国文书写100篇4, 版权所有·侵权必究
国文书写100篇4, 版权所有·侵权必究
国文书写100篇4, 版权所有·侵权必究
国文书写100篇4, 版权所有·侵权必究
Pendahuluan
Pendahuluan
Pendahuluan
Buku ini mengandungi 100 contoh penulisan yang terdiri daripada tiga
bahagian yang bersesuaian dengan tahap murid tahun empat. Buku
ini ditulis bagi membantu murid-murid membuat persediaan awal untuk
国文书写100篇4, 版权所有·侵权必究
menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi memantapkan
kemahiran penulisan.
Buku ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A: Membina
Ayat, Bahagian B: Menulis Ulasan dan Bahagian C: Menulis Karangan.
Setiap model disertakan dengan rangka isi dan kamus mini yang
diterjemahkan ke dalam bahasa Cina agar murid-murid mendapat
panduan untuk membina ayat, menulis ulasan dan menulis karangan
dengan berkesan.
Satu model karangan terbaik berserta huraian bagi setiap jenis
karangan disediakan sebagai panduan murid-murid. Selain itu, buku
ini juga menerapkan elemen Kemahiran Berf kir Aras Tinggi (KBAT)
dan penerapan Innovative Thinking (i-THINK). Kedua-dua elemen ini
menggalakkan murid-murid berf kir secara kreatif dan kritis.
Keistimewaan buku ini juga mengandungi Latihan Penulisan
Berpandu bagi setiap bahagian yang turut disertakan dengan rangka
isi sebagai latihan tambahan kepada murid-murid.
Akhir kata, penulis berharap agar buku ini dapat menjadi sahabat
baik murid-murid dalam menghadapi peperiksaan penulisan Bahasa
Melayu kelak.
Muhammad Haf zul Ibrahim
Norelyssa Ramli
Nurul Husna Zainall Abidin
vi
Membina Ayat: Gambar Tunggal
MODEL
1 Ekspo Pertanian dan Penternakan
Gambar di bawah menunjukkan suasana di Ekspo Pertanian dan Penternakan.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang suasana tersebut.
国文书写100篇4, 版权所有·侵权必究
Isi-isi Penting Kamus Mini
Isi-isi Penting
Kamus Mini
❧ memberikan tip penggunaan baja organik penggunaan 使用
给予使用有机肥料的提示 baja organik 有机肥料
❧ menerangkan fungsi jentera 讲解机器的功能 jentera 机器
❧ merakam gambar 拍照 khidmat nasihat 指导服务
❧ mendapatkan khidmat nasihat 得到指导服务 konsultan 顾问
❧ membaca risalah 阅读小册子
❧ menonton dokumentari 观看纪录片 penjagaan 照顾
❧ berlari ke arah ibunya 往他的母亲的方向跑去 dokumentari 纪录片
1. Seorang pekerja di Gerai Hasil Pertanian memberikan tip penggunaan baja organik
kepada seorang pengunjung.
2. Seorang pekerja menerangkan fungsi jentera kepada seorang pengunjung yang datang
ke gerainya.
3. Seorang lelaki merakam gambar berlatarbelakangkan jentera bajak.
4. Seorang pengunjung mendapatkan khidmat nasihat daripada seorang konsultan di Gerai
Penternakan Haiwan.
5. Seorang pengunjung sedang membaca risalah tentang penjagaan haiwan yang betul.
2 ayat contoh yang lain:
6. Sepasang suami isteri menonton dokumentari tentang cara penternakan kambing.
7. Seorang budak lelaki berlari ke arah ibunya untuk melihat pameran jentera.
1
Membina Ayat: Gambar Tunggal
MODEL
2 Hari Kantin Sekolah
Gambar di bawah menunjukkan suasana Hari Kantin Sekolah.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang suasana tersebut.
国文书写100篇4, 版权所有·侵权必究
Isi-isi Penting Kamus Mini
Isi-isi Penting
Kamus Mini
❧ melayan pembeli 招待客户 melayan 招待
❧ membungkus nasi lemak 包椰浆饭 membungkus 包
❧ menunggu nasi lemak 等待椰浆饭
menunggu 等待
❧ memasukkan nasi lemak 把椰浆饭放进……
beratur 排队
❧ membeli burger 购买汉堡包
❧ membawa besen 带着洗碗盆 besen 洗碗盆
❧ memesan minuman 订购饮料 memesan 订购
1. Siew Ling melayan pembeli yang hendak membeli kuih-muihnya.
2. Amirah membungkus nasi lemak yang dipesan oleh pembeli.
3. Puan Lim menunggu nasi lemak yang hendak dibelinya siap dibungkus oleh Amirah.
4. Suganthi memasukkan nasi lemak ke dalam kertas pembungkus dengan berhati-hati.
5. Beberapa orang beratur untuk membeli burger yang terletak di sebelah gerai kuih-muih.
2 ayat contoh yang lain:
6. Cikgu Juliana membawa besen ke belakang gerai.
7. Mohan memesan minuman di gerai minuman pelbagai perisa.
2
Membina Ayat: Gambar Tunggal
MODEL
3 Kilang Kerepek Pisang
Gambar di bawah menunjukkan suasana di kilang kerepek pisang di sebuah kampung.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang suasana tersebut.
国文书写100篇4, 版权所有·侵权必究
Isi-isi Penting Kamus Mini
Isi-isi Penting
Kamus Mini
❧ mengupas kulit pisang 剥开香蕉皮 mengupas 剥开
❧ membawa pisang 拿香蕉 menghiris 切成薄片
❧ memasukkan pisang ke dalam mesin 把香蕉放进机器
❧ menggoreng pisang 炸香蕉 menggoreng 炸
❧ menimbang berat 称重量 menimbang 称
❧ membungkus kerepek pisang 包装香蕉炸片 bungkusan 包裹
❧ menyusun bungkusan kerepek pisang ke dalam kotak
把香蕉炸片包裹排列进箱子 berhampiran 附近
1. Dua orang wanita sedang mengupas kulit pisang untuk dibuat kerepek.
2. Seorang wanita membawa pisang yang telah dikupas untuk proses seterusnya.
3. Seorang wanita memasukkan pisang ke dalam mesin untuk menghirisnya nipis-nipis.
4. Seorang wanita sedang menggoreng pisang yang telah siap dihiris di dalam kuali besar.
5. Seorang lelaki menimbang berat kerepek pisang dengan penimbang.
2 ayat contoh yang lain:
6. Seorang lelaki membungkus kerepek pisang dengan bungkusan khas yang tertera nama
syarikat.
7. Dua orang lelaki menyusun bungkusan kerepek pisang ke dalam kotak untuk dihantar
ke kedai-kedai berhampiran.
3
Membina Ayat: Gambar Tunggal
MODEL
4 Gotong-royong di Sekolah
Gambar di bawah menunjukkan suasana gotong-royong di sebuah sekolah.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang suasana tersebut.
国文书写100篇4, 版权所有·侵权必究
Isi-isi Penting Kamus Mini
Isi-isi Penting
Kamus Mini
❧ melukis mural 画壁画 mural 壁画
❧ mengecat mural 油壁画 mengecat 上油漆
❧ membancuh cat 搅混油漆
membancuh 搅混
❧ mengutip sampah 拾垃圾
kawasan 地带
❧ menyapu sampah 扫垃圾
❧ membersihkan tingkap 把窗口弄清洁 membersihkan 弄清洁、清理
❧ membersihkan longkang 清理水沟 longkang 水沟
1. Muthu melukis mural pada dinding kantin sekolah.
2. Ah Seng dan Ahmad mengecat mural dengan warna yang sesuai.
3. Juliana membancuh cat yang akan digunakan untuk mewarna mural.
4. Zulkif i mengutip sampah di kawasan sekolah.
5. Swee Ling menyapu sampah di hadapan kelasnya.
2 ayat contoh yang lain:
6. Suganthi dan Amirah membersihkan tingkap dengan menggunakan bulu ayam.
7. Albert dan Mohan membersihkan longkang di tepi kelas mereka.
4
Membina Ayat: Gambar Tunggal
MODEL
5 Majlis Kenduri Perkahwinan
Gambar di bawah menunjukkan aktiviti semasa majlis kenduri perkahwinan.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti tersebut.
国文书写100篇4, 版权所有·侵权必究
Isi-isi Penting Kamus Mini
Isi-isi Penting
Kamus Mini
❧ menyediakan bahan-bahan 准备材料 menyediakan 准备
❧ memasang kanopi 安装顶蓬 memasang 安装
❧ menyusun kerusi dan meja 排列桌椅
menggaul 混合
❧ menggaul gulai 混合有汁的菜
gulai 有汁的菜
❧ menurunkan kerusi 搬下椅子
kawah 大锅
❧ mencedok lauk 舀起菜肴
❧ mengangkat periuk 拿起锅子 mencedok 舀起
1. Puan Jamilah dan beberapa orang ibu menyediakan bahan-bahan masakan.
2. Abu dan Hamid sedang sibuk memasang kanopi.
3. Ranjit dan Ah Meng menyusun kerusi dan meja dengan teratur.
4. Pak Kamil dan Encik Ah Seng sedang menggaul gulai daging lembu di dalam kawah
dengan berhati-hati.
5. Ah Chong menurunkan kerusi dari atas lori dengan dibantu oleh Zulkif i.
2 ayat contoh yang lain:
6. Muthusamy mencedok lauk yang telah siap dimasak ke dalam periuk.
7. Suhanraj dan Halim sedang mengangkat periuk ke dapur.
5
Membina Ayat: Gambar Tunggal
MODEL
6 Perkhemahan Kelab Pencinta Alam
Gambar di bawah menunjukkan aktiviti semasa perkhemahan di kawasan air terjun.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti tersebut.
国文书写100篇4, 版权所有·侵权必究
Isi-isi Penting Kamus Mini
Isi-isi Penting
Kamus Mini
❧ mengangkat barang 拿起东西 mengikat 绑
❧ memasang khemah 安装帐篷 dipacakkan 被插入
❧ mengikat tali 绑绳子 mengetuk 敲打
❧ mengetuk kayu 敲打木条
❧ membawa himpunan kayu 拿着柴堆 tukul 槌子
❧ menyediakan makanan 准备食物 himpunan 堆
❧ mengambil air 取水 mengambil 拿、取
1. Ahmad dan Daren mengangkat barang keperluan untuk dikumpulkan di satu tempat.
2. Azman dan rakan-rakannya yang lain bersama-sama memasang khemah.
3. Suhan sedang mengikat tali khemah pada sebatang kayu yang dipacakkan ke tanah.
4. Ah Chong sedang mengetuk kayu dengan menggunakan tukul di khemah yang lain.
5. Cikgu Adam membawa himpunan kayu ke tempat memasak.
2 ayat contoh yang lain:
6. Suraya dan Mei Ling sedang menyediakan makanan tengah hari.
7. Farah dan Lily baru sahaja selesai mengambil air di sungai.
6
Membina Ayat: Gambar Bersiri 2 Gambar
MODEL
7 Suasana Rehat di Kantin
Sekolah
Gambar di bawah menunjukkan suasana rehat di kantin sekolah.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang suasana tersebut.
国文书写100篇4, 版权所有·侵权必究
Isi-isi Penting Kamus Mini
Isi-isi Penting
Kamus Mini
❧ beratur untuk membeli makanan 排队买食物 menikmati 享用
❧ mencedok mi goreng 舀取炒面 menenangkan 安抚
❧ melayan seorang murid 招待一个学生 menangis 哭泣
❧ menikmati makanan 享用美食
❧ menenangkan seorang murid 安抚一个学生 terjatuh 跌倒
❧ mengira duit 算钱 mengira 计算
❧ berborak-borak 闲谈 berborak-borak 闲谈
1. Beberapa orang murid sedang beratur untuk membeli makanan.
2. Seorang pekerja kantin mencedok mi goreng yang dipesan oleh seorang murid ke dalam
pinggan.
3. Seorang pekerja yang lain melayan seorang murid yang ingin membeli minuman.
4. Beberapa orang murid sedang menikmati makanan di meja yang disediakan.
5. Seorang guru menenangkan seorang murid perempuan yang menangis kerana terjatuh.
2 ayat contoh yang lain:
6. Muthusamy mengira duit untuk membeli segelas minuman.
7. Hor Kee berborak-borak dengan Evelyn sambil berjalan ke kantin sekolah.
7
Membina Ayat: Gambar Bersiri 2 Gambar
MODEL
8 Pameran Udara
Gambar di bawah menunjukkan suasana pameran udara.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang suasana tersebut.
国文书写100篇4, 版权所有·侵权必究
Isi-isi Penting Kamus Mini
Isi-isi Penting
Kamus Mini
❧ berpusu-pusu untuk melihat pameran udara berpusu-pusu 成群的
成群结队去观看航空展 pesawat pejuang 战斗机
❧ bergambar di hadapan pesawat pejuang 在战斗机前拍照
❧ mendengar penerangan 聆听说明 penerangan 说明
❧ mengelek anaknya 挟着孩子 mengelek 夹在腋下
❧ melihat pertunjukan pesawat pejuang 观看战斗机表演 pertunjukan 表演
❧ duduk di kokpit pesawat pejuang 坐在驾驶员座舱
❧ memegang payung 撑伞 kokpit 驾驶员座舱
1. Para pengunjung berpusu-pusu untuk melihat pameran udara tersebut.
2. Dua orang pengunjung sedang bergambar di hadapan pesawat pejuang.
3. Beberapa orang pengunjung mendengar penerangan daripada seorang juruterbang.
4. Seorang wanita mengelek anaknya sambil memegang payung.
5. Banyak pengunjung melihat pertunjukan pesawat pejuang di ruang udara.
2 ayat contoh yang lain:
6. Seorang remaja berasa teruja apabila dapat duduk di kokpit pesawat pejuang.
7. Seorang wanita memegang payung sambil melihat pertunjukan itu.
8
Membina Ayat: Gambar Bersiri 2 Gambar
MODEL
9 Persembahan Bangsawan
Gambar di bawah menunjukkan suasana persembahan bangsawan di sebuah sekolah.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang suasana tersebut.
国文书写100篇4, 版权所有·侵权必究
Isi-isi Penting Kamus Mini
Isi-isi Penting
Kamus Mini
❧ membanting padi (向下)力掷稻谷 membanting (向下)力掷、拍击
❧ menjunjung bakul 头顶着篮子 menjunjung 顶在头上
❧ bertanya kepada bendahara 询问宰相
❧ mengagihkan bungkusan kuih dan air mineral mengagihkan 分配
分配糕点和矿泉水 memerhatikan 注意
❧ memerhatikan anak-anak muridnya 注意他的学生 persembahan 表演
❧ terjatuh 跌倒
❧ menyaksikan persembahan 观赏表演 bangsawan 马来歌剧
1. Seorang murid lelaki membanting padi yang telah masak.
2. Seorang murid perempuan yang berbaju kurung menjunjung bakul berisi hasil tanaman.
3. Seorang murid yang berlakon sebagai sultan bertanya kepada bendahara tentang
peristiwa yang telah berlaku.
4. Dua orang murid mengagihkan bungkusan kuih dan air mineral kepada penonton.
5. Seorang guru memerhatikan anak-anak muridnya yang sedang berlakon di atas pentas.
2 ayat contoh yang lain:
6. Seorang murid yang memegang watak pesawah terjatuh di penjuru pentas.
7. Banyak penonton menyaksikan persembahan bangsawan tersebut.
9
Membina Ayat: Gambar Bersiri 2 Gambar
MODEL
10 Suasana di Kedai Runcit
Gambar di bawah menunjukkan suasana di kedai runcit di sebuah kampung.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang suasana tersebut.
国文书写100篇4, 版权所有·侵权必究
Isi-isi Penting Kamus Mini
Isi-isi Penting
Kamus Mini
❧ menyusun barang 排列东西 rak 架子
❧ menampal tanda harga 粘贴价钱标签 menampal 粘贴
❧ melihat tarikh luput 看截止日期
luput 到期
❧ membayar barang 付款买东西
memegang 拿着
❧ memegang aiskrim 拿着雪糕
❧ memilih bawang putih 挑选蒜头 memilih 挑选
❧ memasukkan barangan 把东西放进…… memimpin 牵着
1. Seorang pekerja sedang menyusun barang di rak yang telah disediakan.
2. Seorang wanita menampal tanda harga pada peket gula.
3. Ah Siong melihat tarikh luput pada tin sardin yang ingin dibelinya.
4. Pak Karim membayar barang yang dibelinya di kaunter pembayaran.
5. Swee Ping memegang aiskrim sambil berborak-borak dengan Jihan.
2 ayat contoh yang lain:
6. Seorang wanita memilih bawang putih sambil memimpin tangan anaknya.
7. Johari memasukkan barangan yang dibeli oleh Pak Karim ke dalam beg plastik.
10
Menulis Karangan: Cerita
MODEL
51 Sedikit-sedikit, Lama-lama Jadi Bukit
Tulis sebuah cerita yang bertajuk “Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit”. Tulis karangan kamu itu
selengkapnya.
Rangka Karangan
Rangka Karangan
国文书写100篇4, 版权所有·侵权必究
Pd ❧ miskin – tidak pernah menyusahkan orang lain
I ❧ hidup keluarganya semakin sukar – hasrat untuk
membantu keluarga – dibantah oleh ayahnya – akur
❧ membawa bekal ke sekolah – baki duit saku – tabung
❧ di sekolah – mendapat tempat pertama
❧ mengucapkan terima kasih – bersyukur
Pn ❧ mendapat tawaran – pengajian – menggunakan
wang simpanannya – gembira
Kamus Mini
Kamus Mini
bahagia 幸福、愉快 sukar 艰苦 wang saku 零用
perhatian 注意、关注 prinsip 原则 tawaran 提议
Karangan
Terbaik
Alya tinggal di Kampung Damai bersama-sama keluarganya. Meskipun miskin,
mereka hidup bahagia dan tidak pernah menyusahkan orang lain. Ayah Alya
hanya seorang petani, manakala ibunya pula tidak bekerja.
Selepas kelahiran adiknya yang ketujuh, Alya sedar hidup keluarganya
semakin sukar. Namun, ayahnya tidak pernah mengeluh. Sebagai anak sulung,
Alya meluahkan hasrat untuk membantu keluarga dengan bekerja di kedai
makan selepas waktu persekolahan, tetapi dibantah oleh ayahnya. Alya akur.
Setiap hari, Alya membawa bekal ke sekolah. Baki wang saku yang diberi
oleh ayahnya dimasukkan ke dalam tabung yang diperbuat daripada buluh.
Tabung itu disimpan di dalam biliknya. Memberikan
Di sekolah, Alya sentiasa mendapat perhatian daripada guru-gurunya. huraian
Semasa peperiksaan akhir tahun, dia mendapat tempat pertama. Cikgu Maria yang tepat
mengucapkan tahniah dan memberikan hadiah berupa wang sebanyak RM50. kepada isi
Alya mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Maria. Dia bersyukur.
Seumur hidupnya, dia tidak pernah menerima duit sebanyak itu. Duit yang
diterimanya itu disimpan di dalam tabung. Dia berpegang kepada peribahasa
yang dijadikan prinsipnya, iaitu “sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit”.
Pada suatu hari, Alya mendapat tawaran menyambung pengajian di
sebuah universiti tempatan. Dia berasa gembira kerana hasratnya untuk
menggunakan wang simpanannya semasa hari pendaftaran di universiti
tercapai. Semasa di universiti juga, dia terus memegang prinsip yang sama.
Sememangnya, menabung menjamin kesejahteraan hidup.
51
Menulis Karangan: Cerita
MODEL
52 Kebakaran
Kamu dan rakan kamu menyaksikan satu kebakaran. Ceritakan pengalaman kamu itu. Tulis
karangan kamu itu selengkapnya. i-THINK
i-THINK
国文书写100篇4, 版权所有·侵权必究
pulang – tuisyen di terpandang asap tebal menelefon bomba
pusat tuisyen dari sebuah rumah menjerit meminta tolong
terbau benda terbakar segera menuju ke sana orang ramai – membantu
Kamus Mini
Kamus Mini
tuisyen 补习
siasatan 调查
litar pintas 短路
bomba dan penyelamat kebakaran – litar pintas mencecah 触及
tiba – 10 minit kemudian mengucapkan terima kasih
bertungkus lumus – bertindak dengan cepat
memadamkan kebakaran
Aku dan Tai Seng baru pulang menghadiri tuisyen di pusat tuisyen. Kami berjalan sambil
berbual dengan rancak. Sampai sahaja di simpang, Tai Seng mengatakan bahawa dia terbau
benda terbakar yang sangat kuat. Oleh sebab selesema, deria bauku kurang peka.
Kami meneruskan perjalanan. Tiba-tiba, kami terpandang asap tebal dari sebuah rumah.
Kami pun segera menuju ke sana. Rupa-rupanya, rumah Gina terbakar.
Tai Seng segera menelefon bomba. Aku pula menjerit meminta tolong. Orang ramai yang
mendengar pun mula datang untuk membantu memadamkan kebakaran. Ada juga yang
membantu mengeluarkan barang-barang yang boleh dicapai. Keadaan sangat kelam-kabut.
Pasukan bomba dan penyelamat tiba kira-kira 10 minit kemudian. Pihak bomba bertungkus
lumus memadamkan kebakaran daripada terus merebak. Akhirnya, kebakaran pun berjaya
dipadamkan sepenuhnya.
Berdasarkan siasatan, kebakaran yang berlaku berpunca daripada litar pintas. Encik
Gunalan, iaitu bapa Gina bersyukur mereka sekeluarga terselamat kerana ketika kebakaran,
tiada sesiapa di rumah. Namun, kerugian dianggarkan mencecah puluhan ribu ringgit.
Encik Gunalan mengucapkan terima kasih kepada aku dan Tai Seng kerana bertindak
dengan cepat. Kami berasa gembira dapat membantunya.
52
Menulis Karangan: Cerita
MODEL
53 Satu Malam Tanpa Bekalan Elektrik
Pada suatu malam, bekalan elektrik terputus. Ceritakan suasana pada malam tersebut. Tulis
karangan kamu itu selengkapnya.
Rangka Karangan
Rangka Karangan
国文书写100篇4, 版权所有·侵权必究
Pd ❧ keletihan – terlelap – dikejutkan – suasana yang gelap
I ❧ bangun memanggil ibu – bekalan elektrik terputus
❧ ayah – mencari lilin – suara kanak-kanak – menangis
– mengusik – ibu memarahi saya
❧ makan malam – mendengar cerita ayah
❧ kerja sekolah – banyak – lilin – tidak mencukupi
Pn ❧ terpaksa tidur awal – elektrik kembali pulih – 3.00 pagi
Kamus Mini
Kamus Mini
senja 黄昏、傍晚 gelap 黑暗
mamai 意识模糊 lampu suluh 手电筒
mengusik 戏弄、作弄 Internet 网际网络
Saya bermain badminton di rumah Zarul. Setelah hampir senja, saya pulang ke rumah.
Sampai sahaja di rumah, saya berehat sebentar di ruang tamu. Oleh sebab keletihan, saya
pun terlelap. Tiba-tiba, saya dikejutkan dengan suasana yang gelap dan bising.
Saya yang dalam keadaan mamai terus bangun memanggil ibu. Rupa-rupanya, bekalan
elektrik terputus. Tanpa saya sedari, sudah lama saya terlelap di ruang tamu.
Menurut ibu, bekalan elektrik baru sahaja terputus. Ayah sedang sibuk mencari lilin
sambil memegang lampu suluh. Saya lihat rumah sebelah sudah mula diterangi cahaya lilin.
Kedengaran juga suara kanak-kanak sedang menangis kerana takut akan gelap. Saya turut
mengusik dan menakut-nakutkan adik. Ibu memarahi saya kerana membuat adik menangis.
Selepas mandi, saya menikmati makan malam bersama-sama keluarga. Kemudian, saya
dan kakak berbual-bual serta mendengar cerita ayah. Ayah menceritakan beberapa kisah
teladan. Cerita ayah berjaya memecah kesunyian untuk menggantikan televisyen kami.
Kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu sangat banyak. Saya buntu kerana ada tugasan
yang memerlukan saya mencari maklumat di Internet. Malam itu, saya berhasrat untuk
berjaga hingga lewat malam. Tetapi, lilin pula tidak mencukupi. Kedai juga sudah tutup.
Saya terpaksa tidur awal pada malam itu. Saya hanya dapat menyiapkan kerja sekolah
yang perlu dihantar pada hari esok. Bekalan elektrik kembali pulih pada pukul 3.00 pagi.
53
Menulis Karangan: Cerita
MODEL
54 Sahabat Baikku
Pantun di bawah menggambarkan kasih sayang seorang sahabat yang sentiasa membantu ketika
dalam kesusahan dan bersikap sopan ketika melayani sahabatnya.
Berdasarkan pantun tersebut, tulis sebuah cerita tentang “Sahabat Baikku”.
Tulis karangan kamu itu selengkapnya.
国文书写100篇4, 版权所有·侵权必究
Jatuh terduduk terlanggar batu,
Batu berwarna coklat perang;
Sahabat yang susah mesti dibantu,
Pasti kita disayangi orang.
Di tengah tasik mendayung sampan,
Bawa bersama sebotol cuka;
Layan sahabat dengan sopan,
Ke mana-mana pergi orang suka.
nama Nur berbangsa
Farisya Kamila Melayu
Kamus Mini
Kamus Mini
sebaya 同年的、同龄的
bercita-cita Sahabat raut wajah 容貌、面孔
menjadi doktor Baikku sopan akrab 亲密、要好
pendidik 教育者、老师
berlumba-lumba 比赛
bertuah 幸运的
anak kedua
tinggal di
Taman Rinting, daripada lima
Johor Bahru orang adik-
beradik
54
Bahasa Melayu Tahun 4 Menulis Karangan
Setiap orang memerlukan sahabat dalam kehidupannya. Begitu juga denganku. Aku
mempunyai seorang sahabat baik. Namanya Nur Farisya Kamila. Farisya sebaya denganku.
Dia berbangsa Melayu dan sangat sopan orangnya.
Farisya merupakan anak kedua daripada lima orang adik-beradik. Dia tinggal di Taman
Rinting, Johor Bahru. Namun, ibu bapanya berasal dari Sarawak. Dia memiliki raut wajah
yang manis dan suka tersenyum. Oleh sebab itu, aku selesa bersahabat dengannya.
Aku dan Farisya berkenalan sejak dua tahun yang lalu. Pada masa itu, Farisya baru
sahaja berpindah ke Johor. Ketika di sebuah pasar raya, dia bersama-sama ibunya sedang
membeli keperluan dapur. Kemudian, dia secara tidak sengaja terlanggar beberapa tin susu
di pasar raya itu. Aku membantunya mengambil dan menyusun tin susu itu semula ke tempat
asal. 国文书写100篇4, 版权所有·侵权必究
Sejak peristiwa itu, kami menjadi akrab. Kami saling bertukar nombor telefon dan kerap
berhubung melalui khidmat pesanan ringkas. Sesekali keluarganya datang menziarahi
keluargaku. Kadangkala, kami menghabiskan waktu hujung minggu bersama-sama seperti
berkelah di pantai atau beriadah di taman.
Farisya bercita-cita untuk menjadi seorang doktor. Aku pula bercita-cita hendak menjadi
seorang pendidik. Walaupun kami berlainan cita-cita dan juga sekolah, kami berlumba-lumba
dan bersaing untuk cemerlang dalam pelajaran. Di samping itu, kami juga berkongsi nota
dan bertukar-tukar soalan.
Aku berasa sangat bertuah kerana memiliki seorang sahabat sebaik Farisya. Kami berjanji
tidak akan terputus hubungan dan bersahabat sampai bila-bila.
55
Menulis Karangan: Autobiograf
MODEL
55 Aku Sebuah Peti Sejuk
Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Aku Sebuah Peti Sejuk”. Tulis karangan kamu itu selengkapnya.
berjenama dilahirkan
国文书写100篇4, 版权所有·侵权必究
Daween di Johor Kamus Mini
Kamus Mini
kilang 工厂
polistirena 聚苯乙烯
boleh
berbentuk
disumbat dengan segi empat tepat – dipamerkan 被展出、被展示
pelbagai jenis dua pintu bangga 光荣、自豪
makanan cermat 小心、细心
berjanji 承诺、答应
harga RM950
Karangan
Terbaik
Aku sebuah peti sejuk berjenama Daween. Aku dilahirkan di sebuah kilang
di Johor. Badanku berwarna biru. Aku berbentuk segi empat tepat dan
mempunyai dua pintu.
Tubuhku telah dibalut dengan polistirena dan plastik. Kemudian, aku
dimasukkan ke dalam sebuah kotak yang besar. Aku dihantar menggunakan
lori ke sebuah kedai alat elektrik di Melaka.
Aku dipamerkan di kedai tersebut bersama dengan rakan-rakanku yang
lain. Di sana juga, terdapat pelbagai barang elektrik yang lain seperti mesin
basuh, televisyen, kipas dan radio. Aku tersenyum bangga kerana akulah Memberikan
barang elektrik yang paling baharu di kedai itu. huraian
Selepas beberapa hari, datang seorang wanita membelek-belekku dengan yang tepat
penuh minat. Tanpa berlengah, wanita tersebut terus membeliku dengan harga kepada isi
RM950. Kini, aku mempunyai tuan baharu. Aku dibawa pulang ke rumahnya.
Aku diletakkan di bahagian dapur. Perutku disumbat dengan pelbagai jenis
makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan air minuman. Di bahagian
atas pula, aku diisi dengan ikan dan daging. Aku berasa sungguh gembira.
Sepanjang berada di rumah tuanku, aku dijaga dengan baik dan cermat.
Tuanku dan anak gadisnya sangat rajin membersihkanku jika aku kelihatan
kotor. Aku berasa selesa tinggal di rumah itu. Aku berjanji akan terus berkhidmat
sehingga akhir hayatku.
56
Menulis Karangan: Autobiograf
MODEL
56 Aku Sebuah Basikal
Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Aku Sebuah Basikal”. Tulis karangan kamu itu selengkapnya.
i-THINK
i-THINK
国文书写100篇4, 版权所有·侵权必究
Mendoza – daripada – campuran dibalut – dibawa – kedai basikal masih lagi – di ruang pameran
logam – roda – getah diletakkan di bahagian hadapan dijual dengan harga runtuh
Kamus Mini
Kamus Mini
tercipta 被创造 logam 金属
disolek 被打扮、装饰 model 款式
promosi 促销
dibawa bersiar-siar dimandikan dan dilap
mementingkan keselamatan terus berkhidmat
Namaku Mendoza. Aku sebuah basikal. Aku tercipta daripada hasil campuran logam. Aku
mempunyai roda yang diperbuat daripada getah. Aku mempunyai tempat duduk, rantai dan
pengayuh yang mengawal pergerakanku.
Tubuhku yang telah disolek dibalut dengan plastik. Dari kilang, aku dibawa ke utara tanah
air. Akhirnya, lori yang membawaku berhenti di sebuah bangunan kedai. Aku ditinggalkan
di sebuah kedai basikal yang terkenal di situ.
Memandangkan aku model terbaharu, aku diletakkan di bahagian hadapan sekali.
Aku berasa megah kerana setiap orang yang lalu-lalang di kedai tersebut akan memuji
kecantikanku. Ada juga yang membelek-belekku dengan berhati-hati.
Walaupun aku cantik dan menarik, aku masih lagi berada di ruang pameran kedai.
Mungkin kerana hargaku yang agak tinggi menyebabkan pelanggan tidak membeliku. Pada
suatu hari, pemilik kedai mengadakan jualan murah dan promosi. Orang ramai datang
berkunjung ke kedai tersebut. Aku pun dijual dengan harga runtuh.
Akhirnya, aku dimiliki oleh Encik Faris. Sebaik sahaja aku sampai di rumahnya, aku terus
dibawa bersiar-siar. Tuanku sangat mementingkan keselamatan. Dia memakai topi keledar,
pelindung siku dan lutut semasa menunggangku. Aku dapat melihat pemandangan pada
hari tersebut.
Aku berasa sangat bahagia. Aku ditunggang dengan cermat oleh tuanku. Aku dimandikan
dan dilap jika kelihatan kotor. Aku berjanji akan terus berkhidmat kepada tuanku yang baik hati ini.
57
Menulis Karangan: Autobiograf
MODEL
57 Aku Sebatang Pokok Mangga
Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Aku Sebatang Pokok Mangga”. Tulis karangan kamu itu
selengkapnya.
berasal
daripada baka
国文书写100篇4, 版权所有·侵权必究
anak pokok yang baik
membalas jasa dijaga – Kamus Mini
Kamus Mini
– berbuah setiap diberi baja
kali musim yang cukup baka 品种
putik 未成熟的果实
sebagai dewasa – pencuci mulut(饭后)水果、甜品
pencuci mulut, mengeluarkan jeruk 腌果
jus, jeruk bunga
buah yang buah dibungkus –
matang – dipetik mengelakkan
serangga
Aku sebatang pokok mangga. Aku berasal daripada anak pokok yang dibeli di pasar tani.
Mak Temah memilihku kerana menurutnya aku baka yang baik. Aku dibawa pulang lalu
ditanam berhampiran dengan rumahnya.
Selepas ditanam, aku dijaga dengan baik. Aku diberi baja yang cukup. Oleh sebab itu,
tidak hairanlah aku kelihatan begitu subur. Aku juga dijaga dengan rapi oleh Mak Temah.
Aku berasa sungguh bertuah.
Semakin hari, aku semakin dewasa. Tiba masanya aku hendak mengeluarkan bunga. Aku
berjaya mengeluarkan bunga yang sangat banyak. Melalui bungaku itu akan lahirlah buah
mangga. Buah mangga yang masih putik dibungkus oleh Mak Temah untuk mengelakkannya
daripada diserang oleh serangga perosak.
Musim buah-buahan kali ini sangat meriah dengan kehadiranku. Kebetulan, pada masa itu
cuti penggal persekolahan. Anak dan cucu Mak Temah pulang ke kampung. Buah manggaku
yang sudah matang dipetik. Buah mangga yang dipetik dimasukkan ke dalam bakul.
Buah mangga yang masak ranum sangat manis. Buahku dikupas untuk dijadikan sebagai
pencuci mulut. Selain itu, buahku turut dijadikan jus yang enak. Buahku yang muda pula
dijadikan jeruk. Ada juga cucu Mak Temah yang mengunyah buahku yang masih muda.
Mereka sangat suka rasa buahku yang masam.
Begitulah kisah hidupku. Mak Temah akan memangkasku supaya aku kelihatan rapi. Aku
membalas jasa tuanku itu dengan menghasilkan buah pada setiap kali musim buah-buahan.
Aku sangat sayang akan Mak Temah.
58
Menulis Karangan: Autobiograf
MODEL
58 Aku Sepasang Selipar
Andaikan kamu sepasang selipar. Ceritakan riwayat hidup kamu itu. Tulis karangan kamu itu
selengkapnya.
国文书写100篇4, 版权所有·侵权必究
dilahirkan di sebuah kilang dipakai setiap hari
diperbuat daripada getah dijadikan permainan “tuju
tubuhku – merah – tapakku – selipar” – sangat terhibur
hitam disimpan ke dalam stor dibaiki dengan dawai – boleh
dibungkus – dimasukkan – adik dipamerkan di luar – digunakan
kotak menjadi sampel berterima kasih kepada tuanku
dikejutkan – pekerja kedai
– dicuba oleh seorang
lelaki tua
sesuai dipakai – dibelinya
Kamus Mini
Kamus Mini
getah 橡胶 dimasukkan(被)放入 stor 储藏室、仓库 dawai 金属线
Aku sepasang selipar. Aku dilahirkan di sebuah kilang di Selangor. Aku berjenama Min Seng.
Aku diperbuat daripada getah. Tubuhku berwarna merah manakala tapakku berwarna hitam.
Aku dibungkus dan dimasukkan ke dalam sebuah kotak bersama-sama adik-beradikku
yang lain. Kemudian, kami dimasukkan ke dalam lori khas. Kami bakal ditempatkan di
beberapa buah kedai kasut. Aku berasa sedih kerana bakal berpisah dengan adik-beradikku.
Tiba di sebuah kedai, aku dikeluarkan daripada kotak. Aku terus disimpan ke dalam stor. Aku
dijadikan stok dan tidak dipamerkan. Aku hanya melihat adikku dipamerkan di luar. Aku kasihan
melihat adikku yang dicampak dan sering dibawa ke dalam stor kerana menjadi sampel.
Selang beberapa minggu, aku telah dikejutkan oleh pekerja kedai. Aku diambil dan dicuba
oleh seorang lelaki tua. Memandangkan aku bersaiz lapan, aku sangat sesuai dipakai oleh
lelaki tua tersebut. Aku pun dibelinya dan dimasukkan ke dalam plastik.
Aku dipakai setiap hari. Aku dibawa ke mana-mana sahaja kecuali ke bandar. Aku juga
digunakan untuk bermain. Apabila cucu-cucu tuanku pulang ke kampung, mereka menyusunku
dengan rakanku untuk dijadikan permainan “tuju selipar”. Aku berasa sangat terhibur.
Tuanku sangat pandai menjagaku meskipun aku hanya sepasang selipar. Aku berasa
terharu kerana walaupun tali di tubuhku telah putus, aku dibaiki dengan dawai supaya aku
boleh digunakan lagi. Aku sangat berterima kasih kepada tuanku.
59
Menulis Karangan: Perbincangan
MODEL
59 Kelebihan Mempunyai Banyak Kawan
Kawan antara insan yang penting dalam hidup kita. Bincangkan kelebihan mempunyai banyak
kawan. Tulis karangan kamu itu selengkapnya.
Rangka Karangan
Rangka Karangan
国文书写100篇4, 版权所有·侵权必究
Pd ❧ kawan – insan lain yang ada bersama dengan kita
I ❧ dapat menambahkan pengetahuan dan maklumat
❧ banyak kawan – kita tidak berasa sunyi
❧ memudahkan kita untuk melakukan sesuatu aktiviti
❧ membantu kita ketika ditimpa kesusahan
Pn ❧ berkawanlah dengan semua orang – berhati-hati
ketika memilih kawan
Kamus Mini
Kamus Mini
bersendirian 单独、独自 bergaul 交往 pengetahuan 知识
bergurau 开玩笑 individu 个人 kesusahan 困难
Karangan
Terbaik
Kawan merupakan insan lain yang ada bersama dengan kita. Kawan juga
digelar sebagai teman, rakan dan sahabat. Sekiranya kita diberi pilihan sama
ada hidup bersendirian atau berteman, pasti kita akan memilih untuk hidup
berteman. Kita janganlah menjadi seperti katak di bawah tempurung yang
tidak bergaul dengan orang lain.
Terdapat banyak kelebihan mempunyai banyak kawan. Antaranya
ialah kita akan dapat menambahkan pengetahuan dan maklumat. Apabila
mempunyai banyak kawan, kita dapat bertukar-tukar maklumat tentang
pelajaran. Contohnya, ketika mengulang kaji pelajaran, kita boleh berkongsi
nota, bahan rujukan dan berbincang tentang sesuatu topik.
Selain itu, jika mempunyai banyak kawan, kita tidak berasa sunyi. Kita Setiap isi
akan berasa seronok kerana mempunyai kawan untuk berbual serta bergurau. penting
Secara tidak langsung, dapat mengelakkan kita daripada berasa bosan. dihuraikan
Berkawan juga memudahkan kita untuk melakukan sesuatu aktiviti. dengan jelas
Misalnya, sewaktu diadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kelas. Setiap
individu melakukan tugas masing-masing seperti menyapu lantai, membuang
sampah, membersihkan tingkap dan lain-lain.
Kawan juga dapat membantu kita ketika ditimpa kesusahan. Namun, ketika
kita susahlah kita dapat mengenali kawan kita yang sanggup bersama dengan
kita. Sebagai contoh, jika kita kehilangan wang untuk membeli makanan, ada
kawan yang prihatin menghulurkan bantuan kepada kita.
Kesimpulannya, kawan sememangnya insan yang penting dalam hidup
kita. Berkawanlah dengan semua orang, tetapi kita juga perlu berhati-hati
ketika memilih kawan.
60
Menulis Karangan: Perbincangan
MODEL
60 Berdisiplin Teras Kejayaan
Berdisiplin teras kejayaan seseorang murid. Bincangkan. Tulis karangan kamu itu selengkapnya.
i-THINK
i-THINK
mematuhi peraturan membentuk
国文书写100篇4, 版权所有·侵权必究
sekolah sahsiah diri
Kamus Mini
Kamus Mini
menguruskan masa menjadi rahsia teras 核心、精粹
dengan baik kejayaan diwajibkan 有义务、有责任
Berdisiplin
Teras sahsiah diri 个性
Kejayaan rahsia 秘密
menjadi contoh menjadi
kepada rakan pemimpin pemimpin 领导人、领袖
ponteng 逃学、旷课
murid gagal – kurang suka ponteng –
berdisiplin vandalisme
Disiplin sangat penting dalam kehidupan seorang murid. Disiplin juga merupakan teras
kejayaan. Kebanyakan murid yang berjaya mempunyai tahap disiplin yang baik. Hal ini
melibatkan pelbagai aspek termasuklah dalam menguruskan diri sendiri.
Contoh yang mudah tentang berdisiplin bagi seorang murid adalah dengan mematuhi
peraturan sekolah. Setiap murid diwajibkan mematuhinya. Secara tidak langsung, berdisiplin
mampu membentuk sahsiah diri murid.
Selain itu, kebanyakan murid yang berjaya khususnya dalam pelajaran merupakan
seseorang yang berdisiplin serta pandai menguruskan masa dengan baik. Bijak membahagikan
masa antara belajar, mengulang kaji pelajaran dan bermain menjadi rahsia kejayaan.
Murid yang berdisiplin lazimnya menjadi contoh kepada rakan-rakan yang lain. Oleh hal
demikian, tidak hairanlah dalam kalangan mereka ini ada yang menjadi pemimpin di sekolah
seperti pengawas dan ketua kelas. Mereka juga akan lebih dihormati oleh rakan-rakan.
Kebanyakan murid yang gagal terdiri daripada mereka yang kurang berdisiplin.
Contohnya, murid yang suka ponteng, tidak membuat kerja sekolah dan melakukan perbuatan
vandalisme. Pencapaian akademiknya juga kurang memberangsangkan.
Sebagai kesimpulan, disiplin sememangnya merupakan teras kejayaan seseorang murid.
Oleh itu, setiap murid harus menerapkan nilai ini supaya mampu meraih kejayaan yang
diidamkan.
61
Menulis Karangan: Perbincangan
MODEL
61 Ibu Memainkan Peranan Penting dalam
Mendidik Anak
Lagu di bawah menggambarkan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Ibu sanggup
berkorban dan melakukan apa-apa sahaja demi kesejahteraan dan kebahagiaan anak tersayang.
Berdasarkan lagu tersebut, tulis sebuah karangan perbincangan tentang “Ibu Memainkan Peranan
Penting dalam Mendidik Anak”.
国文书写100篇4, 版权所有·侵权必究
Tulis karangan kamu itu selengkapnya.
Bonda
Hidupmu penuh dugaan
Mengandungkanku sembilan bulan
Segala kesakitan kautanggung
Melahirkanku penuh seksa
Bonda
Engkau menjagaku penuh rapi
Engkau mendidikku tanpa jemu
Engkau membimbingku ke jalan benar
Rangka Karangan
Rangka Karangan
Pd ❧ keperibadian anak-anak terbentuk daripada didikan
I ❧ ibu – insan – mengandung dan melahirkan
❧ ibu – lembut – penyayang – rasa selamat
❧ ibu – lebih banyak masa bersama dengan anak-anak
❧ ibu – guru di rumah – membimbing anak-anak
Pn ❧ peranan ibu – mendidik – sememangnya penting
Kamus Mini
Kamus Mini
keperibadian 个性、特质 mengandung 怀孕
menanamkan 灌输(思想) orang tengah 中间人
amalan 习惯 dewasa 成年的
62
Bahasa Melayu Tahun 4 Menulis Karangan
Keperibadian anak-anak terbentuk daripada didikan ibu bapa di rumah. Ibu bapa haruslah
memainkan peranan masing-masing. Peranan seorang ibu amat besar dalam mendidik
anak-anak di rumah.
Ibu ialah insan yang berkorban mengandung dan melahirkan anak. Ibulah yang
国文书写100篇4, 版权所有·侵权必究
menyusukan serta membesarkan anak hingga boleh berdikari. Oleh itu, tidak hairanlah jika
ibu memainkan peranan yang besar dalam mendidik anak. Ibu amat menyayangi anak
sejak dalam kandungan lagi.
Anak-anak berasa lebih selamat apabila bersama dengan ibu kerana sifat ibu yang
lembut, penyayang serta lebih mengenali anak. Anak yang dididik dengan perasaan kasih
sayang akan menanamkan rasa selamat semasa berada di samping ibunya.
Bagi ibu yang tidak bekerja, mereka mempunyai lebih banyak masa bersama dengan
anak-anaknya ketika berada di rumah. Anak-anak menjadi lebih rapat dengan ibunya. Ada
ketikanya, ibu menjadi orang tengah antara anak dengan bapa.
Kebanyakan ibu pada masa ini mempunyai latar belakang pendidikan yang baik. Di
samping berperanan sebagai penjaga dan pendidik anak-anak, ibu juga bertindak sebagai
guru di rumah. Ibu bukan sahaja mengajar amalan kehidupan seharian, malahan mampu
membimbing anak-anak dalam pelajaran.
Kesimpulannya, jelaslah bahawa peranan ibu dalam mendidik anak sememangnya
penting. Sikap ibu yang penuh kasih sayang, memahami anaknya dan menjaga keperluan
keluarga menjadi teladan kepada anak-anak apabila mereka meningkat dewasa.
63