The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 1 BMMB1104_ESMELRILDA LIAH BINTI LOWRINCE BMSK1_signed

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by esmelrilda, 2022-03-31 08:34:43

TUGASAN 1 BMMB1104_ESMELRILDA LIAH BINTI LOWRINCE BMSK1_signed

TUGASAN 1 BMMB1104_ESMELRILDA LIAH BINTI LOWRINCE BMSK1_signed

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA KOTA KINABALU, SABAH
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP)

NAMA PELAJAR [BM SEKOLAH RENDAH]
(AMBILAN JUN 2021)
KERJA KURSUS
SEMESTER 2, TAHUN 1
SESI JAN - JUN 2022

: ESMELRILDA LIAH BINTI LOWRINCE

NO KAD PENGENALAN : 020506-12-0260

ANGKA GILIRAN : 2021072310009

KUMPULAN/UNIT : BM SK 1

KOD/NAMA KURSUS : BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

TAJUK TUGASAN TUGASAN 1
PENGHASILAN PRODUK
TARIKH MULA
TARIKH HANTAR (30%)

28/2/2022

20/3/2022

NAMA PENSYARAH : ENCIK AG AHMAD BIN HAJI AG SIRING
JABATAN/UNIT : JABATAN PENGAJIAN MELAYU

TANDATANGAN TARIKH
20/3/2022
Dengan ini saya mengaku bahawa saya
telah menerima maklum balas dari
pensyarah kerja kursus ini dan sayatelah
merujuk dan memahaminya.

1

Penghargaan
Syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnia-Nya, saya dapat menyelesaikan
tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Saya mengucapkan sepenuh penghargaan
kepada Encik Ag Ahmad bin Haji Ag Siring, selaku pensyarah subjek Kesusasteraan dan
Kebudayaan Melayu (BMMB1104), di atas kepercayaan beliau kepada saya dan rakan
seperjuangan untuk menyiapkan tugasan ini. Beliau juga telah banyak membantu saya
sepanjang proses menyiapkan tugasan ini.
Dengan kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
keluarga yang sentiasa mendorong untuk terus berdedikasi dalam menyiapkan segala
tugasan. Di samping itu, saya juga ingin memberikan sekalung penghargaan kepada rakan-
rakan seperjuangan yang telah banyak membantu dan mencetuskan idea sepanjang proses
penyiapan tugasan ini. Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini, saya telah banyak belajar
dan ia memberikan seribu makna.

2

Isi kandung

1.0 Pengenalan ................................................................................................................ 5
2.0 Kesusasteraan Melayu ............................................................................................... 5
2.1. Takrif .......................................................................................................................... 5
2.2. Jenis........................................................................................................................... 5
2.2.1. Naratif ..................................................................................................................... 5
2.2.2. Bukan Naratif .......................................................................................................... 6
2.3. Ciri-ciri Kesusasteraan ............................................................................................... 6
3.0 Bentuk Kesusasteraan Melayu ................................................................................... 6
3.1. Prosa Tradisional ....................................................................................................... 6
3.1.1. Ciri-ciri .................................................................................................................... 6
3.1.2. Jenis ....................................................................................................................... 7
3.2. Prosa Moden.............................................................................................................. 7
3.2.1. Ciri-ciri .................................................................................................................... 7
3.2.2. Jenis ....................................................................................................................... 7
3.3. Puisi Tradisional ......................................................................................................... 7
3.3.1. Ciri-ciri .................................................................................................................... 7
3.3.2. Jenis ....................................................................................................................... 8
3.4. Puisi Moden ............................................................................................................... 8
3.4.1. Ciri-ciri .................................................................................................................... 8
3.4.2. Jenis ....................................................................................................................... 8
4.0 Fungsi Sastera Melayu............................................................................................... 8
4.1. Aspek Hiburan............................................................................................................ 9
4.2. Aspek Pendidikan....................................................................................................... 9
4.3. Aspek Dakwah ........................................................................................................... 9
4.4. Kritikan Sosial............................................................................................................. 9
5.0 Manifestasi Akal Budi ............................................................................................... 10
5.1. Pantun...................................................................................................................... 10

3

5.2. Syair......................................................................................................................... 10
5.3. Seloka ...................................................................................................................... 11
5.4. Gurindam ................................................................................................................. 12
6.0 Rumusan.................................................................................................................. 13
Rujukan............................................................................................................................... 14

4

1.0 Pengenalan
Perkembangan kesusasteraan sesuatu bangsa merupakan gambaran yang jelas

mengenai sejarah silam sesuatu bangsa iaitu sendiri. Kewujudan dan perkembangan bangsa
melayu mementingkan Bahasa, adat resam dan kebudayaan. Sebagai contohnya, kewujudan
kerajaan Sriwijaya yang menggunakan bahasa melayu kuno menghasilkan pelbagai bentuk
sastera rakyat, sastera sejarah, kebangsaan, legenda dan kesan keagungan kerajaan
melayu. Manakala bagi masyarakat moden pada hari ini, sastera menjadi satu bidang
kegiatan yang khusus dan tersendiri. Hal ini bermaksud, bidang ini tidak akan hilang atau
pupus walaupun zaman berganti.

2.0 Kesusasteraan Melayu
Kesusasteraan melayu merupakan bidang kajian yang luas dan sentiasa berkembang

serta melahirkan penemuan baru yang mempunyai pelbagai sifat.

Kesusasteraan melayu merupakan suatu bentuk karya atau ciptaan seni yang terdapat
dalam kalangan masyarakat Melayu dan berkait rapat dengan bahasa. Selain itu, melalui
karya seni ini, pembaca akan dapat menikmati keindahan yang terdapat dalam karya
kesusasteraan.

2.1. Takrif
Istilah ‘kesusasteraan’ berasal daripada perkataan ‘susastera atau sushastera’ dalam
Bahasa Sanskrit. Suku kata ‘su’ bermaksud indah, baik, lebih berfaedah (Hashim
Awang,1984). Manakala, ‘sastera/shastra’ merupakan ilmu yang bersifat benar, tetap dan
tidak berubah. Hal ini dikatakan demikian kerana, ia merupakan ilham daripada sumber
tertinggi iaitu pencipta.

Terdapat pelbagai tafsiran lain yang diberikan oleh tokoh-tokoh kesusasteraan antaranya
ialah:

i. Baharuddin Zainal (1985) berpendapat karya sastera adalah sesuatu yang
membincangkan sesuatu yang berlaku dalam sesebuah masyarakat di samping
mengemukakan sikap dan pandangan pengarangnya.

2.2. Jenis
Kategori kesusasteraan ada dua iaitu naratif dan bukan naratif. Ia dibahagikan secara
semantik dengan melihat kepada isi hasil karya.

2.2.1. Naratif
Kesusasteraan naratif ialah hasil sastera yang mengandungi perkembangan plot. Ia
mengandungi suatu peristiwa yang mempunyai unsur watak, masa belaku dan tempat

5

kejadian. Selain itu, naratif juga merupakan satu hiburan biasa yang terdapat dalam
kehidupan manusia.

2.2.2. Bukan Naratif
Bukan naratif pula merujuk kepada hasil karya yang tidak mengandungi plot. Bahan
sasteranya hanya mengandungi ekspresi pengarang berbanding.

2.3. Ciri-ciri Kesusasteraan
Kesusasteraan berbeza dengan ciptaan seni yang lain. Hal ini dikatakan demikian kerana,
ciptaan sastera menggunakan bahasa sebagai medium penyampai. Oleh itu, kesusasteraan
mempunyai ciri-ciri tertentu yang dapat menggambarkan keunikannya. Antara ciri-ciri itu ialah:

i. Keindahan karya melalui gaya dan lenggok bahasa dan memenuhi empat syarat iaitu
keutuhan, keselarasan, keseimbangan dan focus kepada sesuatu unsur.

ii. Dapat mencerminkan pengalaman.
iii. Mempunyai pengalaman seni iaitu karya yang melalui peristiwa sastera. Hasil karya

itu dapat memberikan pengalaman dan nilai-nilai seni kepada pembacanya.
iv. Karya seni. Terdapat tiga perkara yan membezakan karya seni iaitu: sifat fiksyen,

nilai-nilai estetik, dan gaya bahasa yang khusus.

3.0 Bentuk Kesusasteraan Melayu
Antara bentuk kesusasteraan ialah:

3.1. Prosa Tradisional
Prosa tradisional merujuk kepada hasil kesusasteraan yang ditulis dala gaya ayat

biasa dengan menggunakan tatabahasa yang lebih mudah pada zaman dahulu (Siti Hajar
Abdul Aziz, 2011). Ia juga lebih mudah difahami berbanding dengan puisi.

3.1.1. Ciri-ciri
Antara ciri-cirinya ialah:

i. Bersifat kolektif iaitu milik bersama masyarakat.
ii. Bersifat feudal iaitu mempunyai tema, watak dan latar.
iii. Perkembangan cerita tidak terbatas oleh zaman, tarikh dan waktu.
iv. Cerita yang dihasilkan mempunyai banyak versi kerana terdapat banyak tokok tambah

yang berlaku semasa penyampaian cerita.
v. Menggunakan gaya bahasa yang berbeza dengan masa kini. Sebagai contohnya,

cerita yang menggunakan Bahasa melayu klasik.
vi. Karya yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri budaya tradisional kelompok masyarakat.

6

3.1.2. Jenis
Antara contoh prosa tradisional benuk naratif ialah mitos, legenda, dan cerita rakyat.
Cerita itu merangkumi cerita binatang, dongeng dan jenaka. Manakala, karya jenis bukan
naratif ialah sastera undang-undang, sastera kitab, dan sastera ketatanegaraan.

3.2. Prosa Moden
Prosa moden pula merupakan karya sastera yang telah dipengaruhi oleh budaya barat. Ia
merupakan karya yang mempunyai pemilik dan penciptanya. Ia juga disebarkan melalui lisan
dan tulisan.

3.2.1. Ciri-ciri
Antara ciri-ciri karya prosa moden ialah:

i. Pengarang karya tersebut dapat diketahui.
ii. Karya yang lebih bersifat moden iaitu tidak menggunakan Bahasa melayu kuno atau

klasik.
iii. Karya yang lebih dinamis dan rasional kepada pelbagai golongan umur.
iv. Telah dipengaruhi oleh kesusasteraan negara Barat

3.2.2. Jenis
Terdapat tiga jenis prosa moden iaitu cerpen, novel dan drama.

3.3. Puisi Tradisional
Puisi tradisional merujuk kepada susunan perkataan dalam bentuk karangan berangkap aau
suatu bentuk pengucapan dalam susunan yang istimewa berbanding dengan pengucapan
biasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-hari serta bahasa yang mementingkan
kebenaran daya intelektual dan logika.

3.3.1. Ciri-ciri
Antara ciri-ciri puisi tradisional ialah:

i. Ia memperlihatan penggunaan bahasa yang lebih baik, ekspresif, kental,
mengandungi nilai keindahan serta menimbulkan rangsangan dan kesan kepada
pengalaman dan perasaan.

ii. Mempunyai bentuk tertentu, iaitu berkerat-kerat atau berurutan dalam baris yang
sejajar.

iii. Ungkapan kata yang dipengaruhi oleh unsu muzik, lagu, intonasi, kadensa, rentak,
irama, dan keharmonian bunyi.

iv. Baris, rima dan irama disusun membentuk pola tertentu yang dipengaruhi oleh jumlah
baris, jumlah perkataan, keseimbangan bunyi dan panjang pendeknya perkataan.

7

v. Bahasa yang padat mengandungi unsur perlambangan, imej, kiasan dan
perbandingan yang bersifat tradisional untuk menyatakan sesuatu dan melahirkan
perasaan hati.

3.3.2. Jenis
Puisi tadisional terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya ialah:

i. Pantun
ii. Syair
iii. Gurindam
iv. Seloka

3.4. Puisi Moden
Puisi ialah kesenian yang digunakan oleh manusia untuk menyatakan dan melahirkan
sesuatu. Puisi moden berfungsi sebagai didaktik untuk memberikan pengajaran dan
pendidikan kepada khalayak ramai.

Puisi moden terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:

i. Puisi sinis
ii. Romantik
iii. Nasionalisme
iv. Protes

3.4.1. Ciri-ciri
Antara ciri-ciri puisi moden ialah ia merupakan karya yang berbentuk bebas dan tidak
mempunyai ciri-ciri khusus yang lain seperti bebas dari segi jumlah suku kata, baris, dan
pembentukan rima.

3.4.2. Jenis
Terdapat satu sahaja jenis puisi moden iaitu sajak. Sajak ialah ciptaan hasil kesenian
untuk menyampaikan mesej. Sajak merupakan karya yang berbentuk bebas dan tidak terikat
jumlah baris, jumlah perkataan, rangkap, rima dan lain-lain.

4.0 Fungsi Sastera Melayu
Semua karya kesusasteraan yang dihasilkan oleh pengarang adalah untuk bacaan

pembaca atau masyarakat. Hal ini menunjukkan karya dan pembaca saling memerlukan dan
melengkapi. Setiap karya yang dihasilkan akan dianggap tidak Berjaya jika tidak mendapat
sambutan yang meriah daripada pembaca. Oleh itu, setiap karya yang dihasilkan mempunyai

8

tujuan yang jelas dan mempunyai peranan kesusasteraan kepada pembaca sebagai alat yang
digunakan untuk mengajar, mendidik dan menghibur.

4.1. Aspek Hiburan
Antara fungsi sastera melayu ialah aspek hiburan. Karya yang dihasilkan merupakan
karya yang akan menghibur atau menggembirakan hati pembaca. Ia juga akan menjadi satu
daripada alat hiburan. Sebagai contohnya, individu yang penat bekerja dapat membaca atau
menonton karya yang mempunyai unsur jenaka untuk menghilangkan fikiran berkaitan kerja.
Selain itu, syair yang dibaca melalui buku atau secara lisan dapat menghibur nenek moyang
kita pada zaman dahulu. Antara contoh karya yang dapat menghibur ialah cerita kanak-kanak
dan pantun berunsurkan jenaka.

4.2. Aspek Pendidikan
Selain itu, karya sastera juga berfungsi dalam aspek pendidikan.hal ini dikatakan demikian
kerana, terdapat banyak karya yang mengandungi nilai-nilai murni, kerohanian,
kemasyarakatan, kemanusiaan, dan patriotisme yang dapat kita jadikan panduan hidup dan
mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Hal ini dikatakan demikian kerana karya
yang sarat dengan unsur pendidikan dan pengajaran berupaya membangunkan minda
masyarakat.

Disamping itu, terdapat karya yang mengandungi pengetahuan dan pengalaman yang
diterjemahkan ke dalam karya sastera untuk mendidik pembaca sebagai pedoman hidup
tanpa mengira status seseorang. Antara contoh karya yang dapat mendidik ialah sajak, dan
puisi tradisional.

4.3. Aspek Dakwah
Kebolehan kesusasteraan melayu untuk menyebarkan dakwah tidak lagi diragui. Pantun
digunakan oleh ramai masyarakat sebagai media dakwah serta meluaskan tunjuk ajar yang
sarat dengan pesan-pesan moral kepada masyarakat lain. Hal ini dikatakan demikian kerana,
puisi dan prosa sangat mementingkan nilai positif dan sama nilai dengan ajaran agama Islam.

Tambahan pula, kesusasteraan melayu ini dapat merapatkan hubungan antara manusia
dengan pencipta-Nya.

4.4. Kritikan Sosial
Karya sastera adalah rakaman kehidupan yang menggali dan menyelongkar kehidupan
manusia daripada pelbagai dimensi dan sudut pandang yang berbeza.

Terdapat karya sastera yang berfokuskan kepada masyarakat, kehidupan manusia, dan
hubungan. Dalam konteks masyarakat yang pelbagai susun lapis, tentunya wujud jurang. Hal

9

ini akan menyukarkan tindakan dan adab seseorang sama ada untuk menegur, mengkritik,
mahupun menyampaikan mesej. Oleh itu, karya sastera seperti puisi, sajak, pantun dan novel
dicipta untuk mengkritik sesuatu suasana dalam sesebuah masyarakat.

5.0 Manifestasi Akal Budi

5.1. Pantun
Pantun termasuk dalam kesusasteraan melayu tradisional. Ia merupakan wadah sastera
berbentuk lisan yang disampaikan secara turun-temurun daripada satu generasi kepada
generasi yang seterusnya. Selain itu, pantun juga dikenali sebagai rangkapan tertua dan
manifestasi terbaik seni sastera orang melayu.

Cedok air dengan baldi,

Cedok nasi dengan senduk,

Baik dibawa resmi padi,

Semakin berisi, semakin tunduk.

5.1.1. Manifestasi Akal Budi dalam Pantun
Pantun tradisional ini menyatakan semakin kita berilmu atau berjaya, semakin kita
merendahkan diri terhadap orang yang ada disekeliling kita. Hal ini dikatakan demikian
kerana, setiap individu yang merendahkan diri dan sentiasa berkongsi ilmu dengan orang lain
lain tanpa rasa angkuh akan sentiasa dihargai dan diingati oleh orang lain sehingga hujung
hayatnya.

Pantun ini menekankan sikap rendah diri dalam kehidupan seseorang, seperti padi dalam
pantun semakin ia berisi, semakin ia tunduk. Oleh itu, kita sebagai manusia, haruslah menjadi
seperti padi tersebut agar kita disayangi dan dihargai oleh masyarakat lain.

5.2. Syair

Syair Dagang Hamzah Fansuri
Sidang fakir empunya kata

Tuhanmu zhahir terlalu nyata
Jika sungguh engkau bermata

Lihatlah dirimu rata-rata
Kenal dirimu hai anak jamu

10

Jangan kau lupa diri kamu
Ilmu hakikat yogya kau ramu
Supaya terkenal akan dirimu

5.2.1. Manifestasi Akal Budi dalam Syair Dagang Hamzah Fansuri
Hamzah Fansuri telah mengarang Ruba ‘I dengan judul “Sidang Fakir Empunya Kata”
bertujuan ingin bercerita tentang Allah. Menurutnya, Allah itu terlalu nyata daripada smua hal
yang nyata. Ia dinyatakan nyata kerana seorang Arif dapat melihat-Nya menggunakan mata
hati dan bukan dengan mata kepalanya.
Seseorang itu perlu mempunyai hati yang suci untuk melihat Allah. Semakin bersih dan
jernih hati seseorang, semakin jelas ia dapat melihat-Nya. Selain itu, untuk mellihat Allah ia
juga perlu mempelajari dan mengamalkan ilmu hakikat dengan sungguh-sungguh.
Kesimpulannya, seseorang itu diminta memperhatikan tamsil yang dipandang dapat
mengantarkannya untuk bertemu dengan Allah Ta’ala (Wachdatul-Wujud). Hamzah Fansuri
mengumpamakan alam semesta dengan seisi makhluk hidup dengan ombak dan ia juga
mengumpakan Allah dengan air.

5.3. Seloka
Istilah seloka berasal daripada perkataan Sanskrit shiloka yang bermaksud berseloroh,
berjenaka atau menyindir. Selain itu, seloka juga dikenali sebagai satu bentuk puisi tradisional
yang bercorak karangan berangkap atau bahasa berirama. Ia juga merupakan pepatah,
bidalan atau perumpamaan yang mengandungi unsur jenaka, gurau senda, olokan, ejekan
dan sindiran.

Seloka Pak Kaduk
Aduhai malang Pak Kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai,

Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,

11

Ada isteri dibunuh,

Nyaris mati oleh tak makan,

Masa belayar kematian angin,

Sauh dilabuh bayu berpuput,

Ada rumah bertanding duduk,

Aduhai malang Pak Kaduk

5.3.1. Manifestasi Akal Budi dalam Seloka Pak Kaduk
Seloka Pak Kaduk merupakan seloka yang memberi hiburan dan jenaka disamping
menyelitkan pesanan kepada pembaca atau pendengar. Dalam seloka ini, watak Pak Kaduk
banyak menunjukkan sikap negatif. Pak Kaduk merupakan seorang yang tidak berfikir
sebelum membuat keputusan. Beliau sanggup berjudi dengan mempertaruhkan ayamnya
tanpa berfikir demi mendapatkan duit atau harta.

Kesimpulannya, setiap individu yang membaca atau mendengar kisajh Pak Kaduk ini akan
mempunyai kesedaran. Mereka mestilah mengelakkan diri daripada menjadi seorang yang
tamak dan mengabaikan keluarganya. Selain daripada itu, aspek akal budi dapat dilihat pada
kritikan yang diberikan oleh pengarang mengenai sikap kita yang tidak memberi faedah
kepada orang lain. Keseluruhan isi seloka ini menyindir sikap negatif masyarakat pada hari
ini. Oleh itu, setiap lapisan masyarakat haruslah sedar akan teguran ini dan berusaha untuk
mengubah sikap mereka.

5.4. Gurindam

Gurindam Beberapa Petua Hidup
Ilmu

Jikalau ilmu tiada sempurna,
tiada berapa ia berguna.

Ilmu kepandaian boleh dikejar,
Asal mahu rajin belajar.
Dunia Pergaulan

Dunia ini taman pergaulan,

12

Hendakah dipilih sahabat dan taulan.
Manusia dikenal sifat budinya,

5.4.1. Manifestasi Akal Budi dalam Gurindam Beberapa Petua Hidup
Gurindam ini memberikan peringatan kepada pembaca yang kurang berfikir atau
menyelidiki sesuatu terlebi dahulu kerana ia akan menyesatkan kehidupan.
Gurindam bertajuk ilmu menyampaikan bahawa seseorang individu yang tidak
mempelajari ilmu tidak sempurna dengan lengkap hidupnya dan kurang sesuai untuk
diamalkan. Hal ini dikatakan demikian kerana, ilmu pengetahun dapat dituntut pada setiap
masa dalam kehidupan.
Seterusnya gurindam kedua memberikan saranan kepada manusia agar sentiasa bijak
untuk memilih sahabat dan taulan di dunia yang penuh dengan berbagai karenah dan sifat
manusia. Oleh itu, jika memilih kawan, seseorang itu perlu melihat kepada pergaulanny
seharian untuk memudahkan seseorang itu mendapat kawan yang sama sifat dan gaya
persahabatan.
6.0 Rumusan
Kesimpulannya, karya-karya sastera seharusnya kita jaga sebagai rakyat Malaysia kerana
ia merupakan identiti masyarakat di Malaysia untuk mengelakkan ia hilang ditelan zaman.
Terdapat pelbagai karya kesusasteraan melayu tradisional yang mempunyai manifestasi akal
budi yang membolehkan kita menjadikan karya tersebut sebagai pegangan hidup atau
panduan hidup sehari-hari kerana terdapat pelbagai karya yang mempunyai sindiran kepada
kita dan akan memberi kesedaran kepada kita.

13

Rujukan
Ali, A. H. (2011). Konsep Keindahan dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional. PENDETA

Journal of Malay Language, Education and Literature, 2, 99–117.
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1109
Deng, M. (n.d.). Fungsi sastera. Www.academia.edu.
https://www.academia.edu/35999639/Fungsi_sastera
Hashim Awang. (1984). Kesusasteraan Melayu dalam kritikan dan sejarah. Fajar Bakti.
Ismail, S. Z. (1990). Tekstil Melayu: Sejarah Fungsi, Simbol dan Keindahan.
Myrepositori.pnm.gov.my. http://myrepositori.pnm.gov.my/handle/123456789/3533
Kamus Dewan (4th ed.). (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Mazliza Suleiman. (2014, October 11). Kerja kursus kesusasteraan melayu.
https://www.slideshare.net/mazlizasuleiman/kerja-kursus-kesusasteraan-melayu
Norizam, M., Bahri, S., & Radzi, M. (2015). KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL
SEBAGAI WADAH KOMUNIKASI MASSA: SUATU ANALISIS. Jurnal Komunikasi
Malaysian Journal of Communication Jilid, 31(2), 183–194.
http://journalarticle.ukm.my/10011/1/V31_2_12.pdf
Othman, S., Md, A., Lateh, G., Pendidikan Bahasa, J., Kemanusiaan, D., Fakulti, P., &
Pendidikan. (2015). Pemikiran Akal Budi dan Sosiobudaya Melayu dalam Pendidikan
Kesusasteraan Melayu. International Journal of Education and Training (InjET), 1(2),
1–10.
http://www.injet.upm.edu.my/images/journal/issue2/Pemikiran%20Akal%20Budi%20d
an%20Sosiobudaya%20Melayu%20dalam%20Pendidikan%20Kesusasteraan%20M
elayu.pdf
Sung, C. M., & bin Hussein, M. Z. (2020). Fungsi Pantun Melayu Tradisional Dilihat dari
Perspektif Budaya dan Alam Pemikiran Masyarakat Melayu. Puitika, 16(1), 1-28.

Zakaria, N., Ali, A. H., Wahid, A., & Omar, A. (2018). SEJARAH MELAYU SEBAGAI

LAMBANG TRADISI AKAL BUDI BANGSA YANG TINGGI. JURNAL MELAYU

SEDUNIA, 1(1), 191–209.

https://tamilperaivu.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/13389

14


Click to View FlipBook Version