The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

bahanBM1e-Tutorial_ElitTRG20[1]

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by halizaomarjpnt, 2020-12-05 03:30:11

BAHASA MELAYU

bahanBM1e-Tutorial_ElitTRG20[1]

BENGKEL e-TUTORIAL KUMPULAN PELAJAR SUPER ELIT DAN ELIT
NEGERI TERENGGANU

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2020/2021

Mata Pelajaran : BAHASA MELAYU KERTAS 1

LANGKAH MENULIS KARANGAN

Calon-calon digalakkan menggunakan kaedah 3P:

-Perancangan

-Penulisan

-Penyemakan

BAHAGIAN A (30 MARKAH)

Strategi Cadangan Masa (45 Minit)
Perancangan Karangan 10 minit
Penulisan karangan 30 minit
Penyemakan Karangan 5 minit

BAHAGIAN B ( 100 MARKAH )

Strategi Cadangan Masa (45 Minit)
Perancangan Karangan 15 minit
Penulisan karangan 70 minit
Penyemakan Karangan 5 minit

PERKARA-PERKARA PENTING BAHASA MELAYU KERTAS 1

Karangan Kepanjangan Masa yang Jumlah isi Markah penuh
dicadangkan

Karangan A 200-250 45 minit 3 isi 30 markah
berdasarkan perkataan
Bahan
Rangsangan

Karangan B Melebihi 350 1 jam 30 minit 5 isi 100 markah
Karangan perkataan
respons terbuka

TIPS MENJAWAB BM 1 SPM :

- Karangan Bahagian A sebaik-baiknya ditulis dalam 5 perenggan, iaitu 1 perenggan
pendahuluan, 3 perenggan isi dan 1 perenggan penutup

- Karangan Bahagian B sebaik-baiknya ditulis dalam 7 perenggan, iaitu 1 perenggan
pendahuluan, 5 perenggan isi dan 1 perenggan penutup

- Setiap perenggan isi sewajarnya bermula daripada FAKTA → HURAIAN → CONTOH
( disulami penanda wacana + Ungkapan Menarik dan berakhir dengan Ayat Simpul/Ayat
Penegasan/Kesimpulan Kecil )

- Untuk soalan bahagian A, boleh sahaja menulis karangan tersebut walaupun melebihi 250
patah perkataan tetapi patuh pada peruntukkan masa 45 minit

- Pastikan pemerenggan yang sesuai ditulis secara seimbang dan sesuai seperti cadangan
berikut;

- 1. Pendahuluan (5-8 baris)
2. Isi (13-15 baris)
3. Penutup (5-8 baris)

- Pastikan juga setiap perenggan mesti ada penanda wacana, diksi dan ungkapan menarik serta
ayat yang bervariasi

- Untuk soalan bahagian B, pilihlah 1 daripada 5 soalan yang betul-betul dapat dijawab dan
menguasainya serta mesra dengan kita untuk menulis karangan tersebut

- Karangan Bahagian B panjang karangan yang sebaik-baiknya dalam 600 patah perkataan, dan
jangan menulis terlalu panjang serta meleret-leret supaya tidak terdedah pada kesalahan
bahasa yang lebih banyak

- Peruntukkan masa sekurang-kurangnya 10 minit penyemakan untuk dipastikan tiada berlaku
kesalahan ejaan, istilah atau ayat yang tidak gramatis

SOALAN-SOALAN KARANGAN SPM 2012 – JULAI 2020

TAH BAHAGIA BAHAGIAN B
UN NA
2020 SOALAN 1 SOALAN 2 SOALAN SOALAN 4 SOALAN
(Jula Kebaikan 5
i) menyerta Pengalaman Syarahan 3
bkerja – Aktiviti
2019 i sukan Bincngkan bantuan yg yg sesuai
2018 air sementara kepenting
ketika an Sains Kebaikan sesuai kpd negara yg utk
2017 Kebaikan menarik
pusat menunggu dan pelancan mengalami masalah minat
2016 sumber keputusan,binc teknologi murid
gan kpd peperangan,bencana,k terhadap
2015 Pengangk angkan - dl
utan kebaikan kehidupan negara emiskinan karya
2014 awam manusian sastera
Amalan Kebersiha dan masy pelanco
Peranan membaca ngan
UBK n Laporan Memasarkan produk
Faedah lawatan Malaysia ke peringkat Manfaat
Ciri-ciri kokurikulum Peranan karya
sek ibu bapa – Pidato – antarabangsa sastera
selamat Menjadi anak Menghor sukan Kepentingan
kebanggaan mati kaum menguku hubungan baik antara Petikan
Sambuta keluarga hkan negara gurinda
n hari Peranan perpadua m–
guru Ceramah sek – m Rencana – kebaikan kelebiha
mengurangkan amalan Langkah TMK kpd masy n
Faedah kemalangan mencintai - antarabangsa bersikap
sukan dlm kalangan alam menghasi pemurah
lasak pljr sekitar lkan Penyakit berbahaya
Laporan makanan Menghar
bantuan Peranan yg cukup gai
bencana alam keluarga – kpd sasteraw
menghada rakyat an
Syarahan – pi masalah Alam
pengurusan sosial sekitar – Jelaskan
masa utk Manfaat banjir perkara
melahirkan aktiviti yg blh
individu rekreasi Kepentin Usaha memastikan dijadikan
cemerlang kpd masy gan keamanan sejagat pedoma
mengekal n hidup
Peranan kan dlm
ahli budaya sesebua
keluarga – warisan h karya
membant Aktviti
u ahli yg Peranan Kerjasama memupu
kerajaan membanteras k minat
memajuk penyeludupan dadah murid
an terhadap
pertanian sastera

2013 Kepentin Usaha mempuny Kebaikan Kebaikan Tulis
2012 gn membentuk ai masalah mempun menganjurkan sukan cerita –
memeliha akhlak terpuji Peranan yai rakyat bertaraf antarabangsa penghar
ra dan ibu bapa – berminda gaan
memulih Faedah mengawal kelas terhadap
ara menyertai pemakana pertama jasa guru
bangunan program n segera
bersejara motivasi
h Rencana – Kepentin Kebaikan produk Tulis
kebersiha gan makanan halal cerita –
Aktiviti n bahasa Malaysia air
hari tanggungj kebangsa dicincan
kebangsa awab an g takkan
an bersama putus

Tema-Tema Penting BM SPM 2020 -Koperasi yang diharapkan
-Peranan/Faedah koperasi sekolah
1 Koperasi Sekolah -Peranan pengawas
-Faedah
2 Pengawas Sekolah -Kebaikan/Kepentingan
3 Perhimpunan Rasmi Sekolah -Usaha memajukan/
4 Amalan Rumah Terbuka Faktor menarik minat pelancong
5 Industri Pelancongan -Tanggungjawab anak/Cara menjaga
warga emas
6 Menghargai Warga Tua -Faedah/Kebaikan/Peranan ibu bapa/
Kerajaan
7 Amalan Menabung/Pelaburan Menjamin -Kebaikan/Kepentingan/Faktor
Masa Depan perpaduan kaum
Kebaikan
8 Semangat Kejiranan -Kebaikan/Kepentingan/Usaha
memajukan mutu sukan negara
9 Rumah Terbuka pada musim perayaan -Laporan/Keperihalan/Gambaran
10 Sukan Seantero Dunia -Langkah mengatasi
-Usaha/Kebaikan/Kepentingan
11 Hari Sukan Tahunan -Usaha memajukan IPT/Kepentingan
12 Kesan-kesan Pemanasan Global kepada pembangunan negara
13 Program Kitar Semula -Peranan ibu bapa/Kebaikan/Kepentingan
14 Pendidikan Industri -Kesan negatif dan usaha mengatasi
Peranan ibu bapa/ Kerajaan
15 Amalan Gaya Hidup Sihat -Kepentingan sungai dalam kehidupan
16 Penggunaan Telefon Bimbit/Internet -Utamakan barangan buatan tempatan
-Peranan ibu bapa/Pihak sekolah
16 Kepentingan Sungai -Cara-cara memanfaatkan cuti sekolah
17 Barangan buatan tempatan -Jenis bantuan/Kesan bencana alam
18 Masalah Sosial Remaja -Cara-cara/Usaha
19 Cuti Persekolahan -Peranan ibu bapa/Pihak sekolah
20 Bencana Alam -Langkah pencegahan/Mengatasi
21 Menghargai Jasa Guru
22 Ciri-ciri Remaja Cemerlang
23 Penyakit Berjangkit/Penyakit Kronik

24 Kesan-kesan Pendatang Asing -Usaha mengatasi
25 Kegiatan Jenayah -Peranan kerajaan/Masyarakat/Semua
pihak
26 Isu jerebu -Isu jerebu dan kerjasama serantau
menanganinya
27 Menjaga nama baik/Keselamatan negara -Peranan masyarakat menjaga nama baik/Keselamatan
negara

Bahagian A
[ 30 markah ]
[Masa dicadangkan : 45 minit]
Gambar rajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada usaha untuk memupuk semangat
kejiranan.
Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk memupuk semangat kejiranan
dalam kalangan masyarakat di negara kita. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga
250 patah perkataan.

Kempen
kebaikan hidup berjiran

Hormat- MEMUPUK Ziarah-menziarahi
menghormati SEMANGAT
KEJIRANAN

Pendahuluan:

Maksud al-hadis bahawa jiran itu mereka yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu 40 buah rumah di
segenap penjuru masih dianggap sebagai jiran yang mesti dipelihara hak-haknya. Begitu sekali penting
dan pemberatan budaya hidup berjiran pada perspektif Islam. Namun begitu, dasawarsa ini semangat
kejiranan nampaknya kian luntur sehingga kedapatan jiran sebelah-menyebelah rumah pun sudah
tidak dikenali lagi. Mengapakah fenomena ini boleh terjadi sedemikian? Persoalan ini perlu dijawab
oleh semua pihak lantaran setiap individu yang ada tempat tinggal pasti ada jirannya. Sesungguhnya
setiap penyakit ada penawarnya, dan sudah pasti setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.

Satu daripada pendekatan bagi memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat di
negara kita adalah dengan melaksanakan kempen Kebaikan Hidup Berjiran. (Ayat Judul/AJ)

Huraian 1/H1 :Kempen peri pentingnya hidup berjiran boleh diuar-uarkan melalui pelbagai media
cetak dan media elektronik seperti radio,televisyen, akhbar, majalah, Internet bahkan
boleh juga melalui khutbah-khutbah Jumaat di seluruh negara. Senada dengan itu,
kata-kata seperti “Jiran Sepakat Membawa Berkat” sesuai sekali digunakan di
sepanjang kempen ini.

Huraian 2/H2 :Kehidupan berjiran dikatakan sangat baik diamalkan lantaran terdapat banyak faedah
seperti boleh saling bertolongan, bertegur sapa dan bekerjasama dalam
melaksanakan sesuatu perkara, umpamanya bergotong-royong membersihkan
kawasan kejiranan.

Huraian 3/H3: Sebagaimana sedia kita maklum bahawa negara kita terdiri daripada masyarakat
majmuk seperti kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Huraian 4/H4: Hal ini lebih bermakna apabila terdapat pelbagai kaum yang menghuni di sesuatu
kawasan perumahan, dan secara langsung akan membawa kepada perpaduan
negara. Benar kata peribahasa bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Ayat Simpul/AS : Tuntasnya, kempen kebaikan hidup berjiran ini perlu disambut baik oleh semua
lapisan masyarakat di Malaysia agar semangat kejiranan ini dapat dihidupkan
kembali.

Seperkara lagi yang membolehkan kehidupan berjiran akan dapat diharmonikan semula adalah
dengan menghidupkan amalan hormat-menghormati sesama jiran tetangga.(Ayat Judul/AJ)

Huraian 1/H1 : Sikap hormat-menghormati antara satu sama lain sangatlah dituntut dalam
memastikan kerukunan hidup berjiran.

Huraian 2/H2 :Budaya murni, iaitu saling menghormati ini seyogia diamalkan seperti bertegur sapa,
bermanis muka, sentiasa bertanya khabar, dan beramah mesra antara jiran.

Huraian 3/H3:Perkara-perkara negatif seperti menyakitkan hati, berbuat bising, tidak bertegur sapa,

bermasam muka atau apa-apa sahaja yang boleh mengganggu ketenteraman jiran
perlulah dijauhi.

Huraian 4/H4:Sesungguhnya sikap yang muda disayangi, yang tua dihormati wajar sekali
dipraktikkan dan sebenarnya hidup berjiran itu saling memerlukan umpama aur
dengan tebing.

Ayat Simpul/AS :Sudah terang lagi bersuluh bahawa amalan hormat-menghormati antara sesama
jiran perlu dibudayakan demi melestarikan semangat hidup berjiran.

Inisiatif lain yang tidak kurang pentingnya demi menyemarakkan semangat kejiranan semula
adalah dengan cara ziarah-menziarahi antara satu sama lain. (Ayat Judul/AJ)
Huraian 1/H1 : -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Huraian 2/H2 :-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Huraian 3/H3: -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Huraian 4/H4: -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ayat Simpul/AS : -------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Penutup:
Khulasahnya, dengan mengadakan pelbagai kempen bahawa pentingnya hidup berjiran, budayakan
amalan ziarah-menziarahi serta saling menghormati dengan disambut oleh semua pihak, pasti
kerukunan hidup berjiran akan disegarkan kembali. Benar kata orang bertepuk sebelah tangan tidak
akan berbunyi. Kehidupan ini umpama sekotak krayon, walaupun berlainan warna tetapi saling
memerlukan untuk menghasilkan satu lukisan yang indah. Biarlah matahari terus bersinar, laut terus
membiru, awan terus berarak, asalkan warisan leluhur, iaitu kehidupan rukun berjiran di Malaysia
dapat dilestarikan. Sesungguhnya langit Malaysia akan dicorakkan dengan warna-warni semangat
kejiranan, perpaduan serta kejayaan rakyatnya. Hal ini menepati aforisme klasikal Melayu, iaitu
pantun di bawah,

Cantik berseni kain pelikat,
Benang emas buat sulaman;
Jiran sepakat membawa berkat,
Rakyat sejahtera negara aman.

* Sekiranya soalan ini dikemukakan untuk bahagian B, sila tambahkan dua isi lagi seperti
cadangan berikut:

Isi 4 – Mengadakan gotong-royong dalam sesuatu pekerjaan di kawasan
Kejiranan/Rukun Tetangga/Persatuan Kejiranan

Isi 5 – Saling bertolongan dan bersikap prihatin terhadap jiran tetangga/bawa buah tangan semasa
bertandang ke rumah jiran/bertukar-tukar juadah

Lagi ungkapan menarik berkaitan kejiranan / perpaduan :

Jadikan nafsi-nafsi, siapa lu siapa gua, sikap bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-
masing sebagai sempadan dalam masyarakat madani
Sesusun bak sirih, serumpun bak serai, seikat bak lembing dan sedencing bak besi ( maksud
perpaduan )
Sayangi jiran anda / jiranku, jiranmu jua…
Hakikatnya terdapat beberapa perencah utama dalam memupuk semangat kejiranan…
Selari dengan kecanggihan TMK, kerajaan mampu menggiatkan kempen kejiranan dengan pantas
dan berkesan melalui aplikasi seperti wechat, facebook, whatsapp, instagram dan lain-lain…
Prakarsa ini cukup ampuh bagi menyemai nilai murni kejiranan ini…

….Sambutan pelbagai perayaan merupakan peluang keemasan yang seyogia digunakan oleh
rakyat Malaysia dengan sebaik-baik mungkin untuk menziarahi antara satu sama lain…
Apa-apa yang kita berikan kepada jiran ialah apa-apa yang kita peroleh daripada jiran
(Profesor Hamka)

Jiran yang baik merupakan harta yang tidak ternilai (bidalan Cina)
Tuntasnya, semua pihak mestilah membanting tulang dan mengerah keringat mereka dalam
memupuk semangat kejiranan yang kian lusuh. Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat
sagunya…

BORANG RANGKA PERSEMBAHAN Teknik IMBAKUP / TEKNIK IBAMKUP

Budaya makan bersama-sama keluarga di rumah semakin kurang diamalkan oleh masyarakat
kita disebabkan setiap orang sibuk dengan urusan masing-masing. Huraikan pelbagai
kebaikan dengan makan bersama-sama.
Isu
tugasan soalan

IMBAKUP
Idea (nape)
Mengapa(wakpe)
Bagaimana(wak gane)
Kesan (jadi gane)
Ungkapan menarik
penutup

IBAMKUP
Idea (nape)
Bagaimana (wak gane)
Mengapa (wakpe)
Kesan(jadi gane)
Ungkapan menarik
penutup

TEKNIK MEMANJANGKAN KARANGAN dengan Tanya jawab ASKBDB

Soalan contoh : Gejala seperti tidak berdisiplin, biadab terhadap guru dan merosakkan harta benda
sekolah mencerminkan budaya penyayang kian luntur dalam kalangan murid.

Huraikan pendapat anda tentang cara-cara memupuk budaya penyayang di sekolah.

Karangan Contoh : MEMUPUK BUDAYA PENYAYANG DI SEKOLAH

Masalah disiplin murid kerap menjadi bahan perbincangan dalam kalangan masyarakat dan
media massa. Masalah ini bukan sahaja menyusahkan diri murid-murid tetapi juga ibu bapa dan pihak
sekolah apabila sesetengah murid terlibat dengan salah laku seperti buli dan vandalisme. Hal ini
berlaku kerana mereka tidak mempunyai rasa tanggungjawab dan (1) …………………………akan sekolah.
Pada pendapat saya, masalah disiplin pelajar patut ditangani dengan segera supaya perlakuan negatif
ini tidak terus (2)………………………...yang akhirnya merugikan murid-murid sekali gus menjatuhkan
(3)………………………………………institusi pendidikan itu sendiri. Sebenarnya terdapat beberapa
(4)…………………………………….yang boleh diambil untuk memupuk budaya penyayang di sekolah, iaitu
antaranya berusaha mengharumkan nama baik sekolah, menceriakan sekolah dan mengelakkan
perlakuan vandalisme.

(5)………………………………………………….. langkah untuk memupuk budaya penyayang dalam
kalangan pelajar (6) ……………………………………melalui aktiviti kokurikulum atau dikenali juga sebagai
gerak kerja (7) ………………………………………………………………………................ . Melalui aktiviti
kokurikulum dengan bimbingan guru, budaya penyayang akan dapat dibentuk dalam kalangan murid-
murid. Hal ini berlaku apabila murid-murid dapat (8)………………………………………….menjalani aktiviti
secara berkumpulan seperti bersukan, menyertai unit beruniform, berpersatuan, kelab dan
sebagainya. Kata orang “tak kenal maka tak cinta” dan “berkawan biarlah seribu” akan dapat
direalisasikan melalui kepelbagaian aktiviti bermanfaat ini. Selain itu juga, pelbagai pertandingan
boleh disertai oleh murid (9)…………………................... di peringkat sekolah mahupun di luar sekolah.
Antaranya ialah pertandingan aktiviti kokurikulum seperti sukan atau permainan, kelab atau
persatuan dan unit beruniform. Selain itu, terdapat juga pertandingan aktiviti
(10)……………………………………………… seperti pantun, bahas, pidato, forum remaja, dikir barat, dan
sebagainya. Apabila pelajar menyertai pertandingan tersebut, mereka dapat merasakan bahawa
mereka bertanggungjawab membawa (11)………………………………………….kepada sekolah. Dengan
kemenangan ini bukan sahaja bermakna untuk diri pelajar malah dapat mengharumkan nama baik
sekolah. Natijahnya, pelajar akan mempunyai “semangat kekitaan” yang tinggi, dan beranggapan
bahawa mereka juga mampu memainkan peranan untuk menjaga serta menjulang nama baik sekolah
seterusnya memupuk budaya (12)……………………………………….dalam diri mereka di sekolah.

Di samping itu, budaya penyayang juga dapat dipupuk di sekolah melalui kempen

antivandalisme. Vandalisme merupakan gejala (13) ………………………………………………… awam

termasuklah harta benda sekolah. Pada kebiasaannya pelajar yang bermasalah akan melakukan

perkara-perkara negatif termasuk vandalisme ini, lantaran tiadanya rasa (14)…………………………dalam

diri mereka. Mereka merasakan bahawa harta benda sekolah bukanlah hak mereka yang perlu dijaga

sebaliknya hak milik orang lain. Hal ini berlaku kerana tiada kesedaran dalam diri mereka.

Kemungkinan juga perbuatan (15)………………………………………ini dilakukan oleh segelintir murid untuk

membalas dendam, melepaskan perasaan akibat daripada (16)………………………….atau untuk

mendapatkan perhatian. Biasanya perbuatan vandalisme adalah seperti

(17)…………………………………………….. di dalam tandas, merosakkan pintu tandas, menjahanamkan
kerusi meja, peralatan di makmal, di bengkel kemahiran hidup dan sebagainya. Untuk itu, menjadi
peranan pihak sekolah untuk menyedarkan mereka bahawa mereka perlu berubah sikap. Guru-guru
boleh menyuntik(18)…………………………….pelajar melalui kempen yang diadakan di sekolah seperti
“Sekolahku Rumahku”, di samping menerapkan amalan murni dalam pebelajaran dan pengajaran,
hukuman dan dendaan juga merupakan cara untuk menyedarkan para pelajar bahawa vandalisme
merupakan perbuatan yang (19)……………………………………… . Apabila pelajar menyedari keburukan
vandalisme, mereka akan meninggalkan perbuatan tersebut walaupun secara perlahan-lahan. Oleh
itu, usaha untuk memupuk budaya penyayang dalam kalangan pelajar di sekolah akan menjadi lebih
mudah.

Senada dengan itu, prakarsa dalam memastikan prestasi akademik sentiasa meningkat juga
membuktikan bahawa murid-murid mempunyai perasaan (20)………………………………………. akan
sekolah. Sememangnya menjadi tanggungjawab kepada setiap murid untuk belajar (21)
……………………………………. ………………………………….. . Apabila fokus diberikan sepenuh-penuhnya
sewaktu proses (22)………………........................................, sudah pasti murid-murid mudah
memahami subjek yang diajar oleh guru, dan akhirnya dapat pula menjawab soalan-soalan
peperiksaan dengan jayanya. Memang benar kata peribahasa, kalau tidak dipecahkan ruyung,
(23)…………………………………………. . Pada lazimnya, murid yang belajar bersungguh-sungguh, mematuhi
segala peraturan sekolah serta sentiasa menghormati guru akan memperoleh keberkatan belajar dan
penyudahnya dapat meraih keterbilangan dalam pelajaran. Justifikasinya, murid yang cemerlang
akademik bersekali sahsiahnya bakal (24)……………………………… masa depan yang cerah, dan sekali gus
mengharumkan nama sekolah serta mengangkatnya ke martabat terbilang. Dampaknya, budaya
menghargai serta penyayang di sekolah dengan sendirinya akan bersemi kukuh pada setiap jiwa anak-
anak murid yang cemerlang.

Langkah seterusnya untuk menanam budaya penyayang di sekolah (25)………………………….
dengan mengadakan program menceriakan sekolah. Dalam menjayakan program yang murni ini amat
perlu kepada penglibatan secara kolektif daripada semua pihak sama ada murid-murid, para guru
serta kakitangan pekerja sekolah. Antara program keceriaan yang diadakan di sekolah ialah gotong-
royong, mewujudkan taman seperti taman sains atau taman pertanian, pertandingan kelas kondusif
dan bermacam-macam lagi. Dengan ini, Pelajar akan terlibat secara langsung dengan kerja-kerja
pembersihan sama ada secara individu atau berkumpulan, sesungguhnya
(26)………………………………………… ……………………., yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.
Aktiviti bererti seumpama ini dapat menyedarkan para pelajar bahawa mereka juga
bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan kawasan sekolah supaya
(27)……………………………sekolah sentiasa ceria, selamat serta kondusif. Melalui aktiviti ini, murid-murid
juga dapat menjalin hubungan yang lebih (28)………………………… dengan guru-guru, membentuk
disiplin yang teguh seterusnya memupuk budaya penyayang dalam diri mereka di sekolah dan
kesinambungannya akan dilestarikan dalam kehidupan walau di mana-mana sahaja mereka berada.

Seperkara lagi, elemen budaya penyayang juga dapat diterapkan oleh para pendidik semasa
berlangsungnya proses pembelajaran dan pengajaran. Dalam konteks ini, guru-guru sewajarnya
menanamkan nilai kasih sayang semasa mengajar, contohnya dalam mata pelajaran Pendidikan Islam,
Pendidikan moral, Komponen sastera dalam Bahasa Melayu dan lain-lain lagi. Memang sewajarnyalah,
para pendidik perlu menyelitkan unsur-unsur nilai (29)……………………………..umpamanya penyayang

dalam kalangan murid merentasi setiap kurikulum yang disampaikan. Selain itu, murid-murid amat
mudah (30)…………………………..atau menerima didikan daripada guru-guru mereka. Selaras dengan itu,
para guru juga seyogianyalah sentiasa menunjukkan contoh yang (31)……………………….untuk
diteladani murid-murid atau dengan kata lain “Kepemimpinan melalui teladan”, guru penyayang,
murid terasa dilayan, hati pun senang dan sudah pasti pelajaran mudah faham.

Kesimpulannya, jelaslah bahawa terdapat beberapa (32)……………………………….yang boleh
diambil untuk memupuk budaya penyayang (33)…………………………………. kalangan pelajar di sekolah.
Pada hemat saya, langkah-langkah tersebut berkait rapat antara satu sama lain. Bagi pihak sekolah,
sememangnya menjadi tanggungjawab mereka untuk mendidik serta melahirkan generasi pelajar
yang berdisiplin dan memiliki jati diri yang tinggi. Ibu bapa pula hendaklah memberikan kasih sayang
dan perhatian yang sewajarnya dalam usaha melahirkan anak-anak yang bersahsiah
(34)……………………… . Sesungguhnya usaha yang bersepadu daripada kedua-dua pihak diharapkan
dapat memupuk budaya penyayang dalam kalangan pelajar di sekolah ke arah mencipta
kecemerlangan dalam arus pendidikan negara sekali gus melahirkan modal insan yang mulia dan
terbilang. Akhirnya, sebagai penyudah kata akhirulkalam hayatilah rangkap pantun ini,

Manis rasanya si buah ciku,
Sirih dimakan bersama pinang;

Sekolahku rumahku, rumahku syurgaku,
Sekolah penyayang murid cemerlang.

HURAIKAN PENDAPAT ANDA TENTANG FAEDAH-FAEDAH KOPERASI
SEKOLAH

Pada era ledakan maklumat [KOSA KATA LUAS] dan dunia yang pesat
membangun ini, saya pasti setiap sekolah menyediakan kemudahan dan
kelengkapan yang sewajarnya untuk para murid. Antara kemudahannya ialah
sebuah koperasi. Koperasi yang dianggap tidak mempunyai faedah ini sebenarnya
mendatangkan 1001 kebaikan untuk murid-murid di sekolah.Tahukah anda apakah
maksud koperasi yang sebenar? Koperasi merupakan sebuah organisasi yang
menjalankan urusan perniagaan barangan dan perkhidmatan. Koperasi ditubuhkan
mengikut Akta Koperasi. Kopersi ditadbir oleh ahli lembaga pengarah yang dilantik
dalam mesyuarat agung. Semua ahli koperasi merupakan pemegang saham
koperasi tersebut. Setiap sekolah mesti mengadakan mesyuarat agung koperasi
untuk melantik ahli jawatankuasanya. Jelaslah di sini bahawa koperasi sekolah
merupakan sesuatu yang penting seiring dengan perkara-perkara lain.

Satu daripada kebaikan koperasi sekolah ialah dapat memupuk semangat
berniaga dalam kalangan murid. (AYAT TOPIK) Hal ini demikian kerana apabila
mereka berniaga di koperasi dan melayan murid lain membeli, mereka akan berasa
gembira dan akan melahirkan semangat suka untuk berniaga. (AYAT HURAIAN)
Melalui koperasi, para murid berpeluang mengetahui asas selok-belok dalam
mengendalikan urusan perniagaan. Selain itu, ahli koperasi, iaitu murid-murid ini
terlibat dalam aktiviti jual beli, membuat akaun, pemasaran dan pembekalan. (AYAT
CONTOH) Semangat berniaga tidak datang secara paksaan tetapi dengan sukarela
kerana mereka mengadakan aktiviti jual beli hampir setiap hari. Di samping itu,
penguasaan matematik mereka juga akan bertambah cekap kerana mereka sering
mengira setiap kali pembelian dibuat. Jelaslah di sini bahawa koperasi sekolah
mampu memupuk semangat untuk berniaga dalam diri murid-murid.
(AYAT SIMPUL /AYAT PENEGASAN)

Seterusnya, kebaikan koperasi sekolah adalah dengan mengenakan harga
yang murah pada setiap barangan, (AYAT TOPIK) contohnya buku tulis, pen,
pensil, kertas kajang dan sebagainya. Alatan pelajaran ini merupakan satu
keperluan rasmi bagi seseorang murid untuk memulakan pembelajaran. (AYAT
HURAIAN) Para murid tidak akan mampu untuk belajar dengan baik jika
kelengkapan mereka tidak mencukupi. Oleh hal yang demikian, mereka harus
menyediakannya terlebih dahulu. Dengan adanya koperasi sekolah, sudah tentu hal
ini akan memudahkan mereka membeli barangan keperluan sekolah mereka.
Sesungguhnya, harga yang murah juga dapat membantu murid daripada keluarga
yang kurang senang untuk belajar. Hal ini kerana mereka mampu untuk membeli
peralatan tersebut. Sudah terang lagi bersuluh bahawa meletakkan harga yang
murah merupakan salah satu daripada kebaikan koperasi.

Selain itu, dengan koperasi sekolah dapat menjimatkan masa murid-murid.
(AYAT TOPIK) Hal ini kerana murid tidak perlu pergi ke kedai-kedai yang jauh dari
rumah mereka kerana ingin memfotostat hanya sehelai kertas.(AYAT HURAIAN)

Sudah tentu perkara ini akan menjadi suatu beban buat mereka, terutama mereka
yang tinggal di kawasan luar bandar yang tidak mempunyai perkhidmatan tersebut.
Hal ini akan memaksa mereka untuk keluar ke bandar. Bagi murid yang keluarganya
berpendapatan rendah dan tiada pengangkutan seperti motosikal atau kereta,
mereka mungkin tidak akan membuat kerja yang diberikan oleh guru mereka.
Mereka juga ingin berjaya seperti orang lain dan menginginkan kehidupan yang
lebih selesa dan keluar dari belenggu kemiskinan tersebut. Dengan adanya
perkhidmatan fotostat di koperasi sekolah, perkara ini dapat membantu murid-murid.
Kesimpulannya, koperasi sekolah dapat menjimatkan masa murid-murid dengan
perkhidmatan yang disediakan. (AYAT SIMPUL)

Di samping itu, koperasi sekolah dapat mengajar para murid untuk berjimat
cermat.(AYAT TOPIK) Hal ini kerana apabila mereka membeli di koperasi, mereka
tidak perlu menggunakan semua dari duit belanja yang diberikan oleh ibu bapa
mereka. (AYAT HURAIAN) Duit lebihan itu dapat disimpan oleh mereka dan duit
tersebut boleh digunakan jika ada kecemasan, contohnya apabila berlaku
kebakaran, ingin melakukan pembedahan dan sebagainya. Sebenarnya, malan
berjimat cermat ini juga harus diterapkan dalam kalangan murid sejak mereka kecil
lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Para murid harus menyimpan
atau menabung kerana menabung merupakan satu amalan yang mulia. (AYAT
HURAIAN) Mereka tidak perlu menyimpan dalam kuantiti yang banyak setiap hari.
Kuantiti yang sedikit seperti 10 sen atan 50 sen sudah memadai kerana sikit-sikit
lama-lama menjadi bukit. Sudah terang lagi bersuluh bahawa sikap berjimat cermat
dapat dipupuk melalui koperasi sekolah.

Kesimpulannya, koperasi sekolah bukan sekadar menjual dan membeli barang,
malah memberi banyak lagi faedah kepada kita. Dengan adanya koperasi, kita dapat
melahirkan murid yang lebih yakin ketika berkomunikasi, pintar bergaul dan matang
dalam membuat keputusan. Ternyata murid-murid yang selama ini kurang bercakap
akan berani untuk menyuarakan pendapatnya. Selain itu, koperasi sekolah juga dapat
dijadikan sebagai orang tengah kepada guru dan murid ketika mahu berurusan
membuat tempahan buku dengan pembekal di luar, Usaha tangga kejayaan, itulah
gambaran bagi sesebuah koperasi kerana sudah berusaha untuk menyediakan satu
perkhidmatan yang dapat memudahkan murid dan guru. Marilah sama-sama kita
renungkan tentang kebaikan koperasi di sekolah. Akhirulkalam, hayatilah aforisme
klasikal Melayu, iaitu pantun di bawah,

Tinggi mengawan Gunung Daik,
Tempat bersarang si burung helang;

Koperasi sekolah harapnya terbaik,
Mesra pengguna sekolah terbilang.

Peranan sekolah

USAHA-USAHA Rumah terbuka pada hari
perayaan
Kepelbagaian kebudayaan
Kepelbagaian kebudayaan
MEWUJUDKAN
PERPADUAN KAUM.

Hari Keluarga

Usaha-usaha Mewujudkan Perpaduan Kaum

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana masyarakatnya terdiri daripada
berbilang kaum dan agama. Kaum Melayu, Cina, India dan rakyat peribumi yang lain dapat
hidup dalam keadaan yang aman dan damai malah saling menghormati. Rakyat Malaysia
dapat hidup bersatu padu dan bekerjasama berdasarkan atas prinsip-prinsip Rukun Negara.
Perpaduan yang wujud ini mampu mengelakkan tragedi 13 Mei 1969 kerana rakyat Malaysia
sedar akan pentingnya perpaduan, bak kata pepatah “bulat air kerana pembetung, bulat
manusia kerana muafakat”(UNGKAPAN MENARIK). Persoalannnya, apakah usaha-usaha
mewujudkan perpaduan kaum di negara kita?

Salah satu usaha mewujudkan perpaduan kaum di negara kita adalah peranan yang
dimainkan oleh pihak sekolah.(IDEA POKOK/AYAT RANGSANGAN/AYAT TOPIK)
Rakyat harus menyokong cadangan mewujudkan satu sistem pendidikan berteraskan
kebangsaan. (Ayat Huraian) Hal ini demikian kerana dengan adanya sistem pendidikan yang
terbuka kepada setiap kaum dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar,
mampu membentuk elemen perpaduan dalam kalangan murid. (Ayat Huraian) Apabila murid
berbilang kaum di peringkat awal didedahkan dengan kepelbagaian bangsa dan agama sejak
di sekolah rendah lagi, usaha untuk membentuk satu masyarakat berbilang kaum yang
bersatu padu dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Di sekolah, murid-murid yang berbilang
kaum akan berinteraksi, bergaul , bermain dan sebagainya semasa melakukan aktiviti- aktiviti
semasa (Pengajaran dan Pemudahcaraan) PdPc ataupun aktiviti kokurikulum. Hal ini kerana
dengan cara ini, generasi Malaysia yang lebih bersefahaman, bekerjasama dan bersatu padu
mampu dilahirkan. Selain itu, menerusi sukatan pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, sifat perpaduan kaum dapat dipupuk dalam
kalangan murid. Jelasnya, generasi muda mulai sedar akan peranan mereka untuk
mengukuhkan perpaduan kaum menerusi peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah. (Ayat
Kesimpulan/Penegasan)

Selain itu, amalan rumah terbuka yang diadakan pada hari perayaan dapat
mewujudkan perpaduan kaum di negara kita. (AYAT TOPIK/AYAT RANGSANGAN/AYAT
JUDUL/IDEA POKOK). Rumah terbuka bermaksud satu perayaan agama yang disambut

oleh penganut pelbagai agama dengan tujuan untuk memupuk persefahaman dalam
kalangan rakyat Malaysia. (AYAT HURAIAN) Amalan kunjung-mengunjungi ketika
merayakan Hari Raya Aildilfitri, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Hari Natal dapat memupuk
silaturahim dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. Semasa menghadiri rumah terbuka,
rakyat Malaysia boleh mengenali adat resam setiap kaum dengan lebih mendalam sekali gus
dapat menjanakan sikap bertimbang rasa dan saling menghormati antara satu sama lain.
(AYAT HURAIAN) Sesungguhnya, etiap kaum yang ada di negara kita sedia menerima adat
resam dan budaya kaum lain selain dapat menikmati juadah tradisional masyarakat mengikut
kaum yang ada di negara kita. Rakan-rakan yang datang berkunjung ke rumah kita bukan
sahaja dapat mengeratkan hubungan sesama kaum tetapi juga dapat memeriahkan suasana
rumah terbuka. Tegasnya, rumah terbuka yang diadakan pada setiap perayaan dapat
memupuk perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat. (AYAT KESIMPULAN/AYAT
PENEGSAN)

Di samping itu, perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia dapat dipupuk
menerusi aktiviti hari keluarga.(AYAT RANGSANGAN/AYAT TOPIK/AYAT JUDUL/IDEA
POKOK). Hari keluarga merupakan aktiviti yang sihat yang seyogianya menjadi kemestian
sesebuah komuniti. (AYAT HURAIAN) Aktiviti hari keluarga boleh disertai oleh semua lapisan
masyarakat dalam sesebuah taman atau komuniti untuk mengeratkan hubungan sesama
kaum. Hari keluarga boleh diadakan pada hujung minggu dan boleh dijalankan di kawasan
berhampiran tempat tinggal seperti di padang sekolah, di taman rekreasi atau di sesebuah
tempat perkelahan.(AYAT HURAIAN) Ibu bapa boleh membawa anak masing-masing dan
menyertai aktiviti yang dijalankan. Secara tidak langsung, setiap ahli masyarakat dapat
mengenali, dan berkomunikasi dengan jiran tetangga mereka yang selama ini hanya
berpeluang untuk melihat muka tanpa berbual-bual ketika keluar rumah. Jelasnya, aktiviti hari
keluarga yang dijalankan dapat mengeratkan perpaduan dan sekali gus menjayakan gagasan
1 Malaysia. (KESIMPULAN)

Akhir sekali, perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat dapat diwujudkan
menerusi kepelbagaian kebudayaan (AYAT RANGSANGAN/AYAT TOPIK/AYAT
JUDUL/IDEA POKOK). Kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia merupakan aspek yang
penting untuk mewujudkan perpaduan. Walaupun terdiri daripada latar belakang yang
berbeza, namun apabila dikaitkan dengan kebudayaan, semua rakyat boleh menerimanya
tanpa wujud prasangka. (AYAT HURAIAN) Apabila diadakan sesuatu persembahan untuk
meraikan hari kebesaran atau menerima kedatangan orang kenamaan, akan dipersembahkan
tarian oleh pelbagai kaum seperti tarian Zapin dan tarian Inang oleh masyarakat Melayu.
Tarian kipas, tarian singa dan tarian piring oleh masyaraat Cina, Tarian Bharatanatiam dan
Tarian Kollattam oleh masyarakat India. (CONTOH) Persembahan kebudayaan yang unik ini
secara tidak langsung dapat menarik minat pelancong asing yang berkunjung ke negara ini.
Tegasnya, kepelbagaian kebudayaan yang ada di negara kita dapat mewujudkan perpaduan
kaum dan mengenali antara satu sama lain kerana tak kenal maka tak cinta. (UNGKAPAN
MENARIK )

Kesimpulannya, usaha mewujudkan perpaduan kaum perlu diberi penekanan di
negara kita kerana menjadi tonggak kesejahteraan rakyat dan kemakmuran. Oleh itu, semua
pihak perlulah bekerjasama dalam memastikan perpaduan dapat dicapai di negara ini.
Izharnya, rakyat Malaysia perlulah bersama-sama menjayakan hasrat negara yang sentiasa
mengutamakan perpaduan. “ Bersatu teguh, bercerai roboh”. (UNGKAPAN MENARIK )


Click to View FlipBook Version