The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BAHAN INOVASI - PENGHASILAN PRODUK REKA BENTUK ( TEMSIC) - CIKGU SHAHIRA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by halizaomarjpnt, 2021-10-14 10:42:16

BAHAN INOVASI - PENGHASILAN PRODUK REKA BENTUK ( TEMSIC) - CIKGU SHAHIRA

BAHAN INOVASI - PENGHASILAN PRODUK REKA BENTUK ( TEMSIC) - CIKGU SHAHIRA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN Tel: 09-8662220
BADRUL ALAM SHAH (TEA2023) Faks: 09-8640122
24200 KEMASEK, KEMAMAN, E-mel: [email protected]
TERENGGANU
MALAYSIA

1.0 KATEGORI PERTANDINGAN

Kategori Sekolah Menengah

2.0 TAJUK INOVASI

PENGHASILAN PRODUK REKA BENTUK

3.0 SINOPSIS INOVASI

Perancangan, penyusunan dan penulisan Modul / Bahan Inovasi “ PENGHASILAN PRODUK

REKA BENTUK” ini dibuat setelah kami mengalami kesukaran dalam mengajar RBT Tingkatan 3
( Bab 2: Pembangunan Produk). Pelajar-pelajar kami begitu sukar untuk menjana idea dalam mencipta
produk.baru ataupun membuat inovasi produk sedia ada. Hal ini pula, bertambah rumit apabila, pelajar
perlu memasukkan sekurang-kurangnya 2 daripada 9 Aplikasi teknologi yang telah dipelajari mereka.
9 Aplikasi Teknologi yang dimaksudkan adalah:

1) Reka Bentuk Sistem Fertigasi
2) Reka Bentuk Fesyen
3) Teknologi Pembuatan
4) Reka Bentuk Mekanikal
5) Reka Bentuk Elektrik
6) Reka bentuk Elektronik
7) Reka Bentuk Akuaponik
8) Reka Bentuk Makanan
9) Rekan Bentuk Mekatronik

Selain itu, alternatif inovasi ini diambil oleh kami untuk memberi pemahaman yang lebih

kepada pelajar-pelajar malah boleh dijadikan bahan bantu mengajar guru-guru RBT terutama bagi
guru-guru baru yang mengajar mata pelajaran RBT atau guru bukan opsyen. Oleh itu, ini adalah salah
satu cara memudahkan para guru dalam menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan
berkaitan dengan penghasilan produk Reka bentuk. Walaupun, tajuk ini agar sukar bagi pelajar, tetapi
bahan modul/inovasi ini mampu memberi keseronokan dan kefahaman mendalam di kalangan guru
dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar sendiri. Selain itu, guru –guru juga boleh mencambah
pelbagai idea menarik melalui asas yang dibuat ini dengan menghasilkan produk baru atau membuat
inovasi produk sedia ada. Ini secara tidak langsung, membantu pelajar-pelajar RBT dalam mencipta
produk atau membuat inovasi.

Kandungan buku / bahan inovasi ini memaparkan Asas cara pemasangan LITAR SIRI dan

LITAR SELARI. Justeru itu, kami sangat berharap agar pelajar – pelajar dapat memanfaatkan
sepenuhnya buku ini untuk membantu mereka dalam memahami tajuk ini seterusnya dapat
melaksanakan amali ini dengan berjaya menghasilkan produk.Insya - Allah.

Sejajar dengan perkembangan Teknologi pada masa kini, serta persekolahan norma baharu
iaitu Pembelajaran dan Pembelajaran di Rumah ( PdPR ), kami juga meyediakan kaedah

1

pembelajaran ini melalui video di Youtube. Pelajar-pelajar boleh menonton berulangkali sehingga
betul-betul faham dan jelas dengan penerangan guru. Guru juga menggunakan medium Delima (
Google Meet ) untuk perbincangan di kalangan pelajar dengan guru dan pelajar-dengan pelajar.

4.0 OBJEKTIF INOVASI

Inovasi Penghasilan Produk reka bentuk ini adalah untuk membantu guru-guru dan pelajar-pelajar
terutama pelajar tingkatan 3 serta pelajar RBT tingkatan 1-2 untuk:
4.1 Mengenal pasti komponen-komponen yang boleh digunakan unyuk membina atau

menghasilkan produk
4.2 Memasang dan menyambung litar Siri dan Litar selari dengan betul dan tepat
4.3 Menjelaskan bagaimana aplikasi teknologi yang dipilih berfungsi untuk produk yang dihasilkan
4.4 Menghasilkan produk berfungsi atau berfungsi sebahagiannya.
4.5 Membuat pengujian dan penilaian kefungsian serta kesesuaian produk.
4.6 Membuat cadangan penambahbaikan produk berdasarkan laporan keputusan ujian.

5.0 KUMPULAN SASARAN

5.1 Pelajar-pelajar RBT tingkatan 1-3
Pendedahan kepada contoh asas penyambungan litar Siri atau Litar Selari ini pada

produk barangan kitar semula ini dapat memberi idea pada pelajar untuk mencipta sendiri
2

produk. Secara tidak langsung, pelajar boleh mengunakan apa sahaja barang yang ada di
persekitaran mereka.

3

5.2 Guru-guru mata pelajaran RBT tingkatan 1-3
Sistem pembelajaran norma baharu ini menyukarkan guru-guru RBT untuk membuat

amali kepada pelajar-pelajar mereka secara bersemuka. Justeru itu, ini menyukarkan guru-guru
untuk mengajar tajuk ini dengan terbatasan alat dan juga bahan yang mungkin tiada di rumah.
Alternatif ini diambil untuk memberi penerangan dan pemahaman yang lebih kepada guru-guru
terutama guru-guru di SMKBAS.

Saya percaya dengan projek ini dapat membantu kumpulan sasar ini untuk
melaksanakan pengajaran & pembelajaran berkesan walaupun secara atas talian ataupun offline
disebabkan system persekolahan secara PdPR.

4

5.3 Guru-guru matapelajaran SRT tingkatan 4
Justeru itu, alternatif ini membolehkan guru SRT mengaplikasikan inovasi ini dalam

tajuk jahitan pakaian. Secara tidak langsung, ini menggalakkan pelajar untuk berinovasi dalam
reka bentuk fesyen misalnya beg berLED, topi berled ataupun penggunaan pen 3D yang
memberi impak kelainan pada rekaan fesyen yang dibuat.

Penggunaan pen 3-D

Fabrik Denim

6.0 LATAR BELAKANG PROSES PENGHASILAN INOVASI

Menyedia bahan dan alatan asas untuk pemasangan Litar Siri
dan Litar Selari ( Rujuk Video di Youtube
https://youtu.be/mXeAJOezQOk
Pelajar perlu tahu asas penyambungan Litar Siri.

Potong wayar penyambung mengikut saiz produk yang ingin
dihasilkan serta bahan-bahan lain

Buat penyambungan asas menggunakan Penyambungan Litar
Siri pada alat yang ingin dihasilkan iaitu Lampu suluh

Buat pemasangan dan penyambungan 5wayar dengan betul dan

tepat. Buat pengujian kefungsian produk tersebut.

Rujuk video di Youtube secara terperinci.

https://youtu.be/mXeAJOezQOk

7.0 ISU/MASALAH YANG DITANGANI OLEH INOVASI

7.1 Guru boleh menggunakan bahan/modul inovasi ini di dalam kelas untuk proses pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih berkesan. Hal ini kerana, guru boleh memberi contoh asas
penggantian pada LED dengan menggantikan mentol, kipas , bunyi dan lain-lain yang
difikirkan sesuai. Seterusnya, guru membuat perbincangan bersama pelajar dan membantu
pelajau untuk kreatif mencipta produk mereka sendiri.

7.2 Pelajar –pelajar boleh mengenalpasti bahagian komponen yang perlu dibuat pengubahsuaian
merujuk pada produk yang mereka ingin cipta. Walaupun tajuk ini agar sukar, tetapi akan jadi
menarik dan interaktif bila pelajar mampu mengadaptasi daripada modul cikgu beri ini. Insya-
Allah, pelajar mampu mencipta produk dengan mengaplikasi kaedah, cara dan Teknik yang
disampaikan oleh guru.

8.0 HURAIAN INOVASI
8.1 Bahan yang digunakan. ( Rujuk Youtube

BAHAN ALAT
Batang paip PVC Hot Glue gun
Botol Air Mineral Pemateri
Wayar Pembaris keluli
Penyambung/Jumper
Mentol “soletape”
Penyambung Bateri Playar Kacip/Cutter
2 biji Bateri 2A 1.5V Pena Ujian
Klip Penyambung Gunting
1 biji Suis Tekan
Kertas Sticker

8.2 Cara Inovasi digunakan ( rujuk Video di youtube https://youtu.be/mXeAJOezQOk )

8.2.1 Guru perlu menerangkan secara teori terlebih dahulu penyambungan Litar Siri dan
Litar Selari

8.2.2 Guru menunjukkan cara pemasangan litar melaui Youtube.
8.2.3 Setiap pelajar perlu membuat inovasi atau pengubahsuain Litar tersebut dengan

mengaplikasikan pada produk boleh guna seperti Lampu meja, lampu tidur, topi Berled,
beg bercahaya, pengisar dan lain-lain lagi.
8.3 Setiap pelajar perlu menghasilkan produk ciptaan mereka dengan menghasilkan produk
berfungsi atau berfungsi sebahagiannya.
8.4 Membuat pengujian dan penilaian kefungsian serta kesesuaian produk.
8.5 Membuat cadangan penambahbaikan produk berdasarkan laporan keputusan ujia

6

8.6 KOS BAGI MENGHASILKAN INOVASI

8.6.1 KOS BAHAN

BAHAN KUANTITI KOS SEUNIT(RM) JUMLAH KOS (RM)
Batang paip PVC 20cm RM3.00/meter RM0.60
Botol Air Mineral 1 RM0.10/botol RM0.10
Wayar Penyambung/Jumper 30cm RM0.30/50cm RM0.20
hitam dan merah
Mentol 1 RM1.20/set RM1.20
Penyambung Bateri 1 RM0.40/biji RM0.40
Bateri 2A 1.5V 2 RM3.20/4biji RM1.60
Klip Penyambung 1 RM0.20/biji RM0.20
1 biji Suis Tekan 1 RM0.20/biji RM0.20
Kertas Sticker secukupnya RM0.70
RM05.20

8.6.2 KOS UPAH

= Bilangan pekerja x masa x kadar upah
=1 x 2 x RM3.00
= RM6.00

8.6.3 KOS OVERHED JUMLAH KOS (RM)
RM1.35
BAHAN RM2.00
Air RM3.35
Elektrik
JUMLAH

8.6.4 KOS PROJEK

= Kos Bahan + Kos Upah + Kos Overhed
= RM05.20 + RM6.00 + RM3.35
= RM14.55

8.7 Keberkesanan inovasi kepada pengajaran dan pembelajaran

8.7.1 Pelajar tingkatan 2 dan 3 boleh menghasilkan produk Reka bentuk yang berfungsi
mengikut ciptaan yang direka oleh mereka.
Rujuk gambar di bawah serta di youtube https://youtu.be/mXeAJOezQOk

7

PENGHASILAN PRODUK PELBAGAI FUNGSI

PRODUK LAMPU DAN KIPAS LAMPU BERCAHAYA

8

8.4.2 Pelajar-pelajar SRT tingkatan 4

Pendedahan kepada penggunaan pen 3D serta pembuatan resin ( butang dan hiasan )
mampu menghasilkan keunikan pada projek jahitan yang dijahit. Selain itu, produk
yang dicipta mempunyai faktor keselamatan dan berfaedah.
Rujuk Youtube

BEG BERLAMPU TOPI BERLAMPU

8.4.3 Justeru itu, alternatif ini membolehkan guru SRT mengaplikasikan aplikasi teknologi ini dalam

penghasilan produk berasakan fabrik jahitan yang mempunyai nilai keunikan tersendiri serta
mempunyai aspek keselamatan kepada si pemakai

9

Penggunaan pen 3D

Fabrik Denim

8.8 Potensi untuk disebar luaskan kepada pihak lain

8.8.1 Sasaran saya adalah guru-guru RBT daerah Kemaman.. Oleh itu, dengan adanya bahan
modul/inovasi ini boleh digunapakai dan membantu guru untuk pengajaran dan
pembelajaran lebih berkesan terutama pembelajaran di atas talian iaitu pengajaran dan
pembelajaran di rumah( PdPR).Secara tidak langsung memberi motivasi kepada pelajar
untuk meminati tajuk ini serta untuk menghasilkan produk ciptaan sendiri.

8.8.2 Saya juga akan mengaplikasikan penggunaan modul ini di dalam aktiviti Persatuan
RBT dan STEM. Usaha ini sebagai satu cara untuk menggalakkan pelajar-pelajar untuk
kreatif dan berinovasi dalam mencipta produk baru.

10


Click to View FlipBook Version