRICE
TYC255013
ISBN 978-967-489-807-6
The Commercial Press Sdn. Bhd. Norelyssa Ramli
Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Sila layari https://plus.pelangibooks.com/errata/ untuk mendapatkan pengemaskinian bagi buku ini (sekiranya ada).
Praktis Topikal UASA BM Thn5.indd 1 14/04/2023 11:08 AM