The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

WM:RM11.30/EM:RM11.30
-Model-model penulisan yang mantap dan impresif
-Berorientasikan modul kemahiran menulis yang terdapat di dalam Buku Teks KSSR Bahasa Malaysia SJK
Total no.of Pages:114

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by E Sample 电子样本, 2020-10-30 01:29:20

CONTOH PENULISAN KSSR BM 5 国文书写100篇5

WM:RM11.30/EM:RM11.30
-Model-model penulisan yang mantap dan impresif
-Berorientasikan modul kemahiran menulis yang terdapat di dalam Buku Teks KSSR Bahasa Malaysia SJK
Total no.of Pages:114

国文书写100篇5, 版权所有·侵权必究

国文书写100篇5, 版权所有·侵权必究

国文书写100篇5, 版权所有·侵权必究

国文书写100篇5, 版权所有·侵权必究

国文书写100篇5, 版权所有·侵权必究

Membina Ayat: Gambar Bersiri
4 Gambar
MODEL
19 Awasi Haiwan Berbahaya





Gambar di bawah menunjukkan suasana gotong-royong di sebuah balai raya.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang suasana tersebut.
1 2
国文书写100篇5, 版权所有·侵权必究








3 4










Isi-isi Penting
Isi-isi Penting Kamus Mini
Kamus Mini
✦ membawa peralatan 带工具 menebas 清除
✦ menyapu sampah 扫垃圾 berlingkar 盘绕
✦ menebas rumput 清除杂草 tindakan 行动
✦ menelefon bomba 致电给消防局 guni 麻袋
✦ menangkap ular sawa 捕捉蟒蛇 mengadakan 进行
✦ mengadakan gotong-royong 分工合作
✦ menasihatkan kami 劝告我们 bahaya 危险


1. Penduduk Taman Murni membawa peralatan untuk bergotong-royong seperti pongkes,
penyapu, berus cat dan sebagainya.
2. Haseena dan Julia menyapu sampah manakala Hisham dan Ranjit mengecat pagar
agar kelihatan baharu.
3. Semasa Kamil menebas rumput di belakang balai raya, dia terkejut kerana terlihat
seekor ular sawa sedang berlingkar di bawah sebatang pokok.
4. Ketua kampung, Tuan Haji Imran terus menelefon bomba untuk tindakan selanjutnya.
5. Bomba tiba dan menangkap ular sawa tersebut lalu dimasukkan ke dalam guni.

2 ayat contoh yang lain:
6. Penduduk Taman Murni mengadakan gotong-royong membersihkan balai raya.
7. Pihak bomba menasihatkan kami agar sentiasa berwaspada dengan haiwan berbisa
kerana boleh mengundang bahaya.


19

Membina Ayat: Gambar Bersiri
4 Gambar
MODEL
20 Perkelahan di Kawasan Air Terjun





Gambar di bawah menunjukkan suasana perkelahan di kawasan air terjun.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang suasana tersebut.
1 2
国文书写100篇5, 版权所有·侵权必究








3 4









Isi-isi Penting
Isi-isi Penting Kamus Mini
Kamus Mini
✦ menikmati makanan 享用食物 menikmati 享用
✦ mengambil gambar pemandangan 拍风景照 pemandangan 风景
✦ membuang sampah 丢垃圾 berehat 休息
✦ memerhatikan dua orang anaknya 注意两个孩子 pengunjung 观光者,游客
✦ berehat di sebuah pondok 在一个亭子里休息 meluangkan 抽出
✦ pengunjung mandi-manda 观光者戏水
✦ berasa sangat gembira 觉得很高兴 keindahan 美丽


1. Aina dan keluarganya sedang menikmati makanan di bawah sebatang pokok
berdekatan dengan air terjun.
2. Ah Chong mengambil gambar pemandangan di kawasan air terjun dengan telefon
pintarnya.
3. Bella membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan di situ.
4. Encik Adam dan Puan Lily sedang memerhatikan dua orang anaknya yang mandi-
manda di air terjun.
5. Seorang lelaki berehat di sebuah pondok sambil menghirup udara yang segar dan
nyaman.

2 ayat contoh yang lain:
6. Beberapa orang pengunjung mandi-manda di air terjun dengan gembira.
7. Para pengunjung yang datang ke situ berasa sangat gembira kerana dapat meluangkan
masa bersama-sama keluarga sambil menikmati keindahan alam semula jadi.


20

Membina Ayat: Gambar Bersiri
4 Gambar
MODEL
21 Membantu Mangsa Ragut





Gambar di bawah menunjukkan kejadian di sebuah pondok menunggu bas.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang kejadian tersebut.

1 2
国文书写100篇5, 版权所有·侵权必究








3 4










Isi-isi Penting Kamus Mini
Isi-isi Penting
Kamus Mini
✦ menunggu bas 等巴士 sabar 耐心
✦ meragut beg tangannya 抢夺她的手提袋 mengejar 追捕
✦ mengejar peragut 追捕攫夺匪 licik 狡猾
✦ berjaya mendapatkan beg tangan 成功得回手提袋 menghulurkan 拿出
✦ mengucapkan terima kasih 道谢 ikhlas 诚心
✦ meminta bantuan 求助
✦ memulangkan beg tangan 归还手提袋 bantuan 帮助



1. Puan Dalila menunggu bas di perhentian bas dengan sabar.
2. Tiba-tiba, seorang lelaki yang tidak dikenali datang meragut beg tangannya.
3. Jarjit yang baru sahaja tiba di perhentian bas terus mengejar peragut yang licik itu.
4. Jarjit berjaya mendapatkan beg tangan Puan Dalila semula, namun peragut itu berjaya
melarikan diri.
5. Puan Dalila mengucapkan terima kasih kepada Jarjit dengan menghulurkan sedikit
wang, namun Jarjit tidak mahu menerimanya kerana dia membantu dengan ikhlas.

2 ayat contoh yang lain:
6. Puan Dalila meminta bantuan Jarjit yang kebetulan baru sahaja tiba di perhentian bas.

7. Jarjit terus memulangkan beg tangan itu kepada Puan Dalila.


21

Membina Ayat: Gambar Bersiri
4 Gambar
MODEL
22 Persediaan Menjelang
Hari Raya Aidilfitri




Gambar di bawah menunjukkan suasana persediaan menjelang Hari Raya Aidilf tri.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang suasana tersebut.

1 2
国文书写100篇5, 版权所有·侵权必究








3 4










Isi-isi Penting
Isi-isi Penting Kamus Mini
Kamus Mini
✦ memasang langsir baharu 安装新窗帘 mengacau 搅混
✦ mengacau dodol 搅混马来糕 pangkin 货架
✦ bermain bunga api 玩烟花 sumbu 灯芯
✦ menganyam sarung ketupat 编织菱形粽子的囊 tekun 努力地
✦ memasang sumbu 安装灯芯 meriah 快乐
✦ memerhatikan neneknya 注视她的奶奶 riuh-rendah 热闹
✦ sangat meriah 非常快乐


1. Puan Ayu dan Kamelia memasang langsir baharu sambil mendengar radio.
2. Encik Ilham dan Tok Wan mengacau dodol di tepi rumah.

3. Iwan dan Fariesya bermain bunga api di halaman rumah dengan gembira.
4. Nek Jah menganyam sarung ketupat di atas pangkin yang terletak di bawah pokok
sambil diperhatikan oleh cucunya.

5. Zaki memasang sumbu pada pelita yang diletakkan di sekeliling rumah.

2 ayat contoh yang lain:
6. Amna sedang memerhatikan neneknya menganyam sarung ketupat dengan tekun.
7. Suasana di rumah Encik Ilham sangat meriah dan riuh-rendah.



22

Membina Ayat: Gambar Bersiri
5 Gambar
MODEL
23 Langkah-langkah Sebelum
Melintas Jalan Raya




Gambar di bawah menunjukkan langkah-langkah sebelum melintas jalan raya.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang langkah-langkah tersebut.


datang. 国文书写100篇5, 版权所有·侵权必究




















Isi-isi Penting
Isi-isi Penting Kamus Mini
Kamus Mini
✦ berhenti di bahu jalan 在路肩停留 berhenti 停留
✦ memandang ke kiri, ke kanan dan ke kiri semula 左看右看 bahu jalan 路肩
✦ mendengar 听 mendengar 听
✦ berf kir 想 berf kir 想
✦ melintas jalan raya 过马路 menitikberatkan 注重
✦ menitikberatkan keselamatan 注重安全
✦ memandu kenderaan 驾驶交通工具 kecelakaan 灾祸


1. Kita mesti berhenti di bahu jalan sebelum melintas jalan raya.
2. Kemudian, kita perlu memandang ke kiri, ke kanan dan ke kiri semula untuk memastikan
tiada kenderaan.
3. Seterusnya, kita hendaklah mendengar untuk memastikan tiada kenderaan yang


4. Selepas itu, kita mestilah berf kir dan memastikan selamat untuk melintas jalan raya.
5. Akhir sekali, kita perlu melintas jalan raya dengan berhati-hati.
2 ayat contoh yang lain:

6. Sebagai pengguna jalan raya, kita hendaklah sentiasa menitikberatkan keselamatan.
7. Kita juga perlu memandu kenderaan dengan berhati-hati agar dapat mengelakkan
diri daripada kecelakaan.



23

Membina Ayat: Gambar Bersiri
5 Gambar
MODEL
24 Menyertai Pertandingan Bercerita





Gambar di bawah menunjukkan situasi menyertai pertandingan bercerita.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi tersebut.


国文书写100篇5, 版权所有·侵权必究




















Isi-isi Penting
Isi-isi Penting Kamus Mini
Kamus Mini
✦ menghafal cerita 熟记故事;背熟故事 menghafal 熟记
✦ berlatih bersungguh-sungguh 认真地练习 dibimbing 被指导
✦ bercerita dengan penuh yakin 充满信心地讲故事 yakin 信心
✦ menunggu keputusan 等待结果 keputusan 结果
✦ menerima sebuah trof 得到一个奖杯 diumumkan 被宣布
✦ mengajar 教导
✦ mewakili daerah 代表县 terpilih 中选


1. Vera sedang menghafal cerita sambil dibimbing oleh gurunya, Cikgu Anita.
2. Vera berlatih bersungguh-sungguh di hadapan ibu dan bapanya.
3. Pada hari pertandingan, Vera bercerita dengan penuh yakin dan bersungguh-sungguh.
4. Vera menunggu keputusan dengan sabar sambil melihat peserta-peserta lain membuat
persembahan.
5. Vera amat gembira kerana diumumkan sebagai johan dan menerima sebuah trof dan
sijil penyertaan.

2 ayat contoh yang lain:
6. Cikgu Anita mengajar Vera intonasi bercerita dan gaya persembahan yang betul.
7. Vera terpilih untuk mewakili daerah Kota Tinggi ke pertandingan bercerita peringkat
negeri.


24

Membina Ayat: Gambar Bersiri
5 Gambar
MODEL
25 Cara-cara Menjaga Kesihatan Diri





Gambar di bawah menunjukkan cara-cara menjaga kesihatan diri.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang cara-cara tersebut.


国文书写100篇5, 版权所有·侵权必究





Cara-cara
Menjaga
Kesihatan Diri










Isi-isi Penting
Isi-isi Penting Kamus Mini
Kamus Mini
✦ melakukan senamrobik 进行韵律健身操 menjamin 保证
✦ makan buah-buahan dan sayur-sayuran 吃水果和 membersihkan 洁净
蔬菜 mengelakkan 避免
✦ membersihkan diri 洁净自身 jangkitan 传染病
✦ melakukan pemeriksaan kesihatan 进行健康检查
✦ membersihkan kawasan rumah 清理屋子范围 pemeriksaan 检查
✦ menjaga kesihatan 照顾健康 mengetahui 知道
✦ melakukan sebarang aktiviti 进行任何活动 memudahkan 方便


1. Setiap petang, Mei Mei, Lilian dan Asmah melakukan senamrobik di taman rekreasi.
2. Fariesya suka makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menjamin kesihatannya.
3. Damian sentiasa membersihkan diri untuk mengelakkan jangkitan penyakit.
4. Encik Robert melakukan pemeriksaan kesihatan tiga bulan sekali untuk mengetahui
tahap kesihatannya.
5. Encik Farish dan keluarganya membersihkan kawasan rumah untuk memastikan rumah
mereka sentiasa dalam keadaan yang bersih.

2 ayat contoh yang lain:

6. Kita mesti sentiasa menjaga kesihatan bagi mengelakkan penyakit yang berbahaya.
7. Badan yang sihat akan memudahkan kita melakukan sebarang aktiviti.


25

Membina Ayat: Gambar Bersiri
5 Gambar
MODEL
26 Langkah-langkah Menceriakan
Kawasan Sekolah




Gambar di bawah menunjukkan langkah-langkah menceriakan kawasan sekolah.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang langkah-langkah tersebut.


国文书写100篇5, 版权所有·侵权必究




Langkah-langkah
Menceriakan Kawasan
Sekolah








Isi-isi Penting Kamus Mini
Isi-isi Penting
Kamus Mini
✦ bergotong-royong 分工合作 warga 成员
✦ mengecat bangunan sekolah 为学校的建筑物油漆 menceriakan 使清洁
✦ membina pondok bacaan dan taman sains 建设读书亭与科学 mengecat 油漆
园地
✦ menanam pelbagai jenis pokok bunga 种植各种开花植物 terbersih 最干净
✦ mengadakan pertandingan kelas terbersih 举办最清洁课室比赛 ceria 整洁
✦ selesa untuk belajar 舒适地学习 selesa 舒适
✦ menjaga kebersihan sekolah 维护学校的整洁


1. Warga sekolah sedang bergotong-royong untuk menceriakan kawasan sekolah.
2. Beberapa orang pekerja sekolah mengecat bangunan sekolah supaya kelihatan
baharu.
3. Beberapa orang guru dan murid bekerjasama membina pondok bacaan dan taman
sains.
4. Tiga orang tukang kebun sekolah menanam pelbagai jenis pokok bunga di sekitar
kawasan sekolah.
5. Pihak sekolah turut mengadakan pertandingan kelas terbersih untuk memupuk sikap
menjaga kebersihan dalam kalangan murid.

2 ayat contoh yang lain:
6. Sekolah yang ceria akan menjadikan murid-murid lebih selesa untuk belajar di sekolah.
7. Warga sekolah perlu bekerjasama menjaga kebersihan sekolah agar murid-murid lebih
bersemangat untuk belajar.


26

Membina Ayat: Gambar Berpusat
MODEL
27 Kegunaan Ikan





Gambar di bawah menunjukkan kegunaan ikan.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang kegunaan tersebut.


国文书写100篇5, 版权所有·侵权必究






















Isi-isi Penting Kamus Mini
Isi-isi Penting
Kamus Mini
✦ dihancurkan sehingga lumat 捣至粉碎 lumat 像粉末一样细
✦ disiang dengan bersih 被刮干净(鱼鳞等) juadah 干粮;小吃
✦ diproses 被加工 dilumur 被沾满
✦ dilumur dengan garam 被沾满盐
✦ dijadikan ikan peliharaan 成为饲养鱼 peliharaan 被饲养
✦ mempunyai pelbagai kegunaan 有各种用途 manfaat 用处
✦ memelihara habitat 保护(动植物的)生活环境 habitat (动植物的)生活环境

1. Ikan yang telah dihancurkan sehingga lumat boleh dijadikan keropok ikan dan keropok
lekor.
2. Ikan yang telah disiang dengan bersih juga boleh dijadikan juadah makanan seperti
ikan goreng, gulai ikan dan sebagainya.
3. Ikan juga boleh diproses menjadi bebola ikan atau nuget ikan yang menjadi kegemaran
kanak-kanak.
4. Ikan kering juga berasal daripada ikan yang telah dilumur dengan garam, kemudian
dikeringkan di bawah sinaran matahari.
5. Ikan yang mempunyai sirip, sisik dan ekor yang cantik dijadikan ikan peliharaan.
2 ayat contoh yang lain:
6. Ikan mempunyai pelbagai kegunaan dan banyak memberi manfaat kepada manusia.
7. Kita perlu memelihara habitat ikan agar terus terpelihara.


27

Membina Ayat: Gambar Berpusat
MODEL
28 Kegunaan Pokok Pisang





Gambar di bawah menunjukkan kegunaan pokok pisang.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang kegunaan tersebut.


国文书写100篇5, 版权所有·侵权必究

























Isi-isi Penting Kamus Mini
Isi-isi Penting
Kamus Mini
✦ dimakan begitu sahaja 就这样被食用 pencuci mulut 餐后甜点
✦ dijadikan kerepek 成为(香蕉)炸片 muda 嫩
✦ dijadikan ulam 成为(下饭的)生菜 direbus 被煮熟
✦ digunakan untuk membungkus 用来包装 ulam(下饭的)生菜
✦ dijadikan pengat dan kuih-muih 成为甜糕和糕饼
✦ berguna kepada manusia 对人类有用 membungkus 包装
✦ bertambah enak 更加美味 tradisional 传统


1. Buah pisang boleh dimakan begitu sahaja dan dijadikan pencuci mulut.
2. Buah pisang yang masih muda enak dijadikan kerepek ataupun snek.
3. Jantung pisang yang telah direbus boleh dijadikan ulam semasa makan.
4. Daun pisang pula digunakan untuk membungkus nasi lemak atau kuih-muih tradisional.
5. Buah pisang enak dijadikan pengat dan kuih-muih tradisional seperti kuih lepat pisang,
jemput-jemput pisang dan sebagainya.

2 ayat contoh yang lain:
6. Pokok pisang sangat berguna kepada manusia dan setiap bahagian pisang mempunyai
manfaatnya.
7. Daun pisang dijadikan pembungkus makanan agar rasa makanan bertambah enak.


28

Membina Ayat: Gambar Berpusat
MODEL
29 Kegunaan Sungai





Gambar di bawah menunjukkan kegunaan sungai.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang kegunaan tersebut.


国文书写100篇5, 版权所有·侵权必究
























Isi-isi Penting
Isi-isi Penting Kamus Mini
Kamus Mini
✦ menggunakan sungai 应用河流 destinasi 目的地
✦ menjala ikan 用网捕鱼 dituju 前往
✦ menjadi kegunaan harian manusia 成为人类的日常用途 menarik 吸引
✦ dijadikan tempat perkelahan 成为野餐的地点 pengairan 灌溉
✦ dijadikan sistem pengairan 成为灌溉系统
✦ mempunyai banyak kegunaan 有很多用途 membekalkan 提供
✦ merupakan jalan pengangkutan 是运输路线 utama 主要

1. Dua orang lelaki menggunakan sungai sebagai jalan pengangkutan untuk ke destinasi
yang dituju.
2. Pak Kassim menjala ikan di sungai untuk mencari sumber makanan keluarganya.
3. Air sungai yang telah diproses juga menjadi kegunaan harian manusia seperti untuk
mandi dan minum.
4. Sungai yang bersih juga dijadikan tempat perkelahan yang menarik.
5. Sungai juga dijadikan sistem pengairan untuk membekalkan air ke kawasan tanaman.

2 ayat contoh yang lain:
6. Sungai mempunyai banyak kegunaan kepada kehidupan seharian manusia.
7. Pada zaman dahulu, sungai merupakan jalan pengangkutan yang utama kepada
manusia.


29

Membina Ayat: Gambar Berpusat
MODEL
30 Kegunaan Pokok Kelapa





Gambar di bawah menunjukkan kegunaan pokok kelapa.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang kegunaan tersebut.


国文书写100篇5, 版权所有·侵权必究
























Isi-isi Penting Kamus Mini
Isi-isi Penting
Kamus Mini
✦ minum air kelapa muda 喝嫩椰水 dahaga 口渴
✦ menganyam sarung ketupat 编菱形粽子的囊 menganyam 编织
✦ dijadikan titi 成为小桥 menyeberangi 渡过
✦ membuat sabun 做肥皂 asas 基本
✦ menghasilkan santan 生产椰浆
✦ dibuat sarung ketupat 被制成菱形粽子的囊 menghasilkan 产生
✦ dikenali sebagai pokok serba guna 被称为多用途的树 serba guna 多用途的


1. Raf uddin minum air kelapa muda untuk menghilangkan dahaga.
2. Masyarakat Melayu menganyam sarung ketupat menggunakan daun kelapa yang
masih muda.
3. Batang pokok kelapa boleh dijadikan titi untuk kemudahan menyeberangi parit.
4. Isi buah kelapa juga boleh digunakan sebagai bahan asas untuk membuat sabun.
5. Buah kelapa boleh menghasilkan santan yang digunakan dalam masakan seperti
gulai dan kuih-muih tradisional.

2 ayat contoh yang lain:
6. Daun kelapa muda boleh dianyam untuk dibuat sarung ketupat.
7. Pokok kelapa mempunyai banyak kegunaan dan dikenali sebagai pokok serba guna.


30

Menulis Karangan: Berita
MODEL
83 Sambutan Hari Guru





Sekolah kamu baru sahaja meraikan sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Tulis berita tentang
sambutan itu. Tulis berita kamu itu selengkapnya.

Rangka Karangan
Rangka Karangan
国文书写100篇5, 版权所有·侵权必究
Pd ❧ tempat, tarikh – menyambut Hari Guru
I ❧ perhimpunan rasmi dan ucapan
❧ kerjasama – PIBG dengan pihak sekolah
❧ para murid mengadakan persembahan
❧ pemilihan tema – bertepatan
Pn ❧ semua pihak berasa gembira

Kamus Mini
Kamus Mini
sukaneka 各种运动(比赛) akhlak 品德
falsafah 理念 jasmani 身体
intelek 智力 jamuan 宴会
Karangan
Terbaik

Tempat dan tarikh merupakan sebahagian daripada format
KULAIJAYA, 16 Mei – SK Paduka Mahkota telah menyambut Hari Guru secara besar-
besaran semalam. Ini merupakan kali keempat sekolah tersebut mengadakan
sambutan sebegini.
Menurut guru besar sekolah tersebut, Tuan Haji Mohamad Noh, sambutan ini
bermula dari pagi hingga petang. Acara sambutan dimulakan dengan perhimpunan
rasmi dan ucapan pada waktu pagi. Acara petang pula dimeriahkan dengan
persembahan daripada murid-murid dan guru-guru serta aktiviti sukaneka.
Sambutan ini dapat diadakan kerana kerjasama yang erat antara PIBG
dengan pihak sekolah serta sokongan daripada murid-murid. Berbagai-bagai acara Jumlah
telah disusun sempena sambutan ini. isi yang
Di samping itu, para murid mengadakan persembahan seperti nyanyian, cukup dan
tarian, lakonan dan sebagainya. Terdapat juga ibu bapa yang terlibat sama dalam tersusun
acara persembahan tersebut.
Sambutan Hari Guru pada tahun ini bertemakan “Guru Membina Ilmu
Menyempurnakan Akhlak”. Sememangnya pemilihan tema tersebut bertepatan
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan murid
yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Sambutan Hari Guru ini berakhir dengan jamuan ringan pada pukul
6.00 petang. Semua pihak berasa gembira kerana sambutan telah berjalan lancar
sebagaimana yang telah dirancangkan dan disambut dengan meriah sekali.



86

Menulis Karangan: Berita
MODEL
84 Keracunan Makanan





Tulis sebuah berita tentang kejadian keracunan makanan yang berlaku di sebuah sekolah. Tulis
berita kamu itu selengkapnya.

Rangka Karangan
Rangka Karangan
国文书写100篇5, 版权所有·侵权必究
Pd ❧ tempat, tarikh – keracunan makanan
I ❧ punca – makan nasi lemak di kantin sekolah
❧ jumlah murid yang muntah – bertambah
❧ pihak hospital telah dihubungi
❧ tempat memasak di kantin – sangat kotor
Pn ❧ bercadang untuk membawa bekal ke sekolah

Kamus Mini
Kamus Mini
keracunan 中毒 melarang 阻止
dikejarkan 被赶至 wad 病房
rapi 完善 terjamin 受保障



KLUANG, 7 Jun – Sebanyak 22 orang murid dari SJKC Kampung Tekukur telah mengalami
keracunan makanan. Kejadian telah berlaku pada pukul 10.30 pagi ketika murid-murid makan
nasi lemak di kantin sekolah. Kejadian tersebut menyebabkan semua mangsa dihantar ke
Hospital Kluang untuk mendapatkan rawatan susulan.
Menurut guru besar sekolah tersebut, pada awalnya hanya dua orang murid yang
muntah. Beberapa minit kemudian, jumlah murid yang muntah semakin bertambah. Tanpa
berf kir panjang, beliau melarang murid-murid daripada memakan nasi lemak yang dibeli.
Murid-murid yang disyaki mengalami keracunan makanan telah dibawa ke bilik
kesihatan. Memandangkan kejadian tersebut agak serius, pihak hospital telah dihubungi.
Kira-kira 20 minit kemudian, ambulans telah datang dan semua mangsa dikejarkan ke
hospital.
Tiga orang pegawai kesihatan daripada Kementerian Kesihatan telah memeriksa kantin
sekolah. Menurut pegawai kesihatan tersebut, keadaan tempat memasak di kantin sekolah
sangat kotor. Mereka mengarahkan pengusaha kantin menutup perniagaan selama dua
minggu untuk tujuan pembersihan.

Semua mangsa yang dihantar ke hospital telah ditahan di wad. Ibu bapa mereka
telah dihubungi oleh pihak sekolah untuk memaklumkan kejadian tersebut. Doktor yang
bertugas telah membuat pemeriksaan rapi terhadap setiap mangsa.
Ekoran daripada kejadian tersebut, banyak murid bercadang untuk membawa bekal
ke sekolah. Cara ini bukan sahaja dapat memastikan kesihatan terjamin, malahan dapat
menjimatkan wang. Kini, murid-murid semakin sedar betapa pentingnya menjaga kebersihan.



87

Menulis Karangan: Berita
MODEL
85 Tanah Runtuh





Satu kejadian tanah runtuh telah berlaku berdekatan tempat tinggal kamu. Tulis sebuah berita
mengenai kejadian itu. Tulis berita kamu itu selengkapnya.

Rangka Karangan
Rangka Karangan
国文书写100篇5, 版权所有·侵权必究
Pd ❧ tempat, tarikh – kejadian tanah runtuh
I ❧ punca – hujan lebat berlarutan
❧ kenderaan – rosak teruk – tiada kemalangan
❧ seorang mangsa – sempat – menyelamatkan diri
❧ tanah runtuh – menyebabkan kesesakan
Pn ❧ orang ramai dinasihatkan menggunakan laluan
alternatif
Kamus Mini
Kamus Mini
berlarutan 连续 deras 急速
terhumban 被抛掷 mengawal 控制
siasatan 调查 laluan alternatif 第二通道



IPOH, 18 Ogos – Satu kejadian tanah runtuh telah berlaku berhampiran Gua Tempurung
petang semalam. Kejadian tanah runtuh ini berlaku setelah hujan lebat berlarutan sejak
empat hari yang lalu.

10 buah kenderaan yang terdiri daripada lima buah kereta, dua buah lori dan tiga
buah motosikal telah rosak teruk akibat kejadian tersebut. Walau bagaimanapun, tiada
kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurut salah seorang mangsa yang dikenali sebagai Encik Bakar, kejadian berlaku
apabila beliau dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh. Setibanya di tempat kejadian,
keretanya telah dibawa arus deras. Mujurlah ada benteng di tepi jalan yang menyelamatkan
beliau daripada terhumban ke dalam gaung. Beliau sempat keluar daripada keretanya dan
menyelamatkan diri.

Kejadian tanah runtuh ini telah menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas
sepanjang lapan kilometer. Pasukan keselamatan dan penyelamat telah bergegas ke tempat
kejadian untuk menyelamatkan mangsa-mangsa dan mengawal keadaan lalu lintas.

Jentolak telah dihantar untuk membersihkan tempat kejadian. Selain itu, tempat kejadian
terpaksa ditutup sehingga siasatan lanjut selesai dijalankan. Orang ramai dinasihatkan
menggunakan laluan alternatif atau menangguhkan perjalanan.



88

Menulis Karangan: Berita
MODEL
86 Ekspedisi ke Gunung Pulai





Baru-baru ini sekumpulan murid dari sekolah kamu telah mengadakan ekspedisi ke Gunung Pulai.
Tulis berita tentang aktiviti yang dijalankan untuk dimuatkan dalam majalah sekolah kamu. Tulis
berita kamu itu selengkapnya.

国文书写100篇5, 版权所有·侵权必究
Kamus Mini
Rangka Karangan Kamus Mini
Rangka Karangan
Pd ❧ tempat, tarikh – ekspedisi ke Gunung Pulai ekspedisi 探险
I ❧ memberikan pendedahan kepada para peserta tentang alam ketahanan 忍耐力
sekitar
merentas 穿越
❧ aktiviti dijalankan – bersemangat – memenatkan
pondok 草棚
❧ memupuk semangat kerja berpasukan, tolong-menolong dan lasak 不固定
melahirkan semangat cinta akan alam sekitar
geograf 地理
Pn ❧ para peserta – mendapat pelbagai pengalaman






PONTIAN, 25 Februari – Sebanyak 40 orang murid serta enam orang guru pengiring SK Seri
Sinaran Tampok telah menyertai ekspedisi ke Gunung Pulai, Johor. Ekspedisi ini diadakan
selama dua hari bermula pada 18 Februari 2017 yang lalu.

Objektif utama ekspedisi ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada para peserta
tentang alam sekitar. Selain itu, aktiviti ini dijalankan untuk menguji ketahanan f zikal dan
mental para peserta.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti mencari harta karun, merentas sungai,
membina pondok dan mendirikan khemah. Para peserta kelihatan sungguh bersemangat
walaupun aktiviti itu agak lasak dan memenatkan.

Ekspedisi ini melibatkan peserta pelbagai kaum yang terdiri daripada 20 orang murid
Melayu, 10 orang murid Cina, lapan orang murid India dan dua orang murid Iban. Program
tersebut telah memupuk semangat kerja berpasukan, tolong-menolong dan melahirkan
semangat cinta akan alam sekitar dalam kalangan peserta.

Para peserta telah mendapat pelbagai pengalaman yang berguna semasa mengikuti
ekspedisi ini. Selain menguatkan ketahanan f zikal dan mental, mereka juga dapat melihat
bentuk muka bumi dan geograf di sekitar Gunung Pulai.




89

Menulis Karangan: Ucapan
MODEL
87 Anugerah Murid Cemerlang





Kamu telah terpilih sebagai penerima anugerah murid cemerlang di sekolah kamu. Kamu diminta
untuk menyampaikan ucapan. Tulis ucapan kamu itu selengkapnya.

Rangka Karangan
Rangka Karangan
国文书写100篇5, 版权所有·侵权必究
Pd ❧ kata alu-aluan
I ❧ terima kasih – pemilihan – murid cemerlang
❧ terima kasih – kepada guru-guru
❧ ibu bapa – mencapai kejayaan – rakan-rakan
Pn ❧ belajarlah bersungguh-sungguh – bertanya

Kamus Mini
Kamus Mini
peluang 机会 jawatankuasa 委员会
mendoakan 祈求 mendorong 鼓励
pendapat 意见 bertanya 发问
Karangan
Terbaik

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Kata alu-
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi memberi peluang aluan yang
kepada saya untuk berucap dalam majlis yang mulia ini. lengkap
Hadirin yang saya muliakan, Penggunaan kata penghadapan

Saya berasa amat terharu dan ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada jawatankuasa pemilihan kerana memilih saya sebagai murid cemerlang
SK Bukit Juara pada tahun ini.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada guru-guru kerana telah mengajar
dan mendidik saya sehingga berjaya dalam UPSR. Sebenarnya, kejayaan
saya ini bukanlah hasil saya seorang tetapi hasil guru-guru yang tidak jemu
membimbing dan mendoakan kejayaan saya dan rakan-rakan yang lain.
Jumlah isi
Hadirin yang dihormati, yang cukup
Tidak lupa juga kepada ibu bapa yang selalu mendorong saya sehingga dan mengikut
susunan
mencapai kejayaan seperti hari ini. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi
terima kasih kepada mereka. Terima kasih juga kepada rakan-rakan kerana
selalu membantu saya dalam pelajaran dan bertukar-tukar pendapat.

Akhir sekali, kepada adik-adik, saya doakan agar kalian berjaya dan
belajarlah bersungguh-sungguh. Janganlah berputus asa. Rajin-rajinlah
bertanya jika tidak faham dan gunakanlah masa yang ada dengan sebaik-
baiknya.

Sekian, terima kasih.


90

Menulis Karangan: Ucapan
MODEL
88 Ucapan Hari Guru





Sempena sambutan Hari Guru, kamu selaku ketua murid diminta memberikan ucapan. Tulis ucapan
kamu itu selengkapnya.

Rangka Karangan
Rangka Karangan
国文书写100篇5, 版权所有·侵权必究
Pd ❧ kata alu-aluan
I ❧ mengenangkan jasa dan bakti guru-guru
❧ guru-guru – komited terhadap tugas
❧ banyak murid yang berjaya melakar nama
❧ didikan – kurikulum, malahan – kokurikulum
Pn ❧ berjanji – menaikkan imej sekolah

Kamus Mini
Kamus Mini
lelah 劳累 komited 投入
pidato 演讲 cef 厨师
pendidik 教育者 disematkan 被铭记


Salam sejahtera saya ucapkan kepada yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha
Encik Chong Meng, Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Foo Yew, guru-guru dan rakan
sekalian. Selaku ketua murid, saya mewakili murid-murid sekolah ini ingin mengucapkan
“Selamat Hari Guru” kepada semua guru di sekolah ini.

Hadirin yang dihormati,
Sesungguhnya, kami berasa sungguh terharu mengenangkan jasa dan bakti guru-guru
terhadap kami. Tanpa mengenal erti lelah dan jemu, guru-guru gigih mendidik kami agar
menjadi warga yang berguna. Budi yang diberi tidak mampu kami balas dan tidak dapat
ditukar ganti.
Guru-guru di sekolah ini amat komited terhadap tugas mereka. Mereka sanggup
berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk membantu kami memperoleh kejayaan
yang cemerlang. Kami amat berterima kasih dan terharu atas pengorbanan mereka.
Hadirin yang dikasihi,

Saban tahun, nama sekolah ini semakin harum. Banyak murid yang berjaya melakar
nama sehingga ke peringkat kebangsaan. Ada yang bergelar juara catur, johan pidato dan
juga cef. Semuanya lahir daripada didikan yang bukan sahaja dalam bidang kurikulum,
malahan dalam bidang kokurikulum.

Saya akhiri ucapan saya dengan ucapan “Selamat Hari Guru” kepada semua warga
pendidik di sekolah ini. Kami berjanji akan belajar bersungguh-sungguh serta menaikkan imej
sekolah. Setiap jasa guru akan sentiasa kami kenang dan disematkan dalam hati.
Sekian, terima kasih.



91

Menulis Karangan: Ucapan
MODEL
89 Ucapan Takziah





Sekolah kamu telah menjalankan program amal bagi membantu mangsa banjir. Sebagai Pengerusi
Kelab Prihatin, kamu diminta menyampaikan ucapan takziah dalam sebuah majlis penyerahan
sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir. Tulis teks ucapan kamu itu selengkapnya.

Rangka Karangan
Rangka Karangan
国文书写100篇5, 版权所有·侵权必究
Pd ❧ kata alu-aluan
I ❧ mengucapkan takziah – rasa simpati
❧ berharap agar semua pihak berhati-hati
❧ berharap – tidak terlalu sedih – ada hikmah
❧ telah melancarkan pungutan derma kilat
Pn ❧ diharapkan sumbangan – dapat membantu

Kamus Mini
Kamus Mini
simpati 同情 melanda 闯入
dugaan 测验;测试 hikmah 真正目的
derma kilat 快速募款 kakitangan 职员



Selamat pagi dan salam sejahtera kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan
Pengerusi JKKK Kampung Bera, rakan-rakan dan hadirin yang dikasihi sekalian. Saya ingin
mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap pada
pagi yang mulia ini.
Hadirin yang dikasihi,
Saya ingin mengucapkan takziah serta berkongsi rasa simpati terhadap mangsa-
mangsa yang terlibat dalam bencana banjir baru-baru ini. Pada musim hujan yang melanda
kini, saya berharap agar semua pihak berhati-hati dan berjaga-jaga untuk sebarang
kemungkinan.
Saya juga berharap agar semua mangsa yang terlibat tidak terlalu sedih dan sentiasa
bersabar. Sesungguhnya, ini merupakan dugaan daripada Tuhan. Mungkin di sebalik
peristiwa ini ada hikmah yang tersembunyi.
Hadirin yang dihormati,

Pada minggu lepas, Kelab Prihatin sekolah kami telah melancarkan pungutan derma
kilat untuk disumbangkan kepada mangsa-mangsa yang terlibat. Sebanyak RM2456.70
telah berjaya dikutip sepanjang minggu tersebut. Sumbangan ini adalah daripada guru-guru,
kakitangan sekolah dan murid-murid.
Diharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban
semua mangsa banjir. Untuk mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya ucapkan takziah.
Sekian, terima kasih.



92

Menulis Karangan: Syarahan
MODEL
90 Cara-cara untuk Mengatasi
Pencemaran Alam Sekitar




Kamu akan menyertai pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Tajuk
syarahan kamu ialah “Cara-cara untuk Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar”. Tulis teks syarahan
kamu itu selengkapnya. i-THINK
i-THINK
国文书写100篇5, 版权所有·侵权必究
ibu sedar akan tanggungjawab bapa Kamus Mini
Kamus Mini
menjaga alam sekitar
sedar 醒悟;意识
menjaga dan ikutan 模范
memelihara Cara-cara Mengatasi penguatkuasaan penguatkuasaan 执行者
alam sekitar Pencemaran Alam undang-undang
dengan baik Sekitar serik 不愿;害怕
dipergiatkan 被鼓励
peranan media massa
guru Internet memelihara 保育;保护


Karangan
Terbaik


Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Encik Albert Tan, Guru Besar
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chua Hua, para hakim, guru-guru dan yang Kata alu-
dikasihi rakan-rakan. Selamat sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan saya aluan yang
pada pagi yang berbahagia ini ialah “Cara-cara untuk Mengatasi Pencemaran lengkap
Alam Sekitar”.
Hadirin yang dihormati, Penggunaan kata penghadapan
Langkah yang pertama ialah masyarakat haruslah sedar akan
tanggungjawab mereka menjaga alam sekitar. Ibu bapa haruslah menjadi
tauladan yang baik sebagai ikutan kepada anak-anak, contohnya tidak
membuang sampah merata-rata.
Selain itu, penguatkuasaan undang-undang juga perlu dilaksanakan
bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Tindakan yang tegas dan Isi yang
berat akan dikenakan terhadap pesalah supaya mereka serik untuk melakukan lengkap
berserta
perbuatan itu lagi. contoh
Hadirin yang dikasihi,
Peranan media massa seperti Internet, surat khabar, televisyen dan radio
harus dipergiatkan melalui kempen-kempen penjagaan alam sekitar. Kempen-
kempen ini dapat mendedahkan orang ramai tentang kepentingan menjaga
alam sekitar.
Alam sekitar ini merupakan hak dan tanggungjawab kita bersama.
Kehidupan kita akan lebih selesa dan sihat sekiranya kita menjaga dan
memelihara alam sekitar dengan baik. Dengan itu, sayangilah alam sekitar kita.
Sekian, terima kasih.


93

Menulis Karangan: Syarahan
MODEL
91 Kebersihan Sekolah
Tanggungjawab Bersama




Kamu diminta menyampaikan syarahan semasa majlis perhimpunan mingguan di sekolah kamu.
Tajuk syarahan kamu ialah “Kebersihan Sekolah Tanggungjawab Bersama”. Tulis syarahan kamu
itu selengkapnya.

Rangka Karangan
Rangka Karangan
国文书写100篇5, 版权所有·侵权必究
Pd ❧ kata alu-aluan
I ❧ sekolah yang bersih – impian para guru
❧ membersihkan kawasan sekolah – membantu
❧ persekitaran – kotor – mengganggu
❧ murid – bertanggungjawab – menyapu – sampah
Pn ❧ bersama-sama menjaga kebersihan – sekolah

Kamus Mini
Kamus Mini
impian 梦想 usaha 努力 luas 宽阔
kondusif 舒适 kemudahan 设施 berpesan 叮咛



Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, guru-guru dan rakan sekalian.
Tajuk syarahan saya ialah “Kebersihan Sekolah Tanggungjawab Bersama”.

Hadirin yang dihormati,
Sekolah yang bersih, indah dan cantik merupakan impian para guru dan murid-murid.
Bagi memastikan sekolah terus bersih dan indah, pelbagai usaha telah dijalankan seperti
pertandingan kelas tercantik.
Seperti yang diketahui umum, setiap sekolah mempunyai pekerja yang ditugaskan
untuk membersihkan kawasan sekolah. Namun begitu, murid-murid tidak boleh meletakkan
tanggungjawab ini kepada mereka semata-mata kerana kawasan yang perlu dibersihkan
terlalu luas. Maka, tidak salah sekiranya murid-murid sama-sama membantu mereka.

Hadirin yang dihormati,
Persekitaran kelas yang kotor sebenarnya mengganggu perhatian murid kerana
pemandangan yang kurang enak. Oleh sebab itulah, kelas yang bersih dan kondusif sangat
perlu untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Sebagai murid yang bertanggungjawab, sekiranya terdapat kotoran di dalam kelas,
murid hendaklah menyapu dan memasukkan sampah ke dalam tong sampah yang
disediakan. Lagipun, setiap kelas telah disediakan dengan kemudahan seperti penyapu dan
tong sampah.
Akhir sekali, saya ingin berpesan kepada rakan-rakan. Marilah kita bersama-sama
menjaga kebersihan di kawasan persekitaran sekolah.
Sekian, terima kasih.



94


Click to View FlipBook Version